Thursday, December 19, 2013

Tuduhan Syiah Macam Kemuncup Melekat Di Seluar -M/Sabu




ALOR SETAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memandang enteng tuduhan Syiah yang dibuat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadapnya dengan menganggap seolah-olah 'kemuncup yang melekat di seluar' sahaja.

"Saya sedar apa yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyibukkan kita (PAS) dengan kerja menjawab tuduhan atau membuat penafian.

"Dengan itu pemimpin Umno/ BN berharap usaha kita menggerakkan penentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, tarif elektrik, tol dan sebagainya akan dilupakan," ujarnya.

Sedangkan, katanya, 10 tuduhan yang dibuat KDN untuk mengaitkannya dengan ajaran Syiah langsung tidak berasas dan hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.

Mohamad yang ditemui di majlis Taklimat dan Dailog Menuntut Kenaikan Harga Padi anjuran Belatani di sini berkata, beliau tidak akan melayan atau menjawab semua tuduhan tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menguruskan dakwaan Menteri Dalam Negeri mengikut saluran keadilan.

"Saya akan teruskan kerja saya membela rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, tol... isu peningkatan kos hidup, isu GST, TPPA, walaupun pemimpin Umno/BN cuba untuk mengalih fokus saya," tegasnya. (HD)

Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails