HALAMAN HIBURAN
BINTANG
filem yang sering menimbulkan masalah iaitu Lindsay Lohan mengaku
mempunyai tabiat buruk iaitu ketagihan dadah dan arak. Lindsay, 27,
berkata, perbuatan itu menyebabkan kehidupannya menjadi
kucar-kacir sehingga terpaksa disumbat ke dalam penjara selain mempunyai
beban hutang yang banyak.
“Saya mengaku mengambil dadah jenis kokain dan ketagih arak. Saya
juga dibesarkan dalam keluarga yang berantakan,” katanya seperti
disiarkan portal
mail online yang memetik wawancaranya bersama Oprah Winfrey pada Ahad.
Katanya, walaupun tidak bahagia seperti keluarga lain tetapi dia
tidak menyalahkan ibu-bapanya iaitu Dina dan Micheal apabila dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang huru-hara.
Lindsay (kiri) dalam satu wawancara dalam Oprah Winfrey.
Malah tabiatnya yang suka meminum arak selama ini kerana mempunyai
persepsi iaitu kehidupannya ‘tidak akan rasa gembira pada esok hari’
menyebabkan hal itu suka dibendung.
“Saya sentiasa berasa hari esok tidak akan menggembirakan saya. Sebab
itulah saya terus dengan sikap meminum arak dengan banyak selain ia
seperti masa untuk saya berparti,” katanya.
Dalam pada
itu dia turut menafikan mengambil pil bagi mengruangkan berat badan
sebaliknya mengamalkan pengambilan vitamin. Menerusi wawancara itu
Lindsay turut berkata, dia juga penah
mengamalkan tabiat mengambil pil tidur tetapi perbuatan itu sebenarnya
amat menakutkan kerana tidak pernah terfikir kesan yang bakal diterima.
Wanita ini turut memberitahu, ketika di zaman kemewahan, dia
mempunyai wang yang banyak sehingga mampu mempunyai apartmen sendiri
selain kerap menginap di hotel tetapi sayang sekali dia seorang yang
degil dan tidak mendengar nasihat keluarga.
Malah dia
turut berasa kesal kerana tidak berterima kasih dengan
dirinya sendiri selain menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun dia harus memuji dirinya kerana semasa dalam pengaruh
dadah, dia tidak mencederakan diri ataupun melakukan khianat kepada
orang lain. (mStar)
Ini, anak pemimpin negara uamat Islam Malaysia.. Lihat..
Harap-harap yang mereka minum itu bukan arak..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dadah dan arak amat merbahaya. Dalam kitab-kitab disebut juga 'khamar'. Jom lihat-lihat sikit.
KHAMAR adalah bahan mengandung alkohol yang
memabukkan. Untuk lebih jelas, kami akan sebutkan beberapa
bahaya khamar terhadap peribadi seseorang, samada akal,
tubuh, agama dan dunianya. Akan kami jelaskan juga
betapa bahayanya terhadap rumahtangga ditinjau dari segi
pemeliharaan mahupun pengurusan terhadap isteri dan
anak-anak. Dan akan kami bentangkan juga betapa mengancamnya
arak terhadap masyarakat dan bangsa dalam existensinya, baik
yang berupa moral mahupun etika.
Memang benar apa yang dikatakan oleh salah seorang
penyelidik, bahawa tidak ada bahaya yang lebih parah yang
diderita manusia, selain bahaya arak. Kalau diadakan
penyelidikan secara teliti di hospital, bahawa
kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf
adalah disebabkan arak. Kebanyakan orang bunuh diri
atau membunuh kawannya adalah disebabkan arak.
Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya
kerana diliputi suasana gelisah, bawa
dirinya ke lembah muflis dan habiskan hak
miliknya, adalah disebabkan arak.
Begitu, kalau diadakan suatu kaji selidik niscaya akan mencapai batas klimaks sangat
mengerikan yang kita jumpai, di mana nasihat-nasihat, sudah sangat kecil
sekali ertinya. Orang-orang Arab dalam masa kejahilannya selalu
disilaukan untuk minum khamar dan menjadi pencandu arak. Ini
dapat dibuktikan dalam bahasa mereka yang tidak kurang dari
100 hama dibuatnya untuk mensifati khamar itu. Dalam
syair-syairnya mereka puji khamar itu, termasuk
sloki-slokinya, pertemuan-pertemuan dan sebagainya.
Setelah Islam datang, dibuatnyalah rencana pendidikan
yang sangat bijaksana sekali, iaitu dengan bertahap khamar
itu dilarang. Pertama kali yang dilakukan, iaitu dengan
melarang mereka untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan
mabuk, kemudian meningkatkan dengan diterangkan bahayanya
sekalipun manfaatnya juga ada. Dan terakhir baru Allah
turunkan ayat secara menyeluruh dan tegas, iaitu sebagaimana
firmanNya:
- "Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya
arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari
perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya
kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar
dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan
sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?" (al-Maidah:
90-91)
Dalam kedua ayat tersebut Allah mempertegas diharamkannya
arak dan judi, diiringi pula dengan menyebut berhala dan
undian dengan dinilainya sebagai perbuatan najis (kotor).
Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai dalam
al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan
jelek. Khamar dan judi adalah berasal dari perbuatan syaitan,
sedang syaitan hanya gemar berbuat yang tidak baik dan
mungkar.
Justru itulah al-Quran menyerukan kepada umat Islam
untuk menjauhi kedua perbuatan itu sebagai jalan untuk
menuju kepada kebahagiaan. Selanjutnya al-Quran menjelaskan juga tentang bahaya arak
dan judi dalam masyarakat, yang di antaranya dapat
mematahkan orang untuk mengerjakan sembahyang dan
menimbulkan permusuhan dan kebencian. Sedang bahayanya dalam
jiwa, iaitu dapat menghalang untuk menunaikan
kewajiban-kewajiban agama, diantaranya ialah zikrullah dan
sembahyang.
Terakhir al-Quran menyeru supaya kita berhenti dari
minum arak dan bermain judi. Seruannya diungkapkan dengan
kata-kata yang tajam sekali, iaitu dengan kata-kata: fahal
antum muntahun? (apakah kamu tidak mahu berhenti?).
Jawab seorang mu'min terhadap seruan ini: "Ya, kami telah
berhenti, ya Allah!"
Orang-orang mu'min membuat suatu keanehan sesudah
turunnya ayat tersebut. Iaitu ada seorang lelaki yang
sedang membawa sloki penuh arak, sebahagiannya telah diminum,
tinggal sebahagian lagi yang sisa. Setelah ayat tersebut
sampai kepadanya, gelas tersebut dilepaskan dan araknya
dituang ke tanah.
Banyak sekali negara-negara yang mengakui bahaya arak
ini, baik terhadap peribadi, rumah tangga ataupun tanah air.
Sementara ada yang berusaha untuk memberantasnya dengan
menggunakan kekuatan undang-undang dan kekuasaan, seperti
Amerika, tetapi akhirnya mereka gagal. Tidak dapat seperti
yang pernah dicapai oleh Islam di dalam memberantas dan
menghilangkan arak ini.
Dari kalangan ketua-ketua gereja bertentangan dalam
menilai bagaimana pandangan Kristian terhadap masalah arak,
justru kerana di Injil ditegaskan:
- "Bahwa arak yang sedikit
itu baik buat perut."
Kalau kata itu betul, niscaya yang sedikit itu perlu
dihentikan. Sebab minum arak sedikit, dapat membawa kepada
banyak. Gelas pertama akan disambut dengan gelas kedua dan
begitulah seterusnya sehingga akhirnya menjadi terbiasa.
Setiap Yang Memabukkan
Bererti Arak
Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad
SAW
tentang masalah arak, iaitu beliau tidak memandangnya dari
segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu. Tetapi
beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, iaitu
memabukkan. Oleh kerana itu bahan apapun yang nyata memabukkan
bererti itu arak, walau apapun nama atau jenama dan bahan apapun yang
digunapakai. Oleh sebab itu Beer dan sebangsanya tetap 'haram'
hukumnya.
.
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang minuman dibuat dari madu, atau dari gandum dan sya'ir yang diperah peras
sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad, sesuai dengan sifatnya
yang berkata-kata pendek tetapi padat, menjawab:
- "Semua yang memabukkan bererti arak, dan setiap
arak adalah haram." (Riwayat Muslim)
- Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi,
"Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat
menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Minum Sedikit
Islam tetap bersikap tegas
terhadap masalah arak. Tidak lagi dipandang kadar
minumannya, sedikit atau banyak. Kiranya arak telah cukup
dapat menggelincirkan kaki manusia. Oleh itu
sedikitpun tidak boleh disentuh. Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
- "Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan,
maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, Tarmizi)
- "Minuman apapun kalau sebanyak
furq
itu memabukkan, maka sepenuh tapak tangan adalah haram."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)
Berniaga
Arak
Rasulullah tidak menganggap
sudah cukup dengan
mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan
membisnes pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang
di luar Islam. Oleh kerana itu tidak halal orang
Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka
warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak. Dalam hal
ini Rasulullah SAW melaknatnya, seperti dalam riwayat di bawah
ini:
"Rasulullah SAW. melaknat tentang arak,
sepuluh golongan:
- (1) yang memerahnya,
- (2) yang minta
diperah,
- (3) yang meminum,
- (4) yang membawa,
- (5) yang minta dihantar,
- (6) yang menuangkan,
- (7)
yang menjual,
- (8) yang makan harganya,
- (9) yang
membelinya,
- (10) yang minta dibelikan."
(Riwayat
Tarmizi dan Ibnu Majah)
Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun,
Rasulullah SAW. bersabda:
- "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak,
maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia
masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan
jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)
Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahawa para sahabat
kemudian mencegah orang-orang yang masih menyimpan arak di
jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah. Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa
kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang Muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah
diketahui, bahawa anggur itu akan dibuat arak.
Kerana dalam
salah satu hadis dikatakan:
- "Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim
memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau
Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh
jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)
Tidak
Boleh Hadiah Arak
Kalau menjual dan memakan harga arak itu diharamkan bagi
seorang Muslim, maka menghadiahkan walaupun tanpa ganti,
kepada seorang Yahudi, Nasrani atau yang lain, tetap haram
juga. Seorang Muslim tidak boleh menghadiah atau menerima
hadiah arak. Sebab seorang Muslim adalah baik, dia tidak
boleh menerima kecuali yang baik pula.
Diriwayatkan, ada seorang lelaki yang memberi hadiah
satu guci arak kepada Nabi SAW, kemudian Nabi memberitahu
bahawa arak telah diharamkan Allah. Orang lelaki itu
bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminum,
mengharamkan juga menjual.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan saja kepada
orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan
arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang
Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang patut saya buat?
Nabi: Tuang saja di selokan air.
(Al-Humaidi dalam
musnadnya)
(IH/Disaring dari 'Halal dan Haram dalam Islam' Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)