Friday, December 20, 2013

Kisah Gadis Cari Jodoh Landaskan Islam -TV Al-Hijrah.

Semua pelakon dan krew drama tersebut telah berlepas ke Korea Selatan selama 15 hari untuk menjalani penggambaran di sana.



HALAMAN HIBURAN
KL: Drama bersiri terbaharu berjudul Aku Ada Wali yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin bakal memaparkan kisah cinta berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah.


Pengarah Aku Ada Wali, Aidilfitri Mohamed Yunos menjelaskan drama tersebut memaparkan kisah cinta berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Pengarahnya, Aidilfitri Mohamed Yunos, berkata, hampir 80 peratus pengisian drama bersiri itu berdasarkan fakta namun masih mereka masih mengekalkan elemen drama dan komedi bagi menarik perhatian penonton.

"Drama ini adalah berkisarkan mengenai pendirian seorang gadis dalam mencari jodoh berlandaskan ajaran Islam di samping pelbagai kisah-kisah menarik.
"Ia mempunyai banyak fakta berguna mengenai soal perhubungan lelaki dan wanita, perkahwinan dan perkara berkaitan dengan agama Islam yang sangat berguna dan pada masa sama menghiburkan," katanya kepada mStar Online.



Barisan pelakon yang menjayakan drama bersiri Aku Ada Wali yang bakal disiarkan di TV Al-Hijrah Januari ini. Foto RAJA FAISAL HISHAN.


Aidilfitri ditemui selepas melancarkan drama bersiri 13 episod itu di Pusat Pelancongan Korea di sini, Rabu. Aku Ada Wali dibintangi oleh barisan pelakon seperti Siti Saleha, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Sabhi Sadhi.


Ia bakal disiarkan di TV Al-Hijrah bermula 14 Januari ini pada setiap hari Selasa pukul 10 malam. Dalam pada itu, Aidilfitri berkata, versi novel akan dilancarkan selepas dramanya ditayangkan kepada penonton sebagai salah satu kelainan terutamanya pengikut setia penulis novel tersebut.

Dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah kerana yakin penulisnya mempunyai pengikut tersendiri dan sebagai salah satu cara menarik perhatian penonton dan pembaca.

"Memang kami merancang untuk tayangkan drama terlebih dahulu sebelum novel dikeluarkan dan yakin akan kemampuan drama ini memandangkan penulis novel itu sendiri sudah mempunyai ramai pengikut," jelasnya.

Sementara itu, Aidilfitri berkata, pihaknya memilih Korea Selatan sebagai lokasi penggambaran kerana ingin memberi kelainan kepada drama berkonsepkan Islamik. Jelasnya lagi, lokasi menarik seperti di Seoul dan Busan mampu memberi kesan berbeza buat drama tersebut.

"Hampir 70 peratus babak dalam drama ini dirakamkan di Korea dan kami telah menghabiskan masa selama 15 hari di sana untuk menjalani penggambaran.
"Walaupun cuaca di sana sangat sejuk ketika kami menjalani penggambaran namun kami berjaya merakamkan di pelbagai lokasi menarik dengan bantuan Pusat Pelancongan Korea," katanya. (mStar)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails