KOTA BHARU:
Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan kesal dengan tindakan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan mematuhi keputusan
Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) agar kerajaan sementara
dipantau.
Ketuanya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) dalam kenyataannya berkata, sikap SPR itu dikesali.
"Kami amat rasa terkilan dengan sikap badan pengendali pilihan raya di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana dilaporkan melalui HarakahDaily dengan tajuk “SPR ketepi syor PSC pantau kerajaan sementara”.
Katanya, sebagai kumpulan yang prihatin kepada memperkasakan demokrasi berparlimen di Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya, sedaya mungkin mereka berusaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka dalam membentuk sebuah kerajaan yang berintergriti dalam PRU 13 kelak.
Katanya, apa yang ditunjukkan oleh SPR tersebut hanyalah mengesahkan apa yang disebut oleh Mantan Pengerusinya Tan Sri Abd Rashid Abdul Rahman dalam suatu forum 19 Januari lalu betapa sistem pilihan raya dan pengendaliannya di Malaysia mempunyai banyak kepincangan dan hanya mampu diperbaiki dengan mengubah seluruh undang-undang pilihan raya yang ada.
Dalam forum PRU 13, Kuasa dan penglibatan rakyat yang diadakan di Kota Bharu tersebut, beliau dan panel-panel lain bersetuju hanya perubahan kepada undang-undang yang ada sahajalah sistem pilihan raya di Malaysia dapat diperbaiki ke arah yang lebih telus dan berwibawa.
"Dengan sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh SPR sebagaimana dilaporkan tersebut, ia hanya menambahkan tekad kami untuk terus memantau dan mengambil tindakan perlu bagi memastikan PRU 13 akan mampu menghasilkan kehendak rakyat yang mejoriti," katanya.
Justeru, katanya, pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan akan terus mendedahkan dan bertindak atas setiap salah laku yang condong mencabul dan menghalang penyuburan demokrasi menjelang PRU 13.
Sehubungan itu, katanya, seluruh masyarakat adalah dialu-alukan untuk memberi sebrang maklumat kepada pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan sama ada berkaitan penyalahgunaan tempat awam secara berleluasa, sebaran bahan-bahan hasutan keagamaan atau perkauman, dan sebarang tindakan yang menghalang aktiviti demokrasi sihat melalui blog dan page mereka di Facebook.
"Sebagai mewakili seluruh rakyat, kami menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan adil," katanya. (Hrkh)