Siti Nur Masitah Mohd Badrin
SUKAN
Nay Pyi Taw: Siti Nur Masitah Mohd Badrin memastikan pingat perak dibawa pulang pada hari terakhir kejohanan menembak menerusi acara 25m sport pistol wanita di Lapang Sasar North Dagon, semalam.
Ia pingat perak kedua peribadinya selepas Sukan SEA Vientiane, empat tahun lalu.
Pada perlawanan akhir yang mendebarkan menentang peserta Singapura, Nicole Tan, dia tewas 5-7, bagi membolehkan lawannya memenangi pingat emas manakala gangsa milik peserta Vietnam, Thi Hoa Hong.
“Syukur, dapat lakukan dengan baik meskipun persembahan kurang memuaskan semalam (pada sesi latihan) tetapi hari ini saya cuba lakukan yang terbaik demi Malaysia,” kata atlet kelahiran Kuantan itu.
“Terima kasih kepada jurulatih Mohd Hashim Desa yang sentiasa memberi sokongan.” Turut mara ke final adalah Bibiana Ng tetapi sekadar menduduki tangga keempat.
Bagi Mohd Hashim, inilah pencapaian terbaik yang dilakarkan biarpun pingat perak.
“Dalam sukan menembak, semua bergantung kepada nasib pada akhirnya. Dia melakukan tembakan atas 10 mata tapi perlukan 10.3 untuk dikira satu mata. Kemenangan akhirnya berpihak kepada penembak Singapura,” katanya.
Skuad menembak mengakhiri kempen Sukan SEA dengan satu emas, tiga perak dan empat gangsa. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada sukan memanah atau menembak, ada sesuatu yang menarik diberitahu NabiSAW..
Uqbah bin Amir r.a melaporkan, ‘Saya mendengar Rasulullah s.a.w berkata di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي
- “Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” Hadis direkod oleh Imam Muslim no. 1917
Begitu juga, Rasulullah s.a.w pernah berkata,
- "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." Direkodkan Bazzar dan Thabarani dengan sanad yang baik.
IKLAN
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?
Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat.
Cari kawan-kawan yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda!
Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.
Peluang menambah pendapatan, atau memulakan perniagaaan. Bagaimana?
Mudah saja! Secara sambilan pun boleh buat.
Cari kawan-kawan yang perlukan minuman kesihatan ini, buat pesanan melalui pos hingga ke tempat anda!
Klik gambar ini (Bagaimana Anda Ingin Jadi Wakil Jualan Kami?..)...
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Baik Untuk Diabetes Dll.
No comments:
Post a Comment