Saturday, December 28, 2013

Jais Buru Gereja Guna Nama Allah, Tapi PAS Bersama Paderi..

Dr Rani bersama Pastor Moses Savari dan penganut Kristian di Meru dalam satu majlis di sebuah gereja baru-baru ini. Gambar ihsan daripada Facebook Dr Rani. 
Dr Rani bersama Pastor Moses Savari dan penganut Kristian di Meru dalam satu majlis di sebuah gereja baru-baru ini. Gambar ihsan daripada Facebook Dr Rani. 

Ketika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memburu gereja yang menggunakan nama Allah dalam majlis mereka, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman berucap di majlis yang dianjurkan oleh sebuah gereja.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di sebuah dewan komuniti di Pekan Meru 26 Disember lepas. Ia telah disiarkan oleh Dr Rani dalam akaun Facebook miliknya.

Pastor Moses Savari dalam ucapannya berkata,  semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang gambaran sebenar Islam.

Beliau yang cukup berasa teruja dengan kehadiran Dr Rani mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir dan memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang memerlukan bantuan di Meru.

Sikap mereka berbeza sekali dengan tindakan yang diambil Jais yang sedang menyiasat gereja yang menggunakan nama Allah dalam majlis mereka. Awal minggu ini, Utusan Malaysia telah mendakwa kumpulan Kristian yang dikenali sebagai International Full Gospel Fellowship mengadakan majlis tertutup di sebuah hotel di Klang dan didengari menyanyikan lagu yang mengandungi perkataan “Allah”.

Akhbar yang dikuasai Umno itu juga melaporkan, satu notis dipasang di lobi hotel itu yang berbunyi: “International Full Gospel Fellowship: Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, Dari Gelap Akan Terbit Terang”.

Ekoran itu, Jais sedang menyiasat gereja yang terlibat. Pengarah Jais Ahmad Mohd Saad berkata, pihaknya akan menyenaraikan gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta mereka mematuhi enakmen negeri yang menghalang berbuat demikian.

Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Umat Islam) yang menghalang penggunaan nama Allah yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor 25 tahun lalu dan dikuatkuasakan Julai 1988. Jais telah menggunakan enakmen itu ketika mengumumkan sekatannya ke atas bukan Islam daripada menggunakan nama Allah.

Selain Selangor, 10 negeri lain turut meluluskan enakmen menghalang bukan Islam menggunakan antara 18 hingga 25 perkataan termasuk Allah. – 28 Disember, 2013. (TMI)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.    
Wakil Penjual:    
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)    
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)  
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),    

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails