KL: Pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dilaporkan akan mengambil
jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang
dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran
ekonomi dan mencapai sasaran defisit yang ditetapkan, dakwa Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Memetik laporan terkini dari Bank
Dunia, beliau menyifatkan langkah ini sebagai ‘cukup mengejutkan’ kerana
pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan
mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaan.
Laporan bertajuk “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan:
“… the government reaffirmed its
headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This
target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of
the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared
to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources,
including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion
from the securitization of government mortgages…”
Rafizi mengesyakki bahawa rancangan
menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai
sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.
“Ini bermakna, harta-harta negara ini
telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun
2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.
“Saya memandang serius perkara ini dan
akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin
untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun
Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan
menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam
laporan Bank Dunia.
“Perkara ini akan saya bawa dalam
mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (semalam) supaya permohonan
sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” ujarnya.
Menurut beliau, PKR telah berkali-kali
menegaskan bahawa untuk menurunkan defisit, reformasi ekonomi yang
menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan.
Langkah ini, jelasnya akan
mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana
pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.
Malah tambahnya, dengan penjimatan
dalam perbelanjaan kerajaan, PKR yakin sasaran defisit yang lebih rendah
iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan
Pakatan Rakyat.
“Keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak
memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari
jalan yang menekan rakyat.
“Kenaikan harga barang, pengurangan
subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca
dari kegilaan Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit
tetapi tidak mahu membanteras rasuah,” tegas beliau. (IH)
No comments:
Post a Comment