Saturday, June 01, 2013

Kisah Misteri Treler Arak RM300,000 Disamun Di Ulu Bernam..

Treler bawa arak RM300,000 disamun

Superintendan Norel Azmi Yahya Afendi

HULU SELANGOR: Sebuah syarikat minuman keras nyaris kerugian RM300,000 apabila treler membawa 20 palet minuman terbabit dilarikan dua lelaki dalam kejadian di Hentian Rehat Ulu Bernam, arah utara, kelmarin.

Sebelum itu, pemandu treler yang membawa muatan minuman keras itu bertolak dari Shah Alam ke Alor Setar, Kedah, kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu, dan berhenti di kawasan hentian rehat itu pada jam 1.15 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendi berkata, menurut pemandu treler itu, dia terjaga kira-kira jam 4.30 pagi apabila tingkap sebelah pemandu dipecahkan oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan memakai topi serta berjaket. Beliau berkata, dua suspek itu terus menutup muka pemandu berusia 41 tahun itu dengan kain dan mengarahkannya meniarap di belakang tempat duduk.

Menurutnya, seorang daripada suspek memandu treler terbabit hampir satu jam, sebelum meninggalkan pengadu di kawasan rumah kongsi di Bangi.
"Pengadu bernasib baik kerana terdapat pasangan warga Indonesia yang tinggal di situ membantu membuka ikatan tangannya. Pengadu membuat laporan di Balai Polis Bangi," katanya menerusi SMS, semalam.

Norel Azmi berkata, susulan itu, polis buat semakan ke atas CCTV di plaza tol dan berjaya mengesan treler terbabit melalui tol Behrang dan masuk ke jalan lama menghala ke Kuala Lumpur. Katanya, polis juga berjaya menjejaki treler itu di Taman Malam Indah, Kerling, di sini, menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) kenderaan itu.

Menurutnya, hasil maklumat awam, polis menemui treler terbabit di Taman Sentosa Ria, Klang, pada jam 6 petang hari yang sama. Katanya, beberapa petunjuk, termasuk enam kesan cap jari, dijumpai pada treler itu. (SH)

Komen Weblog Ibn Hasyim: Apa misterinya? Misterinya, adalah pihak-pihak yang terlibat kes-kes membentu kelahiran arak ini dilaknat oleh Rasululah SAW. Tidak takut dengan laknat Allah dan Rasul, jadilah macam iblis.

Terlibat bagaimana? Sebuah hadis..

 "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, 
  • orang yang memerah arak, 
  • orang yang diminta arak diperah untuknya, 
  • orang yang meminumnya, 
  • orang yang membawanya, 
  • orang yang meminta dibawa arak kepadanya, 
  • orang yang memberi minum arak kepada orang lain, 
  • orang yang menjual arak, 
  • orang yang mendapat hasil daripada arak ,
  • orang yang membeli arak, 
  • orang yang meminta dibelikan arak untuknya"
Sedikit huraian, 10 golongan yang dilaknat itu ialah..

Satu: Pemerah arak: Iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur, bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya, upah atau gaji yang diterima itulah dilarang.

Kedua: Meminta diperahkan arak untuknya. Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran.

Ketiga: Peminum arak. Orang yang meminum arak walaupun setitik atau tidak mabuk, hanya cuba-cuba .perbuatan itu juga dilarajng.

Keempat: Pembawa arak. Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/ kedai makan / hotel /dsb. Ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori atau treler yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat lain. Juga pihak tertentu yang mengawal keselamatan, juga dilarang.

Kelima: 'Meminta dibawakan arak kepadanya' bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Juga salah.

Keenam: 'Memberi minum arak kepada orang lain' bermaksud seseorang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya. Contohnya, seseorang Muslim membelanja minum rakannya non Muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu juga dilarang.

Ketujuh: Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya.

Kelapan: Orang yang mendapat hasil dari arak. Hal ini agak luas. Pemegang saham, termasuk kerajaan, individu dan sesiapa yang terlibat.

Kesembilan
: Orang yang membeli arak bermaksud pembeli arak samada untuk diminum atau tidak. Dan..

Kesepuluh: Orang yang meminta dibelikan arak untuknya. Ertinya dia suruh orang lain membeli, pun salah juga.

Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira. Itulah misteri yang perlu diambil tahu dan dihindarkan, kalau kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.

Nasib Baik MB S'ngor Baik, Sanggup Maafkan B/Pengerusi GERAK



KL: Nasib baik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim orang yang baik, tidak pendendam, sanggup menerima permohonan maaf bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus secara terbuka dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi.

“Saya menerima permohonan maaf beliau dan berharap beliau dapat meneruskan usaha sebagai seorang yang minat dalam bidang politik.

“Dengan cara itu, kita telah menunjukkan bahawa keadilan itu adalah satu usaha berterusan dan saya anggap pengajaran ini akan menguatkan lagi kualiti hidup beliau sebagai seorang yang percaya pada keupayaan diri sendiri,” katanya dipetik Selangorku ketika ditemui di luar bilik Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Ini ekoran daripada Mohd Nazree semalam membuat permohonan maaf kepada beliau atas dua tuduhan pada 2009.

Permohonan maaf pertama merujuk kepada kenyataan Mohd Nazree sebelum ini yang mendakwa Abdul Khalid menyalahguna kuasa dan menggunakan wang awam untuk membiayai penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadi beliau.

Manakala permohonan maaf kedua adalah merujuk kepada dakwaan Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang Kerajaan Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 bagi majlis Hari Raya Aidiladha di kawasan Bandar Tun Razak.

“Sesungguhnya dengan suci hati dan tulus ikhlas, saya memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dua kenyataan yang saya keluarkan selaku Pengerusi Gerak bertajuk ‘Kenyataan Media Gerak Malaysia: Tentang Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’ bertarikh 21 Januari 2009 dan ‘Kenyataan Media Gerak Malaysia: Laporan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’ pada 3 Februari 2009.

“Saya mengaku bahawa kedua-dua kenyataan media ini telah mencemarkan, menjejaskan serta menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan intergriti beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap beliau. Saya berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah di masa akan datang,” katanya.

Mohd Nazree membaca permohonan maaf itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Dr Badariah Sahamid. Beliau yang merupakan defendan dalam kes tersebut turut bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu di muka hadapan akhbar Sinar Harian dalam tempoh 14 hari.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Mohd Nazree melalui peguam beliau, Sankara Nair. Tindakan itu berikutan keengganan Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu.(IH)

Sungai Rejang, Tali Putus 2 X...

Foto 
PASUKAN Marin Polis cuba menarik bot ekspress yang karam.

Belaga: Usaha menarik keluar bangkai bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam Bungan, Sungai Rejang, di sini, yang memasuki hari keempat semalam, gagal dan ditangguhkan hingga Isnin ini.
Operasi ditangguhkan selepas dihentikan jam 4 petang semalam berikutan kegagalan mengapungkan bot berkenaan dengan bantuan dua tongkang berkuasa tinggi.

Arus Sungai Rejang yang terlalu deras turut menyukarkan pasukan penyelam memasang kabel pada bot berkenaan, manakala enjin tongkang pula mengalami masalah selepas dikerah selama tujuh jam menarik bangkai bot ekspres yang tersangkut di dasar sungai.

Pegawai Medan Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, operasi hari keempat semalam bermula jam 9.10 pagi dengan sebuah tongkang digunakan untuk menarik bangkai bot.

Bagaimanapun, pada jam 11.45 pagi tali yang digunakan untuk menarik bangkai bot berkenaan terputus menyebabkan operasi terhenti seketika. (myMetro)

Dia Terpaksa Rentas Tebing Runtuh Ini...

Foto 
PENDUDUK terpaksa berjalan merentasi tebing jalan yang runtuh.

RIBUAN pengguna jalan raya terkandas apabila jalan utama menghubungkan Penampang ke Tambunan runtuh dalam kejadian di Kilometer 21, Kota Kinabalu-Tambunan berhampiran Kampung Timpaluon, Babagon, dekat sini, semalam.

Kejadian itu disedari penduduk kira-kira jam 4 pagi apabila mendapati bahu jalan mulai runtuh sehingga menyebabkan lebih daripada separuh jalan raya berkenaan berlubang sedalam kira-kira 20 meter.
Akibat kejadian itu, hampir semua pengguna jalan raya termasuk penduduk kawasan berkenaan terputus hubungan sama ada dalam perjalanan dari Tambunan ke Kota Kinabalu atau sebaliknya.

Menurut pemandu teksi, Vinson Sylveston, 36, kejadian itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan terpaksa meminta bantuan daripada rakan untuk membawa penumpangnya ke destinasi yang diminta.

“Saya sudah dimaklumkan kejadian ini pada jam 8 pagi sebelum bergerak dari Tambunan dan berharap jalan berkenaan boleh digunakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.(myMetro)

Ini, Lagi Seksi, Letak Di Cermin, Tetapi Ditahan...

 Anggota penguatkuasa menyoal siasata wanita tukang urut yang ditahan
Salah seorang pelacur yang ditahan ketika hendak melayan pelanggannya.

JOHOR BAHRU - Pengusaha sarang pelacuran menggunakan taktik baru dengan mempamerkan wanita warga Thailand di sebalik bilik bercermin sebagai tarikan kepada pelanggan.

Kegiatan itu berjaya dihidu Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Rumah Pelacuran di sebuah premis di Bandar Baru Permas Jaya, di sini kelmarin. Dalam serbuan itu, seramai tujuh wanita warga Thailand ditahan melibatkan 15 anggota dan pegawai diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar sekitar jam 5.15 petang.

“Setibanya di lokasi, pintu berkunci secara automatik. Anggota operasi terpaksa memanggil berkali-kali sebelum premis dibuka.
“Ketika pemeriksaan dijalankan, di dalam bilik premis terbabit terdapat empat pelanggan bersama pasangan masing-masing.
“Seorang wanita cuba menyembunyikan kondom meskipun pada mulanya tidak mengaku memiliki kondom.
"Akhirnya selepas didesak, beliau mengaku menyimpan beberapa keping kondom di dalam saluran paip air di tandas,” katanya, di sini semalam.

Ketika serbuan, kesemua wanita terbabit dipamerkan di dalam cermin dipercayai dan dijadikan umpan dalam kegiatan pelacuran. Khairulanuar berkata, wanita berasal dari negara jiran itu berusia antara 27 hingga 34 tahun dan meraih kadar bayaran antara RM150 bagi setiap perkhidmatan.

Menurutnya, kesemua wanita terbabit ditahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan selain bekerja tanpa pas dan permit.

“Turut ditahan seorang warga tempatan yang merupakan penjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut jabatan,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan lain, lima wanita warga asing ditahan dalam Ops Sayang di sebuah premis refleksologi Taman Daya. Dalam serbuan ke atas premis yang sudah beroperasi sejak lebih tiga tahun lalu, tiga wanita Indonesia dan dua warga Vietnam ditahan. Menurut Khairulanuar, kesemua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut dengan kadar bayaran RM60 dan menawarkan khidmat tambahan sambil mengenakan caj sebanyak RM150.

“Wanita yang ditahan ini berusia antara 27 hingga 34 tahun dan kita mengesyaki premis ini ada melakukan kegiatan tidak bermoral.
“Dalam pemeriksaan di dalam bilik di premis ini, terdapat dua pelanggan bersama pasangan masing-masing. Seorang wanita cuba lari melalui tingkap belakang premis di tingkat dua, namun berjaya ditahan dan keadaan terkawal,” katanya.

Wanita terbabit ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan bekerja tanpa pas serta permit.

“Ada juga antara mereka yang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut,” katanya. (SH)

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Mengapa pelacuran begitu menjadi-jadi? Kerana penajis-penajis zina itu ditahan bukan sebab zina tapi di bawah akta imigresen. Berzina tidak salah di Malaysia, kerana hanya salah menurut 'hukum Allah' yang tidak diperundangkan di Maaysia. Apa lagi kalau pelakunya adalah warga Malaysia, walapun beragama Islam. Lebih-lebih lagi kalau anak menteri-menteri keparat!

Lhat sebelum ini..

Friday, May 31, 2013

Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain - Daily Mail

Foto
MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan. Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

Takziah Keluarga Alahyarham Nik Roshdiah, Penggerak Parti.




GOMBAK: Weblog Ibnu Hasym turut merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham Nik Roshdiah Nik Ahmad atas pemergian pagi tadi.

Sebelmnya Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak, Dr. Azimah Ibrahim dan seluruh ahli merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham tersebut.

"Kami  seluruh ahli PAS Gombak begitu terasa dengan kehilangan allahyarhamuha Nik Roshdiah. Arwah merupakan seorang yang sangat kami kagumi kerana semangat juangnya  dalam perjuangan PAS,” kata Dr Azimah.

Katanya, allahyarhamuha adalah penggerak parti yang aktif dan banyak menghidupkan program-program kebajikan dan masyarakat di sekitar Gombak Setia terutama ziarah medik dari rumah ke rumah.

Menurutnya, sepanjang pilihanraya yang lalu, arwah terlibat hampir setiap program kempen dan munajat pilihan raya.

“Walaupun arwah sibuk menguruskan kerja pilihanraya namun tanggungjawab mengurus dua belas orang anak dan lima orang cucu tidak diabaikan.
“Jadikan semangat juang arwah sebagai motivasi kepada seluruh muslimat PAS Gombak,” katanya.

Nik Roshdiah yang merupakan Ketua Muslimat PAS cawangan Pinggiran Batu Caves telah menghembus nafas terakhir 4.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh akibat darah beku di otak yang dihidapi semenjak 2009 akibat kemalangan jalan raya. Beliau telah dimasukkan ke wad  ICU Hospital Sungai Buloh selama seminggu. Jenazah selamat di solatkan di Masjid Khairiah selepas solat Jumaat dan dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Seri Gombak.

"Muslimat adalah tiang seri rumah, biasanya tiang seri tak nampak dari luar, tetapi kalau rumah itu senget, siasatlah tiang serinya. Begitulah juga dalam rumah tangga dan parti.." Kata editor webblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.
 (IH)

Wah Seksinya, Keluaga Pemimpin Islam, Di M'sia (Negara Islam?)..


KEMASKINI

UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA ???
SYABAS! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Sarawak Report tidak menyalahkan pengambilan alcohol, tetapi meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.


Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud. 

Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia. Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.

Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.

Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik.

Sumber :http://www.sarawakreport.org/2011/02/one-law-for-the-taibs-and-another-for-everyone-else/
             http://www.sarawakreport.org/ms/2011/02/undang-undang-khas-untuk-taib-sekeluarga-dan-lain-pula-untuk-orang-kebanyakan/
(Diangkat dari Blog Gaya Peneroka) 

Komen Weblog Ibn Hasyim: Ada banyak lagi macam tu, bukan di Malaysia Timur saja, di Malaysia Barat pun banyak.. Itulah gaya hidup keluarga pemimpin Islam di Malaysia, yang kononnya menjadi Negara Islam contoh di dunia? Muka tak malu!!

TAMBAHAN 
Benarkah Lelaki Ini Anak Nazri Aziz Menteri JPM?



Boleh klik gambar.. besarkan..
SUDAH lama tersebar di internet. Gambar anak lelaki Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Benarkah itu anaknya? Mana komen dan teguran Mufti atau Imam UMNO? Gambar biadap, lucah dan tak senonoh, apakah itu menjadi kebangsaan UMNO, puteri bahkan wanitanya? Tiada dengar pembelaan dan penafian pun?

Kreatif: Makan Pucuk Ubi Dengan Roti..





PERALATAN moden digunakan bagi mempercepatkan proses memasak rendang pucuk ubi yang memakan masa selama enam jam.


JOM KREATIF


Klik..

Thursday, May 30, 2013

Lagi, Masjid Dibakar Di Myanmar


SEBUAH masjid yang dibakar di Lashio semalam - AP

YANGON - Keganasan agama merebak ke kawasan baharu di Myanmar dengan sekumpulan penduduk membakar sebuah masjid dan rumah anak yatim penganut Islam di sebuah bandar di timur laut negara berkenaan, kata pihak berkuasa semalam.

Keganasan tersebut berlaku selepas khabar angin tersebar bahawa seorang lelaki Islam membakar seorang penganut Buddha wanita. Media tempatan melaporkan, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kekacauan tersebut pada petang kelmarin di bandar Lashio, dekat sempadan China.

Setakat ini, jumlah kemusnahan dan angka kecederaan akibat keganasan tersebut juga tidak dipastikan. Keganasan berdarah antara orang Islam dan penganut Buddha bermula sejak tahun lalu di barat Myanmar sebelum merebak ke beberapa buah bandar di tengah negara itu. 

Insiden terbaharu itu meningkatkan kesangsian sama ada pentadbiran Presiden Thein Sein berupaya bertindak untuk mengekang keganasan di Myanmar.

"Merosakkan bangunan agama dan mencetuskan kekacauan agama adalah tidak wajar untuk masyarakat demokratik yang ingin kita pupuk," kata jurucakap Presiden, Ye Htut di laman Facebooknya.
"Sebarang perbuatan jenayah akan ditangani berlandaskan undang-undang negara," tambah kenyataan tersebut.

Stesen televisyen negara ini melaporkan tangkapan awal dibuat melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang didakwa membakar seorang wanita beragama Buddha. Menurut laporan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai berketurunan India yang beragama Islam mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa sebelum membakarnya.

Wanita itu kini dirawat kerana melecur di dada, tangan dan belakang badannya. - Agensi

Tingkatkan Pendapatan Rakyat & Jaga Agama -Janji Khalid Ibrahim


Khalid membuat ucapan di depan Tuanku Sultan Selangor sempena perlantikan Exco hari ini

KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi berjanji akan meningkatkan pendapatan rakyat khasnya di luar dan pinggir bandar di samping menjaga kesucian agama Islam. Ia bertujuan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang “serba ada” seiring dengan keadaan kehidupan penduduk di bandar-bandar.

"Tiada gunanya jika negeri Selangor bergelar negeri maju sedangkan sebilangan penduduk, terutama penduduk luar bandar masih tercicir dalam hal menikmati kemajuan di negeri ini," kata Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian di majlis angkat sumpah dan simpan rahsia ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor hari ini. Janji itu dibuat di depan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

10 anggota Exco Selangor mengangkat sumpah sebagai ahli MMK hari ini iaitu empat dari PAS, tiga PKR dan tiga DAP. Mereka adalah Iskandar Abdul Samad (Cempaka), Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr. Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) dari PAS.

Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Ganapathi Rao a/l Veraman (Kota Alam Shah) dan Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dari DAP.

Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr. Daroyah Alwi (Sementa) dan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dari PKR. Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat kalah lima Parlimen yang terletak di kawasan luar bandar dan utara Selangor iaitu Kuala Selangor, Tanjung Karang, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Sungai Besar. Di kawasan ini, penduduknya terdiri dari petani dan nelayan di samping kawasan pembangunannya yang terbantut atau terbiar.

Jaga agama Islam

Dalam ucapannya, Khalid juga berjanji akan berusaha bagi memastikan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat Selangor terus dipelihara dengan baik, adil dan saksama.
"Patik tekad berusaha gigih untuk mengekalkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama para pelabur dari dalam negara mahupun dari luar negara," katanya.

Beliau juga bertekad untuk meneruskan kecemerlangan Selangor selaku penyumbang utama terhadap pembangunan dan pendapatan negara Malaysia.
"Hanya dengan kedudukan dan tahap pencapaian sedemikian, maka seluruh rakyat Tuanku dapat sama menikmati limpahan pembangunan serta dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka," katanya.

Beliau juga berjanji akan berusaha memastikan kesucian agama Islam sentiasa dilindungi dan dengan sedaya upaya menghalang mana-mana pihak yang berhasrat mencemari kesucian agama Islam, agama rasmi di negeri tercinta ini.
"Patik hamba tua juga akan memastikan hak dan kepentingan orang Melayu di negeri ini seperti yang termaktub  dalam Perlembagaan Persekutuan,  sentiasa terjamin dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana individu, kumpulan mahupun puak sama ada dari dalam ataupun dari luar.
"Pada masa yang sama patik berusaha untuk melindungi hak dan kepentingan yang di miliki kaum-kaum lain di negeri ini agar negeri Selangor menjadi negeri yang harmoni diduduki oleh semua kaum," katanya.(Hrkh)

Pelajar Berzina Bergilir-gilir, Masih Baik Dasar Pelajaran M'sia?


LIHAT berita ini, seorang pelajar di bawah umur, sama-sama berhibur melakukan najis zina, akhirnya report polis diperkosa beramai-raman... Apakah ini masih tidak boleh dipersalahkan kepada dasar pelajaran dan persekolahan Malaysia yang pincang?
Ini beritanya..

[  5 lelaki perkosa remaja bergilir-gilir
Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.

Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.

Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran. Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.

Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.

“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya.

“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.
“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa.  ]

Kembalilah kepada dasar pelajaran Islam, yang membawa kemajuan dunia akhirat! (IH)

Ini Bukti, Sukan Tak Mampu Lahirkan Semangat Perpaduan Sejati....

Foto
PENYOKONG JDT menunjukkan batu yang dibaling ketika kekecohan.

SUKAN

Balingan botol bertalu-talu
Kuantan: “Kami dihujani balingan botol dan batu dari luar stadium menyebabkan keadaan kelam-kabut apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mula bersesak untuk mengelak terkena balingan berkenaan.

“Saya terkena botol dibaling sebanyak empat kali dan keadaan yang sesak itu membuatkan saya sukar bernafas dan hampir pengsan,” kata penyokong JDT Nor Syafiqa Maskam, 17, yang cedera dalam insiden kekecohan di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Kekecohan itu menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Pahang dan JDT dibatalkan atas faktor keselamatan.

Nor Syafiqa yang duduk di bahagian tengah tempat duduk dikhaskan untuk penyokong JDT mendakwa diarahkan memasuki kawasan trek oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum diarahkan kembali ke tempat duduk masing-masing oleh polis.

“Bagaimanapun, keadaan lebih teruk dan ada penyokong JDT terpaksa bertindak balas dengan membaling semula botol dan batu hingga memaksa kami masuk semula dalam padang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini bukti dari dulu sampai sekarang, menunjukkan sukan tidak mampu dijadikan sebagai alat perpaduan kaun dan negara, terutama seperti yng berlaku di Mesir baru-baru ini. Banyak masa dan wang dibazirkan. Tidak sampai maksud untuk perpduan dan keamanan sejati.

Bayangkan berapa juta jam rakyat Malaysia habis di meja kedai kopi atau di depan tv tiap satu pertandigan bola sepak berlalu. Berapa ribu pertandingan sukan diadakan tiap tahun. Memang baik untuk kesihatan dan peluang kapitais sukan mengaut keuntungan.

Tetapi, sebagai rakyat Malaysia, kita bertanya apa faedahnya untuk pembangunan negara, rohani dan jasmani? Material dan moral? Apa faedahnya untuk orang Islam di akhirat? Kerana kita percaya kepada hari akhirat, salah  satu rukan untuk menjadi orang beriman. Wallhu 'aklam.

Tahniah EXCO & Syabas MB S'ngor -Ibnu Hasyim.


 
KL: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada barisan Exco kerajaan negeri bagi penggal 2013-2018 yang selesai mengangkat sumpah pagi ini. Juga mengucapkan syabas dan teruskan khidmat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tan Sri Abdul Khalid adalah Adun Pelabuhan Klang turut memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu negeri.

Berikut ialah senarai Exco Kerajaan Selangor.

Iskandar Abdul Samad (Cempaka) - Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) - Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
Dr. Halimah Ali (Selat Klang) - Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.
Sallehen Mukhyi (Sabak) - Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa.

Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) - Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
Ganapathi Rao a/l Veraman (Kota Alam Shah) - Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) - Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

Rodziah Ismail (Batu Tiga) - Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Dr. Daroyah Alwi (Sementa) - Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) - Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Khalid melalui twitter juga mengucapkan tahniah kepada Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik Speaker Dewan Negeri Selangor dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker.

" Ianya suatu gabungan yang mantap. Tahniah kepada tahniah kepada barisan Exco kerajaan negeri bagi penggal 2013-2018 yang selesai mengangkat sumpah pagi ini. Juga mengucapkan syabas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim! Al-hamdulillah."

Antara barisan Exco Selangor bagi penggal 2013-2018.

Ahmad Yunus Hairi
Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi
dr-halimah-ali
Ean Yong Hian Wah
Ean Yong Hian Wah
Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad
Exco Selangor

(IH)

Berzina Dalam Semak, Lama Dah Buat Kerja Ni..

 Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda

SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.
“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengaku sara anak dengan hasil melakukan najis zina, hanya denda RM2,000, lebih kurang denda buang sampah? Bagaimana kalau pendapatannya RM5,000 sebulan? RM2,000 bukan masalah baginya.

Kembalilah kepada perundangan Islam, denda wang ringgit bukan taruahan dan nilai. Hukuman dalam perundangan Islam dalam bentuk tarbiah.

Lihat sebelm ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Kilauan Emas Musim KE3, Ini Juaranya! Kaji Balik?


HALAMAN HIBURAN
SETELAH bersaing dalam enam konsert, akhirnya, peserta berasal dari Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Mior diumumkan sebagai juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), malam tadi. Konsep rock yang dibawanya berjaya memenangi hati juri dan penonton dengan markah 29.5 peratus. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan.
 
Vokal penyanyi berusia 44 tahun ini memang tidak dinafikan apabila berjaya menggegarkan Auditorium MBSA ketika membawakan lagu Purnama dari kumpulan Search dan sebuah lagu baru berjudul Sampai Di Sini. Tempat kedua dimenangi Idris dengan 26.4peratus dan tempat ketiga menjadi milik Silah dengan 22.9 peratus. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan RM 20,000 berserta trofi.

Sementara peserta yang pernah menjadi tumpuan sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir, Ros menerima anugerah khas, Personaliti Polident yang membawa pulang wang tunai RM 10,000. Pentas akhir KE3 ini jugak menyaksikan penampilan juara kilauan emas musim pertama dan kedua, Ali Norpiah serta Fuad.

Selain itu, guru vokal, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu Kesederhanaan. Juri profesional, Ziana Zain pula menyampaikan lagu berbisanya, Berpisah Jua dan Dugaan Buatmu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sila kaji balik, apa faedahnya persaingan 6 konsert tersebut  di atas itu untuk pembangunan negara. Apalagi kalau dilihat dari segi pembangunan rohani insan, sesuaikah dengan kehendak Islam? Perlaksanaannya, sesuaikah dengan peraturan syariat? Bolehkah ianya menjadi amalan yang berguna di akhirat?

Kita sayang kalau amalan kita di dunia ini tidak jadi kebajikan di akhirat, tersangkut di dunia ini sahaja. Kosong di akhirat! Na a'uzubillah.. Sila betulkan..

FiIem 'FETIH 1453', Ahli Politik Wajib Tonton!

HALAMAN HIBURAN

FILEM 'Fetih 1453'. Filem terbitan Turki pada tahun 2012 ini berdurasi 2 jam 36 minit 4 detik. Mengadopsi kisah pejuang Islam yang mampu menaklukkan tembok Konstantinopel. Tembok Konstantinopel adalah tembok raksasa tiga lapis dan terkokoh pada masanya. Sejak dibuat pada tahun 324 M belum ada yang mampu menaklukkan tembok itu. 

Letaknya di sebelah barat selat Bosphorus (Turki) yang memisahkan antara benua Asia dan Eropah. Alur filem ini dimulai pada tahun 627 H/ 1206 M.

“Konstatinopel akan dibebaskan oleh umat Islam. Pemimin yang membebasnya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentara.” Rasulullah, menyampaikan berita kepada beberapa sahabatnya.

Kemudian dinarasikan peristiwa-peristiwa menakjubkan manjelang kelahiran Sultan Mehmed II, seperti 
  • banyak kuda yang melahirkan bayi kembar, 
  • tuain yang melimpah menghasilkan sampai empat kali dalam setahun, dahan-dahan pohon sampai ke tanah sebab lebanya buah. 
  • ditahun yang sama pula terlihat komet pada siang hari. 
  • Menurut kepercayaan masyarakat pada waktu itu, tembok Konstantinopel yang tak pernah dikalahkan akan runtuh.
Pada 29 Mac 1432 M lahirlah anak dari sultan Murad II. Beliau memberikan nama Mehmed (Muhammad Al-Fatih) sebagai penghormatan kepada Rasulullah SAW. Sultan Mehmed II lahir di kota Edirne, Turki. 

Di dalam filem tersebut digambarkan ketika pelayan istana menyampaikan berita kelahiran sultan Mehmed II, ayahanda (sultan Murad II) tengah melantunkan Surat Al-Fath dengan suara merdunya. Dalam filem tersebut diceritakan kali pertama Sultan Mehmed II naik tahta ketika berusia 12 tahun kerana Sultan Murad II telah letih meghadapi pertikain politik antara para Wazir (menteri) dan panglimanya. 

Namun  Wazir ketua Halil Pasha memutuskan memanggil kembali Sultan Murad II untuk kembali bertahta, kerana  kemungkinan adanya ancaman dari tentara salib yang ingin merebut Ottoman. Sultan Murad II menghembuskan nafas terakhirnya dan sultan Mehmed II kembali menaiki tahta. Berita wafatnya Sultan Murad II banyak yang sudah mengetahui termasuk Kaisar Constantin, Raja Paus, dan kerajaan Kristian lainnya.

Di awal masa pemerintahan kedua Sultan Mehmed II, banyak penduduk yang meragukan kepemimpinan Beliau. Kerana sebelumnya Beliau pernah digulingkan dari kekuasaanya. Sultan Mehmed II lebih mengutamakan rakyatnya daripada anak (Pangeran Bayazid) dan isterinya (Gulbahar Hatun). Sultan Mehmed II pernah mendapatkan mimpi bertemu dengan Osman (nenek moyang) dan Osman berpesan bahwa Sultan Mehmed II lah yang akan membuat kekaisaran Turki menjadi lebih besar, serta Beliau lah pemimpin yang telah diramalkan Rasul untuk membebaskan Konstantinopel.  

Berbagai usaha dilakukan sultan Mehmed II untuk merebut wilayah Konstantinopel. Ia mempelajari ilmu ketentaraan, ilmu teknik, sains, matematik, dan 6 bahasa. Beliau juga mahir menggunakan pedang hasil pengajaran dari Hasan (prajurit kepercayaan Sultan). 

Setelah mendapat mimpi itu sultan Mehmed II langsung mengutarakan rencananya kepada para wazirnya untuk membuat 100 kapal dalam setahun dan 3 meriam raksasa. Beliau juga meminta wazir ketua Halil Pasha untuk melaporkan status persenjataan dan amunisi dari Janissari (pasukan elit Turki). Mendengar berita tersebut Halil Pasha menyatakan keberatan. 

Menurut Halil Pasha rencana tersebut hanya akan membuat kekuasaan semakin menyusut. Namun sanggahan tersebut ditolak mentah oleh Sultan Mehmed II kerana menurut Beliau hidup untuk mencatatkan sejarah, bukan untuk menjadi seorang pengecut. Kemudian ditampilkan latar pelabuhan Genoa, Itali. Dimana kali pertama sosok Era ditampilan. 

Diceritakan Era menolak lamaran dari Guistiniani ditempat itu. Era pun kembali tinggal bersama ayah angkatnya (Urban). Ia pun menyampaikan bahawa Notaras (orang kerajaan Constantine) inginkan Urban untuk membuatkan meriam  untuknya. Tetapi Urban menolak dan Ia diancam bunuh dan berhasil diselamatkan oleh Hasan. 

Sebagai tanda jasa, Urban memenuhi permintaan sultan Mehmed II untuk membuat meriam raksasa yang belum pernah ada sepanjang sejarah. Dikisahkan juga Karamanoglu Ybrahim yang disokong oleh kaisar Constantine sedang dalam persiapan perang melawan pasukan sultan Mehmed II. Namun Karamanoglu Ybrahim menyerah sebelum terjadinya peperangan. 

Bukti pengkhianatan Halil Pasha pun terbongkar. Sultan berhasil merebut surat yang dikirimkan Orhan kepada Ybrahim. Dalam surat tersebut tertulis bahawa Halil Pasha berada di pihak Ybrahim. Pada tahun 1452 M Sultan Mehmed II mulai membangun benteng di Bogazkesen untuk menyerang Konstantinopel. Lokasi tersebut memungkinkan untuk menyekat semua kapal yang datang dari laut hitam. 

Sehingga supply makanan kerajaan yang dipimpin Kaisar Constantine akan terputus. Pembangunan tersebut  melibatkan ribuan rakyatnya. Mereka bekerja tanpa kenal waktu dan kerjasamanya terlihat sangat jelas. Amat menakjubkan, ketika mereka bekerja kemudian Sultan Mehmed datang, dan serentak mereka memberikan penghormatan pada Sultan. Sungguh, itu suatu pemandangan yang sangat berlawanan dengan yang berlaku kepada pejuang-pejuang masa kini.

Khabar mengenai pembangunan benteng pun akhirnya diketahui Kaisar Constantine beserta teman Kristian lainnya. Mereka berencana membentuk tentera yang tangguh untuk mengurungkan niat Sultan Mehmed II. Namun ketika itu kondisi Perancis dan Inggeris saling berperang sedangkan Jerman sedang menghadapi konflik internal negaranya. 

Kondisi mereka tertekan. Tidak ada pilihan lain kecuali penggabungan gereja Orthodoks terhadap Katolik. Pada Januari 1453 Genoa  mengirimkan tentara bantuan yang dipimpin oleh Giustiniani (spesialis dalam mempertahankan kota-kota bertembok) beserta 700 lelaki bersenjata lainnya untuk membantu melawan serangan dari tentara Sultan Mehmed II.

Benteng, meriam, kapal, panah dan segala sesuatu yang diperlukan untuk pertempuran pun sudah siap. Sultan Mehmed II segera menggerakkan serangan. Berbagai strategi disusun kedua belah pihak. Kaisar Constantine pun memasang rantai besi raksasa di bahagian Golden Horn, tembok terlemahnya (tembok satu lapis) sehingga tidak memungkinkan kapal-kapal untuk melintas dan menyerang tembok. 

Sebelum pergi ke medan perang, Sultan Mehmed II melaksanakan shalat dan meminta restu pada isteri dan anaknya. Serangan pertama pada Jum’at, 6 April 1453 M. Sultan Mehmed II membawa 250,000 prajurit dari berbagai divisi sedangkan pasukan Konstantinopel jumlahnya jauh lebih sedikit. Sebelum penyerangan, Sultan Mehmed II memberikan tiga pilihan kepada Kaisar Constantine, iaitu:
  1. Masuk Islam, maka penyerangan ke tembok Konstntinopel akan dibatalkan.
  2. Membayar Jizyah dan mentaati syariah Islam.
  3. Diperangi sampai Allah memenangkan kaum Muslim.
Namun Kaisar Constantine memilih opsyen ketiga. Pertumpahan darah pun tidak dapat dihindari. Hasil pertempuran pertama dimenangkan oleh pasukan Konstantinopel kerana mereka berada di dalam benteng dan berada di tanah yang lebih tinggi.

Beberapa hari setelah penyeranagan pertama gagal, Sultan Mehmed II memerintahkan pelombong dari Serbia untuk menggali terowong bawah tanah agar pasukan boleh masuk dari bawah tanah. Namun rencana tersebut berhasil dibaca oleh pasukan Konstantinopel. Selang 12 hari dari penyerangan pertama, Sultan Mehmed II melakukan penyerangan kedua pada malam hari. Lagi-lagi gagal.

Pihak Konstantinopel mengalami kekurangan bahan makanan. Kerana Sultan Mehmed II telah memblok semua pasokan makanan dan logistik dari manapun, termasuk dari saudara Kristiannya. Namun ada 3 kapal yang lulus menuju Konstantinopel walaupun telah mendapat serangan laut dari tentera Sultan Mehmed II  kerana kapal-kapal tersebut berukuran sangat besar.

15.000 pasukan Turki telah gugur dan belum membuahkan hasil. Hal tersebut membuat Sultan Mehmed II agak kecewa. Di tengah kekecewaan Sultan, datanglah dorongan motivasi dari gurunya. Gurunya mengajak Sultan mengunjungi makam Ayyub Al-Ansyari r.a yang terletak dekat tembok Konstantinopel. 

Ayyub Al-Ansyari r.a pernah ikut mengepung Konstantinopel bersama tentera muslim dalam perang salib dan Beliau tidak pernah meninggalkan tempat tersebut sampai beliau meninggal dunia. Saat itu usianya sudah tidak muda dan dalam keadaan sakit. Gurunya perpesan kepada Sultan agar tidak menyerah, kerana bila Sultan tidak melakukannya sekarang beliau tidak akan berpeluang melakukannya lagi.

Akhirnya, Sultan menemukan ide yang sungguh luar biasa. Sultan memerintahkan pasukannya untuk menyeret kapal-kapal besar melalui jalan darat menuju Golden Horn (gerbang terlemah Konstantinopel). Siasat tersebut tidak pernah terlintas dalam pikiran Kaisan Konstantine, sehingga muncul kepanikan pada rakyat dan tenteranya. 

Dalam usaha mengatasi hal tersebut, Kaisar meminta pendeta-pendeta Konstantinopel untuk mengadakan upacara persembahan kepada Bonda Maria. Mereka mempercayai azimat Hedogetria, iaitu lukisan Bunda Maria dan Yesus diusung keliling kota untuk mendapatkan pertolongan dari langit dan mengusur musuh.

Pada 29 Mei 1453 Sultan Mehmed II beserta pasukannya melakukan serangan besar-besaran. Mereka berhasil meruntuhkan tembok terlemah dari Konstantinopel. Sehingga pasukan Sultan dapat menerobos masuk ke dalam Konstantinopel. Penduduk Konstantinopel berusaha menyelamatkan diri mereka dengan berlindung di Hagia Sohia (gereja di dalam Konstantinopel). 

Sementara itu Hasan dengan anak panah yang tertancap di tubuhnya berusaha keras mengibarkan bendera di puncak bangunan Konstantinopel.Setelah berhasil menancapkan bendera, Hasan menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian. Ia meninggalkan seorang Isteri (Era) dan anak yang masih dalam kandungan. Kaisar Constantine dan Guistiniani  dikisahkan gugur dalam peperangan. 

Sejak saat itu wilayah Konstntinopel resmi diambil alih kembali oleh Muslim. Sultan pun memberikan kebebasan beragama kepada rakyat Konstantinopel. Filem ini ditutup dengan adegan dimana Sultan menggendong anak perempuan dari rakyat Konstantinopel dan anak tersebut memainkan jenggot Sultan.

Kurang-lebihnya seperti itulah perjuangan Sultan Mehmed II di filem Fetih 1453. Semoga tulisan ini dapat menggambarkan kepemimpinan beliau dalam memimpin pasukannya mengambil alih  Konstantinopel. Kerana itu ia wajar ditonton oleh pemimpin-pemimpin politik negara, apalagi bagi yang beragman Islam.

Filem-filem bercorak begitulah sepatutnya diketengankan kepada remaja-remaja Malaysia!

Lihat sebelm ini..

Wednesday, May 29, 2013

Kembara Kesihatan & Ziarahi Warga Pergunungan Tengah Papua.

Tim Medis BSMI dan Warga
Team Medik BSMI dan warga pergnugan tengah Papua 

Jayawijaya.  Ahad (26/5/13), Team medik Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) kembali mengadakan acara perubatan percuma buat warga di pegunungan tengah Papua. Acara kali ini tepatnya di perkampungan Muslim di Tulima-Jayawijaya.

Acara perubatan kai ini tidak seperti biasa, dimana biasnya relawan mengumpulkan masyarakat di suatu tempat pejabat desa, tetapi untuk kali ini relawan sengaja berjalan kaki menemui warga langsung ke dalam honai (rumah khas Papua). Acara dimulai sekitar pukul 9 WIT dan baru selesai jam 1 WIT. Meski pun relawan perlu berjalan kaki lebih 1 jam dalam berlumpur.

“Prinsip kita bisa melayani semaksimal mungkin warga di Tulima ini “ tutur salah seorang relawan.

Tulima sendiri memiliki penduduk sekitar 200 Jiwa dengan majoriti memeluk Islam. Tapi infrastruktur di situ masih belum baik, masih jalan kaki. Antara honai yang satu dengan honai yang lain juga memiliki jarak yang berjauhan. Akses ke pelayanan kesihatan cukup jauh sehingga masyarakat banyak yang memilih tidak berubat atau mengubati sendiri secara tradisional. 
Kami sangat senang sekali dokter-dokter memberikan pelayanan kesihatan buat warga disini, apalagi rumah kami didatangi satu-satu oleh dokter,rasanya kami seperti tidak sendiri dan memiliki saudara muslim“. Tutur kepala kampung dalam bahasa suku Dani dan diterjemahkankan oleh anak-anak santri yang sengaja ikut sebagai penunjuk jalan.
Bangunan Masjid Di Tulima
Bangnan masjid di Tulima.

"Masjid kami semoga bisa dibangun agar kami bisa beribadah dengan baik”. Tambah bapak kepala kampung. 

Relawan juga menyempatkan untuk melihat masjid warga Tulima yang sangat memprihatinkan, atapnya dari ilalang dan lantainya juga beralas ilalang. Semoga ke depan ada donatur yang dapat membantu. Setelah relawan berbincang sejenak dengan kepala kampung dan memeriksa kesihatannya kemudian relawan melanjutkan untuk menjumpai warga di Honai masing-masing.

Ada yang sudah menderita luka di kaki berbulan-bulan tetapi tidak dibawa berubat sehingga luka sudah membusuk.Ada pasien tersiram air panas. Ada juga yang mengalami luka bakar di punggung sudah seminggu akibat honainnya terbakar. Sebahgian besar masyarakat menderita penyakit yang berhubungan dengan kebersihan seperti gatal, Ispa dan lain-ain.

Kegiatan yang diketuai langsung oleh dr Fitry. Ini rancangannya akan rutin diadakan oleh BSMI cabang Wamena.

"Minimal 2 kali sebulan kita harus mengunjungi warga di perkampungan Muslim untuk cek kesihatannya." Katanya. (IH)

Bakal EXCO S'ngor: Speaker (DAP), 4 (PAS), 3 PKR & 3 DAP.


KL: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.

Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang), dun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok. Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.
Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya

Minyak Naik Ke Darat Di Tumpat, R Terus Kaji... Apa Kata BN?



Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan
TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka. Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.

Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan
Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi. Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd. Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari. Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri. (Hrkh)

Masjid Ini, Ada Tok Siak Perempuan Sukarela Di Negeri PM?

Foto 
pix_topright
Inikah tok siaknya?

BUKAN semua wanita sanggup melakukan kerja membentang sejadah sebagai persiapan jemaah lelaki menunaikan solat Jumaat, tetapi itu yang dilakukan kumpulan wanita berusia 50-an di Masjid Bukit Rangin, Kuantan, sejak setahun lalu.

Tugas dilakukan dengan penuh keredaan dan seikhlas hati itu bukan saja meringankan beban siak masjid yang sudah uzur dengan kesihatan yang kurang mengizinkan tetapi wajar menjadi ikutan kepada masjid lain setiap kali kedatangan Jumaat.

Walaupun tugas itu sekadar menghampar sejadah memenuhi ruang solat masjid, golongan wanita terbabit tidak pernah menganggap tugas mereka renyah sebaliknya dilaksanakan dengan penuh kemuliaan.

Antara kerja-kerja yang mereka buat...
 "Setiap pagi Jumaat bermula jam 8.30 pagi dia bersama beberapa rakan mula membersihkan ruang solat di bahagian dalam dan luar masjid.
“Sebaik tiba, kami mengagihkan tugas masing-masing untuk menyiram pokok, menyapu sampah dan menyusun kerusi meja di bahagian luar." Kata AJK perempuan masjid tersebut.

Inilah contoh indah dan terjaganya, sebuah masjid di negeri pemukiman Perdana Menteri , disebuah negara Islam yang kononnya terhebat di dunia...(IH)

Wow! Muslimat Kung-Fu, Bila PAS Nak Wujudkan?



Muslimat Kung-Fu TETAP tutup aurat.

SUKAN
Muslimat dan pelajar sekolah Umum Bad-Assery

Gambar-gambar berikut telah diambil dari esei foto dalam China Daily: Mereka sangat mahir dan tangkas. Mengagumkan, perkara ini bukan baru di rantau ini, warga India-Muslim di rantau selatan biasanya melibatkan diri dalam pembelajaran pelbagai seni mempertahankan diri.

Sekolah muslimat Islam dari pengajian tinggi Maaz di India mengamalkan, wushu-Cina seni mempertahankan diri di dalam kawasan sekolah di bandar selatan India Hyderabad. Muslimat dari umur 10-16 mengambil bahagian dalam sesi mingguan semasa sesi sekolah - (Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS pernah mencadangkan supaya wanita belajar ilmu pertahankan diri, bila Muslimat PAS ingin wujudkan atau sudahpun wujudkan?






 

Lihat sebelum ini..
Hibur Hibur Sikit 36: Guna Basikal Tangkap Peragu...