Saturday, February 02, 2013

Ribut Hujan Airbatu Serang 7 Kampung Di India

Agensi :DUA orang wanita sedang membersihkan bongkah air batu yang bertaburan di sekitar rumah mereka di sini semalam. 


ANDHRA PRADESH - Seramai sembilan orang terkorban dalam satu kejadian ribut hujan air batu yang melanda beberapa buah kampung di selatan India, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Ribut yang berlangsung selama 20 minit itu memusnahkan tanaman, rumah dan menyebabkan haiwan ternakan mati. Ia turut memberi implikasi kewangan yang buruk kepada penduduk terlibat.

Kejadian ribut hujan air batu itu berlaku secara tiba-tiba pada hari Selasa lalu di tujuh buah kampung. Ia pertama kali berlaku serta memberi pengalaman berbeza kepada para penduduk di kampung Chevella, Moinabad dan Shankarpally.

Pengarah Pusat Meteorologi Hyderabad, India, Dr. K. Sitarama berkata, ribut hujan air batu berlaku disebabkan oleh ribut petir yang kuat. "Kejadian seumpama ini biasanya berlaku di satu-satu kawasan yang kecil sahaja," kata Sitarama. - Agensi

'Yaeba' Gigi Taring Berlapis, Trend Terkini Wanita..


Agensi: LELAKI Jepun sukakan gadis yang mempunyai gigi taring berlapis. 

TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik. Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan. Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.

Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan. Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka. Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Awasilah remaja kita, supaya kerja membazir ini tidak melanda Malaysia.

Pilih, Pilih! Wanita Import Rusia RM500 Saja!

pix_topright
KL, 2 Feb 13: Dengan menggunakan laman web berlatar belakang warna merah jambu, satu sindiket pelacuran secara online kini dikesan menawarkan wanita dari Russia dan negara bekas blok komunis Kesatuan Soviet untuk menarik lelaki hidung belang melanggan perkhidmatan seks atau tepatnya 'najis zina'.

Laman itu memaparkan model wanita berpakaian seksi dan tanpa berpakaian untuk ditempah. Lebih menarik, laman iklan itu mendakwa wanita dipamerkan adalah model majalah pesawat komersial Russia yang boleh dilanggani untuk khidmat seks dengan bayaran RM500.

Laman itu turut menyiarkan nombor telefon bagi memudahkan pelanggan yang berminat menempah wanita terbabit di hotel. Selain itu, iklan terbabit turut menawarkan khidmat pelacur dari China pada harga RM180. Demikan berita bersumberkan myMetro hari ini.
Pelacur VIP
Anggota penguatkuasa Imigresen menyoal siasat wanita warga Uzbekistan di bilik hotel, semalam. Turut ditahan, tiga warga asing yang bekerja secara haram di hotel berkenaan.
SEORANG pegawai imigresen memeriksa barangan yang dirampas daripada wanita Uzbekistan dalam serbuan di sebuah hotel di Nilai semalam.

Komen Weblo g Ibnu Hasyim: Demikianlah hebatnya 'pembangunan negara Islam contoh' yang menjadi idola negara-negara Arab  kononnya. Nak termuntah dengar... (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

RM10J, K'tan Dapat Royalti Emas Pula Tahun Ini..


Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalty emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini.

Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu. Semalam, Pengarah  Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97.

Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu. Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu.

Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun. Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram.

Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar. Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah. “Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,”ujarnya.

Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Nampaknya syarikat-syarikat ini lebih meyakinkan berjanji dari Petronas milik negara...

Ai, Kerana Seluar Dalam Pun Boleh Masuk Islam?





MASUK Islam gara-gara pakaian dalam atau seluar dalam? Ye ke..

Fakta ini dikisahkan Doktor Sholeh Pengajar sebuah perguruan tinggi Islam di Saudi, semasa ditugaskan ke England. Ada seorang perempuan tua yang kerjanya mencuci pakaian mahasiswa di sana termasuk pakaian dalam mereka.

Suatu hari wanita tua ini menceritakan kehairanannya selama bertugas pada Doktor Sholeh, perihal adanya pakaian dalam yang ‘aneh’. Ada beberapa pakaian dalam yang tidak berbau seperti mahasiswa umumnya, apa sebabnya? 

Maka ustadz ini menceritaka,. "...kerana pemiliknya adalah muslim. Agama kami mengajarkan bersuci setiap selesai buang air kecil mahupun buang air besar, tidak seperti mereka yang tidak perhatian dalam masalah seperti ini."

Betapa terkesan ibu tua ini dan tidak lama kemudian ia mengikrarkan syahadat, masuk islam dengan perantaraan pakaian dalam!

Subhanallah!

Di kutip dari : Majalah Al-Qawwam edisi 15, dzul qa’dah 1427 H Badiah, Riyadh. (IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Friday, February 01, 2013

Tentera AS Cipta Pesawat Canggih, M'sia Bila?


PESAWAT Aeroscraft diletakkan di dalam hangar di sebuah bekas pangkalan tentera di Tustin, California pada 24 Januari lalu. 

JOM KREATIF
TUSTIN, California - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sebuah prototaip pesawat Aeroscraft berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk membawa banyak muatan. Jabatan Pertahanan AS dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melaburkan dana sebanyak AS$35 juta (RM108 juta) dalam projek tersebut.

Pesawat tersebut dilihat berpotensi untuk membawa lebih banyak kargo berbanding pesawat udara lain ke kawasan zon bencana selain anggota tentera ke medan perang. Badan pesawat itu dibina dengan menggunakan rangka aluminium dan gentian fiber yang kuat. Prototaip pesawat itu dibina oleh firma penerbangan AS, Worldwide Aeros.

Pesawat itu digambarkan mirip pesawat penyelamat Thunderbirds 2. Ia kini menjalani ujian di hangar pada era Perang Dunia Kedua di sebuah bekas pangkalan tentera di sini. Pesawat berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian sebelum ia boleh digunakan. Ujian penerbangan pertama telah diadakan pada 3 Januari lalu.
Bagaimanapun, menurut jurutera kawalan penerbangan, Munir Jojo-Verge, cabaran terbesar juruterbang pesawat itu adalah untuk memastikan ia mampu menempuh angin kuat dan cuaca yang ekstrem lain.
- Agensi

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Tentera Malaysia tak boleh ke, berfikir canggih ke arah itu? Kalau tak boleh macam tentera AS, dapat macam 1/2 Iran pun cukup le. Sedangkan Iran merdeka dari penjajah AS baru tahun 1979, Malaysia merdeka dari British 1957, yakni 22 tahun awal dari Iran. Lemah sangant ke cara berfikir pemimpin Malaysia?

Yahudi Protes Kedatangan Pemain Bola Muslim


 

SUKAN
SEBUAH kelab bola sepak Israel, Beitar Jerusalem, baru-baru ini berencana merekrut dua pemain muslim. Tetapi hal tersebut mendapat bantahan besar-besaran dan kecaman dari p enyokong kelab.

Stasiun tv Al Arabiya melaporkan, Isnin (28/1), semasa pertandingan liga primer dua hari lalu, penyokong kelab Beitar Jerusalem memasang sebuah spanduk bertulis 'Beitar tetap baik'. Mereka memprotes pemilik kelab merekrut dua pemain muslim dari Chechnya.

Beitar merupakan lidah partai politik sayap kanan di Israel dan satu-satunya kelab bola sepak negara Yahudi itu, yang tidak pernah merekrut pemain dari negara-negara Arab kerana kuatnya tekanan dari penyokongnya.

Cuma Beitar lapan tahun lalu sempat merekrut seorang pemain Muslim Nigeria, Ibrahim Nadalla. Namun, pemain yang beroperasi di garis belakang itu tetap menjadi sasaran kemarahan penyokong Beitar.

"Coba kamu bayangkan apa yang akan terjadi jika kelab-kelab di England dan Inggeris dan Jerman mengumumkan tidak membenarkan pemain Yahudi bergabung. Kita sebagai orang Yahudi, seharusnya dapat menjadi pelopor yang melawan tindakan rasis dan fasis," kata jurucakap parlemen Israel Knesset dan anggota senior Partai Likud, Reuven Rivlin, semasa hadir perayaan tragedi Holocaust internasional di Ibu Kota Tel Aviv, kemarin.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, mengatakan pihaknya menahan tiga penyokong kelab atas tuduhan hasutan masa pertandingan itu. Dia menjelaskan setidaknya satu dari antara ketiga orang itu akan dibawa ke mahkamah akhir minggu ini.

Kesatuan bola sepak Israel (IFA) akan mengambil langkah tegas terhadap kelab Beitar. Tahun lalu, IFA juga menyatakan Beitar tidak sungguh-sungguh melawan tindakan rasisme dari penyokongnya. Beitar Jerusalem merupakan kelab dimiliki oleh jutawan Yahudi kelahiran Rusia, Arkady Gaydamak. 

Arkady mengatakan, rancangan kelab merekrut dua pemain Chechnya dari kelab Rusia Terek Grozny, yakni Zaur Sadayev dan Dzhabrail Kadiyev ke Israel tidak akan terpengaruh dengan protes dari penyokong Beitar tersebut. Sekitar 20 persen dari 7.8 juta populasi Israel adalah warga Arab. 

Walaupun rakyat Israel keturunan Arab sudah lama menjadi sebahagian dari team nasional negara Zionis itu, namun tidak banyak kelab bola dari Israel yang memiliki pemain berdarah Arab. Beitar Jerusalem kini berada di posisi empat klasmen liga primer Israel. Posisi ini dapat membawa Beitar maju ke ambang Liga Eropah musim depan. (IH)

Pembangunan Tok Bali Libatkan 2,600 Ekar Tanah.


PASIR PUTEH: Tok Bali, bakal berubah wajah apabila pelbagai projek pembangunan bercampur bakal dibina melalui kerjasama empat syarikat swasta tidak lama lagi.

Projek pembinaan itu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pasir Putih dengan kerjasama empat buah syarikat swasta melibatkan keluasan tanah 2,600 ekar di Semerak dan Tok Bali.

Empat syarikat terbabit, East Coast Terminal Sdn  Bhd, BBGM Development Sdn Bhd, Hlk Ventures Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Lepadu Sdn Bhd.

Majlis perjanjian itu ditandatangani oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Putih, Nazran Muhammad, bersama wakil-wakil dari empat syarikat terbabit dengan disaksikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah pusat peranginan, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman. Untuk permulaan projek, East Coast telah menyumbang sebanyak RM32 juta, BBGN, RM4.8 juta, Hlk, RM3.4 juta Syarikat Pembinaan Lepadu RM3.3 juta.

Antara projek yang bakal dilaksanakan oleh empat syarikat itu, kediaman, pembangunan bercampur, masjid, pasaraya, rumah tumpangan, stesyen minyak, pembangunan komersial dan lain-lain lagi.  Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu, mengingatkan pemaju supaya tidak menutup tanah-tanah yang mempunyai paya walaupun kecil.

Menurutnya, sebaliknya kawasan terbabit dipelihara untuk dijadikan taman haiwan sebagai destinasi pelancongan. “Kita boleh jadikan kawasan terbabit sebagai tempat menternak madu kelulut sebagaimana yang tela diusahakan oleh pesara HUSM di Kampung Hilir, Kubang Kerian," katanya. (Hrkh)

Drama 'Sahara' Hina Islam, Hentikan Serta-merta!

FINAS - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
FINAS - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
HALAMAN HIBURAN

KL, 1 fEB 13: Pihak bertanggung jawab di negara ini digesa supaya memberi desakan ke atas pihak Astro supaya menghentikan serta-merta tayangan drama berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima kerana telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam. Lapor Harakah Daily hari ini.

Gesaan juga ditujukan terhadap pihak yang berautoriti supaya menapis dan memantau semula keseluruhan skrip, adegan dan babak yang terkandung di dalam dramatersebut.

Gesaan dibuat oeh Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri dari Spirituality & Islamization Secretariat, Students’ Representative Council 2012/2013, International Islamic University Malaysia.

Menurut Fatima, "Tidak dinafikan industri perfileman kini menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa. Filem dan drama berunsurkan Islam semakin banyak dihasilkan, ini adalah sesuatu yang harus dipuji. Namun sejauh manakah kualiti drama Islamik tersebut dapat memberi impak yang benar-benar berkesan kepada penonton.

"Penghasilan sesebuah drama Islamik perlulah menepati syariat yang betul dan selari dengan panduan yang telah digariskan dalam Islam. Namun, apa yang dilihat kini, drama-drama Islamik yang dihasilkan tidak memperlihatkan ciri-ciri Islam tetapi menggambarkan imej Islam yang tidak sempurna di mata masyarakat.

"Promo Drama Islamik berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam apabila didapati terdapat unsur-unsur yang tidak selari dan bertentangan dengan syariat Allah swt. Ia seolah-olah menimbulkan persepsi bahawa wanita muslimah yang berhijab dan berpurdah juga ‘sama’ seperti wanita lain apabila berdating dan berpegangan tangan.

Bagi Fatimah, drama ini benar-benar merosakkan imej wanita muslimah yang berhijab lebih-lebih lagi berpurdah. Perlulah difahami bahawa imej wanita ditonjolkan melalui pemakaian dan sikapnya. Ia sebenarnya mencerminkan Islam itu sendiri. Jadi, sekiranya imej itu telah dicalari, ia sebenarnya mencalarkan imej Islam itu sendiri.

Penghasilan sesebuah filem dan drama yang berunsurkan Islam, meurutnya lagi, wajib didasari dengan pelbagai cabang ilmu. Akibat daripada kejahilan individu-individu yang terlibat dalam penghasilan sesebuah filem atau drama, maka terhasillah drama sebegini yang secara terang-terangan telah mencemarkan nilai-nilai Islam.

Pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya menguatkuasakan pantauan sesebuah filem dan drama yang dihasilkan dari segenap aspek.

"Kami juga ingin menyeru seluruh masyarakat yang beragama Islam khususnya mahasiswa supaya bersama-sama mempertahankan kesucian Islam dengan membantah tayangan drama Sahara kerana drama tersebut bukan sahaja telah menimbulkan fitnah tehadap pembawa imej Islam bahkan kepada agama Islam itu sendiri." Saran beliau.

Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh pandangan beliau. "Syabas Fatimah! Kamu pembela muslimah. Sekali gus membela Islam dari dihina." kata editornya Hj Mohd Hasyim. (IH).

Salon Seks 3 Dlm 1, Mengapa Tak Boleh Hapus?

 Wanita warga asing yang ditahan di salon berkenaan, malam kelmarin.

PUCHONG - Pakej tiga dalam satu. Sambil mencuci rambut, pelanggan turut ditawarkan khidmat urut dan seks. Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mencuci rambut pada harga RM80, pakej urutan badan RM160 atau yang inginkan khidmat seks boleh berunding harga dengan wanita berkenaan.

Taktik licik premis itu berjaya dikesan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang membuat penyamaran selama dua hari sebelum menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Rohan Shah Ahmad berkata, seramai 12 wanita warga asing diberkas di premis terbabit. Menurutnya, kesemua wanita berusia 23 hingga 42 tahun ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Seramai tujuh wanita Vietnam, empat China, dan seorang Thailand ditahan kerana tidak memiliki pasport,” katanya. Rohan Shah berkata, premis yang beroperasi tanpa lesen itu mempunyai beberapa bilik dan turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pagar bahagian tangga serta pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk.

“Seorang penjaga premis yang baru sebulan bekerja bersama empat pelanggan berusia 21 hingga 30 tahun turut ditahan dalam serbuan itu. Kami juga merampas beberapa bungkusan kondom, wang tunai RM1,000 dan minyak urut,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa masalah salon seks dan rumah urut masih belum selesai? Salah satu sebabnya ialah kerana tidak ada undang-undang kesalahan melakukan najis zina. Undang-undang ini perlu dikuatkuasakan seluruh negara, tidak kira warga asing atau warga tempatan. Itulah ibu kepada segala makksiat pusat hiburan, rumah urut, salon rambut dan lain-ain.

Pihak bertanggung jawab (Kerajaan UMNOBN) nampaknya tidak berminat untuk menghapuskan sejak merdeka lagi Berilah peluang kepada PAS untuk menghapusnya pula, melalui memberi undi kepda Pakaran Rakyat dalam PRU 13 ini.  UNDILAH PAS.

Amerika, Bumi Subur Umat Islam Yang Dirampas..

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee (gambar-video lain, sila lihatIslam Di Amerika Sebelum Kedatangan Columbus )

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBENARNYA Amerika yang selama ini sinonim sebagai pusat bukan Islam, lebih dulu mengenal Islam sebelum penyebar agama lain dari Eropah menguasai negara itu. 

Fakta-fakta ini mungkin akan membuat kita berbeza memandang Amerika, iaitu sebagai sebahagian dari wilayah yang dakwah disana perlu diteruskan. Sejarah ini membuktikan..

Satu: Khashshash bin Said bin Aswad.

Ada banyak versi tentang siapakah yang pertama kali membawa agama Islam ke Amerika. Salah satunya yang boleh disebut adalah Khashshah bin Said bin Aswad yang tercatat dalam sejarah pada tahun 889 masehi telah mendarat di benua itu.

Dia seorang Muslim berasal dari Cordoba, Sepanyol. Sebagaimana kita tahu, Sepanyol ketika itu merupakan pusat peradaban Islam di Barat, di bawah pimpinan Khilafah Bani Umayah II. Menyeberangi lautan Atlantic, pelaut Muslim ini tercatat sebagai, di antara pembawa agama Islam ke Amerika, hanya terpaut 200-an tahun setelah Rasulullah SAW wafat.


Para ahli sejarah dan intelektual dari kalangan Muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah..
  • Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), 
  • Al Idrisi (meninggal tahun 1166), 
  • Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 - 1384) 
  • dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan.. 
  • bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. 
Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis..
  • bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.
  • Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
  • Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
  • Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.
  • Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. 
  • Timbuktu yang berada di tengah-tengah Afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.
  • Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi .
  • Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
Dua: Laksamana Cheng Ho

Selain itu sejarah juga mencatatkan bahawa Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam, juga pernah mendarat di benua Amerika. Yang menarik, laksamana yang juga seorang da'i Muslim ini mendarat 70 tahun lebih awal dari Colombus.

Bahkan armada dan kapal Cheng Ho jauh lebih besar daripada kapal milik Colombus. Namun kerana sejarah dunia ditulis oleh orang lain, maka fakta bahawa Cheng Ho mendarat lebih dahulu dari Colombus seolah lenyap di balik pembohongan nyata.

Banyak bukti-bukti menunjukkan, kapal Cheng Ho memang jauh lebih besar berbanding kapal Colombus. Kapal ini juga tercatat pernah mendarat di nusantara, selain berdiplomasi dan berdagang, juga menyebarkan dakwah Islam.

Cheng Ho punya nama arab, iaitu Haji Mahmud Shams. Beliau adalah seorang Muslim China yang lahir tahun 1371 dan meninggal dunia tahun 1433. Terkenal sebagai pelaut dan pengembara China terkenal yang melakukan beberapa pelayaran antara tahun 1405 hingga 1433. Juga mengenai Cheng Ho, sila lihat E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
 
Tiga: Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. 

Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi. Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang Muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua Amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari Sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Spanyol.

Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi. Fakta-fakta di atas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. 

Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Empat: Indian Muslim

Yang menarik adalah islamnya suku-suku asli yang menghuni benua Amerika, iaitu Indian. Terdapat gambar lukisan wajah seorang kepala suku Cherokee, Seqouya. Tercatat begitu banyak bukti bahawa suku-suku itu banyak yang sudah mengenal agama Islam, seperti..
  • Apache, 
  • Cherokee, 
  • Sioux, 
  • Anasazi, 
  • Arawak, 
  • Arikana, 
  • Chavin Cree, 
  • Makkah (mirip nama Mekkah Al-Mukarramah), 
  • Hohokam, 
  •  Hupa, 
  • Hopi, 
  • Mahigan, 
  • Mohawk, 
  • Nazca, 
  • Zulu, 
  • dan Zuni.

Suku Makah yang menutup aurat
Gadis Zuni, 1903
(gambar-video lain, sila lihatIslam Di Amerika Sebelum Kedatangan Columbus)
Begitu banyak bukti bahawa bangsa Indian sudah memeluk agama Islam. Misalnya, beberapa tulisan Cherokee abad ke-7 terpahat pada batu-batu di Nevada sangat mirip dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab.

Ciri lain adalah gambar atau lukisan yang kita lihat tentang kostum yang dikenakan oleh bangsa Indian. Ternyata banyak kepala suku Indian mengenakan tutup kepala khas orang Islam, seperti serban. Bahkan mereka mempunyai aksara Syllabary yang mirip bahasa Arab.

Dan fakta yang tidak dapat dinafikan, adalah sebuah naskah perjanjian antara kerajaan Amerika dan Kepala Suku Indian Cherokee. Naskah itu hingga kini masih tersimpan rapi di bangunan Arkib Perpustakaan Negara di ibu kota Washington DC.

Yang menarik, nama kepala Suku Cherokee adalah Abdel-Khak and Muhammad Ibnu Abdullah. Jelas itu nama muslim. Namun penduduk suku Indian yang banyak menganut agama Islam menurun secara drastik akibat pembunuhan. 

Salah satunya polisi rasmi kerajaan USA berupa Indian Removal Act tahun 1830 yang memberikan kebenaran rasmi buat bangsa Eropah untuk mengusir atau membunuh bangsa Indian. Tercatat lebih dari 70,000 orang indian di usir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal dunia.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait Islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu ialah..
  • untuk mengenal lebih jauh tentang dunia 
  • selain melebarkan pengaruh,
  • mencari sumber dan jalan perdagangan baru 
  • dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas 
  • dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. 
Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku-buku akademik.
Lima: Muslim Afrika Amerika

Salah satu faktor penyebaran agama Islam di Amerika adalah kedatangan ribuan hamba-hamba dari Afrika ke benua Amerika. Mereka umumnya beragama Islam. Muhammad Ali peninju legenda adalah salah satu contoh keturunan Afrika yang tetap menjadi Muslim di Amerika. Tidak sedikit nama mereka yang mirip dengan nama-nama Arab, seperti Karim Abdul Jabbar, pemain basket.
Selama tahun 1520an telah dibawa hamba ke Amerika Utara dari Afrika.
  • Dianggarkan sekitar 500 ribu jiwa dihantar ke daerah ini atau 4.4% dari total 11,328,000 hamba yang ada.
  • Dianggarkan sekitar 50% hamba atau tidak kurang dari 200 ribu hamba  yang dibawa berasal dari daerah-daerah yang dipengaruhi oleh Islam.
Menurut bancian AS tahun 2003, ada sejumlah 37.1 juta warga kulit hitam di AS, bererti 12.9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi. New York City mempunyai rakyat kulit hitam di bandar tertinggi pada tahun 2000 dengan jumlah 2 juta jiwa.

Malcolm X

  Melihat Islam di Amerika, kita tidak boleh ciciekan nama Malcolm X, tokoh Muslim dari kaum Afrika-Amerika yang ketokohannya dapat digandingkan dengan Dr. Martin Luther King. Malcolm X dicatat sebagai orang yang berjuang menghapuskan segala macam diskriminasi. Lebih-lebih lagi yang menimpa kaum Afrika-Amerika. Mereka sering dikonotasikan dengan kaum negro yang didiskriminasi.

Malcolm menjadi orang nombor 2 di Nation of Islam selepas Elijah Muhammad. Ia membuat organisasi ini menjadi besar dalam kurun waktu 1 dekad. Tahun 1952, Nation of Islam hanya dianggotai 500 orang, tetapi tahun 1963 anggotanya berkembang pesat menjadi 25,000 orang. Malcolm juga mengajak peninju fenomenal, Casius Clay, bergabung dengan Nation of Islam yang kemudian menukar namanya menjadi Muhammad Ali.

Dakwah Malcolm X semakin mantab dan lurus terutama setelah melakukan perjalanan ibadah haji atas jemputan Kerajaan Saudi Arabia di tahun 1964. Malcolm berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, untuk belajar Islam sekaligus menunaikan haji.

Walau pun awalnya datang dalam keadaan tidak berkemampuan berbahasa Arab dan pemahaman yang keliru tentang Islam, namun setelah dipertemukan dengan sumber-sumber pengajar Islam yang original, Malcolm X mendapatkan gambaran yang berbeza dari pandangannya sebelum itu.  

Terutamai setelah melihat jamaah haji berkumpul dari seluruh dunia, dari pelbagai bangsa dan warna kulit.  Mereka yang semua memuji KeEsaan Tuhan dan tidak saling membezakan.

Muhammad Ali: Petinju Legenda

Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam dan akhirnya memeluk Islam Sunni pada tahun 1975. Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NO 1, Ellijah Muhammad.  

Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Beliau menentang peraturan wajib jadi tentera ke Vietnam, sehingga dihukum lima tahun penjara. Namun selepas suatu keputusan dalam satu sidang dan menjalani hukuman penjara tiga tahun, hukuman tersebut dibatalkan.

Muslim Amerika

Sehingga kini, Islam lebih banyak dipeluk oleh kalangan Afro-American berbanding penduduk dari kulit putih. Apalagi dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Namun kewujudan muslim Afro-American ini sedikit sebanyak turut mewarnai benua Amerika dengan warna Islam. 

Jumlah penduduk USA sekarang dianggarkan 308 juta dan yang beragama Islam dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas. Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC 11 September 2001.

Menjadi Minoriti Tertindas

Sejak itu umat Islam yang hidup di Amerika tidak tenang hidup, sebab bila-bila masa saja mereka boleh dikejar-kejar dan dimasukkan ke penjara, tanpa alasan jelas. Ditambah lagi hukuman dari masyarakat yang termakan oleh penggiringan pandangan media massa. Penderitaan mereka semakin lengkap.

Banyak serangan-serangan yang berlaku tehadap Muslim Amerika selepas kejadian itu, walaupun ini terbatas pada kelompok minoriti kecil. Menurut survey yang dilakukan pada 2007, 53% Muslim Amerika menganggap bahawa menjadi lebih sukar menjadi seorang Muslim di AS selepas serangan itu.

Wanita Muslim yang menggunakan hijab diganggu, menyebabkan beberapa wanita Muslim yang memilih untuk tinggal di rumah, sedangkan yang lain untuk sementara meninggalkan amalan (pekerjaan).

Yahudi Amerika, Minoriti Tapi Sangat Berkuasa

Meski jumlah Yahudi Amerika hanya sekitar 5 juta orang atau 1.6% dari jumlah keseluruhan penduduk USA, namun komuniti yahudi dikatakan sangat berkuasa. Hal itu kerana orang-orang Yahudi sangat kompak dan membina semua unsur kekuatan secara serius. Selain membina pelbagai industri besar, mereka juga menekuni perniagaan berskala international.

Termasuk rajin membina rangkaian industri, media massa, komputer, telekomunikasi, minyak bumi, harta, hiburan, life style, sampai keurusan pertanian. Bahkan kesedaran politik kekuatan yahudi di Amerika sangat maksimum. Dengan budaya 'politik wang' yang tinggi, yahudi selalu bersedia memodali calon penguasa di negara itu, di mana memang faktor pemilikan modal wang menjadi syarat nombor satu untuk mencapai puncak kekuasaan

Buat yahudi, siapa pun yang ingin mendaki puncak kerjaya politik, selalu ada dana dan modal yang boleh digelontorkan tanpa batasan. Yang penting, politik polisi rejim itu mesti sangat pro bagi kepentingan yahudi. Begitulah yang terjadi masa ini dalam sistem demokrasi kapitalisme. 

Hal ini tentu bertentangan dengan sistem Islam yang diredhai Allah. Maka menjadi kewajipan kepada setiap Muslim berdakwah menyampaikan ayat-ayatNYA, dan mengembalikan bumi umat Isam yang dirampas!

Rujukan:
Wassalam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
A lamat: ibnuhasyim@gmail.com    
1 Feb 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Kereta Ini Bergerak Guna Udara


KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi

JOM KREATIF
PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016. Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar.

Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam. Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik. Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran.

Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. - Agensi

Thursday, January 31, 2013

Pertemuan 2 Jam Dr Mujahid Dg K/Paderi Perak


Mujahid menyampaikan cenderahati kepada wakil paderi.

IPOH: Pertemuan PAS dengan Ketua-Ketua Paderi seluruh Perak hari ini berlangsung dengan penuh mesra dan harmoni. Perjumpaan selama dua jam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu diadakan di Gereja St Michael, Ipoh.

Dr Mujahid berkata, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyatakan keterbukaan PAS untuk bertemu dengan pihak gereja bagi membincangkan isu-isu sensitif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan antara agama di negara ini.

“PAS sangat terbuka kepada semua pihak termasuk pihak gereja untuk bertemu bagi membincangkan segala permasalahan dan isu ini dengan penuh harmoni.
“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pertemuan ini kerana ianya melahirkan perkara positif di antara kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan tersebut.

AJK PAS Pusat itu menjelaskan, pertemuan tersebut memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan dasar-dasar yang diperjuangkan dan menjelaskan segala prasangka terhadap parti serta momokan daripada pihak-pihak tertentu. Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, PAS juga telah memberikan penerangan tentang pendirian PAS berhubung isu kalimah Allah yang dimainkan oleh Umno ketika ini.

Jelas beliau lagi, paderi-paderi yang hadir itu juga mengambil kesempatan itu untuk mengemukakan persoalan tentang isu-isu sensitif yang dimainkan dan tawaran PAS dalam Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk memerintah kelak.

“Pertemuan ini sangat bermakna dan penting untuk kita wujudkan suasana harmoni dan bersih dari segala prejudis di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
“Saya mengharapkan pertemuan sebegini dapat diteruskan oleh semua pihak kerana ianya sangat bermanfaat,” jelasnya lagi.

Hadir sama ialah Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Mohammad Saad, Penolong Setiausaha dan Exco Pemuda PAS negeri, Safarizal Saleh dan Hafez Sabri. (Hrkh)

Shah Rukh Khan Tidak Selamat Di India?

shah_rukh_khan
Pernah terjadi, Shah Rukh Khan terancam tidak boleh  masuk ke Stadium Wankhede di Mumbai pasca insiden perkelahian.

HALAMAN HIBURAN
MUMBAI - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan bertegas dia 'selamat dan gembira' di India dalam usahanya untuk menamatkan kontroversi berhubung artikel tentang pengalamannya sebagai orang Islam di negara ini.

India mempunyai majoriti penduduk beragama Hindu. Artikel yang disiarkan dalam majalah Outlook Turning itu dihasilkan oleh pelakon tersebut. Dalam artikel itu, Shah Rukh mendakwa pemimpin-pemimpin politik menjadikannya sebagai simbol tentang semua perkara buruk dan yang tidak patriotik mengenai orang Islam di India.

Artikel berkenaan mendorong pengasas kumpulan Lashkar-e-Taiba, Hafiz Saeed mempelawa Shah Rukh tinggal di Pakistan jika dia berasa tidak selamat hidup di India. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik turut campur tangan dengan menggesa India agar melindungi keselamatan Shah Rukh sekali gus mencetuskan bantahan daripada Setiausaha Dalam Negeri India, R. K. Singh.

"Kita berupaya menjaga keselamatan rakyat kita, lebih baik beliau (Rehman) mengambil berat tentang keselamatan warganya (Pakistan)," kata Singh.

Bagi meredakan keadaan, Shah Rukh dalam kenyataan balasnya kepada media kelmarin menegaskan bahawa komennya dalam majalah berkenaan telah disalah tafsir.

"Tiada satu bahagian pun dalam artikel itu yang menyatakan atau membayangkan saya berasa tidak selamat, terganggu atau bermasalah tinggal di India," jelasnya.
"Saya mahu memberitahu kepada mereka yang memberikan nasihat tanpa diminta bahawa kami di India berasa amat selamat dan gembira. Kami memiliki kehidupan demokratik, bebas dan sekular," tambah aktor tersebut.

Shah Rukh yang melonjak popular menerusi filem pecah panggung, Dilwale Dulhania Le Jayenge sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman parti politik Shiv Sena. Parti politik Hindu berhaluan kanan itu kerap memainkan sentimen anti-Islam dan anti-Pakistan. - Agensi

Komen Weblog Ibn Hasyim: Siapa main politik? India, Pakistan atau berita Agensi?

K'tan Beri Tanah Kpd Rakyat, Dituduh Main Wayang?



Beberapa daripada peneroka membawa sepanduk membantah campur tangan kerajaan negeri berhubung isu hak milik tanah di Kesedar Lebir, Gua Musang semalam. Tak sampai 100 orang pun!

LIHAT berita ini...

GUA MUSANG: Lebih 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) mendakwa kerajaan negeri cuba bermain wayang dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah.
Ketua peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Abdul Rahman, 65, mendakwa, RKT tersebut telah ditadbir oleh pihak Kesedar dengan cukup sempurna sejak ia dibuka pada tahun 1981 dan para peneroka amat menghargai kesungguhan dan bantuan pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan yang diperlukan.

“Bagaimanapun, keharmonian kami terancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah kami di sini.
“Apa yang saya tahu, pihak Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah ini diselesaikan oleh Kesedar sendiri tanpa sebarang campur tangan pihak lain,” dakwanya.

Dakwanya, keadaan menjadi semakin huru-hara apabila 82 peneroka Kesedar Lebir secara tiba-tiba diberi geran hak milik oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada satu majlis di sini semalam. Terdahulu, Abdul Aziz mengadakan demonstrasi aman bersama lebih 100 peneroka di jalan utama menghala ke Kesedar Lebir yang menjadi laluan utama rombongan Nik Aziz ke majlis berkenaan.

Situasi tersebut hampir mencetuskan kekecohan apabila dua kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong kerajaan negeri cuba menghalang peserta demonstrasi. Abdul Aziz mendakwa, pemberian tersebut dilihat sebagai cubaan memecah-belahkan hubungan antara peneroka dan Kesedar serta cuba mendahului peranan Kesedar.

“Di mana kerajaan negeri ketika kami susah dahulu, ketika belum ada jalan raya yang menghubungkan kami dengan dunia luar. Tiba-tiba selepas semuanya disediakan pihak Kesedar, mereka hadir memberi geran.
“Kononnya mereka membela rakyat tetapi hakikatnya seketul batu daripada kerajaan negeri tidak pernah sampai ke sini untuk membina kemudahan asas seperti jalan raya dan rumah,” dakwanya lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan beri tanah kepada rakyat, pun dituduh main wayang? Maklum PRU 13 sudah dekat, ramai pelakon-pelakon upahan yang boleh dibeli..

Awas, Kurma Ini, Dimakan Boleh Bawa Maut.


SEBAHAGIAN ketulan 'kurma' heroin yang dirampas daripada 11 individu dipamerkan pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. 

KUALA LUMPUR - Sebiji buah kurma mampu mengembalikan tenaga buat orang berpuasa, namun lain pula halnya bagi sebiji 'kurma' yang cuba diseludup oleh satu sindiket dadah antarabangsa yang mana ia boleh membawa maut jika dimakan.

Sebiji buah 'kurma' yang dijual oleh sindiket tersebut mengandungi kira-kira tiga gram heroin tulen yang boleh menghasilkan lima biji lagi jika diproses sebelum ia dijual di pasaran gelap. Taktik terbaharu sindiket didalangi lapan lelaki Nigeria dan seorang lelaki Mongolia itu terbongkar apabila polis menemui kira-kira 26,703 ketulan heroin tulen yang dibungkus seakan-akan menyerupai buah kurma dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor Sabtu lalu.

Dadah seberat 80 kilogram tersebut dianggarkan bernilai RM3.2 juta dan ia dikatakan boleh meningkat menjadi 133,515 ketulan bernilai lebih RM100 juta selepas diproses. Jumlah itu boleh menampung untuk kegunaan lebih 100,000 penagih.

Difahamkan, kesemua dadah tersebut dibawa menggunakan kontena dari Pakistan melalui laut ke Pelabuhan Klang, Selangor. Ia melepasi pemeriksaan kastam selepas diisytiharkan sebagai kurma oleh sindiket.
Polis mengambil masa selama sebulan untuk membuat risikan sebelum dapat menahan kesemua suspek dan dua gadis Mongolia yang dipercayai dijadikan keldai dadah oleh sindiket. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Orang ramai perlu wajar ambil tahu..supaya dapat membantu kerja-kerja polis.

Wednesday, January 30, 2013

DUN Bubar Lepas Chap Goh Meh -MB S'ngor


 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.

"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.

Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini. Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid. Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat. Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih. Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Israel Bayar Palestin, Sama M'sia PM 'R' K'tan?


Warga Palestina Rakyat Palestin (REUTERS)

Pemerintah zionis Israel akhirnya terpaksa membayar hasil pungutan cukai, yang menjadi hak pemerintah Palestin sebesar US$100 juta. Sebelumnya, Israel menahannya dengan dalih untuk membayar hutang Palestina. Hal ini disampaikan seorang pejabat Israel pada Reuters, Rabu 30 Januari 2013, setelah pertemuan antara PM Israel Benjamin Netanyahu dengan Tony Blair, utusan khas PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Dalam pertamuan tersebut, dibahas situasi ekonomi Palestin yang semakin mencekik. "Akhirnya kami sepakat untuk mentransfer pembayaran selama satu bulan, krana situasi ekonomi yang buruk tersebut. Ini adalah hanya keputusan sekali, berikutnya, tidak ada lagi. " kata pejabat yang tidak disebutkan namanya itu.

Cukai US$100 juta itu adalah hak Palestin yang perlu  dibayar Israel, yang termaktub dalam perjanjian damai sementara kedua negara. Waktu itu, wang itu sangat diperlukan oeh pemerintahan Mahmoud Abbas untuk membayar gaji pegawai negeri yang sudah tertunggak berbulan-bulan.Sebelumn itu beberapa bulan lalu, Israel menyatakan tidak akan membayar wang tersebut, dengan alasan untuk menutupi hutang Palestin sebesar US$200 juta kepada mereka.

Padahal sebenarnya, menurut beberapa sumber, ini adalah bentuk hukuman Israel atas kejayaan Palestin mendapat status peningkatan negara, di PBB. Bukan kali pertama Israel menolak membayar kewajiban mereka. Sebelumnya pada 2011, masa Palestin diterima jadi anggota tetap UNESCO, lembaga budaya PBB, Israel juga enggan membayar.

Selain itu, biasanya Israel menghukum Palestin dengan meneruskan pembangunan ribuan pemukiman Yahudi di Tebing Barat, wilayah yang mereka rampas.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Cara begini juga yang dilakukan di Malaysia, bila rakyat Kelantan dan Terengganu, menolak Barisan Nasional (BN). Berbagai dalih dikemukakan Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk merampas hak rakyat Kelantan, termasuk royalti minyak (R), dan hak pembangunan lainnya.

Rakyat Kelantan perlu ikut HAMAS (PAS Palestin) dengan menolak total Israel, bukan macam Mahmud Abbas-FATAH (UMNO Palestin) yang masih main kayu tiga atau berselingkuh dengan Israel. BN perlu ditoak total dan ditumbangkan segera dalam PRU 13 yang akan menjelang kira-kira sebulan lagi.

Tumbangkan BN, Undilah PAS dan rakan-rakan PAKATAN dalam PRU 13 ini.

KIFALAH Lambang K'jaan Kebajikan, RM50J Diagih


Gambar: Jumlah warga emas yang mendaftar setakat September 2012

KOTA BHARU: KIFALAH lambang kerajaan Kebajikn.ejak diperkenalkan kerajaan Kelantan pada tahun 2007, skim bantuan Takaful Kifaalah Warga Emas kini mempunyai lebih 146,000 peserta berdaftar di seluruh negeri.

Sehingga Disember 2012 lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM50 juta dibawah skim itu sebagai bantuan berupa pampasan kepada ahli keluarga atau wasi peserta yang telah meninggal dunia.

Gambar: Warga Tioghua turut mendapat manfaat dari skim ini

Pengurus Takaful Kifalah Sdn Bhd, Abdul Syakur Sha'ari berkata, pihaknya sangat komited untuk terus memperkasakan Kelantan sebagai negeri berkebajikan seperti yang digagaskan kerajaan negeri.

"Tahun 2013 adalah tahun keenam program ini berjalan. Dengan moto 'Menggapai keberkatan dan berkebajikan' kita juga telah merancang untuk memperkenalkan beberapa lagi skim bantuan serupa kepada seluh lapisan masyarakat negeri ini bukan sahaja tertumpu kepada warga emas," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Abdul Syakur, pihaknya kini sedang berusaha untuk menawarkan beberapa lagi produk baru termasuk Skim Kifalah As-Syabab untuk anak muda berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan Skim Khairat Kematian Takaful Umah serta Skim Takaful Aulad bagi kanak-kanak khususnya murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Untuk rekod, Skim Takaful Kifaalah Warga Emas adalah produk skim takaful percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Kelantan melalui Kifaalah Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan terbuka untuk disertai oleh seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum, lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun ke atas.

Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun yang bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails