Saturday, December 28, 2013
Lagi, Pelacur-pelacur Di M'sia..
BEBERAPA wanita asing yang dipaksa menjadi pelacur diberkas selepas polis menyerbu tiga rumah urut di Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR – Penderitaan 35 wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti persundalan selepas ditipu oleh satu sindiket pelacuran berakhir apabila kesemuanya diselamatkan dalam serbuan di tiga rumah urut di Jalan Langkawi, Setapak di sini kelmarin.
Kesemua mangsa yang merupakan 12 wanita Thailand, Filipina (10), China (10) dan Vietnam (3) dipaksa menjual diri mereka kononnya untuk melangsaikan hutang berhubung kos perjalanan mereka ke sini yang telah ditanggung sindiket.
Kesemua mereka diselamatkan dalam Ops Pintas yang dilakukan pada pukul 8 malam oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), dengan dibantu Bahagian Kongsi Gelap, maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Sentul dan Dang Wangi. (Kosmo)
IKLAN Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment