Saturday, August 24, 2013

Bukan Dipukau Pasangan Arab Ini, Tetapi Teknik Silap Mata Saja

Dipukau pasangan Arab 
 Imej pasangan Arab berkenaan berjaya dirakam CCTV yang terdapat di kedai mangsa di Pekan Kota, kelmarin

REMBAU – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM300 selepas dia dipukau oleh pasangan Arab di premis perniagaannya di Pekan Kota, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa, Chew Yin, 39, berada seorang diri di dalam kedai dan didatangi pasangan Arab yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry yang ingin membeli air minuman di kedainya. Suami mangsa, Tee Ah Beng, 50, berkata, isterinya itu pada mulanya menyedari pasangan Arab berkenaan membelek-belek air dan makanan di dalam kedai, namun mula tidak sedarkan diri selepas salah seorang pasangan berkenaan menyerahkan RM4 dan berbual dengannya.

Menurutnya, pasangan Arab berkenaan seolah-olah bercakap sesuatu dengan isterinya sewaktu dia ingin memulangkan wang baki.

"Bermula dari situ, isteri saya dipukau dan apabila sedar, wang tunai jualan berjumlah lebih RM300 sudah lesap.
"Pasangan Arab ini hanya mengambil wang sahaja dan imej mereka berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian dan kes pukau berkenaan kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dari pengalaman dan kajian beberapa kes seperti di atas, mangsa sebenarnya bukan dipukau seperti ilmu pukau tradisional orang Melayu, tetapi hanya teknik ilmu silap mata yang agak profesional. Panjang ceritanya kalau nak diperincikan, lain kali sahaja.

Surat Beltagi Pada Puteri Yang Syahid -PM Turki Menangis

Erdogan, perdana menteri Turki menangis dalam sebuah siaran televisi
Erdogan, perdana menteri Turki menangis dalam sebuah siaran televisyen.

Kairo. Dalam sebuah acara tv yang disiarkan channel Ulke secara live, Erdogan menangis ketika dibacakan surat Beltagi kepada puterinya, Asmaa yang telah syahid pada pembantaian Rab’ah 16 Ogos yang lalu.

Ketika ditanya tentang sebab menangisnya, Erdogan menjawab..

“Selesai bekerja, aku selalu pulang ke rumah. Seringnya pulang malam-malam. Pernah anakku menulis pesan yang ditampal di pintu bilikku. Pesanya, “Ayah, tolong beri kami satu malam saja.” Aku memang terlalu sibuk dengan tanggung jawab besar yang sudah kurancang sejak dulu. Kerana sibuknya, sering aku pulang pukul 1 atau 2. Tentunya semua anakku telah tidur.

Ketika mendengar dibacakannya surat ini, aku membayangkan seakan-akan anak-anakku itu adalah Asmaa.
Sangat mengharukan juga, seorang ayah tidak dapat shalat jenazah puterinya sendiri. Puterinya adaah seorang gadis yang pandangan matanya penuh dengan harapan masa depan. Kepergiannya yang sangat cepat sungguh sangat mengharukanku.

Memang mati syahid adalah hal yang sangat istemewa. Asmaa sangat cepat bersanding dengan deretan para syuhada, sebelum dia banyak menikmati kehidupan dunia ini. Aku yakin, sikap Beltagi kepada puterinya ini akan menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi dunia Islam, contoh bagi para pemuda, dan contoh bagi para orang tua bagaimana bersikap kepada anaknya.

Aku berkata seperti ini bukan sebagai perdana menteri, tapi sebagai rakyat biasa, Erdogan.” (IH/msa/dkw)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Penapis Air Life Straw: Boleh Minum Air Mangkuk Tandas?

Foto 
ALAT penapis air berbentuk penyedut minuman LifeStraw dapat menyingkirkan 99.9999 peratus bakteria dan parasit dalam air.

JOM KREATIF
New York: Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas.
Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga.

Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.”

Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu.

Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air. - Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Artis S/Norsaida (Kakak S/Norhaliza) Tiba-tiba Pakai Tudung.





Saida memberitahu dia mula memakai tudung sejak bulan Ramadan lalu ..



HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Artis Siti Norsaida Tarudin langsung tidak merancang untuk memakai tudung. Tetapi perasaan itu tiba-tiba hadir dengan sendiri pada hari ke-16 Ramadan lalu. Alhamdulillah!

"Saya langsung tidak merancang untuk memakai tudung tetapi perasaan itu tiba-tiba hadir dengan sendiri pada hari ke-16 Ramadan lalu. Alhamdulillah perubahan ini dilakukan atas kesedaran ingin menjadi insan lebih baik," ujar penyanyi Siti Norsaida Tarudin.

Siti Norsaida atau lebih mesra dipanggil Saida, 38, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini, ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis semalam. Mengulas mengenai perkembangan terbaharu Saida berkata, dia masih aktif sebagai penyanyi dan sibuk menghadiri pelbagai majlis hiburan.  (IH/mStar)

Friday, August 23, 2013

Himpunan Besar Lepas Solat Jumaat Seluruh Mesir...

Keadaan masjid Rabaah selepas diserang pihak tentera Mesir dalam operasi "pembersihan" minggu lalu

KAHERAH: Para penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi dijangkakan bergerak di masjid-masjid dan mengadakan himpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di seluruh Mesir pada hari ini. Himpunan yang dinamakan sebagai ‘himpunan memperingati syuhada’ dijangka akan menghimpunkan ratusan ribu penyokong ‘anti-rampasan kuasa tentera’ di seluruh Mesir.

Mereka bukan sahaja terdiri dari penyokong Ikhwan Muslimin, tetapi juga dari kalangan golongan intelek, anak-anak muda dan NGO yang menentang keganasan polis dan rampasan kuasa tentera. Kemarahan kebanyakan rakyat terhadap kezaliman rejim tentera kini kian memuncak apabila ribuan rakyat awam yang berhimpun secara aman terutamanya di Dataran Rabaa dan Dataran Nahdhah telah dibunuh dengan kejam.

Ini ditambah lagi dengan keputusan mahkamah tertinggi Mesir membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak dari penjara dan kini dipindah kepada ‘tahanan rumah’. Himpunan aman pada hari ini dijangka akan sekali lagi berhadapan dengan keganasan polis dan tentera.  Sebelum ini, selain dari mereka yang ditembak mati, ribuan rakyat awam diseluruh Mesir juga telah tangkap.

Keganasan polis boleh di saksikan dengan menggunakan ‘penembak tepat’ yang menggunakan peluru hidup terhadap rakyat awam yang berhimpun secara aman.  Tembakan gas pemedih mata juga turut dihalakan ke ruang solat di dalam masjid-masjid tempat berhimpun. Sebelum ini, walaupun perintah berkurung dari jam 7 malam hingga 6 pagi berjalan di lapan daerah, hampir setiap malam rakyat telah keluar ke jalan-jalan raya bagi membantah rampasan kuasa tentera dan keganasan polis dan tentera terhadap rakyat awam.

Himpunan setiap malam bukan sahaja telah diadakan di Kota Kaherah tetapi juga di Alexandria, Giza, Suez, Arish, Sinai dan Fayum. Kini lambang tangan ‘4 Rabaa’ menjadi simbol anak-anak muda dan rakyat awam menyatakan bantahan mereka terhadap pembunuhan kejam di Dataran Rabaa dan seluruh Mesir.  Himpunan pada hari ini dilihat menjadi penentu kepada masa depan Ikhwan Muslimin dan hala tuju Mesir di bawah junta tentera yang merampas kuasa.

Dua Masjid

Sementara itu, lepas terbakar dan rosak teruk diserang pihak tentera yang menggempur penyokong legitimasi, dua masjid antara yang terbesar di Kaherah tidak lagi boleh berfungsi. Masjid Raba'ah, hampir keseluruhannya bahagiannya terbakar dalam serangan berdarah oleh tentera 14 Ogos lalu yang menyaksikan ribuan penyokong Morsi terbunuh.

Masjid Fath (gambar) di Ramsis juga mengalami nasib sama apabila digempur pihak tentera dan samseng upahan sehingga masjid itu rosak keseluruhannya.

Kedua-dua masjid ini merupakan tempat perlindungan penyokong legitimasi yang telah diserang dengan peluru hidup beberapa minggu lalu.

Semalam, Kementerian Wakaf Mesir mengumumkan tiada solat jumaat di kedua-dua masjid berkenaan minggu ini.

Kementerian itu berkata, pihak mereka telah meminta syarikat pembinaan untuk membaiki kedua-dua masjid terebut  secepat mungkin.

Al-Sisi
Mengenai Al-Sisi, selepas peritiwa berdarah di Rabaa al-Adawiyah pada 14 Ogos 2013, Al-Sisi jarang dilihat oleh media. Kemudian keluar cerita dia sudah modar oleh The Egyptian Gazette.
Sehingga kini media utama antarabangsa senyap sunyi tentang Al-Sisi. Apa sebenarnya terjadi kepada general jahat ini? 
Sebuah portal berita  Middle East Monitor bertarikh 21 Ogos, 2013, menyebut Al-Sisi kelihatan memakai baju suit rasmi (lihat berita dan gambar):


GRO Peraga Tubuh Di Pentas, Makin Berani, Mengapa?

GRO peraga tubuh atas pentas  
Sebahagian GRO yang ditahan dalam serbuan terbabit

KUALA LUMPUR – Semakin berani! Sebuah medan selera yang beroperasi secara terbuka di Jinjang Selatan secara terangan menggunakan GRO terdiri daripada wanita warga asing untuk menarik kehadiran pelanggan. Dalam’ Ops Sayang’  Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya awal pagi  semalam,  seramai  26 wanita warga asing dari Indonesia, Myanmar dan China ditahan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata hasil risikan yang dilakukan, ke semua gadis itu berpakaian seksi serta  memperagakan diri di atas pentas disediakan oleh penganjur. Menurutnya, pelanggan akan memberikan cenderahati berupa kalungan bunga ataupun mahkota yang dibeli pada harga RM5 dan RM55 sebagai tanda mereka berminat untuk mendapatkan khidmat mereka atau boleh dibawa pulang.

“Ketika serbuan terdapat lebih 50 pelanggan di medan selera itu yang turut menghidangkan minuman keras  serta dikawal ketat oleh tonto,” katanya.

Abdul Malik berkata, anggota terlebih dahulu menyusup masuk ke dalam medan selera itu bagi memastikan kesalahan dilakukan.

“Mereka cuba menggunakan wanita-wanita ini sebagai daya penarik  dan serbuan ini berjaya hasil daripada maklumat diberikan oleh orang awam,” katanya.

Pemeriksaan lanjut ke semua wanita itu masuk ke negara menggunakan pas lawatan sosial dan serta ada yang langsung tidak memiliki dokumen sah. Ke semua ditahan  dibawa ke depoh tahanan imigresen atas  kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu? Kerana beginilah Malaysia, tanah airku...

Azalina: Remajakan Umno! Rupanya UMNO Masih Kanak-kanak?

Azalina Othman Said  
AZALINA

KL - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berhasrat meremajakan Pergerakan Wanita Umno, menawarkan diri bertanding bagi merebut jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti itu, yang dijadual Oktober ini.

Beliau berkata ini selaras dengan tranformasi yang ingin dilihat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat hasrat meremajakan Umno menjadi realiti.

"Saya tawarkan diri kerana ingin membawa beberapa perubahan serta pendekatan kepada sayap Wanita kerana saya tidak mahu melihat berlakunya tsunami golongan muda yang menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Pemilihan kali ini bagi saya merupakan persaingan yang sihat bagi memastikan Umno masih relevan kepada Melayu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan BernamaTV di saluran 502 Astro malam tadi.

Mengulas teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan semangat Umno untuk memperjuangkan masa depan rakyat, agama dan negara sudah lama hilang dan sifat setia terhadap parti bertukar kepada kepentingan individu, Azalina berkata ia bertujuan mengingatkan anggota Umno agar tidak leka.

"Teguran itu menunjukkan bahawa kita perlu menremajakan parti. Jangan samakan kita dengan pembangkang yang hanya cakap kosong, kita perlu ada pemimpin baru untuk bimbing generasi muda supaya bersama-sama Umno," katanya bekas Ketua Puteri Umno itu. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Rupanya menurut Azalina, UMNO masih belum remaja.. Jauh lagi jadi dewasa.. Bahkan dia tidak mahu melihat berlakunya tsunami golongan muda yang menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Syabas Azalina!

Hei, Munafik!! Baca Ini…

Oleh As-Shahid Abdullah Azzam


azzam baruAs-Shahid Abdullah Azzam (kanan)


ORANG-ORANG munafik dan orang-orang yang hatinya berpenyakit akan berkata, “Apakah kalian mengira bahwa keinginan kalian akan terwujud?  Apakah kalian mengira bahwa khilafah Islamiyah (pemerintahan Islam) akan tegak kembali?

Tidak mungkin, mustahil! Hal itu lebih mendekati khayalan daripada kenyataan! Apakah Amerika, Rusia, Eropa dan Israel akan membiarkannya? Sedangkan mereka adalah musuh yang paling getol menyerang Islam dan Negara Islam!”
Mereka akan menambahkan, “Kalian hanya mengusahakan fatamorgana.  Kalian tertipu oleh dien kalian!”

Jika mereka telah mengatakan hal itu, ingatlah firman Allah ‘azza wa jalla:
  • “(ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya berkata, ‘mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya’, (Allah berfirman), ‘Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’” (Al Anfal: 49)
Katakan pada mereka, “Khilafah Islamiyah akan kembali meskipun seberat dan sebesar apa pun tantangannya.”
Katakan kepada mereka bahwa tegaknya khilafah Islamiyah adalah perkara yang tak dapat diragukan lagi, meski itu memakan waktu. Sesungguhnya pertolongan Allah pasti tiba. Katakan pada mereka, “Allah benar-benar akan menaklukan Roma bagi kaum muslimin sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah dalam sebuah hadits yang shahih, seperti halnya Konstantinopel pernah ditaklukan.”
Katakan pada mereka  bahwa, “Harapan kami kepada pertolongan dari Allah lebih jauh lagi. Kami ingin Allah menaklukan Kremlin dan Gedung Putih. Sebab bersama kami ada janjiNya,
  • “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang shalih bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhoiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku…” (An Nuur: 55)
Kapan itu akan terwujud? Itu bukan urusan kami.Pun Allah tidak membebani kami dengan hal itu. Allah hanya membebani kami dengan mengamalkan dien, membela syariat, menghabiskan seluruh waktu untuk itu, dan mengerahkan segenap kemampuan. Sedangkan perkara hasil, itu terserah kepada Allah ‘azza wa jalla.”

Tugasmu adalah hanya menabur benih bukan menuai hasil dan Allah adalah sebaik-baik Penolong bagi orang-orang yang berusaha.
Katakanlah kepada mereka kata-kata Ya’qub ‘alaihi sallam setelah ia kehilangan dua anaknya; Yusuf dan Bin-yamin,
  • “Dan ketika rombongan telah sampai kepadanya (Ya’qub), berkatalah ia (Ya’qub) kepada mereka, sesungguhnya aku telah menemukan Yusuf” (Yusuf: 94)
Katakan kepada mereka,”Meski beban dan ujian berat menerpa, namun sesungguhnya kami dapat merasakan hawa kemenangan, pertolongan, kejayaan, dan hawa kembalinya Khilafah Islamiyah (pemerintahan Islam), jika kalian tidak menyembunyikannya.”
Banyak orang akan berkata, “Kalian masih saja dalam kesesatan kalian yang dulu-dulu.”

Sungguh, kepada para shahabat sepulang mereka dari perang Uhud orang-orang munafik berkata, “Kembalilah kepada agama nenek moyang kalian!”

Kalimat-kalimat ini senantiasa akan diucapkan oleh orang-orang munafik kepada ahlul iman (orang mukmin) kapan pun dan di mana pun saat para aktifis ditimpa musibah atau terjadi sesuatu yang tidak diinginkan atau saat mereka ditangkap untuk dipenjara, disiksa, dibunuh, atau dianiaya.
Saat itu mereka akan berkata, “Sudahlah, tinggalkan idealisme kalian! Kembalilah! Sesungguhnya agama inilah yang menyebabkan kalian merasakan musibah ini. Agama ini pulalah yang memupus masa depan kalian, melemparkan kalian dalam gelapnya rumah tahanan, dan mengasingkan kalian di negeri ini, Tinggalkanlah semua yang telah mendatangkan musibah ini! Raihlah keselamatan dan kebahagiaan”
Jika mereka mengatakan itu, katakanlah kepada mereka;
  • “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman…” (Al Hajj: 38)
  • “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong (agama)-Nya…” (Al Hajj: 40)
  • “Mengapa kami tidak bertawakkal kepada Allah, padahal Dia menunjukkan jalan kepada kami” (Ibrahim: 12)
  • “Sesungguhnya kami mengada-adakan kebohongan besar kepada Allah, jika kami kembali kepada agamamu sesudah Allah melepas kami daripadanya. Dan tidaklah patut kami kembali padanya, kecuali jika Allah, Tuhan kami, menghendaki(nya). Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” (Al A’raf: 89)
Orang-orang munafik dan orang-orang yang hatinya berpenyakit akan mengulang kata-kata orang-orang munafik tentang ashhaburraji’ (orang-orang yang kembali pulang, tidak berperang) yang dikhianati oleh orang-orang musyrik yang membunuh mereka semuanya.

Hari itu orang-orang munafik berkata, “Celakalah mereka, orang-orang yang sesat, orang-orang yang binasa dengan cara seperti itu! Mereka tiada berkumpul bersama keluarga mereka, tidak juga menunaikan risalah sahabatnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam).”

Kalimat seperti ini akan dilontarkan kepada kalian manakala ada sebagian ikhwah yang terbunuh, dipenjara, atau diusir. Saat itu orang-orang yang hatinya berpenyakit akan berkata, “Mereka itu tiada duduk dan selamat, tiada pula mempu menghilangkan kemungkaran dan kenistaan.”
Mereka akan berkata lagi, “Mereka itu tiada duduk dan selamat, memperhatikan masa depan dan kelayakan hidup mereka, tiada pula menegakkan khilafah Islam (pemerintahan Islam).”
Jika kalian mendengar ungkapan ini, ingatlah bahwa Al Qur’an telah mengungkapkan tentang orang yang mengatakannya;
  • “Dan sebagian manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras.” (al Baqarah: 204)
Deskripsi al Qur’an ini tidak hanya berlaku untuk orang yang telah mengatakannya pada zaman Nabi saja, tetapi juga berlaku bagi semua pengikutnya dan orang-orang yang mengucapkan kata-katanya sepanjang zaman, di mana pun mereka berada.
Jika kalian mendengar ucapan itu, katakan kepada mereka, “Tujuan kami adalah menegakkan dien. Menegakkan daulah adalah wasilah (perantara) dari sekian wasilah untuk menegakkan dien dan mewujudkan tegaknya dien, Tidak mungkin kami mengorbankan tujuan utama demi mendapatkan wasilahnya.”
Khadijah binti Khuwailid radliyallahu ‘anha pernah menghibur Rasulullah shalallahu ‘alihi wa sallam, “Bergembiralah, demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya.”

Kami sampaikan kepada seluruh aktifis Islam yang mengikhlaskan amalnya hanya kepada Allah, “Selama kalian berada di atas kebenaran, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan menghinakan kalian selama-lamanya! Yang kalian lakukan adalah menjalin silaturrahim, membela syariat, memperjuangkan kemuliaan, memerangi kejahatan, berdakwah ilallah (ke jalan Allah) dengan bashirah (mata hati), beramar makruf nahi munkar, melaksanakan qiyamullail, mengerjakan shiyam sunnah, dst.”
Jika kalian mendengar ucapan-ucapan di atas, ingatlah nenek moyang orang-orang munafik itu. Allah berfirman;
  • “Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka tidak turut pergi berperang, ‘Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka tidak terbunuh’, katakanlah, ‘Tolaklah kematian itu dari dirimu jika kamu orang-orang yang benar. Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi TuhanNya dengan mendapatkan rezeki.”(Ali ‘Imran: 168-169)
Dan dikatakaan kepada mereka,
  • “Sesungguhnya Waraqah bin Naufal, seorang yang telah lanjut usia, pernah melewati Bilal bin Rabah saat mereka menyiksanya. Saat Bilal terus mengulang-ngulang kalimaat, “Ahad…Ahad…”, dengan keteguhan gunung-gemunung, Waraqah berkata, “Ahad…Ahad, Demi Allah, bertahanlah wahai Bilal! Sungguh, jika kalian membunuhnya sementara ia mengucapkan kalimat itu, aku bersumpah akan menjadikannya sebagai orang yang paling aku rindukan.”
Perhatikanlah pemahaman yang mendalam ini. Pemahaman terhadap Islam dari seorang yang telah tua renta dan hanya mendapati sedikit saja ayat-ayat al Qur’an dan habits-hadits Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam sebelum akhirnya ia menemui ajal. Adalah bening hati, ikhlas dan kemurniannya dari hawa nafsu dan kemunafikan yang ada pada dirinya.
Di kutip dari Ummu Fathin

Thursday, August 22, 2013

Dataran Nahdhah Jadi Padang Jarak....


MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan ‘padang jarak padan tekukur’. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini.

Serangan berdarah dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan oleh pihak tentera dan polis menyaksikan beratus-ratus rakyat awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam.

Khemah-khemah sementara telah dirobohkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah yang berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera juga telah dirobohkan.

Jumlah kematian di Dataran Nahdhah ini dianggarkan melebihi 300 orang dan beratus-ratus lagi rakyat awam yang cedera parah akibat tembakan dan gas pemedih mata.

Menurut saksi-saksi kejadian, Dataran Nahdhah ini kebanyakannya menghimpunkan anak-anak muda mahasiswa dari pelbagai universiti di seluruh Mesir. Dataran ini juga merupakan tempat perhimpunan kedua terbesar penyokong presiden Morsi selepas Dataran Rabaa. Ia mula di serang sebaik sahaja selepas solat Fajr di mana pihak polis dan tentera mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong presiden Morsi di dataran ini berkurangan selepas solat Subuh.

Kawasan persekitaran Dataran Nahdhah kini dikawal ketat oleh polis dan tentera. Tiada lagi kesibukan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan ini. Pintu-pintu pagar Universiti Kaherah juga berkunci rapat. Kereta-kereta kebal dan truk-truk polis dilihat berbaris di sepanjang dataran ini. Orang awam pula tidak dibanarkan mendekati kawasan berdarah ini.

Namun Dataran Nahdhan ini akan tetap mencatatkan satu lagi sejarah kekejaman junta tentera Mesir yang bukan sahaja merampas kuasa segcara rakus, tetapi juga telah melakukan penyembelihan beramai-ramai terhada rakyatnya sendiri termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 

“Syair Untuk Mesir” -Sayembara Menulis Puisi. Syabas!


WEBLOG Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur “Syair untuk Mesir” kerana keprihatinan mereka kepada perjuangan Islam dan menolak kebatilan. Apakah peserta dari luar Indonesia boleh menyertainya? Mesti guna bahasa Indonesia?

Di sini pihak kami membantu menghebahkannya..

dakwatuna.com - Mesir kini sedang bergejolak. Sebagai bentuk kepedulian terhadap Mesir, Unit Kegiatan Mahasiswa Kepenulisan Islami Universitas Pendidikan Indonesia (UKM KI Al-Qolam UPI) dan Keluarga Besar Pesantren Mahasiswa Daarut Tauhiid (KB PPM DT) menyelenggarakan Sayembara Menulis Puisi yang bertemakan “Syair untuk Mesir”.  Puisi yang masuk pada sayembara ini menjadi hak milik bersama dan dapat digunakan serta disebarluaskan untuk keperluan-keperluan yang bersifat sosial.
Syarat dan ketentuan:
  1. Sayembara ini terbuka untuk umum.
  2. Sayembara ini bukan untuk hal yang bersifat komersial namun murni bersifat sosial.
  3. Sayembara ditutup pada tanggal 21 Agustus 2013 pukul 24.00.
  4. Karya yang diterima adalah puisi bebas yang mengangkat tema tentang peristiwa Mesir sekarang.
  5. Puisi dikirim dengan cara membuat catatan di Facebook melalui akun pribadi.
  6. Puisi ditandai (tag) ke minimal 20 akun Facebook termasuk akun Yansa El-Qarni yang menjadi panitia sayembara ini.
  7. Ubah format catatan ke “Publik” agar dapat dilihat umum.
  8. Format judul catatan Facebook terdiri dari Judul Puisi – Nama Penulis. Contoh: Mesir di Dadaku – Yansa El-Qarni.
  9. Di bagian bawah setelah isi puisi, harap dicantumkan profil singkat penulis dengan format Nama Penulis_Asal Daerah_Instansi/Universitas/Sekolah/Organisasi_Profil Naratif. Contoh: Yansa El-Qarni_Bangka Belitung_UPI Bandung_Seorang hamba Allah.
  10. Puisi yang masuk menjadi hak milik bersama dan dapat digunakan serta disebarluaskan untuk keperluan-keperluan yang bersifat sosial.
  11. Semua puisi yang masuk insyaAllah akan dikumpulkan dalam bentuk e-book yang akan disebarluaskan melalui website alqolamupi.com.
  12. Info dapat dilihat di alqolamupi.com.
Apabila tidak bisa menandai akun Yansa El-Qarni, puisi dapat dikirimkan ke alamat email syairuntukmesir@gmail.com
Sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/08/20/38272/sayembara-menulis-puisi-syair-untuk-mesir/#ixzz2chIz9pXh
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook
Weblog Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.co

Hancur Hidup Lindsay Lohan, Kerana Arak & Dadah.. Mengapa?

 
Lindsay Lohan


HALAMAN HIBURAN 

BINTANG filem yang sering menimbulkan masalah iaitu Lindsay Lohan mengaku mempunyai tabiat buruk iaitu ketagihan dadah dan arak. Lindsay, 27, berkata, perbuatan itu menyebabkan kehidupannya menjadi kucar-kacir sehingga terpaksa disumbat ke dalam penjara selain mempunyai beban hutang yang banyak.

“Saya mengaku mengambil dadah jenis kokain dan ketagih arak. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang berantakan,” katanya seperti disiarkan portal mail online yang memetik wawancaranya bersama Oprah Winfrey pada Ahad.

Katanya, walaupun tidak bahagia seperti keluarga lain tetapi dia tidak menyalahkan ibu-bapanya iaitu Dina dan Micheal apabila dibesarkan dalam sebuah keluarga yang huru-hara.

Lindsay (kiri) dalam satu wawancara dalam Oprah Winfrey.

Malah tabiatnya yang suka meminum arak selama ini kerana mempunyai persepsi iaitu kehidupannya ‘tidak akan rasa gembira pada esok hari’ menyebabkan hal itu suka dibendung.

“Saya sentiasa berasa hari esok tidak akan menggembirakan saya. Sebab itulah saya terus dengan sikap meminum arak dengan banyak selain ia seperti masa untuk saya berparti,” katanya.

Dalam pada itu dia turut menafikan mengambil pil bagi mengruangkan berat badan sebaliknya mengamalkan pengambilan vitamin. Menerusi wawancara itu Lindsay turut berkata, dia juga penah mengamalkan tabiat mengambil pil tidur tetapi perbuatan itu sebenarnya amat menakutkan kerana tidak pernah terfikir kesan yang bakal diterima.

Wanita ini turut memberitahu, ketika di zaman kemewahan, dia mempunyai wang yang banyak sehingga mampu mempunyai apartmen sendiri selain kerap menginap di hotel tetapi sayang sekali dia seorang yang degil dan tidak mendengar nasihat keluarga.

Malah dia turut berasa kesal kerana tidak berterima kasih dengan dirinya sendiri selain menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun dia harus memuji dirinya kerana semasa dalam pengaruh dadah, dia tidak mencederakan diri ataupun melakukan khianat kepada orang lain. (mStar)

Ini, anak pemimpin negara uamat Islam Malaysia.. Lihat.. 
Wah Seksinya, Keluaga Pemimpin Islam, Di M'sia..
Harap-harap yang mereka minum itu bukan arak.. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dadah dan arak amat merbahaya. Dalam kitab-kitab disebut juga 'khamar'. Jom lihat-lihat sikit.

KHAMAR adalah bahan mengandung alkohol yang memabukkan. Untuk lebih jelas, kami akan sebutkan beberapa bahaya khamar terhadap peribadi seseorang, samada akal, tubuh, agama dan dunianya. Akan kami jelaskan juga betapa bahayanya terhadap rumahtangga ditinjau dari segi pemeliharaan mahupun pengurusan terhadap isteri dan anak-anak. Dan akan kami bentangkan juga betapa mengancamnya arak terhadap masyarakat dan bangsa dalam existensinya, baik yang berupa moral mahupun etika.

Memang benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penyelidik, bahawa tidak ada bahaya yang lebih parah yang diderita manusia, selain bahaya arak. Kalau diadakan penyelidikan secara teliti di hospital, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak.  Kebanyakan orang bunuh diri atau membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi suasana gelisah, bawa dirinya ke lembah muflis dan habiskan hak miliknya, adalah disebabkan arak.

Begitu, kalau diadakan suatu kaji selidik niscaya akan mencapai batas klimaks sangat mengerikan yang kita jumpai, di mana  nasihat-nasihat, sudah sangat kecil sekali ertinya. Orang-orang Arab dalam masa kejahilannya selalu disilaukan untuk minum khamar dan menjadi pencandu arak. Ini dapat dibuktikan dalam bahasa mereka yang tidak kurang dari 100 hama dibuatnya untuk mensifati khamar itu. Dalam syair-syairnya mereka puji khamar itu, termasuk sloki-slokinya, pertemuan-pertemuan dan sebagainya.

Setelah Islam datang, dibuatnyalah rencana pendidikan yang sangat bijaksana sekali, iaitu dengan bertahap khamar itu dilarang. Pertama kali yang dilakukan, iaitu dengan melarang mereka untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan mabuk, kemudian meningkatkan dengan diterangkan bahayanya sekalipun manfaatnya juga ada. Dan terakhir baru Allah turunkan ayat secara menyeluruh dan tegas, iaitu sebagaimana firmanNya:
  • "Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?" (al-Maidah: 90-91)
Dalam kedua ayat tersebut Allah mempertegas diharamkannya arak dan judi, diiringi pula dengan menyebut berhala dan undian dengan dinilainya sebagai perbuatan najis (kotor). Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai dalam al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan jelek. Khamar dan judi adalah berasal dari perbuatan syaitan, sedang syaitan hanya gemar berbuat yang tidak baik dan mungkar.

Justru itulah al-Quran menyerukan kepada umat Islam untuk menjauhi kedua perbuatan itu sebagai jalan untuk menuju kepada kebahagiaan. Selanjutnya al-Quran menjelaskan juga tentang bahaya arak dan judi dalam masyarakat, yang di antaranya dapat mematahkan orang untuk mengerjakan sembahyang dan menimbulkan permusuhan dan kebencian. Sedang bahayanya dalam jiwa, iaitu dapat menghalang untuk menunaikan kewajiban-kewajiban agama, diantaranya ialah zikrullah dan sembahyang.

Terakhir al-Quran menyeru supaya kita berhenti dari minum arak dan bermain judi. Seruannya diungkapkan dengan kata-kata yang tajam sekali, iaitu dengan kata-kata: fahal antum muntahun? (apakah kamu tidak mahu berhenti?).

Jawab seorang mu'min terhadap seruan ini: "Ya, kami telah berhenti, ya Allah!"

Orang-orang mu'min membuat suatu keanehan sesudah turunnya ayat tersebut. Iaitu ada seorang lelaki yang sedang membawa sloki penuh arak, sebahagiannya telah diminum, tinggal sebahagian lagi yang sisa. Setelah ayat tersebut sampai kepadanya, gelas tersebut dilepaskan dan araknya dituang ke tanah.

Banyak sekali negara-negara yang mengakui bahaya arak ini, baik terhadap peribadi, rumah tangga ataupun tanah air. Sementara ada yang berusaha untuk memberantasnya dengan menggunakan kekuatan undang-undang dan kekuasaan, seperti Amerika, tetapi akhirnya mereka gagal. Tidak dapat seperti yang pernah dicapai oleh Islam di dalam memberantas dan menghilangkan arak ini.

Dari kalangan ketua-ketua gereja bertentangan dalam menilai bagaimana pandangan Kristian terhadap masalah arak, justru kerana di Injil ditegaskan:
  • "Bahwa arak yang sedikit itu baik buat perut."
Kalau kata itu betul, niscaya yang sedikit itu perlu dihentikan. Sebab minum arak sedikit, dapat membawa kepada banyak. Gelas pertama akan disambut dengan gelas kedua dan begitulah seterusnya sehingga akhirnya menjadi terbiasa.

Setiap Yang Memabukkan Bererti Arak

Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad SAW tentang masalah arak, iaitu beliau tidak memandangnya dari segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu. Tetapi beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, iaitu memabukkan. Oleh kerana itu bahan apapun yang nyata memabukkan bererti itu arak, walau apapun nama atau jenama dan bahan apapun yang digunapakai. Oleh sebab itu Beer dan sebangsanya tetap 'haram' hukumnya.
.
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang minuman dibuat dari madu, atau dari gandum dan sya'ir yang diperah peras sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad, sesuai dengan sifatnya yang berkata-kata pendek tetapi padat, menjawab:
  • "Semua yang memabukkan bererti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim) 
  • Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Minum Sedikit

Islam tetap bersikap tegas terhadap masalah arak. Tidak lagi dipandang kadar minumannya, sedikit atau banyak. Kiranya arak telah cukup dapat menggelincirkan kaki manusia. Oleh itu sedikitpun tidak boleh disentuh. Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
  • "Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi) 
  • "Minuman apapun kalau sebanyak furq itu memabukkan, maka sepenuh tapak tangan adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

Berniaga Arak

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan membisnes pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh kerana itu tidak halal orang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak. Dalam hal ini Rasulullah SAW melaknatnya,  seperti dalam riwayat di bawah ini:
"Rasulullah SAW. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
  • (1) yang memerahnya, 
  • (2) yang minta diperah, 
  • (3) yang meminum, 
  • (4) yang membawa, 
  • (5) yang minta dihantar, 
  • (6) yang menuangkan, 
  • (7) yang menjual, 
  • (8) yang makan harganya, 
  • (9) yang membelinya, 
  • (10) yang minta dibelikan." 
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah SAW. bersabda:
  • "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)
Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahawa para sahabat kemudian mencegah orang-orang yang masih menyimpan arak di jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah. Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang Muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah diketahui, bahawa anggur itu akan dibuat arak.

Kerana dalam salah satu hadis dikatakan:
  • "Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)
Tidak Boleh Hadiah Arak

Kalau menjual dan memakan harga arak itu diharamkan bagi seorang Muslim, maka menghadiahkan walaupun tanpa ganti, kepada seorang Yahudi, Nasrani atau yang lain, tetap haram juga. Seorang Muslim tidak boleh menghadiah atau menerima hadiah arak. Sebab seorang Muslim adalah baik, dia tidak boleh menerima kecuali yang baik pula.

Diriwayatkan, ada seorang lelaki yang memberi hadiah satu guci arak kepada Nabi SAW, kemudian Nabi memberitahu bahawa arak telah diharamkan Allah. Orang lelaki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminum, mengharamkan juga menjual.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan saja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang patut saya buat?
Nabi: Tuang saja di selokan air.



 (Al-Humaidi dalam musnadnya)
 
(IH/Disaring dari 'Halal dan Haram dalam Islam' Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)

Ni, Ular Tedung, Ubat Mujarab Ke'jantan'an Lelaki..

JOM KREATIF

ULAR tidak hanya dirawat sebagai binatang peliharaan, tetapi juga dipakai sebagai bahan pengubatan. Tak jarang, daging ular juga diolah menjadi hidangan seperti sup atau sate. Bahkan, daging dan darah ular diyakini dapat menyembuhkan berbagai penyakit.

'Minuman Ular' merupakan salah satu olahan ubat yang dibuat dari tubuh binatang melata tersebut. Minuman ini dibuat dengan cara merendam tubuh ular seluruhnya ke dalam minuman beras atau gandum. Minuman ubat tersebut pertama kali dikonsumsi di China, terutama pada dinasti Zhou. Minuman ular ini dapat ditemui di seluruh daratan China, Vietnam dan Asia Tenggara.

Ular yang digunakan untuk anggur tentulah berbisa. Namun tenang, bisa ular sebelumnya telah didenaturasi dengan etanol sehingga tidak aktif. Jadi anda tidak akan keracunan. Seperti dilapor Wikipedia, minuman ular diyakini dapat menyembuhkan segala penyakit, mulai dari rambut rontok sampai kesihatan seksual.

Di Vietnam, minuman ular secara luas diyakini dapat meningkatkan kesihatan dan kejantanan lelaki. Tetapi hati-hati, minuman ubat ini tergolong minuman berkadar alkohol tinggi. Selain itu, peminum minuman ular biasanya menyantap bahagian-bahagian tertentu dari tubuh ular, seperti kandung empedu, bola mata dan perut.

Bagaimana kalau orang Islam, bolehkah menyantapnya sebagai ubat? (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Raya PKINK & Kritikan Ke Atas Mohd Amar

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEMASA menghadiri majlis mesra anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berlangsung di dataran Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB) petang semalam ramai kenalan di kalangan pegawai kerajaan khasnya kakitangan PKINK memberanikan diri bertanya saya mengenai beberapa tulisan saya dalam blog yang terkhusus mengenai Kelantan.

Salah satu ialah tentang catatan kemungkinan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri akan disaman kerana pelanggaran perjanjian. Selebihnya tentulah bertanya atau minta komen bertalu-talu terhadapTimbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah ke belakangan ini.Sebelum saya nak respon kedua isu yang ditanya kepada saya itu, saya nak puji dulu tentang majlis ramah mesra aidifitri petang semalam.

Saya pulang ke KB semalam pun memang untuk menghadiri majlis aidifitri itu selepas sdr Dr Wan Zawawi Wan Ismail yang baru dilantik menjadi Pengurus H&R PKINK mempelawa saya datang. Kesebetulan saya bercating dengan beliau dan dipelawanya agar saya hadir.

Sekali lagi berkebetulan pula Dr Wan Suhaimi Wan Daud (Ketua PKR Cabang Pasir Mas) yang mendapat undangan mengajak balik. Jadi dua kebetulan itu menjadikan kebetulan ketiga buat saya bertemu kenalan (penjengok blog) serta beberapa rakan yang sudah bergelar wakil rakyat atau bekas wakil rakyat di majlis itu yang juga berminat dengan isu yang dibangkitkan

Majlis anjuran PKINK semalam saya mendapat tahu ianya jarang diadakan. Bukan setiap tahun tetapi sekali sekala. Namun majlis semalam bagi saya memberi signifiken kepada perbadanan korporat negeri itu sesuai dengan perubahan MB baru. Yang hadir semalam dari kalangan bos-bos anak syarikat kerajaan dan selebihnya 'pelanggang' PKINIK, pihak bank, pelabur

Menurut seorang pegawai kanan tujuannya merapatkan silaturahim dan saling kenali mengenali. Usaha sebegitu (re-treat) singkat cukup bagus dalam meletakkan PKINK sebagai penjana ekonomi dan kewangan terutamanya di Kelantan. Hampir semua pemimpin kerajaan negeri hadir termasuk tetamu istimewanya MB Ahmad Yakub. Saya percaya bekas MB Nik Aziz juga diundang, tetapi kerana beliau di hospital tidak dapat hadir.

Antara Exco yang hadir Hanifa Ahmad, Dr Ramli Mohamd, Mejar Mohd Anizam Abdul Rahman yang duduk semeja dengan saya. Turut hadir speaker Abdulah Yaakob, MP Pengkalan Chepa Dr Izani Hussin (harap tidak salah eja kali ini), Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus, bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awg Hamat dan lain-lain.

Bagaimana pun TMB Mohd Amar tidak kelihatan mungkin dia telah datang awal ataupun ada acara di tempat lain. Kalau dia hadir tentu saya akan bertanya direct mengenai komen dan serangan yang dilemparkan ke atasnya. Sedap juga dengar Mohd Amar memakah orang.

Berbalik kepada mauduk yang hendak saya perkatakan di sini tadi, iaitu mengenagi tulisan dalam blog berhubung kemungkinan anak syarikat milik negeri akan disaman itu, menurut salah seorang pegawai PKINK isu sudah selesai. Katanya sebaik saya mendedahkan dalam blog tindakan segera diambil. Hutang syarikat berkenaan telah diselesaikan. Fail mengenainya sudah ditutup. Ai... cepat... bisik hati saya. Syukurlah...

Mengenai serangan ke atas Mohd Amar saya tidak perlu menjelaskan di sini. Cukup kalau saya menasihat Mohd Amar agar jangan terlebih melayan dan memberi apa-apa kritikan dan teguran ke atasnya. Sebaiknya beliau mendiamkan diri dan menerima teguran sebagai cabaran untuk bermuhasabah diri.

Mohd Amar perlu mulai belajar menjadi orang nombor. Dalam apa-apa organisasi atau kerajaan orang nombor dua penting. Berjaya atau tidak orang nombor satu ia bergantung kepada orang nombor dua. Orang nombor juga benteng kepada orang nombor satu. Jadi dalam kedudukan hari ini kalau ada musuh hendak tembak dan bedil Ustaz Mat, orang akan hala dan sasaran kepada Mohd Amar. Mohd Amarlah kena tahan bodinya.

Kalau beliau tidak sedar hakikat ini beliau akan berdepan dengan masalah dan kepala akan makin panas. Beliau juga akan gagal menjadi pendiding Ustaz Mat. Kritikan kepada Mohd Amar bukan saja di sekitar kedirian dan keperibadiannya yang dilihat pongoh, suka melenting dan sebagainya, sebaliknya selepas orang akan korek apa-apa kesilapan dan kesalahan yang ada. Jadi beliau kena bersifat tasamuh dan bertawakal.

Mengenai ada tuduhan mengatakan beliau terlibat dalam penyingkiran Husam Musa, beliau harus diam mengenai perkara ini. Mohd Amar perlu memekakan telinganya seberapa yang boleh. Isu Husam tidak disenaraikan dalam barisan Exco sudah terjawab sebenarnya. Bagi mereka yang arif mengenai politik serta tahu mengenai tribulasinya faham dengan apa yang berlaku. Lagipun isu kenapa Husam tidak ada dalam kerajaan sudah dijelas dengan terang oleh Ustaz Mat dan Husam sendiri tidak membangkitkan apa yang berlaku dan redha.

Sebagai TMB yang membantu MB, apa yang paling penting Mohd Amar jaga integriti kerajaan Pas Kelantan. Beliau harus memastikan segala polisi dan dasar kerajaan yang digarapkan berjalan lancar. Begitu juga dengan janji-janji atau dasar dalam manifesto kena diusaha melaksanakannya.

Tanggapan kerajaan pimpinan Ustaz Mat bersama Mohd Amar ini gagal kerana dibuat perkiraan dalam tempoh 100 hari adalah kurang tepat. Ukuran itu tidak adil. Ustaz Mat, Mohd Amar dan exco lain perlu diberikan masa untuk mereka menunjukkan keupayaan mereka.

Manakala kalau ada kritikan dan ejekan mengenai kegagalan dalam tempoh 100 hari itu pihak kerajaan tidak perlu menjawab khasnya Ustaz Mat atau Mohd Amar tetapi biarlah pihak ketiga menjelas dan memberi penjelasan bagi mengelakkan berlaku konflit kepentingan di sini.

Mengenai Husam yang tercicir itu sekiranya dia mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri kenapa harus tinggalkan untuk ikut sama berpartisipasi dalam kerajaan hari ini. Perlantikan Husam untuk terus memeganjg dua GLC adalah satu tindakan baik. Namun lebih baik kalau Husam juga dikekalkan untuk mengawal dan menjana ekonomi Kelantan di PMBK.

Ilmu, pengalaman atau kekeretifan Husam dalam apsek ekonomi jangan disia-siakan. Masalah yang menjadi riuh randah sekarang ini bagi saya akan selesai kalau Husam diterima sebagai salah seorang anggota pembangun Kelantan. Dalam masa sama ketepikan perasaan tidak enak yang tumbuh di pinggir kepala masing-masing.

Seperkara yang kerajaan dan Pas Kelantan perlu sedari perkembangan di dalam kerajaan Kelantan kini sedang dicerapi oleh Umno seserius mungkin. Umno kini seperti kucing bertaring yang sedang mengintip pergerakan sekawan anak tikus. Ia akan menerkam anak tikus itu sebaik saja ia merasakan sudah begitu lapar dan anak tikus itu sudah begitu ralik dan syok (bergaduh sesama sendiri).

Pilihan raya ke-13 dan keputusan sudah pun diperolehi. Elok benarlah kalau Pas Kelantan membuat persiapan mengemaskan barisan dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. Pilihan raya umum akan datang sangat mencabar bagi Pas. Kalau Umno Kelantan sudah bersiap sedia macam mana pula dengan Pas?
(IH/Detikdaily)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Husam Dilantik Pengerusi Dua GLC K'tan

Datuk Ahmad Yakub memberitahu Datuk Husam Musa dilantik mempengerusikan dua GLC. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Ogos, 2013.

Oleh ZULKIFLI SULONG DAN ELIZABETH ZACHARIAH

Datuk Husam Musa dilantik menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan iaitu Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation (TDC) bagi membolehkan beliau terus menyumbang kepada negeri itu.
 
Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub memaklumkan pelantikan Naib Presiden PAS itu bagi menjawab persoalan sebahagian ahli parti di Kelantan yang sebelum ini mempertikaikan mengapa Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kedua-dua anak syarikat ini sememangnya menjadi tanggujawab Datuk Husam sebelum ini," kata Ahmad merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu. 

Menurut Ahmad, bukan bidang kuasa kerajaan negeri atau PAS Kelantan untuk menentukan sama ada Naib Presiden PAS itu dilantik atau tidak sebagai Exco kerana ia adalah bidang kuasa pihak lain. Ahmad menegaskan, kerajaan negeri Kelantan dan parti tidak mempunyai masalah dengan Husam.
KGT adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menjalankan perniagaan wang emas dinar dan dirham Kelantan di negara ini. Sewaktu bersama kerajaan negeri Kelantan  di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam adalah tulang belakang kepada projek itu.

TDC pula agensi kerajaan negeri dibentuk oleh Kelantan sebelum ini untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong yang terletak di atas 2,000 ekar tanah di pinggir bandar Kota Bharu. Ahmad berkata, anak-anak syarikat kerajaan negeri lain akan dipengerusikan oleh pemimpin kerajaan negeri termasuk Exco yang berkaitan dengan portfolio mereka. 

Sehari selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) rakyat Kelantan dikejutkan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak menyambung jawatannya sebagai menteri besar dan menyerahkannya kepada Ahmad.
Selain itu, Husam tidak dilantik semula dalam kerajaan negeri walaupun sebelum ini adalah seorang Exco kanan.

Husam tewas di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor. Beliau menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan selama dua penggal sebelum ini bermula pada 2004. - 21 Ogos, 2013. (MI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Wednesday, August 21, 2013

Nik Amar Jawab Dr Agus & Pelawa Ke K'tan

 
 Datuk Nik Mohamad Amar menjawab tulisan Dr Agus Yusof di pejabatnya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd. Halim, 21 Ogos, 2013.

Oleh ZULKIFLI SULONG DAN ELIZABETH ZACHARIAH 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah mempelawa pengkaji politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk datang ke Kota Bharu bagi menjelaskan segala kekeliruannya mengenai kerajaan negeri itu.  

Tawaran itu dibuat Nik Amar dalam satu pertemuan eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabat beliau semalam. Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan orang ramai dan Agus yang terus menerus mempertikaikan kerajaan negeri termasuk mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan.

"Orang seperti Agus ini harus memahaminya. Dia anak Kelantan, takkan tidak tahu. Jika dia tidak puas hati, saya bersedia jumpa dia di pejabat saya di Kota Bharu bila-bila masa," katanya.

Agus sehingga kini membuat tiga tulisan mengenai apa yang berlaku di Kelantan selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) melalui facebooknya dan disiarkan juga oleh The Malaysian Insider. Bermula dengan tulisan tiada keghairahan baru dalam 100 hari pertama pentadbiran kerajaan baru di Kelantan, apa yang berlaku kepada projek lebuhraya rakyat, stadium baru dan masalah bekalan air bersih di Kelantan.
 
Dalam tulisan terbarunya, Agus menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau ekoran tulisannya. Nik Amar sebelum ini pernah menjawab tulisan pertama Agus melalui kenyataannya kepada The Malaysian Insider.

"Saya mempertikaikan tulisan itu kerana dia mendakwa kerajaan negeri Kelantan kekeringan idea. Saya tidak tolak untuk dikritik. Tetapi dari mula lagi tulisan dia kata kerajaan Kelantan kekeringan idea," katanya.
Kata Nik Amar, selepas mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri lagi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mengisytiharkan dua projek besar iaitu mahu menyiapkan 3,000 rumah mampu milik dalam masa lima tahun ini. Menteri Besar juga, katanya mengumumkan dasar mesra keluarga iaitu menempatkan pekerja dekat dengan kediamannya.

"Jadi bagaimana orang bertaraf profesor seperti Dr Agus terlepas semua perkara ini. Itu isu saya. Langsung dia tidak sebut dalam tulisannya," katanya .
Bagi Nik Amar, Agus perlu menyebut apa yang kerajaan negeri Kelantan buat sebelum mengkritiknya.
"Soal setuju tidak setuju perkara kedua. Tetapi kalau dia tertinggal dua perkara penting ini, macamana seorang profesor pengkaji Kelantan boleh tertinggal semua perkara ini," katanya.
 
Husam Musa

Nik Amar juga melahirkan rasa kesalnya terhadap pihak yang terus menerus mempertikaikan mengapa Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan. Beliau menegaskan, sudah beberapa kali diberitahu bahawa ia hak Istana Kelantan untuk menerimanya atau tidak.
 
"Dari mula lagi apabila orang bertanya kenapa Datuk Husam tidak dilantik, Menteri Besar sudah jelaskan. Soalnya adalah istana tidak berkenan. Saya meminta semua orang menghormati perkara ini sebab ini hak istana," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Beliau memberikan beberapa contoh apa yang berlaku di negara ini termasuk kes Datuk Rahim Bakar di Pahang, Dr Rani Othman di Selangor, Datuk Ghazali Jawi  dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Perak.

"Ia bukan berlaku hari ini tetapi berlaku sejak sekian lama. Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Rani Osman tidak diterima sebagai Exco kerajaan negeri di Selangor. Ini hak sultan.
"Di Kelantan, Menteri Besar sudah jelaskan perkara ini, kenapa tidak boleh terima penjelasannya. Adakah anda mempertikaikan integriti beliau atau adakah anda mendakwa beliau berbohong.
"Kalau kita hendak bercakap kasar, (Profesor Dr) Agus misalnya, pergi ke istana dan tanya," katanya.
"Saya kecewa dengan dia," katanya.

Lebuh raya rakyat

Berhubung dengan lebuh raya rakyat, timbalan menteri besar Kelantan itu menjelaskan, kerajaan negeri menerima kertas cadangan sebuah syarikat untuk membuat kajian bagi pelaksanaannya. Syarikat ini, katanya, diberikan masa selama tiga bulan untuk membuat kajian termasuk bagaimana hendak melaksanakannya serta sumber kewangan.
 
"Ada dua bulan lagi masa mereka. Kita tidak perlu membayar apa-apa jika kita tidak melaksanakannya tetapi jika kita melaksanakannya, syarikat ini minta mereka diberikan peluang untuk melaksanakannya.
"Keputusan jelas jika kerajaan pusat tidak buat,  kita akan buat. Cuma isunya bagaimana untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau meminta orang ramai jangan salah faham bahawa kerajaan negeri mengubah keputusan kerana kerajaan negeri kekal dengan keputusan sebelum untuk melaksanakan projek itu. Beliau memberikan analogi mahu membuat kenduri kahwin.

"Kita sudah setuju nak buat kenduri kahwin, soalnya, duit itu datangnya dari mana, siapa yang hendak kita panggil, siapa keteringnya. Itu isunya. Bukan kata tidak mahu kahwin," katanya. - 21 Ogos, 2013. (MI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Syria: Pembunuhan Beramai-ramai Senjata Kimia, 600 Terbunuh..


DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.

Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency. Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.

Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa "gas sarin". Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah, sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan kanak-kanak sekolah.

Sementara itu, rakaman video di sebuah hospital menunjukkan para petugas perubatan sibuk merawat mereka yang terkena serangan gas tersebut yang majoritinya adalah golongan kanak-kanak. Beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kesan serangan tersebut juga mula disebar di internet. (Hrkh).

Begini, 2 Model Bogel Dada Kempen Pemandu Selamat.

JOM KREATIF
Kampanyekan Safety Riding dengan Telanjang Dada
MENINGKATNYA kes kemalangan jalan raya di pelbagai negara memang ada kaitan dengan kempen keselamatan pemandu. Tetapi dengan memperalatkan 2 model seksi berbogel atau tiga suku bogel begini, sebagai bahan kempen amat tidak sesuai..

Ini kerja tiga suku atau gila, dan tidak bertamaddun. Hanya semata-mata untuk tarik perhatian, sanggup menggadai maruah atau meng'haiwan'kan manusia!. 

Ini bukan kreatif!!

Lihat lagi videonya...
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Kes 3 Atlet Rogol 20 September.. M'sia Masih Degil...


TIGA atlet bola baling yang menghadapi tuduhan merogol pegawai pengiring bola baling dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan kes tiga atlet lelaki skuad bola baling yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 pada Julai lalu untuk sebutan semula pada 20 September depan.

Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han memaklumkan pihaknya belum mendapat laporan perubatan, forensik dan kimia bagi kes tersebut.
Mengikut pertuduhan, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara pukul 4 pagi dan 4.10 pagi pada 4 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Inilah akibatnya, bila kerajaan Malaysia masih degil tidak mahu melaksanakan hukum Allah (hudud) yang menciptakan manusia dan Maha Mengrtahui naluri manusia itu sendiri.. Masih kekal pilih undang manusia yang otak sempit itu.

Lihat mengenai hudud..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz  
Lihat video ini..

Lelaki Masukkan Garpu Dalam Kemaluan, Cara Baru Nikmati Seks..

Astaga Pria Ini Memasukkan Garpu ke Alat Kelaminnya Sendiri

Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.

Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya. Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.

Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang. Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’ kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku. Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki. Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.

Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita. - Daily Mail

Perintah Berkurung Seluruh Mesir, Kaherah Lengang..



KAHERAH: Beginilah keadaan Kota Kaherah menjelang jam 7 malam apabila junta tentera mengisytiharkan perintah berkurung di lapan wilayah di seluruh negara.  Kota Kaherah yang terkenal dengan nama ‘kota yang tidak pernah tidur’ ini sentiasa sibuk dengan kenderaan.

Adalah dianggarkan ebih dari 20 juta orang penduduk menghuni kota metropolitan ini. Namun selepas pengisytiharan peintah berkurung oleh rejim tentera, bandaraya ini seolah-olah menjadi ‘bandaraya hantu’. Tidak ada lagi kenderaan dan hiruk piruk di kota ini dari jam 7 malam sehingga 6 pagi. Semua aktiviti perniagaan juga berhenti serta-merta dan kedai-kedai ssemuanya ditutup awal bagi mematuhi perintah ini.

Kereta-kereta kebal serta trak-trak tentera dan polis dapat dilihat mengawal kawasan-kawasan yang dianggap berpotensi untuk penyokong Presiden Morsi menganjurkan demonstrasi aman.  Sesiapa sahaja yang melanggar perintah berkurung ini boleh ditangkap dan ada yang cedera ditembak di beberapa wilayah kerana melanggar perintah ini.

Namun sampai bilakah perintah berkurung ini akan dikenakan oleh rejim tentera terhadap seluruh rakyat Mesir?  Walaupun perintah berkurung diistiharkan, hampir setiap malam masih lagi berjalan demonstrasi aman di banyak wilayah di seluruh Mesir bagi membantah rejim tentera serta kemarahan meraka terhadap pembunuhan beramai-ramai terutamanya di Rabaa Adawiah.

Inilah realiti Mesir baru di bawah rejim tentera yang merampas kuasa dari Presiden Dr Mohamad Morsi yang dipilih melalui pilihan raya dan demokrasi.