Saturday, May 11, 2013

Terkilas Ikan Di Air, Saya Tahu Jantan Betinanya.. Husam



KOTA BHARU - Gugur daripada barisan Exco Kanan Kerajaan Negeri tidak mematahkan semangat (Bekas) Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa untuk terus mempertahankan kerajaan Pas sehingga akhir hayatnya.

Katanya, selagi Pas ini berdiri atas nama Islam yang Syumul, melaksanakan kewajipannya mengikut Allah SWT, beliau akan tetap mempertahankan kerajaan Pas sampai akhir hayatnya.

"Tetapi kalau kerajaan ini (Pas) bersifat duniawi yang nak mengaut balak, lombong, Nauzubillah… Ampunkan saya kalau saya berdiri di dalam dewan untuk memperbetulkan kerajaan.

 “Saya masuk dalam perjuangan ini bukan main-main. Saya masuk ini untuk melihatkan apa yang kita usrahkan Islam yang syumul, Islam yang komprehensif, yang menjaga khazanah negeri dan negara supaya miskin dan yatim piatu, mereka itu dibela dan Islam menjadi model. Ini cita-cita saya,” kata Husam yang juga Adun Salor. .

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Pondok Pasir Tumboh, di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, beliau turut mengakui tidak menerima jemputan untuk hadir mesyuarat pada pagi 6 Mei lalu.

“Maaf, saya tidak terima jemputan tersebut. Tolong tunjukkan surat, sistem pesanan ringkas (SMS), telefon, yang bercakap dengan saya. Maaf saya tidak mahu perbesarkan isu ini. Ini perkara teknikal. Tidak perlu jelaskan.

“Saya boleh terima semua keputusan tersebut demi kebaikan parti, kemudian diganti dengan sebab-sebab saya tidak dilantik. Saya tidak minta apa sebab saya tidak dilantik. ‘Terkilas ikan di air, saya tahu jantan betinanya’,” katanya.

Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan selama dua penggal berkata, atas pengguguran tersebut, beliau bukanlah orang yang yang berfikiran buntu, malah dapat mengesan perkara itu sejak empat tahun lalu. (SH)

“Jadi, tidak perlu beri sebab, saya tahu sebabnya. Sebab itu ada dalam dada saya. Saya tak perlu dedah kepada sesiapa demi menjaga keharmonian parti kita.

“Ibarat kalau kita pergi meminang anak orang, tiba-tiba tak jadi kahwin, atas sebab tertentu. Tidak perlulah beritahu (sebab) bulu betis dia panjang, kepala lutut dia senget, hidung dia kembang sebelah. Itu akan menyebabkan sakit hati teman yang kita pinang itu. Biasa kita sebut, tiada jodoh,” katanya.

Beliau akui boleh menerima keputusan tidak disenaraikan dalam exco di bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, malah tidak pernah meminta namanya dimasukkan semula ke dalam senarai exco kerana menganggap kerajaan Pas adalah kerajaannya.

Katanya, sebagai orang Melayu, mereka perlu menjaga tatasusila tanpa melibatkan sultan dalam memberikan alasan demi menjaga keharmonian. (SH)

N/Aziz: Kafir Harbi Diajak Masuk BN?

KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.

Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.

"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!" ujar beliau. (Hrkh)

Sempena Hari Ibu: Ibu Segala Tipu -A Samad Said.



Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.

Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal kalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.

Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.

Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,
sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.

Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.

Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.

Sasterawan Negara
A Samad Said,
Himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’,
Kelana Jaya,
8 Mei 2013

Najib Ahli Silap Mata? Haa Hah Ha..

Akhbar Taiwan mengambarkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ahli silap mata yang mampu mengubah keputusan pilihan raya. Seluruh dunia melihat Malaysia. Jangan malukan Malaysia dengan penipuan dalam pilihan raya. 

LIMA akhbar antarabangsa siar berita 'Blackout' di Kelana Jaya yang dihadiri lebih 100,000 orang rakyat Malaysia yang menuntut ketelusan pilihanraya. Rakyat Malaysia yang menyokong reformasi mendakwa telah memenangi pilihanraya  umum ke 13 yang berlangsung pada 5.5.2013 tetapi kemenangan itu dinafikan memalui beberapa kejadian 'blackout di beberapa pusat pengiraan undi.

Dalam kelima-lima akhbar itu  akhbar Taiwan adalah yang paling sinis. Akhbar itu meletakkan gambar PM Najib dengan gaya seorang ahli silap mata, Segalanya dipercayai ada kaitan dengan peristiwa 'blackout' di beberapa pusat mengundi yang mengakibatkan calon PR yang telah menang bertukar menjadi kalah sebaik sahaja kiraan semula undi selepas 'blackout'

sumber
sumber
Ini tulisan dalam kotak merah di atas

sumber

Azmin Persoal Wan Azizah, Mula Cari Fasal?


Sultan Selangor terima surat Azizah
SHAH ALAM –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah menerima surat yang dihantar Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berhubung calon Menteri Besar Selangor. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani.

“Ya, sudah,” jawabnya ringkas melalui SMS kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau  tidak mengulas lanjut mengenai isi surat berkenaan. Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoal surat yang dihantar Wan Azizah  kepada Sultan Selangor berhubung calon Menteri Besar itu.

Azmin, yang juga Adun  Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah  berkenaan calon Menteri Besar Selangor kelmarin didakwa dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Adun parti itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah Azmin mula cari fasal dengan PKR? Ada apa-apa rahsia di sebalik itu?

Najib & Cina: Sebelum & Selepas P'raya.

Sikap politik Najib dengan masyarakat Cina boleh ditunjukkan dengan aksi 2 ekor kucing diatas.

Rakyat sekarang sudah boleh berfikir dan menilai. Suasana tidak lagi sama seperti sebelum era internet apabila semuanya senang dikelentong. Sekarang ialah zaman maklumat dihujung jari. Setiap perbuatan, tingkah laku samada baik atau buruk boleh diketahui umum hanya dalam masa beberapa saat sahaja.

Kesimpulannya jika anda telah terpilih sebagai wakil rakyat, berkhidmatlah sejujurnya dengan penuh ikhlas. Sebab itu keputusan anda sendiri. Jika anda rasakan kurang berkemampuan, minta tolong dari rakan-rakan, pasti ramai yang akan membantu. Tetapi pastikan bukan atas dasar kronisma atau lain-lain agenda yang mempunyai kepentingan diri.

Ingat... walaupun anda cuba sorok, diluar sana masih ada yang 'Maha Mengetahui' dan mampu melihat seumpama melihat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap...

Note:
Petikan daripada facebook Tolahah Muda

Keputusan PRU13 Bukan ‘Tsunami Cina’ -Merdeka Center

Sila lihat 3 siri E-Buku IH: PRU 13.. Klik gambar..
E-Buku IH-72: PRU13 (3), Mengundi & Selepas..
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon.
E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah..
 E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah..
SHAH ALAM - Sementara keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih menguasai kerajaan Persekutuan, kajian awal Merdeka Center mendapati ‘tsunami pengundi Cina’ yang didakwa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tepat.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, secara umum tsunami seperti yang didakwa tidak tepat ekoran pengundi Melayu di bandar turut berubah memilih pembangkang daripada BN sebagai pemimpin kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil kajian mendapati ada kemunculan perbezaan mengikut kelas sosial masyarakat dan lokasi sesuatu kawasan yang dipertandingkan.

"...oleh kerana kami masih belum perolehi data secara terperinci, dakwaan ‘tsunami pengundi Cina’ kurang tepat.
"Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Sebelum ini, keputusan PRU13 diumumkan dan BN masih mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan. BN telah menang sebanyak 133 kerusi Parlimen dan PR menawan 89 kerusi. Kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat (PR) dilihat DAP menjadi sumbangan terbesar kepada perikatan itu apabila berjaya membuat penambahan sebanyak 10 kerusi daripada 28 kerusi Parlimen menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi kepada 38 kerusi.

Sementara itu, Pas dan PKR masing-masing berjaya meraih 21 dan 30 kerusi Parlimen. Dalam pada itu, Ibrahim memberitahu bahawa keputusan PRU13 tidak mempunyai perbezaan yang ketara daripada hasil kajian pada 3 Mei lalu. Beliau berkata, keputusan yang ditunjukkan melibatkan banyak kawasan BN menang dan PR tewas kesemuanya dengan perbezaan undi kecil.

Tambah beliau, keputusan itu sejajar dengan dapatan kajian bahawa perbezaan sokongan pengundi terhadap kedua parti politik sangat rapat dan sengit.

"... keputusan itu sebenarnya tidak jauh hasil kajian kerana kajian hanya dapat mengunjurkan peratusan undi popular, ini kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan anggaran jeumlah kerusi kasar.
"Kita dapati keputusan tidak jauh dari keputusan kajian," katanya.(SH)

Friday, May 10, 2013

Lebih Negeri 'Digelapkan' Dg Pertikai Putusan P'raya.

Lebih negeri akan 'digelapkan' mulai esok




Selepas kejayaan 'menggelapkan' Stadium Kelana Jaya, Selangor dengan lautan manusia berbaju hitam yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, pembangkang kini merancang meluaskan kempen itu ke lebih banyak negeri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok, mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok), Ipoh (12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).

NONE"PKR yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, perhimpunan yang dikenali "Black505" itu sebagai tanda penolakan terhadap dakwaan "penipuan pilihan raya" oleh Datuk Seri Najib Razak dengan pimpinan atasan SPR.

Beliau juga berkata, PKR menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya dan pasukan panel penyiasat yang diketuai beliau sendiri.

"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihan raya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Skop tugasan dan mekanismenya akan diumumkan esok.(Mk)

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz...

Oleh Dr Amirul Amin
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. 
Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.

5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.

Azmin Ali Nafi Akan Letak Jawatan & Keluar PKR

 
YB Azmin Ali meminta maaf kerana lewat memulakan sidang media kerana telah melakukan perjumpaan dengan kepimpinan PKR. Dalam pertemuan tersebut beliau menyatakan bahawa bukan berkata Azmin mahukan jawatan Menteri Besar.

Beliau turut mendakwa bahawa khabar-khabar angin beliau akan keluar daripada parti dimulakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa bilau tamakkan jawatan Menteri Besar Selangor. Jika benar dakwaan tersebut, beliau telah memegang jawatan itu sejak tahun 2008 lagi.

 
Selepas PRK Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memberitahu beliau supaya bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (sebagai MB) Tetapi saya katakan 'Tidak'.
Azmin Ali berkata rakyat Selangor telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Lebih banyak kerusi dimenangi dalam negeri ini kerana usaha kolektif. 
 

Lantaran itu Selangor memerlukan seorang Menteri Besar yang berkaliber. Seorang MB yang akan membuka pintu kepada rakyatnya. Rakyat Selangor menuntut kepimpinan yang responsif. Perlu ada satu proses untuk perlantikan MB Selangor. Bukan melalui nepotisme. Seseorang yang dilantik sebagai MB Selangor mesti mempunyai keberanian untuk membuat keputusan secara bebas.

 
Apa yang nyata Azmin Ali berkata "merupakan satu pembohongan apabila mengatakan saya akan menyertai UMNO. Mereka yang menyebarkan khabar angin ini boleh terus bermimpi bahawa dia akan meletakkan semua jawatan dalam parti, Ahli Parlimen dan ADUN."

 
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan.
Ketika ditanya wartawan siapakah YB daripada PKR yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin berkata tiada mana-mana YB dipanggil dan belum mengetahui siapakah yang akan tercalon.

 
Sumber dari SINI dan 15 minit sebelum sidang media diadakan sila lihat di SINI

MB S'ngor: Azmin, Zuraidah & Shuhaimi Perlu Sedar Tiada Perjanjian..


Azmin Ali mahu tinggalkan Pakatan Rakyat? Adalah dipercayai bahawa 11 tokoh kanan Pakatan, yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen  akan menurut jejak langkah Azmin. Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu, turut menarik perhatian, begitu juga dengan tweet pedas Azmin mengenai program tersebut.
Tiada perjanjian MB S'gor mesti PKR
TIADA perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS Negeri.
Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama. (Malysiakini)

Zuraida Nak Azmin Jadi MB S'ngor? Runding Baik-Baik.

Zuraida


SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu. Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.

“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.
“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas. Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti. Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga.

“PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?.
“Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Zuraida nak siapa jadi MB Selangor? Azmin. Rundinglah baik-baik.
(IH)

BN, Jom Mula Hisab Darah Rakyat. Ini..

 PENGGUNA

Selesai PRU 13, Kerajaan BN mula hisap darah rakyat..  melalui Barang Naik (BN)..
GST



SATU:

Cukai GST – Goods and Services Tax – cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah.

Ianya dikenakan ke atas barangan, juga perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan.termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. 


Setahu kita semuanya ditangguhkan dan tarikh untuk meneruskannya belum diumumkan. Tetapi dalam senyap-senyap, selepas BN menang pilihanraya ia terpampang dalam resit Tesco seperti di atas ini.. 

BN menang dengan rekod buruk pun, BN dah mula menipu dan menghisap darah rakyat. Tahniah kepada pengundi UMno BN!!

DUA:



Tiga: Coming  soon, Tunggu selanjutnya.. (IH)

Azmin: Sidang Di Hotel De Palma Tiada, Dah Dibuat Rahsia Di...




Ini adalah gambar kononnya sidang media Azmin dibuat di suatu tempat di rashiakan atas dasar keselamatan. Kononnya perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut..


Sebelum ini dimaklumkan Azmin Ali akan membuat sidang media esok di Hotel De Palma, Ampang kira-kira pukul 11 pagi bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Tapi, tetapi mmenurut satu sumber, tak jadi! (IH)

PRU 13: Kerjasama Muslimat & Non Muslimat Terjalin -Zailah.


Siti Zailah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Wang banyak tidak mampu beli hati rakyat
OTA BHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu menguasai hati rakyat khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei baru-baru ini.

Ini kerana menerusi PRU13 itu Umno BN gagal memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen. Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, ini membuktikan bahawa kepimpinan Najib tidak mampu menguasai hati rakyat dan pengundi walau pun beliau menabur banyak wang menjelang PRU13 termasuk BR1M.

Katanya, wang yang banyak tidak mampu membeli undi dan hati rakyat.

“Kita tengok pada mood perubahan rakyat dan kita tengok pada ‘undi popular’ diperolehi Pakatan Rakyat (PR), kita melihat pada PRU13 itu berlaku gelombang perubahan besar di kalangan rakyat.
“Justeru saya yakin, insya Allah, gelombang besar akan berlaku pada PRU14 nanti, memihak kepada PR, insya Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kg Sireh dekat sini hari ini.

Mengulas kerjasama dalam PR terutama di kalangan pimpinan wanita non-muslim termasuk Wanita DAP, beliau mengalu-alukan kerjasama yang terjalin khususnya dalam menangani PRU13.

“Pada PRU13 baru-baru ini, kita tengok sokongan kepada calon-calon Muslimat, bukan saja daripada kaum Melayu, bahkan sokongan dari kaum Cina dan India.

Ini, katanya menunjukkan bahawa Muslimat mendapat sokongan daripada pelbagai kaum.

“Oleh demikian, insya Allah saya yakin pada PRU14 nanti, kita akan buat kejutan yang lebih besar, bahawa suara Muslimat akan lebih ramai diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya. (Hrkh)

Pengundi Tambah Mendadak (22,043), Cara Selamtkan Najib


PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan. Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan pekan meningkat secara mendadak .

Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67 ribu sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47 ribu sahaja. Pertambahan lebih 20 ibu pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1 Malaysia yang diperkenalkan PM.

::.Banyaklah infrasruktur bagunan-bagunan kerajaan dan serbaguna serta komiditi lain perlu dibina selaras taraf bandaraya....huhuuuu (http://biaqpila.blogspot.com/sumber)

K'tan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru

 
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mewujudkan Institut Pemikiran Tok Guru sebagai usaha kerajaan negeri terus memperkasakan institusi ulamak di negeri itu. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, penubuhan itu juga sebagai satu pengiktirafan kepada jasa Bekas Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita juga mahu meraikan serta meletakkan jasa Tok Guru selama ini memimpin Kerajaan Kelantan sejak 1990 sehingga 6 Mei 2013.
“Objektif penubuhan institut ini ialah bagi mempastikan legasi Kepimpinan Ulama diabadikan dalam institusi selain menjadi rujukan dan pengembangan Dasar Membangun Bersama Islam dan UMI (konsep Ubudiyyah, Mas’uuliyyah dan Itqaan)," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10, Kg Sireh dekat sini pagi tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Mengulas lanjut, Ahmad berkata institut itu juga akan menjadi pusat penyelidikan (R&D) bagi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga berkata, biarpun Tok Guru Nik Aziz tidak lagi menjadi menteri besar, namun Tok Guru akan sentiasa dirujuk oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan nasihat dan pandangannya.

"Bahkan ianya diwujudkan supaya ikon Tok Guru  tidak hilang walau pun tidak menjadi Menteri Besar, namun Tuk Guru tetap ‘bergerak’, berkuliah, berceramah di samping kegiatan dakwah yang lain," katanya lagi.

Pejabat operasi Institut Pemikiran Tuk Guru itu dicadang diletakkan di Kompleks Pejabat SUK sebagai pejabat khas. Ianya akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang akan dibentuk.

“Perkara ini akan diangkat kepada pihak Kerajaan Negeri untuk urusan selanjutnya termasuk perbincangan aspek teknikalnya sebelum mendapat kelulusan pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” ujarnya. (Hrkh)

MB Bentang Padangan Potfolio Exco Kelantan


 

KL: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini. Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat

"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook. (Hrkh)

Exco: PAS Pulau Pinang Tidak Kecewa


 


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man tidak kecewa kerana tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk penggal ini.

Katanya, semua hak perlantikan ditentukan oleh Ketua Menteri dan terserah kepada beliau untuk menentukan siapa yang layak menganggotai barisan exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru.

"Saya tidak kecewa sebaliknya rasa syukur dan akan menjalankan kerja seperti biasa. Kerja sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp) akan ditingkatkan sejajar perkembangan terkini," jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Melalui program Maipp tambahnya, pelbagai rancangan telah dan sedang diatur untuk memartabatkankan Islam.

Tambahnya, kepada exco yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dengan baik demi menjaga rakyat selain memberi perhatian kepada agenda kerajaan negeri. (Hrkh)

DAP: Sertai BN atau Kerajaan Campuran Luas (BN/DAP/PKR/PAS)?


Kit Siang 'tak terlintas fikir ' saranan bersama BN
PEMIMPIN veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan cadangan tersebut.

"Beri (rakyat) masa untuk memberi pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.


Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan. Beliau mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan. (Malaysiakini)

Thursday, May 09, 2013

NiK Aziz Akan Lepas Jawatan P'jaya PAS K'tan

Datuk Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi maklumkan akan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Musyidul Am PAS. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, pagi ini.  Jawatan Pesuruhjaya PAS adalah di bawah kuasa Mutlak Presiden PAS tetapi dalam amalan sekarang Presiden PAS biasanya mendapatkan pandangan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri.

Menurut sumber TKOOffline

Benarkah Sultan K'tan Tolak Husam?

. 
Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz

Husam Musa
Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.
 
Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.

Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.

PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.

Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.

Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.

Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?

Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?

Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.

Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.

Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?

Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.

Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?

Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.

Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.

Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?

Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji.

Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS.

Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan.

Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu.

Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan.

Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam.

Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang.

Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan.

Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu.

Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja.

Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga.

Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak boleh diundurkan lagi. Hajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti. (TM-MSO)


Ada kaitan..
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

Husam Adalah Calon PM Bagi PAS


Oleh TKOOffline

Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini.

Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun.

Husam adalah kepimpinan PAS yang ada 'karisma'.. Tak banyak dalam PAS yang ada karisma. Dulu saya berpendapat dia mampu menebusi pengaruh Cg Pa (yang ada krisma juga.. tapi sekarang..). Walaupun saya tak 'suka sangat' kepada Husam kerana ada sedikit 'keegoan' oerganasasi... tapi itu pendapat peribadi.

Saya sebenarnya malas nak tulis pasal perkara ini, tapi bila terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, rasa nak tulis juga. (ruj. di sini)

Sayuti ini adalah penulis lama, tak ramai yang hidup tinggal sedikit sahaja lagi.  Mujur ada dia, boleh kita berperang idea pasal politik tanah air. Ada banyak penulis dan penganalisis politik lain yang baik tapi penulis ini bukan penulis blog.

Bila Sayuti menulis pasal Husam diketepikan. Saya rasa macam ada tak kena sahaja. Saya rasa Sayuti tak payah panaskan isu Kelantan. Tulisan Sayuti pasal Husam sebelum ini berjela-jela sudah bercanggah pula. Ramai orang komen bila kita berkawan, kita tak payah lah tulis berjela-jela pasal kawan kita.... Nanti tak ada orang nak berkawan dengan kita. Masa kita berkawan kita kata 'kentutnya wangi' tapi bila kita benci habis satu dunia tahu pasal kita 'kebel' (heboh) keburukan kawan kita itu.

Begitu juga tulisan Sayuti pasal calon parlimen di Perlis, Sayuti banyak menulis dan menyerang PAS Perlis. Ulama juga menjadi mangsa. Blogger Pakatan Rakyat terikut-ikut dan wujud polimik dikalangan blogger PR. Ini semua kerja tak bagus kalau kita sedang berperang dengan musuh.


PAS Perlis ada maklumat tentang penderian sebenar Dr Jaunda.. keraguan PAS Perlis terhadap calon cadangan PKR terbukti. Tapi PAS tak menjawab pada tulisan-tulisan dan tuduhan itu menjaga kehormanian dan suasana pada masa itu pula suasana hampir PRU. Jangan ingat PAS bodoh!!

Saya rasa pelik orang PAS berfikiran seolah-olah PAS satu organasasi bodoh dan lemah... tak ada apa-apa sekadar pak lebai di surau dan masjid.

Presiden PAS banyak kali penglibatan PAS kawasan pertikaian adalah demi menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sendiri... Kalau tak nak dengar cakap Presiden PAS takkan nak dengar cakap Presiden UMNO!!!

Yang saya pelik, orang PAS sendiri, puluhan tahun jiwa dalam PAS tapi masih anggap PAS tak ada kajian, tak ada gerak saraf atau "intelligent" tak ada kajian... itu sebab kalau ada kajian luar, nak 'sembah' kajian luar tersebut. Presiden PAS terkena terpias ini. Maaf saya tak kata kepada Sayuti pasal dia bukan ahli PAS.

Bukan sahaja Sayuti bercakap pasal Kelantan, ada juga blogger yang pernah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz membangkit pasal perkara ini. Kaitkan pula dengan "Geng Perpaduang".


Dulu saya ingat orang UMNO sahaja yang suka bangkit perkara lama yang sudah berkubur. Misalnya pasal solat dua iman, pasal tak makan sembelihan UMNO. Pasal itu di Terengganu gambar Lim Kit Siang Peluk TGHH masih menjadi bahan kempen UMNO Terengganu.

Rupanya dalam blogger pakatan ada juga pemikiran UMNO. Baju aje blogger Pakatan Rakyat tapi hidup dan cara berfikir tak saling tumpah macam UMNO.
Husam cool aje dalam hal ini, walaupun ada sedikit terasa..

Husam telah membuat kenyataan media meminta isu beliau tidak dikekalkan sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Hanya macam biasa ada sedikit Husam tak puas kerana dia tidak diberitahu dan tidak dimaklumkan dalam hal ini. Mengikut Husam sepatut adakan mesyuarat dulu di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu.

Yang lain-lain tak payah nak tambah "COLOUR" dan jangan babit kumpulan itu kumpulan ini seolah-olah ada konspirasi besar nak jatuhkan Husam... NI MESTI ADA UG KELANTAN KE!!!

Tak hairanlah satu kajian post-mortem PAS sebelum ini (2008) ada menyebut 5% punca kekalahan PAS melibatkan individu tertentu adalah disebabkan persepsi buruk blogger pakatan rakyat sendiri.

Saya tak tahu berapa peratuskan peranan blogger Pakatan Rakyat menyumbang kepada kekalahan PAS Kedah.. Kalau kita anggap PAS Kedah itu ISLAM DAN PERJUANGAN Islam adakah kita rasa kita tak bertanggungjawab disisi Allah dalam hal ini??

Melainkan kita anggap PAS KEDAH di bawah Ustaz Azizan tu SAMA MACAM UMNO.. kita berkewajipan menjatuhkannya. Sedar atau tak sedar semua kita akan dihitung setaip perbuatan kita. Kita boleh menegur tapi bukan menjadi kewajipan kita untuk menaik dan menjatuhkan seseorang.

Berikanlah Kelantan bergerak dulu dengan kepimpinan baru.. jangan kita rosakknya sebelum dia mula melangkah tapak!! (TKO)


Ada kaitan...

Keadaan Ustaz Azizan Terkini Stabil!! Alhamdulillah




Keadaan Ustaz Azizan Razak terkini adalah stabil. Bekas Menteri Besar Kedah, yang kini berada di Hospital Pulau Pinang. Mari kita doakan beliau cepat sembuh. "Ya Allah, berilah kesihatan kepada Ustaz Azizan Razak, permudahkanlah kepadanya. Berilah kesembuhan kepadanya agar dapat terus berjuang memartabatkan Islam di Tanah Air Malaysia tercinta ini "




Manakala Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).


Baginda berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan Shafinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man. 


Antara pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.
(IH)

Lebih 100,000 Sertai 2 Himpunan Bantah Penipuan PRU 13

KELANA JAYA: Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya (gambar di atas) bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum  ke 13 baru-baru ini. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu. Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi. Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.

Di RUSILA, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
 Himpunan di perkarangan Masjid Rusila, Marang
 Tan Sri Muhamad Mohd Taib berdepan dengan puluhan ribu di Dewan Tok Guru, perkarangan Masjid Rusila malam ini

Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu. Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi. Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.

Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai kecacatan pilihan raya ini. Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam ini untuk mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.



Video Berkaitan

1) Klik untuk lihat video yang dirakamkan di perseklitaran stadium Kelana Jaya ini.
2) Klik untuk saksikan keadaan dalam stadium.

(IH)

Pam Lebih Besar Dari Kenderaan, Tiada Minyak Pun!




lu orang sendiri boleh pikir beb...

http://karatijau.blogspot.com, 08 Mei 2013
JOM KREATIF

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Wednesday, May 08, 2013

Benarkah Ada Bantahan Sokong Husam Seperti Berita Bernama Ini?

 KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.

Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.

Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur. - Bernama
 

MB K'tan Jelaskan, Mengapa Nama Husam Tersingkir?



KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. (SH)