Saturday, January 26, 2013

Satelit 'mati' Akan Dikitar Semula

ILUSTRASI oleh DARPA menunjukkan sebuah satelit digunakan bagi mengesan komponen-komponen berharga pada satelit komunikasi yang tidak lagi berfungsi di orbit Bumi. 

JOM KREATIF
WASHINGTON - Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membelanjakan hampir AS$180,000.00 (RM540,00.00) untuk menguji teknologi bagi mengitar semula komponen satelit di orbit Bumi. Menurut DARPA, apabila jangka hayat sesebuah satelit tamat, beberapa bahagian tertentu seperti antena dan panel solar masih lagi berfungsi seperti biasa.

Namun, sehingga kini, tiada usaha untuk menyelamatkan atau menggunakan kembali komponen-komponen tersebut. Menurut pengurus programnya, David Barnhart, penggunaan semula komponen-komponen itu mampu menjimatkan kos pembuatan satelit dalam jangka masa panjang.

"Kami sedang mencuba untuk menambah pelaburan bagi menguji teknologi itu di samping mencari pendekatan baharu yang mampu menjimatkan kos," katanya.

Teknologi tersebut katanya, melibatkan sebuah robot mekanik dan sebuah satelit mini dihantar ke orbit untuk mengesan komponen-komponen satelit yang masih boleh digunakan. Robot mekanik itu akan menggabungkan komponen kitar semula itu dengan satelit mini bagi membina satu sistem komunikasi baharu. - Agensi

Kartun Politik Arab News

Cartoon


Friday 25 Jan 13

Thursday 24 Jan 13

Wednesday 23 Jan 13

Tuesday 22 Jan 13

Monday 21 Jan 13

Monday 21 Jan 13

Sunday 20 Jan 13

Saturday 19 Jan 13

Friday 18 Jan 13               














HAMAS Tubuh Akademi Bebaskan P'tin. M'sia?


Hamas akan dirikan akademi militer

HAMAS merancang mendirikan sebuah akademi tentera bagik kanak-anak sekolah di Jalur Gaza. Akhhbar Jerusalem Post melaporkan, Jumaat (25/1), Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyah mengumumkan akademi tentera itu merupakan yang pertama di Jalur Gaza. Dia menegaskan langkah itu untuk menyiapkan kanak-kanak membebaskan Palestin.

Kata beliau, kanak-kanak yang  masih duduk di kelas tujuh hingga sembilan boleh bergabung dalam akademi ini. Bila lulus nanti mereka akan mendapat ijazah di bidang ketenteraan. Beliau menyampaikan pengumuman itu pada kunjungannya ke Jalur Gaza dalam peringatan Maulid Nabi Muhammad kemarin. Lebih dari 10 ribu kanak-kanak menghadiri perayaan peringatan itu.

Beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyusun rencana pembangunan akademi tersebut. Akademi itu nanti mendidik kanak-kanak untuk mendirikan negara Palestin yang berdaulat dari sungai hingga ke laut. Pembangunan akademi itu merupakan sebahagian dari rencana HAMAS membentuk Kementerian Pertahanan sendiri di Jalur Gaza. Pengumuman itu disampaikan tidak lama setelah penyerangan pasukan Israel ke Gaza November tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau di Malaysia, PAS atau Pakatan tubuh Akademi PRU(Pilihan Raya Umum) untuk menghadapi kelicikan penipuan BN sepanjang masa, dalam pertarungan politik peti undi di Malaysia? (IH)

Konsert Ini Panaskan Jakarta? Sebuah Racun Fikir.


Title #7
Jennifer Lopez saat konsert di MEIS, Ancol, Jumaat malam, 30 November 2012

HALAMAN HIBURAN
INILAH suatu contoh racun pemikiran yang ditabur di negara-negara umat Islam. Di sini  (Indonesia) adalah negara umat Islam terbesar di dunia. 'Panaskan' Jakarta? Astaghfirullah... Jangan panas sampai ke api Akhirat. Perlu usaha-usaha selamatkan mereka. Selamatkan negara ke arah pembangunan fizikal dan mental dari generasi perosak begini..

Lihat berita dan gambar-gambar ini..
Penyanyi Seksi Jennifer Lopez 'Panaskan' Jakarta
JAKARTA: Penyanyi seksi Jennifer Lopez atau akrab disapa JLo memenuhi janjinya untuk menyesuaikan kostum saat konser di Mata Elang International Stadium, Ancol, Jakarta, Jumat malam, 30 November 2012. Hal ini ia lakukan untuk menghargai budaya di Indonesia.

Dalam sebuah segmen, pelantun On the Floor ini terlihat mengenakan kain panjang yang terlihat dibentuk dan dililitkan di tuibuhnya. Kain tersebut menyerupai maxi dress berwarna biru dan tampaknya sengaja dikenakan untuk menutupi salah satu kostum mininya.

Meski demikian, penampilan berbeda tersebut tak mengurangi aksi energik JLo saat tampil di atas panggung. Di usianya yang tak lagi muda, ibu dua anak ini masih piawai melenggak-lenggokkan tubuhnya. Ia menunjukkan kebolehannya menari salsa memakai kursi bersama para penari latar. Ia bahkan menari dari awal hingga akhir pertunjukkan.

Dalam konser kali ini, wanita kelahiran 24 Juli 1969 ini,  tak hanya membawakan lagu-lagu baru tapi juga sederet hits lama yang melambungkan namanya seperti All I Have, Jenny From The Block, dan If You Had My Love. Konser selama 1,5 jam itupun tuntas setelah lagu Dance Again bergema.
Title #26


Malaysia pun sama, selagi tiada wujud sebuah negara kabajikan atau negara Islam. (IH)

40% Calon Muda, Bukan Islam, Muslimat.. PRU 13

K/TERENGGANU - Pas akan menampilkan lebih 40 peratus calon daripada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah, di samping penambahan kerusi Muslimat dan menampilkan calon bukan Islam buat kali pertama dalam sejarahnya, pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13). Lapor Sinar Harian hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya lebih kurang 25 peratus calon muda itu adalah calon baru bagi parti itu. Menurutnya, antara pembaharuan terbesar yang dibuat ialah menampilkan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), atas tiket Pas dan menampilkan ramai calon Muslimat, sebagai pengiktirafan kepada golongan itu.
 
“Sebelum ini ada penyokong Pas yang bertanding tetapi mereka menggunakan lambing parti lain. Tetapi untuk PRU13 ini, Majlis Syura Ulama Pas sudah bersetuju untuk membenarkan non-Muslim mewakili dewan himpunan.
“Rasionalnya pemilihan calon bukan Muslim ini ialah mereka adalah calon daripada DHPP dan mereka sudah menerima prinsip-prinsip dasar perjuangan Pas. Selain itu, kita sudah semak latar belakang mereka dan jika elok dan mampu jadi pemimpin, kita pilih,” katanya ketika ditemui Markas Pas Kuala Ibai di sini, semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas menerima calon bukan Islam disebabkan komitmen mereka dalam dewan himpunan, untuk mewakili Pas. Beliau turut menegaskan bahawa ia bukan disebabkan faktor ketandusan calon Melayu, sebaliknya ia bagi ‘melawan’ calon MCA atau MIC serta di kawasan majoriti non-Muslim.

“Ada juga yang kawasan Melayu tetapi kedudukan non-Muslim ramai, kita tempatkan juga. Mereka ini (calon) adalah orang lama dan terlibat aktif dalam pilihan raya yang lepas. Kita ada kira-kira 35,000 ahli DHPP seluruh negara. Majoritinya adalah India dan Cina, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ketika ditanya mungkin ada halangan dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR), Tuan Ibrahim menjelaskan, kesemua calon non-Muslim ini bertanding di kerusi Pas dan tiada halangan daripada PR keran tidak melibatkan kerugian kepada calon PR. Selain itu, beliau berkata, hampir 95 ke 98 peratus pembahagian kerusi antara PR sudah selesai, cuma ada beberapa kerusi yang belum diputuskan dan dijangka akan selesai minggu ini.

Beliau menyatakan pada sidang media selepas merasmikan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai semalam.

DHPP sebagai sayap parti PAS yang baru, mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam. Dalam PRU12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu. (IH)

Siasat Kes Seks Wakil Rakyat, Mengapa?

AP - SEORANG anggota polis mengawal Alcibia (kanan) di Sucre, Bolivia pada Selasa lalu. 

Aktivis tuntut wakil rakyat disiasat kes berkaitan seks di Bolivia
LA PAZ, Bolivia: Beberapa kumpulan hak asasi wanita menuntut supaya satu siasatan serangan seksual dijalankan ke atas seorang wakil rakyat selepas satu rakaman kamera keselamatan mendedahkan beliau memaksa seorang penjaga bangunan yang mabuk melakukan hubungan seks.

Wakil rakyat itu, Domingo Alcibia telah ditahan pada Selasa lalu iaitu seminggu selepas insiden tersebut berlaku. Pihak pendakwa raya berkata, Alcibia akan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan bukan kerana merogol wanita berkenaan disebabkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian jenayah tersebut.

“Kami mendesak supaya pejabat pendakwa raya menyiasat insiden itu dan sekiranya perlu, kami akan menjadi orang yang akan memfailkan aduan rogol,” kata jurucakap Pusat Maklumat dan Pembangunan Wanita, Patricia Branez kelmarin. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau dilihat dari sudut Islam, sekurang-kurangnya ada 3 kesalahan.
  • Salahguna kuasa. Yakni kuasa sebagai wakil rakyat, dengan memaksa seorang penjaga bangunan melakukan hubungan seks.
  • Melakukan hubungan seks atau najis zna. Ertinya hal ini berlaku dalam keadaan suka sama suka. Sebab itu tiada dibuat lapuran mengenai jenayah tersebut, jadi bukan kes rogol.
  • Mabuk, sudah tentu minum arak atau mengambil sesuatu yang memabukkan.
Kalau dalam Islam, ketiga-tiga pelaku tu bersalah. Ketga-tga perlu dihukum, kalau ada yang lepas, itu hukuman yang zalim. Isimewanya Islam, ada larangan minum arak atau mabuk. Orang mabuk adalah orang yang menghilangkan akal sihat paling berharga. Akal yang mampu memneri pertimbangan wajar. Kerana itu, arak menjadi punca kejahatan. Kemungkinan hal di atas tidak akan berlaku kalau tidak ada yang mabuk.

Kerana itu arak sewajarnya diharamkan di dalam sesebuah negara, bukan hanya dadah sahaja. Malaysia sepatutnya mengharamkan arak, walaupun ia adalah bahan ketagih pemimpin-pemimpin negara yang otaknya telah dijajah peradaban barat dan jahat-bejat. (IH)

Friday, January 25, 2013

BN Curang, Pindah 40,000 W/Sabah Ke S'ngor?
























SHAH ALAM, 24 JAN: Kerajaan Negeri Selangor diseru mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan wujudnya kira-kira 40,000 ‘warga Sabah’ yang dipindahkan sebagai pengundi di Selangor.
Baca http://www.wasukalu.com/2013/01/misi-tawan-selangor-40000-warga-asing.html

Filem Tamil Hina Islam, M/Madras Lebih Peka.


 
HALAMAN HIBURAN

KL: Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, sedangkan rakyat Malaysia bebas menonton filem itu di sini.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini. Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara. Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India.

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dengan segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini. Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bahagian penapis filem Malayisa kena fikir secara Islam, jangan fikir macam pemimpin UMNO yang tidak tahu  dan tidak sensitif terhadap maslahat agama Persekutuan, negara ini. Apakah Mahkamah Tinggi Madras lagi lebih peka dari mereka yang pekak ini?

Kisah Budak Nakal, Apa Maksud Tuan Ibrahim?

-,

SEORANG pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah. Amin suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya.

Selepas tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar, tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka.

“Saya tak mahu. Nanti sakit jantung,” kata Puan Halimah.
“Saya tak mahu. Dah serik setahun dengannya,” kata Cikgu Kamala.
“Jangan pandang saya. Kalau saya, saya dah tendang dia keluar,” kata Tuan Kassim.
“Tak apa saya ambil,” jawab Ustaz Ismail Nihat.

Semua menarik nafas lega, tapi sahabat baik Ustaz Ismail, Cikgu Timmy berkata, “Ustaz fikir baik-baik. Kena ada kesabaran tinggi untuk mengajar budak itu. Kalau tak tahan, ustaz tukar dengan saya.”
“Takkan budak ini saya tak dapat kawal hehehhe,” jawab Ustaz Ismail dengan berseloroh.

Malangnya, perbualan guru-guru itu telah didengari Amin. Amin berbisik di hatinya, “Ustaz Ismail nak kawal saya ya? Kita tengok siapa lebih hebat!”

Sesi persekolahan baru pun bermula, Amin memasuki kelas Ustaz Ismail.
Ustaz Ismail mengaturkan Amin duduk di barisan depan kelas.

Amin cuba buat perangai, tapi Ustaz Ismail tetiba bersuara…
“Saya nak cadangkan seorang pelajar untuk jadi Ketua Kelas. Dia ini keputusan tak berapa baik. Akan tetapi, dia pandai bergurau. Jika dia jadi Ketua Kelas, sudah tentu kita dapat senyum tiap-tiap hari,” kata Ustaz Ismail sambil menunjuk kepada Amin.

Para pelajar kelas Ustaz Ismail terus terdiam dan berbisik sesama sendiri.
“Orang macam dia pun, Ustaz pilih jadi Ketua Kelas? Ustaz tahu ke dia terkenal sebagai pelajar ternakal di sekolah.”

Amin yang muka kemerahan kerana segan hendak menolak tawaran, tapi Ustaz Ismail tidak memberi peluang…
“Jadi Ketua Kelas bukan lihat pada keputusan sahaja. Yang paling penting dia boleh jadi contoh kepada pelajar lain. Saya percaya Amin boleh melakukannya dan dia amat berpotensi. Apa kata kita beri dia satu peluang?”

“Baik ustaz,” jawab para pelajar. Kata-kata ini menyebabkan Amin terasa malu dan segan sehingga muka bertambah merah.
Akhirnya, Amin menjadi Ketua Kelas.

Besok harinya, apabila masuk ke kelas, pelajar mendapati Amin sudah berada di tempat duduknya dan tidak mengacau pelajar lain ketika Ustaz Ismail mengajar.

“Amin sudah tak buat perangai dan kacau orang?” tanya seorang pelajar bernama Zul yang selalu dibuli Amin.
“Saya Ketua Kelas. Saya perlu jadi contoh pada orang lain,” jawab Amin.

Apabila melihat Amin menumpukan perhatian di dalam kelas, seorang pelajar lain Jannah bertanya pada Amin, “Mengapa Amin tak perlekehkan ustaz seperti biasa sehingga cikgu menghalau Amin keluar?”
“Saya Ketua Kelas. Saya perlu jadi rajin dan bagus keputusan barulah orang lain boleh terima saya sebagai Ketua Kelas dengan hati terbuka ,” jawab Amin.

Peperiksaan menjelang dan keputusannya, Amin melonjak dari tangga terakhir di sekolah ke tangga ke 15.

“Dia meniru ke ustaz?” tanya Tuan Kassim pada Ustaz Ismail.
“Berdasarkan ketekunan dia, saya rasa keputusan ini benar. Ini memang hasil dia,” jawab Ustaz Ismail.
“Ustaz Ismail memang hebat,” kata Cikgu Timmy.
“Apa yang Ustaz buat kat dia?” tanya Puan Halimah.

“Dia nakal sebab ego nak perhatian. Saya bagilah dia dapat perhatian secukupnya sebagai Ketua Kelas. Kerana egonya, maka dia memaksa dia menjadi baik supaya orang tak kata dia tak layak jadi Ketua Kelas. Sama seperti najis binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak menyenangkan pandangan. Jika ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak pokok yang berbuah,” jawab Ustaz Ismail sambil tersenyum.

Senyum.
 

Tuan Ibrahim Tuan Man 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah ilmu kepimpinan.

Atasi Rogol, Wanita Dibekali 21,000 Pisau..

AFP - SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin. 

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India
MUMBAI – Sebuah parti politik berhaluan kanan India mengedarkan beribu-ribu bilah pisau kepada golongan wanita di sebuah negeri di barat India untuk digunakan mereka jika diserang.  

Pisau-pisau itu diberikan selepas seorang pelajar wanita yang berusia 23 tahun mati akibat dirogol oleh beberapa lelaki pada Disember tahun lalu. Parti Shiv Sena itu mengedarkan senjata tersebut pada Rabu lalu pada sebuah majlis yang diadakan di sini. 

Pemimpin parti itu, Ajay Chowdhary berkata, wanita harus menyimpan pisau tersebut dekat dompet mereka. Sejumlah 21,000 bilah pisau itu diedarkan manakala negeri Maharashtra yang kerap berlaku kejadian rogol dan bunuh menjadi tumpuan utama pengedaran. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau dicuba dengan 'hukum hudud' terutama bagi negara orang Islam. Contohnya seperti Malaysia dan lan-lain.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India 

Ini, Pasar Makanan Terbesar Di Dunia



RUNGIS adalah sebuah pasar makanan seluas 234 hektar. Pasar makanan terbesar di duniat. Pasar berisi makanan segar mulai dari buah hingga kepada daging. Berlokasi 7 km dari Kota Paris, di Perancis. Macam kilang berbanding pasar biasa.

Rasanya tidak hairan Perancis jadi kota kuliner kenamaan dunia. Inilah tempat para koki belanja makanan segar tiap hari mulai dari daging, seafood, roti, keju, hingga potongan bunga segar, Setdaknya ada 18 juta konsumer yang berkunjung setiap hari.


Makanan yang dijual pun tidak tanggung-tanggung, 1,451,388 ton setiap harinya. Tidak hairan Rungis ada stasyen kereta dan jalan tol sendiri untuk distribusi semua barang dagangan. Pasar seluas 234 hektar ini terdiri dari beberapa bahagian besar (paviliun) yakni 1 paviliun untuk ikan dan seafood, 9 paviliun untuk buah dan sayur, 4 paviliun untuk mentega-telur-keju, dan 1 paviliun untuk bunga-bunga segar.


Pasar yang resmi dibuka pada 3 Mac 1969 ini akan memenuhi hasrat pelancong. Bukan sahaja produk jadi pilhan, tetapi juga bahan-bahan segar di Paris. Buah dan sayurnya luar biasa segar. Kentang, bawang, aneka jamur besar-besar, juga buah-buahan tropis dengan kematangan yang ranum. Paviliun ikan dan seafood menjual aneka ikan air laut dan air tawar, kerang, lobster, cumi, gurita, termasuk produk beku.

Segala aktiviti di Rungis dimulai tengah malam, hingga pukul 06.00 pagi waktu setempat. Pelancong hendaklah datang selambat-lambatnya pukul 04.00 pagi waktu setempat agar tidak ketinggalan segala aktiviti di dalamnya. Sebelum masuk, tiap orang wajib mengenakan baju serba putih macam masuk dalam klang. (IH)

Thursday, January 24, 2013

K'tan Fail Injunksi Ke Atas Petronas. Syabas!




KL: Weblog Ibnu Hasyim sangat bersetuju, kerajaan negeri Kelantan melalui Exconya, Datuk Husam Musa memfailkan permohonan ke mahkamah  bagi menyekat (injunksi) Petronas dari membuat sebarang bayaran royalti 5% yang sepatutnya dibayar kepada negeri itu.

Husam, peguam kanan, Tommy Thomas, memfailkan permohonan injunksi itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam.. Turut serta bersama beliau adalah ngo 'R' yang selama ini berkempen untuk mendapatkan hak rakyat negeri Kelantan itu.

"Syabas Datuk Husam, teruskan perjuangan membela rakyat! Allah bersama orang-orang yang membela keadilan." kata editornya Hj Mohd Hasyim.
 (IH)

PRU13: 7 Resolusi Untuk Polis K'tan



KOTA BHARU: Pemantau Kelantan telah mula melaksanakan tugas ke arah Pilihan raya Umum ke-13 dengan menyerahkan resolusi kepada pihak Polis Kota Bharu, petang kelmarin. Koordinator Pusat Rakyat CP, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, resolusi Pemantau Kelantan itu telah dikeluarkan hasil daripada seminar sehari pemantau PRU13 Kelantan pada 19 Januari lalu.

Katanya, antara 7 resolusi tersebut termasuklah..
  • menuntut pihak polis mampu bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik sekaligus meletakkan harapan ke arah penambahbaikan integriti pasukan PDRM dalam suasana PRU13. 

Menurutnya lagi,
  • sikap profesional PDRM amat penting bagi menjamin kelangsungan suasana yang membolehkan rakyat menikmati hak-hak dalam sistem demokrasi termasuklah hak untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Negara.
  • “Apatah lagi dalam suasana pilihan raya umum ini, rakyat amat perlu dibekalkan dengan maklumat-maklumat tepat dari parti-parti politik,” ujarnya.
Katanya,
  • apabila suasana semasa begitu melihatkan parti-parti BN diberi liputan meluas dalam media-media elektronik, tiada pilihan lain kepada parti-parti PR selain turun padang dan mengadakan himpunan seberapa kerap bagi menerangkan pelbagai isu kepada rakyat.
  • “Dalam situasi sebeginilah peranan pihak PDRM amat signifikan bagi memastikan keamanan dikekalkan bagi membolehkan rakyat mendapat cukup penerangan dari parti-parti politik negara,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya meyakini kerajaan yang baik hanya lahir dari pilihan raya yang bebas dan adil tanpa dikotori oleh pelbagai anasir yang tidak sihat. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya perlu wujud pasukan pemantau begini di seuruh negara, apa lagi apabala menjelang PRU 13 ini. (IH/Hrkh)

Kreatif, Lancar Kasut Paling Ringan Di Dunia.

AdiZero, jenis sepatu yang memiliki berat hanya 10,6 ons dan beberapa keunggulan ini akan diluncurkan pada 24 Januari.

JOM KREATIF
BERBAGAI cara kreatif mengikankan barangan perniagaan. AdiZero, jenis kasut yang memiliki berat hanya 10.6 ons dan beberapa keunggulan ini akan dilancarkan pada 24 Januari.

Lihat gambar-gambar ini.. (IH)
AdiZero, jenis sepatu yang memiliki berat hanya 10,6 ons dan beberapa keunggulan ini akan diluncurkan pada 24 Januari. 
 
AdiZero, jenis sepatu yang memiliki berat hanya 10,6 ons dan beberapa keunggulan ini akan diluncurkan pada 24 Januari. 
AdiZero, jenis sepatu yang memiliki berat hanya 10,6 ons dan beberapa keunggulan ini akan diluncurkan pada 24 Januari. 
AdiZero, jenis sepatu yang memiliki berat hanya 10,6 ons dan beberapa keunggulan ini akan diluncurkan pada 24 Januari.

Tebusan Algeria: Antara Mati & Selamat Pulang

Tebusan Algeria selamat pulang
Ravi disambut isterinya, Doreen Micheal Tajie, 45, setelah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Isteri tebusan sedih kematian tragis suami
IPOH - Isteri mendiang Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh dalam krisis tebusan di Algeria, mendakwa terlalu sedih dengan kematian penuh tragis suaminya. Karen Tham Yoke Thing, 54, berkata kematian suaminya hanya dimaklumkan Wisma Putra kepadanya malam kelmarin.

Katanya, mendiang sebagai Inspektor Kawalan Kualiti dengan syarikat JGC Construction Pte. Ltd, baru tiga bulan bekerja di Algeria. “Saya berharap semua memahami keadaan saya selepas mendapat berita kematian suami yang dimaklumkan oleh Wisma Putra lewat malam semalam (kelmarin),” katanya dengan nada sedih ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Ipoh Timur di sini, semalam.

Yoke Thing yang ditemani kakaknya, Janet Tham, 60, berkata, beliau belum pasti bila mayat mendiang akan tiba kerana masih menunggu Wisma Putra menguruskan penerbangan untuk membawa pulang mayat suaminya itu. Katanya, iparnya yang tinggal di ibu negara akan menguruskan penerimaan mayat mendiang yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam waktu terdekat.

Difahamkan Yoke Thing bekerja sebagai jururawat dan pasangan itu mempunyai seorang anak yang sedang menuntut di sebuah universiti di Singapura. Sementara itu, Kerajaan Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Chung Ngen dan turut berkongsi kesedihan bersama keluarganya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau diberitahu mangsa adalah anak Perak dan mengucapkan simpati kepada keluarganya. “Saya berharap keluarganya dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa mangsa. Ini adalah perkara yang tidak kita rancang dan harap mereka tabah menghadapi keadaan ini,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri.(SH)

Tebusan Algeria selamat pulang
BAYAN LEPAS - Seorang daripada lima rakyat Malaysia yang menjadi tebusan di Algeria selamat tiba di Pulau Pinang petang semalam. Jurutera binaan, K Ravi, 48, yang menjadi tebusan di Kompleks Minyak dan Gas di In Amenas, Algeria 16 Januari lalu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Beliau yang tinggal di Bukit Jambul di sini, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian itu.
“Saya bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
“Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang baik dan melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk membawa saya pulang,” katanya.

Kepulangan Ravi disambut isteri, Doreen Michael Tajie, 45, anak, R Vijayabalan, 19, dan R Sharmilaah Deve, 18. Dalam kejadian 16 Januari lalu, 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan OGPC Amenas, kira-kira 70 kilometer dari sempadan Algeria-Libya dan menjadikan 150 pekerja termasuk 41 warga asing sebagai tebusan. Kejadian itu dipercayai bermotifkan balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak di Mali. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ucapan takziah kepada isteri mendiang Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh dalam krisis tebusan di Algeria dan selamat pulang kepada keluarga yang selamat.

Lihat sebelum ini..

Nasihat Husam Kepada UtusanMelayu


 
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mengajak semua media di negara ini supaya menjaga intergriti masing-masing kerana dengannya mereka sendiri akan untung. “Kalau kita jujur, duit pun dapat, surat khabar kita tidak jatuh nama, orang suka baca dan macam-macam lagi perkara yang baik akan kita dapat,”katanya.

Beliau mengulas kemenangan demi kemenangan yang dicapai pemimpin Pakatan Rakyat ketika mereka berdepan dengan akhbar Umno, Utusan Malaysia di mahkamah. Terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kesnya melawan Utusan Malaysia. Beliau berkata, akhbar arus perdana sama ada cetak atau eletronik akan ‘mempergiatkan’ usaha fitnah mereka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang terhadap Pakatan Rakyat.

Menurutnya, media masa berkenaan melakukan demikian untuk menjatuhkan pihak lawan dengan mengikut ‘telunjuk’ pemimpin kerajaan BN. “Bagaimanapun dengan jatuhnya integriti akhbar berkenaan, masyarakat dengan sendirinya akan faham berhubung perkara itu,”ujarnya.

Beliau turut berkata, dengan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan media berkenaan cukup masyhur menggambarkan pemimpin pembangkang dengan gambaran yang salah. Sehubungan itu, beliau mengajak pengamal media melaporkan perkara yang betul tanpa fitnah untuk kesejahteraan masyarakat.

Sambungnya, berapa lama akan bertahan media seumpama itu (suka memfitnah) di dunia ini. Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri memberitahu, biarpun pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat lain sering mengingatkan media di negara ini supaya melaporkan perkara yang benar, namun ianya terus berlaku.

Tegasnya, ianya disebabkan kurangnya iman oleh pengamal media, disamping kurang akhlak.

“Kalau kita kuat iman, tentu kita takut untuk memfitnah, kita tahu akhirat kelak kita akan bankrap di akhirat dari segi dosa dan pahalanya, di dunia akhbar tidak laku.
“Kita juga hairan bagaimana surat khabar orang Islam lebih banyak kena saman berbanding milik orang bukan Islam,”ujarnya.

Tambahnya, nampak jelas etika masyarakat berkenaan lebih tinggi dari pengamal media orang Melayu sendiri. Pada masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang saman fitnah dengan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau juga berkata, akhbar berkenaan bakal berhadapan dengan dua kes lagi melalui saman yang dikemukakan olehnya. Jelas Husam lagi, beliau juga yakin kesnya akan menang bila berhadapan saman fitnah akhbar terbabit. (Hrkh)

Kasino Mini Diserbu.. Kerana Ada Bapak Kasino.

pix_topright
‘Kasino mini’ diserbu
Alor Gajah: Sekumpulan kaki judi bertempiaran melarikan diri ke dalam hutan selepas ‘kasino mini’ yang menganjurkan judi belangkas di dalam hutan di Kuala Ina, Pulau Sebang, dekat sini, diserbu sepasukan polis malam kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam, seramai 18 lelaki berusia antara 20 hingga 55 tahun diberkas bersama wang tunai lebih RM40,000 dipercayai digunakan dalam pertaruhan itu. Harian Metro difahamkan, mini kasino itu beroperasi sejak kira-kira tiga minggu lalu dan bermula jam 5 petang hingga tengah malam serta didalangi seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Pegawai Turus Unit Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan itu melakukan intipan sebelum menyerbu lokasi berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan mereka yang sedang leka bertaruh cuba melarikan diri ke dalam hutan dengan meninggalkan wang pertaruhan bertaburan di atas meja namun gagal kerana kawasan terbabit sudah dikepung pasukan polis yang melakukan operasi. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa ada 'kasino mini' yang ditangkap? Kerana ada bapak kasino yang bebas! Inilah kerajaan Islam Malaysa (kononnya) pimpinan UMNO, parti orang Islam, walaupun ada ahlinya bumiputera yang bukan Islam.

Jalan Duta: Bantah Meminta Peguam Lebih Telus.

Bantahan

Sebahagian daripada peserta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menunjukkan sepanduk bantahan di hadapan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. Bantahan tersebut dilakukan bagi meminta Majlis Peguam lebih telus dan tidak ada campur tangan pihak ketiga. - Foto Bernama

Jual Dadah Pun Ada Papan Tanda... Arak?

Foto

Papan tanda jual dadah
Yan: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah. Iklan itu memaparkan tulisan

Bukit Neraka FC - Yan 013-......., ubat - 1g RM25, ais - 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram - RM1,000“.

Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.

“Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini.
“Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu,” katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini.

“mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini.
“Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit.

“Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka,” katanya.

Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana ‘tauke’ besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah. “Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah itu iklan dadah? Tidak ada tulis perkataan 'dadah' pun. Kalau 'ubat' (yang dikatakan dadah) itu haram, mengapa iklan-iklan arak di hotel-hotel besar tdak dilarang, sedangkan ianya jelas 'haram' dalam hkum Islam? Inilah bentuk pentadbiran kerajaan BN pmpinan UMNO.

Selagi BN masih memerintah Malaysia (kerajaan Persekutuan yang menaungi negeri-negeri) selagi itulah perkara-perkara maksiat begni akan berterusan. Bagaiman mengatasiya? Ranapkan BN sekarang (PRU 13 ini). UNDILAH PAS dan rakan PR!!

Terkini!
UPP Perlis tahan van bawa arak 24/01/2013 12:57pm
KANGAR - Dua buah van yang membawa muatan minuman keras yang diseludup ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di pekan Gurun, Kedah semalam. Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat, pasukan UPP kawasan Chuping dengan kerjasama UPP kawasan Padang Besar mengesan kedua-dua kenderaan itu di pekan Gurun pukul 8.30 pagi.

Sebaik menyedari diekori dan dihampiri UPP, seorang daripada pemandu itu meninggalkan kenderaan yang dipandunya dan melarikan diri manakala seorang lagi yang berumur lingkungan dua puluhan ditahan, katanya. Zakaria berkata, kedua-dua kenderaan itu dibawa ke Kompleks UPP Chuping dekat sini dan pemeriksaan lanjut menemui 400 kotak minuman keras pelbagai jenama dan 50 karton rokok.

Minuman keras dan rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM64,468 jika termasuk cukai bernilai RM20,168, katanya di Kompleks UPP Chuping hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum 10 kali nilai rampasan atau maksimum 20 kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Gembira! Jumpa Minyak. Husam Usaha Sendiri



KOTA BHARU - Ini suatu berita gembira! Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.
“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya. (SH)

Maulidul Rasul, Jom Ikut Nabi. -Nik Aziz

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT yang bermaksud :
  • Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini.  Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?

Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan. Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya. Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia.

Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda. Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar. Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.  Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata.

Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini. Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.

Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah. Sekian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H

Apa Salah Buka Kelab? Awie(Rocker) Cabar Siapa?

HALAMAN HIBURAN

AWIE pada majlis prebiu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Kuala Lumpur: “Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. ‘Stop all this questions’,” kata rocker terkenal Awie (gambar)  sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.

Demikian lapor MyMetro hari ini..

"Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh. Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.

"Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.

Sambung berita itu lagi, “Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?” katanya. Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.

Soalnya  sekarang, siapa yang dicabar Awie? Pemnat-peminatnya yang Islam atau puak-puak agama dalam jabatan kerajaan yang bertanggung jawab menjelaskan kekeliruan dalam masyarakat, terutama dalam hal agama? Harap pihak bertanggung jawab perlu jelaskan. (IH)

Dakwah Islam Di Pulau Kera, NTT Indonesia
















CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

AIR satu jerigen harganya tiga ribu rupiah, kira-kira RM1. Itupun perlu di beli di  Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT).  Begitu berita terkini dari kumpulan Hidayatullah.com  yang baru ke sana. Saya (Ibnu Hasyim) juga pernah ke sana. Lihat catatan perjalanan saya...  Jalan Darat Dari Dili T/Leste Ke Kupang Indonesia  Itulah yang terjadi di Pulau Kera. 



Diceritakan, pulau ini pada zaman Belanda tumbuh sarat dengan pohon kelapa. Milik orang China Kupang 'Toko Baroe'. Tapi dengan kedatangan Jepun tahun 1941, semua pohon kelapa di tebang dengan tujuan supaya tidak ada kapal-kapal laut, musuh mereka masa itu, dapat memanfaatkan pulau ini sebagai tempat persembunyian. Lagi pula pucuk pohon kelapa adalah makanan yang lazat bagi mereka.

Pulau Kera selalu menjadi perhatian bagi siapa saja yang baru pertama kali berkunjung ke Kota Kupang kerana letaknya persis di tengah-tengah Teluk Kupang, antara Kota Kupang dan Kecamatan Sulamu, Kabupaten Kupang. Pulau Kera selalu disalah ertikan sebagai Pulau Monyet, sebenarnya pulau Kera bererti pulau Penyu atau Kea, iaitu bukan monyet.

Secara administratif, Pulau Kera merupakan bahagian dari Kecamatan Sulamu, Kabupaten Kupang, Propinsi Nusa Tenggara Timur. Perlu waktu sekitar 30 menit menggunakan perahu motor dari Kupang untuk sampai ke Pulau Kera. Tidak ada dokumen tertulis yang berkisah tentang Sejarah Pulau Kera. Yang pasti Pulau Kera kini ditempati oleh 260 jiwa yang terbahagi dalam 54 keluarga. 

Semuanya adalah keluarga nelayan tradisional bersuku Bajo dari Sulawesi, seluruhnya beragama Islam. Diceritakan, Bantiu Rabana adalah salah satu tokoh masyarakat yang dihormati di sana, beliau adalah Imam di Masjid "Darul Bahar", satu-satunya Masjid di Pulau Kera, merupakan bantuan dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) Nusa Tenggara Timur, diresmikan penggunaannya pada tahun 2000.



Kegiatan rutinnya adalah mengaji setiap sore menjelang matahari terbenam . Selain mengabdikan diri mengurus Masjid, Bantiu Rabana juga mengabdi sebagai Ketua Badan Pengurus Madrasah Hifidiyah, satu-satunya madrasah di Pulau Kera yang secara fiziknya sungguh sangat memprihatinkan. Dibangun secara swadaya oleh masyarakat Pulau Kera dan baru beroperasi pada tahun 2007. 

Madrasah tak bernama ini, memiliki 43 siswa yang terbagi dalam 3 kelas dengan tenaga pengajar sebanyak 3 orang. Yakni: Bantiu Rabana (lulusan SMEA), Dirman Surang (lulusan MTs) dan Rustam Ndou (lulusan SMA). Madrasah Hifidiyah ini kini dibina oleh Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Cabang Kupang. Selain Masjid dan Madrasah, ada satu kios di Pulau Kera yang menyediakan barang dagangan keperluan harian untuk masyarakat Pulau Kera.

Menurut berita dari kumpulan Hidayatullah.com lagi..

"Pulau ini memang berada di tengah lautan air. Tapi air bersih menjadi barang langka di sini. Sebab, lautan air itu tidak bisa digunakan untuk memasak. Maklum air laut, rasanya asin. Maka untuk mendapatkan air bersih penduduk harus menempuh perjalanan sekitar 40 menit dengan naik perahu tempel.
 
"Bukan hanya air bersih yang langka. Listrik dan papan juga tidak ada. Jika malam, untuk menyalakan lampu, penduduk memakai minyak gas. Lebih menyedihkan lagi keadaan rumah mereka, semuanya berupa gubuk terbuat dari seng atau jerami.




 









  
Bangunan sekolah itu baru setengah jadi, bangku, papan tulis dan buku-buku juga belum ada..

 "Mereka selama ini dianggap masyarakat liar. Pemerintah Kabupaten Kupang hingga kini tidak mengakui keberadaan mereka. Sekalipun faktanya, mereka sudah menghuni pulau berpasir putih itu sejak puluhan tahun lalu. Tapi anehnya, walau pemerintah tidak mengakui keberadaan mereka, setiap pemilu (pilihan raya) mereka diberi hak mencoblos." Demkian menurut kumpulan Hidayatullah.com

Di pulau ini tidak ada fasilitas umum seperti pendidikan atau kesihatan. Tidak ada sekolah, nyaris semua pendudukanya tidak mengenyam bangku sekolah. Termasuk kanak-kanak dan remajanya. Ini yang memprihatinkan. Mata pencarian mereka melaut, yang hasilnya untuk makan kais pagi makan pagi saja..

Seterusnya, menurut kumpulan Hidayatullah.com...
 
"Keadaan seperti itulah yang mengetuk nurani Syaiful Bahri, dai Hidayatullah di Kupang. Sejak tahun 2000, anak muda ini membina masyarakat Pulau Kera. Sekarang, setidaknya seminggu sekali Syaiful datang membina mereka. Bukan hanya memberi siraman rohani, terkadang  ia juga membagi-bagi sembako gratis.  
 
"Belakangan, Syaiful tidak sendirian. Ia ditemani Ramli, dai dari Dewan Dakwah Islamiyah (DDI). Merekalah yang kini  bahu membabu membina masyarakat Pulau Kera. Perhatian utama mereka sekarang adalah pendidikan untuk anak-anak dan remaja. “Sekarang kami sedang membangun sekolah,” kata Syaiful.

"Bangunan sekolah itu baru setengah jadi. Berukuran sekitar 5 X 10 meter, dindingnya terbuat dari batako dan beratap seng. Itupun dinding bagian atasnya masih bolong. Untuk fasilitas lain seperti bangku, papan tulis dan buku-buku juga belum ada. “InsyaAllah, nanti kami lengkapi. Sekarang cari dana dulu,” kata Syaiful. Nah, siapa berkenan membantu?"

Berita sebelum ini...

Ada Sunatan Massal di Pulau Kera (Kamis, 05 Januari 2012 ) 

"Alhamdulillah, anakku akan disunat,’’ seru Ny Hawasa, menyambut Tim Dewan Da’wah dan Hidayatullah yang akan menyelenggarakan sunatan massal di Pulau Takera, Kupang, Nusa Tenggara Timur, dua pekan lalu. 

Sunatan diikuti 30 anak bocah Pulau Takera, yang sehari-hari menjadi santri TPA Darul Bahar yang diasuh dua da’i Dewan Da’wah yang ditugaskan di sini. Sebagian peserta juga berasal dari Pulau Sulamu, yang terletak sekitar 1 jam penyeberangan dari Takera.

Pulau Takera mengapung di seberang Darmaga Oeba Kota Kupang, NTT, dihuni 78 keluarga atau 315 jiwa yang semuanya muslim dan dhuafa. Menurut salah seorang tokoh setempat, Naseng Rabbani, nenek moyang mereka dari suku Bajo sudah menghuni Pulau Takera sejak 1911.

‘’Nenek moyang kami dari suku Bajo Sulawesi Tenggara, datang ke sini atas undangan Raja Kupang Nesneno untuk mengajari masyarakat berlaut,” tutur Rabbani.


Para pelaut Bajo lalu mendiami Pulau Takera, berdasarkan prinsip “di mana ikan bagus untuk dijemur, di situlah mereka berdiam”. Takera memang sangat bagus untuk menjemur apa saja termasuk ikan. Sejak pukul 7 pagi saja, pulau ini sudah sangat menyengat panasnya.

Walau berjasa secara historis, hingga kini warga Pulau Takera tidak memiliki status kependudukan, meskipun secara administratif pulau ini termasuk wilayah Kota Kupang. 

Ustadz Ramli, Da’i Dewan Da’wah di NTT, mengatakan, selama ini Dewan Da’wah dan ormas Islam Kupang terus membina warga Pulau Kera. 

‘’Persoalan umat di sini adalah minimnya papan, air bersih, listrik, dan sarana pendidikan,’’ ungkapnya. ‘’Mereka korban pemiskinkan secara struktural,’’ tandasnya.

Para nelayan itu dimodali tauke Kupang untuk melaut, tapi hasilnya hampir semua untuk si tauke. Melaut tiga hari berturut-turut dengan awak 4 orang, paling banter masing-masing nelayan mendapat Rp 50 ribu atau senilai dengan 25 jirigen (500 liter) air tawar yang harus mereka beli di Kupang. Itu lantaran kalkulator usaha nelayan berada sepenuhnya di tangan tauke.

Sekolah formal masih jadi kemewahan buat generasi belia Pulau Takera. Namun belakangan ini beberapa remaja Takera mulai keluar pulau untuk melanjutkan sekolah ke Kupang dengan beasiswa dari Dewan Da’wah Islamiyah, Hidayatullah, MUI, dan Bazda NTT. (MR/bowo)

Image Peserta Sunat Massal Lazis Dewan Da’wah di Pulau Kera NT

Al-hamdulllah, itulah usaha dakwah. Sampaikan! Perintah Nabi SAW kepada tiap individu, walaupun satu ayat. Kerana usaha itu, Islam yang mulia dan lengkap ini sampai kepada kita. Dari tanah Arab sampai ke Alam Melayu, Malaysia, Indonesia, bahkan sampai ke Pulau Kera. Menukar perangai manusia jangan jadi macam kera.

Bukan dakwah dari pulau ke pulau sahaja, tetapi juga dakwah dari rakyat kepada kerajaan. Kerajaan yang belum Islam perlu diIslamkan. Kerajaan yang sudah mengaku Islam tetapi tidak laksanakan Islam sepenuhnya perlu disuruh laksanakan sepenuhnya. 

Bagaimana menyuruhnya?

Oh, mudah sahaja. PRU 13 sudah dekat, beberapa bulan lagi. Gunakan undi kamu untuk Islam. Untuk manaikkan Islam. Pilih parti yang berperlembagaan Islam. Bukan asobyah kebangsaan, yang menolak hukum Allah. Di Malaysia ada Parti Islam (PAS) dan gabungannya. Tolak parti asobiah UMNO (Pertubuhan Asobiah Melayu Bersatu) dan gabungannya. 

Ingat Allah SWT tahu apa yang kita buat, walaupun dalam tempat mengundi yang kononnya dirahsiakan.

UNDILAH PAs DAN RAKAN-RAKANNYA!

Wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com  
23 Jan 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Wednesday, January 23, 2013

Buat Rumah Dari Bongkah Batu


HERNANDEZ berdiri di luar kediamannya dekat San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila, utara Mexico pada 16 Januari lalu. 

JOM KREATIF
Bongkah batu dijadikan rumah
COAHUILA, Mexico - Seorang lelaki di Mexico telah menukar seketul bongkah batu menjadi rumah untuk keluarganya sejak 30 tahun lalu. Benito Hernandez membina kediaman unik itu dekat kawasan pergunungan San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila di utara Mexico.

Sebahagian daripada bongkah batu besar berdiameter 40 meter itu dijadikan bumbung rumah manakala beberapa bahagian lain dikorek untuk membina ruang tamu, dapur dan beberapa buah bilik. Hernandez tinggal di rumah batu itu bersama isteri, Santa Martha de la Cruz Villarreal, seorang anak lelakinya, Omar Hernandez dan cucu perempuan mereka, Lucero Hernandez.

Kediaman Hernandez itu terletak dekat dengan bandar San Jose de Las Piedras. Bandar itu merupakan sebuah komuniti terpencil di kawasan gurun Coahuila dan terletak sekitar 80 kilometer dari sempadan Texas, di Amerika Syarikat. - Agensi

4 Langkah Bela Tentera, Undilah Pakatan Rakyat.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriahkan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini. — Foto Reuters
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan empat langkah bagi membela kebajikan anggota-anggota tentera. Langkah-langkah itu diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid.

Katanya, penambahbaikan kebajikan tentera itu mampu dibuat dengan membenteras amalan rasuah dan kronisme. Berikut adalah langkah yang diumumkan hari ini

1. Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil dan bebas mewakili anggota terbanyak.

Keuntungan serta perolehanan LTAT wajar diagihkan dengan lebih adil kepada anggota terbanyak termasuk melalui peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan.

2. Meningkatkan jumlah caruman yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20 peratus daripada jumlah gaji setiap bulan berbanding sebelum ini hanya 15 peratus.

Peningkatan 5 peratus caruman ini perlu diuruskan secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera yang berpencen dan tidak berpencen.

3. Memperkenalkan dividen khas kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun dan caruman tambahan 5 peratus yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dividen khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing.

4. Memastikan paras pencen adalah setara dengan dasar gaji minima RM1,100.

Ini bagi memastikan supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.

"Saya yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat," jelas Anwar.

Sementara itu, Abd Ghafir yakin dengan apa yang dinyatakan dan berharap anggota tentera yang masih berkhidmat dapat membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya harap tentera dikembalikan kemuliannya dan kepada mereka yang masih bertugas, saya pasti mereka akan lakukan satu tindakan yang bijak pada pilihanraya nanti.
"Tentera memerlukan kerajaan yang terbaik dan perihatin dalam membela nasib mereka sama ada yang masih bertugas ataupun sudah bersara," kata beliau.