Saturday, August 10, 2013

Di Alexandria, Pengganas Serang Masjid Bakar Al-Quran..

Rabu dini hari kemarin, puluhan preman atau penjahat yang dibacking beberapa polis di bawah pimpinan Nashir Abdu (intelijen Alexandria) menyerang masjid Qaid Ibrahim. Tidak hanya menyerang, mereka juga membakar mushaf Al-Qur’an dan melukai beberapa penentang kudeta. Peristiwa itu terjadi setelah para penentang kudeta selesai shalat tahajjud.

Korban yang jatuh di antaranya, satu orang meninggal dunia, puluhan anak yang terluka akibat tembakan senjata dan tikaman senjata tajam. Kejadian ini tentu mendapat kecaman banyak pihak. Misalnya Dr. Hasan Barnas mantan wakil gubernur Alexandria yang mengatakan bahwa kekuatan kudeta tidak hanya menyerang para penentangnya, tapi juga menyerang institusi keagamaan seperti masjid dan mushaf Al-Qur’an. Kejahatannya tidak lagi bersifat politis, tapi juga penistaan terhadap agama.
Beliau menambahkan bahawa polis yang mengatur semua itu setelah belajar dari orang-orang Yahudi. (IH/msa/sbb/dkw)

Kad Hari Raya ADUN Stulang Tertera Kepala Babi Panggang?

Facebook 
Pembantu Exco didakwa hina Islam guna FB


PAGOH - Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat. 
Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu. 

Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi. Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian.

"Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.
Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.

Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.
 
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasatnya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu dan berkata ia membuktikan generasi muda kini tidak memahami sensitiviti agama dan kaum.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini, berkata negara sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak tindakan serta kelakuan antara kaum yang berlaku yang boleh menggugat keamanan negara dan ini amat berbahaya. - Bernama

Sambut Hari Raya Dengan Ini..Bamm!! Negara Koboi?


GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya. Sumber berkata ketua 'bonzer' itu telah bercakap dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka yang kemudiannya ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan tersebut.

Dia kemudian bergegas ke salah satu kelab hiburan di situ untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan. Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Too Pek, dikatakan menjadi salah seorang ahli kongsi gelap terkenal di negeri ini.  Pengunjung kelab berkata mereka mendengar bunyi seakan-akan serupa dengan bunyi mercun. Polis setakat ini telah menahan dua orang pencuci, kedua-duanya warga asing di tempat kejadian yang didakwa cuba untuk menghapuskan bukti. Polis turut menemui tujuh sarung peluru. Jurucakap polis berkata, mereka telah mengkaji rakaman CCTV yang diambil di tempat kejadian ~ mStar

Sementara itu dilaporkan empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak. Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Komen Weblog DailogRakyat:  Mercun dan Senjata Api kedua-duanya diharamkan dinegara ini.. tapi kena tiba-tiba ianya berleluasa dalam musim perayaan ini? Salah siapa agaknya ianya kini dilihat berleluasa?..

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Malaysia dah nak jadi negara koboi?
(IH)

Bom. Sasarkan Presiden Assad Sambut Pagi Syawal

Assad jadi sasaran bom pagi Syawal  Assad bersama beberapa mufti bersalaman selepas solat Aidilfitri di Damsyik. Foto: EPA

DAMSYIK - Presiden Syria Bashar al-Assad menjadi sasaran bom ketika dalam perjalanan menunaikan solat Aidilfitri di Damsyik, semalam. Media melaporkan, rangkaian Kumpulan Tentera Pembebasan (FSA) mendakwa, mereka sentiasa memantau pergerakan Assad sepanjang minggu ini.

“Difahamkan, FSA ada melepaskan bedilan roket pada rombongan tentera rejim ketika mereka dalam perjalanan ke masjid,” menurut laporan itu.

Menteri Maklumat Omran Zoabi bagaimanapun, menyangkal dakwaan itu dan menganggapnya sebagai usaha untuk menggugat keselamatan negara.

“Tuduhan itu palsu. Perjalanan kami ke masjid lancar tanpa gangguan,” katanya menurut Press TV. Stesen televisyen tempatan mendakwa, Assad dan beberapa mufti dilihat menunaikan solat Aidilfitri selepas kali terakhir dilihat di khalayak ramai minggu lalu di Masjid Anas Malik di Damsyik.

Sementara itu beberapa web telah menyebarkan gambar ini.
Apakah salah si kecil ini sehingga terpaksa menahan dan meraung kesakitan sebegini rupa. Wahai saudaraku kalian yg memiliki akal fikiran yang waras dan sifat belas kasihan? Bagaimana kiranya bayi ini adalah anak anda? Atau adik anda? atau cucu anda?

Ya Allah kau hancurlah kerajaan syiah pimpinan Basyar Assad dan sekutu-sekutu mereka, azablah mereka dgn azab yg pedih. Sungguh mereka menzalimi hamba-hambamu dengan kezaliman yang amat dahsyat.

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).  Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(IH)

Selamat Hari Raya Kawanku, Jangan Maksiatkan!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM   

SELAMAT Hari Raya..
Mari kita lihat sejarahnya..

Bermula apabila Rasulul SAW berhijrah ke Madinah. Beliau dapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab masa itu. Rasul bertanya, apa 2 hari raya itu? Hari perayaan warisan turun temurun, jawab mereka.

Kata Rasul, Islam gantikan 2 hari raya kamu itu dengan 2 hari yang lebih bermakna. iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha, dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 
Hari Kemenangan

Hari raya dalam Islam jelas menunjukkan ia adalah hari perayaan keagamaan. Kerana itu merainya adalah ibadat. Menyambutnya adalah suatu kemenangan bagi orang yang lulus mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana kalau, buat batal puasa. 

Kerana itu Allah anugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan dari kemenangan itu. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 
Hari Agama.. 

Kerana perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan yang ditentukan agama. Bila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: 

  • "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.  

Ingat! Jangan berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambutnya. Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambutnya. Seperti boros berbelanja, semata-mata bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada beliau, katanya..

  • “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat menyambut Aidilfitri." Lalu beliau segera bertanya: "Kenapa saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. 

Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep bantu-membantu itulah yang perlu diketengahkan. Tidak sempurna iman seseorang itu, tidur dalam kekenyangan sedang jirannya dalam kelaparan. Bukan konsep bergaya, bermegeh-megeh, dan membazir di tengah-tengah kemiskinan rakyat!
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 
Jangan Materialistik. 
 
Antara budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya di negara kita  ialah 'beri duit raya'. Anak-anak orang Islam menziarahi jirannya disedeqahkan wang. Alhamdulillah, konsepnya baik. Membantu sesama miskin. Ringan, ringan!

Tetapi kalau terjadi sebaliknya, boleh membebankan yang sudah miskin. Keluarga si miskin tidak mampu mensedeqahkan kepada tetamu yang menziarahi rumahnya. Apalagi kanak-kanak, akan tertumpu ke rumah yang dapat banyak duit. Kata mereka, "Pergi ke rumah pakcik miskin tu,tak dapat duit!" "Pakcik tu kedekut, tangkai jering, tahi hidung masin!". Dan lan-lain.

Jadi, konsep bantu membantu dan berziarah itu telah di 'materialistik'kan. Ini suatu contoh kecil.. Faham materialisme atau 'kebendaan' itu boleh menenggelamkan hikmah puasa atau hari raya.

Nabi Nuh AS pernah mengadu kepada Tuhannya dan Tuhan kita semua.. 

  • “Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu derhaka kepadaku, dan mereka mengikuti orang yang harta dan anaknya tiada menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. (Surah Nuh ayat: 21) 
Itulah bahaya faham kebendaan..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Hari Tanpa Maksiat. 

Ada yang menganggap Aidilfitri adalah ‘kebebasan’. Kerana secara harfiah makna Aidilfitri ialah hari kembali ke fitrah. Mereka memandang Aidilfitri laksana hari pembebasan daripada ‘penjara’ Ramadan. Jadikanlah Aidilfitri kali ini hari raya bebas tanpa maksiat. Sambutlah kedatangan 1 Syawal dengan takbir dan tahmid sebanyak-banyaknya. 

Jangan dilayani kebanyakan siaran tv-tv di Malaysia, menyambut hari raya dengan kegiatan-kegiatan maksiat, menambahkan dosa dari berpahala. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita orang bertakwa agar termasuk dalam golongan insan berjaya di sisi Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. 

Kalau ada jarum patah
jangan simpan dalam peti
Kalau ada silap salah
jangan simpan dalam hati.. 

Ertinya tidak berdendam, marilah kita bermaaf-maafan.. walaupun melalui webblog sahaja.


Sekian, wallahul'aklam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
7 Ogos 2013. KL
Ketika hampir berbuka puasa. 

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Thursday, August 08, 2013

Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Sedikit Tambahan Mengenai Aqidah.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Golongan Selamat (al Firqah an-Najiyah)

Bersabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:
  • “dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di syurga iaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Akal adalah syahid atau saksi dan bukti, kebenaran syara’. Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh ulama tauhid atau ulama al-kalam atau teologi. Yang mereka lakukan adalah taufiq atau pemaduan antara kebenaran syara’ dengan kebenaran akal. Mengikuti jejak nabi Ibrahim, seperti dikisahkan al-Quran- ketika membantah raja Namrud dan kaumnya, di mana beliau menundukkan mereka dengan dalil akal. 

Fungsi akal dalam agama adalah sebagai saksi bagi kebenaran syara’, bukan sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri. Berbeza dengan golongan falsafah berbicara tentang Allah, malaikat dan banyak hal lainnya yang hanya berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka menjadikan akal sebagai dasar agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para nabi dan rasul. 

Tuduhan kaum Musyabbihah dan Mujassimah, iaitu kaum yang sama sekali tidak memfungsikan akal dalam agama, terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai ’Aqlaniyyun atau 'kaum yang hanya mengutamakan akal' atau sebagai kaum Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah (anak bibit kaum Mu’tazilah). Tuduhan dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai salah satu sumber utama, adalah suatu tuduhan yang amat salah. 

Ini tidak ubah seperti kata pepatah Arab “Qabihul Kalam Silahulliam” Yakni, kata-kata yang buruk adalah senjata para pengecut. Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan pembahasan tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah atau golongan yang selamat, asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.

Sekilas, renung sejarah aqidah..

Sejarah mencatat bahawa di kalangan umat Islam bermula dari abad-abad permulaan, mulai dari masa khalifah Sayyidina Ali ibn Abi Thalib sehinggalah sekarang terdapat banyak firqah atau golongan dalam masalah aqidah yang saling bertentangan di antara satu sama lain. Ini fakta yang tidak dapat dibantah. Bahkan dengan tegas dan jelas Rasulullah telah menjelaskan bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 golongan. 

Semua ini sudah tentunya dengan kehendak Allah, dengan berbagai hikmah tersendiri, walaupun tidak kita ketahui secara pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Namun Rasulullah juga telah menjelaskan jalan selamat yang perlu kita ikuti dan panuti agar tidak terjerumus dalam kesesatan. Iaitu dengan mengikuti apa yang diyakini oleh al-Jama’ah; majoriti umat Islam. 

Kerana Allah telah menjanjikan kepada Rasul-Nya,  Nabi Muhammad, bahawa umatnya tidak akan tersesat selama mana mereka berpegang teguh kepada apa yang disepakati oleh kebanyakan mereka. Allah tidak akan menyatukan mereka dalam kesesatan. Kesesatan akan menimpa mereka yang menyimpang dan memisahkan diri dari keyakinan majoriti. Majoriti umat Muhammad dari dulu sampai sekarang adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. 

Mereka adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam Ushul al-I’tiqad atau dasar-dasar aqidah. Iaitu Ushul al-Iman al-Sittah atau dasar-dasar iman yang enam, seperti disabdakan Rasulullah dalam hadith Jibril bermaksud : 
  • “Iman adalah engkau mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab- kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir serta Qadar (ketentuan Allah); yang baik mahupun buruk”. (H.R. al Bukhari dan Muslim)
Mengenai al-Jama’ah dan pengertiannya, sebagai majoriti umat Muhammad  tidak lain adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah tersebut dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: 
  • “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendirian. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”.  (H.R. at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan Shahih juga hadith ini dishahihkan oleh al-Hakim).
Al-Jama’ah dalam hadith ini tidak boleh diertikan dengan orang yang selalu melaksanakan solat dengan berjama’ah, jama’ah masjid tertentu. Konteks pembicaraan hadith ini jelas mengisyaratkan bahawa yang dimaksud al-Jama’ah adalah majoriti umat Muhammad dari sudut jumlah (‘adad). Penafsiran ini diperkuatkan juga oleh hadith yang dinyatakan di awal pembahasan.

Iaitu hadith riwayat Abu Daud yang merupakan hadith Shahih Masyhur, diriwayatkan oleh lebih dari 10 orang sahabat. Hadith ini memberi kesaksian akan kebenaran majoriti umat Muhammad bukan kesesatan firqah-firqah yang menyimpang. Jumlah pengikut firqah-firqah yang menyimpang ini, jika dibandingkan dengan pengikut Ahlussunnah Wal Jama’ah sangatlah sedikit.  

Seterusnya di kalangan Ahlussunnah Wal Jama’ah terdapat istilah yang popular iaitu “ulama salaf”. Mereka adalah orang-orang terbaik dari kalangan Ahlusssunnah Wal Jama’ah yang hidup pada 3 abad pertama hijriyah sebagaimana sabda nabi yang maknanya: 
  • “Sebaik-baik abad adalah abadku kemudian abad setelah mereka, kemudian abad setelah mereka”. (H.R. Tirmidzi)
Pada masa ulama salaf ini, di sekitar tahun 260 H, mula tercetus bid’ah Mu’tazilah, Khawarij, Musyabbihah dan lain-lainnya dari kelompok-kelompok yang membuat fahaman atau mazhab baru. Kemudian muncullah dua imam muktabar pembela Aqidah Ahlus sunnah iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (W. 324 H) dan Imam Abu Manshur al-Maturidi (W. 333 H) –semoga Allah meridhai keduanya. 

Mereka menjelaskan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang diyakini para sahabat Nabi Muhammad, juga orang-orang yang mengikuti mereka, dengan mengemukakan dalil-dalil naqli atau nas-nas al-Quran-Hadith, dan dalil-dalil aqli atau argumentasi rasional. Juga disertai dengan bantahan-bantahan terhadap syubhat-syubhat (atau sesuatu yang dilontarkan untuk mengaburkan hal yang sebenarnya) golongan Mu’tazilah, Musyabbihah, Khawarij dan ahli bid’ah lainnya. 

Disebabkan inilah Ahlussunnah dinisbahkan kepada keduanya. Mereka; Ahlussunnah Wal Jamaah akhirnya dikenali dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam Abu al-Hasan Asy’ari) dan al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi). Hal ini menunjukkan bahawa mereka adalah satu golongan iaitu al-Jama’ah. Kerana sebenarnya jalan yang ditempuhi oleh al-Asy’ari dan al-Maturidi dalam pokok aqidah adalah sama dan satu. Perbezaan yang terjadi di antara keduanya hanyalah pada sebahagian masalah-masalah furu’ (cabang) aqidah. 

Hal tersebut tidak menjadikan keduanya saling berhujah dan berdebat atau saling menyesatkan. Serta tidak menjadikan keduanya terlepas dari ikatan golongan yang selamat (al-Firqah al-Najiyah). Perbezaan antara al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini adalah seperti perselisihan yang terjadi di antara para sahabat nabi, tentang adakah Rasulullah melihat Allah pada saat Mi’raj? Sebahagian sahabat, seperti ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasulullah tidak melihat Tuhannya ketika Mi’raj. 

Sedangkan Abdullah ibn ‘Abbas mengatakan bahawa Rasulullah melihat Allah dengan hatinya. Allah memberi kemampuan melihat kepada hati Nabi Muhammad atau membuka hijab sehingga dapat melihat Allah. Namun demikian al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini tetap bersama atau bersefahaman dan sehaluan dalam dasar-dasar aqidah. Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (W. 1205 H) mengatakan:
  • “Jika dikatakan Ahlussunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksud adalah al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah “. (Al-Ithaf Syarah li Ihya Ulumuddin, juz 2 hlm 6)
Maka aqidah yang sebenar dan diyakini oleh para ulama salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah. Kerana sebenarnya keduanya hanyalah merumuskan serta membuat ringkasan yang mudah (method) dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahlusssunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).
 
Aqidah ini diajarkan di pondok-pondok Ahlussunnah di negara kita Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lainnya. Dan Alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara Syam (Syria), Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi,Yaman, Iraq, Turki, Chechnya, Afghanistan dan banyak lagi di negara-negara lainnya.

Maka wajib bagi kita untuk sentiasa memberi penuh perhatian dan serius dalam mendalami aqidah al- Firqah al-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti. Kerana ilmu aqidah adalah ilmu yang paling mulia, sebab ia menjelaskan pokok atau dasar agama. Abu Hanifah menamakan ilmu ini dengan al-Fiqh al-Akbar. Kerana mempelajari ilmu ini wajib diutamakan dari mempelajari ilmu-ilmu lainnya. Setelah selesai atau khatam mempelajari ilmu ini barulah disusuli dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. 

Inilah method yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf mahupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi ini telah bermula dari zaman Rasulullah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dan Jundub, maknanya: 
  • “Kami ketika remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami”. (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).
Ilmu aqidah juga disebut dengan ilmu kalam. Hal ini kerana ramainya golongan yang menyalahgunakan nama Islam namun menentang aqidah Islam yang sebenar dan banyaknya kalam (argumentasi) dari setiap golongan untuk membela aqidah mereka yang sesat. Tidak semua ilmu kalam itu tercela, sebagaimana dikatakan oleh golongan Musyabbihah (kelompok yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). 

Tetapi ilmu kalam terbahagi menjadi dua bahagian; ilmu kalam yang terpuji dan ilmukalam yang tercela. Ilmu kalam yang kedua inilah yang menyalahi aqidah Islam kerana dikarang dan dipelopori oleh golongan-golongan yang sesat seperti Mu’tazilah, Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya) dan ahli bid’ah lainnya. lmu kalam yang terpuji pula, ialah ilmu kalam yang dipelajari oleh Ahlussunah untuk membantah golongan yang sesat. 

Dikatakan terpuji kerana pada hakikatnya ilmu kalam Ahlussunnah adalah taqrir. Penyajian prinsip-prinsip aqidah dalam formatnya yang sistematik dan argumentatif; dilengkapi dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Dasar-dasar ilmu kalam ini telah wujud di kalangan para sahabat. Di antaranya, Imam Ali ibn Abi Thalib dengan argumentasinya yang kukuh dapat mengalahkan golongan Khawarij, Mu’tazilah dan juga dapat membantah empat puluh orang yahudi yang meyakini bahwa Allah adalah jisim (benda). 

Demikian pula Abdullah ibn Abbas, Al-Hasan ibn Ali ibn Abi Thalib dan Abdullah ibn Umar juga membantah kaum Mu’tazilah. Sementara dari kalangan tabi’in; Imam al-Hasan al-Bashri, Imam al-Hasan ibn Muhamad ibn al-Hanafiyyah; cucu Saidina Ali ibn Abi Thalib dan khalifah Umar ibn Abdul Aziz juga pernah membantah kaum Mu’tazilah. Kemudian juga para imam dari empat mazhab; Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad juga menekuni dan menguasai ilmu kalam ini. 

Sebagaimana dinukilkan oleh al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi (W 429 H) dalam kitab Ushul ad-Din, al-Hafizh Abu al-Qasim ibn ‘Asakir (W 571 H) dalam kitab Tabyin Kadzib al Muftari, al-Imam az-Zarkasyi (W 794 H) dalam kitab Tasynif al-Masami’ dan al ‘Allamah al Bayyadli (W 1098 H) dalam kitab Isyarat al-Maram dan lain-lain. Allah berfirman yang bermaksud: 
  • “Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan mohonlah ampun atas dosamu”. (Muhammad :19) 
Ayat ini sangat jelas mengisyaratkan keutamaan ilmu ushul atau tauhid. Iaitu dengan menyebut kalimah tauhid (la ilaha illallah) lebih dahulu dari pada perintah untuk beristighfar yang merupakan furu’ (cabang) agama. Ketika Rasulullah ditanya tentang sebaik-baiknya perbuatan, beliau Menjawab,maknanya: 
  • “Iman kepada Allah dan rasul-Nya”. (H.R. Bukhari) 
Bahkan dalam sebuah hadits Rasulullah mengkhususkan dirinya sebagai orang yang paling mengerti dan faham ilmu tauhid, beliau bersabda,maknanya: 
  • “Akulah yang paling mengerti di antara kamu tentang Allah dan paling takut kepada-Nya”. (H.R. Bukhari)
Kerana itu, sangat banyak ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah ini. Seperti..
  • Risalah al-’Aqidah ath-Thahawiyyah karya al-Imam as-Salafi Abu Ja’far ath-Thahawi (W 321 H), 
  • kitab al‘Aqidah an-Nasafiyyah karangan al Imam ‘Umar an-Nasafi (W 537 H), 
  • al-‘Aqidah al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr ad-Din ibn ‘Asakir (W 630H), 
  • al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn Hibatillah al-Makki (W 599H); beliau menamakannya Hadaiq al-Fushul wa Jawahir al Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada sultan Shalahuddin al-Ayyubi (W 589 H).
Tentang risalah aqidah yang terakhir disebutkan, sultan Shalahuddin sangat tertarik dengannya. Se hingga beliau memerintahkan untuk diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah. Akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah. Sultan Shalahuddin adalah seorang ‘alim yang bermadzhab Syafi’i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah. 

Beliau memerintahkan para muadzdzin untuk mengumandangkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah di waktu tasbih (sebelum adzan shubuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh negara Syam (Syria, Jordan, Palestin dan Lebanon), Mekkah, Madinah, dan Yaman, sebagaimana dikemukakan oleh al Hafizh as-Suyuthi (W 911 H) dalam al Wasa-il ila Musamarah al Awa-il dan lainnya. 

Sebagaimana banyak terdapat buku-buku yang telah dikarang dalam menjelaskan al ‘Aqidah as-Sunniyyah dan sentiasa penulisan itu terus berlangsung. Kita memohon kepada Allah semoga kita meninggal dunia dengan membawa aqidah Ahlissunah Wal Jamaah yang merupakan aqidah para nabi dan rasul Allah. Amin.

Apa Pandangan Jumhur Ulama Tentang Aqidah Asy'ariyyah?

As-Subki dalam Thabaqat nya berkata: “Ketahuilah bahawa Abu al-Hasan al-Asy’ari tidak membawa ajaran baru atau madzhab baru. Beliau hanya menegaskan kembali madzhab salaf, menghidupkan ajaran-ajaran sahabat Rasulullah. Penisbatan nama kepadanya kerana beliau konsisten dalam berpegang teguh ajaran salaf. Hujjah (argumentasi) yang beliau gunakan sebagai landasan kebenaran aqidahnya, juga tidak keluar dari apa yang menjadi hujjah para pendahulunya. Kerana itu para pengikutnya kemudian disebut Asy’ariyyah. 

Abu al-Hasan al-Asy’ari bukanlah ulama yang pertama kali berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Ulama-ulama sebelumya juga banyak berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Beliau hanya lebih memperkuat ajaran salaf itu dengan argumen-argumen yang kuat. Bukankah penduduk kota Madinah banyak dinisbatkan kepada Imam Malik, dan pengikutnya disebut al Maliki. 

Ini bukan bererti Imam Malik membawa ajaran baru yang sama sekali tidak ada pada para ulama sebelumnya. Melainkan kerana Imam Malik menjelaskan ajaran-ajaran lama dengan penjelasan yang lebih terang, jelas dan sistematik. Demikian juga yang dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari”.

Habib Abdullah ibn Alawi al-Haddad menegaskan bahawa..

“kelompok yang benar adalah kelompok Asy’ariyah yang dinisbatkan kepada Imam Asy’ari. Aqidahnya juga aqidah para sahabat dan tabi’in, aqidah ahlul haqq dalam setiap masa dan tempat. Aqidahnya juga menjadi aqidah kaum sufi sejati. Hal ini sebagaimana diceritakan oleh Imam Abul Qasim al-Qusyayri. 

Alhamdulillah aqidahnya juga menjadi aqidah kami dan saudara-saudara kami dari kalangan habaib yang dikenal dengan keluarga Abu Alawi, juga aqidah para pendahulu kita. 

Kemudian beliau melantunkan satu bait sya’ir:
وكن أشعريا في اعتقادك إنه هو المنهل الصافي عن الزيغ والكفر 
  •  “Jadilah pengikut al Asy’ari dalam aqidahmu, kerana ajarannya adalah sumber yang bersih dari kesesatan dan kekufuran”.
Ibnu ‘Abidin al Hanafi mengatakan dalam Hasyiyah Radd al Muhtar ‘ala ad-Durr al Mukhtar: 
  • “Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah al Asya’irah dan al Maturidiyyah”. 
Dalam kitab ‘Uqud al Almas, al Habib Abdullah Alaydrus al Akbar mengatakan: 
  • “Aqidahku adalah aqidah Asy’ariyyah Hasyimiyyah Syar’iyyah sebagaimana Aqidah para ulama madzhab syafi’i dan Kaum Ahlussunnah Shufiyyah”. 
Bahkan jauh sebelum mereka ini Al-Imam al ‘Izz ibn Abd as-Salam mengemukakan bahawa aqidah al Asy’ariyyah disepakati oleh kalangan pengikut madzhab Syafi’i, madzhab Maliki, madzhab Hanafi dan orang-orang utama dari madzhab Hanbali (Fudlala al-Hanabilah)

Apa yang dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui oleh para ulama di masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama Madzhab Maliki di masanya), Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab Hanafi di masanya, juga disetujui oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana dinukil oleh puteranya Tajuddin as-Subki.

Garis Panduan Aqidah Asy'ariyyah

Secara garis besar aqidah asy’ari yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal jama’ah adalah meyakini bahawa.. 
  • Allah ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. 
  • Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’). 
  • Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi wujud-Nya, Allah maha kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah. 
  • Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. Tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya. 
  • Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sudut-sudut, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil. 
  • Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya. 
  •  Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu. 
  • Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya. 
  • Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir. 
  • Allah yang telah menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya, 
  • Alah juga yang menentukan rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. 
  • Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta tanggungjawab atas segala perbuatan-Nya. 
  •  Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan. 
  • Nabi Muhammad adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin mahupun manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap apa yang disampaikannya.
Masakini, masih banyak lagi cabang-cabang kepercayaan aqidah yang sesat dan menyesatkan setanding dengan golongan Mu’tazilah, Musyabbihah, Khawarij dan ahli bid’ah lain pada masa itu. Masakini, lahir kesesatan bentuk baru seperti faham komunisme, nasionalisme, lebaralisme model Aminah Wadud dan macam-macam isme ciptaan atau selewengan manusia masa kini. 

Walaupun begitu, kerajaan Malaysia masih menumpukan masalah Syiah, sebagai kesesatan aqidah Islam atau ajaran sesat di negara ini masakini. Kerana itu kita perlu lihat kembali menikmati kejernihan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sekian, wallahul'aklam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
7 Ogos 2013. KL

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Kamu, Sunnah Wal Jama’ah Atau Syiah? Lihat Ini!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM   


RAMAI anti Syiah di Malaysia sekarang. Ramai mula mengaku ahli Sunnsh Wal Jamaah. Mereka tidak berani mengaku atau kempen Syiah lagi, takut ditangkap?  Sekarang, kegiatan mereka sudah menyalahi perundangan negara ini.

Siapa Ahli Sunnah Wal Jama’ah  

Di antara tinjauan yang memungkinkan kita kenal ahlu sunnah wal jama’ah itu ialah: 

Satu:
Mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW (shallallahu alaihi wa sallam). Merekalah ahli sunnah, yakni orang-orang yang mengajar, menjaga, mengamal, mengutip, dan membawa dalam bentuk riwayat atau dirayat dan manhaj. Jadi merekalah yang paling dahulu mengenal sekaligus mengamalkan as-sunnah.

Dua:  
Selanjutnya ialah para pengikut sahabat Rasaulullah SAW. Merekalah yang menerima tongkat estafet agama dari para sahabat. Merekalah yang mengutip, mengetahui, dan mengamalnya. Mereka adalah para tabi’in dan generasi hidup sesudah mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari kiamat kelak. 

Mereka itulah yang asli dan sejatinya ahli sunnah Rasulullah SAW. Mereka berpegang teguh padanya, tidak buat bid’ah macam-macam, dan tidak ikuti jalan yang bukan jalan orang-orang beriman.

Tiga
Ahli sunnah wal jama’ah, mereka adalah para salafus saleh, yakni orang-orang yang setia pada Al Qur’an dan as sunnah, konsisten mengamal petunjuk Allah dan Rasulullah SAW. Mereka yang mengikuti jejak langkah peninggalan para sahabat, para tabi’in, dan pemimpin-pemimpin pembawa petunjuk umat... Yang jadi tokoh panutan dalam urusan agama, tidak berbuat segala macam bid’ah, tidak menggantinya, dan tidak mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam agama Allah.

Empat
Ahli sunnah wal jama’ah ialah satu-satunya golongan yang berjaya dan mendapat pertolongan Allah sampai hari kiamat nanti. Merekalah yang memang sesuai dengan sabda Nabi SAW. 
  • Ada segolongan dari umatku yang selalu membela kebenaran. Mereka tidak merasa terkena mudharat orang-orang yang tidak menyokong mereka, sampai datang urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu.. 
Dalam satu lafazh disebutkan: 
  • Ada segolongan umatku yang senantiasa menegakkan perintah Allah….
Lima:
Mereka adalah orang-orang yang menjadi asing atau aneh ketika di mana-mana ramai orang suka mengumbar hawa nafsu, berbagai kesesatan berleluasa, bermacam-macam perbuatan bid’ah sangat marak, dan di zaman sudah rosak. 

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah SAW.. 
  • Semula Islam itu asing dan akan kembali asing. Sungguh beruntung orang-orang yang asing. 
Rasulullah SAW juga bersabda..
  • Sungguh beruntung orang-orang yang asing.. yakni beberapa orang saleh yang hidup di tengah-tengah ramai manusia jahat. Lebih ramai orang memusuhi mereka dari yang taat kepada mereka.  
Sifat tersebut cucuk sekali dengan ahli sunnah wal jama’ah.

Enam
Mereka adalah para ahli hadist, baik riwayat mahupun dirayat. Sebab itulah kita lihat para tokoh kaum salaf menafsir al tha’ifat al manshurat dan al firqat al najiyat, yakni orang-orang ahli sunnah wal jama’ah.. bahawa mereka adalah para ahli hadist. Hal itu berdasarkan riwayat dari Ibnu Al Mubarak, Ahmad bin Hambal, Al Bukhari, Ibnu Al Madini, dan Ahmad bin Sinan. 

Ini benar, kerana para ahli hadistlah yang layak menyandang sifat tersebut, mereka adalah para pemimpin ahli sunnah. Mengkomen kalimat al tha’ifat al manshurat, Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: 
  • “Kalau yang dimaksud dengan mereka bukan ahli hadist, saya tidak tahu seterusnya siapa lagi?!”
Al Qadhi Iyadh mengatakan: 
  • “Sesungguhnya yang dimaksud dengan mereka oleh Imam Ahmad ialah ahli sunnah wal jama’ah, dan orang yang percaya pada madzhab ahli hadist.”
Kesimpulannya, seluruh kaum Muslimin yang tetap berpegang pada fitrah aslinya dan tidak suka menuruti keinginan-keinginan nafsu serta tidak suka membuat berbagai macam bid’ah, mereka adalah ahli sunnah. Mereka mengikuti jejak langkah ulama-ulama mereka berdasarkan petunjuk yang benar.

Jadi, Kenapa Dinamai Ahli Sunnah Wal Jama’ah? 

Dinamakan ahli sunnah, kerana mereka adalah orang-orang yang berpegang pada sunnah Rasulullah SAW
  • Kamu mesti berpegang teguh pada sunnahku." 
Sementara nama al jama’ah, adalah kerana mereka berpegang pada pesan Rasulullah SAW untuk setia pada jama’ah atau kebersamaan. Mereka bersama-sama sepakat atas kebenaran, dan berpegang teguh padanya. Mereka mengikuti jejak langkah jama’ah kaum muslimin yang berpegang teguh pada as sunnah dari generasi sahabat, tabi’in, dan para pengikut mereka. 

Mengingat mereka bersama-sama bersatu dalam kebenaran, ikut jama’ah, taat pada pemimpin, melakukan jihad, tunduk kepada penguasa kaum Muslimin, mengerjakan makruf dan mencegah mungkar.. mengikuti as sunnah, dan meninggalkan berbagai perbuatan bid’ah, perbuatan terdorong oleh keinginan-keinginan nafsu, serta perbuatan yang mengundang perpecahan. 
Maka merekalah jama’ah sejati yang mendapat perhatian Rasulullah SAW 

Terakhir kita sampai pada sebuah kesimpulan yang konkrit bahawa nama dan sifat ahli sunnah wal jama’ah adalah istilah yang bersumber:

Satu:
Dari sunnah Rasulullah SAW, ketika beliau menyuruh dan berpesan kepada kaum muslimin untuk berpegang teguh padanya, sebagaiman sabda beliau.. 
  • Berpegang teguhlah kamu pada sunnahku”, 
...ketika beliau menyuruh dan berpesan kepada mereka untuk setia pada jama’ah, dan melarang menentang serta memisahkan diri darinya. 

Jadi nama ahli sunnah wal jama’ah adalah nama pemberian Rasulullah SAW. Beliaulah yang menyebut mereka seperti itu.

Dua:
Dari peninggalan sahabat dan para salafus saleh yang hidup pada kurun berikutnya, peninggalan tersebut menyangkut ucapan, sifat, dan tingkah laku mereka. Nama itu sudah mereka sepakati bersama dan menjadi sifat para pengikutnya. Peninggalan-peninggalan mereka itu ada pada karya-karya mereka yang tertulis dalam kitab-kitab hadist dan atsar.

Tiga:
Istilah ahli sunnah wal jama’ah adalah keterangan syari’at yang disokong dengan kenyataan yang benar-benar ada. Istilah itu membedakan antara orang-orang setia pada kebenaran dari orang-orang yang suka membuat bid’ah dan menuruti keinginan-keinginan hawa nafsu. 

Ini berbeda dengan anggapan sesetengah orang yang mengatakan, bahawa ahli sunnah wal jama’ah adalah sebuah nama muncul di tengah perjalanan zaman. Nama ini baru ada di trngah-tengah perpecahan kaum Muslimin. Padahal sebenarnya tidak begitu. Itu anggapan yang keliru. Ahli sunnah wal jama’ah adalah istilah atau nama ala syari’at yang berasal dari kaum salaf umat Islam. 

Ertinya, ia sudah ada semenjak zaman sahabat dan para tabi’in yang hidup pada periode-periode awal Islam.

Mengenai anggapan sementara orang yang sudah menjadi hamba nafsu bahawa ahli sunnah itu hanya terbatas pada orang-orang salaf mereka saja, dan bahawa yang dimaksud dengan salafus saleh adalah orang-orang yang mengikuti madzhab mereka, itu memang benar. Anggapan tersebut tidak keliru, kerana  salafus saleh memang ahli sunnah. 

Begitu pula sebaliknya, baik ditinjau dari pengertian syari’at mahupun kenyataannya, sebagaimana di atas. Jadi siapa yang tidak mengikuti madzhab salaf dan tidak menempuh manhaj serta jalan mereka, bererti ia telah memisahkan dari as sunnah dan jama’ah. Perlu kita katakan kepada orang-orang sesat mengingkari as sunnah dan para pengikutnya, bahawa itulah yang dimaksud as sunnah, dan mereka itulah para pengikut ahli sunnah wal jama’ah. 

Jika kita berpaling dan menolak ucapan benar ini, maka kita hanya dapat mengingatkan mereka apa yang pernah dikatakan oleh Nabi Nuh AS kepada orang-orang yang berpaling dari seruan dakwahnya. Seperti yang tertuang dalam firman Allah Ta’ala ini:  
  • Berkata Nuh, ‘Hai kaumku, bagaimana fikiranmu, jika aku ada mempunyai bukti nyata dari Tuhanku, dan diberi-Nya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apakah akan kamu paksakan kamu menerimanya, padahal kamu tidak suka?
Dibatasi Ruang Dan Waktu? 

Ahli sunnah wal jama’ah itu tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Ramai terdapat di sebuah negara, namun sedikit di negara lainnya. Terdapat ramai pada suatu kurun zaman, tetapi hanya sedikit pada kurun zaman yang lain. Tetapi yang jelas mereka selalu ada di mana dan bila-bila saja.

Di tengah-tengah mereka terdapat tokoh-tokoh terkemuka yang menjadi pelita kegelapan dan hujjah Allah terhadap makhluk-Nya hingga hari kiamat nanti. Kerana jasa merekalah, wujud janji Allah yang akan menjaga agama ini. Dengan demikian jelaslah siapa sebenarnya ahli sunnah wal jama’ah? Siapa itu salafus saleh? 

Pernyataan golongan-golongan tertentu yang mengaku sebagai ahli sunnah wal jama’ah tetapi nyatanya mereka memisahkan diri dari as sunnah dan jama’ah, serta menyerang para salafus saleh  atau sebahagian dari mereka, adalah pernyataan yang ditolak berdasarkan ketentuan-ketentuan syari’at, dasar-dasar ilmiah, dan fakta-fakta sejarah.

Demikian pula perlu ditolak pengakuan-pengakuan bahawa seluruh kaum Muslimin itu setia pada sunnah. Pengakuan seperti itu selain mendustakan berita dari Allah dan Rasul utusan-Nya SAW yang menyatakan bahawa ada perpecahan, juga berlawanan dengan kenyataan yang ada. Demikian pula dengan pernyataan dan pengakuan-pengakuan lainnya.

Berdasarkan hal itu, maka sesungguhnya as sunnah bukanlah partai atau semboyan atau aliran yang dianut secara fanatik. Tetapi ia merupakan warisan peninggalan Nabi, kebenaran method, jalan lurus, tali kuatteguh, dan jalan orang-orang beriman yang terang seterang di siang hari. Siapa yang berpaling darinya pasti akan celaka.

Berbagai kesalahan, kekeliruan, dan bid’ah dilakukan oleh orang-orang ahli bid’ah atau oleh orang mengaku sebagai ahli sunnah, itu sama sekali bukan dari ajaran as sunnah dan bukan mengikuti manhaj yang benar.   

Begitulah kira-kira, pengertian Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari Segi Syari’at dan Istilah, belum memaparkan aqidah as-sunnah wal jamaah lagi. Insya Allah bersambung.

Sekian, wallahul'aklam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
6 Ogos 2013. KL
 
Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Wednesday, August 07, 2013

Semoga Syawal Berjaya Memugar Tarbiah Ramadhan -N/Aziz

Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Perutusan Idulfitri 1434H


الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

بسم الله الرحمن الرحيم. قال الله تعالي : "قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"

yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): 
  • "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah ali-Imran, ayat 26)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya kita masih diberikan peluang untuk meraikan Syawwal pada tahun ini. Sama ada ini merupakan Syawwal yang terakhir atau tidak di dalam hidup kita, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya perjalanan hidup ini seluruhnya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah SWT. Dia berhak mematikan sesiapa yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang tanda dan amaran.

Segala kebesaran milik Allah SWT yang menguji kita umat Islam pada Syawwal kali ini dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati di seluruh dunia. Kesemuanya mengingatkan kita agar sentiasa menyedari dan menginsafi bahawa kerajaan adalah milik Allah SWT. Pada hari ini di saat mana-mana kerajaan berkuasa, belum tentu lagi di hari esok ia akan terus menjadi kerajaan. Hakikatnya, kerajaan di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.

Saya menyatakan perkara ini bagi mengingatkan kita semua tentang apa yang sedang berlaku di bumi ambiya' iaitu di Mesir pada hari ini. Kita menyambut Syawwal dalam keadaan saudara-saudara kita di Mesir sedang berdepan dengan rampasan kuasa yang sungguh menyayat hati. Sekalipun demokrasi telah mengesahkan kemenangan kerajaan pilihan rakyat, namun muncung senapang sekali lagi menjadi senjata sekular untuk menidakkan demokrasi. Pada saat rakyat di seluruh Mesir bangkit hanya bersenjatakan doa dan perarakan aman sahaja, mereka dipaksa untuk bersahur dan berbuka dengan bedilan peluru oleh tentera negara mereka sendiri.

Ini juga yang berlaku di Syria. Kita laungkan takbir raya pada saat kaum muslimin di Syria sedang melaungkan takbir jihad. Kita melakukan persiapan membeli pakaian hari raya ketika kaum lelaki di Syria menyiapkan kelengkapan perang menentang rejim zalim yang enggan turun dan tunduk pada desakan rakyat. Hasilnya, saban hari kita melihat gambar-gambar mereka yang terkorban di Syria dibunuh tanpa belas kasihan.

Inilah ujian daripada Allah SWT. Ujian kepada tahap persaudaraan yang kita miliki. Justeru, dalam pada kita riang gembira menyambut hari raya pada kali ini, luangkan masa kita untuk sama-sama menadah tangan agar Allah SWT menurunkan pertolonganNya kepada umat Islam di Mesir, Syria bahkan di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia. Teruskan berjuang dan berdoa, agar kezaliman melutut sujud di hadapan kebenaran.

Semoga Ramadhan yang berlalu berjaya memahat nilai taqwa dalam benak sanubari kita. Semoga Syawwal yang tiba juga berjaya memugar kembali kekuatan hasil tarbiah Ramadhan yang kita lalui. Ingatlah, jika di bulan Ramadhan berlakunya perang Badar, maka di bulan Syawwal telah berlakunya perang Ahzab. Kedua-duanya dimenangi dengan gilang gemilang oleh Rasulullah SAW.

Tiada yang pelik jika pertolongan Allah SWT yang pernah turun di medan Badar dan Ahzab akan turun buat kesekian kalinya untuk umat Islam pada hari ini. Syaratnya, iman dan taqwa hendaklah menjadi hantaran buat meminang nusrah daripada Allah SWT, Tuhan pemilik segala kerajaan.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Salam hormat, selamat hari raya Idulfitri 1434H

YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails