Friday, December 20, 2013

Jom Pakai Sarung, Myanmar Sukan SEA 13, 22 Dis..

Ini gambar di Indonesia bukan program FIKIR

KL: Forum Kesedaran Rakyat (Fikir) menggesa rakyat Malaysia memakai kain sarung pada 22 Disember ini untuk urusan harian sebagai tanda solidariti bersama masyarakat Rohingya yang ditindas secara berterusan di Myanmar.

“Fikir berharap masyarakat Rohingya itu tidak dilupakan ketika Sukan Sea ke-13 berlangsung di negara tersebut,” ujar Koordinator Fikir, Yamin Yahya dalam satu kenyataan.

Katanya, kempen memakai kain sarung itu merupakan satu isyarat bahawa masyarakat Malaysia tidak redha dengan penindasan yang berterusan itu walaupun peserta negara telah mengambil bahagian di dalam sukan tersebut.

Menurutnya, Fikir yakin pada 22 Disember ini yang merupakan hari penutup Sukan Sea, rakyat Malaysia akan memakai kain sarung ke mana sahaja mereka pergi sebagai tanda solidariti.

Sehubungan itu, ujar beliau Fikir berharap Kerajaan Malaysia dan negara-negara Asean lain akan terus memberi tekanan ke atas pemerintah Myanmar agar menghormati hak-hak masyarakat Rohingya dan memastikan penindasan dan kezaliman ke atas mereka diberhentikan.
 Pendatang dari Myanmar. Mereka juga manusia seperti kita. Wajib dibela..
(HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails