Menggatal ? Siapa???????????
▼
Saturday, March 16, 2013
Wanita Menari Adalah Kegiatan Jahat Kpd. Mereka.
SEBUAH desa di Haryana, utara India, melarang kaum
perempuan mengikuti kompetisi tarian dengan alasan kegiatan itu merupakan
kejahatan terhadap perempuan.
Situs asiaone.com melaporkan, Sabtu (16/3), Bahagian pengadilan desa itu memperingatkan sekolah-sekolah yang mengadakan program latihan menari bagi kaum perempuan.Bahkan pengadilan desa itu telah mengirimkan surat kepada pemerintah dan dua sekolah untuk tidak mengadakan program latihan menari bagi kaum hawa.
Ketua pengadilan desa Ram mengatakan para penduduk desa marah kerana ramai pemuda minum alkohol di sekolah-sekolah tempat siswa perempuan berlatih menari.
"Tarian perempuan itu dapat mempengaruhi fikiran pemuda berbuat jahat kepada mereka seperti pencabulan dan pemerkosaan," kata salah satu anggota dewan pengadilan desa itu.
Banyak kes pemerkosaan yang terjadi di India kini menjadi perhatian masyarakat. Pada Desember tahun lalu pemerkosaan terhadap mahasiswi 23 tahun di dalam sebuah bus di Ibu Kota New Delhi berujung dengan kematian yang menimbulkan kemarahan dan tunjuk perasaan besar-besaran seluruh India.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa tidaknya, menari di depan umum adalah membuka selera ghairah nafsu kepada lelaki, kerana itu ia hendaklah dikawal. Itulah ajaran Islam, begitu juga menutup aurat.(IH)
Situs asiaone.com melaporkan, Sabtu (16/3), Bahagian pengadilan desa itu memperingatkan sekolah-sekolah yang mengadakan program latihan menari bagi kaum perempuan.Bahkan pengadilan desa itu telah mengirimkan surat kepada pemerintah dan dua sekolah untuk tidak mengadakan program latihan menari bagi kaum hawa.
Ketua pengadilan desa Ram mengatakan para penduduk desa marah kerana ramai pemuda minum alkohol di sekolah-sekolah tempat siswa perempuan berlatih menari.
"Tarian perempuan itu dapat mempengaruhi fikiran pemuda berbuat jahat kepada mereka seperti pencabulan dan pemerkosaan," kata salah satu anggota dewan pengadilan desa itu.
Banyak kes pemerkosaan yang terjadi di India kini menjadi perhatian masyarakat. Pada Desember tahun lalu pemerkosaan terhadap mahasiswi 23 tahun di dalam sebuah bus di Ibu Kota New Delhi berujung dengan kematian yang menimbulkan kemarahan dan tunjuk perasaan besar-besaran seluruh India.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa tidaknya, menari di depan umum adalah membuka selera ghairah nafsu kepada lelaki, kerana itu ia hendaklah dikawal. Itulah ajaran Islam, begitu juga menutup aurat.(IH)
Filem Argo: Perang Propaganda Teheran Hollywood
SEBELUM ini Iran berkata akan menghasilkan filem sendiri sebagai tindak balas terhadap Argo. Kini, Teheran pula merancang untuk menyaman pembikin filem Hollywood yang terlibat dalam menghasilkan filem propaganda anti-Iran tersebut.
Menurut laporan media, pegawai rasmi Iran telah berbincang dengan peguam Perancis yang terkenal tentang memfailkan saman seumpama itu.
“Saya akan mempertahankan Iran melawan filem seperti Argo, yang dihasilkan di Hollywood untuk merosakkan imej negara,” kata Isabelle Coutant-Peyre.
Argo hasil arahan Ben Affleck, di mana beliau turut berlakon dalam filem tersebut. Filem yang didakwa daripada kisah sebenar itu mengisahkan tentang usaha menyelamat pegawai diplomat Amerika semasa krisis di Iran. Berdasarkan laporan agensi rasmi Iran, Mehr News, Iran merancang untuk membiayai filem bertajuk The General Staff yang mengisahkan tentang 20 tebusan Amerika Syarikat yang diserahkan kepada Amerika oleh pihak Iran.
“Filem Amerika ini menjelaskan warga Iran sebagai tidak rasional, terlalu beremosi, gila dan kejam. Pada masa sama, ejen CIA digambarkan pemberani yang penuh patriotik,” katanya. (SH)
Operasi Daulah Gagal Kesan Agbimuddin Kiram..
KOTA KINABALU: Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan yang dikatakan 'pengganas Sulu' di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun gagal menahan dan mengesn ketua kumpulan itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.
Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.
Sementara itu Bernama melaporkan..
"Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.
"Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu."
Menurut Bernama lagi, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna. Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Sehingga petang semalam, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat. Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. (IH)
Isu Air: Pahang, Periuk Kata Belanga Hitam.. Malu!
KL: Sungguh malu! Periuk kata belanga hitam, bila di negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini, sedangkan mulut beliau celupar mengecam masalah air di negeri-negeri lain yang juga di bawah pentadbiran kerajaaan Malaysia pimpinannya.
Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.
Oleh kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini. “Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan beliau berhubung masalah tersebut.
Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri Pahang, Andansura, telah melahirkan kekecewaan terhadap kegagalan pengurusan air di negeri itu pada bulan Ogos tahun lalu.
Ianya berlaku akibat kekerapan gangguan bekalan air setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal. Sebanyak 80 NGO dari seluruh negara yang berpayung di bawah Solidariti Hijau menyerahkan pula memorandum kepada Menteri Besar Pahang pada bulan Disember tahun lalu.
Memorandum itu menuntut satu reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (P.A.I.P) walaupun telah diswastakan beberapa tahun yang lalu. Beberapa siri gangguan bekalan air di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun telah pun disenaraikan di dalam memorandum itu.
Semalam, lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan.
Mereka menuntut P.A.I.P mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P.
Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air itu mempunyai kaitan dengan kilang Lynas.
Khemah Terbang, Najib Terkejut Beruk. Jom Tengok!
ACARA yang berlangsung di Kelantan..
Tiba-tiba.. Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu, lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan.
Kisah ribut yang meghentam program Najib di Kelantan Serambi Mekah itu tentu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai UMNO.
Lihat video ini..
Dengan jelas video ini memaparkan khemah yang disediakan beterbangan umpama dilanda puting beliung sebaik sahaja Najib terus menabur fitnah dan adu domba kononnnya Pakatan Rakyat hanya tahu berjanji tapi tidak pernah ditepati.
Lihat gambar di bawah ini.
Sejurus setelah Najib selesai menghabiskan ucapan, disusuli
dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin
yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah
besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai
beberapa buah yang lain.
Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut beruk..
Lihat sebelum ini..
(IH)
PRU13: PAS Tanding Lebih 1/3 K/Parlimen- A/Hadi
Tuan Guru Abdul Hadi bersama Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.
KUALA TERENGGANU: PAS sedia bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.
Ini bermakna, kata beliau, PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga jumlah kerusi yang diperuntukkan sebanyak 222 di seluruh negara.
“Kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi dan dari jumlah itu, saya hendak beritahu insya Allah, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen.
“Insya Allah, mungkin akan ada lagi jika rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU13 di pekarangan Pasar Chabang Tiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini malam tadi. Hadir sama pada tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengarah MTD Bandar, Ahmad Shah Mohammad serta tetamu khas, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari. (Hrkh)
Friday, March 15, 2013
Teknik Baru Perogol, Titiskan Sikit Dlm Minuman..
MENURUT laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.
Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
Sumber: Kopitarikkaw2
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana jalan penyelesainnya? Ikut cara hidup Islam sepenuhnya, termasuk larangan pergaualan bebas.
Petang Ini, Najib Rasmi Projek Perumahan Haram?
KOTA BHARU: Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Ini kerana, sebarang permohonan pembinaan projek perumahan di kampung berkenaan langsung tidak dimaklumkan apa lagi secara bertulis kepada kerajaan negeri. Dengan kata lain, ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BR.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah. Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.
Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.
"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat kampung itu selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Mukim Raja Udang malam tadi. Turut hadir pada majlis itu Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim. Beliau difahamkan sebanyak 1,000 borang akan diberikan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan rumah tersebut.
Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana. Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.
"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.
Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki. Katanya lagi, jika demikian ia akan berlakumasaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan. Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.
"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.
"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.
Menurutnya, Syarikat Perumahan Negara tidak pernah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina Rumah Awam Kos Rendah sejak tahun 1990. Tetapi, tambahnya sekarang tiba-tiba mereka datang untuk membina rumah di negeri ini. Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.
Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)
Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi. Ismail turut menyatakan kekesalannya di atas perkara itu. (hrkh)
Kenyataan Musa Hitam, Komen N/Aziz & Rafizi
Antaranya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Ekoran kenyataan Musa itu, Tuan Guru Nik Aziz teringat inilah juga tohmahan jahat yang dibuat oleh Umno ketika PAS mula-mula menang di Kelantan pada tahun 1990 lalu.
"Saya membaca kenyataan Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah sebagaimana tuduhan pihak-pihak tertentu.
"Suka untuk saya ingatkan, inilah juga tuduhan yang dilontarkan kepada Kelantan apabila Umno tewas pada tahun 1990, ada yang mendakwa bahawa Kelantan akan bangkrap dalam masa tiga bulan.
"Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Kelantan tidak bangkrap bahkan membangun sebagaimana negeri-negeri yang lain," tulis beliau dalam facebooknya.
Bagi Mursyidul Am PAS itu, itulah juga yang akan berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya, "negara tidak akan bangkrap Insya-Allah.....". Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian. Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.
"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari.
"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, kelmarin.
Menurut Rafizi, manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PR boleh diguna pakai dan tidak menunjukkan akan berdepan masalah negara boleh bankrap atau muflis jika ia dinilai secara objektif dan jujur. Malah kata beliau, jika manifesto PR diteliti sepertimana yang dinilai oleh Musa, yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, ia tidak menunjukkan negara akan muflis.(IH)
M'sia Lakukan Jenayah Kemanusiaan -Harry Roque
MANILA - Pasukan keselamatan Malaysia di Sabah yang memburu pengikut
Sultan Sulu boleh dihadapkan tuduhan melakukan jenayah terhadap
kemanusiaan diatas laporan perbuatan pencabulan hak asasi manusia, pakar
undang-undang antarabangsa Harry Roque berkata Khamis..
Roque
yang mengetuai Pusat Undang-Undang Antarabangsa berkata, malah Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadapi tuduhan
sekiranya terbukti bahawa pemimpin Malaysia itu menyedari penyalahgunaan
sedang dilakukan terhadap Suluk atau penduduk Filipina Sabah, tetapi
tidak berbuat apa-apa untuk mencegah kekejaman.
"Ia mungkin tidak hari ini, ia tidak mungkin di Malaysia, tetapi pasti
di masa hadapan dan di mana-mana tempat dalam dunia ini, dia akan
ditanggungjawabkan bagi jenayah-jenayah ini. Ini adalah pelajaran yang
telah dipelajari oleh Saddam Hussein, Slobodan Milosevic, Charles Taylor
dan Tomoyuki Yamashita, "kata Roque.
"Najib harus menghentikan jenayah ini jika tidak dia akan ikut
tersenarai dalam senarai yang terkenal kerana kejahatannya," katanya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib telah menafikan dakwaan
penderaan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Roque berkata Malaysia harus berfikir dua kali sebelum meneruskan untuk
melakukan perbuatan jenayah di bawah undang-undang antarabangsa,
menambah bahawa sementara kekal sebagai persoalan sama ada kebuntuan
sekarang ini (stand-off) ditadbir oleh undang-undang kemanusiaan
antarabangsa, 200 lebih pejuang Tentera Diraja Sulu bukan ejen negeri.
Menurut Roque, undang-undang antarabangsa menghukum tindakan sistematik atau serangan yang meluas terhadap orang awam.
"Ini dikenali sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Tidak seperti
jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan tidak memerlukan pertalian
dengan konflik bersenjata. Ia cukup bahawa perbuatan tidak
berperikemanusiaan, sama ada deportasi, penangkapan, atau rawatan yang
tidak berperikemanusiaan, menjadi meluas atau sistematik, "kata Roque.
Roque berkata bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, jenayah
terhadap kemanusiaan juga boleh dilakukan, selain daripada pembunuhan,
melalui pemindahan penghapusan, perhambaan, deportasi atau secara paksa
penduduk, penjara, penderaan, rogol, dan penganiayaan terhadap kumpulan
yang dikenal pasti kepada warga seperti Filipina di Sabah yang sengaja
menyebabkan penderitaan yang besar atau badan yang serius atau
kecederaan mental.
"Ia semakin jelas bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempedulikan hal
kewajipan mereka di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa
untuk melindungi dan menggalakkan hak untuk kehidupan Filipina di
Sabah," kata Roque.
Sumber Malaysia melaporkan bahawa seramai 63 anggota Tentera Diraja Sulu
telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 100 penyokong telah ditangkap.
"Namun , tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa pihak berkuasa Malaysia
juga akan memperlahankan keazaman mereka untuk melumpuhkan pemilik
sejarah Sabah," kata Roque. ~philstar com
Nik Aziz & Sultan Ziarah Keluarga Polis Wira Negara..
KOTA BHARU:Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat di sini, hari ini menasihatkan keluarga arwah Koperal Ahmad Hurairah supaya bersabar dengan ujian ALLAH dengan pemergian anak yang disayangi.
Itulah
kata-kata semangat daripada Nik Aziz kepada keluarga arwah wira negara
yang terkorban di medan perang ketika lawatan beliau di Pasir Mas. Sempena lawatan tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga arwah.
Dalam kunjungan itu juga Nik Aziz turut menyerahkan sumbangan wang bagi mewakili peserta Ladang Rakyat kepada bapa arwah, Ismail Husin, 55 yang juga merupakan peserta yang layak untuk terima sumbangan Ladang Rakyat.Sumber ~ FB
Sultan Kelantan Kelantan Juga Hadir
Sultan Kelantan (Berbaju hitam berkupiah putih) Hadiri Majlis Tahlil Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu
Sultan Kelantan DYMM Sultan Muhammad V berangkat
menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah
Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti ~ Lagi Gambar Dan Sumber FB
Dalam kunjungan itu juga Nik Aziz turut menyerahkan sumbangan wang bagi mewakili peserta Ladang Rakyat kepada bapa arwah, Ismail Husin, 55 yang juga merupakan peserta yang layak untuk terima sumbangan Ladang Rakyat.Sumber ~ FB
Sultan Kelantan Kelantan Juga Hadir
Sultan Kelantan (Berbaju hitam berkupiah putih) Hadiri Majlis Tahlil Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu
Polis Musnah Dokumen Diri Sulu/Sabah -H/Salleh
BEKAS ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh (gambar) mendakwa mendapat
maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan
dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri
itu.
Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat
kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar
menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna
itu. Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.
"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.
“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan
dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama,
undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik
dalam laporan itu.
Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.
“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.
Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina
mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan
keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu menafikan dakwaan seperti itu, yang disiarkan Inquirer Global Nation. Dalam laporan itu, seorang rakyat Filipina mendakwa pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka. (IH/Addin Deen)
Thursday, March 14, 2013
Apa Tak Kenanya Imam Solat Kpd Rosmah?
Lihat gambar ini, wanita yang jadi imam sembahyang, berdiri di depan sekali, yang diimami oleh Rosmah Mansur isteri PM..
Bagaimana cara sepatutnyanya? Tonton video ini, penjelasan Ustaz Azhar Idrus.
Ust Azhar Idrus- Imam Wanita Makmum Wanita Sahaja & Kedudukan Saf
wanita berkumpul beramai-ramai menunaikan solat berjemaah, wanita yang menjadi Imam hendaklah berdiri ditengah2 saf, bukan di hadapan, dan tidak boleh mengimami lelaki walaupun mereka itu mahram mereka. Dia boleh membaca dengan kuat seperti mana Imam lelaki membacanya pada keadaan yang memerlukan, selama-mana tiada lelaki melainkan mahramnya dapat mendengar suaranya.
Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :-
وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح.
"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :
'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal),
iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah"
[Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874]
Jelas menunjukkan bahawa kaifiat Imam perempuan yang mengetuai jemaah wanita telah dijelaskan melalui riwayat2 sahih yang sumbernya dari A'isyah ra. dan Umm Salamah ra. Berikut kami paparkan beberapa riwayat2 tersebut:
1. Dari Raa'ith al-Hanafiah :
2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا وكيع ثنا سفيان عن ميسرة أبي حازم عن رائطة الحنفية : ( أن عائشة أمت نسوة في المكتوبة ، فأمتهن بينهن وسطاً .)."Bahawa A'isyah ra mengetuai kaim wanita didalam solat fardu, kemudian mengimami mereka dibahagian tengah diantara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah]
3. Dari Rithah al-Hanafiah :عبد الرزاق عن الثوري عن عمار الدهني عن حجيرة بنت حصين قالت : : (أمتنا أم سلمة في صلاة العصر قامت بيننا.)."Umm Salamah mengimami kami didalam Solat Asar berdiri diantara kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
Syiekh Nasyirudin al-Albani didalam Kitab Sifat Solat Nabi saw ada memberi komentar mengenai hadith2 yang menjelaskan kedudukan Imam dari kalangan wanita berkata :-عبد الرزاق عن الثوري عن ميسرة بن جبيب النهدي عن ريطة الحنفية : (أن عائشة أمتهن وقامت بينهن في صلاة مكتوبة.)."Sesungguhnya A'isyah mengimami mereka dan berdiri diantara mereka didalam Solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
وبالجملة فهذه الآثار صالحة للعمل بها ولاسيما وهي مؤيدة بعموم قوله صلى الله عليه وسلم : " إنما النساء شقائق الرجال " ... .
"sebagai kesimpulan, athar2 (laporan2) ini adalah benar dan hendaklah beramal dengannya, khususnya mengesahkan makna umum sabda Nabi saw :'Kaum wanita adalah kembar separuh kaum lelaki....." [ms 153-155].Wallahu A'lam, wassalam
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
Ganjaran Khas, Wujudkan Taman Perwira -Husam
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, (gambar) berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.
“Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.
“Tetapi setakat yang saya dengar dari rakan-rakan tentera allahyarham Farhan tu dia berpangkat prebet dan baru dinaikkan pangkat kepada koperal selepas kematiannya,”ujarnya selepas menziarahi Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.
Farhan meninggal ketika bertugas di Lahad Datu. Menurutnya kenaikan pangkat itu begitu rendah serta tidak memadai jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah diberikan. Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.
“Saya juga berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memberikan penghargaan yang lebih besar untuk menghargai jasa mereka.
“Kalau setakat prebet dinaikkan pangkat koperal, sedangkan mereka terkorban, saya rasa apa yang mereka dapat itu masih kecil,”ujarnya.
Jadi, tambah Husam lagi, dalam keadaan hari ini begitu sesuai diberikan ganjaran yang munasabah dengan pengorbanan yang diberikan. Jelasnya lagi, berapa ringgit sangat daripada prebet kepada kopral, sedangkan satu nyawa telah terkorban dalam mempertahankan negara.
Katanya, berdasarkan dari situ perlunya ada penghargaan yang lebih besar pada mereka untuk menjadi kenangan sepanjang hayat pada keluarga khususnya dari kerajaan Malaysia.(Hrkh)
Kahadiran MB K'tan Ditiadakan, RTM Khianat..
Kota Bharu: Beribu-ribu
orang dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail turut menerima atau menyambut ketibaan jenazah allahyarham
Kpl. Ahmad Hurairah Ismail dan allahyarham Kpl. Ahmad Farhan Roslan, dua
orang anak Kelantan yang dilaporkan mati syahid.
Dalam
laporannya, RTM menyebut antara pembesar yang berada di lapangan terbang
ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha
Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek, kedua-dua dari
Kelantan, sedangkan kahadiran MB Kelantan kehadiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang lebih awal ditiadakan.
Maka jelas RTM bukan lidah dan suara rakyat tetapi hanya barua, kuda tunggangan BN, atau lidah syaitan. Lihat gambar-gambar kehadiran Tok Guru di atas!
Husam ketika memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh.
Sementara itu, kerajaan Malaysia disaran mengadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu keamanan di Lahad Datu, Sabah yang kini masih belum berakhir. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sidang khas itu dapat memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berbahas serta mendapat maklumat lanjut melalui forum Parlimen itu.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang khas di Kota Darulnaim petang tadi sebagai mengulas dua anggota tentera yang berasal dari Kelantan maut ketika sedang bertugas pagi semalam. Dengan cara itu, katanya operasi sebenar dapat dijalankan sehingga mampu membantu menamatkan operasi dengan cepat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
(IH)
40-Nasyid & Bacaan Quran Bangsa Moro Mujahidin
BANGSAMORO, mujaheedin (created&edited by: arhat ijnasa)
Inikah Tanda K'jaan BN Akan Berubah? -Gambar.
TERBAIK!!!!!..PETUGAS KAPAL DAGANG MALAYSIA DENGAN MEGAH MENGIBARKAN PANJI PAS!!!!!!
Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian. Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas. Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat.
PRU13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INSYA ALLAH.
http://omakkau.blogspot.com
Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian. Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas. Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat.
PRU13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INSYA ALLAH.
http://omakkau.blogspot.com
Wednesday, March 13, 2013
K'jaan Lakukan Silap Awal... -B/Tim Panglima TDM
Penal dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina
KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.
Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid (gambar bawah) berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.
Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.
"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.
"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal.
"Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera.
"Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya.
Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan.
"Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf.
"Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya.
Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa.
"Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya.
Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar. (Hrkh)
Kononnya Azzimmudie Kiram Masih Bersembunyi..
Kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan
perkampungan bagi memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari
Ops Daulat dilancarkan di Lahad Datu pada Rabu.
-Foto BERNAMA
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.
Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah. Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasimanakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.
Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.
Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti. "Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka. "Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.
Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, Selasa
Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. -BERNAMA
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.
Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah. Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasimanakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.
Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.
Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti. "Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka. "Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.
Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, Selasa
Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. -BERNAMA