Saturday, November 02, 2013

Tenang, Al-hamdilillah. Tapi Beginikah Pakaian Berhijab?






Dewi semakin tenang selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan imej seksinya sebelum ini.



HALAMAN HIBURAN
Dewi Sandra Berasa Tenang Selepas Berhijab 

PENYANYI dan pelakon terkenal Indonesia, Dewi Sandra berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Bercakap kepada portal Kapan Lagi, Dewi berkata, sebelum mengambil keputusan untuk mengenakan tudung dia tidak pernah bimbang akan kehilangan populariti dan tawaran kerana berserah sepenuhnya kepada Allah.

"Saya bertawakal dan berserah kepada Tuhan selain sentiasa bersangka baik kepada-Nya. Hidup saya kini lebih tenang dan cukup gembira dengan perubahan ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewi berkata, rezekinya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga semakin bertambah sejak memakai tudung.
"Alhamdulillah bayaran yang saya terima selepas berhijab di luar bayangan saya sebelum ini," katanya.
Dewi yang baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Coboy Junior bakal memasuki set 99 Cahaya Di Langit Eropah dalam masa terdekat ini.

Bekas isteri Surya Saputra ini turut menjelaskan dia kini lebih mendekatkan diri dengan Allah selain banyak mempelajari ilmu agama. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tenang bila berhijab al-hamdulillah! Tapi, sila baca ini lagi, akan lebih mendalam kefahaman tentang aurat atau tabarruj.

Mengapa Mat Sabu Perlu Kekal Timbalan Presiden..

 Mohamad Sabu

Lawan Pas ialah Umno. Pas perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya. Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.

Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa. Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali. Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.

Antara lima calon Timbalan Presiden Pas yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian. Menjadi orang kedua Pas, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan Pas untuk bersama dengan Pas melawan batil dan kejahilan yang dibawa Umno.

Perlukah orang kedua Pas mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama? Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden Pas sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.

Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan NGO-NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih. Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.

Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan Pas sehinggalah ia menumbangkan Umno. Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.

Jawatan Timbalan Presiden Pas bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja. Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.

Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh. Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.

Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut. Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.

Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psywar media. Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji. Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti  perangai seorang ulama yang biasa.

Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian. Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.

Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas. Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian.

Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.

Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada 4 calon yang lain buat masa ini. Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya. (SH)

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Lihat lagi.. 
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Bajet & Nasihat Nabi Shu‘Aib -Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri



OlehProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin,

Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham. Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang di‘silap mata’kan.

Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai oleh semua peringkat. Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut.

Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat. Nabi Shu’aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka.

Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu’aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu’aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.

Penipuan Harga


Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya)
  • “dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84).
Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy’ yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi Hak

Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah: (maksudnya)
  • “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya.” (Surah Hud: 85).
Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya. Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut:
  • “..hendaklah kamu memberi “mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 236).
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.
Keberkatan

Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu’aib a.s: (maksudnya)
  • “Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu.” (Surah Hud, ayat 86).
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud
  • “kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu.” (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.

Good Governance

Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh memperincikannya.

Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut:
  • “Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi SAW sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”
  • “Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah SAW) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.
Sambung Ibn Taimiyah lagi:
  • “Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

Friday, November 01, 2013

Lagi Operasi Syariat, 51 Wanita & 5 Lelaki Ditahan Di Aceh.

Razia dilakukan oleh Polisi Syariah Aceh. Dari operasi, sekitar 51 perempuan dan 5 laki-laki berhasil dijaring.

LAGI Operasi Syariat, 51 Wanita & 5 Lelaki Ditahan Di Aceh.

Seorang penunggang motisikal berhenti semasa sekatan jalan menahan pemakai seluar pendek dan baju ketat di Jalan Soekarno Hatta, Lampeuneurut, Kabupaten Aceh Besar, Khamis (31/10). Polis Syariah kembali menegakkan syariat Islam di Aceh, dengan menahan lelaki berseluar pendek atau yang tidak menutup aurat.

Razia dilakukan oleh Polisi Syariah Aceh. Dari operasi, sekitar 51 perempuan dan 5 laki-laki berhasil dijaring.
Polis Syariah sedang beroperasi.

Razia dilakukan oleh Polisi Syariah Aceh. Dari operasi, sekitar 51 perempuan dan 5 laki-laki berhasil dijaring.

Ditahan kerana berseluar pendek.
Razia dilakukan oleh Polisi Syariah Aceh. Dari operasi, sekitar 51 perempuan dan 5 laki-laki berhasil dijaring. 
Razia dilakukan oleh Polisi Syariah Aceh. Dari operasi, sekitar 51 perempuan dan 5 laki-laki berhasil dijaring.
(IH/M)

BN Belanja RM15.15 J Di Sg Limau. -PAS



Bendera dua parti politik yang bertanding di DUN Sungai Limau berkibaran di Sungai Limau, Kedah. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 November, 2013.




PAS hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.

"Mereka (BN) menabur pelbagai janji dan menurunkan bantuan secara segera dalam tempoh berkempen. Pemimpin Umno-BN tanpa segan silu melakukannya dan langsung tidak mengendahkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).
"Apabila dikira semua ini, ia berjumlah RM15.15 juta," katanya pada sidang media di bilik operasi induk PAS, Sungai Limau pagi ini.

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara sebanyak RM802,700, bantuan zakat Agrobank sebanyak RM19,700, pinjaman Tekun sebanyak RM30,000, peruntukan masjid Simpang Empat sebanyak RM300,000, sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain sebanyak RM118,000, bantuan baiki rumah sebanyak RM1 juta, pemberian cermin mata sebanyak RM1.18 juta, peruntukan jeti perikanan sebanyak RM500,000, peruntukan tukun tiruan sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Mahfuz mendakwa, sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau.

"Kami lihat BN ini seperti ketagihan dan hanya tahu umum projek saja.
"Ini sudah jadi budaya harian yang tidak dapat ditinggalkan, seperti sudah jadi tradisi mereka (BN)," katanya.

Mahfuz berkata, pemimpin BN melakukan perkara yang sama ketika berkempen di Kuala Besut.

"Sekali lagi, kita lihat pengumuman program projek dalam PRK Sungai Limau.
"Saya juga ada menerima aduan daripada penduduk Kuala Besut yang setakat ini tidak melihat sebarang projek berjalan d isana seperti yang diumumkan oleh pemimpin BN. Sebab itulah saya kata BN ini hanya tahu umum saja," katanya.

Beliau berkata, pada PRK Kuala Besut lalu, BN menghabiskan sekurang-kurangnya RM337 juta untuk berkempen, manakala jumlah yang dihabiskan pada kempen kali ini lebih kecil.

"Projek mereka ini adalah 'projek air liur',” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap pengundi Sungai Limau dapat membuat pertimbangan dengan baik dan tidak termakan dengan janji manis pembangunan yang dijaja oleh BN pada PRK kali ini. - 1 November, 2013.

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Ketua Ulamak, Timbalan & Naib hanya Satu Pencalonan


 


KUALA LUMPUR: Hanya satu sahaja pencalonan yang diterima bagi pemilihan jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat untuk sesi 2013-2015.

Pada sesi lalu Datuk Ustaz Harun Taib telah dipilih sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan untuk pemilihan kali ini beliau dicalonkan semula, begitu juga timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan naibnya, Datuk Dr Ustaz Mahfodz Mohamed.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi sebanyak lima borang pencalonan daripada lima negeri telah diterima dan disahkan.

Bagaimanapun katanya, untuk jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak pihaknya tidak menerima satupun pencalonan bagitu juga untuk jawatan Pemeriksa Kira-kira yang hanya menerima satu pencalonan sedangkan di dalam perlembagaan ianya memerlukan dua orang untuk jawatan itu.

Untuk kedua jawatan ini, beliau berkata ianya harus diselesaikan oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat nanti, jika tidak akan timbul masalah dengan Perlembagaan PAS.

Bagi pencalonan Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Pusat, Asmuni mengumumkan hanya 15 orang sahaja yang layak dicalonkan daripada 32 pencalonan yang diterima, namun seramai 12 orang sahaja diperlukan untuk jawatan ini.

"Bagi jawatan Ulamak, kesemua mereka yang dicalonkan ini boleh mengambil kertas pencalonan mereka sebelum jam 4.00 petang ini. Jika tidak kertas itu akan diposkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Beliau mengingatkan kepada mereka yang dicalonkan dan berhasrat untuk bertanding mesti menghantar penerimaan pencalonan tidak lewat pada 8 November ini sebelum jam 5.00 petang.

Berikut adalah senarai calon yang layak bertanding.

Pengerusi Tetap: Ustaz Hamdan Mohamad

Ketua: Datuk Ustaz Harun Taib
Timbalan Ketua: Ustaz Datuk Ahmad Yakob
Naib Ketua: Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Ahli Jawatankuasa:

Ustaz Abdullah Hussin
Ustaz Abu Bakar Abdullah
Ustaz Mohd Asri Mat Daud
Ustaz Mustafa Shaari
Ustaz Dr Azhar Yaakob
Ustaz Dr Badrulzaman Yusuf
Ustaz Khir Muntanazar Ismail
Ustaz Dr Khairudin Aman Razali
Ustaz Mohd Lutfi Ariffin
Ustaz Mohd Zain Abd Rahman
Ustaz Mokhtar Senik
Ustaz Nik Mohamad Zawawi Salleh
Ustaz Zulkifli Ismail
Ustaz Mohd Zainol Asri Romli
Ustaz Mohamad Ismi Taib

Pemeriksa Kira-kira: Ustaz Ibrahim Omar

Seterusnya..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Dr Mujahid Ulas Bajet 2014: Reformasi Bajet & Subsidi

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa  

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

TIADA YANG BARU

Persidangan Parlimen bagi perbahasan Bajet 2014 pada minggu lepas hakikatnya tiada yang baru. Apa yang baru ialah sebelum Bajet 2014 dibentangkan ialah buku laporan audit diletakkan lebih awal di atas meja semua Ahli Parlimen.

Kami menerima laporan audit pada hari terakhir awal Oktober lalu sebelum masuk pada 23 Oktober 2013 untuk persidangan bajet.

Namun apa yang biasa ialah laporannya yang penuh dengan maklumat ketirisan berpandukan kepada pengauditan tertentu yang digunakan oleh Jabatan Audit Negara. Pendahuluan kepada pembentangan Bajet 2014 buat sekian kalinya dibayangi oleh kegagalan tatakelola kewangan negara.

Kenyataan bahawa buku laporan audit telah diberi lebih awal kali ini berbanding tahun lepas tidak dapat mengubah keadaan bahawa salah guna dana awam yang diamanahkan kepada kerajaan Barisan Nasional terus berlaku.

PEMIKIRAN BAJET BN

Bajet sebenarnya tidak boleh berfikir tetapi cara perencana bajet boleh dikesan dengan gaya boros dan tidak bertanggungjawabnya. Pemikiran bajet kerajaan BN ialah belanja dan beri selagi kita boleh ambil dari poket rakyat.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil dari poket rakyat tetapi yang salah ialah cara dan bagaimana kerajaan membelanjakan duit yang diambil itu. Jikalau kita memberi duit kepada seseorang lalu mendapati duit itu digunakan dengan cara boros dan tidak bertanggungjawab, apakah kita rela atau reda duit kita diperlakukan demikian?

Sebaliknya jika duit kita digunakan dengan baik dan bertanggungjawab sudah tentu kita tidak ada masalah untuk memberinya lagi. Dalam suasana kerajaan BN mengekalkan rekod tatakelola kewangan yang buruk, bajet kali ini memperkenalkan good and service tax (GST) pula -  dan ini tidak banyak membantu keyakinan rakyat terhadap moral kawalan kewangan pemimpin kerajaan BN.

APA SALAH GST?

Tiada salahnya GST, yang salah ialah keabsahan moral BN yang nak mengambil cukai daripada rakyat sedangkan isu ketirisan dan pemborosan tidak digarap dengan satu komitmen yang penuh bertanggungjawab.

Kerajaan BN tidak serius untuk menangani penyelewengan kewangan dana awam sedangkan adalah menjadi syarat utama mana-mana kerajaan yang melaksanakan dasar cukai yang bertanggungjawab untuk mengasaskan sebuah kerajaan yang telus dan cekap tatakelola kewangannya.

Dengan latarbelakang ini, kami dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan menentang GST,  tetapi kami menentang suasana kerajaan yang boros dan membazir tidak patut menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan cukai menyeluruh atau GST.

Kerajaan dalam suasana ini seharusnya mereformasikan cara tatakelola kewangannya bukan melonggokkan masalahnya kepada rakyat!

BIJAK DAN BERHEMAH

Bagaimana rakyat boleh menerima percukaian baru GST jika ciri utama bajet iaitu ‘bijak’ dan ‘berhemah’ tidak ada dalam perbelanjaan kewangan negara. Pejabat Perdana Menteri seharusnya menjadi contoh kepada prudent spending tetapi pada kadar peruntukan yang tinggi iaitu 16 bilion, PM kita tidak meletakkan asas yang baik kepada Kementerian yang lain.

Apa yang mengecewakan ialah sebahagian besar peruntukan melibatkan bayaran gaji mewah pegawai kontrak dari agensi yang ditubuhkan oleh Pejabat Perdana Menteri malah CEO agensi seperti Pemandu, Talent Corp, Agensi Inovasi Malaysia, SPAD menikmati gaji lebih tinggi dari gred tertinggi penjawat awam.

Apakah rasional perbelanjaan yang besar ini? Apakah dengan penubuhan agensi-agensi yang 'memakan'  poket perbelanjaan awam, tata kelolaan kewangan dan projek kerajaan jadi lebih berkesan?

Tanyalah kepada laporan audit, anda akan berjumpa jawapannya.

Ketirisan tetap menjadi tema perbahasan bajet buat sekian kalinya, dianggarkan keseluruhan ketirisan mencecah  RM 20-30 bilion, manakala projek yang sarat dengan pelbagai masalah seperti PLKN yang menelan belanja RM 750 juta tahun 2012.

Apakah ia perlu diteruskan atas akaun rakyat? Apabila berhemah dan bijak tidak lagi menjadi ciri utama bajet BN, bagaimana kerajaan mengatakan mereka perlu melaksanakan cukai menyeluruh?

BERKESAN

'Jiwa besar’ BN tidak memberi alasan untuk mengatakan bajet kerajaan BN berkesan, ini adalah kerana niat baik satu hal tetapi keberkesanan membantu satu hal yang lain.

Dalam hal ini, isu subsidi menjadi perbahasan hangat apabila rasionalisasi subsidi mengisyaratkan persediaan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan subsidi.

Selama ini subsidi menelan belanja yang besar dari keperluan bahan api dan makanan asas. Keberkesanan subsidi ialah apabila ia sampai tepat kepada kelompok yang memerlukan tetapi apabila ia dilaksanakan secara umum ia berpotensi untuk menjadi ketagihan kepada rakyat.

Subsidi secara umum tidak lagi berupaya untuk menampung suasana perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat sedangkan pendapatan semakin menguncup.

IMF mencadangkan peralihan kepada subsidi bersasar supaya perbendaharaan negara dapat melakukan penjimatan untuk disalurkan kepada peruntukan pembangunan dan modal insan.

Negara kita sedang menuju ke arah itu, namun data supaya sasaran kelayakan penerima subsidi dari rakyat Malaysia masih kabur. Pusat pengumpulan data yang komprehensif berpandukan pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 adalah diperlukan.

Subsidi bahan api seperti petrol tidak berkesan kerana yang menikmati secara maksima ialah golongan mewah dan bukan golongan berpendapatan rendah, di sini berlaku pembaziran subsidi dari sudut kelompok sasaran.

Dengan sasaran, yang mampu terpaksa berkorban untuk membeli harga pasaran dan dengan itu kita dapat menyelamatkan peruntukan subsidi disalurkan kepada pembangunan dan pendidikan.

Malangnya struktur peralihan dari subsidi umum ke subsidi bersasar masih tidak kelihatan dalam bajet 2014 sedangkan inilah pendekatan terbaik untuk mengelakkan bebanan ke atas belanjawan kerajaan.

REFORMASI BAJET

GST bukan jawapan untuk menyelesaikan bajet seimbang yang diunjurkan oleh kerajaan menjelang 2020 selagi bajet tidak direformasikan.

Reformasi bajet melibatkan peningkatan pendapatan kerajaan melalui kaedah pencukaian yang lebih berkesan.

Antara yang boleh meningkatkan pendapatan dengan syarat kerajaan itu bertanggungjawab dan telus ialah dengan memperluaskan lingkungan pembayar cukai, memperkenalkan cukai keuntungan modal, meningkatkan duti stem untuk transaksi hartanah nilai tinggi.

Cukai yang 'dilarikan' perlu diambil balik termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan money laundering di mana dianggarkan RM 220 bilion dilesapkan sejak tahun 2009.

Ini merupakan satu sumber pendapatan yang telah dikhianati untuk kepentingan sendiri dan perlu dijejaki melalui mengheret mereka ke muka pengadilan.

Laporan audit perlu diambil serius dengan membuat tindakan pantauan dan lanjutan sepanjang perlaksanaan Bajet 2014 manakala SPRM bertindak ke atas para penjenayah bajet supaya memberi pengajaran kepada mereka yang berpotensi atau terlepas dari mengkhianati dana awam.

Hanya kesungguhan membenteras ketirisan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap cara mana-mana kerajaan mengendalikan dana awam.

KOMPAS MORAL

Bajet bukan sekadar soal ekonomi pendapatan dan perbelanjaan negara,ia bukan sekadar makro ekonomi tetapi ia juga adalah perkiraan politik yang penuh bertanggungjawab kerana ia ada kena mengena dengan peranan kuasa.

Apa yang kita tidak mahu lihat ialah politik yang membuat keputusan separuh masak dan mementingkan kelompok tertentu dan semata-mata mahu mengekalkan kuasa. Azam politik menuntut mereka yang berkuasa dan yang akan berkuasa memiliki keikhlasan dan kejujuran untuk meletakkan diri mereka dalam kompas moral sebelum menurunkan angka-angka dan petunjuk ekonomi.

Mampukah kita menikmati bajet berpemikiran baru untuk rakyat Malaysia?
Jikalau melalui pemikiran Bajet BN, saya no komen. Anda bagaimana?

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar

Lim Guan Eng & Kereta Mewah?

RAKAMAN GAMBAR DAN CERITA YANG BAKAL DIPUTAR OLEH MEDIA ARUS PERDANA.


Hari ini telah berlaku upacara serah menyerah kunci bagi kenderaan rasmi Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Setiap dari mereka menggunakan kereta Toyota Camry 2.5 bagi menggantikan kenderaan yang sudah uzur dan usang.

Apakah nanti akan berlaku putaran berita dan cerita dari media arus perdana milik dan kawalan UMNO kononnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng tidak patriotik kerana tidak membeli kereta nasional keluaran Proton. (http://omakkau.blogspot.com,)

Mengapa Blog You Asyik Salahkan UMNO?






CATATAN SANTAI 

"MENGAPA blog you asyik salahkan UMNO? Nanti orang bosan membacanya.." Tanya atau sindir kawanku, seorang 'Dr', semasa aku menemuinya di Putrajaya beberapa hari lepas.

"Oh! Nanti aku jawab dalam blog," kataku. "Kerana ramai juga yang bertanya begitu dalam blog. Biar aku jawab sekali harung!"

Maka ini jawapannya secara ringkas.. 

Kerana kita sayang pekerintah kita, kita wajib sedarkan tanggung jawab pemerintah terhadap rakyat. Memadai dengan merenung satu hadis ini dulu..

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَاسَرِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا مِنْ وَالٍ يَلِيْ رَعِيَّتَهُ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ فَيَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لَهُمْ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
(رواه البخاري ومسلم )

Terjemahan Hadis
  • Ma’qil bin Yasar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Mana –mana pemerintah yang memerintah rakyat Islam, tiba –tiba pemerintah itu mati dengan keadaan menipu rakyat , maka balasannya Allah mengharamkan masuk syurga .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan mengenai perawai Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ma’qil bin Yasair RA

Nilai Hadis: Hadis ini menerangkan tentang tanggungjawab besar seorang pemimpin yang memerintah umat Islam, hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan baik, tidak boleh melakukan penipuan terhadap mereka. Allah SWT akan menyiksa mereka dengan azab api neraka , dengan diharamkan memasuki syurga.

Keterangan Hadis secara terperinci:

Pertama: Tanggungjawab pemerintah yang memerintah rakyat Islam

Pemerintah yang memerintah rakyat Islam hendaklah menjalan tanggungjawab
seperti berikut :
  1. Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orangramai, pemimpin hendaklah menganggap dirinya sebagai rakyat dan menjauhkan sesuatu perkara yang rakyat tidak suka .
  2. Jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan, kerana Allah SWT telah memerintahkan menyegerakan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 
  3. Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahawat, dan mesti berusaha agar sebahagian besar waktunya adalah untuk mentadbir .
  4. Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan mudah dan penuh kemesraan.
  5. Berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperolehi kepercayaan dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai – nilai syarak. 
  6. Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak dari kepentingan dirinya.
  7. Sekiranya rakyat dihukum , maka hukumlah dengan adil .
  8. Hendaklah mendampingi para ulamak .
  9. Meninggalkan sifat mazmumah seperti bermegah –megah , sombong dan garang serta panas baran.
  10. Mejauhi kezaliman .

Kedua: Bahaya perbuatan menipu .

A. Perbuatan menipu di larang oleh Allah serta bertentangan dengan ajaran Islam.
1.Allah SWT memerintahkan manusia supaya bersifat benar dan jujur, dilarang samasekali melakukan penipuan, Friman Allah SWT yang menyuruh bersifat benar di dalam surah Az –Zumar ayat 33 yang bermaksud :
  • Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
Dan firmanNya lagi di dalam surah Al Maaidah ayat 119 yang bermaksud : Allah berfirman:
  • "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia. itulah kejayaan yang amat besar".
2.Allah juga memerintahkan supaya menunaikan janji, melanggar pejanjian adalah melakukan penipuan , seperti fiman Allah SWT di dalam ayat 10 Surah Al-Fath yang menyatakan baiknya menunaikan janji :
  • Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
B. Menipu itu salah satu sifat mazmumah yang mana tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah kepadanya . Menipu adalah sifat yang keji yang dicela oleh agama ,dengan melakukan penipuan maka ia tidak amanah dan bertanggungjawab, sedang Allah memerintah supaya bersifat amanah seperti di dalam ayat 58 surah An Nisa’yang bermaksud:
  • Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Kesimpulan: Ringkasan pengajaran dari hadisdi atas..
  • Islam agama mementingkan soal pemerintah di samping soal akhirat .
  • Tiap –tiap pemerintah hendaklah menjalankan tugas dengan adil dan jujur .
  • Pemerintah yang zalim tidak masuk syurga .
  • Individu pemerintah mesti menunaikan suruhan agama,seperti solat.
Saranan: Dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Limau Kedah yang akan diadakan beberapa hari lagi, pilihlah calon atau parti yang mempunyai ciri-ciri di atas.

Kepada kawanku atau pembaca-pembaca weblog ini yang menganggap aku sentiasa menyalahkan UMNO, aku nak tanya balik, '..Apakah UMNO tidak ada salah sehingga tidak perlu ditegur dan dibetulkan?'  Kita juga bosan dan muak dengan 'ampu-sana ampu-sini' juak-juaknya..

Allahu 'aklam!

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
1 Nov 2013
KL

Sg Limau: PAS Menang Majoriti 500 Undi?



JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minimum majoriti 500 undi. Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

"Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinan semasa PAS terhadap PRK kali ini pada sidang media di Markas Induk PAS di Sungai Limau hari ini. Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengudi di sini yang akan membuat pilihan tepat pada 4 November ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu terlalu yakin kerana tempoh berkempen masih berbaki beberapa hari dan banyak perkara lagi yang harus dilakukan. Beliau turut ditanya keadaan di mana jentera BN di dakwa telah berjaya masuk ke beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.

"Kita tidak terlalu gusar, kita yakin dengan pengundi.
"Kita amal demokrasi, politik damai, dan kita tidak halang pihak lawan nak masuk kempen ke mana sahaja mereka mahu," katanya.

Dun Angkat

Ditanya berhubung cadangan agar Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat jika menang, Mahfuz berkata rakyat boleh menilai perkara itu.

"Kalau Datuk Mukhriz ikhlas, tak perlu tunggu menang pilihan raya, sepatutnya dia dah ambil Dun Sungai Limau ini sebagai Dun angkat sewaktu Allahyarham Ustaz Azizan sakit lagi.
"Jadi kenapa baru sekarang, bila ada pilihan raya kecil, baru perkara ini ditimbulkan," soalnya.

Siapa bertanding

Dalam pada itu, Mahfuz turut persoal siapakah sebenarnya calon BN yang bertanding ekoran wujud beberapa kain rentang yang boleh mengelirukan. Beliau merujuk kepada kain rentang serta poster yang meletakkan gambar Mukhriz dengan tulisan "N20 PRK Sungai Limau" iaitu seolah-olah Menteri Besar itu yang bertanding.

"Biasa kita letak gambar pemimpin lain sebelah calon ke, atau letak undilah BN ke. Ni macam dia yang kadi calon. Ini boleh mengelirukan.
"Saya minta SPR jelaskan adakah perkara ini dibenarkan," katanya. (Hrkh)

Lihat dari awal..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

Ustaz Ini Nak DiCekup? -myMetro


Foto
Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di Kemboja sudah mengenal pasti seorang ustaz di negara itu yang dikaitkan dengan pengutipan sumbangan dari rakyat Malaysia sebelum didakwa menggunakan wang itu untuk membina banglo ratusan ribu ringgit di perkampungan miskin dan terpencil di negara berkenaan.

Difahamkan, ustaz terbabit berada dalam pemantauan pihak berkuasa di Kemboja dan dijangka ditahan dalam tempoh terdekat untuk siasatan.


Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Kemboja Raja Saifful Ridzuan berkata, pihaknya memang mengenali ustaz itu yang sebelum ini pernah membawa rombongan warga Malaysia ke kedutaan kononnya mengenali individu tertentu di kedutaan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah memantau senario ‘tidak enak’ itu, malah sudah dihentikan selain tidak mahu ustaz itu bertindak sebagai ‘orang tengah’ seterusnya menjadikan ia sumber untuk mendapatkan wang daripada warga Malaysia yang mahu ke kedutaan .

“Malah, berdasarkan laporan Harian Metro sejak beberapa hari lalu, kami sudah mengenal pasti ustaz yang dimaksudkan dan dipercayai memang gemar menggunakan nama pegawai agensi agama di Malaysia untuk tujuan berkaitan.(myMetro)

Israel: Pertandingan Gambar/Intip Bawah Laut Merah


Perairan Laut Merah yang berada di wilayah Eilat ini menjadi lokasi favorit fotografer untuk pemotretan.
Seorang asisten fotografer mendampingi model saat menyelam menuju lokasi pemotretan model di bawah Laut Merah di Eilat, Israel, Selasa (29/10). ©Reuters/Rif Gabriel 

EILAT, Israel - Sekumpulan jurugambar amatur dan profesional berhimpun di sebuah bandar peranginan tepi pantai di sini untuk menyertai pertandingan merakamkan gambar di dalam laut.

Lebih 80 jurugambar menyertai pertandingan tersebut yang diadakan pada 20 hingga 26 Oktober lalu dalam pelbagai kategori. Beberapa model wanita turut menyelam dengan memakai pelbagai fesyen pakaian dan membuat aksi tanpa memakai tangki oksigen semasa gambar mereka dirakamkan.

Perairan Laut Merah yang berada di wilayah Eilat ini menjadi lokasi favorit fotografer untuk pemotretan.
Fotografer Johannes Felten saat hendak memulai pemotretan model di bawah Laut Merah di Eilat, Israel, Selasa (29/10).

Perairan Laut Merah yang berada di wilayah Eilat ini menjadi lokasi favorit fotografer untuk pemotretan.
Seorang model saat mempersiapkan diri sebelum menyelam bersama fotografer untuk pemotretan di bawah Laut Merah di Eilat, Israel, Selasa (29/10).

Dasar laut di bandar ini mengandungi bangkai sebuah kapal perang yang karam pada kedalaman 18.28 meter. Kos untuk merakamkan gambar di dalam laut dengan menggunakan kamera kalis air boleh mencecah sehingga AS$40,000 (RM125,821).

Hadiah utama imej terbaik yang dirakamkan pada pertandingan itu telah dimenangi oleh Mark Fuller dari Israel yang merakamkan gambar seekor ikan lut sinar. Dia memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,455). - Agensi


Seorang penyelam membantu seorang wanita menyedut oksigen semasa dia menjadi model pada pertandingan bergambar di dalam laut di bandar Eilat, Israel.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pertandingan rakam gambar atau sebenarnya pertandingan mengintip? Dikatakan ada peristiwa hampir-hampir begini juga berlaku atau dilakukan di Lautan Hindi, atau di laut dekat negeri Aceh sebelum berlakunya tsunami...

Thursday, October 31, 2013

"..Titiskan darah Cina dengan keris" Kata Najib Razak??





MP PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) menarik balik dakwaannya dalam Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi ketua Pemuda Umno pernah menyebut "titiskan darah Cina dengan keris" dalam satu perhimpunan.

Beliau menarik balik kenyataan itu susulan notis aduan yang dikemukakan oleh Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu Hanipa dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas kenyataan tersebut.

"YB Pekan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum apatah lagi menitis darah kaum Cina. Ini menimbulkan sangkaan jahat kepada YB Pekan," katanya.

Katanya, Hanipa perlu dirujuk ke jawtankuasa kuasa tersebut berdasarkan Peraturan Tetap 36 (6) yang menggariskan bahawa seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat kepada ahli dan dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.

Ahmad mengemukakan notis tersebut pada hari yang sama, 23 Oktober lalu dan meminta Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan mengenai status aduannya tersebut hari ini.

Dalam penjelasannya di Dewan Rakyat hari ini, Hanipa berkata kenyataannya itu dipetik dari tulisan laman ensiklopedia bebas Wikipedia berhubung penangkapan ramai ahli politik dan aktivis bawah ISA dalam Operasi Lalang 1987.

Ahmad yang tidak berpuas hati dengan jawapan Hanipa kemudiannya mencelah dan membaca petikan hansard parlimen bagi membuktikan bahawa Hanipa benar-benar membuat dakwaan tersebut ke atas Najib.

Dewan juga gamat seketika apabila suasana kecoh juga tercetus dalam apabila beberapa ahli parlimen BN bangun dan memberi amaran kepada Hanipa supaya tidak menafikan apa yang disebutnya pada 23 Oktober lalu.

Keadaan itu terpaksa ditenangkan oleh Pandikar yang menegaskan bahawa beliau akan menyiasat sekiranya Hanipa mempertikaikan hansard parlimen.

"Saya minta YB fikir baik-baik apa yang tertulis itu (betul) atau tidak. Kalau mahu menarik balik, saya anggap perkara ini selesai.
"Kalau tidak tarik, saya ada dua pilihan (sebab) ada kes prima facie untuk dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan atau membuat ruling di bawah peraturan 36.6," katanya.

Susulan itu, Hanipa bangun dan mengakui apa yang terkandung dalam hansard dan beliau bercakap perkara itu kerana menganggap ia satu yang benar.

"Sekiranya tidak benar, saya tarik balik," katanya yang kemudiannya mencetuskan desakan lanjut ahli parlimen BN supaya menarik balik.
"Untuk menyenang hati pihak-pihak (BN), saya tarik balik... Saya mohon maaf (kenyataan itu)," katanya.

Bebearapa orang MP BN bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan terus menimbulkan kekecohan dalam dan terpaksa ditenangkan oleh Pandikar sekali lagi.

"Saya anggap isu ini selesai, kerana saya berpuas hati dia tarik balik, dia minta maaf.
"Tetapi biasa orang politk, ada ekorannya 'kalau senang hati'. (Jadi) saya senang hati, tidakkah YB senang hati?" kata Pandikar. (MK)

Alvin Tan-Vivian Lee Didakwa Hina Islam Kerana Provokasi P/UMNO?

Pasangan penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pagi ini untuk membatalkan tuduhan terhadap mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Oktober, 2013. 
Pasangan penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pagi ini untuk membatalkan tuduhan terhadap mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Oktober, 2013. 

Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee mendakwa kekecohan berhubung gambar 'Bak kut teh' yang dimuat naik di Facebook pada Ramadan lalu disebabkan orang-orang Islam sensitif dan beremosi selain mendakwa ia diprovokasi oleh sesetengah pemimpin Umno.

Ini terkandung dalam afidavit pasangan tersebut untuk memohon mahkamah mengenepikan tiga pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 298A, Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

“Dakwaan ini adalah andaian dan persepsi yang dicetuskan akibat kenyataan umum yang diberikan oleh beberapa ahli politik Umno berkenaan dengan perbuatan pemohon-pemohon tersebut untuk mengocak pemikiran rakyat Malaysia (terutama rakyat beragama Islam) dengan tujuan dan objektif politik mereka,” kata kedua-dua Tan dan Lee dalam afidavit mereka.

Mereka didakwa menyebabkan gangguan terhadap keharmonian, mengganggu perpaduan dan menimbulkan kebencian agama. Semasa pendengaran permohonan tersebut di mahkamah hari ini, peguam pasangan tersebut Chong Joo Tian berhujah seksyen tersebut tidak seharusnya digunakan kepada bukan Islam dan ia bukan bermaksud mengawal ketenteraman awam.

Sementara Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun berhujah tidak dapat dibuktikan Seksyen 298A hanya termaktub kepada orang-orang Islam. Beliau turut mengatakan, seksyen tersebut boleh digunakan terhadap orang-orang Islam yang menjemput penganut agama Hindu memakan daging lembu semasa perayaan Deepavali. – 31 Oktober, 2013. (TMI)

Mengapa 2 Gadis Kecil Ini Pilih Islam..


null
Jasmin dan Jade berfoto bersama penulis

oleh Nu Rhahida Arini

ADA sebuah pengalaman menarik yang cukup menggetarkan hati saya. Kisah ini  berawal dari prayer room  di University  of  Southampton, United  Kingdom

Seperti layaknya masyarakat di dunia Barat lainnya, kaum Muslimin adalah minoriti di negara Inggeris itu termasuk di  kota  Southampton.  University of Southampton  sendiri adalah  universiti terbesar di kota tersebut  dan berdiri  cukup lama  sehingga  memiliki banyak pengalaman  di bidang pendidikan. Tidak hairan jika banyak mahasiswa asing yang menuntut ilmu disini termasuk dari negara-negara Islam. Alhamdulillah

Komuniti Islam di kampus ini cukup solid walaupun jumlahnya tidak cukup banyak. Di antara salah satu usaha menghargai agama lain, sebuah prayer room (ruangan sholat) berdiri di tengah kampus, tempat di mana mahasiswa/i Muslim suka berkumpul untuk melaksanakan sholat-sholat fardhu dan berjamaah  5 waktu. Bahkan di hari Sabtu dan Ahad. Di sini juga menjadi tempat berkumpul pada saat perayaaan hari-hari besar Islam.

Biasanya, pada saat jam  kuliah, prayer room  selalu  dipadati oleh  mahasiswa-mahasiswa  Muslim yang akan menunaika sholat. Menjelang petang,  jamaah yang hadir sudah mulai berkurang, tidak sebanyak siang hari. Di suatu hari menjelang sholat Maghrib berjamaah, di antara jamaah yang hadir ada dua gadis kecil yang cantik. Sekilas dua gadis ini terlihat biasa saja, layaknya gadis kecil yang akan ikut sholat, mereka tidak selalu terlihat serius, sering mereka juga bermain atau sekedar bercanda di dalam prayer room.

Awalnya saya pikir mereka adalah anak salah satu jamaah dari salah satu negara di Timur Tengah. Sebab wajah penduduk dari belahan dunia tersebut terkadang tampak khas di mata saya. Kulit kuning dan rambut kecoklatan tampak sekali mereka seperti anak kecil dari  negara  di sekitar semanajung Arab. Setelah sholat Maghrib saya kembali ke ruangan saya untuk melanjutkan aktiviti yang saya lakukan saat itu. Ketika waktu sholat Isya tiba, saya kembali pergi ke prayer room dan bertemu kembali dengan dua gadis kecil tadi.

Pikir saja, rajin juga mereka,  dari Maghrib  belum pulang, sampai dibela-belai menuggu sholat Isya’ berjamaah juga.  Muncul rasa kekaguman saya pada mereka. Beberapa hari kemudian dan di hari-hari lain saya bertemu lagi dengan kedua gadis kecil tersebut. Dan seperti hari-hari sebelumnya mereka juga menunaikan sholat Maghrib dan Isya’ berjamaah di prayer room.

Pikir saya hebat juga semangat dua anak ini untuk  sholat jamaah di prayer room. Maklum, saat sholat berjamaah Maghrib dan Isya’ biasanya kondisi prayer room tidak seramai siang hari kerana mahasiswa-mahasiswa  sudah kembali ke rumah masing-masing, hanya beberapa orang saja yang ikut berjamaah dan rata-rata mereka  adalah mahasiswa S3 yang bekerja sampai larut malam, sehingga 2 gadis ini sangat menarik perhatian saya apalagi kondisi cuaca di UK saat ini sedang musin gugur sangat dingin pada malam hari.

Untuk pergi ke prayer room bagi gadis kecil seusia mereka sudah merupakan perjuangan berat kerana harus melawan dingin. Tak henti-hentinya kekaguman sama muncul kembali. Terpikir oleh saya pasti  orangtua mereka sangat baik menanamkan Islam sampai mereka rela pergi malam hari untuk sholat berjamaah. Setelah sholat Isya’ saya  menghampirinya dan berkenalan.  Saya bertanya sedikit sekedar menjawab penasaran saya akan ketekunan keluarga mereka menanamkan Islam.

Dugaan saya selama ini salah besar.  Subhanallah cerita mereka benar-benar menyentuh hati saya dan membuat saya merasakan keagunganNya.  Ternyata mereka sedang belajar sholat kerana sedang tertarik dengan Islam.

Mulanya Melihat Sholat

Dua gadis tersebut bernama Jamine (11 tahun) dan Jade (12 (tahun). Mereka berdua bersahabat  di sekolah. Jangan keliru, mereka bukan dari keluarga dari Timur Tengah, seperti dugaan saya sebelum ini. Mereka adalah gadis kecil Inggeris asli (native girls) dan berasal dari keluarga non Muslim. Orangatua mereka bukan Muslim, bahkan tidak ada seorang pun dari keluarga besar mereka yang memeluk agama Islam.

Tidak seperti layaknya anak-anak di Indonesia (negara penulis) yang mengenal Islam kerana orangtua atau keluarga mereka. Rupanya Islam  sudah menyentuh hati mereka  tanpa dorongan  siapapun dari keluarga mereka. Dengan izinNya, Allah telah membukan pintu hati mereka dan memebuat mereka tergerak hati untuk ingin tahu dan belajar tentang Islam. Subhanallah!

Rupanya, tertariknya mereka berawal ketika melihat salah seorang teman sekolah mereka  yang berasal dari Pakistan sedang melaksanakan sholat. Seperti diketahui, Inggeris  adalah  negara multicultural hingga banyak penduduk dari  negara  lain tinggal sementara atau bahkan menetap di termasuk dari penduduk negara-negara  Islam.

Akibat sering melihat teman mereka yang berasal dari Pakistan sedang sholat membuat, dua sahabat cilik ini penasaran. Dari rasa penasaran itulah kemudian timbul ketertarikan mereka berdua terhadap Islam. Beruntung mereka tinggal di sekitar kampus  sehingga mereka dapat mencari informasi  dan memberanikan diri untuk mengunjungi di prayer room kampus.

Pada awalnya mereka hanya bermain saja, namun tak perlu menunggu waktu lama  sampai akhirnya mereka tertarik untuk ikut sholat berjamaah juga. Meski mengaku awalnya malu-malu dan tidak suka menjadi perhatian dan sorotan sisters (jamaah putri) di prayer room, Alhamdulillah saat ini mereka sudah mulai boleh menerima kehadiran dan bergabung dengan jamaah puteri  yang lain.

Kami dan para sisters akhirnya sepakat untuk tidak terlalu membebani mereka dengan ajaran Islam dan untuk sementara waktu membiarkan mereka betah di prayer room dan nyaman dengan Islam terlebih dahulu. Dengan merasakan hangatnya persaudaraan dan keluarga di lingkunagn Islam, semoga semakin membuat mereka lebih tertarik akan Islam.

Kisah  mereka benar-benar membuat saya tersentuh. Jika Allah sudah menginginkan untuk membuka pintu hati seseorang, maka siapapun orang tersebut pasti akan menerima hidayahNya.
Saya ingat Surat al-Qashash;

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
  • “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” [QS: al-Qashash: 56]
Subahanallah, masihkah kita tidak malu pada diri sendiri yang sudah mengenal Islam semenjak kecil tapi kadang tidak mempunyai semangat yang gigih untuk lebih dekat denganNya. Doa kami para jamaah puteri di prayer room untuk kedua gadis kecil tersebut, semoga mereka akan menjadi Muslimah yang kaffah, akan ikut menyiarkan Islam  di UK kelak. Dan semoga kita semua juga mendapat berkah dan rahmat Allah dan dibukakan pintu hati untuk selalu dekat denganNya. Amin.!

Southampton, 23 Oktober 2013
Penulis adalah dosen Poltek Elektro ITS sekarang sedang kuliah S3 
di University of Southampton, 
United  Kingdom

Lihat sebelim ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Umno Tidak Rujuk Al-Quran, Hadis - Mohd Taib

MUHAMMAD Muhd. Taib (tiga dari kanan) bersama Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (tiga dari kiri) Datuk Dr. Mohd. Zahid Hamidi (dua dari kiri) Datuk Sri Shaffie Afdal (dua dari kanan) Tan Sri Mohd. Isa Samad (kanan) dan Datuk Onn Ismail (kiri) mengangkat tangan pada majlis memperkenalkan senarai nama calon yang bertanding dalam Perhimpunan Agong Umno ke 58 di Shah Alam, semalam.(Gambar 2009)

IPOH: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, Umno tidak pernah merujuk kepada al-Quran dan Hadis dalam perjuangannya. Menurutnya, perkara tersebut berbeza dengan PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan rujukan utama setiap masa.

Itulah antara penyebabnya mengambil keputusan menyertai PAS setelah bergelumang dalam Umno sejak tahun 1964 lagi.

"Masa saya jadi Menteri Besar (Selangor), saya tidak pernah buka (rujuk) al-Quran untuk mentadbir negeri, begitu juga semua Perdana Menteri sehinggalah Najib ketika ini.
"Tetapi dalam PAS berbeza, Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi selalu rujuk al-Quran ketika mereka memerintah negeri masing-masing," katanya ketika membentangkan kertas kerja di Konvensyen PAS Perak di Hotel Tower Regency, Ahad lalu.

Mantan Naib Presiden Umno itu menjelaskan, beliau mengambil keputusan menyertai PAS apabila telah menyedari akan perjuangan Umno yang semakin menyimpang. Katanya, beliau ingin membetulkan dirinya kembali dalam pengakhiran usianya dan ingin membantu PAS mencapai hasrat memerintah negara dan memimpin ummah.

PAS katanya diwakili golongan berkemahiran agama dan profesional yang cerdik pandai tetapi Umno hanya menjadi parti ikutan tidak berdasarkan pemikiran.

"Umno hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja, mereka yang masuk Umno bukan yang berfikir. Tidak seperti orang yang menyertai PAS.
"Saya melihat, PAS adalah parti yang paling relevan dan sesuai untuk memimpin masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu," ujarnya lagi.

BN katanya hanya berjaya dalam pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya gagal untuk mendidik rohani serta akhlak masyarakat. Tambahnya, Rakyat perlukan usaha daripada kumpulan baru yang berani untuk merubah suasana masyarakat dinegara ini.

Jelas Muhammad, PAS sangat diyakini dapat melahirkan masyarakat yang selamat di dunia dan akhirat disamping mengukuhkan aspek modal insan dan membangunkan kemanusiaan. Justeru, beliau menggesa agar PAS lebih bersedia dan mengukuhkan lagi kedudukannya agar dapat meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu.

"Kita kena kerja daripada sekarang untuk meyakinkan pengundi dan masyarakat tentang keperluan untuk berubah.
"Kita perlu hebahkan tentang kelebihan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berbanding BN antaranya betapa cekap dan amanahnya pemimpin Pakatan Rakyat membelanjakan duit kerajaan," jelasnya lagi. (Hrkh)

Tuduhan Rasuah Blog Padi Jantan, Diarah Bayar RM100,000






ALOR SETAR: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor (gambar) menang dalam tuntutan samannya terhadap penulis blog, Sobri Sudin.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar, Alor Setar Abu Bakar Katar dalam keputusannya mengarahkan Sobri membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 kepada Sanusi, di samping kos tuntutan plaintif sebanyak RM30,000.

Pada 27 Februari 2013, Sanusi melalui peguamnya Amirul Fairuzzeen Jamaluddin dari firma guaman  Amin Amirul & Partners telah menfailkan tuntutan mahkamah terhadap Sobri Sudin kerana memfitnahnya.

Fitnah yang tersiar dalam blog Padi Jantan pada 22 Julai 2012 itu mendakwa kononnya Sanusi telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dengan kes rasuah bernilai RM1.3 juta.

“Mahkamah ini sedar fitnah yang dibuat oleh plaintif telah dibuat oleh teknologi tercanggih iaitu internet.

“Dengan mengambilkira kedudukan plaintif iaitu bekas Setiausaha Politik Menteri Besar dan juga penglibatannya dalam parti politik PAS sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Penerangan PAS Kedah.

“Mahkamah ini berpendapat gantirugi am sebanyak RM100,000.00 adalah munasabah dan memadai,” ujar Pesuruhjaya Kehakiman dalam keputusannya.

Bagaimanapun mahkamah tidak memberikan gantirugi teruk kepada plaintif kerana defendan tidak memfailkan apa-apa pembelaan justifikasi.

Dalam kenyataannya di galeri mahkamah selepas hakim membuat keputusan, Sanusi melahirkan kesyukuran kerana kebenaran berpihak kepadanya.

Beliau mengingatkan para penulis blog supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah kerana kesan untuk pihak lain dan akibat yang terpaksa ditanggung oleh pemfitnah juga sangatlah buruk.

“Di dunia lagi mereka sudah merasai akibat buruk dari memfitnah orang, bagaimana pula nasib mereka di akhirat?” ujar Sanusi.

Keputusan mahkamah juga, kata Sanusi, membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah dahulu adalah kerajaan yang bersih dan berintegriti sehingga tiada kes penyelewengan yang boleh disabitkan terhadap mana-mana pemimpin politik dalam kerajaan negeri. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails