Saturday, July 20, 2013

Siapa Lelaki Berduaan Di Kerusi Bersama Abby Abadi Ini?



 
Malam ini di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan (gambar) dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

N/Aziz: Ambo Tak Mahu Bercakap Banyok, Pakat Pilih PAS Belako..



BESUT: Rentetan dilarang menunaikan solat Maghrib di Masjid TUDM dekat sini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menzahirkan rasa kecewa apabila sering didiskriminasi sepanjang 23 tahun pemerintahannya di Kelantan.

Beliau tidak pernah sekali pun diberikan peluang untuk ‘memasuki’ tv dan radio, disekat daripada berucap di sekolah kebangsaan dan pelbagai lagi bentuk ketidakadilan yang dilakukan Umno sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, dipetik http://prkkualabesut.pas.org.my

Meskipun berkondisi sedikit uzur, bekas Menteri Besar Kelantan itu tetap hadir bagi menyokong calon PAS pada PRK Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau mesra dengan panggilan Che Long. Berucap di hadapan penduduk berhampiran kem tentera udara Gong Kedak, beliau menjelaskan bahawa sekatan dan halangan yang dihadapi, menyebabkan PAS Kelantan mengambil keputusan untuk melaksanakan sendiri projek lebuhraya.

Keputusan itu, katanya disambut baik oleh 'orang Siam' dan masyarakat beragama Budha di Kelantan sehingga mereka bersepakat mengutip derma. Jlasnya, walaupun Umno Kelantan banyak menimbulkan isu Kerajaan PAS tidak membina masjid namun PAS Kelantan sebenarnya lebih banyak mendidik masyarakat untuk berfikir dan bertindak mengimarahkan masjid.

Mengakhiri ucapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "ambo tak mahu bercakap banyok, pakat pilih PAS belako dan kalau boleh calon Umno pun pakoh PAS." (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Hadapi Umpan BN, Jadi Ikan Pintar.. -Presiden PAS:


Nak kemana BN, tinggalkan K/Besut?

Antara bahan kempen untuk memastikan kemenangan Che Long.

BESUT: Pengundi di Dun Kuala Besut dinasihatkan Presiden PAS supaya menjadi lebih pintar apabila hanya sekadar “mengambil umpan” dan tidak “termakan mata kail” yang disogok pada kempen pilihan raya sekarang.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengundi Kuala Besut perlu berlagak sebagai ikan yang lebih cerdik, ketika umpan banyak ditabur bagi meraih simpati pengundi.

“Jangan pula kita menjadi seperti ikan yang makan semua sekali umpan dan mata kail. Itu tidak ada kepintaran namanya. Kita perlu lebih pintar dalam perkara ini,” katanya pada ceramah di Markas Pemuda di Kampung Nail, malam tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Leman Raja Lawak. Di tapak ceramah juga diadakan solat tarawih di bawah khemah yang disediakan. Kemeriahan kempen di kawasan itu nampaknya lebih didominasi PAS dan Pakatan Rakyat apabila peniaga mengambil kesempatan melariskan pelbagai produk berlogo Pakatan Rakyat.

Selain itu gerai-gerai segera juga banyak wujud bagi memudahkan orang ramai berbuka puasa. Kawasan berkenaan meriah sepanjang malam. Biar pun terdapat sebuah bilik gerakan Umno/BN di kawasan berdekatan, namun ia tenggelam memandangkan tumpuan ramai lebih terarah kepada markas PAS.

Ustaz Abdul Hadi juga mengimbau banyak manfaat diperolehi rakyat ketika PAS mentadbir Terengganu pada 1999.

“Perkara pertama yang kita lakukan selepas menang pada 1999 ialah menghapuskan tol di Jambatan Sultan Mahmoood bagi mengurangkan bebanan pengguna jalan raya.
“Selain itu kita juga menghapuskan cukai pintu yang dikenakan kepada kediaman-kediaman yang terletak di kawasan bandar.
“Langkah itu diambil memandangkan kerajaan Terengganu sudah ada sumber hasilnya daripada hasil royalti petroleum yang sudah memadai digunakan bagi membangunkan Terenggganu,” ujarnya.

Beliau juga mendedahkan apa yang berlaku di Mesir sekarang serupa juga dengan apa yang pernah berlaku di Kelantan pada 1978 apabila Umno mempengaruhi rakyat berdemontrasi bagi menggulingkan kerajaan PAS. Selepas itu apabila keadaan tidak terkawal kerajaan BN yang memerintah pusat mengisytiharkan darurat di Kelantan sebagai langkah permulaan mengambil alih kerajaan negeri daripada PAS. (Hrkh)
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Ambillah Jawatan MB, Kami Nak K/ Besut -Abd Hadi


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.
"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.
"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Subhaballah, Mereka Tetap Khusyuk Ibadah Di Tengah Ancaman Tentera


Kairo.  Mengamati aktiviti penyokong Presiden terpilih Muhammad Mursi sebelum melaksanakan Iftar yang dihadiri oleh 3.2 juta orang serasa begitu menggetarkan jiwa.

Di tengah suasana mencengkam dan ancaman tentera serta polis bersenjata, mereka tetap khusyuk melaksanakan berbagai aktiviti ibadah seperti membaca Al-Quran. Pantaslah kalau mereka begitu tabah, kuat dan yakin akan datangnya kemenangan dari Allah SWT sebagai buah dari kedekatan mereka kepada-Nya. Itulah indahnya bila di anugerah kemanisan iman.  (IH/msa/sbb/dkw)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Diam-diam, AS Biayai Penggulingan Mursi


PRESIDEN Mesir yang dipilih melalui pemilihan demokrasi, Muhammad Mursi dengan mudah digulingkan dari kursi presiden oleh kudeta militer minggu lalu.

Sebenarnya Amerika Syarikat (AS) berada di balik penggulingan itu setelah puluhan dokumen mengungkap kemasukan aliran wang dari negara itu kepada kelompok di Mesir untuk menekan agar presiden digulingkan. Dalam laporan Al-Jazeera, Rabu (10/7), peninjauan pada puluhan dokumen pemerintah federal AS menunjukkan Washington dengan diam-diam membiayai tokoh oposisi senior Mesir yang menyeru penggulingan Muhammad Mursi.


Dokumen yang diperoleh dari Dokumen Pelaporan Investigasi UC Berkeley menunjukkan dana disalurkan melalui program Departemen Luar Negera untuk mempromosikan demokrasi di kawasan Timur Tengah.
Program tersebut menyokong penuh aktivis dan ahli politik yang membuat kerusuhan di Mesir setelah penggulingan Hosni Mubarak pada Februari 2011.


Program yang disebut oleh pejabat AS sebagai inisiatif bantuan demokrasi tersebut merupakan bahagian dari usaha pemerintah Obama untuk menghentikan sekuler pro-Washington dan memenangkan kembali pengaruh di negara-negara Arab, yang sebahagian besar menentang kepentingan AS di Timur Tengah.

Aktivis yang didanai program tersebut termasuk seorang perwira polis Mesir yang merencanakan kekerasan untuk menggulingkan pemerintahan Mursi. Dana juga mengalir ke seorang ahli politik anti-Islam yang menganjurkan penutupan masjid dan menyeret pengkhotbah, serta ahli politik oposisi mendorong ke arak penggulingan Mursi.

Al Jazeera menulis dalam laporannya informasi diperoleh di bawah Undang-undang Keterbukaan Informasi, wawancara, dan catatan publik mengungkapkan bantuan demokrasi Washington melanggar hukum Mesir yang melarang pendanaan politik asing.

Hal itu juga mungkin melanggar peraturan pemerintah AS sendiri melarang penggunaan wang pembayar cukai mendanai politik asing atau kegiatan subversif kewangan yang mensasar pemerintah terpilih secara demokratik. Presiden Barack Obama sendiri membantah keterlibatan pemerintahannya dalam peristiwa politik di Mesir. (IH'aljazeera/rol)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Ini, Baru 1 Tahun Mursi Selamatkan Mesir.


PRESENTER terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum selama setahun pemerintahannya. Antaranya..
  • Mursi telah mengeluarkan Mesir dari ketergantungan ekonomi pada Amerika Syarikat dengan kesuksesannya dalam program swasembada gandum sampai 70 % setelah menghasilkan gandum dengan kualitas baik dan harga yang murah.
  • Mursi telah mencetuskan projek raksasa di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 milionUSD per tahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah.
  • Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naungan Turki.
  • Mursi membuka cabang perusahaan Samsung untuk produksi -bukan pemasaran- yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang aman untuk rakyat Mesir. 
  • Mursi mengawasi perusahaan ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir.
  • Apa yang Anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kursi pemerintahan pada saat Mesir telah memiliki hutang dalam dan luar negeri hingga1.300.000.000.000 Le (satu trilyun, tiga ratus milyar pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi.
  • Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum beliau menjabat jawatan, telah terjadi penyelundupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam rentang masa antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir?
  • Bagaimana Mursi bisa memperbaiki apa yang telah dirusak oleh kaum liberal selama 60 tahun?
  • Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerusakan berjamaah.. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezhaliman!
  • Lalu siapa yang memimpin kampen pemberontakan atasnya? Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud?
  • El Baradei, yang datang atas nama AS ke Irak lalu menghancurkan Irak hingga menjadi kerajaan sectarian. Amru Musa, Menteri Luar Negeri rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad. Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir
  • Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasai Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan podium.
  • Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor, korup dan wang-wang hasil jajahan atas rakyat miskin. 
  • Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-camp.Washington, yang menyetop aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi menjabat. 
  •  Menlu AS mengatakan bahwa demonstrasi yang meluas akan berhenti jika Mursi mengembalikan peran perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi.
  • Iran, yang pernah dengan tegas Mursi berbicara tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi’ah.
  • Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme Zionis dan gemar sebarkan dusta. Apa yang terjadi di Mesir dan Ankara adalah upaya Tel Aviv untuk mengembalikan Kairo dan Ankara ke kamp-kamp binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. 
  • Kerana mereka berjalan untuk membangun kekuatan ekonomi secara independen yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari intervensi Israel.
Itulah antara prestasi Mursi yang tidak diketahui umum. Baru selama setahun, suatu jangka masa paling singkat pemerintahannya, beliau berjaya menyelamatkan Mesir.

(IH/ALJAZEERA/SINAI/DAKWATUNA)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Sembunyi Morsi Satu Lagi Jenayah Tentera Mesir

MENYEBUNYIKAN Presiden pilihan rakyat, Dr.Morsi merupakan satu lagi jenayah kumpulan "perampas kuasa" di Mesir yang sehingga hari ini tidak diketahui secara tepat di mana beliau disembunyikan.

Pada awal rampasan kuasa berlaku, situasi masih samar dengan tindakan sebuah unit dalam tentera yang dinamakan "Pengawal Republik". Tidak kurang yang beranggapan Pengawal Republik menyembunyikan Morsi suatu yang "baik" dan menyebelahi Morsi.

Sememangnya unit Pengawal Republik bertugas menjaga keselamatan Presiden. Selepas kejatuhan Mubarak 2011 sehingga Jun 2012, Pengawal Republik tidak mempunyai tugasan ini kerana tiada seorang Presiden dipilih sehingga Morsi diisytiharkan Presiden yang sah Julai 2012, unit ini kembali bertugas.

Panglima unit ini merupakan salah seorang yang menjadi anggota kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi.

Andaian bahawa unit Pengawal Republik menyebelahi Morsi dengan menyembunyikannya adalah silap. Dengan kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan Ikhwan dan pertubuhan hak asasi manusia kebelakangan ini membayangkan bahawa keadaan Mursi dalam bahaya.

Pada Ahad 14 Julai, Naib Presiden FJP Dr.'Esom Eryan secara jelas meminta keluarga, peguam dan pakar perubatan dibenarkan untuk menziarahi Morsi. Kenyataan AJK FJP Pusat, Dr.Mohammed Beltaji yang menyusul sehari kemudian juga menggelarkan tindakan menyembunyikan Morsi sebagai "jenayah kejam" dilakukan oleh tentera.

Begitu juga desakan dunia seperti Turki, Jerman dan wakil Kesatuan Afrika yang turut menggesa Morsi dibebaskan.

Semalam, Dewan Senat yang mengadakan persidangan di Raba'ah (selepas Bangunan Senat di Tahrir tidak lagi dibenarkan setelah dekri tentera yang membubarkan dewan ini) menubuhkan sebuah jawatankuasa kesihatan dan keselamatan yang terdiri dari wakil Kesatuan Perubatan dan Kesatuan Peguam yang akan cuba menziarahi Morsi terdekat. Selain itu, mereka turut meminta kunjungan wakil PBB ke Mesir atas tujuan yang sama.

Sementara hari ini, sebuah pertubuhan hak asasi manusia "As-Syehab" pula mendesak tentera dan kerajaan "haram" hari ini mendedahkan di mana Morsi disembunyikan. Dari sumber Ikhwan sendiri, mereka menerima maklumat Morsi disembunyikan di Bangunan Pengawal Republik dan ada yang mengatakan di Kementerian Pertahanan.

Walau dimana jua sekalipun, Morsi kini ditahan dan dilayan seperti orang salah, satu tindakan yang tidak selayaknya diterima seorang pemimpin pilihan rakyat. (Hrkh)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Kecoh Kafe Nazi Di Indonesia Ada Kaitan Dengan Yahudi?

GAMBAR pada 14 Julai lalu menunjukkan bendera Nazi yang digantung pada dinding restoran Soldatenkaffe di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.- AP

BANDUNG - Pihak berkuasa Indonesia akan menyoal siasat seorang pemilik restoran kerana membuka kafe dengan tema Parti Nazi yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dan pelancong asing.
Kafe Soldatenkaffe milik Henry Mulyana yang terletak di sini, dalam wilayah Jawa Barat, telah dibuka sejak April 2011.

Timbalan Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivananda berkata, sepucuk surat meminta Mulyana memberikan penjelasan berhubung tujuan dia membuka restoran itu telah dihantar kelmarin.

"Simbol-simbol Swastika (Parti Nazi) yang terdapat di kafe itu dikenali di seluruh dunia kerana sinonim dengan keganasan dan perkauman," kata Vivananda.

Kafe tersebut dihiasi sehelai bendera dengan simbol swastika bersaiz besar dan potret gergasi bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler. Dekorasi lain termasuk beberapa koleksi berkaitan Nazi yang digantung di dinding berwarna merah di kafe itu. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Simbol-simbol Swastika (Parti Nazi) seperti yang terdapat di kafe itu dikenali di seluruh dunia kerana sinonim dengan keganasan dan perkauman. Itu pandangan ciptaan puak-puak ekstrem Yahudi Zionis yang tidak demokratik. Mengapa negara umat Islam perlu turuti kerenah mereka?

Killer Karaoke Paling Bahaya.. Juga Paling Kreatif?

Foto  SEORANG peserta membuat persembahan dalam tangki berisi ular.

JOM KREATIF
London: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aksi berani yang dilakukan di depan kamera.

Tetapi, kini dia pula mengenakan orang lain. Steve kini menjadi pengacara bagi rancangan baru, Killer Karaoke yang menyaksikan enam peserta menjadi mangsa bulinya. Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus.

Gambar ini (di atas) menunjukkan seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik. Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000). - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kreatif yang tidak sesuai bagi manusia yang berperadaban dan beragama..

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Lagi Maksiat Pusat Hiburan.. Memalukan!

 PETALING JAYA - Seramai 17 wanita warga asing dan empat pondan warga Filipina ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan berhampiran Dataran Mentari, kelmarin.

Abby Abadi, Dah 12 Hari Berkahwin, Kahwin Lari?



HALAMAN HIBURAN

"DIPENDEKKAN cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur."  kongsi Abby di akaun Instagramnya.

Hari ini, Abby Abadi, bekas pelakon dan bekas isteri kepada Norman mengesahkan, dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu. 

Apa istimewnya? Katanya, ".. ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain."
Gambar-Suami-Abby-Abadi.jpg
Sumber: Facebook

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa cepat-cepat sangat.. kahwin lari? Tidak, cuma gurau-gurau sahaja!.Kan dia kata, Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti.Al-hamdulillah, ucap tahniah!! Maka menangislah iblis... (IH)

Friday, July 19, 2013

Abby Abadi, Lelong Jom Bersama Che Long..

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long

SELEBRITI terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini. Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival  "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

Ia dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010. Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut. Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

"Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.
'Mahu lelong barang lain?'

Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.
Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70.  Tudung itu akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin. Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri. Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis. (MK)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Nik Aziz Dilarang Solat Di Masjid TUDM, UMNO Boleh..



BESUT: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu. Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan. Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh,  Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.  Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.

Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan. Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM. (Hrkh)

Gambar suasana ceramah perdana sempena PRK N.01 Kuala Besut 

 

Gambar suasana ceramah perdana sempena PRK N.01 Kuala Besut, Kg Beris Pak Abu. Penceramah 1.YB. Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) 2.Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pimpinan PAS yang lain..(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Wanita Lakukan Seks Dengan Kucing. Baca Ini!

Oklahoma City: Disebabkan berasa terancam, seorang wanita mengugut untuk menikam jirannya kerana menyangka lelaki warga emas itu membocorkan rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing.
Menurut media, Kristina Michelle Brown, 23, dituduh menyerang Elmer Morrison, 72, menggunakan sebilah pisau.

Ketika disoal siasat polis, Kristina berkata, dia berang apabila rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing diketahui ramai. Morrison pula mendakwa, Kristina berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumah mereka sambil menjerit meminta dia keluar. Kata Morrison, Kristina ketika itu memegang sebilah pisau dan bertanya: “Adakah anda mahu mati?” Kristina dari Oklahoma City berkata, dia sangat berang apabila Morrison membongkar rahsianya kepada orang lain di kawasan mereka menetap.
Namun Morrison yang merupakan pesara jurujual menafikan perkara itu.

“Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai aktiviti Kristina dengan kucingnya,” katanya. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini? Kerana tidak ikut landasan perdaban kemanusiaan dan agama. Tidak ikut agama fitrah jadi macam binatang, walaupun ia sebuah kerajaan. Kerajaan yang menjadikan rakyatnya sebagai binatang! BNkah?

 
Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?  
Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah. 
Maka ia akan mendapati dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. 
Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu, “ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”
  • “Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]
 Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”


  •  “Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan keji. Ia berada dalam keadaan lebih teruk...  Kerana ia tidak akan setubuhi binatang kecuali tidak sanggup setubuhi binatang, berzina, gay, atau ia dalam keadaan yang sedang mengigau.. sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Menyetubuhi Binatang

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ‏‎ ‎أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎اللُوْطِيِّ.

Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:


  • Pertama, ia dididik dan tidak dihukum. 
  • Kedua, hukumannya sama seperti berzina. 
  • Ketiga, hukumannya sama seperti gay.
وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ‏‎ ‎احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ‏‎ ‎عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ‏‎ ‎دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : » مَنْ‏‎ ‎أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ‏‎ ‎وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ «، قَالُوْا‎ ‎لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُبَاحُ بِحَالٍ‏‎ ‎فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ‏‎ ‎الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ‏‎ ‎يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ‏‎ ‎صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ‏‎ ‎يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ ”


  • “Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW
” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏



  • “Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak dibolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay.

Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ،‏‎ ‎وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ‏‎ ‎وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “


  • “Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5]. Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata,


  • “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh.  Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA
” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”


  • “Bagaimana dengan binatangnya?”
Beliau RA menjawab:

” مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ‏‎ ‎إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ‏‎ ‎يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ‏‎ ‎عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek ...


  • sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6] 
Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.

SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.

(IH)

Ayam! Ayam! Ayam! Tak Selesai Kalau Pemimpin Otak Tahi Ayam


Oleh SM Mohamed Idris Presiden CAP

PENGGUNA

Setiap hari, setiap tahun – ayam, ayam, ayam!
KENAIKAN harga ayam di pasaran benar-benar meragut ketenangan rakyat Malaysia. Dalam masa dua minggu sejak bermulanya bulan Ramadhan, isu harga ayam mencanak naik menjadi bualan hangat di kalangan pengguna, peniaga dan pembuat dasar.

Sebelum ini, harga ayam adalah sekitar RM7 sekilogram. Kini, di Pasar Awam Jelutong misalnya, harga ayam melonjak antara RM8 sehingga RM9 sekilogram. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima lebih daripada 50 aduan daripada pengguna berhubung isu ini.

Menurut laporan media, hubungkait antara pengeluar, orang tengah (pengedar) dan peruncit merupakan antara penentu kenaikan harga ayam. Bagi penternak dan peniaga sendiri, mereka menegaskan mereka tiada pilihan dan harus akur kepada harga pasaran yang sensitif kepada harga makanan ayam, kos pengangkutan dan kos sewa pekerja.

Kurangnya bilangan ayam dalam pasaran mendorong sesetengah peniaga menaikkan harga dengan sesuka hati, dan akhirnya memberi kesan dan bebanan kepada pengguna-pengguna Malaysia yang menjadikan ayam sebagai sumber protein utama.

Sehingga hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya memberi usul untuk mengimport ayam, mencadangakan pengguna untuk boikot pembelian ayam, dan mereka akan mengumumkan harga siling ayam pada 1 Ogos 2013(harga kawalan untuk ayam hanya semasa musim perayaan).

KPDNKK tidak menyatakan dengan jelas punca-punca kenaikan harga ayam  yang menyebabkan panik di kalangan pengguna. Isu kenaikan harga ayam bukanlah isu yang terbit tahun ini sahaja, ia boleh dikatakan sebagai upacara tahunan, berulang-ulang, sinonim benar dengan musim perayaan. Kami menggesa pihak KPDNKK mencari satu penyelesaian yang konsisten dan memberi kesan keuntungan kepada pengguna dan pengeluar.

Harga Siling Ayam diumumkan pada 1 Ogos 2013


Seperti tahun-tahun sebelum ini, KPDNKK telah pun memperkenalkan Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di bawah Akta  Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu akta Kawalan Harga 1946). Di bawah skim ini, beberapa barang keperluan (termasuk ayam) dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.

Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah. Untuk tahun ini, KPDNKK akan mengumumkan tentang harga siling ayam dan barangan lain pada 1 Ogos 2013.

Persoalannya, dengan pengalaman dan isu-isu kenaikan harga barang pada tahun-tahun yang sudah-sudah, tidakkah pihak KPDNKK tidak merasakan bahawa untuk mengurangkan bebanan pengguna ialah dengan menguatkuatkuasakan skim ini sedari awal bermulanya bulan Ramadhan? Adakah setiap tahun, perdebatan tentang punca kenaikan harga barang dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini hanya akan dibincangkan saat pengguna terbeban dan mula mengadu?

Akta yang melindungi pengguna daripada kenaikan mendadak harga barang

Akta  Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melarang peniaga membuat keuntungan yang tinggi dan tidak munasabah dalam menjual dan membekalkan barangan, jika kesalahan disabitkan, peniaga akan dikenakan tindakan. Selain itu, Menteri yang bertanggungjawab perlu menetapkan mekanisme untuk menangani dan isu pencatutan ini.

CAP ingin mendapatkan kepastian daripada KPDNKK sama ada mekanisme untuk menyelesaikan isu ini telah disediakan atau tidak? Jika sudah, tidak perlu untuk KPDNKK untuk menanti sehingga 1 Ogos 2011 untuk membuat penguatkuasaan. Jika belum, pihak yang berkenaan patut memberi justifikasi mengapa masih belum ditetapkan mekanisme? Adakah isu kenaikan harga barang ini merupakan isu yang remeh?

Kami juga sedar tentang peranan Pengawal Harga seperti termaktub di dalam Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. “Pengawal boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan harga maksimum, minimum atau tetap bagi pembuatan, pengeluaran, pemborongan atau peruncitan”.

CAP yakin mekanisme yang telah dirangka oleh pihak KPDNKK pasti berjalan lancar dengan bantuan daripada Pengawal Harga.  Peranan Pengawal Harga ini pasti lebih berkesan jika mereka ditempatkan di setiap daerah dan setiap cawangan KPDNKK diberi autonomi dan kuasa untuk menjalankan operasi dan penguatkuasaan di peringakat lokal.

Selain itu, KPDNKK perlu menggiatkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) terutamanya dalam menangani isu-isu kekurangan bekalan barangan dan kenaikan harga barangan menjelang musim perayaaan. MOA telah memberi alternatif dengan menggesa pengguna untuk membeli barangan di Pasar Tani (Fama).

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Tahniah kami ucapkan kerana memperkenalkan ‘Program Jimat Belanja Dapur’. Kami percaya, jika kedua-dua kementerian ini sedari awal bekerjasama dan memberi maklumat kepada pengguna, pengguna tidak akan panik dengan isu kekurangan dan kenaikan harga ayam.

Apa selain ayam?

Mengapa ayam menjadi pilihan utama rakyat Malaysia? Pada masa dahulu, sebelum tahun 1970-an, daging ayam agak mahal sehinggakan dalam sesebuah keluarga, hanya makan ayam satu minggu atau sebulan sekali dan ada juga yang kurang mampu hanya makan ayam pada musim perayaan.

Kini, ayam merupakan sumber protein yang murah jika dibandingkan dengan ikan, daging lembu, kambing dan sebagainya. Ayam juga sangat inklusif, kerana boleh dinikmati oleh semua kaum di Malaysia.

Seperti yang kami nyatakan di awal rencana ini, reaksi masyarakat menunjukkan kegusaran dan ketidakmampuan mereka dalam menghadapi kenaikan harga ayam secara mendadak. Pengguna perlu diberi lebih banyak alternatif untuk memilih makanan.

Pada masa ini, keputusan yang dibuat oleh pengguna adalah berdasarkan, apa yang ditawarkan oleh pasaran, bajet mereka, harga produk pengganti dan alternatif yang ada.

Masyarakat perlu digalakkan untuk menjalankan penternakan dalam skala yang kecil, dan kerajaan perlu memberi bantuan daripada segi modal permulaan, milikan tanah, pendidikan dan latihan. Selain itu, kerajaan perlu memikirkan semula tentang memperkasakan sektor perikanan kerana harga ikan dan sumber laut yang mahal turut memberi kesan kepada pilihan pengguna dalam memilih sumber protein selain ayam.

Isu kenaikan harga ayam dan kekurangan bekalan ayam hanyalah satu cebisan daripada isu yang lebih besar – pengurusan sumber makanan di Malaysia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sudah bertahun-tahun lamanya, bila sampai hari rakyat perlu lauk ayam, timbul masalah ayam. Agaknya habis dah semua kepala-kepala otak pemimpin-pemimin kerajaan berfikir nak selesaikan masalah ini, tapi tak boleh selesai juga. Fasal apa? Kerdil sangatkah otak-otak kerajaan, kalau yang lain, Malaysia Boleh?

Rentikan lah jadi pemimpin, kalau hanya Otak Tahi Ayam. Kokok saya berderai-derai, ekor bergelumang tahi ayam. Jangan kira untung saja bukan kebajikan rakyat, macam kerja-kerja bapak ayam. Ramai lagi orang lain boleh pimpin negara ini. Jangan beri beruk pegang ayam, macam gambar di bawah!

K/Besut, PKR Menang!!! ... ??

Oleh MOHD NASIR AWANG
TIDAK ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut, lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara masyarakat setempat mengenai “gelomok” nya beliau dengan orang-orang kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu.

Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut.

PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti di dalam Dun Kuala Besut.

Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang lebih dikenali dengan nama ‘Che Long’ setakat ini mempunyai kelebihan agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu.

Pertama, apa yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku Zaihan.

Calon PAS itu bersekolah di Kuala Besut. Maka seramai mana kawan, guru dan kenalan diperolehinya sepanjang persekolahan itu sudah tentu ramai dari kalangan penduduk Kuala Besut. Sedangkan Tengku Zaihan menghabiskan zaman persekolahan dan pengajiannya di perantauan. Beliau bersekolah menengah di Dungun, sebelum melanjutkan pula pengajian ke peringkat universiti di Pulau Pinang. Sekerap mana pun dia pulang sebelum ini (kalau pun dia kerap pulang bercuti sepanjang tempoh pengajian itu), sudah tentu tidak sama dengan seorang lain (Che Long) yang  ‘bertumah’ di kampung sepanjang masa itu.

Apabila memasuki alam pekerjaan pula, kelebihan sekali lagi memihak kepada Che Long. Nama beliau mula menjadi sebutan masyarakat sebagai peniaga stor kayu yang “mudoh bbaso, senae kkiro”. Ertinya, beliau suka mempermudahkan segala urusan jual-beli, tidak terlalu ‘pegang harga’ dan pemurah.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut