Sunday, December 22, 2013

Lagi, Kahwin Bogel Di Khalayak Ramai..


FotoANGGOTA polis mengarahkan Gypsy (dua dari kanan) dan Smith (kiri) agar memasuki van yang menunggu mereka.

San Francisco: Sepasang pengantin yang berkahwin dalam keadaan bogel di depan khalayak ramai ditahan di bandar raya ini semalam. Polis menahan bekas penari bogel yang kini menjadi aktivis Gypsy Taub, 44, dan pasangannya Jamyz Smith, 20, beberapa minit selepas mereka mengucapkan ikrar perkahwinan.

Sebelum acara itu, kedua-duanya berbogel di jalanan sebagai berkempen menentang larangan yang dikenakan pihak berkuasa bandar raya San Francisco terhadap perbuatan bertelanjang di depan tempat awam.

Mereka dikahwinkan oleh aktivis bogel George Davis, paderi di Gereja Universal Life.

Selepas sesi pembacaan daripada “buku sucinya” bertajuk ‘Seni Erotik’, Davis mengumumkan pasangan itu suami isteri. Sepasukan anggota polis yang tiba tidak lama kemudian mengakhiri majlis itu dengan membalut pasangan berkenaan dengan selimut sebelum membawa mereka memasuki van berasingan.

Menurut undang-undang yang dikuatkuasa Lembaga Penyeliaan dewan bandar raya San Francisco pada 2012, berbogel di jalan raya, tepi jalan, stesen persinggahan dan kenderaan dilarang. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak dan peserta perarakan yang sudah memperoleh permit. - Agensi.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)


IKLAN     
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?    

Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat. Cari kawan-kawan  yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda! Klik gambar ini  (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...  

 Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.   
Kandungan 100% Stevia, tiada pewarna, tiada pengawet.    Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.   

3 comments:

Anonymous said...

Kucing saya pun tak pakai seluar, tapi ada ekor untuk tutup anunya.

Anonymous said...

kUCING AKJ PUN.

Anonymous said...

Kiamat dah dekat menghampiri kita, manusia tak suka berpakaian suka telanjang macam binatang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails