Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.
Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya.
Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia
tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada
mereka.
Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.
Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013.
Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.
Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.
Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013. - 18 Disember 2013. (TMI)
IKLAN
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?
Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat.
Cari kawan-kawan yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda!
Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.

No comments:
Post a Comment