Thursday, December 05, 2013

Sharifah Sakinah Bawa Teman 24 Jam

HALAMAN HIBURAN

Pelakon yang pernah mengundang kontroversi menerusi laman sosial Keek, Sharifah Sakinah, mendedahkan dia kini sudah mempunyai teman yang sentiasa menemaninya walau ke mana jua. Bagaimanapun, Sakinah menafikan jejaka di sampingnya itu adalah teman istimewa. Sebaliknya, mengakui dia masih solo selepas putus cinta dengan anak kepada pengarah Erma Fatima iaitu Ahmad Albab.

“Dia adalah jurulatih gim saya yang sering menemani ke majlis-majlis jika ada kelapangan bagi memantau pemakanan saya. Jika tiada kelas, memang 24 jam dia dengan saya. Namanya Murad dan dia merupakan anak angkat kepada emak saya. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon,” ketika ditemui di majlis prebiu filem Ular di Cathay Cineleisure pada Selasa.

Sakinah juga memberitahu yang dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badan dan memerlukan bantuan Murad bagi mengawal pemakanannya. Sepanjang enam bulan aktif ke gim, Sakinah telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12 kilogram.

Mengulas tentang peranannya dalam filem 'Ular', Sakinah mengakui dia kekok beraksi dalam filem arahan Jason Chong itu biarpun pertama kali berlakon di layar perak. Malah, tidak kisah hanya menggalas watak pembantu di samping teraju utama, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.

“Saya tidak kekok berlakon di layar perak kerana sejak kecil sudah terdedah dengan bidang lakonan. Saya juga tak rasa tertekan sepanjang penggambaran kerana bekerja di samping kawan-kawan. Walaupun saya diberikan watak ringan dalam filem ini, namun peluang yang diberikan begitu saya hargai. Pelbagai pengalaman ditimba sepanjang tiga minggu menjalani penggambaran di Pulau Pangkor” kongsi Sakinah memegang watak Lin yang merupakan sahabat baik kepada Amy lakonan Zarina Anjoulie.(Gua)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Inilah suatu contoh dan fenomena kehidupan sosial para artis dan pelakon. Baikkah dibiarkan begitu? Pemerintah dan ulama -ulama Islam bertanggung jawab dalam membimbing mereka ke arah pembangunan ruhani dan jasmani. Allah SWT menjanjikan bencana di seluruh negara tempat tinggal mereka, kalau tugas-tugas ini diabaikan. (IH)

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman..  
50 uncang baik Atasi Diabetes, darah tinggi rawatan kulit..

Klik di sini..
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails