MOGADISHU:
Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud
menawarkan amnesti kepada para perompak muda. Kebijaksanaan itu menjadi
se bahagian dari usaha untuk mengakhiri serangan lanun laut di kawasan
lepas pantai
negara Tanduk Afrika itu.
"Kami berunding dengan perompak secara tidak langsung melalui para tetua," kata Mohamud kepada AFP. "Perompakan perlu berakhir."
Mohamud
dipilih oleh parlemen enam bulan lalu. Ia mengatakan ingin menawarkan
"cara alternatif untuk memperoleh hasil" bagi kaum muda Somalia
yang mengangkat senjata dan bergabung dengan geng-geng perompak.
Hanya
saja, ia menegaskan amnesti itu tidak berlaku bagi gembong perompak
yang telah meraup majoriti untung dari serangan-serangan, apalagi
beberapa dari mereka kini diburu oleh Interpol.
"Kami tidak memberikan amnesti kepada mereka, amnesti hanya untuk pemuda," katanya.
Perompak
yang beroperasi di lepas pantai Somalia meningkatkan serangan lanun terhadap kapal-kapal di Lautan India dan Teluk Aden.
Peningkatan serangan terjadi meski angkatan laut asing diumumkan di laut lepas
pantai negara Tanduk Afrika itu sejak 2008.
Kapal-kapal perang
asing berhasil menggagalkan sejumlah pembajakan dan menangkap puluhan
perompak, namun serangan masih terus berlangsung. Perairan di
laut lepas pantai Somalia merupakan tempat paling rawan perlanunan di dunia.
Biro Maritim Internasional melaporkan 24 serangan di kawasan itu antara
April dan Jun tahun 2008 saja.
Angka tidak resmi menunjukkan
2009 sebagai tahun paling banyak perompakan di Somalia, dengan lebih
dari 200 serangan, termasuk 68 pembajakan yang berhasil, dan wang
tebusan diyakini melampaui 50 juta dolar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Presiden Somalia mampu berdiplomasi dengan perompak dan lanun laut
antarabangsa. Tetapi Malaysia setakat ini, masih membuktikan kegagalan
berdiplomasi dengan penceroboh sesama bangsa dan agama di Lahat Datu,
Sabah. (IH/ROL)
KL:
PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memanggil
persidangan tergempar Parlimen dengan segera bagi membincangkan isu
keselamatan di Lahad Datu.
Kenderaan tentera masuk ke kawasan krisis melalui pekan Lahad Datu
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, persidangan itu amat
perlu diadakan segera kerana masalah keselamatan di Lahad Datu kini
sangat meruncing.
“Ada laporan yang mengesahkan telah berlaku dua
korban nyawa di Lahad Datu sekarang. Ini jelas menunjukkan keadaan di
Lahad Datu sekarang amat merbahayakan keselamatan awam dan keselamatan
negara,” katanya ketika menghubungi Harakah 1 Mac lalu.
Sementara itu, laporan bercanggah diterima antara Malaysia dan Filipina.Pemimpin
Filipina beranggapan isu ini selesai selepas pasukan keselamatan
Malaysia memasuki kawasan kepungan itu. Namun
begitu, di pihak Malaysia pula, pihak tentera dan polis masih mengepung
kawasan itu dengan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan itu
dengan peralatan ketenteraan yang canggih. Sehingga kini 14 terbunuh
termasuk dua anggota komando polis dan ramai cedera akibat pertempuran
ini.
Laporan media terhadap kenyataan Hishamudin sebelum ini
Ini bermakna, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin
Husein sebelum ini yang meminta orang ramai jangan mendengar khabar
angin tentang peristiwa di Lahad Datu adalah pembohongan semata-mata.
Ini kerana, kalau bukan pengganas, kenapa sampai 14 orang boleh terbunuh
dalam krsisis ini.
Kenyataan Hishamudin ini menyebabkan beliau dipermainkan oleh para pengguna media sosial. "Memang
boto tu.Setakat mortar apo la sangat.Kalau pengganas dio mesti bawak
pisau...air mineral ngan bom petrol," tulis seorang facebooker dalam
lamannya.
Kenyataan ini beserta dengan keratan akhbar kenyataan
Hishamudin itu menjadi viral dalam facebook di mana sehingga kini 257
pengguna telah berkongsi penyataan ini dan 302 membuat komen dan 1,364
suka penyataan ini. (IH/Hrkh)
KL: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga
Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang
telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di
Lahad Datu semalam. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.
"Saya
merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang
terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan
penceroboh di Lahad Datu semalam.
"Semoga jasa dan pengorbanan
yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran
yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan
selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina
itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis
semalam. Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.
Mengulas
lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi
merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi
sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.
"Saya
juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden
yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan
perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi
begitu mudah," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak
dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan
pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang
peristiwa berdarah ini.
Dewan Pemuda PAS Pusat pula,akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad
Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan
kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari
ini.
“Insya-Allah DPPM akan melancarkan Tabung Perajurit Tragedi
Lahad Datu dan DPPN Terengganu juga Selangor akan menziarahi keluarga
perajurit yang gugur di medan untuk menghulurkan sumbangan tanda
kebersamaan DPPM.
"Semoga Allah menganugerahkan pahala syahid
buat mereka yang gugur di medan Lahad Datu. Al Faatihah,” tulis Ketua
Pemuda PAS Nasrudin Hassan di Facebook beliau. (IH/Hrkh)
PIHAK berwajib kena jawab, mengapa berlaku 3 perkara ini?
Gambar komando-komando Malaysia yang terbunuh..
AL
FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud
(47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan
mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh
bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin
akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg
Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak
Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian
perwira.
Gambar Terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat
Kronologi Penceroboh Di Lahad Datu.
Penceroboh Bersenjata Terbunuh
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:-
9
Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot
pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung
Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari –
Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan
tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis
mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api
berkampung di Kampung Tandou.
12
Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di
kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di
kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14
Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui
perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir
mereka keluar dari kawasan itu.
1
Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah
mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai
Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan
Filipina.
Ismail
berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar
Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu
dihantar pulang ke negara asal.
Ismail
berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi
mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan
darah.
14
Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang
merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram
sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan
pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16
Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas
sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di
Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan
itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara
lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana
sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18
Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia
akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24
Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi
kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30
pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari
lalu.
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28
Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus
dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik
perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih
tiga minggu.
Gesaan
tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera
diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1
Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan
kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada
kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan
keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. (BERNAMA)
KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini
menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat
hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini
daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.
Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada
pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat
mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk
melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.
“Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama
mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah
bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.
“Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk
mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat
hajat.
“Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri
ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,”
ujarnya.
Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu.Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez
bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di
Sabah telah tamat. ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.
Komen Mereka..
Sementara itu, di Kuala LumpurKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara,
Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang
terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak
dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan
pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang
peristiwa berdarah ini.
“Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan
warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam
menyelesaikan isu ini?” tanya beliau dalam satu kenyataan ringkas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan isu
keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah
oleh pihak kerajaan. Justeru, ujar beliau, rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
SedangkanPengerusi Pejuang Perubahan Sabah
(PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada
keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan
antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.
"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan
secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari
insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli
keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa
melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara
ini. Katanya, isu percerobohan ke atas Sabah sebenarnya mencabar
kadaulatan negara ini dan perkara tersebut perlu dibendung secara aman.
"Kita doakan semoga pihak keselamatan negara ini akan terselamat dari
sebarang mala petaka dan juga insiden ini kembali aman," sambung beliau
lagi. Lajim menolak desas desus mengatakan konflik yang berlaku di Lahad Datu itu ada kaitan dengan senario politik negara ini.
Sementara itu mengikut laporan media dua komando polis Malaysia
terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi
kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu. Mereka dilaporkan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu pos di sekitar Kampung Tanduo. AFP melaporkan, sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina
berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu. (IH/Hrkh)
LAHAD DATU: Beberapa terbunuh apabila pertempuran
meletus antara polis dan tentera dengan tentera kesulatan Sulu, Sultan
Jamalul Kiram 11.1 pagi ini.
Menurut radio Filipina yang memetik
keluarga Jamalul, termasuk adiknya, Azzimudie Kiram, sudah beberapa
terbunuh apabila pertempuran mula meletus antara mereka dengan polis dan
tentera Malaysia. Bagaimanapun laporan itu tidak menjelaskan berapa ramai yang terkorban sehingga kini.
Akhbar Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kira-kira 60 penceroboh bersenjata itu. (Hrkh)
Video Keadaan Terkini Di Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!
Gambar sebelum bertempur...
Ni pula gambar tentera2 Sultan Sulu tu. Siap diorg ada senjata M16 lagi yo.
KL: Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik,
akhirnya pemilik lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai
berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat
keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan
elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya.
Mohd Ja’afar Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektrik. Kini jiran Mohd Ja’afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakan kambing, lapor Nusajaya Kini.
Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Mohd Ja’afar terpaksa
menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan berbanding RM100 jika
menggunakan bekalan elektrik TNB. Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Mohd Tan Chan
Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu.
Kos sebanyak RM7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli
minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar
RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB. Pemohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan
sebanyak dua kali dan juga pemakluman kepada Onn Mad Yassin (Adun
Layang-layang) sebanyak tiga kali. Setakat ini tiada sebarang tindakan
dibuat.
Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik
dalam lingkungan 2 kilometer dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak
menyambungkan bekalan elektrik ke kampung berkenaan. Tanah yang didiami penduduk di kampung itu berstatus penempatan
perkelompok (GSA). Ini bermakna tanah sekitar Bukit Nyamuk adalah milik
peribadi.
Jika terdapat bekalan elektrik di kawasan ini, maka ramai akan berpeluang membina rumah di kawasan terbabit. Pihak TNB tiada sebarang masalah untuk membekalkan elektrik di
kawasan itu jika terdapat peruntukan yang mencukupi daripada pihak
kerajaan. Justeru pihak kerajaan khususnya Pegawai Daerah Kluang wajar
mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi
oleh penduduk kawasan itu. (Nusajaya Kini)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buat malu, negeri yang UMNO kuat pun tak mampu tadbir. Rakyat perlu kuatkan pembangkang kalau mahu mahu dapatkan perhatian penuh dari pemerintah. UNDILAH PAKATAN.
MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran
kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan
undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh
wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.
Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar
menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad
Datu.
“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan
undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,”
kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.
Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."
"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri
perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara
aman,” kata beliau.
Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa
satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung
kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak
sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia (SH)
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan Barisan Nasional
(BN) sejak tahun lalu, bukan satu perkara baru kerana sejarah telah
menunjukkan bahawa ia pernah dipelopori kerajaan Firaun.
"Cerita BR1M bukan cerita baru, sejak zaman Firaun pernah bagi BR1M, Firaun jadikan rakyat ringan akal (diperbodohkan).
"... tanggungjawab kita (pemimpin) untuk bijakkan rakyat bukan diajar
menjadi pengemis, mereka (Umno) bukan nak bela rakyat pun,” kata beliau
dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini semalam.
Kata Hadi, menerusi manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam,
banyak masalah rakyat yang gagal ditangani oleh BN sepanjang lima dekad
lalu dapat diatasi.
“Buktikan dahulu kerajaan itu bersih, kita (Pas) perintah Kelantan
lebih 20 tahun, walaupun banyak sekatan peruntukan, banyak cabaran tapi
kita mampu bersabar.
“... jauh sekali untuk khianat hasil bumi negeri, malah mampu tadbir
negeri dengan bersih dan bebas rausah serta salah guna kuasa,” kata
beliau sambil memberi amaran kepada Umno-BN bahawa masalah penggangguran
yang kian meningkat di negara ini tidak mungkin diselesaikan dengan
pemberian insentif terbabit.
Hadi turut menyindir slogan perdana menteri yang dilaungkan ‘Janji
Ditepati’ yang tidak bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan
kepada mereka sejak 50 tahun lalu tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi
rakyat.
“Janji akan ditepati bukan janji 50 tahun, kita tak nak rakyat dihina
dan diperkudakan lagi, Buku Jingga selesaikan masalah yang ditinggalkan
Kerajaan BN,” tegasnya.
Pada ucaptamanya, Hadi menggariskan lima dasar utama dalam Manifesto PR
kali ini yang bertemakan “Pakatan Rakyat Harapan Rakyat”, antaranya
perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat
sebenar, kehebatan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Firaun Pernah Bagi BRIM, jadi BN ikut Fir'aun?
KEMASKINI PAUS Yohanes II, atau yang akrab dipanggil Sri Paus, pimpinan umat
katholik sedunia melakukan pidato resmi Vatikan kepada dunia
internasional mengenai sikap resminya terhadap konflik berdarah
Israel-Palestin di Timur Tengah yang kembali memanas belakangan ini. Namun apa yang kemudian dikatakannya di depan ribuan umat katholik itu
ternyata benar-benar merupakan peristiwa yang sangat mengejutkan! Bahkan
boleh dikatakan sebagai "berita abad ini". Ibarat petir di siang
bolong, pada pukul 17.00 waktu setempat, Sri Paus mengumumkan kepada
seluruh dunia bahawa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dirinya
masuk ke dalam agama Islam.
Saking mengagetkannya pengumuman tersebut, 16 orang di antara ribuan
umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus, langsung dibawa ke
hospital kerana mendapat serangan jantung mendadak. Hanya 5 nyawa di
antara mereka terselamat. Ketika Sri Paus mengatakan
sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu
serius mendengar. Beberapa pimpinan Vatikan nampak seperti tidak
terlalu terkejut, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato
Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin ramai umat katholik
di hadapan Sri Paus yang hairan dengan benda apa yang dipegang oleh
beberapa Kardinal dan pimpinan Vatikan itu. Ternyata mereka sedang
memegang tasbih, sambil mulutnya terlihat seperti sedang membacakan
ayat-ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatikan semua sudah tahu
bahawa semenjak beberapa bulan terakhir, Sri Paus sudah mulai
melakukan sholat dan puasa. Dan itu juga dilakukan bersama-sama dengan
mereka semuanya.
Inilah selengkapnya pidato Sri Paus tersebut, yang setelah jadi
mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya
tidak terlalu terkejut, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum
memulai pidatonya): "Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini
adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini tidak
lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang perlu saya umumkan ke
seluruh penjuru dunia saat ini juga. "Yang mana menurut saya, semakin
saya tutup-tutupi apa yang ingin saya kemukakan itu, akan menjadi semakin
tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani
saya. Sudah selama puluhan tahun kamu semua tahu bahawa saya
adalah seorang pemeluk agama katholik yang ta'at. "Bahkan saya adalah
pemimpin umat katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan
di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk
dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang
berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah.
"Namun mulai kini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak
puluhan tahun lalu, saya sudah tidak meyakin lagi kebenaran dari agama
katholik ini. Kerana semakin saya mendalami alkitab, semakin jelas pula
kesalahan-kesalahan yang saya temukan dalam kitab ini. Maka itu, saya
berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain. "Dengan
kitab injil kristian protestant, menjadi semakin rosak. Dengan kitab
wedha umat hindhu, tuhannya juga ada 3. Barulah ketika saya mulai
membaca Al'Qur'anul Karim, saya tahu apa yang selama ini sebetulnya saya
cari-cari."
(Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus melanjutkan ucapannya:
"Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya
terima jika saya nekat keluar dari agama katholik. Namun kini saya
berani mengambil keputusan penting ini. Saya tidak akan takut lagi pada
ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi. "Saya hanya
ingin hidup tenang, terutama jiwa spiritual saya. Saya sangat berhadap
agar umat agama kristain, kristain apapun itu, tidak akan membunuh saya
hanya kerana pilihan hidup peribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah
udzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok."
(Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata kerana terharu).
"Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi
Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa
asyhaduannaaa muhammadur rasullullaaaah(Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan tersedu-sedu). "Saya
tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat kristain di seluruh dunia
kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya,
minimal untuk diri saya sendiri. Saya khawatir akan kehidupan saya di
akhirat nanti bila tetap berada dalam jeratan kekafiran." TERBARU KEMASKINI Berita Paus Yohanes Paulus II Masuk Islam Adalah Berita Hoax/Bohong
Terkait ini kami menyampaikan kembali tentang pesan yang pernah kami sampaikan di Page Muslim Menjawab TantanganPerkembangan teknologi sedemikian pesat, sehingga setiap hari kita dibanjiri berbagai informasi dari berbagai arah, dan tak jarang kitapun juga berpartisipasi untuk berbagi informasi yang
kita terima untuk disampaikan kepada saudara dan teman teman kita.
Dari berita yang tersebar tersebut ,tidak sedikit dari berita yang beredar tersebut adalah HOAX /berita bohong. Dan ketika dikemudian hari diketahui bahwa berita yang beredar tersebut
adalah berita bohong,maka hal tersebut menjadi bumerang bagi para
penyebar berita tersebut. Bahkan akibat terungkapnya adanya
berita hoax tersebut juga, tidak hanya pribadi penyebar berita
dipermalukan, tetapi tidak sedikit Agama dari penyebar berita dijadikan
sasaran serangan akibat terungkapnya kalau berita tersebut hoax.
Dalam hal ini Allah sudah memberikan petunjukan kepada umat manusia,
terutama orang mukmin tentang bagaimana sikap seharusnya dalam menyikapi
sebuah berita/informasi yang kita terima,yaitu ; Qs Al hujurat 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan
teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu
itu.
Sebagai seorang muslim yang tahu tentang Petunjuk Allah
tersebut, berusaha untuk melakukan pengecekan terlebih dahulu sebelum
menyebar luaskan adalah sebuah keharusan,agar kita tidak menyesal
dikemudian hari.
Selain pengecekan terlebih dahulu, kita juga
perlu membuka pintu selebar lebarnya kritikan dan masukan dari orang
lain terhadap berita yang pernah kita sampaikan. Dan jika
kenyataannya masukan dan kritikan tersebut Menginformasikan bahawa apa
yang pernah kita sampaikan tidak benar adanya, maka kita tidak perlu
segan sedikitpun mengakui kesalahan dan menyampaikan permohonan maaf.
*Pesan ini disampaikan untuk mengingatkan untuk diri sendiri lebih
memilih untuk mengajak intropeksi diri dan perbaikan internal,dan
berusaha untuk menjauhkan dari sikap yang menjadikan pihak esternal
sebagai kambing hitam.
Semoga juga bisa bermanfaat bagi para pembaca, dan dari penelusuran kami berita soal cerita Paus Yohanes Paulus II bersumber dari sebuah blog yang menggunakan nama :MUALAF ALHAMDULILLAH
Dan
setelah membaca seluruh artikel dan soal pencantuman sumber yang
diarahkan ke link google , serta membaca beberapa tulisan dengan
beberapa berita bombastis dan sensasional di link tersebut,
KAMI BERANI MEMASTIKAN BERITA TERSEBUT ADALAH BERITA BOHONG, YANG DIBUAT MEDIA PEMBOHONG yang menggunakan LABEL LABEL ISLAM.
Untuk
menunjukan bukti kebohongan dari berita tersebut,kami perlu memberikan
berita pembanding, terutama berita terkait pada masa akhir hidupnya :
Sabtu, 2 April 2005, sekitar pukul 15.30 CEST, Yohanes Paulus II mengatakan kata terakhirnya, "pozwólcie mi odejść do domu Ojca", ("biarkan aku pergi ke rumah Bapa"),
kepada pendampingnya, dan mengalami koma sekitar empat jam
kemudian.Misa persiapan Minggu Kerahiman Ilahi memperingati kanonisasi
Maria Faustina Kowalska pada 30 April 2000,baru dilakukan di sisi
ranjangnya, dipimpin oleh Stanisław Dziwisz dan
bersama dua pendamping Poland.
Juga hadir Kardinal dari Ukraina yang
pernah melayani menjadi pastor bersama Paus di Poland, juga beberapa
biarawati Poland dari Kongregasi Suster-suster Hati Kudus Yesus(Congregation of the Sisters Servants of the Most Sacred Heart of Jesus), yang melayani rumah tangga kepausan.
Ia meninggal di apartemen pribadinya jam 21:37 CEST (19:37 UTC)kerana kegagalan jantung akibat tekanan darah rendah
dan kegagalan peredaran darah, 46 hari sebelum ulang tahunnya yang
ke-85. Yohanes Paulus II tidak mempunyai keluarga dekat pada saat
meninggal, dan perasaannya sudah terungkap dari kata-katanya, seperti
tertulis pada tahun 2000, pada testamen terakhirnya:
"Dalam masa akhir kehidupan
duniawi saya yang semakin dekat, ingatan saya kembali ke masa lalu,
pada orang tua saya, pada saudara laki saya dan saudara perpempuan (yang
saya tidak tahu karena meninggal sebelum kelahiran saya), pada Paroki
di Wadowice dimana saya dibaptis, pada kota yang saya cintai, pada semua
relasi, teman-teman Seolah rendah sampai menegah dan universiti, sampai waktu saya
menjadi pekerja, kemudian di Paroki Niegowic, sampai Santo Florian di
Kraków, pada layanan pastoral akademisi, pada lingkungan dari ... untuk
semua milieux ... untuk Kraków dan untuk Roma ... kepada orang-orang
yang dipercayakan secara khusus oleh Tuhan kepada saya.
Situasi Misa Requim, 8 April 2005
Kematian Paus Yohanes Paulus II diiringi ritual berusia berabad-abad lamanya dan tradisi yang berawal sejak masa pertengahan.
Upacara Pengunjungan berlangsung dari 4 April hingga pagi hari tanggal 8
April di Basilika Santo Petrus. Testamen Paus Yohanes Paulus II yang
dipublikasikan pada 7 Aprilmengungapkan bahawa paus
berkeinginan dimakamkan di tanah kelahirannya Polandia namun tergantung
dari para Kardinal, yang memutuskan untuk dikebumikan di gua-gua di
bawah basilika.
Pada 8 April, pukul 8.00 pagi UTC, Misa Requiem dipimpin oleh Kardinal Joseph Ratzinger
sebagai Dekan Dewan Kardinal dan dihadiri lebih dari 180 orang Kardinal
dari berbagai negara. Misa ini menjadi misa yang memecahkan rekor dunia
dalam hal jumlah kehadiran umat dan banyaknya kepala negara yang hadir. (lihat: Daftar peserta resmi pemakaman Paus Yohanes Paulus II).
Ini adalah berkumpulnya para kepala negara terbesar dalam sejarah,
mengalahkan pemakaman Winston Churchill (1965) dan Josip Broz Tito
(1980). Empat raja, lima ratu, dan sedikitnya 70 presiden dan perdana
menteri, serta lebih dari 14 pimpinan agama dari agama selain Katolik
menghadiri pemakaman.
Peristiwa ini juga mungkin menjadi ziarah Kristen terbesar dalam sejarah,
dengan perkiraan empat juta orang berkumpul dalam perkabungan di
Roma.Sekitar 250.000 sampai 300.000 orang mengikuti peristiwa ini di
Vatikan.
Dekan Para Kardinal, Kardinal Joseph Ratzinger,
yang kemudian menjadi paus berikutnya, memimpin upacara. Yohanes Paulus
II dikebumikan di gua di bawah basilika, makam para Paus. Ia
dikebumikan di liang makam yang sebelumnya dipakai jenazah Paus Yohanes
XXIII. Liang itu telah dikosongkan ketika jenazah Paus Yohanes XXIII
dipindahkan ke ruang lain di basilika setelah dibeatifikasi.
Sumber:
Muslim Menjawab Tantangan
(IH) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
BEGINI
cara didik, bagaimana menghormati isteri pemimpin UMNO, walaupun oleh
lelaki yang bukan muhrim. Apa kata ulama-ulama 'syaitan bisu', 'ampusana
ampusini' mereka?
EMPAT terbaik: Daniel Day-Lewis, Jennifer Lawrence, Anne Hathaway dan Christoph Waltz bersama trofi
masing-masing.
HALAMAN HIBURAN
"PEMIKIRAN remaja Malayisa kini terus dibiarkan diserang oleh pemikiran jahilian ala baru. Media massa negara ini seolah-oah terus dibiar diperalatkan oleh musuh-musuh Islam, bahkan dibajai pemerintah dalam merosakkan akhlak muda-mudinya dan menjauhkan peganut Islam dari agamanya. Demikian dinyatakan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim hari ini.
"Mungkin ada alasan mereka berbuat begitu, bertujuan untuk melemahkan parti pembangkang atau parti Islam lawan mereka, tetapi mereka perlu sedar, hal itu boleh merosakkan membunuh agama dan pemikiran Islam itu sendiri." katanya.
Contohnya, lihat berita ini, apa faedahnya untuk pembangunan negara, moral dan agama...
[ Rap Argo, Life of Pi menyerlah. Watak Fantine yang dilakonkan menerusi Les Miserables nyata membawa
tuah kepada aktres jelita, Anne Hathaway, 30, apabila sekali lagi
diumumkan sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Academy
Awards (Oscar) ke-85, yang berlangsung di Hollywood Dolby Theatre, Los
Angeles, semalam. Dua anugerah kategori sama pernah dimenanginya tatkala berlangsungnya
Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2013 dan Golden Globe, baru-baru
ini.
“Saya cuma berharap suatu hari nanti atau pada masa akan datang,
paparan kehidupan Fantine hanya akan ditemui dalam cerita dan tidak
berlaku dalam mana-mana kehidupan sebenar,” katanya.
Kemenangan
itu membuktikan persembahan lakonan Anne sebagai ibu tunggal yang
terpaksa melacur demi kelangsungan hidup anak kecilnya menerusi naskhah
novel epik tulisan Victor Hugo itu terlalu handal.
Babak dia menyanyikan
lagu I Dreamed a Dream turut dianggap sebagai babak paling menyentuh
perasaan dalam filem Les Miserables. Anne dilihat sukar digugat mana-mana aktres hebat yang turut
bersaing dengannya dalam pelbagai anugerah mengiktiraf penggiat seni
yang dianjurkan sepanjang tahun ini...]
"Mereka penghancur agama Islam di negara ini.. secara tidak sedar mungkin.." Jelas Hj Mohd Lagi. "Fikir-fikirlah."
Untuk mengatasinya.. UNDILAH PAS dalam PRU 13 ini!(IH)
GILA!! Macam-macam hal...
Kreatifkah? Mungkin itulah kata tepat menggambarkan
idea kreatif. Seorang designer membuat konsep
gadget baru berfungsi untuk ubah segala benda menjadi dildo atau alat
bantu seks. Dia asal Amerika Syarikat bernama Francisco Morackini
membuat satu
perangkat elektronik yang dapat membuat semua barang dengan ukuran dan
bentuk tertentu menjadi sebuah alat bantu seks. Gadget
yang diberi nama 'Dildomaker' ini merupakan konsep perangkat
berfungsi seperti rautan pensil. Apabila ada benda yang lonjong panjang
dan berukuran tepat seperti lubang pada Dildomaker, ketika benda
tersebut dimasukkan ke dalam lubang rautannya, maka ketika proses
pengerjaannya selesai, benda tersebut akan mempunyai bentuk baru iaitu
mirip hujung kemaluan lelaki. Seperti diberitakan Huffington Post
(15/02), Morackini mengatakan, Dildomaker ini sangat fleksibel
kerana dapat dibawa ke mana saja dan dapat mengurangi jumlah belanja
peralatan seks yang terbilang cukup mahal tersebut. Kerana
dildomaker hanya sebuah idea dan konsep saja, tentu saja sampai
sekarang barang tersebut tidak akan ditemui di manapun. Sayangnya,
Morackini tidak menjelaskan apakah gadget satu itu kelak akan diproduksi
atau hanya akan berakhir sebagai konsep saja. Gila ke? (IH)
JAKARTA -- Video Muhammad Abdul Ahui (53 tahun) yang
menceritakan pengalaman rohaninya. Lelaki keturunan China ini mengaku
mendapatkan pengalaman spiritual dalam mimpinya sebanyak lima kali,
sehingga membuatnya memeluk Islam.
Sebelum akhirnya memutuskan memeluk
agama Islam, Ahui mengaku tak beragama. Ia sama sekali
tidak diajarkan mengenai agama yang dianut kedua orang tuanya (Budha).
Hanya untuk melengkapi persyaratan dalam KTP (Kad Pengenalan Indoneia) saja ia mencantumkan Agama
Budha sebagai agama yang dianutnya. Saat ini ia telah menjadi seorang...
SHAH ALAM:
Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah
tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi
sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.
Atas
keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang
merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang
dilancarkan hari ini.
Cabang Kesejahteraan Rakyat ini
dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan
kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat
Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.
Menurut
Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur
harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara
dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.
"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.
14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;
- Harga minyak turun - Caj elektrik lebih rendah - Caj air lebih rendah - Hapus tol - Hapus monopoli - Turunkan harga kereta - 150,000 rumah selesa mampu milik -
Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2
bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik. - Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN - Hapus AES. Batalkan saman AES - Keadilan untuk warga Felda - Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah - Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan - Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan. (Hkh)
SHAH ALAM:
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi
rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan
datang.
Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi
Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen
Shah Alam (SACC) pagi ni.
Berikut antara yang diumumkan:
1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.
2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
5-
Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai
tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan
boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.
7-
Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit,
kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada
bekas prajurit tidak berpencen.
8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi
9-
Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah
bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
10-
Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli,
Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan
konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan
pegangan kerajaan dalam GLC. (hrkh)
SEORANG pengemis bernama Billy Ray Harris di Negara Bahagian Missouri,
Amerika Syarikat, bagaikan mendapat durian runtuh ketika orang-orang
memberinya sumbangan wang hingga mencapai kira-kira RM277,000. Kisahnya
menjadi sorotan di Negara Paman Sam itu.
Situs Huffington Post melaporkan, Sabtu (23/2), awal bulan lalu Harris sempat mengembalikan
sebuah cincin berlian kepada Sarah Darling ketika pemilik cincin itu tidak
sengaja jatuhkan cincinnya ke dalam mangkuk tempat wang Harris di
pinggir jalan ketika akan memberi wang kecil.
Sebagai rasa
terima kasih, Sarah bersama suaminya kemudian mengumpulkan wang
sumbangan untuk Harris setelah menceritakan kisahnya kepada
teman-temannya. Sejak 14 Februari lalu wang sumbangan untuk Harris telah
mencapa kira-kirai RM277,000.
"Saya tidak tahu bagaimana hidup kamu
sebelumnya hingga jadi pengemis, tapi saya yakin kamu adalah orang
sangat jujur," tulis seorang penyumbang bernama Volanda Shields di laman
GiveForward. Dia menyumbang kira-kira RM3.3 ribu kepada Harris.
"Kata-kata tidak mampu menggambarkan perasaan saya terlibat dalam kegiatan ini," kata suami Darling, Bill Krejci.
Harris
yang mengaku dibesarkan oleh nenekknya yang seorang pendeta, mengatakan
kepada stesyen tv KCTV, keputusannya mengembalikan cincin itu
tidak mengharapkan balasan..
"Yang saya rasakan saat ini," kata
Harris, "apa yang akan terjadi di dunia ini ketika orang-orang
mengembalikan barang yang bukan haknya?"
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harris mengaku dibesarkan oleh nenekknya seorang pendeta. Ertiya jika seseorang itu dididik secara agama dapat menghasilkan manusia yang baik. Tidak kira apa agama sekalipun. Oleh itu kembalilah kepada pendidikan negara secara agama yang sangat mementingkan akhlak yang berperdaban.
Sokonglah perlaksanaan negara yang bukan sekular atau bukan pemisah antara dunia dan akhirat. Kalau di Malaysia, contohnya PAS! (IH)