Oleh Johari Jaafar
Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
KEMENANGAN BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan
yang boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi
Menteri Besar Perak, Dato’ Zambry Abdul Kadir.BN cuma menang dengan
kelebihan 3 kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada
PRU12 lalu. Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28.
Sekarang
terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak
menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN “melompat” ke Pakatan
Rakyat. Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan,
tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang,
Changkat Jering dan Behrang “melompat” parti menjadi Adun bebas. Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.
Pilihan
raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti Lubok
Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama
(619). Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila
baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen
di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri
itu. Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.
Menurut
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,
petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya
penipuan pilihan raya. Antara penipuan yang dikesan termasuk
warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi
yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding
undi majoriti.
Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga
daripada pitesyen itu berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan
semula di kawasan berkenaan. Memandangkan “mood” rakyat yang kian
bergelora dengan slogan Pakatan Rakyat “Ini kali lah” pastinya BN cukup
sengsara untuk memenangi semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan
Pakatan Rakyat menerajui semula negeri ini.
Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat.
Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.
Jika
diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola
pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang
dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai
70 peratus pengundi Melayu.
Perkembangan yang berlaku
menyaksikan berlakuknya pertambahan pengundi yang mendadak di Dun
Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima tahun ini. Di Manjoi,
pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir
Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata luar biasa
bagi sebuah kawasan kampung. Ini yang menjadi tanda-tanda bagaimana
boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak.
Pada pilihan
raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh peratus sahaja,
begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata biasa
pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6
peratus. Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang
mendadak menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua
kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.
Pada pilihan
raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh PAS, tetapi kali
ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di kawasan itu, Jika
dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan, antara punca
kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463. Calon
PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd Azhar
Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718,
berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.
Pada
pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada jumlah
undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar
Jamaluddin. Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu
kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti.
WARTA UTARA ONLINE
Saturday, May 25, 2013
SuaraRakyat505. Berjalan Lancar Hingga Selesai.
LAPORAN LANGSUNG Malaysia Kini..
11.45pm: Selepas tujuh jam, perhimpunan Suara Rakyat 505 berakhir dengan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.
Sebelum itu, pengacara Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, membayangkan terdapat perhimpunan yang jauh lebih besar sedang dirancang.
Sewaktu menutup majlis beliau menyeru orang ramai mendaftar diri sebagai relawan Suara Rakyat 505 di laman Facebook gerakan itu dan mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.
"Rakyat akan bergerak ke pejabat SPR sehingga SPR dibubarkan," katanya.
11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata beberapa perancangan Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan.
Apapun, Anwar (kiri) berkata, Pakatan tidak akan berputus asa dan BN-lah yang sepatutnya menerima kekalahan.
Menurutnya, White House mengucap tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syara pilihan raya mestilah bebas dan adil.
"Sebab itu SPR mesti letak jawatan sekarang! Sekarang! Sekarang!" katanya.
Beliau berkata Isnin adalah hari terakhir bagi orang ramai membuat laporan polis mengenai penipuan pilihan raya dan menggesa mereka berbuat demikian, terutamanya mengenai "dakwat kekal" yang boleh ditanggal.
"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya.
Beliau berkata, masih ada beberapa lagi perhimpunan Blackout 505 yang akan diadakan.
"Adakah kita teruskan atau berhenti di sini?" beliau bertanya orang ramai menjawab, "Teruskan!".
Beliau kemudian berjanji bahawa sebaramg gerakan rakyat akan dilakukan secara aman.
11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.
Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.
Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.
Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.
10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.
"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal.
"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.
"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.
"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.
"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.
10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.
Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.
"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris.
10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.
"Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.
10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap.
Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.
Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.
9.45pm - MP Pandan Rafizi Ramli (kiri) berkata tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya.
Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.
"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.
"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya.
Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0.
9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.
9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.
9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.
Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.
9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.
Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".
"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.
9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.
8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.
7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur.
7.15pm - Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.
Badrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:
1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.
Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.
6.45pm - Aktivis pelajar KS Bawani, yang menjadi terkenal kerana ungkapan "Listen, listen, listen" yang turut berucap, menggesa hadirin supaya mengajak rakan-rakan dan saudara-mara mereka supaya menyertai perhimpunan untuk menegakkan hak rakyat.
6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.
6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.
Leman dalam ucapannya turut mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.
6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.
6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.
Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.
5.40pm: Imam masjid yang dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan.
"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.
5.30pm: Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.
5.27pm: Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.
“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.
5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah.
Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.
Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelantan Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.
Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.
"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.
4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.
Individu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.
4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.
Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.
4.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang.
Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.
Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.
Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar.
3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.
Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.
Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan.
Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.
Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon.
Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah.(IH/MK/Dll)
SuaraRakyat505, Kalau Kecuh, Siapa Mula?
KL: JAM sudah 5 petang, sebelum itu, dilaporkan keadaan jalan raya menuju ke Padang Timur (Amcorp Mall) iaitu tempat himpunan dijadual berlangsung, masih lagi lancar. Kalau berlaku kecuh juga sebentar lagi selepas ini, kita lihat sipa yang mulakan.
Ada peserta sudahpun tiba di tempat himpunan itu lebih awal dan memaklumkan sehingga jam 3 petang ini tiada sebarang sekatan jalan raya oleh pihak polis di jalan menuju ke situ. Kemeriahan himpunan ini juga sudah mula terasa apabila semakin ramai kini sedang menuju ke padang tersebut.
Para peniaga antara yang paling awal mengambil tempat di tepi padang dan mula membuka gerai seawal tengah hari tadi. Pelbagai barangan dijual bukan sahaja makanan dan minuman, malah juga termasuk barangan lain seperti baju, pengikat kepala dan lain-lain yang berkaitan dengan himpunan hari ini. Himpunan hari ini adalah anjuran gabungan NGO bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Selain wakil parti politik dan aktivis, penganjur juga turut menampilkan individu yang mengalami secara langsung penipuan pada PRU13 lalu. Mereka dijangka akan berucap bagi berkongsi pengalaman tersebut kepada orang ramai yang hadir.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan hari ini dengan cara bijaksana dan berhemah. Bercakap dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi beliau turut berpesan agar peserta himpunan tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis," katanya. (IH)
N/Aziz Jawab T/Preiden UMNO, Jadikan BN Parti Tunggal..
Nik Abd Aziz
KL: Ini, kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai
cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin..Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.
Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.
PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.
Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong.
Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.
Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
Kesedaran Bagus... Ramai Artis Wanita Berhijab -Nur Heliza Hellmi,
NUR Heliza Hellmi, pengacara, pelakon, penyanyi, model iklan dan penceramah motivas, ketika ditemui ketika menjayakan rakaman program bual bicara 13 episod, Al-Cuit Sikit terbitan Vision Works (M) Sdn Bhd untuk TV AlHijrah (TVAH), menjawab pertanyaan mengenai pemakaian hijab dalam kalangan kebanyakan artis wanita tempatan kini..
Katanya, "Saya melihat ia kesedaran yang sangat bagus apabila semakin ramai artis wanita berhijab. Itulah yang diinginkan dan ia juga menandakan betapa industri hiburan tanah air kini ke arah perubahan positif,” katanya.
Berbicara pula mengenai fesyen berhijab, Heliza berkata fesyen adalah harus dalam Islam. Apa yang pasti, setiap pakaian dipakai itu haruslah mengikut garis panduan sudah ditetapkan. Ujarnya, perkara yang perlu diberi perhatian bagi seorang wanita yang menutup aurat itu antaranya haruslah baju dipakai itu tidak terlalu ketat, serta labuh menutupi punggung.
Berusia 27 tahun, Heliza mula dikenali ramai selepas menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia 5 pada 2007 lalu. Walau pun hanya memenangi tempat keempat, namanya begitu diingati peminat kerana menjadi satu-satunya peserta wanita bertudung.
Menjawab mengenai pembabitannya secara aktif di dalam Usrah Fitrah yang disertai golongan artis tempatan, Heliza berkata penyertaannya bersama Usrah Fitrah bersandarkan niat ‘makanan untuk rohani’.
“Menerusi Usrah Fitrah, kami lebih banyak belajar mengenai agama dan ia sememangnya dituntut sebagai makanan rohani kita yang dijadikan bekalan untuk akhirat kelak." Jelasnya.
Berbicara soal jodohnya, dia yang sentiasa tersenyum memaklumkan biarlah semuanya ditentukan Allah. Ujarnya, dia tetap yakin bahawa Allah sudah merancangkan jodoh untuknya. Cuma, bersabar dan terus menunggu. (IH/Sumber myMetro)
Hari Wesak & Persoalan Buddha Gautama Seorang Muslim
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
HARI ini, hari Wesak. Disambut meriah di Malaysia.
Hari Wesak, menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.
Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
HARI ini, hari Wesak. Disambut meriah di Malaysia.
Hari Wesak, menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.
Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada
waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan
oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi
dan Sarikata (relik Buddha).
Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
- Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
- Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
- Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para
sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung
merpati.
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
- Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
- Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
- Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Buddha Gautama seorang Muslim, bahkan seorang Nabi..
Ini, bukti-bukti yang diberikan.
Satu: Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli AS. Di dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yang mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik.
Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri bererti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
Dua: Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad saw.
Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.
Siapakah Nabi Zulkifli (Buddha)?
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata. ”Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu, beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar.”
Siapakah Siddhartha Gautama?
Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.
Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.
Maksud Istilah Buddha.
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha ertinya bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha.
Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti “dari tempat yang tinggi”; kerana itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha.
Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
Ringkasan Kisah Siddartha Gautama.
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bedakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta. Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua.
Iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung. Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan.
Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’. Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan.
Yang menjadi hairan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan, hingga tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta. Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pohon (Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.
Persamaan Nabi Zulkifli Dengan Siddartha Gautama
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;
- “Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri. Maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
- “Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).
- “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).
“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli AS. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.
Yang menarik perhatian saya, ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad SAW., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa AS., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.
Bila Allah berfirman:
- “Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin.”
- Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha),
- Zaitun (Nabi Isa AS),
- Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa)
- dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad SAW.
Mari kita sama-sama fikirkan. Namun HANYA ALLAH YANG MAHA
MENGETAHUI. Wallahu'aklam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Friday, May 24, 2013
Kilang Baja, Boleh Jadi Bom Nukear?
JOM KREATIF
SEBUAH kilang baja di Texas, Amerika Syarikat, meletup minggu lalu. Akibatnya, paling sedikit 35 orang meninggal serta ratusan luka-luka. Selain itu, sejumlah bangunan hancur dan mengalami rosak teruk. Menurut petugas keselamatan, kuatnya ledakan itu setara dengan percubaan bom nuklear.
Wah! Hebat lagi kreatif... Kilang baja sama dengan bom nuklear. Huu...
(IH)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
SEBUAH kilang baja di Texas, Amerika Syarikat, meletup minggu lalu. Akibatnya, paling sedikit 35 orang meninggal serta ratusan luka-luka. Selain itu, sejumlah bangunan hancur dan mengalami rosak teruk. Menurut petugas keselamatan, kuatnya ledakan itu setara dengan percubaan bom nuklear.
Wah! Hebat lagi kreatif... Kilang baja sama dengan bom nuklear. Huu...
(IH)
Lihat kisah-kisah kreatif dalam..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
Jangan Lupa, “SuaraRakyat 505” Bersama PAS, Esok!
KL: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam. Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.
Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan. Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.
Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim. Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.
"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.
Himpunan Black505 T'ganu, Datuk Husam Musa Di Sini!
K/Terengganu: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir. Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.
Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.
Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim.
Katanya, tindakan tangkapan serta memberi amaran akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mahu berhimpun membantah penipuan pilihan raya, menunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam keadaan panik.
"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudag tunjuk belang.
"Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.
"Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.(Hrkh)
Rampas Tabloit Pembangkang BN (KDN) Guna Strategi 'Mahafiraun'..
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
KDN dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.
Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.
"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah strategi baru BN, setelah agak kecewa dengan keputusan PRU 13. Strategi .kelunakan' zaman PM Pak Lah kembali bertukar ke zaman 'primitif dan 'mahafiraun' seperti yang diamalkan sebelumnya.
Video Sempena Hari Wesak: Islam, Buddha & Perpaduan Kaum Di M'sia
'Allah Melihat Saya, Itu Saja...' -Marilyin Mornington Peluk Islam
“ALLAH Swt melihat saya, itu saja. Sejak itu, tanpa saya inginkan,
saya terus bertemu dari satu orang ke orang yang lain, yang mengarahkan
saya pada jalan dimana tidak ada tempat buat saya kembali menengok
ke belakang lagi.
Semakin saya tahu tentang Islam, tentang Nabi Muhammad
Saw., menjadi semakin jelas buat saya bahawa inilah yang saya inginkan,
tempat dimana saya ingin berada.. dan inilah apa yang saya ingin yakini.”
MARILYIN Mornington adalah hakim daerah di England, pensyarah bertaraf internasional dan penulis di bidang hukum keluarga dan kekerasan dalam rumah tangga.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
Ini Rumah Pemimpin PAS K'tan Yang Mewah?
Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf Bharu...walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan
SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.
Suatu sore, seminggu selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa, justeru saya tak terkejut.
Sebuah rumah kayu (papan) beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit, langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.
Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.
Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.
Realitinya, bukan itu saja, bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga.
Bahkan ada di antara ahli Exco Kerajaan Kelantan sendiri sehingga kini menumpang di rumah orangtuanya setelah menjual rumah mewah di Kuala Lumpur yang dibeli ketika sebelum terjun bidang politik. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah juga punya rumah kediaman yang dibina dari kayu tinggalan almarhum ayahnya yang bersambung dengan masjid.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah tinggal di rumah kecil dalam kawasan pondok Pasir Tumboh dengan sejumlah keluarga yang ramai. Adun PAS Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, sesiapa yang pernah melihat rumahnya, pasti tertanya-tanya; apakah benar ini rumah Yang Berhormat Wakil Rakyat?.(Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mewah membazirkah rumah-rumah mereka? Bandingkan dengan rumah PM, Ketua BN Sarawak dan lain-lain..Fikir-fikirlah!
Thursday, May 23, 2013
Chegubard: Himpunan Sabtu Ini Tetap Diteruskan
Di
sebalik tangkapan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, perhimpunan
mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Sabtu ini di
Petaling Jaya akan tetap diteruskan, kata penggerak utamanya Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM).
Pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan "SuaraRakyat505" itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan.
"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Dalam kenyataan hari ini, Badrul juga mengutuk keras "tindakan tidak bertamadun" pihak berkuasa membuat tangkapan demi tangkapan bermula sejak aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dicekup minggu lalu.
"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.
"Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya. (MK)
Pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan "SuaraRakyat505" itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan.
"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Dalam kenyataan hari ini, Badrul juga mengutuk keras "tindakan tidak bertamadun" pihak berkuasa membuat tangkapan demi tangkapan bermula sejak aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dicekup minggu lalu.
"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.
"Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya. (MK)
20,000 Muslim Sabah Nikah Rakyat Asing.. Al-hamdulilah.
KOTA
KINABALU : Perkahwinan di antara orang Islam Sabah dengan rakyat asing
semakin meningkat semenjak tahun 2000, berjumlah hampir 20,000
perkahwinan sepanjang 13 tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI)
berkenaan pendatang haram diberitahu kelmarin.
Menurut Baharuddin
Alwi, ketua pendaftar perkahwinan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Sabah hari ini, terdapat 8,859 perkahwinan Islam diantara lelaki asing
dengan wanita tempatan di Sabah dari 2000 sehingga Oktober 2012,
termasuk 10,922 perkahwinan Islam diantara wanita Islam dan lelaki
tempatan pada masa sama, menjumlahkan 19,781 perkahwinan.
“Kebanyakan isteri asing adalah warga Indonesia dan Filipina,” kata Baharuddin kepada RCI kelmarin.
Beliau menambah, suami asing pula terdiri daripada rakyat Filipina, Afghanistan, Algeria dan Bangladesh.
“Peningkatan
angka dalam populasi disebabkan oleh rakyat asing berkahwin dengan
warga tempatan,” kata pegawai penggendali Datuk Azmi Ariffin menerangkan
relevan testimoni Baharuddin dengan terma dan syarat RCI mengenai kesan
pendatang di Sabah.
Sebanyak 28 peratus daripada 3.2 juta rakyat Sabah adalah warga asing, menjumlahkan sebanyak 889,000 orang.
Dr
Maria Suleiman, timbalan pengarah prinsipal (Epidemiology) di Jabatan
Kesihatan Sabah memberitahu semalam dari tahun 2000 sehingga 2011,
rakyat asing telah melahirkan 122,882 bayi di hospital kerajaan, purata
25 peratus daripada kelahiran keseluruhan pada 2011.
Baharuddin
mengatakan hari ini angka perkahwinan diantara orang Islam di negeri
Borneo itu meningkat dari 399 pada tahun 2000 ke 2,545 dalam sepuluh
bulan pertama pada 2012.
Beliau
menambah, terdapat perkahwinan Islam yang melibatkan gadis berumur 13
tahun dan 14 tahun akan tetapi tidak memberikan angka spesifik.
The
Star Online melaporkan hari ini Jabatan Peguam Negara akan meneruskan
pendakwaan kes rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud yang mana
kesnya digugurkan selepas mangsa berusia 13 tahun itu menarik balik
laporan polis di Sabah.
Baharuddin juga memberi keterangan hari ini warga asing perlu mempunyai dokumen sah sebelum mengahwini rakyat tempatan.
“Mereka mesti mempunyai pas lawatan sosial dan bukan pas bekerja,” katanya. (Sabahkini net)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, baik dari rakyat Islam di negara atau negeri lain hanya kahwin saja tampa nikah sah secara Islam.
A. Hadi Awang Di Temuramah Secara Live Di Tv Turki
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam muncul secara live dalam sebuah program bual bicara di saluran TV5 stesen televisyen Turkey.
Wawancara selama 45 minit itu antara lain cuba mendapatkan pandangan Tuan Guru Abdul Hadi terhadap beberapa isu berkaitan negara Islam dunia termasuk isu ekonomi, sosial, kesatuan negara-negara Islam, dan hubungan dengan negara haram Israel.
Selain itu, beliau juga turut ditanya berhubung pengalaman politik PAS di Malaysia.
Wawancara tersebut dikendalikan moderator dalam bahawa turkey yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa arab oleh seorang penterjemah sebelum dijawab oleh Presiden PAS.
Tuan Guru Abdul Hadi berada di Turki atas jemputan untuk menghadiri Kongres Kesatuan Negara-negara Islam Antarabangsa "A New World And Just Order" kali ke-22 yang berlangsung di Istanbul.
Turut serta pada rombongan itu setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta wakil-wakil dewan termasuk wakil Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan wakil Dewan Pemuda PAS Adram Musa.(Hrkh)
Komen: TV1, TV2, dan lain-lain TV Malaysia sepatutnya memberi peluang yang sama kepada PAS untuk menjawab apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepada PAS.-
Tian, Haris, Tamrin Pula Ditahan
Tian, Haris, Tamrin pula ditahan
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.
"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini. Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan. Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar. Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa. Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia. (Mk)
Berduaan Begini Dalam Kereta, Salahkah?
KULIM - Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.
Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.
Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.
"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.
"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.
Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.
"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan dekat-dekat dengan nzjis zina, ertinya belum berzina lagi, itupun dilarang. Bagaimana dalam pandangan Islam?
Firman Allah SWT
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
- “Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا
Dan janganlah kalian mendekati zina.
Contohnya, Al-Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, iaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)
Dan banyak lagi ulasan ulama mengenai hal ini...
Hal-hal yang menghantarkan seseorang kepada perbuatan najis zina
Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin. Islam menutup rapat-rapat semua celah yang dapat menghantarkan seorang hamba kepada kejelekan dan kebinasaan. Atas dasar ini, disaat Allah subhanahu wata’ala melarang perbuatan zina, maka Allah subhanahu wata’ala melarang semua perantara yang menghantarkan kepada perbuatan tersebut. Disebutkan dalam kaedah fiqih:
وَسَائِلُ اْلأُمُورِ كَالْمَقَاصِ
Perantara-perantara seperti hukum yang dituju.
Zina adalah perbuatan haram, maka semua perantara/wasilah yang dapat menghantarkan kepada zina juga haram hukumnya. Diantara perkara yang dapat menghatarkan seseorang kepada zina adalah:
1. Memandang wanita yang tidak halal baginya
Penglihatan adalah nikmat Allah subhanahu wata’ala yang sejatinya disyukuri hamba-hambanya. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):
- “Dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (An-Nahl: 78).
Pandangan adalah penyebab menuju perbuatan zina. Atas dasar ini, Allah subhanahu wata’ala memerintahkan hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):
- “Katakanlah (wahai nabi), kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka.” (An-Nur: 30-31)
Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Ini adalah perintah Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mereka menundukkan pandangan-pandangan mereka dari apa yang diharamkan. Maka janganlah mereka memandang kecuali kepada apa yang diperbolehkan untuk dipandangnya. Dan agar mereka menjaga pandangannnya dari perkara yang diharamkan. Jika kebetulan pandangannya memandang perkara yang diharamkan tanpa disengaja, maka hendaklah ia segera memalingkan pandangannya.
Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dalam Shahihnya dari shahabat Jarir bin Abdullah Al-Bajali radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku bertanya kepada baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang pandangan secara tiba-tiba, maka beliau memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/399)
Manakala perbuatan zina bermula dari pandangan, Allah subhanahu wata’ala menjadikan perintah menahan pandangan lebih dikedepankan berbanding menjaga kemaluan. Kerana semua kejadian bersumber dari pandangan. Sebagaimana api yang besar bermula dari api yang kecil. Bermula dari pandangan, lalu terbetik di dalam hati, kemudian melangkah, akhirnya terjadilah perbuatan zina. (Lihat Al-Jawab Al- Kafi, hal. 207)
2. Menyentuh wanita yang bukan mahramnya
Menyentuh wanita yang bukan mahram adalah perkara yang di anggap biasa dan lumrah ditengah masarakat kita. Disedari atau tidak, perbuatan tersebut merupakan pintu syaitan untuk menjerumuskan anak Adam kepada perbuatan fahisyah (keji), seperti zina. Oleh kerana itu, Islam melarang yang demikian itu, bahkan mengancamnya dengan ancaman yang keras. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لأَنْ يَطْعَنَ فيِ رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ
- “Seorang ditusuk kepalanya dengan jarum dari besi adalah lebih baik ketimbang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Ath-Thabarani, no. 16880, 16881)
Dalam hadits lain dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَاْلأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
“Ditetapkan atas anak cucu Adam bahagiannya dari zina, akan diperoleh hal itu tidak mustahil. Kedua mata zinanya adalah memandang (yang haram). Kedua telinga zinanya adalah mendengarkan (yang haram). Lisan zinanya adalah berbicara (yang haram). Tangan zinanya adalah memegang (yang haram). Kaki zinanya adalah melangkah (kepada yang diharamkan). Sementara hati berkeinginan dan berangan-angan, sedang kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Muslim no. 2657)
3. Berkhalwat (berduaan) di tempat sunyi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memperingatkan dalam haditsnya yang agung:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
- “Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah setan.” (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad)
Termasuk berkhalwat (yang dilarang) adalah berkhalwat dengan pemandu kereta. Yakni jika seseorang mempunyai driver pribadi, sementara dia mempunyai isteri atau anak perempuan, tidak boleh baginya membiarkan isteri atau anak perempuannya pergi berduaan bersama pemandunya, kecuali jika disertai mahramnya. (Lihat Syarah Riyadhus Shalihin Asy-Syaikh Al-’Utsaimin, 6/369)
4. Berpasangan atau pacaran
Berpacaran adalah suatu hal yang lumrah di kalangan muda-mudi sekarang. Padahal, perbuatan tersebut merupakan suatu perangkap syaitan untuk menjerumuskan anak cucu Adam ke dalam perbuatan zina.
Dalam perbuatan berpacaran itu sendiri sudah mengandung sekian banyak kemaksiatan, seperti memandang, menyentuh, dan berduaan dengan wanita yang bukan mahramnya, yang juga merupakan zina mata, lisan, hati, pendengaran, tangan, dan kaki.
Itulah diantara hal-hal yang dapat menghantarkan anak cucu Adam kepada perbuatan zina. Barangsiapa menjaganya, selamatlah agamanya, insya Allah. Sebaliknya, barangsiapa lalai dan menuruti hawa nafsunya, kebinasaanlah baginya. Kita berlindung kepada Allah dari kejelekan diri-diri kita. Amin.
Wallahu a’lam bishshowab. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)