Mayat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Jamali Ali, 44, yang lemas ditelenggami pusaran banjir pada Rabu di Sungai Isap, ditemui di tali air Kampung Razali jam 2.30 petang tadi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Md Shah.
Beliau berkata, mayat ditemui penduduk bersama anggota penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian lemas.
“Mayat mangsa ditemui jam 2.30 petang oleh penduduk kampung, anggota tentera dan bomba. Lokasi penemuan mayat berhampiran tali air utama di Sungai Isap,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pagi tadi, mayat anak Jamali, Megat Nazri, 17, ditemui di tali air
Taman Guru iaitu dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.30 pagi. Dalam kejadian 7.30 malam pada Rabu, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot.
Banjir melanda negeri Pahang, Terengganu dan Johor dan dikatakan diantara yang terburuk sehingga menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turun sendiri ke kawasan Parlimennya di Kemaman untuk memberikan bantuan.
Sementara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sebagai “kawasan bencana” akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah kedua-dua negeri berkenaan.
Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan kawasan bencana ini adalah perlu kerana ia membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan. Katanya penghantaran makanan, pakaian, air bersih terutamanya dapat dilakukan dengan kadar segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional. – 6 Disember, 2013.(TMI)
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70
tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami :
014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com
tidak termasuk kos penghantaran
berminat sila hubungi/sms kami :
014 222 5865 / 011 2302 8768
resourceshmh@gmail.com
Al fatihah
ReplyDeleteAl Fatihah. Kalau dah sampai ajal tidak ada siapa dapat mengelaknya. Bagi mangsa banjir yg masih hidup, mereka memerlukan bantuan kemanusiaan dgn segera. Pihak kerajaan perlu gigih membantu tanpa mengira fahaman dan kepentingan politik
ReplyDelete