Saturday, October 05, 2013

Gandingan Ulama-Profesional Sejak Zaman Khilafah -Nik Aziz



MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu  pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.

“Islam sejak awal lagi satukan ulama  dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.
“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.
“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional.  Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.

Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail. Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.

Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad. Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan  Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.

Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang  muktamar November hadapan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS. (Hrkh)

PCA, Jahat Lawan Jahat, Islam Larang -Abdul Ghani Shamsuddin (Shura)


KL: Islam melarang umatnya melawan kejahatan dengan menggunakan kejahatan dan di dalam Islam, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) berpendapat,  Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan kerajaan dilihat mirip kepada kaedah tersebut iaitu "membalas kejahatan dengan  kejahatan".

Pengerusinya Abdul Ghani Shamsuddin berkata, penahanan tanpa bicara dalam PCA bukan sahaja jelmaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah membuka ruang kepada pemerintah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.

“Kita tidak boleh lawan kejahatan dengan kejahatan, keburukan dengan keburukan yang barangkali kita membuka pintu untuk orang lain membuat jahat, zalim kepada orang lain yang sudah pasti tidak menyelesaikan masalah.
“Buat jahat suatu kezaliman, tetapi memperuntukkan kemudahan bagi orang menyalahgunakan kuasa juga merupakan satu kezaliman yang besar,” katanya seperti dilapor Selangorku.

Menurut Abdul Ghani lagi, kegagalan membawa tertuduh ke muka pengadilan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penganiayaan terhadap tertuduh. Keadaan itu katanya bercanggah dengan perinsip keadilan Islam yang mensyaratkan tertuduh diadili sebelum dijatuhi hukuman.

“Orang ini tiada tempat untuk mendapatkan perlindungan dan ini menjadikan masyarakat kita bertambah zalim lagi,” katanya. (Hrkh)

PCA Lebih Zalim Dari ISA - Saari Sungib



SHAH ALAM: Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin adalah lebih zalim dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011.

Menurut bekas tahanan ISA, Saari Sungib, kuasa yang ada pada Lembaga Pencegahan Jenayah seperti diperuntukkan PCA, menyebabkan lembaga itu mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam akta ini sesuatu kes tidak dihadapkan di mahkamah tetapi dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah, apa yang berlaku di situ lembaga ini terdiri dari tiga orang, seorang bekas hakim dan dua lagi dilantik oleh menteri dan keputusan lembaga ini adalah muktamad.
“Orang yang dihadapkan tidak diwakili peguam, tidak boleh merujuk kes ke mahkamah, tidak ada semakan penghakiman, jadi macam ISA jugalah,” kata Saari yang juga Adun Hulu Klang.

Menurut Saari lagi, PCA juga terdedah kepada risiko disalahgunakan pihak eksekutif untuk kepentingan politik apabila dua dari tiga panelis dalam Lembaga Pencegahan Jenayah dilantik menteri.

“Apabila ISA diluluskan pada 1 Ogos 1960, ia mempunyai mukadimah cukup panjang dan kabur dan Tun Razak kata untuk tahan komunis tetapi bila diluluskan ISA digunakan untuk ahli politik juga.
“Akta sekarang dipinda ini pun mukadimah yang sama, kabur, terlalu luas bukan sahaja merangkumi pejenayah tetapi semua aktiviti terancang termasuk demontrasi aman, politik boleh ditafsirkan sebagai aktiviti jenayah terancang.
“Katakanlah PAS di sesuatu kawasan merancang dengan baik untuk menang pilihan raya, itu pun boleh dianggap sebagai menggugat keselamatan negara kerana dengan kemenangan PAS didakwa kononnya menimbulkan ketegangan kaum,” ujar Saari lagi.

Saari juga berpendapat PCA digubal bagi jalan pintas atas ketidakcekapan kerajaan menguruskan isu jenayah dengan teratur, sedangkan suruhanjaya khas diwujudkan untuk menaiktaraf dan memperbaiki perkhidmatan polis. (S'ngorku)

Khalwat: Cekup, Jangan Tak Cekup. Polis Pun Kena.

Polis dicekup bersama kekasih di hotel  
Pasangan yang ditahan penguat kuasa Jaij setelah didapati berdua-duaan di dalam bilik yang berkurung.

BATU PAHAT: Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin. Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam. Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.
“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.
“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah,” katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.
“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalah berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.
"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. (SH)
Diserbu ketika memadu asmara
Anggota Imigresen (tengah) menahan seorang warga tempatan dan seorang wanita yang dipercayai memberikan khidmat seks di sebuah hotel murah.
TELUK INTAN - Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota  Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi,  malam kelmarin.

Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut. Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.

"Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di  hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka  dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.
“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.

Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.

“Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.
“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini  ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya. (SH)

PAS Teruskan Agenda Fadzil Noor -Dr Syed Azman




KL: Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad menegaskan Pas akan meneruskan agenda perjuangan yang telah digagaskan oleh mantan Presiden Pas, Allahyarham Fadhil Noor.

Jelas Syed Azman, gagasan yang dibawa oleh Fadzil Noor tersebut terbukti praktikal dan signifikan untuk diteruskan oleh Pas walaupun negara telah mengalami iklim politik yang berbeza pada masa sekarang.

“Pas akan teruskan agenda Almarhum (Fadzil Noor) untuk terus memacu kecemerlangan parti.
“Almarhum banyak berjasa pada Pas, beliau telah lakukan perubahan besar dalam arena politik tanah air,” katanya ketika sesi dialog Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia semalam.

Dalam masa yang sama Syed Azman menambah, pada masa kini perubahan dalam politik sangat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan negara bebas daripada segala ketirisan dan kebocoran sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara Selasa lalu.

“Perubahan politik perlu dilakukan.
“Bebaskan negara daripada segala penyelewengan dan rasuah,” katanya.

Turut hadir dalam dialog itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ,Datuk Husam Musa; dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Dialog ini anjuran  Free Public Forum Malaysia (FPFM) dan berlangsung di  KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). Hampir 100 orang menghadiri sesi dialog tersebut. (TKO)

Kali Ini, Muktamar Penyingkiran Mohd Sabu? -Alhusseyn

Haji Mohd Sabu 
Diangkat dari http://alhusseyn51.blogspot.com
Rupa-rupanya PAS Menyesal Memilih Mat Sabu ...

MUKTAMAR PAS bulan November ini pasti akan menarik kerana bakal menyaksikan penyingkiran Haji Mohd Sabu dari jawatannya sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

Multaqa Dewan Ulama PAS baru-baru ini seolah-olah mahu memberitahu seluruh ahli-ahli PAS bahawa pemilihan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden pada Muktamar lalu yang menewaskan penyandangnya dari kalangan Ulamak iaitu Nasharudin Mat Isa adalah satu kesilapan besar yang perlu ditebus kembali dan diperbetulkan semula pada muktamar yang akan datang ini. 

 “Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama.”

Begitulah antara ayat kempen Dewan Ulamak PAS yang mahukan Timbalan Presiden diisi dari kalangan ulamak;(sebagaimana sebelumnya?)

"Kita mencadangkan sahaja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami," katanya di sini

 Saya tidak bertujuan untuk mengulas lanjut kenyataannya itu. Cuma sebagaimana yang saya katakan tadi, saya melihat lebih tertarik kepada penyingkiran Mohd Sabu itu nanti.

 Siapakah 'fuqahak' yang bakal mewakili Ulama dalam usaha penyingkiran tersebut? Ada dua tokoh yang disebut-sebut bakal digunakan iaitu Nik Amar atau Tuan Ibrahim?

 Kedua-dua tokoh tersebut memang hebat dan mempunyai pengaruh yang kuat. Kedua-duanya pula amat ‘faqeh’.

 Berbanding dengan Mohd Sabu yang pernah dituduh sebagai seorang kominis ketika cuba membela pejuang tulin kemerdekaan negara, Mat Indera dan dituduh sebagai Syiah tanpa bukti yang jelas, siapalah Mohd Sabu kalau nak dibandingkan dengan mereka berdua ini? 

Walaupun begitu, Mohd Sabu dilihat boleh merentasi hubungan antara kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau merupakan aktivis parti yang cukup berpengalaman dan rajin keluar masuk penjara!

 Berbalik kepada dua tokoh ulama tadi, saya lebih melihat peluang Tuan Ibrahim adalah lebih menonjol. Mohd Sabu boleh ‘jalan’ kalau berdepan satu lawan satu dengan Tuan Ibrahim!Nik Amar lebih bersifat 'underdog' sahaja jika mencabar Mohd Sabu.

Tuan Ibrahim dilihat boleh diterima oleh mana-mana pihak didalam PAS.Inilah kelebihan yang ada kepadanya.Malah beliau lebih layak menjadi Presiden PAS menggantikan Haji Hadi.

 Haji Hadi sepatutnya bersara dengan hormatnya selaku presiden kerana telah dilihat acap kali melakukan perkara yang kontraversi kebelakangan ini.

Isu Kota Damansara adalah salah satu daripadanya. Menuduh orang secara melulu kononnya menjual filkuda dan kominis adalah tuduhan berat.Sebagai manusia yang faqeh, Haji Hadi tahu risiko dan hukumnya tetapi kenapa sehingga kini belum ada kenyataan 'maaf' daripadanya.

Ramai yang masih menunggukan tindakannya itu sebagai tanda rendah diri bahawa Ulama bukan maksom; bahawa ulamak pun tidak terlepas dari membuat kesilapan tetapi segera beristighfar setelah menyedarinya. Kesalahan dengan Allah, minta ampun dengan Allah.Kesalahan dengan manusia, kenalah minta ampun dari manusia...Beliau harus melakukannya secara terbuka kerana tuduhan yang dibuatnya itu tersebar luas di media elektronik.

Khabarnya di sini ada orang-orang penting PAS sendiri tidak percaya kepada Presiden PAS. Tetapi yang menghairankan, kenapa Ulamak hanya nampak Mohamad Sabu perlu disingkirkan walaupun ulamak menganggap beliau “Seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh” , tetapi tidak Haji Hadi, walaupun faqeh, tetapi dot, dot, dot? 
Lihat sebelum ini.. 

 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011  
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

PAS Iktiraf Mazhab Syiah Tetapi... -S/Usaha Ulama PAS.


Dr Mohd Khairudin Aman Razali 
 Oleh ZULKIFLI SULONG

SECARA makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat.
Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain. Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya.

Khairudin yang mempunyai PhD dalam pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pensyarah di UKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menceburkan diri dalam politik. Khairuddin berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang terus memusuhi Syiah seolah-olah semua mereka terkeluar daripada Islam.

Di Malaysia, katanya, beberapa kumpulan Muslim yang mengamalkan mazhab Syiah diburu dan perhimpunan mereka diganggu.

"PAS memegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Berdasarkan perlembagaan itu maka Syiah tidak diterima oleh PAS, maknanya tidak boleh ahli PAS berpegang kepada mazhab Syiah sebagaimana kerajaan Malaysia juga tidak membenarkan rakyatnya menganut mazhab Syiah.
“Namun PAS tidak membenarkan pihak luar melaga-lagakan antara Ahli Sunnah dengan Syiah,” katanya.
Beliau memberikan contoh apa yang berlaku di Syria apabila musuh Islam khasnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel berjaya memecahkan Sunnah dengan Syiah.

Katanya, pertembungan di Syria adalah pertembungan antara orang yang zalim dan dizalimi iaitu antara kerajaan Bashar Al-Assad dengan rakyatnya. Syria dikuasai oleh kerajaan Bashar yang kebetulan penganut Syiah Alawiyah yang tidak diiktiraf oleh kumpulan Syiah sendiri. AS dan Israel, katanya, mengambil kesempatan daripada pertembungan ini untuk menyemarakkan api pertelingkahan sehingga menimbulkan konflik antara Sunnah dan Syiah di Syria.

“Dalam masa yang sama tidak dinafikan sebahagian pertembungan dipengaruhi elemen mazhab Syiah dan Sunni.
“Tindakan Hezbollah dan Iran yang membantu Bashar ditentang bukan kerana mereka Syiah tetapi kerana mereka membantu Bashar yang jahat,” katanya. – 5 Oktober, 2013. (THI)

Lihat sebelum ini..   
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011  

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Dr Mujahid Pemimpin Redakan Kristian Belum Dicalon Naib/T.Presiden PAS

Datuk Mujahid Yusof Rawa 
JIKA sekali pandang, seseorang mungkin tersilap membuat penilaian dan melihat pemimpin PAS ini sebagai seorang yang bengis, apatah lagi dengan gaya rambut pendeknya, bermisai serta janggut. Namun, pandangan tersebut berubah selepas The Malaysian Insider bertemu sendiri dengan Datuk Mujahid Yusof Rawa (gambar) di Parlimen baru-baru ini, terutama  apabila beliau berpakaian kemas segak dengan tali leher berjalur merah. Malah, beliau juga sebenarnya seorang yang tenang.

Ahli politik berusia 49 tahun itu mencuri tumpuan apabila beberapa kumpulan Muslim membantah usahanya menjalinkan hubungan dengan penganut Kristian menerusi penganjuran majlis dialog di gereja. Malah, laporan polis juga dibuat ke atas Mujahid, anak kepada bekas Presiden PAS, Yusof Rawa sebelum dialog bermula di gereja St Mark, Pulau Pinang bulan lalu.

"Jadi, bantahan tersebut menyebelahi saya," katanya sambil tertawa.
"Kami terima banyak publisiti dan orang ramai mula terbuka dengan idea itu,” katanya.

Mujahid juga mengakui dengan reputasi sebuah parti Islam serta dilihat ekstrem pada pandangan sesetengah orang, langkah itu berjaya mengubah orang ramai terhadap persepsi sedemikian.

"Ya, benar. Mereka terkejut seseorang pemimpin PAS melakukannya dan mengambil pendekatan ini. Mereka juga terkejut apabila saya berkata kepada mereka saya bukan berseorangan dalam perkara ini, malah parti saya juga menyokongnya," katanya.

Katanya, idea untuk "memperbaiki hubungan yang retak" hadir selepas beberapa gereja seluruh negara diserang dan menjadi mangsa vandalisme sekitar awal 2010. Menyedari penganut Kristian hidup dalam kebimbangan dan menjadi mangsa, beliau mendekati beberapa pemimpin parti dengan  cadangan tersebut.

"Masyarakat bukan Islam takut dengan Islam. Gambaran yang mereka lihat ialah Islam sebuah agama yang tidak bertoleransi, tidak menghormati hak orang lain dan sebagainya.
"Tetapi saya ingin memberitahu mereka ia sangat berbeza dengan ajaran Islam sebenar. Isu kalimah Allah juga mendorong saya untuk  mengambil pendekatan ini," katanya.

Pemimpin PAS, termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga memberi lampu hijau kepadanya untuk  mendekati pihak gereja.

Katanya, beliau sekurang-kurangnya telah bercakap dalam dialog di gereja seluruh negara hampir 30 minit.

"Bapa saya, arwah Yusof Rawa, adalah pendorong utama dalam hidup saya dan saya percaya beliau juga akan melakukan perkara sama.
"Beliau berperanan besar dalam hubungan antara agama dan amat disukai oleh rakan-rakan bukan Islamnya sejak saya masih kecil lagi di Pulau Pinang,” katanya.

Sebagai anak paling bongsu daripada 11 adik-beradik, Mujahid sangat rapat dengan ibunya dan antara salah seorang anak yang mengikut bapanya ke Iran, Turki dan Afghanistan semasa bapanya menjadi Duta Malaysia di sana.

"Saya mendapat pendidikan awal daripada sekolah antarabangsa semasa di negara ini. Kakak ketiga saya juga ikut sama untuk membantu ibu  dalam majlis-majlis rasmi,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak pernah dihantar ke sekolah agama sebaliknya bergantung kepada ibu bapanya yang mengajarnya tentang  Islam.
"Malah semasa menjadi duta, bapa akan pulang ke rumah pada waktu petang, duduk bersama dan mengajar saya membaca al-Quran," katanya mengimbau saat ketika bersama bapanya.

Mujahid pulang ke Malaysia ketika berusia 14 tahun dan menyambung pengajian menengahnya di Penang Free School sehingga ke tingkatan enam.
"Saya mempunyai impian untuk menjadi peguam, tapi saya tidak mendapat keputusan baik dalam peperiksaan STPM,” katanya.

Kehidupannya berubah selepas rakan bapanya, yang sudah menjadi presiden PAS ketika itu melawatnya dari Kelantan.
"Ustaz Yahaya Osman bertanya kepada bapa siapa yang akan menggantikannya. Beliau bertanya kepada bapa sama ada saya  berminat untuk belajar bahasa Arab dengannya.
"Saya tidak tahu langsung tentang bahasa tersebut tapi saya berpendapat saya perlu mengikutnya dan bercuti di Kelantan dan pada  waktu sama mempelajari bahasa Arab. Bapa saya sangat gembira tapi beliau tidak tahu saya mempunyai niat lain," katanya sambil tersenyum.

Namun, semasa di Kelantan, Mujahid terkejut melihat dirinya semakin fasih belajar bahasa Arab sepanjang di bawah didikan Ustaz Yahaya. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Universiti Amerika Kaherah di Mesir untuk mendalami bahasa Arab dan enam bulan kemudian, beliau menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam pengajian Islam.

"Bapa saya mahu lihat saya pergi ke Al-Azhar dan beliau bangga selepas saya mula menulis surat kepadanya dalam bahasa Arab,” katanya.

Kisah Cinta Dr Mujahid

Pada tahun terakhir, seorang rakannya di Malaysia memperkenalkan Mujahid kepada isterinya, Zuraida Husin yang juga seorang  pelajar di Al-Azhar.
"Saya tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin pada masa itu kerana tidak mempunyai masa untuk bersuka-ria ketika itu," katanya berjenaka.

Rakannya itu bagaimanapun memaksa Mujahid, yang ketika itu berusia 26 tahun, bertemu dengan wanita berkenaan.
"Rakan saya itu mengatur pertemuan saya dengannya di sebuah kedai dan saya berpura-pura membeli air Coca-Cola sambil melihatnya. Saya tidak mahu dia tahu saya sedang memerhatikannya."

Selepas berpuas hati, Mujahid memberitahu rakannya dia terpikat dan menghantar kepada Zuraida sekeping gambar yang paling baik untuk dilihat bakal isterinya itu.
"Halangan selepas itu adalah meyakinkan bapa saya. Saya menjangkakan jawapan yang negatif kerana dia sentiasa berkata 'belajar dahulu'.

"Tetapi dia ingin tahu dan memberitahu akan memeriksa latar belakang keluarga bakal isteri di Terengganu terlebih dahulu. Bapa menghantar orangnya dan mereka memberikan laporan yang baik dan kemudian kami pun berkahwin," katanya malu-malu.

Pasangan itu kemudian kembali ke Mesir dan mempunyai cahaya mata pertama mereka di sana. Disusuli kemudian dengan dua lagi anak perempuan dan kini Zuraida adalah guru agama di sebuah sekolah di Nibong  Tebal, Pulau Pinang.

Anaknya yang berusia 23 tahun kini sedang belajar dalam jurusan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa, manakala anak perempuan pertama beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa dan anak bongsunya bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Mujahid juga seorang guru agama sebaik kembali dari Mesir pada 1991. Sehingga 1999, Mujahid mengajar dan kemudian menjadi pensyarah sehingga beliau memutuskan untuk mengikut jejak langkah  bapanya.
Beliau kemudian menjadi Pengerusi PAS Bayan Baru di Pulau Pinang dan kini Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri dan Pengerusi Biro Perpaduan Kebangsaan parti itu.

"Saya berpendapat isu agama memberi banyak kesan kepada perpaduan nasional.
"Saya tidak fikir kerajaan berada di landasan yang betul dengan mengheret rakyat ke dalam jurang kebencian, sikap tidak bertoleransi dan berprasangka,” katanya.

Katanya, penganut Kristian menerima mesej yang disampaikannya dengan baik dan perkara itu juga mengubah  pandangan mereka terhadap PAS sebagai sebuah 'parti Islam pelampau'.
"Di tengah-tengah ketegangan, orang Kristian dapat merasakan bahawa terdapat beberapa harapan untuk mereka menerusi dialog yang diadakan," katanya. - 5 Oktober, 2013.(THI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Melahat latar belakang dan pemikiran beliau, sewajarnya beliau dipilih naik ke jawatan tinggi dalam PAS. Setakat ini, tidak terdengar lagi nama beliau dicadangkan bertanding sebagai calon Naib atau Timbalan Presiden PAS..

Lihat sebelum ini..   

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid' E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011 
 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011 E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

M'sia Hadir R/Cantik Muslimah Dunia, Apa Kata Ulama?


PADA usia 21 tahun, Nurul Husna Zainal Abidin dari Kuala Kangsar menjadi wakil pertama dari Malaysia ke 'World Muslimah Competition 2013' (Pertandingan Muslimah Dunia 2013) di Jakarta.

 Sebelum ini, pertandingan ini hanya terbuka kepada rakyat Indonesia tetapi tahun ini turut melibatkan peserta dari seluruh dunia, menarik perhatian peserta muda dari Malaysia, Brunei, Bangladesh, Iran dan Nigeria.

Dengan 'tema keislaman', antara yang pertama seumpamanya, pertandingan ini memberikan perspektif yang berbeza dengan pertandingan ratu konvensional. Untuk satu perkara, kecantikan fizikal bukanlah menjadi kriteria pemilihan.

"Ia bukan pertandingan ratu cantik kerana tumpuan diberikan terhadap kecantikan dalaman, bukan tarikan fizikal," kata Husna.

"Penekanan diberikan terhadap pembentukan peranan wanita Islam dan sebagai 'role model' di seluruh dunia. Dalam aktiviti selama sepuluh hari ini, kami bangun awal pagi untuk solat sunat Tahajud berjemaah, diikuti dengan bacaan dan hafazan al-Quran serta mendengar ceramah agama."

Katanya, ceramah dan perbincangan menekankan istimewanya kedudukan wanita dalam Islam.

"Apabila saya menyertainya, saya mendapat ilmu bukan sahaja mengenai Islam tetapi juga tentang bagaimana kehidupan wanita Islam lain di dunia. Saya menganggap peluang ini sebagai hadiah yang bernilai," kata Husna yang pertama kali mendengar tentang pertandingan ini daripada seorang rakan di Indonesia melalui Twitter.
Walaupun para peserta telah diberi pendidikan agama secara intensif, adakalanya mereka juga diperuntukkan masa untuk belajar tentang fesyen dan kecantikan.
"Kami telah diajar untuk menjadi bijak, solehah dan bergaya. Bergaya dalam konteks ini bermaksud mempersembahkan diri anda dengan cara yang baik dengan pakaian yang sesuai," katanya.

Dalam acara itu, Husna muncul sebagai salah seorang daripada 10 finalis teratas dan memenangi hadiah 'World Muslim Woman Netizen 2013', salah satu daripada enam anugerah yang diberikan semasa majlis di peringkat final.

Bagi anugerah tersebut, peserta dinilai berdasarkan populariti peserta di laman internet seperti Twitter, Facebook dan melalui 'hastag' mereka.

"Acara ini adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa sebelum ini," kata Husna yang menambah beliau banyak belajar mengenai kehidupan di Indonesia.

Di Indonesia, diskriminasi terhadap wanita bertudung adalah biasa berbanding di Malaysia, kata Husna.
Pengasas pertandingan, Eka Shanti, kehilangan kerja sebagai penyampai berita kerana keengganan beliau untuk menanggalkan tudung.

"Kami mahu mencuba menyebarkan berita dan perubahan. Kami ingin menunjukkan bahawa memakai tudung juga boleh berkuasa," kata Husna.
"Kita sering mendengar kes-kes di mana wanita ditindas dan didera. Malah di Malaysia, kenyataan 'seksi' sudah menjadi perkara biasa. Program ini diharap dapat menyebarkan mesej bahawa wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam," kata Husna.

Walaupun niat penganjur adalah murni, penglibatan Husna tetap mendapat kritikan. Husna berkata walaupun menerima banyak komen positif dan menggalakkan daripada peminat melalui media sosial, terdapat juga mereka yang tidak bersetuju dengan pertandingan ini.

Walaupun sesetengah memuji idea menggalakkan pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat, ada juga yang mengatakan bahawa 'mempamerkan wanita' bukanlah sesuatu yang perlu digalakkan dalam agama.
Pengkritik memberi contoh bersolek dan berhias dalam pertandingan itu tidak berjalan seiring dengan idea Islam yang merendah diri dan bersederhana walaupun unsur-unsur Islam seperti bacaan Al-Quran dan doa turut dimasukkan.

Apabila ditanya bagaimana acara itu diharap dapat menilai sejauh mana ketakwaan seorang peserta, yang mana ia tidak dapat diukur, juri dari Malaysia, Jameyah Sheriff , berkata proses adjudikasi melihat bagaimana seorang wanita Muslim membawa dirinya secara ideal.

"Hakim memerhatikan sikap, personaliti, tingkah laku dan kefahaman Islam," katanya mengenai peserta yang ditanya soalan mengenai asas-asas Islam, kewangan dan IT di peringkat akhir. Jameyah, seorang aktivis sosial untuk wanita dan kanak-kanak berkata, pertandingan akan mengajar anak-anak gadis Islam untuk menyumbang dan melibatkan diri dalam projek-projek komuniti.

"Kami mahu semua mereka membantu dalam komuniti masing-masing," katanya, sambil menambah Husna merancang untuk melibatkan diri dalam program-program kebajikan kanak-kanak yang turut dianjurkan Jameyah.
"Matlamat kami adalah untuk membina Muslimah dihormati dan pintar yang boleh menjadi pemimpin."
"Pada mulanya, saya tidak percaya tetapi apabila saya pergi ke sana, saya menyedari bahawa ia bukan tentang kecantikan fizikal. Sebaliknya, kepentingan diletakkan pada sesi soal dan jawab, personaliti peserta dan kesedaran awam.
"Apa yang paling penting adalah kebimbangan mereka dalam kemanusiaan, keamanan dan berdedikasi dengan peranan sebagai role model," katanya sambil memberitahu pertandingan dijalankan dengan nasihat Majlis Ulama Indonesia.

Pemenang keseluruhan acara itu, Obabiyi Aishah Ajibola dari Nigeria, telah dipilih secara undian oleh 100 tetamu anak yatim dan menerima hadiah wang tunai sebanyak 25 juta rupiah (RM7,000) dan trip ke Mekah dan India. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak pemegang amanah agama Islam di Malaysia perlu menyiasat bagaimana hukum dan sikap sepatutnya umat Islam di Malaysia terhadap 'World Muslimah Competition 2013' (Pertandingan Muslimah Dunia 2013) yang diadakan di Jakarta, baru-baru ini.

Sebelum ini..  

Luna Berpeluk Lelaki Bukan Muhrim? Takpe Kerana...


HALAMAN HIBURAN 
Dari http://sedakasejahtera.blogspot.com
Masya Allah!! 18sx: (Gambar) Selebriti Bertudung Nie Sanggup Berpeluk Dengan Lelaki Barat, Awat La Sampai Lagu Nie.. Jom Terjah!!
Nampak gayanya, kehebatan Yuna mengorak langkah sebagai artis antarabangsa semakin berjaya. Beliau mendapat perhatian penyanyi lain, malah menerima undangan untuk majlis-majlis yang berprestij. Namun begitu, kehidupan sosialnya mula menjadi perhatian peminat -peminat tanahair. 
Terbaru, sekeping fotonya sedang dipeluk mendapat kritikan hebat dari peminat. Walaupun ianya masih berlapik, namun ia agak kurang manis apatah lagi dengan penampilannya yang bertudung...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalaupun betul Luna berpeluk dengan lelaki yang bukan muhrim, takpe kerana tidak salah kalau dilihat dari sudut perundangan Nasionalisme, atau syariah perundangan asobiah kebangsaan UMNO. 
Lihat tokoh-tokoh kebangsaan asobiah ini.. takde apa-apa pun. Tak nampak pun macam takut kepada api negara!
Maaf, kita hanya da'i..

Friday, October 04, 2013

Mengapa Mesyuarat PAS Batu Kecoh?

Mesyuarat PAS Batu kecoh, diadakan semula 6 Okt

Mesyuarat agung serta pemilihan PAS Kawasan Batu pada 29 September lalu menjadi kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan cawangan Taman Datuk Senu mengundi.

Sumber-sumber yang turut hadir memberitahu Malaysiakini bahawa keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dengan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu.

Menurutnya, ada juga suara-suara yang "memujuk" supaya pemilihan itu diteruskan.

Sumber-sumber itu mendakwa perwakilan daripada cawangan Taman Datuk Senu digantung sehari sebelum tarikh pemilihan tersebut kerana didakwa cawangan tersebut telah menghantar dua kumpulan perwakilan ke mesyuarat tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (gambar) mengesahkan perkara itu berlaku, tetapi menegaskan bahawa ia telah diselesaikan selepas dirujuk kepada badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan ibu pejabat parti.

"Masalah ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Berikutan itu, katanya, kawasan Batu telah diarahkan mengadakan semula mesyuarat agung dan pemilihan pada 6 Oktober ini.

Berhubung perwakilan cawangan Taman Datuk Senu, Ishak berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menentukan senarai perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat agung tersebut.

"Tapi kalau kita ambil senarai perwakilan lama, nanti kata kita pilih kasih. Memandangkan masa sudah suntuk, Dewan Harian kawasan memutuskan tidak membenarkan kedua-dua perwakilan hadir

"Kita tubuh jawatankuasa untuk selesaikan masalah ini. Kedua-dua tidak dibenarkan hadir pada Ahad ini (untuk menyambung semula mesyuarat yang tertangguh)," kata Ishak lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: '..membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan cawangan Taman Datuk Senu mengundi'...  Adakah ada kaitan  dengan pemilihan, Timbalan Presiden PAS, dan lain-lain jawatan penting untuk memonopoli atau menguasai perubahan dalaman parti?

Perubahan ke arah tektik dan strstegi baru pegerakan parti atau kembali kepada cara lama sebelum tahalluf siasi?  Ini membuat muktamar kali ini dianggap paling penting menentukan masa depan parti.
(MK)

Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011 E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011  
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Selamat Berhaji, Nik Aziz Suruh Lontarkan Syaitan Di Mekah & M'sia.

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan jemaah haji supaya melakukan ibadat berganda sebagaimana berada di Makkah walaupun selepas pulang nanti.
Katanya, dengan amalan sedemikian harta yang dibelanjakan untuk menunaikan ibadat haji akan lebih bermakna serta tidak sia-sia.

“Apa yang berlaku kebanyakannya di Makkah ketika menunaikan ibadat haji banyak amalan dilakukan sama ada wajib atau sunat,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya sebaik sahaja pulang ke tanah air beberapa hari kemudian, kegiatan lama seperti tinggal solat, tidak bayar hutang dan lain-lain diamalkan semula. Beliau berkata demikian ketika merakamkan ucapan selamat jalan kepada jemaah haji di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru, di Kota Darulnaim. Menurutnya, sekiranya di Makkah jemaah haji melontar untuk menghalau syaitan, apabila pulang nanti mereka juga perlu berbuat demikian.

“Kerana hidup kita tidak akan dapat lari dari Allah dan akhirat nanti kita perlu mempersiapkan diri kita ke arah itu, kerana ke mana arah tuju kehidupan kita selepas itu kita tidak tahu sama ada, syurga atau neraka.
“Lagipun apabila seseorang itu pergi untuk menunaikan ibadat hajat, belum pasti mereka akan  pulang atau tidak ke tanah air sendiri,” ujarnya.

Bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berulang, beliau turut mengingatkan umat Islam yang ingin mengerjakan haji supaya mempelajari agama lebih mendalam. “Pada masa yang sama amalkan sebelum kita bersiap sedia untuk mengerjakan ibadat haji agar kita tidak mengulangi kesilapan atau dosa yang kita sering lakukan setiap hari,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau juga mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada umat Islam di seluruh negara. “Semoga mendapat keberkatan serta haji yang sempurna,” ujarnya lagi.(IH/Hrkh)

Forum Husam, Salahudin, Dr Dzul & Dr S/Azman: Bimbangkan DPP..

Datuk Husam Musa.
FORUM Survival PAS dalam arena politik Malaysia malam tadi bertukar menjadi medan untuk menilai prestasi Dewan Pemuda PAS dan hala tuju mereka dalam menyediakan barisan pemimpin pelapis untuk PAS.

Ia bermula apabila bekas ketuanya, Salahudin Ayub berkata, PAS mempunyai kilang untuk melahirkan kepimpinannya untuk masa depan iaitu Dewan Pemuda PAS. Ia berlaku sebagaimana beliau yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan kini menjadi Naib Presiden PAS yang paling kanan.

Selain beliau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, seorang lagi naib presiden Datuk Mahfuz Omar, timbalan presiden Mohamad Sabu, semuanya bekas pemimpin kanan Pemuda PAS. Kenyataan Salahudin umpama “opening Pandora's box” (membuka laluan) majlis forum itu untuk memberikan fokus kepada Pemuda PAS. Semua pihak dan persoalan yang datang menuju ke arah Pemuda PAS.

Masing-masing ingin tahu, apakah barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS sekarang bakal menjadi kepimpinan PAS di masa depan? Ini kerana persepsi yang ada kepada Pemuda PAS sekarang adalah sekumpulan manusia yang berfikiran sama dan seragam sahaja.

Inilah persoalan yang datang bertalu-talu kepada penal forum malam tadi. Datuk Husam Musa, Salahudin, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi adalah panel forum yang penuh sesak dengan pelbagai orang itu.

Penontonnya adalah "Malaysian" kerana di sana ada Melayu, Cina dan India, sesuai dengan tempat berlangsungnya forum itu, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kawan-kawan saya sentiasa bertanya, di manakah wakil anak muda PAS dalam perbincangan tentang ekonomi negara, manifesto dan seumpamanya.
"Kalau DAP ada Liew Chin Tong, PKR ada Rafizi Ramli, di mana pemuda PAS..barisan baru pimpinan PAS?" tanya Sheikh Omar, moderator forum yang memanaskan suasana apabila berbincang tentang masa depan PAS.

Untuk rekod, Ketua Pemuda PAS sekarang adalah Nasruddin Hassan anggota Parlimen Temerloh, timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz anggota Parlimen Pasir Mas manakala naibnya Raja Iskandar Al Hiss, aktivis pemuda dari Perak.

Soalan datang kepada panel forum ini dari mereka yang bukan ahli dan penyokong PAS tetapi sangat mengambil berat tentang masa depan Malaysia dan nasib mereka sendiri. Jika ini barisan pemimpin PAS di masa depan, bagaimana dengan nasib mereka yang tidak seirama dengan kepimpinan Pemuda PAS yang ada.

Husam dengan pantas menjawab, kepimpinan masa depan PAS tidak semestinya datang dari Pemuda PAS Pusat. Boleh jadi juga datang dari Pemuda PAS negeri-negeri.

"Saya sendiri sebelum ini tidak terlibat dengan Pemuda PAS Pusat. Saya hanya Ketua Pemuda PAS Kelantan. Jadi jangan bimbang sangat," kata Husam.

Salahuddin pula lebih membela barisan kempimpinan Pemuda PAS Pusat yang ada. Beri mereka peluang untuk membuktikan kemampuan, kata Salahudin yang sebenarnya tidak menghilangkan kegusaran mereka.
Bagi Dzulkefly ketika bercakap dengan The Malaysian Insider selepas forum itu, perkara ini perlu dibincangkan dengan serius oleh Pemuda PAS sendiri.

Ini kerana, pandangan dan keprihatinan ini amat mustahak untuk dikaji tentang rasional atau tidaknya dakwaan dan persepsi ini.

"Bagi saya, langkah yang boleh dibuat oleh Pemuda PAS adalah dengan memasukkan tokoh-tokoh yang membolehkan orang ramai melihat ada kepelbagaian dalam Pemuda.
"Jika ini boleh dilakukan, saya yakin persepsi ini akan berubah. Ini kerana kita mahu mentadbir Malaysia yang terdiri dari kepelbagaimana kaum, pendapat, pemikiran dan latar belakang sosio budaya," katanya.

Cadangan Dzulkefly ini jika sedia dipertimbangkan boleh dilaksanakan oleh Pemuda PAS seluruh negara dalam muktamarnya 21 November ini di Shah Alam, Selangor.‎ – 3 Oktober, 2013.(The Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Forum Survival PAS dalam arena politik Malaysia malam tadi bertukar menjadi medan untuk menilai prestasi Dewan Pemuda PAS dan hala tuju mereka dalam menyediakan barisan pemimpin pelapis untuk PAS.

Ertinya seolah-olah rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum mula mempertikai kemampuan PAS mentadbir Malaysia masa depan, apabila persepsi yang ada kepada Pemuda PAS sekarang adalah sekumpulan manusia berfikiran sama dan seragam sahaja. Pemikiran yang mungkin dianggap tidak berkembang.

Maka hal ini perlu dipertimbangkan masak-masak oleh perwakialan dalam muktamar PAS 21 November ini di Shah Alam, supaya masalah ini tiak menjadi kabus yang menggerhanakan sokongan terhadap kebangkitan Pakatan Rakyat.menawan Malaysia. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011 E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

6 Pemain Bola Tergila Di Dunia. Penyelesaian?


Kiper Rene Higuita (altervista.org)

SUKAN
DIBERITAKAN ramai pemain atau pesepakbola yang menciptakan kontroversi, baik di dalam dan luar padang. Berikut ini enam pesepakbola paling "gila" seperti dikutip dari Bleacher Report:

1. Maradona

Maradona

Legenda Argentina itu mencipta banyak kontroversi, baik di dalam dan luar lapangan. Kontroversi yang pernah dilakukan Maradona bukan hanya gol "Tangan Tuhan" pada Piala Dunia 1986 melawan Inggeris. Maradona merupakan pecandu kokain sejak pertengahan 1980an hingga 2004. Mantan pemain Barcelona dan Napoli itu juga pernah mengalami keterpenagih alkohol.

Pada 1998, Maradona dijatuhi hukuman penjara kerana menembak seorang wartawan dengan senapang angin. Pada 2004, Maradona pernah terkena serangan jantung. Di dunia politik, Maradona bersahabat dengan mantan presiden Kuba, Fidel Castro, serta mantan presiden Venezuela, Hugo Chavez.

2. Joey Barton

Joey Barton

Jika ada pemain Inggeris yang paling "gila", mungkin Barton orangnya. Pemain Queen's Park Rangers itu pernah mencolok mata rakan teammnya di Manchester City dengan curut yang masih menyala pada Desember 2004. Setahun berikutnya, Barton mematahkan kaki pejalan kaki semasa memandu kereta.  

Pada September 2006, mantan pemain Newcastle United itu melondehkan seluarnya ke arah fans Everton di Goodison Park. Mac 2007, Barton pernah ditangkap kerana menganiaya pemandu teksi. Dua bulan kemudian, Barton memukul rakan teammnya di ManCity, Ousmane Dabo, hingga masuk hospital. Puncak kegilaan Barton adalah dipenjara selama 77 hari kerana melakukan penganiayaan di Liverpool City Centre.

3. Rene Higuita

Kiper Rene Higuita

Mantan gol kiper asal Kolombia itu dikenal dengan aksi akrobatik 'tendangan kalajengking' saat masih aktif bermain. Dijuluki sebagai El Loco alias Si Gila, Higuita sering kali menggiring bola hingga ke pertahanan lawan agar dapat mencatatkan namanya di papan skor.

Di luar lapangan hijau, Higuita bersahabat dengan pemimpin dadah Kolombia, Pablo Escobar. Pada 1993, Higuita pernah dipenjara kerana terlibat penculikan. Higuita kembali berurusan dengan polis pada Oktober 1998. Ketika itu, dia membuat onar di jalanan Medellin dengan menunggang motor sambil membawa senjata api.

4. Paolo Di Canio

Paolo Di Canio

Menolak pengadil hingga terjatuh ketika masih bermain, hingga berkelahi dengan pemainnya di Swindon Town ketika menjadi manager. Di Canio menyebut dirinya sebagai seorang fasis. Manajer Sunderland itu mengidolakan diktator asal Itali, Benito Mussolini. Di Canio juga pernah bergaduh dengan dua pelatih veteran Itali, Giovanni Trapattoni dan Fabio Capello.

5. Paul Gascoigne

Paul Gascoigne

Gascoigne pernah menjadi salah satu gelandang elegan team nasional Inggeris. Namun, pola hidupnya di luar padang menghancurkan karier mantan pemain Tottenham Hotspur, Lazio, Newcastle United dan Glasgow Rangers tersebut.

Ketika masih memperkuat Lazio, Gascoigne diwawancara tv Norweg menjelang pertandingan melawan Inggeris. Ketika diminta memberikan pesan untuk rakyat Norweg, Gascoigne menjawabnya dengan, "F**k off, Norweg."

Pasca-bersara, kehidupan Gascoigne lebih banyak diwarnai dengan alkohol serta dadah. Menariknya, Gascoigne selalu berhasil terhindar dari hukuman penjara.

6. Mario Balotelli

Mario Balotelli

Jika ada penghargaan pesepakbola paling kontroversial, Balotelli mungkin akan menjadi pemenang setiap tahunnya. Berkelahi dengan pelatih, adu jotos dengan rakan se kempulan, nyaris membakar rumahnya dengan menyalakan petasan, melempar pemain junior Manchester City dengan anak panah, hingga tidak dapat memasang rompi latihan. Itu adalah beberapa tindakan "gila" Super Mario.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Timbul persoalan. adakah sukan bolasepak mampu mendidik ahli sukan berakhlak mulia? Tetepi yang jelas, ramai juga ahli sukan berakhlak mulia, apa lagi bila mereka memilih menjadi seorang Muslim. Ramai contohnya. (IH/Once)

Thursday, October 03, 2013

Ini, Jutawan Digelar Golongan Pertengahan?

Kumpulan Miskin Malaysia
Berapa ramai golongan pertengahan di Malaysia seperti (DI SINI)?. Dengan kenyataan terbaru daripada seorang Timbalan Menteri ini yang definasi Golongan Pertengahan di Malaysia pada paras & kelayakan sebegini rupa, Berita Semasa pasti ramai yang akan terkejut dan….memohon untuk mengeluarkan nama mereka dalam senarai pembayar cukai di Malaysia.
Ini pandangan kalangan pemimpin atasan yang hanya memandang kalangan rakyat Malaysia yang memiliki :
  1. Rumah banglo. Jangankan banglo berapa ramai hari ini yang berjaya memiliki kediaman sendiri?
  2. Kereta Mercedes Benz. Masih boleh Berita Semasa terima. Tiadak kira model baru atau lama, terpakai ataupun terbaru, asalkan jenama Mercedes Benz masih lagi boleh diterima bukan?
  3. Terakhir sekali, memiliki harta RM2 juta @ RM3 juta? Selama ini menteri ini tinggal di negara mana? Adakah Malaysia? Musykil sungguh……Sehingga tidak sedar keperitan kos sara hidup dibandingkan dengan pendapatan rakyat Malaysia selama ini (SEPERTI INI)
Jutawan digelar golongan pertengahan?

Golongan Pertengahan Malaysia

Golongan Pertengahan : Mercedes Benz VS Proton

Jikalau yang memiliki kereta Mercedes Benz adalah golongan pertengahan, bagaimana pula rakyat Malaysia yang hanya memandu kereta kebanggaan Malaysia (Proton) ataupun Perodua ataupun hanya ada motosikal semata? Di mana mahu diletakkan mereka ini?
Bagaimana pula jikalau seorang rakyat Malaysia yang kami kenali untuk dijadikan contoh :
  • Merupakan Jusa B
  • Memiliki rumah banglo mewah
  • Memiliki Mercedes Benz
  • Menghantar anak belajar di kolej swasta
  • Setiap seorang diberikan kereta untuk bergerak
Adakah mereka ini golongan pertengahan? Bagaimana pula kelompok rakyat Malaysia lain yang mengalami nasib yang sebegini rupa setiap bulan?
  1. Golongan yang tidak mampu nak beli rumah
  2. Kereta pun tidak habis bayar lagi
  3. Duit pula kejap ada di awal, kemudian belum sempat akhir bulan telah pun habis akibat tekanan hidup di ibukota
Kategori mana agaknya mereka ini wahai menteri yang bijaksana? Adakah mereka ini berhak layak menerima BR1M, Projek Perumahan 1malaysia, rebat telefon pintar dan lain-lain kemudahan oleh pihak kerajaan dengan mudah tanpa banyak karenah biroksasi?
Semakin Malaysia hendak menuju ke arah Wawasan 2020 semakin banyak pula pak menteri yang ”bijak” dan ”cerdik” ini tanpa mereka memikirkan kesan dan natijahnya di kemudian hari. Semakin risau pula Berita Semasa melihat situasi negara hari ini.
Jikalau berterusan begini tidak mustahil Malaysia akan mengalami inflasi dengan kos segala jenis barang akan meningkat dengan tinggi. Apa pendapat dan komen anda pula? (BS)

Kepala Otak UMNO Sama Dengan Israel?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.

Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari. Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Rupanya kepala otak UMNO sama dengan Israel, saling ciplak menciplak?

Sokong Boikot SEA Games 2013 Di Myanmar 11 Dis Ini..


null
Aksi komunitI Budhis Myanmar

SUKAN
KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Heri Aryanto, SH., Direktur Pusat Informasi dan Advokasi Rohingya Arakan (PIARA) di Indonesia, yang menilai, kerusuhan yang berlaku baru-baru ini di Myanmar sebagai target kaum Budhis bukan hanya kaum Muslim di wilayah Rakhine tapi di seluruh wilyah Myanmar.

“Pembanatain kaum Budhis terhadap kaum Muslim bukan hanya dituju kepada etnis Rohingya, tapi sudah melebar menjadi pembantain terhadap seluruh kaum Muslim di seluruh etnis yang ada di Myanmar. Dan secara otomatis daerah konflik akan mencakup seluruh wilayah yang ada di Myanmar,” ujar Heri kepada hidayatullah.com, Indonesia Rabu (02/10/2013).

Menurutnya yang boleh dilakukan orang ramai ialah untuk menekan pemerintah Myanmar, adalah dengan memboikot SEA Games 2013 di Myanmar, yang akan dimulai pada 11 Desember mendatang. Menurut PIARA, kerusuhan yang telah berlangsung menahun ini akan menambah korban yang lebih banyak lagi jika tidak segera dihentikan.

Heri yang telah berkunjung ke Myanmar beberapa bulan lalu telah melihat langsung betapa dahsyat kerusakan dan penghancuran kampung-kampung Muslim dan pembantain terhadap kaum Muslim.
Untuk itu Ia berharap pemerintah segera turun tangan sebagai negara anggota asean menghentikan pembantaian Muslim di Myanmar.

Membakar rumah

Seperti diketahui, hari Isnin (30/09/2013) kaum Muslim Myanmar kembali mendapat serangan dari komunitas Budhis. Kaum Muslim berlindung di rumah mereka, saat polisi bersenjata membubarkan massa Buddhis yang membakar rumah-rumah dan mengepung masjid.

Pertarungan antara majoriti umat Buddha di negara itu dengan penduduk Muslim telah menewaskan sedikitnya 237 orang dan menyebabkan lebih dari 150,000 orang kehilangan rumah sejak Juni 2012.
Kekerasan sektarian ini, seperti dilaporkan The Express Tribun, dianggap dapat mengancam dan merusak reformasi politik dan ekonomi yang diluncurkan dua tahun lalu, sejak pemerintah semi-sipil menggantikan junta militer.

"Umat Islam di seluruh dunia sepatutnya seperti satu badan, satu bahagian sakit, maka bahagian yang lain pun turut rasa sakit juga, tak boleh tidur." Kata editor IH, Hj mohd Hasyim. "Jadi, kami sokong cadangan boikot SEA Games 2013 Di Myanmar 11 Dis Ini.. Bagaimana pandangan menteri sukan Malaysia ketua pemuda UMNO?

Sg Limau: Mengundi 4 Nov, Penamaan Calon 23 Okt. Siapa Calon PAS?


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November adalah hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau, Kedah sementara penamaan calon pada 23 Oktober.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini, sebentar tadi.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Siapa agak-agak, calon PAS/PR?

BN Kibarkan Seluar Dalam Putih, Apa Ertinya?

Satu Lagi Contoh Projek RM1.6J Tarbiah UMNO Terdedah!

RM1.6 juta untuk artis K-Pop?
Kedatangan artis K-Pop ke Himpunan Jutaan Belia sebelum ini mengundang kontroversi.

HALAMAN HIBURAN
SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara ternyata bercanggah dengan kenyataan Ketua Setiausaha KBS pada masa itu, Datuk Mohid Mohamed yang dilaporkan berkata, tiada wang rakyat digunakan untuk membayar artis berkenaan. Mohid berkata, persembahan pada Mei 2012 itu yang diuruskan oleh Stadium First Sdn Bhd, dibiayai dengan tajaan swasta.

Menurutnya, KBS menerima tajaan keseluruhan bernilai RM28 juta untuk himpunan itu. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, KBS terpaksa menanggung pembayaran konsert tersebut setelah penaja menarik diri.

“Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana ketika itu ada tawaran daripada mereka untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran.
“Untuk makluman, acara konsert K-Pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya,” katanya di laman Facebook, semalam.

Khairy berkata, beliau memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 melibatkan kementeriannya.

“Jika kita serius melakukan transformasi ke arah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.
“Saya juga tidak boleh menggunakan alasan laporan ini melibatkan perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya,” katanya.

Katanya, beliau telah meminta maklum balas daripada pegawai KBS berkaitan perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini bukti suatu lagi bentuk tarbiah UMNO kepada belia-belia negara ini, yang cuma memisah perlaksanaan Islam dari penganutnya. Program 'kerajaan umat Islam' membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Cepat-cepatlah mulai sekarang berkempen tolak kerajaan  maksiat BN ini, kalau kita sayangkan agama kita..

Mr. Bean Peluk Islam. Betulke?


Rowan Atkinson “Mr. Bean”

HALAMAN HIBURANRowan Atkinson "Mr. Bean". (inet)
Mr Bean atau Rowan Atkinson “Mr. Bean” dikhabarkan telah memeluk Islam. Khabar tersebut mulai beredar sejak Selasa (1/10/2013) kelmarin. Awalnya berita ini dillapor oleh beberapa situs timur tengah berbahasa Arab seperti sadabladi.com dan salah satu situs Israel israellycool.com.

Situs tersebut menerangkan bahwa “Mr. Bean” memeluk Islam setelah ‘menonton’ filem fitnah tentang nabi Muhammad SAW “Innocent of Muslim.” Lalu media tersebut juga mengabarkan bahawa “Mr. Bean” tidak bercakap banyak ketika ditanya media. Dia hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat bahawa dia telah bersyahadat. Khabar ini lalu dikutip oleh beberapa media lokal di Indonesia.

Hingga berita ini diturunkan, belum ada informasi resmi mengenai khabar di atas. Termasuk di antaranya pada halaman “Mr. Bean” di Facebook, hingga detik ini tidak mengabarkan tentang hal tersebut. Fans Page Facebook tersebut merupakan page yang membawa jenama “Mr. Bean” yang diperankan oleh Rowan Atkinson, dan kini telah di-like oleh lebih dari 47 juta pengguna Facebook.

Status terakhir yang diupdate pada Facebook tersebut hanya mengenai aktiviti filem kartun “Mr. Bean” yang diupdate pada hari Jumaat lalu (27/9/2013):



Mr.Bean
And the answer is...Mr Bean is going camping for the weekend!


Berdasarkan penelusuran redaksi, berita mengenai memeluk Islamnya Rowan Atkinson sempat beberapa kali masuk ke Wikipedia berbahasa Inggeris pada halaman “Rowan Atkinson”. Namun berkali-kali dihapus kembali dari Wikipedia kerana memang belum ada berita resmi dari Rowan Atkinson. Bagaimanapun, sehingga kini media-media di United Kingdom masih belum menyiarkan khabar itu, biarpun media Arab sudah heboh mengenainya.

Rowan Atkinson sendiri sudah beberapa kali menjadi korban berita hoax. Terakhir pemeran Mr. Bean ini dikhabarkan telah meninggal, dan ternyata itu hanya hoax. (IH/dakwatuna/hdn)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails