Saturday, October 26, 2013

Sg Limau: Kita 'under attack' -Aishah



JERAI: Artis hijrah, Wan Aishah Wan Ariffin mengingatkan  jentera parti agar tidak berasa selesa sebaliknya berusaha bermati-matian untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Sungai Limau.

Menurutnya, semua jentera jangan mengambil mudah pilihan raya kecil (PRK)  ini dengan bersandarkan keputusan PRU13 lalu. Kata beliau, jentera parti disemua peringkat perlu mengenal pasti pengundi PAS pada PRU13 lalu dan memujuk mereka agar terus memberikan sokongan kepada PAS disamping memujuk orang Umno untuk berubah.

"Kita jangan alpa, sekarang ini kita 'under attack', kena tingkatkan usaha lebih lagi," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup program mesra rakyat yang diadakan di Markas Induk Unit Peti Undi (UPU) Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini hari ini. Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu berkata, rakyat perlu dijelaskan berkaitan isu-isu semasa terutama tentang kenaikan kos kehidupan seharian seperti harga minyak dan sebagainya.

Kata beliau, masih ada lagi masyarakat yang masih mempercayai kata-kata manis serta alasan BN hingga menyebabkan mereka tidak berasa marah walaupun dihimpit dengan pelbagai kesusahan terutama sebaik sahaja PRU13 lalu.

"Sebelum PRU13, Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) janji tidak akan naikkan harga minyak, tetapi janji manismu Najib hanya tinggal janji.
"Rakyat Sungai Limau perlu menilai semua ini dan jangan beri mereka 'tiket' untuk terus bermaharaja lela dengan mengundi BN," jelasnya lagi.

Aishah turut mempersoalkan apakah yang sudah dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sepanjang 5 bulan ini. Beliau mengakui  tidak nampak apa yang dilakukan oleh Mukhriz sebaliknya menggugat dan mencipta masalah seperti isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hingga menyebabkan kakitangannya dizalimi.

Beliau turut menasihati pengundi agar memujuk dan mengajak anak-anak dan ahli keluarga yang boleh mengundi untuk pulang mengundi. Katanya, usaha ini  penting bagi memastikan kemenangan PAS dikekalkan dan kerja buat Almarhum Tan Sri Azizan Razak dapat diteruskan. (Hrkh)

Lihat lanjut..  
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Beginilah Pakaian Ratu Skuasy Negara Islam Malaysia (?).


SUKAN 

Nicol, Wee Wern mara ke suku akhir Terbuka China
 memulakan cabaran Terbuka China 2013 dengan langkah kanan apabila mengalahkan pemain tuan rumah Li Donglin untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain China itu dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-2. Pada peringkat suku akhir esok, Nicol akan berdepan dengan pemain daripada pusingan kelayakan, Dipika Pallikal dari India yang sebelum itu melakukan kejutan besar dengan mengalahkan pemain pilihan ketujuh Madeline Perry.
Dipika menyingkirkan pemain Ireland itu dengan keputusan 11-8, 11-7 dan 11-4.

Sementara itu, pemain nombor dua negara yang juga juara bertahan Low Wee Wern terpaksa bertarung dalam lima set sebelum menempah slot suku akhir dengan menundukkan pemain Australia, Rachel Grinham dengan 11-4, 7-11, 11-9, 7-11 dan 11-5.

Bagaimanapun, Wee Wern, yang juga pemain ranking ketujuh dunia, bakal menghadapi laluan berliku pada saingan seterusnya apabila berdepan dengan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily. Pemain Mesir berusia 24 tahun itu mara ke suku akhir selepas menjinakkan pemain pusingan kelayakan, Donna Urquhart dari Australia dengan keputusan 8-11, 11-4, 11-9 dan 11-9.

Semua pemenang pusingan pertama mara ke suku akhir. - Bernama, 25 Oktober, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Beginilah pakaian Ratu skuasy negara Islam Malaysia (?), Datuk Nicol David (gambar di atas). Tidak kira apa agamanya, namun ia mewakili negara umat Islam Malaysia.  Tidak cukupkah bijak-bijak pandai Malaysia yang mamapu  mencipta pakaian sopan sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan negara ini?

Parti Islam (PKS) Indonesia: Gerbang Menuju Perubahan Ketiga


Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS)  Anis Matta
Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Anis Matta 
Berita Dari Indonesia
PKS: Pemilu 2014 Gerbang Menuju Perubahan Ketiga Indonesia
JAKARTA -- Presiden PKS, Anis Matta menilai, Pemilu 2014 lebih pas dijadikan gerbang menuju gelombang perubahan ketiga Indonesia, bukan sekadar pintu masuk peralihan kekuasaan.

"Pesta demokrasi ini lebih pas dijadikan gerbang menuju gelombang perubahan ketiga Indonesia, atas setidaknya tiga tahapan sejarah perjalanan bangsa Indonesia," kata Anis Matta dalan keterangan tertulisnya yang diterima di Jakarta, Jumat (25/10).

Pernyataan tersebut diungkapkan Anis dalam Seminar Nasional dan Dialog Kebangsaan bertajuk 'Dari kampus Mencari Pemimpin Indonesia' yang digelar di Auditorium Sukadji Ranuwihardjo, Univeritas Gajah Mada (UGM), Yogyakarta.

Anis menjelaskan alasan mendasar dari pernyataan tersebut terkait hakikat politik yang seharusnya menjadi 'industri' pemikiran bukan 'industri' kekuasaan. Dia menilai dengan menjadikan politik sebagai bursa gagasan, maka segenap komponen bangsa mengenal secara tepat arah perjalanan Indonesia.

Dijelaskan Anis, gelombang pertama perubahan bangsa Indonesia yakni proses peralihan sejarah yang berawal pada abad 18 sampai 20. "Saya menyebut tahap ini sebagai gelombang menjadi Indonesia," ujar Anis Matta.

Saat itu, kata Anis, penderitaan panjang di bawah kerajaan-kerajaan membawa rakyat bergerak dalam satu solidaritas sehingga lahirkan sebuah bangsa besar.

Anis mengatakan, gelombang kedua ketika Indonesia menjadi sebuah bangsa pada momentum Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928 dan peristiwa Proklamasi yang mengantarkan kita memiliki sebuah negera.
"Sementara era reformasi lahir dari sisi kelam orde sebelumnya. Namun, anak bangsa yang mampu menangkap ruh zaman dengan memanfaatkan nilai-nilai positif orde lalu, membawa bangsa memasuki Orde Reformasi," katanya.

Menurutnya, perjalanan panjang bangsa Indonesia tersebut, membawa Indonesia memasuki gelombang perubahan ketiga. Dia menjelaskan tuntutan perubahan ini terjadi di atas fakta bahwa kini lahir kelompok mayoritas baru yang menentukan arah bangsa ke depan.

"Sekarang kita berhadapan dengan 'new majority' yakni munculnya kelompok usia 45 tahun yang menguasai 60 persen populasi," ujar Anis.

Dalam seminar tersebut juga dihadiri beberapa pembicara yaitu Ketua Umum Partai Hanura Wiranto, Ketua Asosiasi Pemerintahan Kabupaten seluruh Indonesia (Apkasi) Isran Noor, Direktur Eksekutif Pol Tracking Institute Hanta Yudha, dan mantan Wali Kota Yogyakarta Herry Zudianto. (NOL)

Friday, October 25, 2013

Bulan Telan Sg Limau -Gambar..




Hanya simbolik..

Lihat lanjut..  
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
 

Biadap! Artis Ini 'Ditendang' Kerana Enggan Buka Tudung..


 Nana 
HALAMAN HIBURAN

DIBERITAKAN...
Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat akan bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.

Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat. 

"Sebolehnya saya tidak mahu bercerita berhubung perkara ini kerana ia bukanlah suatu perkara yang manis tetapi apabila ada pihak bertanya, tidak salah rasanya kita berkongsi.

"Perkara ini berlaku pada sambutan Aidilfitri yang lalu di negara jiran, pada mulanya nama saya sudah tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan.

"Tetapi pada waktu tersebut, mereka tidak tahu saya sudah berhijab, jadi beberapa hari sebelum tarikh persembahan mereka meminta saya untuk membuka tudung dan pastinya saya tidak bersetuju dengan permintaan mereka.

"Disebabkan itu juga, nama saya digugurkan pada saat-saat akhir. Saya tidaklah berasa kecewa atau terkilan kerana saya percaya, rezeki ada di mana sahaja dan yang penting adalah usaha kita," -Nana
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biadap! Mereka menghina agama? Siapa mereka.. Pada Nana, semoga mendapat.. 'Kemanisan Iman'..  Insya Allah!

Thursday, October 24, 2013

Bella Dally: Pergi Ke Eropah Bersama Kekasih, Bolehkah?

TIDAK berselindung tentang percintaannya dengan Nazim, Bella bagaimanapun lebih senang jika hal peribadi mereka tidak digembar-gemburkan. 

HALAMAN HIBURAN

DIBERITAKAN ketika kewujudan laman- laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, ianya menjadi medan kepada artis untuk berkongsi dengan peminat mengenai aktiviti seharian yang dilakukan. Sewaktu menatap laman Instagram milik pelakon Nazim Othman, terdapat beberapa keping gambar bersama kekasihnya, Bella Dally. Menariknya, lokasi gambar berkenaan adalah di luar negara.

Secara kebetulan pula akhbar Kosmo!, telah mengaturkan sesi fotografi bersama Bella baru-baru ini. Lantas, perkara tersebut terus ditanya kepada diri Bella sendiri berkenaan gambar-gambar berkenaan supaya tidak timbul sebarang keraguan.

"Ya, saya mengaku ada pergi ke Eropah dengan Nazim tetapi bukan kami berdua sahaja. Sebaliknya, ia turut disertai oleh beberapa rakan pelakon yang lain seperti Nabila Huda dan Elfira Loy pada Ogos lalu.
"Sebenarnya Nazim ke Eropah bertujuan untuk menjalani penggambaran telemovie dan drama bersiri arahan Erma Fatima, namun saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran dan sekadar mahu bercuti sahaja," akui pelakon berusia 22 tahun itu.

Ketika ditanya tentang tujuannya mengikuti kekasih hatinya itu ke Eropah, sedangkan dia langsung tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally itu menjelaskan bahawa semuanya bermula daripada ajakan Erma.

Begitulah kira-kira, kisah seorang artis wanita, berpergian luar negara bersama kekasih, yakni bukan suami, bukan tunang atau bukan muhrim. Tetapi kononnya berkumpulan...

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Seperti biasa, kita tidak menyindir mana-mana pihak, tetapi hanya menyatakan penjelasan dari sudut agama. Kerana kita tidak dapat lari peraturan agama yang kita bebas memilih atau masuk ke dalamnya.

Bolehkah pergi ke Eropah bersama kekasih?

Pertama: Apa hukum wanita bepergian atau safar tanpa mahram dalam Islam? Hal ini telah dihuraikan agak panjang lebar di bawah tajuk Wanita Ini, Merentas 5 Negara Asia Tengah, Solo Dg... . Kes yang hampir sama dengan kes di atas.


Kedua: Keluar berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim atau khalwat. Hal ini dilarang samada dalam atau luar negara. Tetapi di luar negara terutama di Eropah agak lebih bebas dan tanpa kawalan dari keluarga atau masyarakat.

Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud :
  • “Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/kahwin dengannya.) Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan”.
Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Firman Allah yang bermaksud :
  • “Perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa :34)
Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :
  • “Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang lelaki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut syarak atau undang-undang Islam), maka keadaan masih seperti hukum asal.”
Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini ialah seperti berikut :
  • Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat (berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah  itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya
  • .Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
Tidak boleh berkhalwat dan bermusafir bagi wanita seperti di atas, tak kira walaupun tunang, apa lagi kawan biasa..

BN Dah Perintah, Tapi 5 Sebab Ini Pangkah PAS..



Oleh Zulkifli Yahya
Pertama, Kerajaan BN sudah sah memerintah Kedah. Penambahan kerusi BN tidak mengubah apa-apa dari status pentadbiran mereka. Sebaliknya pertambahan kerusi boleh menyebabkan kerajaan BN bertambah angkuh dan lumrahnya pihak yang angkuh sukar mendengar pandangan rakyat.

Kedua, kerajaan yang baik perlu dipantau dan dimuhasabah. Kemenangan PAS bermakna kerusi pembangkang tidak berkurang, menjadi suara yang memantau kerajaan demi kebaikan rakyat. Jika BN yang menang jangan harap ADUN tersebut berani menegur kerajaan.

Ketiga, jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, maka BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk PRU14 nanti. Maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat.

Keempat
, PRK Sungai Limau menjadi fokus seluruh negara. Jika PAS menang, ia menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang merugikan rakyat. Misalnya, jangan sewenangnya menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barangan turut melonjak. Dengan memilih PAS bermakna pengundi Sungai Limau telah berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kelima
, dua buah parti yang kuat dan bersaing di Kedah di kalangan orang Melayu ialah Umno dan PAS. Kedua-duanya parti terdiri dari majoriti orang Melayu beragama Islam. Kepada golongan tidak berparti, eloklah meraikan kedua-duanya. Umno sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada PAS.

Calon Pas bagi PRK N.20 Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd. Samat  dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato' Mahfuz Omar sempat menziarahi veteran Pas di Ulu Sedaka iaitu Tuan Haji Baharom.

Di kampung kami beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah Baharum. Pak Ngah Baharum merupakan ayah kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Pak Ngah Baharum mengalami penyakit 'stroke'.

Lihat lanjut.. E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah 

A.Hadi Awang Menang Tanpa Bertanding, 5 Dicalon Timbalan..



Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, berkata Abdul Hadi menang selepas seorang lagi calon tidak layak bertanding apabila hanya menerima satu pencalonan sahaja. (Sila lihat Pemilihan Presiden PAS: 2 Pencalonan, 1 ditolak, M...)
Bagaimanapun, katanya, Abdul Hadi hanya akan diisytiharkan menang tanpa bertanding jika menerima pencalonan itu.

Pada sidang media hari ini, Asmuni berkata, lima yang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden adalah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad Sabu adalah penyandang jawatan ini.

Sebanyak 10 pencalonan diterima untuk  jawatan naib presiden iaitu Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Penyandang  jawatan ini adalah Salahuddin,  Husam dan Datuk Mahfuz Omar.

Asmuni memaklumkan, 134 borang pencalonan diterima daripada kawasan di seluruh negara bagi merebut jawatan utama kepimpinan PAS Pusat, tetapi  103 borang sahaja yang sah manakala 31 lagi ditolak.

Selamat Bermuktamar.

Lihat lanjut..  
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
  E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Muktamar PAS: Pertarungan Pemuda & Muslimat..



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat telah menerima pencalonan untuk berbagai jawatan sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini. Pengerusinya, Asmuni Awi menyatakan demikian pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima sebanyak 134 kawasan tetapi ditolak 31. Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (lihat Pemilihan Presiden PAS: 2 Pencalonan, 1 ditolak, M...)

PEMUDA PAS
Asmuni berkata, tujuh pencalonan diterima bagi jawatan ketua pemuda namun hanya enam yang layak bertanding.

Mereka adalah Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan), Nasaruddin Hassan Tantawi (penyandang), Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda sekarang),  Ridhuan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda sekarang), Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor) dan Zulhazmi Sharif (Peguam PAS).

Katanya, bagi jawatan timbalan ketua Pemuda pula, 13 pencalonan diterima tetapi hanya enam layak untuk bertanding.

Mereka adalah Mohd Firdaus Jaafar (bekas ahli Parlimen Jerai), Mohd Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Marang yang juga anak Presiden PAS),  Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda sekarang), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (penyandang), Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan) dan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor).

Bagi jawatan naib ketua pula, 20 pencalonan dibuat namun hanya lima yang layak iaitu Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi (bekas calon PAS Titiwangsa), Mohd Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS Marang), Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Nazri Chik dan Raja Ahmad Iskandar

MUSLIMAT

Dalam pada itu, 122 kawasan membuat pencalonan untuk jawatan dalam Dewan Muslimat PAS, namun 13 darinya ditolak.
Empan nama dicalonkan untuk dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS termasuk penyandangnya, Siti Zailah Mohd Yusof. Mereka adalah Nuridah Salleh (bekas ketua muslimat),
Dr Siti Mariah Mahmud (timbalan sekarang) dan Dr Halimah Ali.
Untuk jawatan timbalan ketua pula, tujuh nama dicalonkan. Mereka adalah Mumtaz Mohd Nawi (Exco kerajaan negeri Kelantan), Nuridah Salleh (Ketua Muslimat WP), Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang), Siti Zailah Mohd Yusof (ketua), Datuk Siti Aishah Ghazali (bekas Exco kerajaan negeri Kedah), Dr Najihatussalehah Ahmad (pemimpin muslimat Perak) dan Dr Halimah Ali (Exco kerajaan negeri Selangor).
 
Ya. Selamat bermuktamar! (IH)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Pemilihan Presiden PAS: 2 Pencalonan, 1 Ditolak, Mengapa?



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat menerima dua pencalonan untuk jawatan Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini.

Pengerusinya, Asmuni Awi bagaimanapun memberitahu, satu daripada pencalonan itu ditolak kerana tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima sebanyak 134 kawasan tetapi ditolak 31. Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Asmuni memaklumkan pihaknya menerima enam pencalonan, tetapi hanya lima yang diterima iaitu Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala, bagi jawatan Naib Presiden PAS pula, 12 pencalonan dibuat tetapi yang diterima hanya 10 iaitu Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada media, Asmuni berkata calon-calon yang disenaraikan ini boleh mengambil sendiri borang penerimaan pencalonan bermula 28 Oktober ini, sebelum jam 2 petang. Bagaimanapun, kata Asmuni sekiranya calon-calon tersebut tidak berbuat demikian, pihak jawatankuasa akan menghantar borang penerimaan tersebut secara pos ekspres kepada mereka.

"Kita juga akan menghubungi mereka secara terus untuk bertanyakan sekiranya mereka menerima borang penerimaan pencalonan tersebut atau sebaliknya bagi memastikan calon-calon tahu mereka dicalonkan," kata Asmuni. Tarikh akhir beri jawapan 8 November

Sementara itu, semua calon tersebut perlu memberikan jawapan kepada Jawatankuasa Pemilihan pada 8 Nov sebelum jam 5 petang, sama ada bersedia untuk bertanding atau menarik diri. Berbeza dari peraturan sebelum ini, Asmuni menegaskan,  bagi pemilihan kali ini setiap calon perlu memberikan jawapan pada tarikh yang ditetapkan itu.

"Ia berbeza kerana sebelum ini, mana-mana calon yang tidak memberikan jawapan sama ada menerima atau menarik diri, dianggap sebagai terima.  Tetapi, untuk kali ini, kami menetapkan setiap calon yang gagal berbuat demikian (memberi jawapan pengesahan  untuk bertanding) sebagai tidak layak untuk bertanding," tegas beliau.

Tambah Asmuni, jawatankuasa juga akan mengadakan satu lagi prosedur saringan selepas menerima jawapan pengesahan bertanding daripada calon-calon iaitu bagi memastikan calon yang bertanding tidak berstatus muflis. Turut serta pada sidang media tersebut Pengarah Muktamar PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan. Muktamar PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 Nov, di Shah Alam, Selangor yang menyaksikan para perwakilan akan memilih pemimpin tertinggi parti bagi sesi 2013-2015. (Sumber Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa  2 Pencalonan Presiden,  tetapi 1 ditolak?  Kita tunggu jawapannya.

Lihat lanjut.. E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Husam Cuba Sedarkan K'jaan K'tan -Annuar Musa

Husam Musa
Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Berbeza pandangan mengenai isu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan Umno di negeri itu perlu malu dengan tindakan berani pemimpin itu.

Menurutnya, isu pentadbiran negeri tersebut seharusnya Umno yang perlu memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Umno patut malulah sebab sepatutnhya Umno yang bangkang.
"Ini Husam pula yang tolong bangkang. Patut orang Umno kena malulah," katanya kepada Sinar Harian Online, dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Tambahnya, Umno tidak boleh menganggap tindakan Husam tersebut membantu parti untuk menang dengan mudah.

"Sebab orang tengok, Pas dia sendiri tolong betulkan diri dia sendiri.
"Kita pula tengok, oh sebab Husam tolong bangkang, maka kita akan menang dengan mudah. Tidak macam itu politik ini," ujarnya.

Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam yang juga Adun Salor kerajaan negeri menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses runding terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu. Bagaimanapun, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu turut memuji tindakan Husam yang dikatakan mencuba untuk menyedarkan kerajaan negeri itu dari terus melakukan kesalahan.

"Tapi baguslah Husam sudah tunjuk contoh. Kalau Husam tolong membangkang Pas, maka Pas akan terselamat kerana Husam.
"Jadi, apa yang Husam buat membantu kerajaan Pas, menyedarkan kerajaan Pas.
"Tapi kalau Umno terus lena...oh tak mengapalah Husam tolong buat kerja, Husam buat kerja bukan nak tolong matikan Pas tetapi dia buat nak selamatkan parti dia.

Jadi kena sedarlah, wakil-wakil rakyat yang berjuang dalam Dun dan pemimpin-pemimpin tempatan," katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbalik pula, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memuji Husam, ' turut memuji tindakan Husam yang dikatakan mencuba untuk menyedarkan kerajaan negeri itu dari terus melakukan kesalahan.'

Lihat lanjut..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Kesukaran Hidup Rakyat Di Usia Emas, Tidak Tanggung Jawab K'jaan?

Kesukaran hidup di usia emas. Seorang lelaki tua menolak basikalnya yang penuh dengan kotak terpakai untuk dijual di pusat kitar semula di Kajang. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2013.
Kesukaran hidup di usia emas. Seorang lelaki tua menolak basikalnya yang penuh dengan kotak terpakai untuk dijual di pusat kitar semula di Kajang. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2013.

Apakah hal ini tidak termasuk dalam tanggung jawab pemerintah? Sewaktu muda keringatnya di perah, dikeruk dan dikorek melalui segala macam cukai, tetapi apabila berusia emas sepahnya dibuang setelah madunya habis?

Apa hak sepatutnya, kalau dalam kerajaan pemerintahan Islam?

Zailah Susun Gelombang UPU Sg Limau..


 
JERAI: Muslimat PAS Pusat telah memperkemaskan jentera kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Jelas ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff selain memperkemaskan jentera, pihaknya turut menyusun gelombang PRK Sungai Limau yang akan dilaksanakan oleh muslimat dari negeri-negeri yang turun membantu di setiap Unit Peti Undi (UPU).

"Kita telah susun strategi serta memperkemaskan jentera dan telah mengatur beberapa program terutama peringkat negeri dan UPU,” katanya.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memberitahu dengan sambutan baik telah diberikan di semua peringkat, gabungan jentera peringkat pusat, negeri, kawasan dan UPU, PAS mampu mengekalkan kemenangan.

Katanya, Dun Sungai Limau mempunyai keistimewaannya sendiri apabila PAS telah menguasai lebih lima penggal dan ia merupakan kawasan yang dimenangi ulama.

"Kita yakin dengan masyarakat yang cintakan ilmu agama dan calon yang kita kemukakan, PAS akan terus kekal berada di sini," sambung beliau.

Menurut beliau lagi, Muslimat menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Katanya, keperibadian beliau bukan sahaja menggambarkan sifat seorang ilmuan tetapi turut menarik golongan muda. (Hrkh)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Web Anti Rasuah Dapat Sambutan, Perlu Di M'sia?

Laman web yang ditubuhkan kerajaan Indonesia untuk memantau gejala salahlaku dan korupsi serta rasuah kakitangan awam, “Lapor” ternyata popular apabila ia kini menerima lebih 1,000 laporan daripada penduduk awam.
lapor-indonesia

President’s Delivery Unit of Development Monitoring and Oversight (UKP4) merupakan pasukan di sebalik laman web Lapor tersebut melaporkan telah menerima 200,000 pengguna dan 1,000 laporan tiap hari melalui laman web-nya, mobil atau SMS.

Laporan salahlaku boleh jadi daripada kesalahan rasuah trafik hingga-lah ke penyelewengan kuasa oleh ahli politik. 78% daripada laporan di laman web itu telah disusuli tindakan pihak berkuasa. Laman Twitter Lapor turut kini memilik 5,000 pengikut.

Sejak Jumaat lalu, bandar Bandung kini turut menyokong Lapor, membawa jumlah bandar di bawah pengawasan-nya kepada 2, termasuk 67 kementerian dan unit kerajaan di Indonesia. Diharapkan kepopularitian laman web ini membawa kepada penambahbaikan kepada Indonesia yang mempunyai reputasi buruk mengenai korupsi dan rasuah.
Lawan web Lapor di sini. LAPOR Indonesia
Sumber – TechInAsia

Komen Weblog Ibnu Hasyim: SUMBER berita berpengaruh dunia, Wall Street Journal, WSJ yang dipetik oleh siaran berita Asia Today melaporkan bahawa Malaysia merupakan Juara Rasuah Dunia. Lebih malang laporan itu memaklumkan kadar rasuah Malaysia lebih buruk berbanding negara yang terkenal dengan rasuahnya iaitu Indonesia.


Selain itu Malaysia dilaporkan sebagai negara paling mudah menerima rasuah menurut kajian yang dijalankan oleh badan pemantauan rasuah dunia, Transparency International.


Malaysia Tops Bribery Table - World Champion in Corruption. 

Perlukah web begini ada di Malaysia?

Menteri Belia Pandai Berlakon Jadi Artis. Apa Pendapat Anda?



HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura. Pengarahnya ialah Elaine Daly
Khairy Jamaluddin

Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Stories cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls. 

Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan. Apa pendapat anda? (IH)

Elaine Daly

Tunjuk Perasaan Desak Kerajaan Tunisia Dibubar -Agensi


SEBAHAGIAN daripada para penunjuk perasaan yang menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Tunis semalam.

TUNIS - Ribuan penduduk berarak di seluruh bandar ini bagi meminta supaya kerajaan yang diketuai kumpulan Islam dibubarkan. Kerajaan itu dibentuk dua tahun lalu selepas mendapat mandat daripada pengundi Tunisia.

Tunjuk perasaan itu diadakan ketika pihak pembangkang dan kerajaan perikatan terlibat dalam satu dialog bagi membincangkan tentang perdamaian kebangsaan. Para penunjuk perasaan itu bimbang bahawa kerajaan yang diketuai oleh Parti Enahda tidak akan menunaikan janji untuk dibubarkan sebagai sebahagian daripada proses perdamaian kebangsaan itu.

Perkembangan ekonomi yang lemah dan pembunuhan dua ahli politik telah digunakan sebagai bukti oleh pihak pembangkang sebagai kegagalan kerajaan memerintah. Tunisia sebelum ini merupakan negara pertama di Afrika yang berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap korup dan zalim dalam kebangkitan rakyat pada tahun 2011.

Menurut laporan media, tiga anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan telah terbunuh dan sejumlah lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di selatan negara ini. Dua militan terbunuh termasuk dua anggota polis lagi berada dalam keadaan parah. Laporan itu menyatakan, anggota-anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan mendekati sebuah rumah di kawasan berbukit dekat Kampung Sidi Ali Bououn di wilayah Sidi Bouzid.

Setakat ini belum diketahui sama ada militan itu telah ditangkap. Negara tersebut telah bertempur dengan para militan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda sejak tahun lalu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baca dan siasat, siapa dalang?

Video: Ucapan Sulung Calon PAS N20 Sg Limau


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pas, Mohd Azam Abd Samat dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Pengumuman itu dilakukan Pegawai Pengurus PRK, Abdul Rashid Othman di pusat penamaan calon, di Dewan Datuk Madi di Yan, Kedah, pagi ini.

Mohd Azam yang dipetik dalam laporan HarakahDaily berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab diamanahkan parti dan akan meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas Adun kawasan berkenaan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.



Beliau berkata, tanggungjawab terbabit cukup berat dan besar bagi meneruskan kemenangan Pas selama lima penggal di Dun berkenaan.

“Saya cukup terharu apabila diberikan amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili Pas pada PRK kali ini.

“Ini adalah tanggungjawab yang cukup berat untuk saya laksanakan terutama bagi mengekalkan kemenangan yang diperoleh Pas selama lima penggal,” katanya.

Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai mempunyai 27,287 pemilih berdaftar dengan 40 peratus daripadanya adalah pengundi muda dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian, pada 4 November ini. 


Klik video di bawah ini..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Husam Cuba Membawa Pembaharuan -Dr Kamarul Zaman Jawab

Husan Musa gigih cuba bawa pembaharuan, klik di sini..  

Berita Harian cuba musnahkan kerjaya politik Husam, kata penganalisis

Kritikan terbuka Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) ke atas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi dan ia tidak seharusnya diperbesarkan dan digambarkan secara negatif, kata pengkaji politik Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kamarul membidas laporan Berita Harian yang mengatakan kononnya Husam diminta memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PAS ekoran kenyataannnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam satu perjumpaan hari ini.

"Bagi saya, ia tindakan penakut tidak amanah dan tidak beretika apabila seorang sumber dalaman PAS yang cuba menyerang dengan secara terbuka ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kamarul yang mempunyai Ijazah Sarjana melalui tesis “PAS di bawah Kepimpinan Ulama” berkata, perbuatan sumber mendedahkan perjumpaan yang berlaku hari ini kepada media juga disifatkan pendedahan berat sebelah yang tidak adil.

“Dalam laporan tersebut sumber cuba mengkritik Husam dengan berkata Husam sebagai bekas Exco kanan negeri sepatutnya lebih memahami dan mengikut prosedur teguran ketika dalam Sidang Dewan Rakyat (DUN).
“Namun adakah sumber itu sendiri mengikut prosedur yang betul mendedahkan perjumpaan tanpa kebenaran pemimpin parti kepada media?” soalnya.

Pengkaji politik itu berkata lagi, laporan tersebut cuba memberi gambaran buruk dan memusnahkan kerjaya politik Husam seolah-olah pemimpin itu melakukan kesalahan dan bakal dihukum kerana kritikan terbuka.

"Pada pendapat saya Husam cuba membawa pembaharuan bersuara dengan lantangnya demi kebaikan, itu perkara biasa dan ia mencerminkan ketelusan pentadbiran.
"Mungkin kerana budaya kita yang tidak biasa begitu, bila kita cuba mengkritik meluahkan kebimbangan mereka akan anggap kita menentang tapi saya pasti niat Husam ingin meningkatkan lagi kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri namun ia telah disalah anggap," katanya.

Malah kata Kamarul sumber juga tidak amanah kerana dengan beraninya mendedahkan kandungan perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 10 Oktober lalu biarpun tidak diberikan mandat untuk berbuat perkara demikian.

Hari ini dalam laporan akhbar Berita Harian bertajuk "PAS minta penjelasan Husam: Kritikan terbuka Adun Salor terhadap Kerajaan Kelantan cetus kontroversi" memetik sumber yang berkata Husam telah diminta untuk membuat penjelasan dalam perjumpaan khas hari ini di Kota Bahru di mana ia akan diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Nada suaranya (Husam) seolah-olah beliau menjadi ketua pembangkang, parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah dengan cara lebih berhemah," katanya.

Sumber berkata lagi, serangan secara terbuka bekas Exco kanan kerajaan negeri itu merupakan kecaman pertama oleh pemimpin sendiri sejak PAS memerintah negeri itu selama 32 tahun.

Pada 8 dan 9 Oktober Husam dikatakan mengkritik kerajaan negeri secara lantang ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulunggan pada sidang DUN.

Beliau menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1,400 hektar tanah di Hutan SImpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya rakyat, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri.

Kamarul pernah menulis tesis bertajuk "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama, 1982-2004" manakala untuk tesis master beliau bertajuk "PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982". – 22 Oktober, 2013. (TNI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Wednesday, October 23, 2013

Salahkah Rihanna Berfoto Begini Depan Masjid?

Salah satu foto Rihanna yang diangkat di instagram masa pakai tudung.
HALAMAN HIBURAN

ABU DHABI: Penyanyi Rihanna membuat heboh di media sosial, Instagram dengan memposting foto yang menunjukkan dia mengenakan pakaian hitam panjang dan berjilbab.

Dia mengambil foto itu dengan latar belakang masjid besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Uni Emirate Arab. Foto yang diposting pada Jumat lalu tersebut mendapat reaksi kemarahan dari sejumlah penggemarnya.
Dengan mengenakan jumpsuit hitam di depan masjid, Rihanna tetap dianggap tidak menghormati tempat ibadah.

"Rihanna jadi model di masjid Sheikh Zayed itu salah. Siapa yang mengizinkan dia masuk?" ujar seorang pengguna Instagram, BinttAlthee dikutip Al-Arabiya edisi Ahad (21/10).

Pengguna Twitter juga memberi reaksi serupa. "Foto Rihanna di masjid Sheikh Zayed tidak menghormati tempat ibadah," ujarnya.

Untuk mengunjungi masjid terbesar di negara tersebut, pengunjung diharuskan memakai pakaian yang sesuai seperti abaya dan menutupi rambut. Meski ada yang marah, sebahagian penggemar Rihanna menyukai foto tersebut.

"Dia memperlihatkan penghormatannya dengan mendukung berjilbab," ujar pengguna Twitter, mila_iggy.

Bulan lalu, bintang pop tersebut juga membuat sensasi di media sosial kerana berkicau dia menghadiri pertunjukan seks di Thailand.

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Akhir-akhir ini, UMNO/BN seringkali cuba mensensasikan isu agama dan perkauman, namun hasilnya isu tersebut akhirnya menunjukkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Dan hikmah setiap isu-isu yang timbul ini telah mencelikkan mata masyarakat berkenaan hukum-hakam Islam yang selama ini mungkin tidak diambil endah oleh masyarakat kita. Alhamdulillah.
Mengenai gambar dan tajuk di atas (tajuk 'depan' masjid), mari kita lihat, hukum pelancong bukan Islam memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama dalam Masjid. Diangkat  dari http://www.e-fatwa.gov.my Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Keterangan/Hujah: 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza."
Salahkah Rihanna berfoto begitu depan masjid? Jadi, jawapannya tidak salah! Cuma keterangan di perkara  ke 4 di atas ini boleh di bahas lagi.. Wallahu 'aklam.

Laporan Langsung Di PRK Sungai Limau. Kedah.. Jom!

 Laporan Langsung Malaysiakini Di PRK Sungai Limau. Kedah..

08:00 Trafik ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi, Yan bergerak lancar dengan kawalan polis.

Beberapa gerai jualan air dan makanan ringan didirikan di kiri dan kanan jalan beberapa puluh meter dari pusat penamaan menjadikan suasana seperti pasar pagi hujung minggu.

08:30 Pemimpin tertinggi Pakatan, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN itu Datuk Mahfuz Omar, kelihatan bersama Azam.

Ratusan penyokong PAS yang menyertai calon mereka bersama pemimpin tertinggi Pakatan diminta bergerak ke Pantai Murni daripada pusat penamaan calon.

Mereka diminta berbuat demikian kerana berkumpul dalam jarak yang tidak dibenarkan. Rombongan BN dijangka tiba tidak lama lagi.

Penyokong parti Islam itu kelihatan tidak gembira kerana sedang teruja mahu menyaksikan acara hari ini dari dekat.

08:36 Penyokong PAS mula berarak melalui penamaan calon sambil bertakbir berulang kali.



08:45 Lautan penyokong PAS makin rancak berselawat dan melaungkan slogan anti-BN. Manakala penyokong BN pula, kira-kira 500 orang - yang lebih kecil daripada kumpulan PAS - menyanyikan lagu parti dan melaungkan slogan "Hidup BN".

Heavyweight Umno termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kelihatan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kumpulan itu.

09:00 Tepat jam 9 calon BN masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan. Ketika calon menghantar borang penamaan, penyokong kedua-dua menunggu di luar dengan penuh semangat.

"Jantung kami berdebar, tak sabar hendak menang," kata Umi Haida Mahmood, 50-an, yang datang dari Pendang seawal jam 7 pagi.

Manakala seorang pemuda Fitri Badaruddin, 22, dari Bukit Chira pula kelihatan membawa poster berkaitan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20sen.

"Terima kasih kepada BN!" laungnya kepada orang ramai.

Polis selepas itu memasang kawat berduri di hadapan penyokong BN.

09:15 Di luar pusat penamaan calon, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir memberitahu pemberita, BN yakin merampas kerusi Sungai Limau.

Beliau berharap angin perubahan akan bertiup kencang di kalangan pengundi kawasan itu.

Unit Amal pakai topeng
Unit Amal PAS kali ini lebih bersedia apabila terdapat sebahagian mereka memakai topeng bagi bagi menghadapi gas pemedih mata. Bagaimanapun, terdapat juga gelagat mencuit hati apabila terdapat tiga penyokong wanita Umno termasuk ke dalam kumpulan PAS.

"Kesian, depa sesat, ini kawasan bendera hijau," kata seseorang yang disambut gelak ketawa, sebelum trio itu bergerak ke kumpulan BN.

Anggota Parlimen Cheras daripada DAP Tan Kok Wai berkata, walaupun hilang negeri, rakyat DUN itu perlu menjadi agen semak dan imbang.

"Kita akan memang. Azizan sangat popular di sini," katanya.

Khairy mahu bawa peluang kerja
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu ditemui di khemah calon dalam kawasan pusat penamaan berikrar untuk membawa lebih banyak peluang pekerjaan buat golongan muda di Sungai Limau.

"Kita akan bawa lebih banyak peluang pekerjaan ke sini. Saya amat bersetuju dengan menteri besar bahawa kawasan ini perlu dibangunkan.
"Permintaan saya kepada anak muda di sini, berilah peluang BN jadi waka]il rakyat di sini kerana kita mahu rakyat di sini selari dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita.

09:25 Suasana di dalam kawasan penamaan calon ceria dan ibarat majlis kenduri apabila rombongan pimpinan Pakatan Rakyat mengunjungi khemah pimpinan BN yang terletak kira-kira 30 meter sahaja di antara satu sama lain.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz omar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berbual-bual mesra dengan TPM, Tan sri Muhyiddin Yassin dan dua naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mahfuz dan Azmin sempat mencuri peluang mengucapkan tahniah kepada Zahid dan Hishammuddin. Azmin yang kemudian menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sempat mengusik Mukhriz berkenaan keputusan pemilihan naib presiden Umno yang lalu.  Mukhriz memperolehi jumlah undi popular yang lebih tinggi berbanding Hishammuddin namun hanya berjaya memperolehi 91 undi keseluruhan berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammuddin untuk tempat ketiga naib presiden.

"Dulu suruh pakai undi popular tak mahu, sekarangkan dah menyesal," kata Azmin sambil menepuk bahu Mukhriz yang hanya tertawa mendengar usikan tersebut.

09:40 Naib Presiden Umno Mohd Shafie Apdal menggesa pengundi memikirkan masa depan mereka dengan serius, terutamanya berhubung pembangunan lemah di kawasan itu selama 23 tahun dimenangi PAS.

"Saya tahu ramai daripada mereka anggota PAS, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh mengundi BN," katanya kepada pemberita.

Beliau menegaskan keperluan memilih calon BN supaya penyelarasan dengan kerajaan negeri dan pusat mudah dan memastikan pembangunan lancar di kawasan itu. Penyokong BN ketika itu kelihatan membawa kain rentang dan plakad bertulis "Undi untuk transformasi".

10.15 Penamaan calon secara rasmi ditutup. Sah pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Azam Abd Samat dan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim di Sungai Limau.

Ahmad Sohaimi diumumkan sebagai calon pertama menyerahkan borang pada 9.04 diikuti Mohd Azam pada 9.05 pagi. Mohd Azam dalam sidang media ringkas selepas penamaan calon ditutup menggesa kerajaan negeri agar tidak meminggirkan penduduk Sungai Limau dalam pembangunan Kedah.

"Kita harap pihak berwajib akan berusaha walaupun kita berada di kawasan luar bandar, tetapi tidak dianaktirikan bagi mendapat wifi percuma," katanya.

A.Hadi: Ikut rekod kita menang

10:30 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin PAS mampu mempertahankan kerusi Sungai Limau berdasarkan rekod lampau mereka di kawasan ini.

"Kalau pilihan raya umum boleh menang, Insya-Allah pilihan raya ini juga kita boleh menang," kata Hadi kepada pemberita sewaktu ditemui di khemah calon dalam kawasan pusat penamaan calon.

Penyokong dan pimpinan tertinggi kedua-dua pihak sudah mula meninggalkan pusat penamaan calon.

10:40 Calon PAS yang mengambil kesempatan menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyokong-penyokong PAS di tepi pintu pagar pusat penamaan calon sekali lagi.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bondanya yang memberi restu kepada beliau untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Muhyiddin: Sukar tapi dapat rampas


10:45 Muhyiddin dalam sidang media selepas tamat penamaan calon mengakui BN bakal melalui laluan sukar kerana Sungai Limau merupakan kawasan kuat PAS.

"Peluang kita untuk menang tidak sebai PAS," katanya.

Katanya, walaupun pertemuan satu lawan satu baik untuk BN, cabaran yang bakal diberikan parti lawan masih kuat.

"BN dulu kalah di kerusi ini dengan majoriti 2,774 undi, tetapi ia tidak bermakna kita tidak dapat merampas kembali," tegasnya.

Muhyiddin menjangkakan Pakatan akan membangkitkan isu seperti kos hidup, cukai barang dan perkhidmatan dan belanjawan akan datang.

Bagaimanapun, katanya, BN akan menjelaskan perkara itu satu persatu semasa tempoh berkempen.

Muhyiddin juga meminta pembangkang tidak membuat provokasi di kawasan itu bagi mewujudkan suasana kempen yang damai dan tidak agresif.

11.00 Hujan mulai turun renyai-renyai dan orang ramai mula bersurai. Kelihatan pemberita mula menulis laporan - sebahagiannya kecewa kerana talian Internet yang perlahan.

Ketika pemimpin BN dan penyokongnya bersurai, PAS masih sempat mengadakan ceramah mini selama 20 minit.

DAP: Azizan Sangat Popular Di sini -M'siakini Di Sg Limau.

GALERI FOTOdi sini.

PENAMAAN calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini. Pencalonan akan bermula jam 9 pagi dan penyokong BN serta Pakatan Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi.

Personaliti-personaliti penting dari Pakatan Rakyat dan BN dijangka turun mengiringi calon masing-masing untuk menyerahkan borang. Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau yang tenang ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun.

Di atas kertas, Sohaimi dilihat mempunyai profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Azam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah.

Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November. Kerusi Sungai Limau yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian anggota dewan undangan negeri merangkap bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi. Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi. Bagaimana pun, Kedah jatuh ke tangan BN selepas pilihan raya Mei lalu.

-Lapor Malaysiakini sebentar tadi. Ikuti laporan langsung di PRK Sungai Limau, Kedah.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

China: Ala American Idol, The Voice, Cara AS Jajah Pemikiran..



AP GAMBAR fail menunjukkan sejumlah peserta menunggu giliran uji bakat untuk satu program realiti hiburan di Beijing, China.

China laksana peraturan ke atas program ala American Idol, The Voice


BEIJING - Pihak berkuasa China kini melaksanakan peraturan baharu ke atas program pencarian bakat nyanyian yang popular ala American Idol dan The Voice. Peraturan baharu itu memerlukan saluran-saluran televisyen satelit mendapatkan kelulusan daripada pihak yang memantau program hiburan.

Pihak yang ditugaskan membuat pementasan tersebut akan memberi- kan lesen hanya untuk satu program seperti itu untuk setiap saluran televisyen pada waktu perdana. Terdapat juga peraturan baharu yang meminta setiap saluran televisyen satelit memperuntukkan siaran berkaitan ekonomi, kebudayaan, berita dan sains pada tahun depan.

Sebelum ini, terdapat usaha untuk mengurangkan program-program hiburan ala realiti televisyen Amerika Syarikat daripada disiarkan di China. Seorang penganslisis politik di Akademi Sosial Sains China, Liu Shanying berkata, beliau menganggap peraturan baharu itu dilaksana- kan kerana saluran stesen satelit berjaya menambat hati ramai penonton berbanding stesen penyiaran pemerintah. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginilah caranya AS menjajah pemikiran manusia se dunia dengan budaya perosaknya, termasuk di Malaysia.