Saturday, April 27, 2013

Tengok Video Ini, Sebelum Ditarik Balik! Indoneesia...


Indonesia Minta Google Padam Video Hina Islam
JAKARTA 24 April - Kerajaan Indonesia hari ini meminta syarikat pengendali laman web perkongsian video YouTube, Google memadamkan satu video yang dipercayai mempersendakan agama Islam.

Menteri Penerangan, Taifatul Sembiring (Gambar) berkata, kerajaan telah meminta kerjasama Google untuk memadamkan video yang memaparkan lima pelajar perempuan sebuah sekolah tinggi mempersendakan solat dengan membuat tarian mengikut rentak lagu Maroon 5, One More Time.

Polis Indonesia berkata, kelima-lima pelajar berkenaan telah dibuang sekolah dan berkemungkinan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina Islam. Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang pelajar berkenaan tidak didedahkan. - DPA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini videonya, tengok sebagai pengajaran sebelum ditarik balik! Umat Islam wajib sensitif terhadap penghinaan agamanya. Jangan dayus!! (IH)

Cukai Unt Orang Kaya, Gred 41 Ke Bawah Tak Perlu. - Husam


TG Nik Aziz bersama Husam dan tetamu lain di atas pentas malam tadi

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.
"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam. Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.
"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya. Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.
"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya. (Hrkh)

Puluhan ribu hadirin berdoa di Presint 3, malam tadi.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

100 Ahli Umno Sertai PAS Sambut TGNA Di Putrajaya

100 ahli UMNO serah borang kepada Tk Guru Nik Aziz malam tadi..
SERATUS orang ahli umno menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz di majlis ceramah pilihanraya di Precint 3 Putrajaya malam tadi. Peristiwa manis itu memberi gambaran lebih buruk kepada umno bn yang selama ini telah ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya melalui sambutan puluhan ribu pengundi di setiap ceramah Husam Musa di sana.

Husam 'the perfect stranger' berjaya menawan sekurang-kurangnya  70% warga Putrajaya yang terdiri daripada para penjawat awam. Kehadiran TGNA sejak solat Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk. Ketika di Masjid Besi orang ramai mengerumuni TGNA yang belum pun selesai solat sunat selepas Jumaat.

Peristiwa itu menyebabkan ramai terpaksa melindungi TGNA yang masih bersolat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selesai solat TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

Saksikan video menarik hari ini

video - ceramah Husam dan TGNA di Putrajaya 26.4.2013

Selesai solat sunat, TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.


DI bawah pula adalah suasana ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan TGNA bersama Husam Musa di Putrajaya malam tadi.


Majlis ceramah malam tadi diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah. Ia bermula dengan baik, ia berakhir dengan baik. Subhanallah...Ampunilah dosa kami. Kurniakanlah kemenangan kepada kami

 Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

Husam 'Berta'aruf' Dituduh Mengajar Tanpa Tauliah.Di Surau Putrajaya.


Husam Musa
Datuk Husam Musa
Jawi buat laporan polis terhadap Husam

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan terhadap Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang didakwa membuat kenyataan memfitnah jabatan itu menerusi laman sosial.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata Husam dalam kenyataan menerusi Facebook 125 Putrajaya antara lain mendakwa Jawi bertindak memecat serta-merta anggota jawatankuasa (AJK) surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, selepas AJK surau berkenaan membenarkan beliau berta'aruf dengan makmum surau, selepas solat Isyak pada 20 Apri1 lalu.

Bercakap pada sidang media di pejabat Jawi di sini, Che Mat Ali mengakui pihaknya ada memanggil AJK Surau berkenaan, namun menafikan dakwaan kononnya Jawi mengambil tindakan memecat AJK terbabit.

"Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan pegawai Jawi untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Husam, di samping mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden Pas itu," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua surau perlu mematuhi arahan pekeliling Masjid/Surau 2011, yang jelas memaklumkan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik. 

Che Mat berkata dalam perjumpaan beliau dengan AJK surau itu pada 24 April lalu, mereka hanya dinasihat, ditegur dan diingatkan mengenai peraturan berkenaan, sambil menambah ia penting dalam menjaga kesucian masjid dan surau.

Beliau berkata kehadiran Husam di surau berkenaan bukan atas jemputan sesiapa dan AJK surau itu juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Husam. Menurutnya berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau dikenali sebagai Akta 505, sebagai setiausaha MAIWP, beliau diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk memelihara kesucian rumah Allah.

Katanya mengikut Seksyen 97 Akta berkenaan, individu yang didapati mengajar perkara berkaitan agama Islam tanpa tauliah di mana-mana masjid, boleh didakwa dan jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun.

"Saya rayu semua yang cuba guna masjid atau surau di Wilayah Persekutuan ini, supaya tidak sewenang-wenangnya langgar akta ini demi menjaga keharmonian," katanya menambah sejak Dewan Rakyat dibubarkan, terdapat pihak yang cuba membawa agenda politik mereka ke dalam masjid. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:.Berta'aruf atau perkenalkan diri pun salah? Peraturan undang-undang gila mana yang JAWI gunakan untuk mentafsir perkataan 'ta'arut'? Itu sebenarnya 'mempolitikkan' atau meng.'najisUMNO'kan surau.
  Perang PRU13 di Putrajaya bertambah sengit.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

Tv Thai Siar, Najib Nazak 39%, Anwar Beraih 43%.. Ha Ha Ha..

TVThai

Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.

Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.

Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kekuasaan penyandang Najib PM kini menuju nazak kerana dapat cuma 39%, berbanding Anuar yang meraih atau beraih 43% memenangi suasana. Kalau kajian ini tepat, jahannam Najib! Jahannam Najib!! Jahannam Najib!!!

(IH/http://www.ekeleh.com/Hrkh)

Video: Pesanan TG N/Aziz Untuk 5 Mei Ini...

  1. 5 Mei undi dengan cerdik

    Lihat sebelum ini.. 

    E-Buku IH-49: Selingan..

    E-Buku IH-49: Selingan..

PRU 13: Abdul Hadi Jawab 33 Isu Sebarkan!

K/TERENGGANU: PAS Terengganu meningkatkan penerangan kepada para pengundi menjelang PRU13 dengan melancarkan 33 klip video 'soal dan jawab' berkaitan isu-isu semasa. Setiausahanya, Yahaya Ali berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang menjawab 33 persoalan semasa termasuk yang berkait dengan isu kalimah Allah dan isu Amanat Haji Hadi.

"Insya Allah, isu-isu semasa yang berabngkit, Tuan Guru (Presiden PAS) akan menjawab," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini semalam.

Hadir sama ialah Ketua Dewan Ulamak dan bendahari PAS negeri, Datuk Husain Awang dan Shukrimun Shamsuddin.

Komen Webog Ibnu Hasyim: Antara tugas blogger Islam, sebarkan!

Di siii 33 Video itu.. Klik gambar di bawah ini...
E-Buku IH-71: 33 Soal-jawab Politik Islam -Abd Hadi Jawab
E-Buku IH-71: Soal-jawab Politik Islam -Abd Hadi Jawab

Gambar, Dato' Husam Di Presint 3, Malam Tadi.. Gegarkan Terus!

(IH)

Qardhawi Umum Depan N/Aziz, DS Anwar Layak Jadi PM. ??



LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.

Pelancaran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi. Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:

“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Sheik-Yusuf-Qaradawi 
Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”
Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu pandangan Al-Qaradawi, belum lagi pandangan ulama, pemimpin dan rakyat Malaysia melalui jumlah kerusi parlimen yang dimenangi?

Friday, April 26, 2013

Pembunuhan T/KP KASTAM, 'Let's No Stone Be Unturned' -Husam


Husam dilihat mengalirkan air mata. (di hari penamaan calon)

Dengan laungan Takbir, dengan iringan Selawat keatas Nabi. Mustahil P-125 Putrajaya x dapat ditawan... Tinggal lagi banyakkan berdoa & munajat, Al Fateh PASti akan tumbangkan tembok keangkuhan Konstantinople.

Perkuatkan diri masing2 dengan amalan baik, Insya Allah 6 Mei , Putrajaya milik kita. Allahuakbar. .!
Sambutan orang ramai pada hari-hari biasa lawatan beliau.

Kenyataan Terkini Husam Musa Berkaitan Isu Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KASTAM

Kami menerima berita duka yang amat mengejutkan tentang kemalangan yang menimpa Allahyarham Dato' Shaharuddin Ibrahim - 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam 2 (Perkastaman/Cukai Dalam negeri).

Kepada Isteri, Anak-Anak dan seluruh Ahli Keluarga Beliau, izinkan kami tunduk diam sambil mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian Insan tercinta.

Dari hati yang tulus ikhlas, saya memohon Pihak Berkuasa untuk membuat siasatan rapi yang seadil-adilnya, serta-merta. "Let's No Stone Be Unturned" dalam menangani kes ini.

Al-Fatihah

Dato' Haji Husam Musa
Calon Parlimen P-125 Putrajaya
26hb. April, 2013

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

Tak Sedar N/Aziz S/Jumaat Di Putrajaya Tadi. Dah Tahu Huru-hara?


Nik Aziz sebelumdikerumuni.


Dikerumuni selepas sholat jumaat.





PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putraja bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.
Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas  selesai solat Jumaat. TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini. Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3  iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan. Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa. (Hrkh)

Huru-hara? Lihat video ini..


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

Putrajaya Dah Goyang, UMNO Terus Bertindak..

 
KL: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah. Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.


Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat. Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.


Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan. (IH bersumber Hrkh)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

Fokus Isu PRU13 Bukan Hudud -Tun Ibrahim


SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara. Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13. (SH)

Khutbah: Bagaimana Memilh Pemimpin & Parti?

 Wajarkah parti begini dipilih?

Cadangan Teks Khutbah Jumaat 3 Mei 2013
Oleh: ustaznik
"Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu menerbitkan teks khutbah Jumaat di bawah bagi panduan para khatib berkhutbah pada hari Jumaat 3 Mei 2013 nanti, 2 hari sebelum hari mengundi PRU 13. .

Isunya berkisar sekitar pemilihan pemimpin dan parti yang baik bagi menerajui sebuah negara agar mendapat keredhaan, keberkatan dari Allah dan keadilan yang ditegakkan. .

Mereka yang berkebolehan menambah baik teks tersebut dalam khutbah yang disampaikan dialu-alukan. (Terjemahan rumi ke jawi menggunakan google translate). Yang penting mesej al-amr bilmakruf wannnahy an al-mungkar tercapai. 

khutbah jumaat 3 mei 2013 


Wajarkah pemimpin, yang isterinya  begini dipiliih?
(Sumber gambar ini dari Sharpshooter)

Seketul CANDU Bernama BRIM

Oleh Munir

Indahnya ladang popi candu  di Myanmar.
 
SEKARANG ini bukan setakat musim PRU tapi juga musim orang bekerja makan gaji file income tax. Saya pun tak ketinggalan, baru saja siap buat e-filing income tax tu. Bila dah siap, bila tengok angka yang nak kena bayar – terduduk lah jugak – campur dengan orang rumah mau kena lebih RM20,000. 


Duk ingatkan bila ada anak ramai sampai 9 orang ini dengan seorang itu pula OKU, bolehlah jimat sikit, tapi dak jugak, sebab yang dikatakan kerajaan UMNO/BN ini barangkali, depa bukan kira apa, hang anak 9 ka hang ada anak OKU ka, tolak-tolak juga, tapi tang bayar kena bayar juga.

Tak kisahlah, sebagai rakyat Malaysia itu sudah menjadi kewajipan kita, tak kira siapa kerajaan yang memerintah, BN ka Pakatan ka, income tax mesti kena bayar.

Cumanya, yang saya tak puas hati sikit – tak puas hati banyak sebenarnya – ialah bila saya balik kampung, dijemput ceramah PRU di daerah kelahiran saya di Baling, Kedah baru-baru ini.

Sebelum ceramah, saya ada tanya kat adik beradik PAS kat kampung itu, apa topik yang sesuai saya sentuh dalam ceramah malam itu? Sepupu saya yg sorang tu cakap, “Mu tak payah sentuh bab BRIM la”.

Pasal apa?

Pasal, di kampung halaman saya yang hardcore UMNO sejak azali itu, orang-orang kampung sudah tak makan dengan isu BRIM ini. Depa dah dibrainwash kata, duit BRIM itu duit Datuk Najib. Bila dah duit Datuk Najib, ikut suka dia lah dia nak bagi ke tidak. Dia punya hal lah nak bagi kat siapa pun. Yang kita duk kalut pasal apa? Kalau dia bagi Alhamdulillah, ambik saja sajalah, kalau dia tak bagi pun, nak buat guano, itu duit dia. Macam tu jugak kalau duit kita, ikut sukalah kita nak bagi kat orang ke tidak!

TU DIA HAIH!!

Habis itu, yang aku suami isteri kena bayar income tax tahun ini RM20 RIBU lebih itu duit siapa? Duit Datuk Najib juga ka? Kalau bukan duit Datuk Najib, kalau duit aku, boleh ka aku tak bayaq income tax tahun ini? Jawabnya tak boleh – sebab kalau aku tak bayar bukan saja aku boleh kena tangkap, tapi nanti tahun depan kalau Datuk Najib masih jadi PM (harap-harap tak la), nanti dia tak ada duit nak bagi BRIM kat orang-orang kampung!!

Macam manalah aku nak explain kat orang kampung nie. Pening sungguh aih!

Sebetulnya, beberapa minggu sebelum diumumkan tarikh PRU-13, berdasarkan ilmu statistic yg saya ada, yg Profesor saya ajaq waktu ambik Engineering Course di Amerika dulu, saya cuba buat survey/bancian di kalangan kawan-kawan dan adik beradik yang saya kenali sebagai orang atas pagar di Kedah ini (nak kata PAS tidak, nak kata UMNO tidak, kadang2 nampak mcm org PAS kadang2 nampak mcm orang UMNO, kiri kanan depa tibai); saya buat survey nak tulis artikel dlm blog saya bertajuk “Menjelang PRU13: Peluang PAS di Kedah”.

Tengah buat survey separuh jalan, PRU dah mai, sibuklah pula pi turun bantu kawan-kawan pi ceramah sana sini.

Antara yang menarik dalam kajian saya itu, yang saya rasa kurang diberi perhatian oleh kebanyakan penceramah2 PAS dlm siri ceramah kelompok menjelang hari mengundi ini ialah isu BRIM.

Saya agak terkejut bila kajian saya mempertemukan saya dengan 2 orang sahabat yang saya kenali sebagai orang atas pagar, di PRU12 hari itu mengundi PAS, tapi kali ini kedua-duanya secara ikhlas menyatakan kepada saya yang mereka akan memberi undi kepada UMNO. Saya juga dimaklumkan ada 3 orang lagi yang mungkin berbuat demikian seperti dua orang sahabat saya ini.

Kerana apa? – kerana BRIM.

Kedua-dua sahabat saya itu memberi sebab yang sama. Kata mereka:

“Monier, kami dua orang nie bukan orang politik, hang pun kenai kami, kami orang biasa saja, PAS tak UMNO pun tak. Tapi, dengan UMNO, sekurang-kurangnya UMNO dah bagi BRIM, 2 kali RM500 RM500. Hari itu anak kami sekolah, UMNO bagi seorang RM100. PAS bagi apa kat kami? – kami tak dapat apa pun dari PAS”

Yang seorang itu pula cakap:

“Kita ini, bila orang tolong kita, kemudian orang itu ada masalah, dia minta tolong kat kita, apa salahnya kita tolong dia? Dia (UMNO) bukan minta tolong apa pun, depa minta tolong pangkah saja. Sebab itu, tahun ini kami beri undi kat UMNO”

Saya terkedu, tak kata apa. Macam itu pun ada.

Sedar-sedar tak sedar, rasuah di negara kita hari ini sudah pun berada di tahap yang paling gaban sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka!! – tak tau lah nak mengadu nasib kat sapa!

Ingat-ingat sekali, saya patut masuk calun BEBAS, Parti Cap Ubi Kayu ka apa masa hari Pencalonan hari itu, kemudian saya pi habag kat orang-orang kampung dan juga 2 orang sahabat saya itu, suruh depa UNDI saya, sebab duit BRIM depa itu saya yang bayar.

RM20,000 duit income tax saya itu kalau bahagi RM500, boleh bagi BRIM kat 40 orang – cukup haih untuk 40 keluarga penerima BRIM di kampung saya itu termasuklah dua orang sahabat saya ini.

Kot mana pun, PAKATAN RAKYAT tidak harus memandang ringan isu BRIM ini, sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Think Tank Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan juga negeri serta penceramah kelompok mesti memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai isu ini.

Kajian saya ini di negeri Kedah, tapi di negeri lain mungkin lebih kurang saja mentalitinya. Untuk Negeri Kedah, saya melihat isu2 yang diketengahkan UMNO seperti isu KUIN dan BALAK tidak berkesan sangat kerana bukan semua rakyat Kedah berminat dengan isu ini, tapi isu BRIM semua kampung dan ceruk desa terlibat.

Ada beberapa hari lagi sebelum hari mengundi, mai lah sama-sama kita sedarkan rakyat yang sedang hanyut dan khayal dengan candu UMNO/BN berjenama BRIM ini!

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
23.4.13
http:///www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

'Najib Lebih Biijak Dari Nabi Muhammad', Ngeri, Hukum Kata Begitu?


Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
SAMADA diucapkan atau terpendam di dasar hati, semuanya laku di sisi Allah. Aqidah boleh rosak dengan berkata. Aqidah juga boleh rosak apabila hati berkata-kata. Rosak aqidah bermakna terkeluar dari Islam. 

Orang yang terkeluar dari Islam bermakna tempatnya di neraka. Kekal abadi. Mungkin jenazah dimandi, dikafan dan ditanam di kubur Islam. Tetapi itu bukan halangan untuk Allah mencampakkannya ke neraka.

Apabila anda berkata, “biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat”. 
Apa ertinya di sudut aqidah? Tanyalah Fathul Bari . Tanyalah Mashitah Ibrahim apabila anda berkata, “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad”. 

Tanyalah ulama dalam UMNO dan para mufti apa erti Islam apabila anda berkata, “ Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram?” Apa maksud anda? Anda protes kepada siapa?

“Biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat.” Kata-kata ini didengar  oleh Ustaz Abdul Rahman daripada mulut orang kampung. Siapa yang mengucapkannya? 

“Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad” adalah dipetik dari facebook kepunyaan seorang gadis Melayu. 

Manakala, “Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram” adalah pengalaman penulis LanH ketika mengedarkan risalah tentang aurat kepada penyokong-penyokong UMNO pada hari penamaan calon.
Demikianlah kata-kata yang menjadi manifestasi aqidah. 

Itu tiga contoh ucapan ngeri yang diyakini datang daripada penyokong fahaman kebangsaan. Aqidah rosak bukan hanya melalui kata-kata lisan dan tulisan. Anda simpan dan pendam dalam lubuk hati pun, Allah tetap ambilkira. Dan banyak mana umat Islam di Malaysia yang rosak aqidah kerana ucapan dan i’tikad seperti itu?

Apakah UMNO mahu mempertahankannya? Apakah UMNO mahu kemukakan pelbagai alasan.  Silakan, tapi bukan kepada kami. Pertahankan dan berilah alasan kepada Allah kerana aqidah adalah simpulan hati antara anda dengan Allah. 

Masanya akan tiba jua untuk anda  berhadapan dengan Allah? Iaitu hari yang jika anda benar anda akan selamat dan jika anda terpesong, anda tiada jalan pulang.
Marilah bersama dengan perjuangan Islam untuk menyelamatkan akidah kita dan umat keseluruhan. 
(IH/TKO)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails