Saturday, February 23, 2013

Ini, Renang Bogel Amal. Tak Kira, Asal Dapat Duit...


Australia gelar renang bugil bareng

WARGA Australia Ahad lalu mengumumkan acara renang bogel berbaring bersama di laut. Acara itu didakwa sebagai yang pertama di dunia dan berjayaenarik minat sekitar seribu orang mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Situs RT.com melaporkan, Isnin (18/2), panitia menyebutkan acara itu berjaya mengumpulkan dana amal kira-kira RM48J

Media Australia melaporkan, sekitar pukul 8 pagi waktu setempat, orang-orang mulai berkumpul di pelabuhan Kota Sydney untuk berenang sejauh 900 meter. Seorang panitia bernama Nigel Marsh menyebut acara ini bukan untuk kaum bogel tapi hanya ingin menyediakan sarana bagi orang-orang yang ingin mencuba hal baru.

"Peserta acara ini ada yang berusia 89 tahun, dari luar negeri, ada juga empat orang cacat, orang gemuk, kurus, tua dan muda," kata Marsh seperti dikutip dari akhbar The Sidney Morning Herald.

Marsh mengatakan sepuluh tahun lalu dia pernah melakukan renang bogel dan aksi itu telah mengubah hidupnya. Dia ingin orang lain juga boleh merasakan hal sama.

"Sangat menyenangkan. Itu salah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Saya ingin menjadikan ini acara tahunan," kata Marsh.

Dana yang berhasil dikumpulkan acara itu akan disumbangkan ke Yayasan Taman Nasional dan Alam Liar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pemikiran begiini jugalah yang ditarbiah oleh kerajaan umat Islam Malaysia kepada rakyatnya, asal dapat duit, tidak peduli halal-haraam lagi kegiatannya. Dilaksanakan oleh UMNO parti Melayu Islam, dari sejak belum merdeka, lepas merdeka, sampai sekarang, bahkan kerajaan Malaysia sendiri diperalat dan digunakankan untuk tujuan tersebut. Itulah tarbiah UMNO, asal dapat duit, tidak peduli halal-haram lagi. Na'auzubillahi minzalk! (IH)

Friday, February 22, 2013

Makcik Chan Sebak Mengesat Air Mata Gembira...


Sukarelawan Pakatan Rakyat bergotong-royong membaiki rumah Makcik Chan.
KL: Sebuah simbolik kerjasama parti-parti PR bantu rakyat dalam kesusahan.. Makcik Chan Ah Moi, 80, sebak apabila Pakatan Rakyat Kulaijaya mengotakan janji untuk menggantikan kayu dan bumbung rumahnya yang bocor di sana sini. 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, seminggu lalu beliau dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai serta sukarelawan PAS melakukan ziarah Tahun Baru Cina di Kampung Baru Sedenak.

“Apabila mengunjungi Makcik Chan, dia mengadu keadaan rumahnya yang daif dan menyedihkan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. 

Beliau berkata, Makcik Chan telah meminta tolong dengan MCA tetapi tiada tindakan.
“Alhamdulillah, kelmarin, 19 Feb lalu, gotong royong menggantikan kayu yang reput dan bumbung bocor dilakukan oleh hampir 20 orang sukarelawan dari PAS, PKR dan DAP. “Dari jam 9.30 pagi gotongroyong dibuat, hampir 4 petang siap sepenuhnya.

Menurut Mazlan lagi, Makcik Chan sangat terharu dan asyik mengesat air mata kerana gembira yang amat sangat setelah bertahun-tahun air memasuki ke dalam rumahnya jika hujan tetapi tiada siapa yang simpati. (Hrkh)

Saman 3B Kpd Najib, Rosmah, Nazim.. Rasuah?

KL: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini. Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti. Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan. Saman ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka. (Hrkh)

10 GRO Melayu/putra Maju, Tidak Bersama Islam.

 
BERTUDUNG... Sebahagian daripada 10 wanita yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam kerana bekerja sebagai GRO.

KL: Sepuluh orang pegawai perhubungan pelanggan (GRO), dengan sembilan daripada mereka mendakwa ibu tunggal, didenda RM2,800 atau penjara 40 hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tuduhan melanggar dan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja di sebuah pusat karaoke pada Jun tahun lalu.

Mereka didakwa mengingkari dan melanggar Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 1 Januari 2004 dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke D'Carnival Lounge, No. 333-335, Batu 2½, Jalan Ipoh di sini antara pukul 1.40 pagi dan pukul 3.15 pagi pada 24 Jun tahun lalu.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah kesemua tertuduh. Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama setahun dengan dipantau Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal berkelakuan baik jaminan tersebut akan ditarik balik.

Kesemua tertuduh ialah Erni Juita Ismail, 47, Siti Farahdilla Azua Kasim, 26, Rita Yakir, 29, Rabihah Ahmad, 37, Nor Azilah Isa, 38, Eparizan Abdullah, 30, Noriza Mohd. Nor, 35, Zaiton Zainal, 42, Rosnita Mawardi, 35, dan Nisah Yaman, 32. Salah seorang tertuduh, Farahdilla mempunyai sehingga 40 keping kad tempahan daripada pelanggan untuk menari pada malam itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  10 GRO Melayu/Buputera, maju dalam cari makan, tetapi tidak maju bersama Islam. Hasil Melayu merdeka dan maju tetapi melanggar hukum agama. Na'auzubillahi minzalik.

Hoki Wanita: M'sia Tewaskan Kazakhstan 3-1.Tapi..

 Ini, gambar Skuad  hoki wanita negara mahu membuktikan yang mereka memiliki kualiti untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London, tapi dikatakan  tidak bersedia untuk berpakaian menutup aurat.

SUKAN
KL Malaysia mencapai kemenangan kedua dalam tiga perlawanan pada pusingan kedua Hoki Liga Dunia Wanita apabila menumpaskan Kazakhstan 3-1 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, malam tadi. Selepas tumpas 3-0 kepada India Rabu lepas, skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim bangkit semula dengan jaringan Siti Noor Amarina seawal minit keempat.

Norhasikin Halim menambah gol kedua Malaysia pada minit ke-27 sebelum Nor Azlin Sumantri menghasilkan gol ketiga lima minit kemudian untuk kedudukan selesa pada babak pertama. Kazakhstan, yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang pertandingan itu, bagaimanapun memecah kebuntuan dengan gol tunggal Vera Domashinova pada minit ke-68.

Malaysia, yang mengatasi Russia 3-1 pada perlawanan pembukaan, akan menentang Fiji hari ini. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara berfikir kumpulan sukan kerajaan Malaysia pimpinan BN/UMNO. Tiada langsung memikirkan untuk memertabatkan wanita Malaysia, sesuai negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Pernainan hebat, cuma aurat wanita tidak dijaga.

Malang bagi wanita Malaysia, dipaksa berbogel (berpakaian bertelanjang) demi sukan negara. Wanita direndahkan ke taraf binatang oleh pemimpin-pemimpin UMNO pemegang dasar sekularis, dan materialis nasionalis. Skuad Hoki Wanita siapsedia, tetapi tiada pakaian menutup aurat, apa lagi sewaktu bermain.

Pemimpin-pemimpin BN/UMNO, sila lihat contoh dan perbandingkan dengan ahli-ahli sukan yang bertamaddun Islam, seperti di bawah ini. Amazing Ruqaya'

Ruqaya al-Ghasara: Saya bersyukur kerana menjadi seorang Islam. Ini satu anugerah. Pencapaian saya ini adalah satu kejayaan kepada wanita Arab, dunia Arab, Islam dan wanitanya. Memakai pakaian bertutup sebenarnya telah mendorong saya. Ia bukan halangan. Secara bertentangan ini menggalakkan berusaha lebih. Memakai hijab membuktikan wanita Islam masih tiada halangan. Kenyataannya ia menggalakkan mereka terbabit dalam sukan. Malah saya juga layak ke kejohanan Dunia di Osakan tahun depan.
 
Lihat ini..  Skuad Hoki Wanita Siap. Tapi Tak Berpakaian...

Jatuh Dlm Sungai,MB K'tan Lawat Keluarga Mangsa.

 

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Adul Aziz Nik Mat, semalam meluangkan masa mengunjungi keluarga adik Muhammad Arif Mohd Nordin yang dipercayai terjatuh ke sungai Kelantan beberapa hari lalu.

“Baru semalam saya pulang dan hari ini saya telah dimaklumkan oleh setiausaha saya berhubung kejadian ini.
“Saya juga mengucapkan takziah pada ibubapa mangsa dan berdoa semuga pencarian beberapa hari ini Allah gantikan dengan yang baik,”ujarnya.

Adik Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal.  Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat.

Dalam kunjungan itu semalam juga, Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada kesungguhan pasukan penyelamat termasuk anggota Bomba dan Penyelamat, Polis berusaha mencari mangsa. Berhubung kejadian itu, beliau meminta ibubapa menasihati anak-anak supaya tidak menunggang motosikal sekiranya mereka tidak mempunyai lesen memandu.

“Jika tidak ada lesen mereka ketakutan dan akan bertindak sendirian walaupun akan meragut nyawa mereka,”ujarnya.

Tuan Guru turut menyampaikan sumbangan kepada bapa mangsa, Mohd Nordin Mohd Long, 50. Sebelum itu Tuan Guru mendengar taklimat yang disampaikan pasukan keselamatan. Hadir sama Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Ibu mangsa, Fatimah ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Tuan Guru yang tidak diduga itu. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru yang turut berkongsi kedukaannya bersama anggota keluarga. Semalam merupakan hari keenam usaha mencari dilakukan di tepi Sungai Kelantan dan sekitarnya. (Hrkh)

Mesir Tutup Siaran Tv Tayang Tarian Gelek Perut.

Mesir tutup siaran televisi tayangkan tari perut

MAHKAMAH Mesir baru-baru ini menutup sebuah stasyen TV Mesir, Al-Tet. Mahkamah menyatakan tv itu telah menyiarkan tanpa izin dan memperlihatkan iklan yang dapat membangkitkan ghairah penonton.

Surat kabar the Daily Mail melaporkan, Khamis (21/2), menurut mahkamah Mesir, Al-Tet telah menayangkan iklan produk penambah ghairah seksual dan mempromosinya. Al-Tet juga menyiarkan tarian gelek nampak perut selama 24 jam penuh tiap hari.

Namun, Direktur Al-Tet, Baleegh Hamdy, berjanji tidak akan menghentikan program acara itu. Dia menuduh mahkamah menggunakan alat bukti yang tidak kuat ketika membuat putusan.

"Hakim sepatutnya memeriksa fakta-fakta terbaru berkait bukti yang diajukan peguam. Tv ini tidak menampilkan iklan produk seksual yang tidak memiliki izin. Ada lebih dari 150 saluran di Mesir juga menayangkan iklan yang sama dengan produk itu. Tapi kenapa orang hanya menuding Al-Tet?" kata Hamdy.
 
Dia menjelaskan tvnya memiliki izin dan saluran itu mengkumandangkan  melalui perusahaan penyedia layanan satelit Bahrain iaitu Noorsat. Dia menambah, Noorsat saat ini telah menghentikan siaran tv Al-Tet setelah kes ini muncul.

Namun, tidak berhenti di situ, Hamdy saat ini diberitakan akan melancarkan saloran televisyen baru yang diberi nama Bom Tak. Selain itu, dia juga akan membuat program lain yang diunggah di situs berbagi video Youtube, di mana semua orang dapat dengan bebas melihat tarian perut.

Banyak saluran tv seperti Al-Tet beroperasi setelah jatuhnya rejim Husni Mubarak pada 2011. Al-Tet saat ini memiliki saluran tv di Amerika Syarikat dan Canada. Pemilik tv itu dipercaya adalah warga Amerika.

Juruakap Ikhwanul Muslimin yang tidak disebutkan namanya mengatakan pihaknya menyambut baik keputusan mahkamah yang menutup saluran tv Al-Tet.

Wakil Pemimpin Redaksi surat khabar milik Ikhwanul Muslimin, Abdel Haleem Behiry, menyatakan sistem perundangan adalah salah satu faktor yang masih dapat mengamankan nilai-nilai sosial. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia? Tak ade cita-cita nak buat begitu pun.

Amanat TG N/Aziz Pula, Ini Dia. Jom Ikut Ramai2...

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

TERBACA berita di Harakah bertajuk 'Amanat Tok Guru Di Himpunan Wanita Kelantan'. dengan gambar Tok Guru Nik Aziz di atasnya. Ku rasa ada pula amanat Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan yang mahu  dipersembahkan. Ku baca beritanya...


[KOTA BHARU: Ketika Umno melalui agen sibuk membodek anak-anak Kelantan di perantauan dengan pelbagai tawaran, namun ia tidak menghalang mereka hadir pula pada program anjuran kerajaan negeri.

Malah program yang dianjurkan sejak setahun lalu sudah diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan).

Dan pada Sabtu ini (23 Febuari) sekali lagi program serupa diadakan dan kali diurusetiakan Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.

Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan itu akan diadakan di Bazar Pusat Bandar, Taman Melawati, Jalan Negara, Kuala Lumpur bermula jam 4 petang hingga 12 malam. Anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berpeluang beramah mesra dan mendengar amanat disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Zainiah Abdul Halim (gambar) berkata, pelbagai program menarik diadakan termasuk cabutan bertuah, persembahan dikir barat dan kuiz “Ambo Banggo Jadi Anak Kelate”.

“Selain itu pertandingan mewarna, melukis, hadiah belon dan ais krim kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa,” katanya di sini.

Selepas solat Asar diadakan sembang santai bersama VIP dan selebriti yang akan mengupas tajuk “Kelantan Menerajui Perubahan”. Program berkenaan menampilkan artis Wan Aishah Wan Arrifin, Dr Nadzirah Mohd (pensyarah), Zawati Ibrahim (usahawan Jati Mas Sdn Bhd) dan peguam Mumtaz Md Nawi.

Program berkenaan akan dikendalikan selebriti TV Al-Hijrah, Amin Idris. Selepas itu diadakan penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan melukis. Pada jam 6 petang program Amanat Tok Guru akan dimulakan dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar.

Manakala ketibaan Menteri Besar akan disambut dengan persembahan silat wanita. Selepas selesai Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan amanat akan diadakan jamuan rakyat dan cabutan bertuah hadiah bonanza. Selepas solat Maghrib dan Isya’ berjemaah iaitu kira-kira jam 9.15 malam akan diadakan persembahan dikir barat oleh pasukan anak Kelantan di perantauan.

Program Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan berakhir dengan ceramah bakal menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Selain itu Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ustazah Noraini Hussein.]

Selesai baca, tak ada pula apa amanat Tok Guru Nik Aziz yang diterangkan. Sedangkan dikatakan ramai pula yang menunggu-nunggu amanat Tok Guru Nik Aziz pula menjelang PRU 13 ini, setelah 'Amanat Tuan Guru Hj Abdul Hadi' diperbincang hangat.  

"Takde ke 'amanat Tok Guru Nik Aziz' pula menjelang PRU 13 ini?" Ada yang bertanya melalui e-mail kepada blog ini..

"Apa lagi bila Tok Guru Nik Aziz amat popular di kalangan pelbagai kaum dan ketua-ketua pelbagai agama di negara ini.. Patutnya, keluarkan amanat baru, sesuai untuk semua agama dan kaum!" tambahnya. 

Saya jawab, "Belum ada secara khusus. Yang jelas ada ialah amanat beliau dari dulu sampai sekarang iaitu 'UNDILAH PAS!'. Dalam kontek masakini, UNDILAH PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT!"

Inilah dia, amanat Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS-PR, jom ikut ramai-ramai tumbangkan BN!

Sekian, santai-santai kali ini.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
22 Feb 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Presiden PAS Solat Asar Bersama Jamaah Tabligh..

Tuan Guru Abdul Hadi berbual dengan pemimpin Jamaah Tabligh dalam kunjungannya ke Masjid Jamik Sri Petaling hari ini

SRI PETALING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kunjungan bersejarah ke markas Jamaah Tabligh hari ini. Dengan ditemani wakil Dewan Pemuda dan Dewan Ulama, Ustaz Hadi meluangkan masa bersama pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling hari ini.

Beliau tiba di Masjid Jamek Sri Petaling yang juga markaz jamaah Tabligh terbesar negara ini kira-kira jan 4.40 petang ditemani Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ketibaan beliau disambut Pengerusi Masjid Tuan Haji Zaid Abdullah, imam masjid Ust Abdul Halim Chin yang juga Mudir Madrasah Miftah Ai-'Ulum serta ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah yang berada di situ.



Turut serta dalam kunjungan itu juga termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Ust Nazmi Nik Din, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad serta Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Adram Musa.

Sejurus tiba, Tuan Guru Abdul Hadi menunaikan solat Asar berjemaah. Beliau kemudian mengambil peluang beramah-mesra dengan para jemaah sebelum di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi bertanya khabar dan jamuan. Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, mereka antara lain saling bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan dakwah Islam di negara ini.

Pertemuan itu berakhir kira-kira jam 5.30 petang dengan Tuan Guru menghadiahkan kitab agama kepada imam dan juga pengerusi masjid tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. (Hrkh)

PAS For All, Negara Kebajikan, Undi PAS.. Lancar!


Presiden dan timbalannya mengucapkan tanda bagus kepada trak Negara Berkebajikan PAS


KUALA LUMPUR: PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.

Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah.

Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah. Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS.

Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini. Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS. Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails