Saturday, March 09, 2013

Beda C/Town Di Bawah PAS Dg C/Town UMNO..


TG Nik Aziz ketika melaksanakan majlis tradisi  kepada singa hijau

KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu kini dikenali sebagai Jalan Haji Cheng Ho China Town. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis peristiharan itu malam tadi di Jalan Kebun Sultan, di sini tepat jam 11.14 malam tadi.

Sewaktu peristiharan itu, Tuan Guru meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali ‘Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu. Walaupun namanya telah ditukar, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu peristiharan jalan berkenaan berkata, peristiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan menoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam.

Bila Ustaz Azhar nak melawat China Town Kelantan?

“Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru disambut oleh 23 ekor singa bagi melambangkan 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah pentadbirannya. Pelbagai persembahan menarik diadakan pada malam itu antaranya tarian pelbagai budaya yang dipersembahkan oleh kanak-kanak dari masyarakat Cina, India dan Siam. Turut menjayakan pertunjukan persembahan muzik klasik Cina oleh pelajar dari Sekolah Menengah Chong Hawa Kok Lanas, chingey, silap mata dan lain-lain.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Cuba lihat apa bedanya China Town Kota Bharu di bawah PAS dengan China Town di Jalan Petaling KL di bawah UMNO?

L/Datu: Misteri K/UMNO @ K/Lanun Diseret Polis..

LOGISTIK......Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M..

OH. Lihat berita ini..

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

"Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.
Sumber berkata pihaknya juga percaya lelaki itu menjadi dalang membawa kumpulan pengganas ke  Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu."Dia bersama pengikutnya diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. ~ Harian Metro

Lihat misteri seterusnya..

KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU  
Oleh  MUTALIB M.D
Diangkat dari Sabahkini.net 

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu) 

Begitulah kira-kira. Terima kasih Harianmetro  dan Sabahkini.net!
(IH)

Liwat II, Anwar, Bapa Saiful, Najib & P'raya..



KL: Rakyat mengucapkan syukur dan menarik nafas lega apabila mendapat khabar gembira bahawa Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dengan mendakwa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar dengan kes Liwat II.


“Lebih menarik lagi pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, perkembangan itu pastinya tambah memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya. Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, ujarnya lagi.

Menurutnya, dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat.

“Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian liwat II adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya,” katanya kepada Harakahdaily.

Baginya, politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka. Kini, kata beliaukebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru, ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu.

“Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat,” katanya lagi.

Menurutnya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal. Riduan berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya.

Kini, ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II. Bagi beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia.

“Malah, beliau dianggap gagal mendidik pegawai-pegawai kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada masyarakat sehingga mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah,” ujarnya.

Justeru, kata beliau rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin seperti itu layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti itu. (Hrkh)

L/Datu: Azimuddie Masih Hidup -Puteri Jacel Kiram

KL: Anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram mendakwa Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah, yang juga adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III masih selamat. Portal Philippine Inquirer melaporkan Jacel membuat kenyataan itu dalam satu temubual di radio dzBB.

Jacel juga dilaporkan berkata, hubungan mereka kini sangat terhad ekoran bimbang komunikasi mereka boleh membenarkan pihak berkuasa Malaysia mengesan di mana beradanya Azimuddie. Tetapi Jacel berkata bahawa kali terakhir mereka bercakap pada Khamis, Azimuddie dan orang-orangnya adalah selamat.

Sementara itu di Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini juga mengesahkan jeneral penceroboh bersenjata yang terbunuh semalam bukan Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh itu.

"Dia bukan (Azimuddie), Dia (mayat) salah seorang pemimpin mereka," kata Ismail dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence pagi ini. Ismail berkata, pasukan keselamatan membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah salah seorang daripada pemimpin mereka, berdasarkan kepada pakaiannya, tetapi masih dalam proses mengesahkan identiti sebenarnya. (Hrkh)

Friday, March 08, 2013

Mawar Merah, Suara Perubahan -Dr Siti Mariah



KL: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menghadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia. Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno. (Gambar atas)

Dr Mariah juga menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada setiap pegawai wanita di situ sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' dan 'Wanita Suara Perubahan'.

Mereka kelihatan gembira menerima bunga mawar tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan DMPP yang hadir.

Dr Mariah yang ditemui selepas itu berkata, DMPP akan sentiasa menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya anggota wanita dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus tanpa mengira pangkat.

"Muslimat tidak pernah bermusuh dengan pihak polis dan kita hormati anggota polis yang bertugas dengan penuh tanggungjawab dan kami sangat menghargai wanita yang berada dalam pasikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada seluruh wanita di Malaysia, beliau menyeru wanita agar meningkatkan keupayaan diri dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

"Masyarakat tidak boleh menafikan peranan wanita dalam apa jua bidang. Di mana pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh.

"Dalam proses membuat keputusan penting sekalipun, pandangan wanita amat berguna," katanya.

Sementara itu, Darlina berkata, beliau berasa dihargai apabila DMPP mengambil inisiatif sedemikian.

"Sepanjang lima tahun bertugas di sini, ini kali pertama ada wanita datang hadiahkan bunga dan kami rasa gembira dan dihargai.

"Sempena Hari Wanita ini, pesan saya kepada wanita agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada selalu di mana pun anda berada," katanya ramah.

Difahamkan, DMPP seluruh Malaysia mengadakan acara sama di negeri dan daerah masing-masing.

Kerjasama K'tan/Thai Teknologi Makrob/Pertanian


TG Nik Aziz melihat peralatan pertanian baru yang dipamirkan

KOTA BHARU: Kelantan menjalin usaha sama dengan kerajaan Thailand bagi pemindahan teknologi makrob pertanian sebagai usaha memperkasakan sektor berkenaan di negeri ini. Selain itu perjanjian persefahaman (MoU) juga ditandatangani bagi pemindahan teknologi pengurusan sisa pepejal. (Hrkh)

Poster: Bagaimana Buah, Begitulah Pohonnya..

Pencacai UMNO gantung kain rentang berbaur lucah untuk malukan Nurul Izzah..

Malunya jadi bangsa Umno, GAMBAR ni buktinya...
24 Februari yang lalu , Nong Chik telah dicabar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk berdebat dalam satu 'Debat Perdana' di Lembah Pantai. Sebagaimana yang dijangka Nong Chik juga yang menyerlahkan sikap penakutnya bila tidak muncul hingga berakhir waktu program debat tersebut dijalankan.

Pencacai-pencacainya yang sememangnya tahu akan keupayaan Nong Chik yang tidak punya kemampuan untuk berdebat dengan Nurul Izzah berusaha sedaya upaya untuk menutup malu beliau. Pada sebelah petang sebelum debat tersebut dijangkakan bermula, mereka telah membuat satu laporan Polis terhadap cabaran debat oleh Nurul Izzah itu..

Dakwa mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Oleh kerana cabaran Nurul Izzah itu telah menyebabkan kemaluan menimpa Nong Chik, pencacai-pencacainya tidak berdiam diri.. Mereka cuba memalukan Nurul Izzah pula dengan menggantung kain rentang di bawah ini di sebuah jejantas..~ ASD   -Diangkat dari Blog shalehudin

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bagaimana buah begitulah pohonnya. Buah busuk...

TG N/Aziz-Abby Abady:Teater Untuk Islam!


Tg Nik Aziz berbincang dengan Abby yang bakal melakonkan watak utama teater ini

HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Kerajaan  Negeri Kelantan bakal menerbitkan suatu drama pentas (teater) pengkisahan mengenai kisah sahabat Nabi, Abul ‘Asy bin Rabi’, yang juga menantu kepercayaan Rasulullah s.a.w.

Teater pengkisahan kehidupan keluarga Rasulullah s.a.w adalah cetusan murni idea Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cetusan itu terjelma ketika Tok Guru merancang untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul s.a.w, bulan Rabiulawal yang lalu.

Proses pembikinan teater dimaklumkan sendiri Tok Guru kepada penulis semasa bertemu di Rumah Kelantan tidak lama dahulu. (hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu usaha baik menerangkan Islam melalui teater, yang patut dilaksanakan oleh negeri-negeri lain juga. Al-hamdulillah. Kelantan terus maju bersama Isam. Teater Untuk Islam. Berilah sokongan dengan UNDI PAS.

Malam Seni Untuk Perubahan. Tukar BN!



HALAMAN HIBURAN
KL: 15 artis dan aktivis masyarakat akan bergabung bagi menjayakan 'Malam Seni Untuk Perubahan' yang bakal di adakan di Kelab Sultan Sulaiman 16 Mac ini. Majlis yang bakal bermula jam 9 malam itu akan menggabungkan semua artis yang menyokong perjuangan untuk perubahan di negara ini.

Turut serta adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Niab Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi di samping ulama selebriti, ustaz Azhar Idrus. Pada malam ini, penyanyi Yasin dijangka akan menyampaikan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi' yang menimbulkan kemarahan para penyokong tegar Umno sehingga mengugut untuk membunuh Yasin.

Selain Yasin, akan turut serta adalah Ito, Aishah, Abby Abadi, Hairie Othman, Noryn Aziz, Ringo, Ali XPDC, Nik Jidam, Meor, Black dan juga pasukan dikir barat. Turut ke pentas nanti adalah Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said. Selain acara persembahan, satu majlis khas akan turut diadakan sempena program ini. (Hrkh)

Kami Masuk L/Datu Kerana Janji Najib.Ini Padannya!


SANDAKAN: PAS Sabah memandang serius kenyataan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengenai kedatangan 180 orang tentera Kesultanan Sulu dari Filipina ke Sabah pada 9 Februari lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasarkan kenyataan Nur Misuari, kedatangan tentera Kesultanan Sulu itu lebih kepada untuk menuntut janji daripada Perdana Menteri untuk diberikan tanah atau penempatan kepada mereka khususnya di Sabah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah (gambar)  berkata, namun di sebalik janji itu telah tercetus tragedi berdarah di Lahad Datu sehingga lapan orang anggota keselamatan negara kita maut pada 1 dan 2 Mac lalu.

"Perdana Menteri perlu jelaskan perkara ini kepada seluruh rakyat Sabah khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana tindakan yang dilakukan itu amat tidak disenangi oleh rakyat sebab amat membahayakan negara,” ujarnya.(Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau itu ceritanya, Malaysia sudah mula mnerima akibat dari lidah bercabang Perdana Menterinya. 'Janji Ditepati', hanya slogan kosong, menipu rakyat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Nik Aziz Ulas 'Menceroboh' Di Kalangan Pemimipin.

Nik Abdul Aziz meminum air yang sudah dirawat selepas merasmikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut semalam.

KL: PEMIMPIN negara juga ‘menceroboh’ undang-undang apabila menggunakan ISA untuk menahan rakyat. Kata Menteri Besar Kelantaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
 

“Saya selalu sebut, pencerobohan ini bukan menceroboh dengan peluru sahaja, menahan rakyat di bawah ISA juga satu pencerobohan.
“Rakyat yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysia, mereka juga hamba ALLAH SWT dan begitu juga dengan menteri terlibat, mereka bertanggung jawab kepada ALLAH SWT kerana menghukum orang dengan tidak dibicarakan,” katanya.


Beliau juga meminta seluruh rakyat mendoakan keselamatan negara berikutan insiden pencerobohan Lahad Datu yang meragut nyawa anggota keselamatan.
“Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita selamat, kejadian itu merupakan ujian kepada umat Islam yang menolak Islam dan berasa dialah tuhan.
“Kejadian seperti itu bukan sahaja menjadi masalah besar kepada pemimpin malah kepada rakyat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut di sini, semalam.

Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara. Nik Aziz bagaimanapun, mahu rakyat berfikir dan tidak terlalu mudah menuduh mana-mana individu menjadi dalang pencerobohan tersebut. 


Loji Rawatan Air Wakaf Bunut yang dirasmikan itu menggunakan teknologi penapisan ‘ultrafiltration’ dengan teknologi membran daripada Jerman dijangka membekalkan 14 juga liter air terawat sehari. (IH/SH)

Hari Ini, Polis S/Negara, Terima Jambangan Bunga..


 
KL: Hari ini jam 11 pagi, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di seluruh negara secara serentak akan menerima jambangan bunga hadiah dari Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi berkata semalam, hadiah jambangan bunga tersebut adalah sebagai penghargaan kepada jasa PDRM menjaga keselamatan wanita dan negara.

"Ia juga sebagai manifestasi harapan wanita kepada PDRM agar menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam tanpa campur tangan pihak berkepentingan," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Tambah Aiman, ia juga sebagai tanda sokongan DMPP kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban.

"Ini juga asebagai solidariti muslimat kepada keluarga wira negara khususnya mereka yang terkorban sewaktu mempertahankan negara," katanya.

Acara tersebut akan diadakan secara serentak jam 11 pagi di seluruh negara bertempat di Balai Polis Kontinjen Negeri dan daerah masing-masing. "Kita menyeru muslimat khususnya dari Lajnah Penerangan dan Dakwah di setiap negeri untuk menyampaikan jambangan bunga kepada ketua polis negeri dan daerah masing-masing," katanya.

My Photo
Sementara itu, editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim juga turut berkesenpatan menghadiahkan sekalong ucapan tahniah kepada PDRM, agar terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam, tanpa campur tangan pihak berkepentingan.

"Walaupun dalam beberapa hal, saya tidak sependapat dengan pemerintah kerajaan Barisan Nasional, namun jasa baik dari PDRM tetap saya hargai dan disanjung tinggi. Lebih-lebih lagi  kepada pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang telah terkorban. Takziah kepada kaum keluarga mereka!"

Al-hamdulillah kita semua akan selamat dunia akhirat, insya Allah!  (IH)

L/Datu:Guna Jet Tempur,Tidak Profesional -Prof Harry Roque

pix_topright
KL,7 Mac 13: Beberapa pemerhati undang-undang antarabangsa menilai tindakan Malaysia yang menggunakan pesawat jet tempur ketika menghadapi pasukan Kesultanan Sulu sebagai tindakan yang berlebihan. Bahkan, hal itu dapat dianggap pelanggaran terhadap hak asasi manusia.

Demikian kenyataan seorang profesor perundangan dari University Filipina, Harry Roque, dalam sebuah wawancara dengan stasyen tv Aljazeera yang disiarkan Rabu, kelmarin.

"Tindakan mereka itu adalah pelanggaran terhadap Hak Asasi Manusia, kerana menurut saya, itu sama sekali tidak profesional dan tidak diperlukan," ungkap Roque seperti dikutip dari laman Aljazeera, 6 Mac 2013.  


Akibat pengerahan pesawat jet tempur tersebut, Malaysia perlu mematuhi peraturan kemanusiaan antarabangsa yang mewajibkan tentera mereka hanya menyerang tentera Kesultanan Sulu, bukan menyerang orang awam.

Hingga hari ini, pasukan keamanan Malaysia terus melakukan operasi tentera dengan mengerahkan pesawat jet tempur menangkap tentera Kesultanan Sulu. The Star Online melaporkan beberapa pesawat tempur kelihatan di udara di daerah Felda Sahabat pagi tadi.  

Pesawat jet tempur itu diduga menuju daerah Kampung Tanduao dan Kampung Tanjung Batu yang dijadikan lokasi persembunyian tentera Kesultanan Sulu. Hingga kini, dilaporkan sebanyak 40 tentera, termasuk lapan polis Malaysia, terkorban.
Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu
Sementara itu di Lahat Datu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjawab cadangan Jamalul Kiram III yang meminta gencatan senjata, memberi amaran, "Letak senjata tanpa syarat dan menyerah diri”

Itu tegas Perdana Menteri. (IH)

Antara komen-komen di bawah..
Anonymous said...
 kesian sungguh aku kat kotak pikir cara umno ni.
yahudi & amerika memang zalim, tapi sama-sama dia baik.
tapi umno M'sia, sama-sama melayu islam keras contohnya memali.
tapi dg yahudi s'pura sanggup sedekah tanah k.api & pulau batu putih. Biar mata putih, bagi air lagi, walau johor pun tak cukup air.
March 7, 2013 at 7:20 PM

Anonymous said... 
Ni berlaku kerana umno masukkan pengundi hantu dari pilip. Nak rampas sabah dari Pairn dulu . bila hantu banyak, tak bagi makan lagi dia makan tuan le. bila umno sudah no-um,baru tok ketua dia mengamuk.. maka, jadi macam ni la sabah..
March 7, 2013 at 7:36 PM

Thursday, March 07, 2013

S/Sulu Mohon Gencatan Senjata, PAS Solat Hajat.


'Sultan Sulu' mohon gencatan senjata



KL: Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.

Laporan media Filipina, InterAksyon menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian. Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.

Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu. Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.


PAS pula telah mengarahkan seluruh ahlinya untuk mengadakan solat hajat di seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat 8 Mac ini berhubung operasi menangani pencerobohan di Sabah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar sebelah) berkata, solat hajat itu bagi memohon kepada Allah agar isu keselamatan yang melanda negara kita ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Perkembangan terkini isu pencerobohan kedaulatan negara di Sabah hingga kini belum menampakkan tanda-tanda ianya akan reda dalam waktu terdekat.

"PAS merasakan bahawa tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dalam negara kita ini adalah tanggungjawab semua pihak, tanpa mengira samada dari pihak kerajaan, semua parti politik dan rakyat seluruhnya,' katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. (IH)


Lihat keseluruhan..

E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

Dirogol 3 Polis M'sia & Ahli Politik. Bayang Hudud.



25 Februari 2013 Wanita Indonesia dakwa dirogol polis lakukan hubungan seks dengan teman lelaki
BUTTERWORTH - Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 November tahun lepas.

Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21.

Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama.

Semasa prosiding itu pihak pendakwaan turut menunjukkan empat daripada 19 barang kes kepada mangsa untuk dikenal pasti iaitu dua helai blaus panjang berwarna hitam dan putih, sehelai seluar dalam berwarna biru dan sehelai baju dalam berwarna merah jambu yang diakui mangsa adalah miliknya.

Mangsa merupakan saksi pertama pendakwaan turut memberitahu mahkamah kronologi kes bermula daripada penahanannya oleh dua anggota polis sehingga proses kawad cam dilakukan untuk mengenal pasti suspek.

Bagaimanapun keterangan yang dibuat mangsa mengenai kejadian rogol itu dilakukan secara tertutup di hadapan hakim dan wakil Kedutaan Indonesia.

Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N Rayer.

Perbicaraan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bersambung esok. - Bernama 


Tambahan: 


[Video] Rakaman Ahli Politik Bolivia Rogol Wanita Tersebar 

Kamera CCTV berjaya merakamkan aksi seorang Ahli Parlimen Bolivia merogol seorang wanita di dalam Bilik Persidangan, Parlimen pada 20 Disember 2012. Semua orang yang mengetahui kejadian itu dikatakan cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Namun, klip yang memaparkan aksi jenayah itu terbocor di internet baru-baru ini. Sebagai akibatnya, Domingo Alcibia Rivera bersama-sama dengan orang yang cuba menyembunyikan kejadian itu telah dipecat. Walau bagaimanapun, pendakwa raya juga sedang memburu  laman web yang menyiarkan video tersebut. 

Menurut blog Jezebel, mangsa yang tidak sedarkan diri akibat mabuk dalam satu majlis di bangunan itu dibawa ke bilik tersebut oleh beberapa orang yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Mereka meletakkan mangsa di sebuah kerusi.

Tidak lama selepas itu, Rivera masuk ke bilik itu, manakala yang lain meninggalkan bilik tersebut. Selepas lampu dipadamkan, Rivera,  ahli parti pemerintah Movement for Sosialism itu membaringkan wanita itu di lantai lalu mengadakan hubungan seks dengannya. Ketika sedang asyik merogol mangsa, lampu tiba-tiba terbuka, menyebabkan Rivera menghentikan perbuatannya dan dilihat berbual dengan seorang lelaki yang masuk ke bilik itu.

Apabila lampu dipadamkan semula, Rivera membetulkan seluarnya dan mengangkat mangsa lalu meletakkannya di atas kerusi. Dia duduk di sebelah mangsa dan memegangnya kira-kira lima minit sehingga lampu dihidupkan semula. Beberapa orang dilihat memasuki bilik itu dan  Rivera meninggalkan bilik tersebut. 

Identiti mangsa rogol itu dirahsiakan oleh pihak berkuasa dan dikhabarkan wanita itu telah dipindahkan ke bahagian lain. Menurut La Razon, Ketua Peguam Bolivia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan laman web yang menyiarkan video dan jenayah tersebut. - DCM/Jezebel/Agencies

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi orang Islam, wajib percaya hanya penyelesaian abadi melalui Islam, baik di dunia hingga akhirat. Maka, perlaksanaan perundangan Islam dan 'Hudud' adalah terbaik untuk manusia se dunia. Ada ke, orang mengaku Islam yang tak percaya?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Lahad Datu: Lawak.. Siapa Curi Lauk?

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan Misuari (kanan) bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LIHAT berita ini...

Amaran Misuari kepada Malaysia
MANILA: Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam.

Misuari turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.

"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.
"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,' tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

"Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.
"Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya," katanya kepada pemberita semasa menemui sultan pengganas itu di rumahnya di sini.

Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu mengarahkan pengikut-pengikutnya yang diketuai adiknya menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu kerana mendakwa ia merupakan tanah warisan Kesultanan Sulu. Misuari berkata, sebagai pemimpin MNLF, dia mampu untuk menggerakkan seramai 4,000 orang untuk memburu anggota-anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang pernah menjadikan warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Namun, beliau tidak menafikan sebahagian pengikut Jamalul Kiram merupakan anggota MNLF.
"Mereka (anggota-anggota MNLF) pergi ke sana (Sabah) tanpa pengetahuan saya.
"Saya tidak mengarahkan sesiapa untuk menyertai mereka," katanya.

Misuari pernah ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 kerana dituduh mengetuai pemberontakan yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan Filipina. Bagaimanapun, sebuah mahkamah telah membebaskan Misuari kerana tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa beliau menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.

Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III sebelum ini berkata, krisis yang berlaku jelas menunjukkan ada konspirasi sehingga menyebabkan Jamalul Kiram dan para pengikutnya membuat tuntutan ke atas Sabah. Aquino menyatakan Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kuranya 100,000 peso (RM7,615) bagi menyewa sebuah bot besar untuk menghantar para pengikutnya ke Lahad Datu.

Menurutnya, keluarga Kiram III menggunakan dua buah bot besar dan sebuah bot laju ke Sabah. Aquino menjelaskan, Jamalul Kiram sendiri tidak mungkin mampu untuk membiayai operasi itu kerana beliau menerima bantuan kebajikan daripada pemerintah bagi menjalani rawatan dialisis. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, mengapa gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di parlimen Malaysia yang tidak bertarikh dimasukkan bersama-sama, walaupun ceritanya tidak ada kena dengan Nur Misuari dengan kes Lahad Datu kini ? Apa tujuannya?

Hah ha..Inilah jawapannya..
 

Segala yang buruk tuduhnya, adalah dari Anwar Ibrahim. Merekakah penabur fitnah? (IH)

Artis Belasah Suami Hingga Mati. Ini Jalan Selesai.

Di kondo inilah si suami di temui mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat.

KEMASKINI
Penyanyi direman kes kematian suami di kondominium

6 Mac 2013
SEORANG penyanyi wanita tahun 1990-an hari ini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kematian suaminya di sebuah kondominium di Ampang Utama dekat Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, turut direman dua lagi suspek, seorang lelaki dan wanita berusia sekitar 19 tahun.
Mangsa berusia 39 tahun itu dilaporkan meninggal dunia berikutan pertengkaran dan pergelutan dalam insiden bermula kira-kira 5 petang. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

DIA penyanyi irama Latin tahun 90an dan pernah menang di Anugerah Industri Muzik. Berusia 39 tahun, tidak aktif menyanyi lagi. Dikatakan namanya, N**** Ramli, namun belum dipastikan. Tak boleh nak dedah sangat identit, sebab tak sure lagi betul-betul, samada dia di sabitkan kesalahan atau tidak. Dia baru di reman untuk siasatan, belum di dakwa pun.

Suaminya, bernama Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39 ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat jam 5 petang semalam, 5 Mac 2013. Harian Metro melaporkan, mangsa ke rumah isterinya kerana ingin bertemu anak yang berusia setahun. Pertengkaran dan pergelutan telah berlaku sehingga mangsa pengsan kerana serangan jantung seperti dijelaskan pihak polis. 

Ketika itulah si isteri yang dibantu dua anak saudara mengikat mangsa. Ia adalah kerana tidak mahu membiarkan mangsa bertemu anak perempuan mereka. Mereka suami isteri telah tinggal berasingan sejak setahun lalu dan kini dalam proses perceraian. Suspek bersama dua anak saudaranya kini ditahan polis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekurang-kuangnya secara ringkas dan kasar, 2 kesalahan isteri.  

Pertama derhaka kepada suami, melibatkan diharamkan masuk syurga.
Kedua, kerana dosa besar membunuh, kalau jelas perbuatan itu.

Derhaka kepada suami adalah anak tangga ke arah melakukan penderhakaan-penderhakaan lain yang lebih besar, walaupun nampaknya macam remeh. Kesalahan derhaka kepada suami lumrah berlaku berbanding kes bunuh suami,  
Bunuh suami tidak akan berlaku kalau derhaka kepada suami tidak berlaku lebih dulu. Sebagai suatu jalan selesai, maka di sini dipersembahkan tips panduan isteri dan juga suami...

Awas,10 Perkara Isteri derhaka kepada suami.


1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh.”
2. Membantah suruhan atau perintah suami.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia”.
3. Bermasam muka terhadap suami.
  • Sabda Rasullulah s.a.w. “Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya”.

4. Jahat lidah/mulut pada suami.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya”.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. “Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya.”
5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

7. Menghina pengorbanan suami.
  • Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya.
  • Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
10. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami.
  • Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.
Wallahu'aklam... (IH)

Wednesday, March 06, 2013

L/Datu: Imam Maas & 4 Putera Di Bunuh. Memali2?


Pembunuhan di Memali 1985

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

TERSAYAT hatiku, bila membaca berita, pasukan keselamatan Malaysia membunuh seorang imam atau pemimpin agama Islam di wilayah Semporna, Sabah. Beliau dibunuh bersama empat orang puteranya. 

Imam ini dituduh membantu golongan pelarian beberapa orang keponakan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, atau dalam Islam disebut golongan muhajirin atau perghijrah, yang patut ditolong oleh puak-puak Ansar atau penolong terdiri dari rakyat tempatan.

Diberitakan situs ABS-CBN News, peristiwa ini terjadi Sabtu minggu lalu saat pasukan Malaysia tengah menggeledah lokasi, mencari anggota keluarga Kesultanan Sulu. Menurut jurucakap Kesultanan Sulu, 
  • Abraham Idjirani, yang tengah diburu adalah Datu Alianapia Kiram, adik Sultan, 
  • dan Datu Amer Bahar Kiram, keponakan Sultan.
Kedua Datu ini telah tinggal bertahun-tahun di Semporna, Sabah, dan tidak terlibat dengan pendudukan Lahad Datu yang dipimpin Raja Agbimuddin Kiram. 

Menurut Idjirani, masa itu pasukan Malaysia sedang menggeledah rumah orang-orang awam dan sampai ke kediaman Imam Maas. Kepada pihak polis atau tentera, kata Idjirani, imam ini mengaku telah melayani datu-datu tersebut. Maka Imam Maas dan empat puteranya dilenyapkan.

"Penjahat dalam konflik ini adalah pemerintah Malaysia. Bukan Kesultanan Sulu yang meningkatkan koflik, tapi pemerintah Malaysia. Jika polis Malaysia mempunyai toleransi, belas kasihan, maka mereka tidak akan melakukan tindakan ini," kata Idjirani.

Seorang imam lain juga dilaporkan luka-luka. Dalam berita lainnya oleh Malaya Business Insight, imam kedua itu tidak luka, tetapi terkorban. Namun, dakwaan Idjirani ini tidak dapat dibuktikan, kerana, tidak ada laporan dari pemerintah Malaysia mengenai hal ini. Situs-situs berita di Malaysia juga tidak memberitakannya.

Idjirani juga mengatakan,rakyat Filipina di Semporna bukanlah ahli pasukan kesultanan pimpinan Agbimuddin, yang sepatutnya mereka tidak boleh diapa-apakan. Katanya juga, kini, banyak orang Sulu yang berangkat dari Basilan, Sulu, Tawi-tawi dan Semenanjung Samboanga telah masuk ke Malaysia. 

Mereka, jelasnya telah berada di Sabah dan ikut menyaksikan pemakaman pengikut-pengikut Agbimuddin. Pejabat berita di Mindanao, Minda News, melaporkan mangsa korban mencapai 27 orang. 
  • Sebanyak 14 di antaranya adalah orang Sulu, 
  • 7 tentera Malaysia, 
  • seorang pemilik rumah tempat Agbimuddin tinggal di desa Tanduo, 
  • dan Imam Maas 
  • dan 4 putera Imam Maas.

Tertempah Memali 2 di Lahat Datu?

Begitu berita yang ku baca, antaranya di Vivanews Indonesia sedangkan media massa Malaysia, hari-hari menyebut mereka sebagai pengganas atau penceroboh. Hal ini membuat seolah-olah bukan lagi,luka lama berdarah kembali, bahkan ditancap atau diciptakan luka baru di atas luka lama.
 
Ustaz Ibrahim Libya.
  
Itulah luka ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. 

Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan. Beberapa anggota Polis Hutan Kerajaan Malaysia mati.(Lihat pengalaman Ibnu Hasyim dalam Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memal...)  

Hampir sama dengan peristiwa Lahat Datu ini.. Sama-sama ustaz yang diserang dan dibunuh! Sama-sama dituduh pengganas yang disaluti fitnah. Dilakukan oleh kerajaan sama, yang mengulangi kesilapan sama. Apa bolehkah dipanggil 'Tragedi Memali 2?
Sekian, Wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     

06 Mac 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012