Saturday, August 31, 2013

Konsert Lamb Of God Menghina Islam, Berlangsung Di Malaysia?

HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan. Lapor Bernama.

Lapor Bernama lagi, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan 'genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran'.

"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini., menurut Bernama.

Menurut Weblog Ibnu Hasyim pula, "Kalau betul begitu, tidakkah hal itu menghina agama Islam? Mengapa pihak-pihak tertentu masih berkerjasama, menjemput dan membiarkan berlangsung di Malaysia?" 


lamb-of-god.jpg

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menerima maklumat berkaitan dengan sebuah kumpulan muzik berkonsepkan metalcore akan turun ke Malaysia pada 28 September 2013 ini. Kumpulan Lamb of God dikatakan berasal dari  AS akan membuat persembahan sulong mereka di sini.  

"Ia adalah merupakan kumpulan muzik yang membawa muzik keras dan melampau serta merosakkan masyarakat kerana imej kumpulan tersebut yang berlambang anti agama." Kata Setia Usahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.


"DPPM merasa sedih kerana Malaysia sudah dijangkiti penyakit hiburan keterlaluan. Dengan imej kumpulan rock tersebut sedemikian rupa, muzik yang ekstrem, lagu yang membawa mesej yang negatif, penganjurannya dibimbangi akan menjerumuskan umat Islam dengan kerosakan akhlak dan aqidah yang lebih parah.



"Justeru, DPPM mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia agar menyatakan pendirian terhadap konsert ini. Sepatutnya Kementerian bertanggungjawab membudayakan masyarakat dengan aktiviti yang membina minda dan berfaedah, bukannya memburukkan lagi keadaan di negara ini. 

"Dalam keadaan anak-anak muda yang hilang arah dan haluannya, kerajaan pula turut menyumbang dengan penganjuran konsert kumpulan rock metal seperti ini. Apa untungnya kepada masyarakat terutama kepada aqidah umat Islam serta pembangunan syakhsiyah umat Islam di negara ini?



"DPPM kesal kerana pemimpin negara sanggup merosakkan masyarakat hanya semata-mata mahu memuaskan kehendak segelintir peminat yang gilakan artis-artis tertentu. Tidak cukupkah dengan kumpulan Metallica dan Linkin’ Park yang dianjurkan sebelum ini dan perlukah kesemua kumpulan rock di bawa masuk untuk memenuhi hasrat peminat di negara ini?" Tegas DPPM itu.

"Kalau rakyat sendiri begitu cepat diseret ke arah 'menghina agama Islam', mengapa penjahat-penjahat dari luar negara dengan mudah dijemput masuk tanpa usul periksa?" Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)

Friday, August 30, 2013

Restoran Tema Hospital Pancing Pelanggan. Kreatif?

DUA pelayan berpakaian seperti jururawat menunjukkan juadah yang terdapat di Restoran Hospitalis di Latvia.

JOM KREATIF
RIGA - Sebuah restoran yang bertema hospital dibuka di Latvia baru-baru ini bagi memancing pelanggan yang meminati kerjaya sebagai doktor dan jururawat, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Pelanggan juga boleh menyewa jaket doktor atau seragam jururawat untuk dipakai semasa menikmati hidangan di restoran itu. Restoran unik berkenaan dikenali sebagai Hospitalis. Hidangan boleh dimakan di dalam ruang bertemakan bilik pembedahan atau kerusi doktor gigi.

Malah, restoran berkenaan turut menyediakan ruang makan menyerupai bilik pemeriksaan ginekologi. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan dengan disuap oleh pelayan yang memakai seragam jururawat. - Agensi

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Thursday, August 29, 2013

Polis Ambil Karya Seni Didakwa Hina Islam -Malaysiakini.

Polis ambil karya seni didakwa hina Islam

Polis mengambil sebuah karya seni yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama oleh seniman Anurendra Jegadeva.

Karya berjudul I is for Idiot (I untuk bahlul), sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil petang ini daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Karya lain Anurendra turut diturunkan atas sebab-sebab keselamatan ekoran ia dipamerkan di laluan pusat membeli-belah.

Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for Idiot atas dakwaan menghina Islam kerana mengandungi bissmillah dalam bahasa Arab. (MK)

Bila Presiden Rusia Dilukis Pakai Pakaian Dalam Wanita...

Lukisan Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev 
Lukisan Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev (Dailymail.co.uk)  
POLIS muzium Rusia pada Isnin malam, telah  menyita beberapa lukisan Presiden Vladimir Putin yang tengah dipamerkan memakai pakaian dalam wanita. Menurut mereka pameran lukisan bernada satir dianggap melanggar perundangan.

Laman Dailymail, Rabu 28 Ogos 2013 melapor dalam lukisan karya Konstantin Altunin dengan judul Parodi, terlihat Putin mengenakan pakaian dalam wanita dan tengah mengelus rambut Perdana Menteri Dmitry Medvedev.

Dalam lukisan itu Medvedev terlihat hanya mengenakan kasut knickers, bra dan seluar dalam. Tubuh Medvedev terlihat seperti wanita seksi dengan payudara indah. Tidak hanya Presiden dan PM saja yang dijadikan objek seniman itu. Pemimpin kaum Ortodoks Rusia, Patriarch Kirill I, digambarkan memiliki tato yang menutupi seluruh tubuhnya dalam sebuah lukisan.

Sementara dua pejabat penegak undang-undang digambarkan tengah mengolok-olok larangan pengesahan propaganda hubungan sesama jenis. Menurut staf galeri, kedua lukisan itu pun ikut disita oleh polis itu. Polis kemudian mengkonfirmasi aksi penyitaan tersebut dari sebuah galeri yang berada di sebuah apartemen pada Isnin malam. Mereka menerima laporan bahawa beberapa lukisan itu ilegal.

Sementara menurut Wakil kota St Petersburg, Vitaly Mironov, yang wajahnya turut dijadikan objek dalam lukisan bernada satir tersebut, mengatakan kepada Reuters bahawa gambar-gambar tersebut tidak sepatutnya begitu.. Mironov juga berpendapat lukisan itu turut mengambarkan karakter pornografi.

Namun mereka tidak menjelaskan lebih lanjut soal lukisan itu dianggap menghina pemimpin negara. Rusia memiliki aturan soal penghinaan pejabat negara. Apabila dilanggar maka dapat ditahan selama satu tahun. Sementara pemilik galeri, Alexander Donskoy, mengaku tidak dapat menerima, polis begitu saja menyita koleksi dari tempatnya. Menurut Donskoy, saat mengambil beberapa lukisan polis, tidak memberikan penjelasan apa pun. Selain disita, Donskoy mengatakan galerinya juga ditutup secara paksa oleh polis.

"Ini merupakan penyitaan yang ilegal. Bahkan, kami tidak ditunjukkan dokumentasi resmi yang melarang kami beroperasi," kata dia kesal.

Bahkan kata Donskoy, dia juga tidak diberitahu bahawa brankas wang tunai milik galeri itu ikut disita. Kota St Petersburg minggu depan akan menjadi tuan rumah penyelenggaraan KTT G20, termasuk salah satu kota di Rusia yang melarangan propaganda hubungan sejenis. Apabila terbukti menyebar luaskan informasi soal perilaku seksual non-tradisional kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, maka boleh dipenjara.

Aturan ini turut berlaku bagi warga asing yang tengah berada di Rusia. Apabila terbukti ikut serta dalam propaganda itu, maka Pemerintah Rusia dapat menahan mereka selama dua minggu kemudian mengusirnya dari Negeri Beruang Merah.  (IH)

Dr Hatta Pernah Khianati Presiden Sendiri.. -Haramjadah

Tapi kalau la betul dakwaan mamat tu dan TG Hj Hadi pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, pada aku bukan saja Dr. Hatta patut disingkirkan tapi TG Hj Hadi pun patut disingkirkan sama. 


Pemilihan PAS: Kalau Dr. Hatta tak boleh pakai maknanya Presiden PAS pun sama laa... 

MENJELANG pemilihan PAS yang dah tak lama dah, nampaknya kerja lobi melobi semakin dahsyat. Aku sebenarnya takdak masalah kalau ada yang nak melobi mana-mana pemimpin yang dia rasa layak, tapi nak melobi pun agak-agak la sama.

Kalau dah sampai tahap memfitnah pemimpin lain, itu bukan melobi tapi tu lebih sesuai dipanggik kerja HARAM JADAH. Dalam facebook sekarang ni cukup hebat kerja HARAM JADAH ni, yang paling hebat sekali yang aku nampak buat kerja macam tu page El-Haraki.

Kalau hangpa rajin hangpa baca sendiri apa yang admin page tu tulis. Aku cuma nak salintampal sikit dari apa yang mamat tu tulis saja yang boleh menggambarkan tahap HARAM JADAH dia.
Dr Hatta pernah mengkhianati presidennya sendiri dan mempertahankan tindakan salah seorang daripada Ajk PAS Pusat yang secara terang-terangan menghina Presiden PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Kebiadaban Ajk PAS Pusat tersebut telah dianggap oleh Dr Hatta sebagai satu muhasabah untuk Presiden PAS. Seolah-olah sudah ada kesepakatan untuk membuli Presiden dan tindakan yang tidak berakhlak. - Facebook.
Tak ka haram jadah punya statement. Kalau betul memang ada tindakan yang dikatakan terang-terang 'menghina' Presiden PAS tu pasai apa takdak tindakan diambil ke atas Dr. Hatta.

Dr. Hatta tu jawatan dia adalah Pengarah Pilihanraya yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan mesyuarat AJK PAS Pusat sama macam jawatan Setiausaha dan Bendahari Agung.

Kalau betul memang ada tindakan Dr. Hatta yang secara terang-terang 'menghina' Presiden patutnya Presiden langsung takdak masalah untuk melucutkan jawatan Dr. Hatta dan lantik orang lain ganti tempat dia.

Tambah-tambah mamat tu jugak tulis:
Tambahan pula, Dr Hatta Ramli bersama beberapa orang kuatnya di Selangor juga pernah berusaha dan berjaya melepaskan kerusi-kerusi penting PAS di Selangor kepada Anwar semata-mata mendapat laba ekonomi dari Anwar yang merupakan perancang utama ekonomi Selangor. - Ibid.
Kalau betul memang ada Dr. Hatta buat kerja sampai macam tu, memang tak sepatutnya Presiden PAS lepaskan Dr. Hatta macam tu saja. Dr. Hatta patut diambil tindakan tatatertip. Gila apa nak simpan pengkhianat macam tu. Paling kurang pun Dr. Hatta mesti dilucutkan dari jawatan dia sebagai Pengarah Pilihanraya.

Pasai tu aku berani kata admin page tu memang HARAM JADAH penabur fitnah. Kalau betul takkan la TG Hj Hadi nak tutup mata.

Tapi kalau la betul dakwaan mamat tu dan TG Hj Hadi pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, pada aku bukan saja Dr. Hatta patut disingkirkan tapi TG Hj Hadi pun patut disingkirkan sama.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
 E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Masih Kekal Tempat Ibadat, Dulu Geraja Sekarang Masjid.

Gereja yang bertukar menjadi MASJID.. Dahulunya tempat mensyirikkan Allah...kemudian menjadi tempat mentauhidkan Allah...  Gereja Queen of Peace  Gereja ini terletak di BUFFALO, New York di Amerika Syarikat telah ditutup semenjak tahun 2007. Gereja yang dibina pada tahun 1920-an ini kemudiannya dijual dan  dibeli oleh sekumpulan orang-orang Islam. Gereja itu telah ditukarkan menjadi masjid dan sekarang dikenali sebagai Masjid Jami.

PULIHKAN kembali tempat ibadat. Dulunya Gereja Queen of Peace. Gereja ini terletak di BUFFALO, New York di Amerika Syarikat telah ditutup semenjak tahun 2007.

Gereja yang dibina pada tahun 1920-an ini kemudiannya dijual dan dibeli oleh sekumpulan orang-orang Islam. Gereja itu telah ditukarkan menjadi masjid dan sekarang dikenali sebagai Masjid Jami.
Al-hamdulillah, masih kekal tempat ibadat. 
(IH/ Sumber http://atsixty-zakriali.blogspot.com)

Khidmat Telanjang Di Ranjang, Tidak Akan Selesai Selagi...

Pelayan wanita warga Vietnam dan beberapa pelanggan yang dicekup di sebuah pusat hiburan di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.

PUCHONG – Bertubuh genit, mudah dipujuk dan lebih manja! Itu  ciri-ciri pelayan wanita yang ditawarkan pengusaha sebuah pusat hiburan di sini bagi menarik pengunjung ke premis mereka.

Difahamkan, pekerja warga Vietnam yang disediakan akan melayan pengunjung menikmati minuman keras dan sanggup melakukan aksi ranjang di lokasi lain selepas berlaku urus niaga serta tawar-menawar dengan pelanggan mereka.

Gadis berusia antara 20 hingga 30-an itu juga dikatakan sanggup memberi perkhidmatan seks meski ditawar dengan nilai wang yang rendah. Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan, 11 anggota bersama dua pegawai menyerbu sebuah premis di Jalan Bandar 18, dekat sini.

Premis yang sudah lebih tiga kali diserbu sebelum ini tidak mempunyai lesen perniagaan sah. Menurutnya, dalam Ops Noda dan Ops Cantas dilaksanakan lewat malam kelmarin, seramai 25 wanita warga Vietnam ditahan dan 40 pelanggan berusia antara 40 dan 50 tahun diperiksa.

Kesemua pelayan wanita terbabit didapati datang ke negara ini sebagai pelancong tetapi menjalankan kegiatan tidak bermoral. Jelasnya, pelayan warga asing terbabit akan mendapat tips bagi setiap botol minuman keras yang dibuka pelanggan mereka. Pengusaha turut menyediakan bilik karaoke yang dikenakan bayaran antara RM388 hingga RM1,488 mengikut saiz bilik.

“Sebelum ini ia hanya beroperasi di tingkat bawah tetapi kini pengusaha menyediakan bilik untuk pelanggan berhibur di tingkat atas.
“Selepas minum di sini, pelanggan dipercayai boleh membawa pulang gadis terbabit jika pandai memujuk untuk mendapatkan perkhidmatan ekstra,” katanya dalam operasi turut disertai Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin.

Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi masyarakat terus didendangkan dengan 'khidmat' telanjang di ranjang atau seks, bukan 'najis zina'... Dan tiada undang-undang khusus atau akta melarang 'zina', seperti sebat di khalayak ramai yang berperanan 'mendidik manusia'.. Maka selagi itulah masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan atau dikurangkan.

Kerajaan orang Islam ini masih degil mengikut telunjuk kaki kiri syaitan, tidak mahu benarkan orang Islam mengamalkan agama mereka sendiri terutama dari sudut perundangan, di bumi mereka sendiri... bahkan yang melarang mereka adalah adalah pemimpin mereka yang kononnya beragama atau mengamalkan Islam. Na 'auzubillahi minzalik!

Mak nyah lari lintang pukang  
Sebahagian daripada 20 mak nyah dan warga Afrika pernah ditahan kerana berpelesiran mencari pelanggan di sekitar Bukit Bintang, awal pagi. Kumpulan mak nyah itu berpakaian seksi  lari lintang-pukang sebaik menyedari kehadiran anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

Gadis Perancis Sanggup Syahid Dari Dipaksa Buka Tudung..

Gadis muslim di Prancis mencoba bunuh diri karena dilecehkan (foto ilustrasi)

SEORANG gadis remaja Muslim Perancis yang dilaporkan mencoba 'bunuh diri' sebenarnya sanggup mati atau syahid mempertahankan diri dan identiti agamanya. Dia diserang oleh dua lelaki dekat Lapangan Berlioz pada 12 Ogos  kelmarin. Gadis yang tidak diketahui namanya itu juga mencuba melompat dari tingkat empat rumahnya di kota Trappes, Paris, Perancis pada hari Isnin 26 Ogos 2013.

Laman Dailymail, Selasa 27 Ogos 2013 melapor motif 'bunuh diri' remaja berusia 16 tahun itu sebenarnya  belum diketahui dengan pasti. Dia dapat diselamatkan, dibawa ke hospital terdekat bagi memperoleh pertolongan perubatan..Peristiwa itu berawal semasa remaja itu diserang oleh dua lelaki berwajah orang Eropah pada pukul 17.45 waktu setempat. Saat itu dia baru pulang dari rumah temannya. Usai peristiwa itu dia melapor kepada pihak polis.

Gadis itu menceritakan, kedua lelaki itu meneriakkan kalimat anti-Muslim dan bernada rasis kepadanya. Kemudian kedua lelaki itu mengeluarkan sebuah pisau cutter, digunakan untuk membuka cadar atau tudungnya. Tidak hanya itu, salah satu lelaki melakukan pelecehan seksual kepada gadis itu.

"Lelaki pertama mulai menyentuh dada saya, namun saya berhasil menampar wajahnya. Tidak terima, dia lalu meninju saya di bahagian dada," kata gadis itu kepada laman Huffington Post.

Sementara pisau cutter yang digunakan lelaki lainnya berhasil mengenai wajah dan tenggorokan gadis itu. Akibatnya dia mengalami luka. Kedua lelaki itu akhirnya lari dengan menggunakan sebuah kereta,semasa seorang warga lain muncul. Polis di Yveslines kini sedang menyelidiki kes tersebut. Mereka memeriksa potongan rekaman video CCTV yang ada di sekitarnya.

Bimbang kes tersebut akan kembali memicu konflik dan kemarahan umat Muslim di kota Trappes, maka pihak polis menyiapkan anggotanya di sekitar kota itu pada Isnin malam. Hal ini berlaku kerana aksi kerusuhan sebelumnya pernah terjadi di kota Trappes pada Julai lalu. Di mana polisi memaksa memeriksa seorang wanita Muslim pakai cadar, tanpa kebenaran suaminya, yang ditahan selepas itu. 

Akhirnya, ratusan orang tunjuk perasaan di depan pejabat polis menuntut pembebasan lelaki yang ditahan itu. Tunjuk perasaan jadi kicuh menyebabkan seorang remaja berusia 14 tahun mengalami luka serius di mata dan empat polis luka.

Kontroversi mengenai cadar atau tudung penutup wajah, atau burka terus muncul sejak pemerintah Perancis melarangan penggunaannya tahun 2011lalu. Bagi wanita yang melanggar, maka akan dikenai denda senilai 150 Euro atau kira-kira RM600 dan dipaksa mengikuti kelas kewarganegaraan. (IH/Pelbagai sumber)

2 Lelaki Kongsi Isteri, Poliandri.. Wajarkah?

Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta. Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani. Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itukah perjuangan pembebasan wanita menuntut hak sama? Anak mereka itu siapa punya?

‘Jumat Kemarahan’ Malu Jadi Bangsa Indonesia Kalau...

demo as 3

Berita Dari Indonesia: 

Demonstrasi ‘Jumat Kemarahan’ di Kedubes AS di Jakarta
SEKITAR 5,000 demonstran berkumpul memenuhi jalan antara Kedutaan AS di Jakarta, mereka meneriakkan kekecewaannya atas sikap kemunafikan AS yang mendiamkan pembantaian oleh pihak keamanan pemerintahan boneka bentukan Militer Mesir atas para pendukung Mursi di sekitar Masjid Rabaa al Adawiyah yang menyebabkan gugurnya 2,600 nyawa dan melukai hampir 10,000 pendukung pro Mursi.

Disela orasi para tokoh ulama Islam dari berbagai perwakilan umat Islam yang dijadwalkan seperti Jimmy Assidiqie, Hasyim Muzadi , Ustadz Syuhada Bahri dan beberapa tokoh lainnya turut memberikan orasi tentang pembantaian biadab tersebut, para pengunjuk rasa meneriakkan negeri Amerika adalah teroris sebenarnya dan mereka juga ungkap kekecewaan atas sikap Presiden RI SBY yang hanya menyatakan ucapan prihatin tanpa adanya aktifitas diplomatik seperti yang dilakukan oleh Turki.

demo as 8
demo as 4

demo as 1
Dalam kesempatan yang berbeda, hari Jumat ini, Ustadz Ihsan Tanjung dalam khutbah Jumat di kawasan Thamrin mengingatkan bahwa umat Islam harus berhati hati dalam fitnah akhir zaman ini, Fitnah Duhaimah, fitnah tersebut  sedikit demi sedikit  semakin terlihat dan jelas , hingga suatu saat tertentu Allah akan memisahkan golongan yang beriman tanpa kemunafikan dan kaum munafik dan kafirin tanpa keimanan, pada saat sudah nyata seperti itu maka  Dajjal akan hadir dengan fitnah yang jauh lebih besar.

Ustadz Ihsan juga mengingatkan bahwa dengan kejadian akhir akhir ini, walaupun lokasi kejadian konflik itu berada di Suriah dan negeri lainnya, tetapi dampak  kejadian tersebut  sudah dapat kita bedakan cara pandang kaum beriman dan kaum munafik. Beliau memberi contoh tentang konflik Suriah, betapa banyak pihak umat ini  menyatakan perang tersebut adalah perang internal umat Islam, beliau mengatakan sekali kali tidak, perang Suriah itu faktanya adalah pertempuran antara Muslim dan Syiah, bahkan beliau menekankan Syiah itulah golongan kemunafikan tanpa ada iman , Syiahlah yang berkali kali telah melakukan banyak penghianatan dalam setiap masa.

Beliau mengingatkan perilaku khianat Syiah saat pembantaian di Baghdad oleh pasukan Mongol, Syiahlah yang berperan memberikan informasi titik titik kelemahan kaum Muslimin sehingga bangsa Mongol sangat leluasa menghabisi kaum Muslimin saat itu, sehingga sungai Eufrat airnya menjadi berwarna merah dan hitam, merah karena darah para Syuhada, dan hitam karena warna tinta jutaan  kitab ilmu  yang ikut dibuang ke sungat tersebut.

Dan terakhir beliau menginformasikan kepada jamaah sholat Jum’at bahwa kasus Mesir pun mengalami pertempuran serupa, perlu diketahui Jenderal Al Sisi itu ternyata adalah penganut Syiah! elBaredei dan Beblawi pun adalah Syiah, jadi wajarlah mereka memperlakukan kaum Muslimin Mesir seperti itu. Dan di akhir khutbahnya beliau mengingatkan agar kaum muslimin segeralah berpegang erat dengan cara dan jalan Allah saja, dan jangan terkelabui dengan sistem dan ajaran yang datang dari kaum kafir yang akan menyesatkan umat Islam , seperti Pluralisme, Humanisme, dan tentunya sistem demokrasi dan lain lainnya.
(Red. Era Muslim)-

Atasi Masalah Sewa, Jamban Jadi Rumah..


Foto 
ZHENG, isteri dan anak mereka menonton televisyen yang terletak di tengah dua tempat buang air kecil.

JOM KREATIF 
Shenyang: Berdepan dengan harga dan sewa rumah yang tinggi, sebuah keluarga menemui jalan aneh untuk mengatasi masalah kekurangan kediaman di sebuah daripada bandar raya terbesar China dengan mengubah suai tandas lelaki untuk dijadikan tempat tinggal.

Ketika Zeng Lingjun berpindah ke Shenyang untuk mencari pekerjaan, lelaki berusia 33 tahun itu mengambil keputusan, daripada mencari rumah di bandar raya berkenaan yang dia yakin tidak mampu membeli atau membayar sewanya, adalah lebih baik dia menyewa tandas hotel yang tidak digunakan.

Zeng yang bekerja sebagai tukang kasut berpindah ke tandas itu yang seluas 20 meter persegi pada 2006. Apabila berkahwin dengan Wang Zhixia pada 2010, isterinya juga berpindah ke situ. Begitu juga dengan anak mereka, Devi yang kini berusia dua tahun.

Meskipun ganjil, dengan tandas buang air kecil masih melekat di dinding, Zeng menyifatkan rumahnya itu sebagai ‘kecil tetapi lengkap’ dengan berkata, mereka sudah biasa dengan bau hancing dan busuk. Dia begitu berpuas hati dengan keadaan rumahnya itu hingga menamakan anaknya ‘Devi’ yang bermakna memenuhi kepuasan seseorang.

Sebaik berpindah ke tandas itu, Zeng membuat pengubasuaian, memaku papan di atas satu daripada tandas untuk membuat katil yang menghadap sebuah televisyen kecil. Televisyen berkenaan diletakkan di atas meja antara dua tempat buang air kecil.
Foto 
ZHENG anggap rumahnya ‘kecil tetapi lengkap.’

Dua ruang lagi dijadikan tempat almari baju.

“Saya berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang. Hidup saya kini lebih baik jika hendak dibandingkan sebelum ini,” katanya dalam satu wawancara dengan Englishnews.cn.

Di luar ‘kamar tidur’ mereka, yang sebelum ini menempatkan sinki membasuh, dijadikan dapur dan bengkel Zeng.

“Ia tidak sesuai untuk memasak tetapi saya sudah biasa,” kata Wang, bekas tukang cuci.

Zeng membayar kira-kira 8,000 yuan (RM4,000) setahun untuk menyewa tandas itu daripada hotel berkenaan. Dia diberikan ruang percuma di depan bangunan, tempat dia bekerja mengilat kasut pelanggan. Secara purata, dia memperoleh pendapatan kira-kira 2,000 yuan sebulan dengan mengilat dan membetulkan kasut, lebih separuh daripada gaji maksimum yang ditetapkan pihak berkuasa Shenyang. - Agensi

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Wednesday, August 28, 2013

Pakaian Miss World 2013 Berjilbab, Tertutup? -FPI


FPI tak percaya busana Miss World 2013 tertutup

Berita Dari Indonesia:  

FPI tak percaya busana Miss World 2013 tertutup
Pihak panitia kontes kecantikan internasional Miss World 2013 akan menampilkan kebaya dan lebih tertutup dalam hal busana. Namun Misbahul Anam, Sekertaris Majelis Syuro DPP FPI menyatakan hal tersebut tidak mungkin benar-benar diterapkan.

"Ah, itu amat sangat mustahil. Pemilihan Miss World kan ada dari sudut pandang postur tubuh. Kalau pake kebaya, pake jilbab, itu kan untuk kamuflase, itu amat sangat mustahil," ujarnya saat dihubungi Senin (26/8).
Kalau memang hal tersebut dilakukan, pihak FPI benar-benar tidak akan menolak kontes tersebut dilaksanakan. Namun harus ada pernyataan tertulis.

"Kita nggak mau dibohongin mereka. Kalau ada hitam di atas putih baru kita percaya, kalau nggak ya udah kita obrak-abrik," katanya.

Untuk itu FPI dengan tegas menolak ajang yang untuk pertama kalinya Indonesia menjadi tuan rumah. "Kita tetap akan menjadi garda terdepan menolak adanya Miss World," pungkasnya.

Peserta Miss World dikawal polwan dan kowad berbusana adat


Sumber: Kapanlagi.com

Lihat sebelum ini..
#Simak Juga Kontroversi Seputar FPI dan Miss World:

FPI: Kalau Miss World Tetap Diadakan, Kita Akan Uber Panitianya
FPI Puji Pak Harto, Minta SBY Tegas Bubarkan Miss World 2013  
FPI Siap Bubarkan Miss World 2013  
MUI Tolak Miss World Meski Tak Ada Sesi Bikini  
[Video] Indonesia Siap Jadi Tuan Rumah Miss World 2013

Pasangan Ditangkap,'Kanun Jenayah Syariah' Tapi Bukan Hudud.

khalwat
 Pegawai penguat kuasa memeriksa pasangan berkenaan yang ditahan berada dalam keadaan mencurigakan.

BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam. Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.
“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997. Walaupun bunyinya syariah, tapi ia bukan dari hukum Allah secara keseluruhan atau hukum hudud seperti yang amat ditakuti oleh UMNO.

Itulah antara sebab-sebabnya mengapa Malaysia tidak dapat nikmat hasil dari fadilat kurniaan perlaksanaan hukum Allah SWT.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Ini Berita Bohong Dari Mesir -Perikatan Mesir

Media dilabel
Media dilabel melaporkan berita palsu membabitkan angka sebenar peserta protes.
KAHERAH - MESIR. Perikatan Kebangsaan Anti Rampasan Kuasa Mesir mendakwa, rangkaian media tempatan dan antarabangsa berbohong terhadap laporan angka sebenar penunjuk perasaan dalam demonstrasi anti rampasan kuasa, kelmarin.

Jurucakap pertubuhan itu berkata, jumlah kehadiran penunjuk perasaan yang sebenar meningkat mengikut kawasan dan momentum di seluruh negara. Kumpulan itu mengaku memantau bilangan penunjuk perasaan dan menegaskan lebih ramai berhimpun pada Jumaat Syahid berbanding perhimpunan Jumaat Kemarahan.

"Penyokong presiden digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di seluruh negara untuk menuntut semula kepimpinan beliau," katanya.

Sejak 3 Julai lalu, Mesir dilanda gelombang demonstrasi berpolitik apabila tentera yang mengambil alih kerajaan menggulingkan Mursi. Kerajaan sementara Mesir dilaporkan turut melancarkan tindakan keras terhadap penyokong setia Mursi dan menahan lebih 2,000 ahli parti Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpinnya, Mohamed Badie pada 20 Ogos.

Kekecohan yang dicetuskan tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi, juga didakwa membunuh hampir 1,000 orang pada 14 Ogos. Malah, pembunuhan beramai-ramai itu juga mencetuskan kritikan antarabangsa dan mendorong pertubuhan badan dunia untuk mengadakan siasatan bebas membabitkan isu keganasan.  - PressTV

Media dilabel melaporkan berita palsu membabitkan angka sebenar peserta protes. (SH)

Lihat Kereta Kebal Al-Asad Dibom, Tenteranya Lari, Tapi...

FSA (free syria army) telah berjaya mengebom kereta kebal tentera basyar al-assad..apabila tentera basyar cube keluar utk melarikan diri, penembak tepat FSA telah berjaya menembaknya..
Seperti pemanah hebat di zaman Rasulullah 'Saidina Hamzah'...ALLAHUAKBAR!!
-FREE SYIRA-
sumber syria care

Anak KM, Miliki Anak Dg Perempuan Lain -Dedah B/Isteri

ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Bekas Isteri Anak Ketua Menteri Sarawak Dedah Suami Ada Anak Dengan Perempuan Lain
KUALA LUMPUR: Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa bahawa bekas suaminya berlaku curang sebelum mereka bercerai dua tahun lalu. Shahnaz A. Majid, 49, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin selama 10 tahun.

"Dia tidak adil kepada saya," katanya dalam perbicaraan tuntutan penceraian bernilai RM100 juta.
Shahnaz turut memfailkan permohonan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta sebagai penyelesaian penceraian.

Dia turut menuntut 50% daripada kesemua aset yang dimiliki Mahmud termasuk kereta mewah, tumah di pelbagai lokasi, tanah di Sarawak dan saham. Ketika disoal oleh peguamnya, Akbardin Abdul Kader, Shahnaz berkata dia mengetahui hubungan antara Mahmud dan seorang wanita warga Australia selepas bekas suaminya itu membawa wanita terbabit untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya di Kuching, Sarawak sekitar tahun 2000.

"Dia ada seorang anak lelaki dengan wanita itu yang bernama Louise Hiley. Saya tidak pasti sama ada mereka telah berkahwin," kata kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid itu.

Shahnaz berkata dia kemudian mengetahui mengenainya dari majalah The Peek keluaran September 2002 bahawa Mahmud berkahwin dengan seorang wanita warga Rusia, Elena Vasilenko.

"Mahmud dan Vasilenko turut datang ke rumah saya untuk menjemput anak lelaki kami keluar bersama," katanya.

Menjawab kepada soalan lain, Shahnaz berkata Mahmud turut menderanya dari segi fizikal dan emosi.
Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 dan bercerai pada 11 Mei 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 1993. Shahnaz diwakili peguam Dr Rafir Mohd Shafir dan Akbardin manakala peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din mewakili Mahmud. (mStar)

Lihat ini...

Sambut Merdeka Buat Apa?

















Sebab rakyat Malaysia tidak memasang bendera sambut merdeka terbongkar

Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang. 

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya.

Ladang Spirulina Atas Bumbung Hotel

 EBUAH ladang spirulina di atas bumbung sebuah hotel di Bangkok, Thailand.- Agensi

JOM KREATIF
BANGKOK - Di atas bumbung sebuah hotel di sini terdapat berpuluh-puluh tong berisi cecair hijau mengandungi alga yang merupakan inovasi baharu pertanian bandar.

Dikenali sebagai spirulina, alga boleh dimakan ini mampu membantu menyediakan sumber protein yang mapan sebagai alternatif kepada daging. Sebanyak tiga kali seminggu, seorang lelaki Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga itu di dalam beberapa buah tong.

"Rumpai hijau ini membesar dengan pantas. Kebiasaannya ia membesar dua kali ganda dalam tempoh 24 jam," kata Patsakorn yang bekerja untuk syarikat EnerGaia.

Syarikat tersebut menanam alga di atas bumbung beberapa buah bangunan di ibu kota Thailand di sini.
"Dengan tahap protein yang tinggi dan khasiat yang banyak, spirulina amat bermanfaat kepada kesihatan," kata Patsakorn.

"Jika dibandingkan dengan daging, makanan itu mengambil masa enam bulan untuk membesar hingga satu kilogram tetapi alga ini mengambil masa hanya seminggu," kata Patsakorn. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di KL pun boleh kalau nak tiru..

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Tok Guru Nik Aziz & R 4BIA




KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan bersemangat sambil meluah rasa kesal terhadap pergolakan politik di Mesir.

“Segalanya bermula kejahatan Yahudi. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. orang Yahudi sudah memusuhi Islam.
“Pakatan jahat Amerika dan Yahudi di belakang krisis penggulingan Presiden Dr Mohammad Morsi yang dilantik secara demokrasi.
“Ini semua dalam usaha mereka menggagalkan kebangkitan Islam di Timur Tengah dan Mesir khususnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.

Sebelum itu beliau menerima kunjungan beberapa NGO yang datang bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya. Beliau keluar wad kelmarin. Beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian selama seminggu kerana sedikit gangguan kesihatan.

Semalam beliau juga dikunjungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mursyidul Am PAS terbabit muncul di hadapan pintu rumahnya dengan wajah tenang dan ceria sambil menjemput tetamu yang datang naik ke atas rumahnya. Sambil memberitahu sudah beransur pulih beliau juga sempat bergurau senda dengan cucunya.

“Cuma ada sedikit sebanyak rasa kurang selesa ketika dalam keadaan tertentu, biasalah baru keluar hospital,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau juga berharap seluruh umat Islam agar memainkan peranan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan rejim tentera pimpinan As Sisi.


Gambar ini.. Begitu hormatnya Tok Guru Haji Hadi kepada Tok Guru Nik Aziz. Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka dalam mentadbir dan menguruskan agama islam di Malaysia tercinta. (IH/Hrkh)

Gadis-gadis Ini Terpaksa Lari Berbogel Di Klang..

Tukang urut lari berbogel
Wanita warga Vietnam yang menjalankan perkhidmatan B2B ditahan.
SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit. Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan. Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. (SH)

Tuesday, August 27, 2013

Sinar Harian Mengelirukan -Aktivis Pelajar Mesir



KL: HarakahDaily melaporkan, seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan. Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia.

Menurut Muhd. Abdul Malik, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.

"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.
"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.

Dalam temubual itu, Mohammed Salem dilapor berkata, para peserta himpunan yang membantah rampasan kuasa di Mesir didapati bersenjata dan mengancam pihak keselamatan. Penyarah itu juga mendakwa penyokong Morsi menghalang laluan jalan raya di sekitar Rabaah dan Nahdhah.

Antara petikan temubual akhbar itu menyebut:

Soalan: Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?
Salem: Bagaimanapun kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis.


Mengulas lanjut, Abdul Malik mempersoal, jika himpunan yang dilakukan oleh penyokong Mursi kerana menghalang laluan dan jalanraya, adakah situasi ini tidak berlaku di dataran Tahrir dan hadapan Istana Ittihadiyah, dua lokasi himpunan anti-Morsi sebelum dan selepas 30 Jun?

"Berulang kali saya jelaskan dalam siri ceramah bahawa perancangan jahat polis memasukkan senjata api dan peluru ini dilonggokkan di dalam khemah-khemah sementara penyokong Morsi selepas mereka berjaya membunuh tuan khemah.

"Lalu dipanggil media-media tempatan bagi menunjukkan 'bukti' bahawa rakyat di Raba'ah memiliki senjata api dan ia didedahkan oleh Al-Jazeera bahawa operasi memunggah masuk senjata-senjata ini ke dalam Raba'ah menggunakan ambulans pada pagi operasi 14 Ogos lepas," katanya. 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Gesa Batalkan Ratu Cantik Dunia, Ketua FPI Rela Ditangkap.

 Tribunnews.com/Bahri Kurniawan Ketua FPI Habib Rizieq Shihab

Berita Dari Indonesia:
Habib Rizieq Siap Ditangkap Demi Bubarkan Acara Miss World  
Ribuan massa dari Front Pembela Islam (FPI), konvrsoi melintasi jalan Kramat Raya, Senen, Jakarta Pusat, Minggu (25/8/2013). Konvoi dengan tema Putihkan Jakarta ini sebagai perayaan ulang tahun FPI yang ke 15. (Warta Kota/Angga Bhagya Nugraha
Laporan Wartawan Tribunnews.com Bahri Kurniawan 
JAKARTA - Front Pembela Islam (FPI) menegaskan, siap membubarkan secara paksa pelaksanaan kontes kecantikan Miss World. Aksi sepihak tersebut, bakal dilakukan FPI kalau pemerintah tetap mengeluarkan surat perizinan penyelenggaraan kontes kecantikan tersebut di Indonesia. 

"Wajib kita bubarkan acara Miss World kalau pemerintah memaksakan (memberi izin)," ujar Habib Rizieq Shihab di Petamburan, Minggu (25/8/2013). Bahkan, Habib Rizieq menyatakan siap untuk ditangkap aparat kepolisian dengan rencana aksi sepihak tersebut. 
Sebab, kata dia, Miss World sarat dengan kemaksiatan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai agama dan budaya yang ada di Indonesia.
"Saya siap bertanggung jawab dunia akhirat. Gak usah cari kemana-kemana provokatornya, ada Habib Rizieq siap ditangkap untuk membubarkan Miss World," tandasnya. 


Konvoi Milad Ke-15 Front Pembela Islam (FPI) 
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim 
Front Pembela Islam (FPI) adalah sebuah NGO atau organisasi massa Islam yang dianggap bergaris keras yang berpusat di Jakarta. Selain beberapa kelompok internal, yang disebut oleh FPI sebagai sayap juang, FPI memiliki kelompok Laskar Pembela Islam, kelompok paramiliter dari organisasi tersebut yang kontroversial kerana melakukan aksi-aksi "penertiban" (sweeping) terhadap kegiatan-kegiatan yang dianggap maksiat atau bertentangan dengan syariat Islam . Terutama pada bulan Ramadan dan seringkali berujung pada kekerasan. 

Organisasi ini terkenal dan kontroversial kerana aksi-aksinya sejak tahun 1998. Rangkaian aksi yang berujung pada kekerasan sering diperlihatkan dalam media massa. 

Struktur Organisasi
FPI memiliki struktur organisasi yang terdiri atas:

  1. Dewan Pimpinan Pusat, sebagai pengurus organisasi berskala nasional
    • Ketua Majelis Syura DPP FPI: Hb. Muhsin Ahmad Al-Attas
    • Ketua Majelis Tanfidzi DPP FPI: Habib Rizieq (2003-2008)
  2. Dewan Pimpinan Daerah, sebagai pengurus organisasi berskala provinsi
  3. Dewan Pimpinan Wilayah, sebagai pengurus organisasi berskala Kota/Kabupaten
  4. Dewan Pimpinan Cabang, sebagai pengurus organisasi berskala kecamatan.

Logofpi.jpg
Pembentukan 17 Ogos 1998
Kantor pusat Jakarta, Indonesia
Pemimpin Habib Rizieq
Ketua LPI Munarman
Jangan anggap NGO ini sebagai pertubuhan haram di Indonesia.