Saturday, April 20, 2013

VS7: Isu S/Jumaat 2 Masjid Di Besut. PAS Jawab


ANDA TANYA TOK GURU JAWAB - SOALAN 7
7. Isu Sembahyang Jumaat 2 masjid di Besut, adakah jika PAS menang isu ini

 Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-71: 20 Soalan Politik Islam -Abd Hadi Jawab
E-Buku IH-71: 20 Soalan Politik Islam -Abd Hadi Jawab

VS6: PR Menang, Negara Jadi Macam Somalia? -PAS

  1. ANDA TANYA TOK GURU JAWAB - SOALAN 6

    6. Betul ke dakwaan UMNO bahawa jika PR menang Negara akan menjadi

    Lihat sebelum ini...
    E-Buku IH-71: 20 Soalan Politik Islam -Abd Hadi Jawab
    E-Buku IH-71: 20 Soalan Politik Islam -Abd Hadi Jawab

VS5: Seleweng Tabung Memali? Polis Rampas..

  1. ANDA TANYA TOK GURU JAWAB - SOALAN 5
    5. Betul ke dakwaan mengatakan PAS telah menyelewengkan tabung mangsa 


    Lihat sebelum ini...
    E-Buku IH-71: 20 Soalan Politik Islam -Abd Hadi Jawab

Gelang Patah, Putrajaya, Antara 8 K/Parlimen Panas!



Tengku Adnan (kanan) dan Husam bersalam selepas menyerahkan borang penamaan calon pagi tadi.

KL -  Kerusi Parlimen Gelang Patah (Johor), Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Permatang Pauh (Pulau Pinang) adalah antara kerusi panas daripada 222 kawasan Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pertembungan di Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) dan Shah Alam (Selangor) yang juga termasuk dalam kelompok kerusi panas menjadi tumpuan masyarakat dan pemerhati politik kerana ditandingi beberapa veteran politik selain membabitkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru.

Kerusi Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 106,864 pengundi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kerusi itu disandang Tan Ah Eng daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,851 undi.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian dalam temu bualnya bersama TV3 hari ini berkata kedua-dua tokoh politik gergasi itu mempunyai kelebihan masing-masing di mana Abdul Ghani dilihat lebih dominan di Johor berbanding Kit Siang yang popular di peringkat kebangsaan. 

"Saya melihat pemilihan Abdul Ghani adalah tepat dan tidak harus dilihat mewakili satu kaum. Beliau juga diterima seluruh masyarakat setelah menumpahkan khidmat sepanjang menjadi calon BN berbanding Kit Siang yang kerap bertukar lokasi," katanya.

Selain Gelang Patah, saingan tiga penjuru juga disaksikan di Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penyandang kerusi itu dicabar Dr Mazlan Ismail (BN) dan Dr Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai akan ditentang Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan calon Bebas Rusli Baba.

Pada pilihan raya 2008, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi manakala anaknya Nurul Izzah memperoleh majoriti 2,895 undi.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel juga akan mengharungi persaingan sengit di Parlimen Cameron Highlands apabila ditentang calon DAP M. Manogaran dan tiga calon Bebas.

Kerusi itu dimenangi BN menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany dengan majoriti 3,117 undi pada PRU12.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama dua penggal sejak 2004 akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Pada 2008 beliau memperoleh majoriti 2,734 undi.

Pertembungan buku dengan ruas antara calon rakan BN Datuk Zulkifli Nordin dan penyandang Khalid Abdul Samad di Parlimen Shah Alam juga bakal menghangatkan PRU13.

Selain itu pertembungan dua rakan baik iaitu Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan bekas menteri kesihatan yang juga Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Ming di Parlimen Segamat.

Khalid menang dengan majoriti 9,314 undi manakala Subramaniam memperoleh majoriti 2,991 undi.

Turut mencuri perhatian ialah pertandingan tiga penjuru antara bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan Zainudin Yom (Bebas) di Parlimen Arau.

Kerusi Arau dimenangi Datuk Ismail Kasim, yang juga adik Shahidan daripada BN, menewaskan Haron dengan majoriti 300 undi pada 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 15 hari dengan 5 Mei adalah tarikh pengundian manakala tarikh pengundian awal, ditetapkan pada 30 April ini. - Bernama


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

Mustapa Mohamed Tercabar, Tewas 1 Kerusi Parlimen Di K'tan.

Penyandang Datuk Ibrahim Ali atas tiket Bbebas

 KOTA BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini seolah-olah telah dicabar oeh pengikutnya sendiri.

Ha ini berikutan apabia beliau sendiri terkejut dengan tindakan calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya di pusat penamaan calon di sini. Beliau berkata kepimpinan tertinggi BN Kelantan tidak dimaklumkan mengenai keputusan Che Johan untuk tidak bertanding bagi kerusi itu, dan memandang serius isu ini.

"(BN Kelantan) akan merujuk kes ini kepada Lembaga Disiplin parti," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Che Johan yang berada di tempat penamaan calon Parlimen Pasir Mas di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas pagi tadi, tidak menyerahkan kertas pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Gahazali Mohamed.

Kegagalannya menyerahkan kertas pencalonan itu telah memberi laluan  pertandingan satu lawan satu kerusi berkenaan antara penyandang Datuk Ibrahim Ali atas tiket Bbebas dan calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz. Kini BN  suah klah satu kursi. (IH).

P-T/Karang: Drs Rushdi Lawan Noh Omar & Artis Tajaan Noh?


WEBLOG Ibn Hasyim dapat berita dari seorang rakan, bahawa seorag penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman (Gambar).

Drs Rushdi adalah bekas penulis di Weblog Ibnu Hasyim, bahagian antarabagsa beberapa tahun lalu. Kami kenal rapat, seorang aktivis PAS, jasanya amat kami kenang. Beliau amat layak dipilih sebagai wakl rakyat ke parlimen kerana giat turun ke bawah hingga ke akar umbi dan benar-benar menjiwai rakyat.

Lawannya ialah Menteri Noh Omar BN dan artis Herman Tino. Dikatakan
Herman bertanding adalah kerana Noh gagal memainkan peranan sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal. Herman dilaporkan berkata, kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno.

Bahkan ada yang berpendapat, Herman adalah calon tajaan Noh Omar, dan akan berbuat sesuatu last minit menjelang pilihan raya, yang menguntugkan Noh Omar. (IH)

Siapa Sebar Risalah Ini Di Putrajaya?

  

Maklumat dari..  

Nazir Zakaria added a new photo to the album Mobile Uploads.




 
 





Nazir Zakaria
Dua buah risalah yg di letakkan disetiap rumah di Putrajaya yg menunjukkan UMNO/BN begitu...

Di Sini, Nik Aziz, Aishah, Tuan Ibrahim, Datuk Kamilia, Sekarang!


Tok Guru Nik Aziz (Ternow). Allahuu Aakbar!

Aishah lawan Isa Samad di Jempol. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu di P127 Jempol  antara calon PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan calon BN Tan Sri Isa Samad.

Calon-calon PAS untuk Temerloh dan Kuala Krau. (Temrluh) Lebih 1000 penyokong mengiringi Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke tempat penamaan calon bagi parlimen P087 Kuala Krau dan N29 Jengka, N27 Chenderak dan N28 Damak hari ini.
Para penyokong Pakatan di Temerloh.

Kuala Kngsar,  Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.










(IH)

Husam Akan Hilang Wang Deposit - Tg Adnan


 
PUTRAJAYA: Calon BN Putrajaya, Tengku Adnan Mansor yakin, calon PAS Datuk Husam Musa akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Adnan yang merupakan Setiausaha Agung Umno berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Adnan mengimbau kembali pilihan raya 2004 di mana calon pembangkang ketika itu hilang wang deposit.

Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan  Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini. Beliau juga bertanding di DUN Salor, Kubang Kerian Kelantan. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

K/S Pakatan & 2 Saksi Video Lucah Paling Tadah Ditahan


 
KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi. Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.(Hrkh)

VS4: K'sama Dg DAP, Tolak UMNO Yg Islam? -PAS Jawab


Anda tanya, Tok Guru jawab - Soalan 4
19 April 13|7:16

VS3: Mengapa K'tan & Kedah Tak Laksana Hudud? -PAS

Video: Anda tanya, Tok Guru jawab - Soalan 3by Tvpas hd 2,530 views   Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz  

VS2: Guna Lambang, PAS Jadi Alat DAP? -PAS

  1. Video: Anda tanya, Tok Guru jawab - Soalan 2
    Soalan 2. Kesediaan PAS membenarkan lambangnya digunakan oleh DAP

VS1: PR Menang, DAP Jadi PM? -PAS Jawab

  1. Video: Anda tanya, Tok Guru jawab - Soalan 1
    Soalan 1. Benarkah dakwaan UMNO bahawa jika PR menang Dap akan jadi PM

E-Buku IH-71: 33 Soal-jawab Politik Islam -Abd Hadi Jawab

E-Buku IH-71: 33 Soal-jawab Politik Islam -Abd Hadi Jawab 
Video  
 
15. Ekonomi dan kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js 
16. Hudud di Terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. Kilang arak Selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. Judi Genting Highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. Projek membazir Terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk

21. Isu media seperti Utusan Malaysia, TV1, TV2 dan TV3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k

22. Isu 5 buah kontraktor bumiputera projek LPT yang dinafikan Umno http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84 
24. Perancangan hospital perubatan percuma  http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Pelan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS dan PR akan mengenakan tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM 
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ

31. Apakah hukum mengundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU 
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah mengundi BN  ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U

PRU 13: Abdul Hadi Jawab 33 Isu Sebarkan!

PAS Terengganu meningkatkan penerangan kepada para pengundi menjelang PRU13 dengan melancarkan 33 klip video 'soal dan jawab' berkaitan isu-isu semasa. Setiausahanya, Yahaya Ali berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang menjawab 33 persoalan semasa termasuk yang berkait dengan isu kalimah Allah dan isu Amanat Haji Hadi.

Komen Webog Ibnu Hasyim: Antara tugas blogger Islam, sebarkan!

Video: Agenda Najib Nak Jatuhkan Muhyiddin -Husam

Agenda Najib nak jatuhkan Muhyiddin Yassin
19 April 13|14:36

Ini kata2 Najib yang dipetik dari laman TMI ;
The Barisan Nasional (BN) chairman also took a dig at Datuk Husam Musa as the PAS candidate for Putrajaya seeks to canvass votes from civil servants since his candidacy was announced last week.
“I have never forgotten the deeds of civil servants ... If you love me, help me soon,” Najib told a packed auditorium in The Everly hotel here as the crowd held up “I love PM” signs.
“If in these last few days someone asks to have tea with us in the canteen, please be careful,” Najib said, referring to Husam who has been approaching civil servants in Putrajaya recently.
“This is not the issue of him being from ‘negeri ambo’ ... It’s about our country’s future,” he said, referring to “my state” in the Kelantan dialect.
Lihat koleksii Datuk Husam...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.  

Friday, April 19, 2013

Roket Dah Sampai Bulan, Masih Dacing Lagi? -N/Aziz

Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?"

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.
"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan
 
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,
 


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

PRU 13: Saing Sengit Di Parlimen Gua Musang.




GUA MUSANG: Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Gua Musang bakal berlangsung sengit apabila PAS dikatakan akan menurunkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk berhadapan dengan penyandang kerusi berkenaan yang juga veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.

Difahamkan ahli politik veteran berusia 61 tahun itu telah menangguhkan seketika hasrat untuk bersara dan telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini. Sekiranya pertembungan itu benar-benar berlaku, ia bukannya kali pertama, Razaleigh,74, yang merupakan wakil rakyat paling lama di negara ini menentang Wan Abdul Rahim di Gua Musang. 

Ahli Parlimen Kota Baru itu pernah tewas kepada Tengku Mahkota Kelantan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 1986. Wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, berkata beliau yakin dapat menewaskan Tengku Razaleigh kali ini. 

Beliau turut menolak spekulasi yang mengatakan Tengku Razaleigh akan digugurkan bagi memberi peluang kepada Ketua Umno Gua Musang, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"Saya fikir Umno cuba untuk memperdayakan PAS. Saya berkempen berdasarkan kenyakinan saya akan menentang Ku Li," katanya. 

Wan Abdul Rahim dikenali sebagai salah seorang daripada 'Tiga Abdul' di Kelantan dengan dua yang lain adalah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 74 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunku, Datuk Abdul Fatah Mahmood, 65. Trio berkenaan merupakan veteran PAS yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri dalam bidang politik di negeri itu sejak tiga dekad lalu. 

Mereka dilaporkan dipanggil Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding di Kelantan pada 1970-an dan telah memainkan peranan penting serta menyakinkan untuk menjadi Menteri Besar selepas PAS berjaya menawan negeri itu pada 1990. Sementara itu, Abdul Halim berkata beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersara sementara Abdul Fatah berkata beliau menyerahkan sebarang keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.(mStar)

Bogel Diberi RM12.13J., Sama Dengan Ini?

Wanita Jepun diberi RM12.13 juta kerana cinta
TOKYO – Seorang wanita berusia 77 tahun diarah membayar semula wang sebanyak AS$4 juta (RM12.13 juta) yang diperolehnya daripada seorang lelaki berusia 79 tahun, menurut akhbar Sports Nippon semalam.
Lelaki tersebut memberikan wang itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan cinta dan hubungan seks daripada wanita berkenaan.

Wanita berkenaan berjaya memperoleh wang itu semasa hubungan mereka berlangsung lebih tujuh tahun. Menurut akhbar tersebut, lelaki itu menyatakan, dia menganggap wang tersebut hanya sebagai pinjaman.

“Dia (wanita berkenaan) tidak mempunyai kemampuan atau niat untuk membayar balik pinjaman itu,” kata lelaki tersebut di sebuah mahkamah di Shizuoka, tengah Jepun.

Mahkamah diberitahu, wanita itu memujuk lelaki tersebut untuk memberikan wang berkenaan dengan memintanya mandi bersamanya. Wanita itu juga sanggup berbogel di depan lelaki berkenaan di dalam sebuah hotel dalam usahanya untuk mendapatkan sebahagian daripada wang itu. Pasangan itu mula menjalin hubungan pada Jun 2000.

Menurut akhbar berkenaan, wanita tersebut kerap kali meminta wang kerana dia mahu membayar hutang kepada seorang lagi lelaki yang memaksanya berkahwin. Lelaki itu kemudian menjual tanah yang diwarisinya dan membuat pinjaman bagi memenuhi permintaan wanita tersebut. Wanita tersebut menggunakan wang yang diperolehnya itu untuk membeli kereta mewah seperti Jaguar, BMW, Mercedes-Benz dan sebuah flat mewah.

Jika wanita itu gagal mematuhi arahan mahkamah itu, lelaki berkenaan akan mengambil tindakan yang selanjutnya bagi memastikan wang tersebut diperoleh semula.– AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3) 
 E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

PR S'ngor, 2 EXCo Digugurkam. Mengapa?


 MB Seangor

SHAH ALAM - Pakatan pembangkang Selangor malam ini mengumum sekali gus memperkenal calonnya untuk Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13) yang menggandingkan muka lama dan muka baru.
Sementara itu, dua anggota Exco Kerajaan Selangor digugur daripada senarai calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, tidak mempertahan kerusi Dun Kinrara manakala Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu juga tidak bertanding di Dun Pandamaran pada PRU13. Kerusi Kok diambil alih Ng Sze Han manakala Pandamaran oleh Tan Pok Shyong,

kedua-duanya muka baharu dari DAP. Pada kali ini, DAP banyak memperkenal muka baharu di peringkat Dun iaitu Tiew Way Keng di Teratai, R. Rajiv di Bukit Gasing, Ng Tien Chee di Balakong, Yeo Bee Yin di Damansara Utama, V.Ganabatirau di Kota Alam Shah dan Loh Chee Heng di Teluk Datuk.

PKR pula memperkenal calon baru di peringkat Dun seperti Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (Kuang), K.Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Sementara itu, Pas mengekalkan calonnya, Dr Halimah Ali di Selat Klang, Iskandar Abdul Samad di Chempaka, Saari Sungib di Hulu Klang, Khasim Abdul Aziz di Lembah Jaya, Dr Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abd Rani Osman di Meru. Kerusi Gombak Setia yang dimenangi Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat parti itu, pula diganti oleh Hasbullah Mohd Ridzwan.

Di peringkat Parlimen, muka baharu ialah Dr Ong Kian Ming (DAP) di Serdang, Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli di Pandan, G. Manivanam (PKR) di Kapar, Dr Abdul Aziz Bari (PKR) di Sabak Bernam, Mohamad Rashdi Deraman (Pas) di Tanjung Karang, Mohamed Salleh M.Husin (Pas) di Sungai Besar dan Khalid Jaafar (PKR) di Hulu Selangor. - Bernama

Tolak K'jaan BN, Mem'budaya'kan Video Lucah

Wanita Malaysia bergabung membantah parti politik yang mengedarkan video lucah dalam kempen mereka

PRU 13, Tolak mereka yang guna video lucah - NGO wanita

KL: 14 NGO wanita serta tiga personaliti bergabung tenaga hari ini bagi membantah penyebaran video lucah di media. Bagi mereka, langkah itu satu tindakan yang tidak kena dan melanggar tatasusila hidup masyarakat negara ini. Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh rakyat khasnya wanita menolak mereka yang menggunakan pendekatan sebegitu dalam kempen mereka.

Dr Harlina membantah keras pendekatan politik lucah untuk meraih undi...beliau mengajak semua wanita tunjukkan bantahan di kertas undi. Itupun selemah-lemah iman, katanya

Mereka menyatakan demikian pada sidang media ‘Bantahan Terhadap Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU13’ di sebuah hotel di Sungai Besi, pagi ini.

Kumpulan wanita ini diketuai oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita merangkap Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial Ikram.

Wardina Sofiah antara yang sangat marah dengan budaya ini
Antara NGO wanita yang menyertai bantahan ini adalah:

A. Pertubuhan
1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa

B. Individu perseorangan

1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)
~ Harakahdaily

ROS, Tarik Balik Surat, Hingga 3 Ptg Ini! -DAP


KEMASKINI
KL: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak. Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini. Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.

Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri. Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.

"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.
"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.


Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.

Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini. (Sumber Hrkh)

Ini, Muka Perompak Hak Rakyat?

Umno Jerlun gunakan Pejabat Daerah sebagai Bilik Gerakan?

 
dari fb : pru13paskedah

Thursday, April 18, 2013

Video Masalah Tanah Kg Baru Kuala Lumpur


E-Buku IH-49: Selingan..

Pencalonan Nik Abduh Tiada Kronisme -N/Aziz




KOTA BHARU: "Saya sepatah pun tidak sebut nama Nik Muhammad Abduh supaya dicalonkan. Semua calon wakil rakyat yang dipilih bertanding sebagai mewakili saya," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar itu berkata, pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman anaknya yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik.

“Pencalonan Nik Abduh pada pilihan raya umum ini tidak boleh dikaitkan dengan kronisme atau kekeluargaan,” katanya kepada media selepas perasmian pembinaan dan pelancaran tabung Masjid Al Ihsan Taman Maju hari ini.

Malam tadi Nik Abduh turut disenaraikan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Abduh merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pencalonan anaknya itu tiada kaitan sebagai kapasitinya sebagai anak Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Menurutnya juga setiap calon PAS yang dipilih akan bertanggungjawab terhadap Nabi Muhammad saw bagi menjaga agama Islam.(Hrkh)

K/Tangan K'jan Menangis Jumpa Husam, Mengapa?



Catatan Husam:
Gambar fail ketika berkunjung ke Foodcourt Presint 8, P-125 Putrajaya pada 16hb. April, 2013... 

Pakcik ini seorang Kakitangan Kerajaan, ketika terserempak dengan saya, beliau terus menyapa & bersalamm kemudian tiba2 menangis dihadapan saya ketika tangan saya masih menggenggam tangan beliau.

Pertemuan bermakna itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau... Banyak masalah beliau luahkan pada saya & mohon saya bantu beliau & saya telah berjanji akan bantu selesaikan masalah beliau sebagai saudara sesama Islam & juga atas dasar kemanusiaan...The End

Antara masalah para pegawai kerajaan di Putrajaya adalah tekanan dan konkongan kebebasan yang terbatas yang membuatkan mereka menjadi tidak kreatif dan bahagia.

Di bawah pemerintahan kerajaan yang ada, semua para pegawai kerajaan boleh memilih dan mayokong apa saja asalkan ianya adalah Barisan Nasional! Itulah kebebasan yang mereka ada sekarang.

Mengkritik dianggap sebagai satu ancaman yang cukup merbahaya di putrajaya. Baru nak buka mulut kritik, dah kena tembakan padu sehingga terlentang. Biasanya mereka yang kritik akan dimasukkan ke dalam peti ais di Putrajaya dan golongan ini cukup ramai.

Jika ini diteruskan kita menekan kebebasan para profesional yang berpotensi untuk menyumbang kepada negara. Biarkan mereka melaksanakan tugas mereka dan jangan hanya beri satu saja pilihan...hanya biru pekat tidak membawa kepelbagaian dalam pembangunan negara.(WS)


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails