PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan. Lapor Bernama.
Lapor Bernama lagi, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan 'genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran'.
"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini., menurut Bernama.
Menurut Weblog Ibnu Hasyim pula, "Kalau betul begitu, tidakkah hal itu menghina agama Islam? Mengapa pihak-pihak tertentu masih berkerjasama, menjemput dan membiarkan berlangsung di Malaysia?"
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menerima maklumat berkaitan dengan sebuah kumpulan muzik berkonsepkan metalcore akan turun ke Malaysia pada 28 September 2013 ini. Kumpulan Lamb of God dikatakan berasal dari AS akan membuat persembahan sulong mereka di sini.
"Ia adalah merupakan kumpulan muzik yang membawa muzik keras dan melampau serta merosakkan masyarakat kerana imej kumpulan tersebut yang berlambang anti agama." Kata Setia Usahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.
"DPPM merasa sedih kerana Malaysia sudah dijangkiti penyakit hiburan keterlaluan. Dengan imej kumpulan rock tersebut sedemikian rupa, muzik yang ekstrem, lagu yang membawa mesej yang negatif, penganjurannya dibimbangi akan menjerumuskan umat Islam dengan kerosakan akhlak dan aqidah yang lebih parah.
"Justeru, DPPM mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
agar menyatakan pendirian terhadap konsert ini. Sepatutnya Kementerian
bertanggungjawab membudayakan masyarakat dengan aktiviti yang membina
minda dan berfaedah, bukannya memburukkan lagi keadaan di negara ini.
"Dalam keadaan anak-anak muda yang hilang arah dan haluannya, kerajaan pula turut menyumbang dengan penganjuran konsert kumpulan rock metal seperti ini. Apa untungnya kepada masyarakat terutama kepada aqidah umat Islam serta pembangunan syakhsiyah umat Islam di negara ini?

"DPPM kesal kerana pemimpin negara sanggup merosakkan masyarakat hanya
semata-mata mahu memuaskan kehendak segelintir peminat yang gilakan
artis-artis tertentu. Tidak cukupkah dengan kumpulan Metallica dan
Linkin’ Park yang dianjurkan sebelum ini dan perlukah kesemua kumpulan
rock di bawa masuk untuk memenuhi hasrat peminat di negara ini?" Tegas DPPM itu.
"Kalau rakyat sendiri begitu cepat diseret ke arah 'menghina agama Islam', mengapa penjahat-penjahat dari luar negara dengan mudah dijemput masuk tanpa usul periksa?" Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)