Tuesday, December 17, 2013

Isteri Mengadu Diliwat Suami... Bagaimana?

Foto 
HANIM (kiri) menceritakan penderitaan jadi hamba seks luar tabii bekas suami.

Jodoh tutup malu
Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.


“Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.

Berikutan itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di sebuah kawasan perumahan dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila mereka bercerai November lalu. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Liwat isteri apa hukumnya?

Perkahwinan merupakan tarikan perhatian kepada hubungan yang ditingkatkannya kepada Allah. Ia meningkatkan matlamat-matlamat perhubungan ini lebih tinggi dari kelazatan jasmani hingga pada bahagian matlamat yang mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan jisim iaitu hubungan kelamin.

Hubungan kelamin dalam perhubungan itu merupakan wasilah sahaja untuk mencapai satu matlamat dalam tabiat hidup iaitu melahirkan zuriat keturunan dan melanjutkan hayat dan menghubungkan segala-galanya dengan Allah. Malah pada hakikatnya ia ditaklifkan dengan keperluan-keperluan seks itu untuk kepentingan hayat, untuk kesinambungan dan kesuburannya, malah apa yang diusahakan oleh Islam ialah menegakkan insaniahnya dan meningkatkannya dan menghubungkannya dengan Allah ketika ia menyahuti dorongan jasaniahnya dan meningkatkan dan menghubungkannya dengan Allah ketika ia menyahuti dorongan jasmaniahnya.

نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُمْ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّكُم مُّلاَقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
  • Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. (al-Baqarah: 223)
Ibn al-Arabi berkata: Sebab turunnya ayat ini, terdapat beberapa riwayat berkaitan dengannya:

و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ الْهَادِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ يَهُودَ كَانَتْ تَقُولُ إِذَا أُتِيَتْ الْمَرْأَةُ مِنْ دُبُرِهَا فِي قُبُلِهَا ثُمَّ حَمَلَتْ كَانَ وَلَدُهَا أَحْوَلَ قَالَ فَأُنْزِلَتْ {نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ} و حَدَّثَنَاه قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ عَبْدِ الصَّمَدِ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي عَنْ أَيُّوبَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ح و حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبُو مَعْنٍ الرَّقَاشِيُّ قَالُوا حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ رَاشِدٍ يُحَدِّثُ عَنْ الزُّهْرِيِّ ح و حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ مَعْبَدٍ حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ وَهُوَ ابْنُ الْمُخْتَارِ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ كُلُّ هَؤُلَاءِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ وَزَادَ فِي حَدِيثِ النُّعْمَانِ عَنْ الزُّهْرِيِّ إِنْ شَاءَ مُجَبِّيَةً وَإِنْ شَاءَ غَيْرَ مُجَبِّيَةٍ غَيْرَ أَنَّ ذَلِكَ فِي صِمَامٍ وَاحِدٍ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rumh bin Al Muhajir telah mengabarkan kepada kami Al Laits dari Ibnu Al Hadi dari Abu Hazim dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah bahwa orang-orang Yahudi mengatakan;  Jika seorang wanita digauli pada kemaluannya dari arah belakang, kemudian ia hamil, maka anaknya (terlahir) juling. (Jabir) berkata; Maka turunlah ayat; 
  • "Isteri-isteri kalian adalah tempat bercucuk tanam bagi kalian, maka datangilah tempat bercucuk tanam kalian dari mana saja kalian kehendaki." 
Dan telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah. Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepada kami Abdul Warits bin Abdush Shamad telah menceritakan kepadaku ayahku dari datukku dari Ayyub. Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepadaku Wahb bin Jarir telah menceritakan kepada kami Syu'bah. Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abdurrahman telah menceritakan kepada kami Sufyan. 

Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepadaku 'Ubaidullah bin Sa'id dan Harun bin Abdullah serta Abu Ma'n Ar Raqasyi mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir telah menceritakan kepada kami ayahku dia berkata; Saya mendengar Nu'man bin Rasyid telah menceritakan dari Az Zuhri. Dan diriwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepadaku Sulaiman bin Ma'bad telah menceritakan kepada kami Mu'alla bin Asad telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz dia adalah Ibnu Muhtar, dari Suhail bin Abi Shalih mereka semua dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir dengan hadits ini, dan dalam haditsnya Nu'man ditambahkan dari Az Zuhri; 

"Jika ia menghendaki, ia (boleh menggauli isterinya) dari belakang, dan jika ia menghendaki ia boleh menggaulinya dari arah depan asalkan dari satu lubang." (Hadis Riwayat Muslim No 2593, dalam riwayat Bukhari dari jalan Abu Nu’aim. Dalam riwayat Thabrani dan Baihaqi, Imam At-Tirmidzi berkata, “Hadis ini hasan.” iaitu penambahan “Setubuhilah isterimu dari arah depan atau dari arah belakang, tetapi hindarilah (jangan engkau menyetubuhinya) di dubur dan ketika sedang haid” Hadis ini disahihkan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fat-hul Baari (VIII/291).)

Para ulama berselisih pendapat tentang keharusan menyetubuhi wanita melalui (dari arah) duburnya. Ada satu kumpulan ramai yang mengharuskannya. Ia dikumpulkan oleh Ibn Syaaban dalam kitab Jima’ al-Niswan Wa Ahkam al-Quran di mana dia menghubungkan sanad riwayat yang mengharuskannya kepada beberapa orang sahabat dan tabi’in yang terhormat serta dikatakan kepada Malik melalui banyak jalan periwayatan.

Maksud mendatangi dari belakang ditafsirkan berbeza, maka dibahagikan dua iaitu:

1. Masih tetap di faraj tetapi posisi dari belakang.
Jumhur ulama menyokongnya berdasarkan hadis-hadis yang telah diterangkan tadi.

2. Di duburnya
Ulama berselisih pendapat kerana ada beberapa hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi iaitu kisah golongan ansar yang gemar melakukannya ketika Islam sampai tetapi dicanggah juga dalam hadis riwayat mereka berdua) dengan mengambil kira surah al-Baqarah: 223 yang tidak menjelaskan secara spesifik dan mengambil kira juga hadis tentang mentega, keju dan Al Fara (sejenis baju dari kulit) iaitu: Halal adalah sesuatu yang telah Allah halalkan dalam kitab-Nya, dan haram adalah sesuatu yang telah Allah haramkan dalam kitab-Nya. 
Adapun yang Allah diamkan, maka itu adalah sesuatu yang Allah maafkan (Hadis riwayat Tirmizi No 1648, Abu Isa berkata, 
  • "Dalam bab ini juga ada hadis dari Al Mughirah. Ini adalah hadis gharib, dan kami tidak mengetahuinya diriwayatkan secara marfu' kecuali dari jalur ini. Sufyan dan selainnya meriwayatkan sabda beliau dari Sulaiman At Taimi, dari Abu Sufyan, dari Salman. 
Maka seakan-akan hadis ini mauquf dan ini lebih shahih. Aku pernah bertanya Imam Bukhari tentang setatus hadis ini, ia menjawab, 
  • "Menurutku hadis ini tidak terjaga. Sufyan meriwayatkan dari Sulaiman At Taimi, dari Abu Utsman, dari Salman secara mauquf." Imam Bukhari berkata lagi, "Saif bin Harun adalah seorang Muqaribul hadits (hadisnya bisa diterima), sedangkan Saif bin Muhammad dari Ashim adalah Dzhibul hadis (hadisnya tidak bisa diterima). dan Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ditinjau dalam aspek Jenayah Liwat

Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.
وَاللَّذَانَ يَأْتِيَانِهَا مِنكُمْ فَآذُوهُمَا فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُواْ عَنْهُمَا إِنَّ اللّهَ كَانَ تَوَّاباً رَّحِيماً
  •  Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya. (Surah An-Nisaa: 16)

Dalam hukum jenayah liwat, ia disamakan dengan zina. Ia terbahagi kepada tiga:

1.Hukuman fizikal
Iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan.

2. Hukuman fasiq
Iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan fasiqun'. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal, 
  • "Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya". 
Ini bermakna, mereka ini tidak dapat menjadi wali kepada anak dan tidak boleh dijadikan saksi untuk suatu kes jenayah.

3. Hukuman Mati
Pendapat yang mengambil dalil hukuman dengan batu:
حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ
Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ziyad, dia berkata; aku mendengar Abu Hurairah menuturkan; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
  • "Anak itu empunya tempat tidur (iaitu ibunya, lelaki tidak boleh dijadikan waris/wali/keturunan) manakala (hukuman) bagi penzina adalah batu (rejam sampai mati)" (Hadis Sahih Bukhari No 6319 sesetengah ulama mantafsirkan hajaru sebagai 'dijauhkan' iaitu penzina lelaki dijauhkan dari anak itu. 
Pendapat yang lebih tepat ialah batu iaitu hukuman rejam bagi penzina dan penzina yang dimaksudkan di sini ialah lelaki. Menurut Syeikh Muhammad Shalih Utsaimin, Al-'Ahir ertinya yang melakukan persetubuhan haram. Iaitu, dia tidak mempunyai anak. Walaupun dia menikahinya selepas bertaubat, kanak-kanak yang dicipta dari air yang pertama (iaitu sperma daripada persetubuhan haram), tetap anak luar nikah buat selama-lamanya dan tidak ada hak (wali/faraid) bagi anak itu.

Pendapat pelaku liwat dibunuh
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو السَّوَّاقُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ جَابِرٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى وَإِنَّمَا يُعْرَفُ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَرَوَى مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو فَقَالَ مَلْعُونٌ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ الْقَتْلَ وَذَكَرَ فِيهِ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى بَهِيمَةً وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ فِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ وَلَا نَعْرِفُ أَحَدًا رَوَاهُ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ غَيْرَ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ الْعُمَرِيِّ وَعَاصِمُ بْنُ عُمَرَ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي حَدِّ اللُّوطِيِّ فَرَأَى بَعْضُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِ الرَّجْمَ أَحْصَنَ أَوْ لَمْ يُحْصِنْ وَهَذَا قَوْلُ مَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَقَ و قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ فُقَهَاءِ التَّابِعِينَ مِنْهُمْ الْحَسَنُ الْبَصْرِيُّ وَإِبْرَاهِيمُ النَّخَعِيُّ وَعَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ وَغَيْرُهُمْ قَالُوا حَدُّ اللُّوطِيِّ حَدُّ الزَّانِي وَهُوَ قَوْلُ الثَّوْرِيِّ وَأَهْلِ الْكُوفَةِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Amr As Sawwaq, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari Amru bin Abu Amr dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
  • "Barang siapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Luth (yakni melakukan homoseksual), maka bunuhlah pelaku dan korbannya." 
Ia mengatakan; Dalam hal ini ada hadits serupa dari Jabir dan Abu Hurairah. Abu Isa berkata; Sesungguhnya hadits ini hanya diketahui dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari jalur ini, namun Muhammad bin Ishaq meriwayatkan hadis ini dari Amr bin Abu Amr, beliau bersabda: 
  • "Terlaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Nabi Luth." 
Dan ia tidak menyebutkan pembunuhan, ia menyebutkan dalam hadits itu: "Terlaknat orang yang menggauli binatang." 
Hadis ini juga telah diriwayatkan dari 'Ashim bin Umar dari Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: 
  • "Bunuhlah orang yang melakukan dan yang menjadi korbannya." 
Abu Isa berkata; Hadis ini dalam isnadnya terdapat komentar dan kami tidak mengetahui seseorang pun meriwayatkannya dari Suhail bin Abu Shalih selain 'Ashim bin Umar Al Umari sedangkan 'Ashim bin Umar didla'ifkan dalam periwayatan hadis dari sisi hafalannya. Para ulama berselisih tentang hukuman liwat (homoseksual), sebahagian mereka berpendapat;  
  • Bahawa ia harus direjam baik sudah atau belum menikah, ini menjadi pendapat Malik, Asy Syafi'i, Ahmad dan Ishaq
Sedangkan sebahagian ulama dari fuqaha tabi'in berpendapat di antaranya Al Hasan Al Bashri, Ibrahim An Nakha'i, 'Atha` bin Abu Rabah dan selain mereka berpendapat; Hukuman liwat seperti hukuman zina, ini menjadi pendapat Ats Tsauri dan ulama Kufah. (Hadis Riwayat Tirmizi No 1376)

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو مِثْلَهُ وَرَوَاهُ عَبَّادُ بْنُ مَنْصُورٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَفَعَهُ وَرَوَاهُ ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ دَاوُدَ بْنِ الْحُصَيْنِ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَفَعَهُ

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad bin Ali An Nufaili berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari Amru bin Abu Amru dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
  • "Siapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah; pelaku dan objeknya." 
Abu Dawud berkata, 
  • "Sulaiman bin Bilal meriwayatkannya dari Amru bin Abu Amru seperti hadis tersebut. Dan Abbad bin Manshur meriwayatkannya dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, dan ia memarfu'kannya. Ibnu Juraij meriwayatkannya dari Ibrahim, dari Dawud Ibnul Hushain, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, dan ia memarfu'kannya." (Hadis Riwayat Abu Daud No 3869. 
Di dalam hadis lain yang melemahkan hadis ini kerana hadis ini bersifat global, dalam erti kata lain, kaedah bunuhnya tidak spesifik. Dari Ibnu Juraij yang mengatakan "Hukumannya adalah rajam", hadis riwayat Abu Daud No 3870)

Apakah Meliwat Isteri Termasuk Dalam Jenayah Di Atas?

Liwat yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasulnya ialah hubungan antara sesama jenis iaitu dalam istilah modennya:
1. Homoseksual
- Hubungan sejenis antara lelaki dan lelaki sama ada memasukkan sesuatu objek/zakar ke dalam dubur mahu pun melakukan oral seks
2. Lesbian
- Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan dengan memasukkan sesuatu objek ke dubur perempuan mahu pun ke farajnya mahu pun melakukan oral seks.

Ini dijelaskan secara terang iaitu perbuatan kaum Luth. Maka, suami yang melakukan perbuatan meliwat isterinya tidaklah dikira perbuatan kaum Luth. Saya menukilkan dari sumber dalil naqli, dan bukanlah fatwa saya untuk memberi keizinan. Saya sendiri menolaknya kerana ia suatu hubungan luar tabii dan perbuatan kesalahan yang fatal dalam hubungan intim suami isteri. Hukuman hudud ke atas suami yang meliwat isterinya adalah tertolak tetapi si isteri boleh menuntut fasakh kerana berbalik kepada tajuk asal artikel ini, sudah tentu suami yang melakukan perkara jahat ini adalah seorang suami seorang yang nusyuz. Si isteri berhak menghalangnya.

Di dalam Tafsir Ibnu Katsir Juz kedua bagi tafsir al-Baqarah: 223, saya memetik dua hadis yang menarik ini sebagai peringatan buat suami yang gemar mendatangi dubur isterinya iaitu:
حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى (مُحَمَّد بن المثنى بن عبيد بن قيس بن دينار العنزي أَبُو مُوسَى البصري الحافظ) ، ثنا عَبْدُ الصَّمَدِ ، ثنا هَمَّامٌ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ ، وَسُئِلَ عَنِ الَّذِي يَأْتِي امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا ، قَالَ : " تِلْكَ اللُّوطِيَّةُ الصُّغْرَى " . قُلْتُ : عَزَاهُ الشَّيْخُ جَمَالُ الدِّينِ إِلَى عِشْرَةِ النِّسَاءِ ، وَلَمْ أَرَهُ فِي الْمُجْتَبَى . قَالَ الْبَزَّارُ : لا أَعْلَمُ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثًا صَحِيحًا

Telah menceritakan kepada kami Abu Musa, diceritakan Abd Shomad, diceritakan dari Hammam, dari Qatadah, dari Amr bin Syuaib, dari bapaknya (Syuaib bin Muhammad) dari datuknya (Abdullah bin Amr bin al-Ash), bahawa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
  • Mencampuri isteri di duburnya adalah homoseksual kecil”. 
Katanya, Syeikh Jamaluddin sebagaimana di dalam Kitab 10 Wanita, ia tidak ada di dalam Kitab Mujtaba (Imam Nasa'i). Kata Bazzar, tidak diketahui di dalam bab ini hadis yang sahih. (Hadis Marfu’ Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi, dinilai tidak mengapa dengannya kerana terdapat Abu Musa (Muhammad bin Musanna bin Abid Al-Basri Al-Hafiz) seorang tsiqah tsabit pada Ibnu Hajar Asqolani, . Qatadah menceritakan, Uqbah bin Wasaj memberitahu dari Abu Darda’, 
  • dan tidaklah hal itu dilakukan kecuali oleh orang kafir”)

حَدَّثَنَا عَفَّانُ بن مسلم بن عبد الله الصفار أبو عثمان البصري ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ ، حَدَّثَنَا سُهَيْلٌ ، عَنِ الْحَارِثِ بْنِ مُخَلَّدٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : " لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى رَجُلٍ جَامَعَ امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا

Telah menceritakan kepada kami Affan bin Muslim bin Abdullah As-Shafar Abu Utsman Al-Basri,  Telah menceritakan kepada kami Suhail, dari Harits bin Mukhallad, dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
  • Allah tidak akan melihat orang yang menyetubuhi seorang laki-laki atau isterinya pada bahagian dubur” 
(Hadis Gharib Riwayat Tirmizi dan Nasa’i serta Ibnu Majah dari jalan Muhammad bin Abd Malik bin Abi Syawarib. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, Affan seorang mutsabbit yang telah dibuktikan,tidak mengapa kerana dia seorang yang shaduq. Dalam riwayat lain juga dari Abu Khalid Al-Ahmar dari Ad-Dhahak bin Utsman dari Makhramah bin Sulaiman dari Karib dari Ibnu Abbas. 

Imam Tirmizi mengatakan hadis ini hasan gharib demikian juga Ibnu Hibban dan disahihkan Ibnu Hazm, perawinya mengikut syarat Imam Muslim tetapi tidak diriwayatkan oleh Muslim)

حَدَّثَنَا وكيع بن الجراح بن مليح الرؤاسي أَبُو سفيان الكوفي ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ، عَنِ الْحَارِثِ بْنِ مَخْلَدٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا

Telah menceritakan kepada kami Waki, Telah menceritakan kepada kami Suhail bin Abi Solih, dari Harits bin Makhlad, dari Abi Hurairah berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 
  • Terlaknat orang yang mencampuri isterinya di duburnya” 
(Hadis Marfu’ Riwayat Ahmad, Ibnu Majah melalui jalur Suhail dan Abu Daud serta an-Nasa’i dalam jalur Waki’ bin Jarah bin Malih Al-Kufi yang mana beliau dipuji oleh Imam Ahmad bin Hanbal kerana banyak hafazannya. Dalam riwayat lain, mengatakan “(من أتى كاهناً فصدقه أو أتى امرأة في دبرها فقد كفر بما أُنزل على محمد)  
  • Barang siapa yang mendatangi tukang ramal atau mendatangi isteri melalui duburnya, dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad” hadis riwayat Abu Daud dinilai sahih oleh Albani)
Situasi si isteri mengadu mengenai perlakuan suaminya yang mendatangi duburnya, seperti cerita di atas, sering terjadi. Bukan untuk mendedahkan fitnah, keaiban dan kecelaan, tetapi itulah hakikat yang berlaku membenarkan Al-Quran dan Sunah nabi. Biasanya, dalam masyarakat, mereka adalah kumpulan komuniti keluarga yang jahil dalam beragama.

Ahlu Sunnah Berbeza Dengan Syi’ah Yang Menyetubuhi Isteri Pada Dubur

Daripada al-Barqiyy, beliau memarfu’kannya [Menyambungkan sanad sampai kepada imam maksum syiah] daripada Abi Abdillah a.s. katanya: 
  • “Bila seseorang menyetubuhi isterinya pada duburnya lalu dia tidak sempat keluar air mani maka kedua-duanya tidak wajib mandi. Jikalau dia keluar air mani maka wajib mandi keatasnya dan isterinya tidak wajib mandi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ min al-Kafi jil. 3 hal. 47)
Allahu robbi...

Penyelesaian Jika Suami Gemar Meliwat Isteri
Mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazet pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami untuk meliwat isteri. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti meliwat isteri adalah harus atau makruh, tetapi haram hukumnya. Pada pandangan Mazhab Hanafi, 
  • “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.) 
Ini menunjukkan ia menjadi kesalahan dan boleh diadukan di Mahkamah Syariah.

Suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak. Meliwat isteri tidak sama hukumnya dengan homoseksual dan lesbian. Isteri wajib menolak permintaan suaminya untuk mengadakan hubungan liwat, kerana Islam tidak sama sekali meredai benda yang haram walaupun sudah sah sebagai pasangan suami isteri. Isteri boleh memohon fasakh jika perkara ini masih berulang. Bukan dengan melaporkan kepada polis, tetapi terus ke Mahkamah Syariah.

Tetapi kalau si isteri tidak bekerja, anak pula ramai, bagaimana pula penyelesaiannya? Berdoalah kepada Allah, hidupkan Islam dan sunah di rumahmu. Dekati Islam, nescaya suamimu akan berubah. Wallahu a’lam.

Ini tips doa bersetubuh:
بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
  • Dengan nama Allah. Jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada kami.

Video: Ustaz Azhar Idrus - Mazhab Perlis Boleh Liwat Isteri..??

 

  (IH) 

IKLAN: Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.
HMH STEVIA HERBA. 
Agent : Selangor - Badli-0175464055, (Bakhtiar) 0183968580, (Man) -01 111281452
Kedah, (Norriehan) 0175278832, 
Pahang (Roslan)0132132967

1 comment:

Mat Bon said...

Salam Ustaz, saya minta maaf, sebab saya kurang faham. Boleh Ustaz tolong confirmkan fahaman saya ... ?

1. Diluar perkahwinan, liwat adalah sama keji dengan zina. Hukuman kepada penzina boleh dijatuhkan kepada peliwat juga.

2. Tetapi di dalam perkahwinan, ada pendapat yang mengatakan memasuki isteri dari dubur ini halal ... berdasarkan

2.1 ayat alBaqarah 223

2.2 hadith no 2593 ... menggunakan perkataan 'hindarilah'.

2.3 Hadis riwayat Shiah membenarkannya

2.4 Mazhab Hanafi membenarkannya ... tapi jangan sampai tinggalkan pintu depan

3. Ada pula pendapat yang mengatakan memasuki isteri melalui dubur ini haram ... berdasarkan

3.1 Tafsir Ibnu Katsir. Ustaz berikan 2 hadis sebagai nas, tetapi ..

3.1.1 Hadis pertama itu tidak kuat, (ia tidak pun diriwayatkan oleh imam Muslim)

3.1.2 Hadis Marfu' ...

4. Undang-undang Malaysia membenarkannya, tetapi masih menganggap ia sesuatu dosa - kerana Malaysia mengikuti pendapat Imam Shafie secara total ...

5. Perlis pula ... disebabkan mereka menerima perbezaan pendapat Imam-Imam Sunnah wal jamaah ini ... tidak menganggap ia dosa disebabkan oleh pendapat Imam Hanafi dan hujah2 di atas.

Sekian. Saya harap sangatlah Ustaz tolong confirmkan pemahaman saya di atas. Saya berjiran dengan 2 orang ahli majlis fatwa Perlis tapi tak kan lah saya hendak bertanya soalan ini secara berdepan ...

p/s ... kepada gadis-gadis diluar sana ... hati-hatilah kalau hendak bernikah dengan lelaki Perlis ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails