Saturday, November 09, 2013

Stevia, Kalau Diusahakan Di Malaysia.. -Mardi

By HMH HERBA

TIMBUL persoalan, apakah ada potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gula?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi Dan Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula. Tapi, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter.
“Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti atau kegemukan.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi Dan Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.
Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini. Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.
“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.
“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.
Kesimpulan: Walaupun diragui potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini, yang boleh dijadikan industri bahan pengganti gula... Namun jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba..  Atau dijadikan makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan.. terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti atau kegemukan yang menyerang Malaysia masakini..

Maka ianya suatu peluang baik untuk berbakti kepada Agama dan negara supaya rakyat jadi sihat.. Juga dapat membantu kewujudan asahawan-usahawan tempatan supaya bukan sahaja sihat badan, tetapi juga sihat ekonominya...

Bersambung.. Insya Allah!

Friday, November 08, 2013

Anak Abd Hadi Tanding Jawatan Anak Nik Aziz?


Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz

Anak lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 November ini.

NONEJawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula.  Nik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya.

Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad.

Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.

Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang.

NONERaja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama.

"Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK.
"Aktif berpersatuan di sana," kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok. (MK)

Mujahid Tanding AJK Pusat Tolak N/Presiden


KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS, sebaliknya hanya menerima untuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Parit Buntar itu dalam satu kenyataan petang ini.

"Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, saya menerima pencalonan sebagai AJK PAS Pusat dan tidak menerima pencalonan sebagai Naib Presiden.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan saya sebagai Naib Presiden, namun saya yakin barisan nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut lebih berwibawa dan berkemampuan serta layak," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pencalonan untuk pemilihan Muktamar 2013

Bagi memenuhi kehendak perlembagaan parti, muktamar kali ini menuntut para perwakilan memilih kepimpinan baru di semua peringkat. Bagi peringkat Pusat, saya telah dicalonkan oleh beberapa kawasan sebagai mengisi jawatan Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Saya merakamkan jutaan terima kasih ke atas penghormatan yang diberikan terhadap saya dalam pencalonan ini dan saya amat menghargainya.

Saya yakin PAS mempunyai barisan pelapis yang berwibawa untuk memimpin parti dan sesiapa sahaja yang akan dipilih nanti jika menerima pencalonan pasti akan memberikan yang terbaik untuk kepentingan parti dan bukan untuk kepentingan diri atau kelompok.

Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, saya MENERIMA pencalonan sebagai AJK PAS Pusat dan TIDAK MENERIMA pencalonan sebagai Naib Presiden. Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan saya sebagai Naib Presiden, namun saya yakin barisan nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut lebih berwibawa dan berkemampuan serta layak.

Saya perlu menumpukan tugasan saya meneruskan misi dan visi parti untuk PRU yang akan datang dan memperkukuhkan hasrat Pakatan Rakyat ke Putrajaya selain cuba memperkukuhkan peranan PAS di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

Semoga muktamar kali ini menyaksikan pemilihan pimpinan yang terbaik dan saya doakan kepada rakan-rakan seperjuangan daripada calon-calon yang menerima semoga bersainglah dengan akhlak Islam dan garis panduan yang disediakan oleh jawatankuasa pemilihan parti.

T/Presiden: Husam Tarik Diri, Tinggal 2 Mohd Bertembung.


 JAWATAN timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad Sabu dengan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Ia berlaku berikutan keputusan Datuk Husam Musa hanya sedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja dengan alasan "untuk kestabilan parti".

Husam menyerahkan borang penerimaan pencalonan untuk naib presiden kepada Setiausaha Eksekutif PAS pada jam 4.40 petang ini. Tarikh tutup adalah jam 5 petang. Husam, dalam kenyataannya, berkata pencalonan terbanyak yang beliau terima  adalah untuk jawatan naib presiden.

"Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka inginkan saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.

Husam ketika memaklumkan keputusan ini kepada The Malaysian Insider berkata, memandang suasana parti yang ada sekarang, beliau berpendapat faktor kestabilan menjadi sangat penting.

"Atas dasar itu saya memilih untuk bertanding naib presiden sahaja walau pun mendapat pencalonan yang agak baik untuk timbalan presiden," kata Husam.

Keputusan Husam ini bermakna, dua tokoh paling popular iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan terbanyak dan beliau yang kedua untuk bertanding jawatan timbalan presiden memilih untuk menolak bertanding jawatan itu.

Sebelum ini, Salahudin Ayub telah mengumumkan beliau akan bertanding naib presiden sahaja menjadikan yang tinggal adalah Mohamad Sabu dan Mohd Amar.

Untuk kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum membuat sebarang pengumuman.

"Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider semalam. Hari ini, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Ini bermakna, tinggal lima calon akan bertanding untuk tiga kerusi naib presiden ini iaitu Abu Bakar, Husam, Salahudin, Tuan Ibrahim dan kemungkinan Mahfuz. – 8 November, 2013.(TMI)

Husam Akan Lawan Mat Sabu

Pengamat jangka Husam akan lawan Mat Sabu

Pengamat politik PAS menjangkakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa akan bertanding jawatan timbalan presiden menentang penyandang sedia ada Mohamad Sabu. Keputusan itu dikatakan dibuat setelah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengumumkan untuk berentap di peringkat naib presiden sahaja.

mohamad sayuti omar"Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa," tulis Mohd Sayuti Omar (gambar sebelah, kiri sekali) dalam blognya pagi ini.

Husam pada Isnin lalu dilaporkan hanya akan membuat keputusan untuk bertanding jawatan tertinggi parti selepas Tuan Ibrahim membuat keputusannya.

"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding," beliau dipetik sebagai berkata.
"Jadi sehingga beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan berbincang dengan semua peringkat parti."

Hampir pasti, kata sumber

Justeru, kini tanda tanya sama ada Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah akan turut berentap ke jawatan nombor dua, menurut artikel berjudul "Husam akan tanding timbalan, Idris tolak pencalonan" itu.

"Sekiranya Mohd Amar (bawah) berhajat elok beliau menayatakan pendirian lebih awal dari Husam," kata Mohd Sayuti yang juga penulis politik popular itu. Usaha Malaysiakini mendapatkan pengesahan Husam setakat ini belum berjaya.
NONE
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya memaklumkan hampir pasti Husam akan menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. Daripada aspek kewibawaan Husam dikatakan berpeluang membuat kejutan.

Bagaimanapun, satu-satunya beban yang mungkin menghantuinya adalah kenyataannya yang tidak akan mencabar Mohamad sebelum ini.

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.
"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya dalam forum membincangkan masa depan PAS di ibu negara pada 3 Oktober lalu ketika menjawap soalan penonton. (MK)

Nor Azman Ketua Pemuda PAS N9 Baru



JEMPOL: Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menerima teraju baru apabila Ustaz Nor Azman Mohamad dipilih sebagai ketua dewan itu pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan kali ke-28  baru-baru ini.

Muktamar pemilihan itu berlangsung di Muassasah Darus Syarif, di sini di mana menyaksikan Nor Azman telah menang tanpa bertanding sekaligus menggantikan Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa yang tidak mempertahan jawatan.

Beliau juga sebelum ini adalah bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan. Dalam ucapan penangguhan beliau, Nor Azman berkata pemuda harus berusaha dalam membina jaringan bagi melebarluaskan keterlibatan dalam masyarakat.

“Organisasi pemuda perlu diperkukuhkan, kurangkan kontroversi dan fokus kepada gerak kerja yang strategik.”
“Pemuda hendaklah bertindak dengan matang dan bijak dalam membina jaringan. Saya sarankan usaha untuk mengukuhkan rangkaian bersama agensi kerajaan dan juga NGO perlu diambil perhatian yang sewajarnya.” tegas beliau

Beliau juga menyarankan agar aktiviti bersama anak muda perlu diperhebatkan sama ada dalam bentuk sukan, wacana ilmiah mahupun kebudayaan. Dalam keputusan pemilihan itu juga, Yusry Mohamad dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negri manakala Mohd Azlan Zainal sebagai Naib Ketua Pemuda.

Muktamar itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Dr. Raja Iskandar Al-Hiss. (Hrkh)

Idris Ahmad Tolak Tanding Naib Presiden PAS


 
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015, sebaliknya hanya menerima untuk bertanding di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Ketika dihubungi Hrakahdaily, hari ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata keputusan yang dibuatnya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya telah diperhalusi beliau sendiri.

"Saya fikir, cukuplah untuk AJK.  Belum masanya untuk saya bertanding untuk jawatan naib presiden.  Apa yang penting, bagi saya untuk memastikan parti dalam perjuangan yang diterima masyarakat, yang boleh menjadi amal soleh apabila kita mati kelak," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan beliau untuk kedua-dua jawatan tersebut, bagaimanapun memohon maaf kerana menolak pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden

Ustaz Idris telah menyerahkan surat pengesahan untuk bertanding kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti semalam, sebelum ia ditutup petang ini.

Selain Ustaz Idris, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan telah menarik diri untuk bertanding jawatan ini.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik yang turut tercalon juga telah mengesahkan bertanding bagi jawatan ini.

Tiga penyandang jawatan ini termasuk Salahudin Ayub telah menyatakan kesediaan untuk mempertahan jawatan ini manakala Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa belum menyatakan pendirian.

Selain Mahfuz dan Husam, dua lagi yang belum membuat keputusan adalah Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Mujahid Yusof Rawa. (Hrkh)

Keputusan T/Ibrahim Menunjukkan Beliau Lebih Layak -Faridah Osman



TIDAK dinafikan PAS kawasan yang mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kecewa dengan keputusan yang dibuat malam tadi.

Namun, daripada satu sudut yang lain, penolakan jawatan itu lebih menunjukkan bahawa Tuan Ibrahim selayaknya untuk menjadi Timbalan Presiden PAS walaupun beliau mendapati orang lain lebih layak.
Kami terpaksa akur dengan keputusan beliau. Terpancar keikhlasan dan kerendahan hati, kebesaran jiwa serta kehalusan budi Tuan Ibrahim di dalam keputusannya ini.

Inilah antara insan yang layak dilantik sebagai pemimpin. Keputusan yang diambil sangat dihormati walaupun kami tidak setuju, kerana beliau sememangnya lebih layak untuk menjadi Timbalan Presiden. Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim boleh dikatakan antara pemimpin PAS yang paling menonjol memegang jawatan ini.

Kenyataan politiknya dibuat tanpa emosi diselit dengan elemen dakwah dan penerangan beriramakan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Kuliah agamanya tidak perlu disebut, sesiapa yang pernah mengikutinya akan terasa haus sehingga meminta-minta lagi.

Beliau sememangnya melaksanakan tugasnya “menerang memberi penjelasan dan bukan menyerang” pendirian PAS. Yang paling menonjol pada Tuan Ibrahim ialah Facebook peribadinya. Tulisan motivasi berlandaskan agama beliau cukup menyentuh, membuka minda dan makan dalam. Saya difahamkan beliau dibantu oleh anak angkatnya untuk memastikan ada tulisan setiap hari di Facebook untuk tatapan pengikutnya. Terima kasih kepada kamu berdua.

Kerana tulisannya, ramai yang kini memanggil Tuan Ibrahim sebagai ‘ayah’. Trademark beliau ialah ada perkataan ‘Senyum’ di penghujung setiap tulisannya yang membuatkan pembaca tersenyum seperti memerhatikan lesung pipit beliau. Tulisan di Facebooknya turut dibukukan – dan Tuan Ibrahim sejak menjawat Ketua Penerangan sudah ada dua buku sendiri iaitu Senyumlah dan Senyumlah 2.

Buat Tuan yang disayangi, selamat bertanding di kerusi Naib Presiden. Kami menghormati keputusan ustaz. Ustaz lebih tahu ukuran baju di badan sendiri berbanding kami. Teruskan mendidik kami dengan motivasimu. Akan sampai masanya nanti untuk ustaz menerajui PAS.

Bagi calon lain yang bertanding Timbalan Presiden, selamat bertanding. Kami yang menyokong Ustaz Tuan akan memilih secara bijaksana berdasarkan nasihat yang diberi Ustaz Tuan. – 8 November, 2013. (TMI)

Penulis: Faridah Osman

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

TG Nik Aziz Terima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate



KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri.

Anugerah julung kali diadakan itu sempena program Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelate 2013 yang diadakan dua tahun sekali. Majlis yang penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini tengah hari tadi.

Anugerah berkenaan diberikan kepadanya memandangkan beliau sentiasa menjadi idola pada anak muda tanpa mengira bangsa di negara ini. Sementara itu, pemain berbisa pasukan The Red Warriors, Mohammad Badri Mohd Radzi, atau lebih dikenali sebagai ‘Piya’ dianugerahkan Tokoh Sukan. Penyerang di posisi ‘attacking midfielder’ itu juga turut mendapat jolokan ‘Kapten Marvel’.

Sementara itu Tokoh Ulama Muda pula dianugerahkan kepada pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Tokoh Akademik pula Prof Madya Dr Irfan Mohammad. Selain itu Tokoh Usahawan, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris dan Anugerah Khas Murabi Anak Muda Kelate pula dianugerahkan kepada allahyarham Datuk Yahya Othman.

Kerajaan Kelantan turut menghadiahkan wang tunai RM2,000, pakej umrah, plak dan sijil yang ditanda tangani oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kepada empat orang tokoh tersebut. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat. Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian itu, berkata kerajaan negeri menganugerahkan beberapa tokoh kepada golongan muda dengan harapan mereka menjadi contoh pada masyarakat khasnya anak muda.

“Kehebatan anak muda dalam beberapa kategori telah dicungkil untuk diberi anugerah khas pada mereka semoga anak muda yang lain ingin menjadikan contoh yang sama,” ujarnya.

Sambungnya, kerajaan negeri tidak akan membiarkan golongan itu bersendirian tanpa memandu arah pada jalan kebaikan kerana mereka adalah bakal pentadbir negeri dan negara. Tegasnya, apa lagi golongan ini mudah dibentuk, ke arah mana mereka ingin dibawa.

“Sejarah Islam di zaman Rasulullah telah membuktikan anak-anak muda sebagai perisai kekuatan Islam seperti Saidina Ali, Saidina Omar, Abu Bakar dan sebagainya.
“Sahabat baginda ini sewajarnya menjadi contoh bagaimana kehebatan darah muda mereka dimanfaatkan untuk Islam dan masyarakat,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat.

Tuan Ibrahim Tanding Naib Presiden


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden parti itu dalam Muktamar Pas Ke-59, pada 22 November ini.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan atas kehendaknya sendiri tanpa dipengaruhi individu lain.

"Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara AJK, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar kali ini.

"Keputusan untuk bertanding jawatan ini adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Tuan Ibrahim adalah calon popular untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa juga turut berkata, beliau hanya akan menerima atau menolak tawaran jawatan nombor dua parti itu bergantung kepada keputusan Tuan Ibrahim.

Selain itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang turut mendapat pencalonan untuk jawatan tersebut tetapi membuat keputusan menolaknya dan selesa untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah masih belum memberikan jawapan untuk menyertai penyandangnya Mohamad Sabu atau tidak.

Dalam perkembangan yang sama, Tuan Ibrahim turut berkata,  memperkukuhkan ukhwah di dalam PR adalah faktor penting yang perlu untuk membuat keputusan terhadap jawatan yang ditawarkan.

"Pas kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam PR yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu," jelasnya lagi.

Pesuruhjaya Pas Pahang itu juga turut mengingatkan ahli Pas yang terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu aktivis, ulama, dan profesional tidak termasuk dalam perangkap yang dibina musuh untuk memecahbelahkan parti dan juga PR.

"Akhirnya saya ingin berpesan agar jangan sesekali kita termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh bagi memecah-belah antara kita dan jangan pula kita membenarkan apa yang musuh tuduh kepada kita.

"Setiap orang perlu memainkan peranan sebagai faktor penyatu parti. Menyatukan parti tidak harus diletakkan di atas bahu mana-mana individu tertentu sahaja," katanya. (TMI)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Ulama Mampu Rebut Semula Naib Presiden PAS -M/Kini


SELEPES dua tahun, kumpulan pro-ulama dilihat mampu merebut semula sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan profesional.

pas muktamar 130610 idris ahmadKebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.

Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.

Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).

Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuNasrudin bagaimanapun mengumumkan tidak akan berentap sebaliknya hanya mahu mencuba nasib sebagai ahli jawatankuasa pusat sahaja. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga tidak berminat turun pangkat dan rela berjuang bermati-matian di gelanggang sedia ada.

Perkembangan semasa menunjukkan Tuan Ibrahim paling berpeluang kembali ke jawatan yang pernah disandangnya empat tahun lalu.

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.
Berdasarkan populariti
Berdasarkan popularitinya, tidak mustahil pencalonan itu diterjemah kepada sokongan padu jika bekas penceramah popular Forum Perdana Ehwal Islam itu bertanding jawatan naib presiden.

NONEDengan perkataan lain, bekas pensyarah itu kini menjadi calon terbaik pro-ulama ke jawatan nombor tiga parti berbanding Mohd Amar, Idris dan Abu Bakar.

Sementara Idris pula masih perlu diperhatikan kerana masih mampu memberi tentangan sengit dalam percubaan kali keduanya selepas kalah tipis di tempat keempat pada pemilihan lalu, hanya kurang 125 undi untuk mendapat tempat.

Beliau mendapat 491 undi berbanding Salahuddin (753), Husam (660 undi) dan Mahfuz (616).

Bergelar ahli parlimen Bukit Gantang selepas pilihan raya umum Mei lalu memberi sedikit kelebihan kepada Idris kali ini. Anak kelahiran Perak itu juga mempunyai pengaruh tersendiri khususnya daripada negeri Darul Ridzuan itu.

Perak antara negeri yang mempunyai perwakilan teramai dalam muktamar PAS.

Manakala Abu Bakar sebagai pemimpin veteran PAS walaupun amat popular dan pernah memimpin sayap Pemuda suatu masa dahulu, kini dikatakan berdepan krisis hakisan sokongan dalam parti itu.

Mohd Amar pula mungkin tidak menyertai persaingan ini selepas dilihat cenderung bertanding di peringkat timbalan presiden.
 Peluang Salahuddin, Mahfuz cerah
BNONEagaimanapun, pengaruh penyandang sekarang tidak boleh diketepikan kerana kedudukan itu memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih menyerlah. Soalnya, siapa yang mungkin terkorban ekoran asakan dua tokoh ulama tadi ke jawatan itu?

Pemerhati politik berpendapat Salahuddin dan Mahfuz mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan jawatan sedia ada.

Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah pula dilihat mengukuhkan populariti ekoran kejayaan memimpin jentera PAS mempertahankan Sungai Limau dalam pilihan raya kecil baru-baru ini walaupun digasak hebat BN.

Walaupun Salahuddin dan Husam masing-masing dilihat berjiwa besar kerana sanggup meneroka kawasan baru dalam pilihan raya umum lalu, kelebihan masih memihak kepada Salahuddin yang mempunyai perwatakan diplomasi dan disenangi kumpulan profesional dan ulama sekali gus.

NONEManakala Husam pula sering dimomok-momokkan sebagai tergolong dalam kumpulan 'Anwarinas' dalam PAS, seperti sentiasa diuar-uarkan oleh akhbar arus perdana.

Setakat ini, hanya Abu Bakar sahaja yang menyatakan pendirian bertanding jawatan itu.
Manakala seorang lagi calon naib presiden Dr Mujahid Yusof belum membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu.
Bagaimanapun, 'diam' itu dilihat bukan 'diam kosong' tetapi masing-masing masih mencongak peluang di saat-saat akhir sebelum penerimaan pencalonan ditutup pada Jumaat ini. (MK)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Ummu Jah & 17 Pengikut Mengaku Bersalah Hidupkan Ajaran Al-Arqam


Balu pengasas pertubuhan Al-Arqam, Hatijah Aam atau Ummu Jah bersama-sama 17 pengikutnya hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini kerana menghidupkan ajaran Al-Arqam yang diharamkan.
 
Hakim Syarie Kamarulzaman Ali melepaskan kesemua mereka dengan bon berkelakuan baik selama setahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu dengan melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran berkenaan pada 1994.

Beliau turut mengenakan dua syarat iaitu kesemua tertuduh tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan ajaran Al-Arqam dan yang melanggar hukum syarak. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti kursus pemulihan akhlak yang diselia Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selama 500 jam.

Mahkamah turut mengenakan denda RM1,000 atau 14 hari penjara jika gagal membayar denda terhadap Ummu Jah selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syarak.

Kamarulzaman ketika membuat keputusan itu berkata pengakuan bersalah kesemua tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah dan proses pendakwaan.

"Rasa penyesalan dan tekad untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama bukan perlu disebut, sebaliknya perlu ditunjukkan dan peluang masih ada untuk memperbaiki diri selagi kita bernafas.
"Setiap manusia tidak pernah lari daripada berbuat silap dan orang yang mendengar taubat seseorang itu perlu bersangka baik dan jangan bersikap prejudis," katanya.

Kamarulzaman juga berkata mahkamah berpendapat hukuman denda dan penjara bukan jalan penyelesaian terbaik untuk menghukum seseorang. Mengikut pertuduhan, Ummu Jah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd untuk menghidupkan kembali ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam melalui syarikatnya yang mana ia melanggar fatwa mufti yang diwartakan pada 21 Disember 2006.

Sementara itu, 17 pengikutnya yang terdiri daripada pemimpin kanan pertubuhan itu yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 58 tahun didakwa menjadi pengikut syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd melalui syarikat Global yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam.
Ummu Jah dan pengikutnya yang terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 perempuan yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan itu di No. 316, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang dekat sini 1 Jan 2008 hingga 15 Mei, tahun ini.

Ummu Jah juga didakwa menerbitkan buku bertajuk '45 tahun 1968-2013 Perjuangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi yang kandungannya bertentangan dengan hukum syarak di tempat sama, tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1955 dan Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Mohamad Rafizan Ahmad Supian berkata kesalahan yang dilakukan kesemua tertuduh itu perlu dicegah dan alasan mereka tidak faham dan jahil mengenai sesuatu fatwa itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka melakukan kesalahan.

Mohamad Rafizan juga mencadangkan kepada mahkamah supaya menjatuhkan satu bentuk hukuman lain selain denda dan penjara yang dirasakan sesuai bagi membentuk akidah kesemua tertuduh kerana hubungan dengan Allah akan terhalang sekiranya rosak akidah.

Ummu Jah bersama-sama pengikutnya ditangkap oleh pegawai penguat kuasa Agama Jais di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Jeddah Mei lepas. - Bernama, 7 November, 2013.
  Ummu Jah bersama artis-artis terkenal semasa di Makkah.

Tuan Ibrahim Tarik Diri Tanding Timbalan, Terima N/Presiden PAS







KL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena Muktamar ke-59 bermula 22 November ini.

Keputusan itu dinyatakan dalam satu kenyataan di facebook beliau sebentar tadi. Bagaimanapun, beliau hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden, iaitu jawatan yang pernah disandang beliau empat tahun lalu.

"Pada saya, jawatan (timbalan presiden) itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.
"Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang.
"Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Keputusan penerimaan pencalonan. Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya  dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan masing-masing.

Pencalonan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada saya. Setelah surat pencalonan yang dihantar oleh Jawatankuasa pemilihan, saya dapati ada tiga jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Saya berasa amat bertuah atas kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh kalian semua.

Di dalam Perlembagaan PAS, hak pencalonan diberikan sepenuhnya kepada PAS kawasan, manakala yang dicalon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima. Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan; manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.

Pada pandangan saya, kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai ke akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanah tersebut. PAS kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu.

Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, namun pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerakerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang.

Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini.

Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Presiden. Namun, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan parti dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan.

Keputusan untuk bertanding Naib Presiden adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sebagai seorang ahli PAS, saya tetap istiqamah dalam memberi khidmat dan terus berusaha menguatkan jamaah dan memenangkan parti Islam sekalipun tanpa sebarang jawatan.

Akhirnya, saya ingin berpesan agar jangan sesekali kita termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh bagi memecah-belah antara kita, dan jangan pula kita membenarkan apa yang musuh tuduh kepada kita. Semua pihak sama ada aktivis, ulamak atau profesional adalah tenaga penting bagi memperkukuhkan perjuangan parti.

Mari kita memperkukuhkan jamaah ini dengan memelihara ukhuwah, thiqah pada pimpinan dan menghargai mereka yang lama dalam perjuangan yang berliku ini, serta tasamuh dalam perbezaan pandangan. Setiap orang perlu memainkan peranan sebagai faktor penyatu parti. Menyatukan parti tidak harus diletakkan di atas bahu mana-mana individu tertentu sahaja.

Kepada semua yang telah memberikan sokongan, kepercayaan, bantuan, nasihat dan teguran kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Salam dari Doha

7 November 2013

Komik Berbau Islam Di AS. Cuba Nilaikan Baik Buruknya..

BERITA mengejutkan datang dari perusahaan komik dunia asal Amerika Serikat Marvel Comics. Mereka mencipta sebuah tokoh kartun pahlawan super terbaru. Semakin menarik sebab pahlawan super ini perempuan Muslim, seperti dilapor oleh televisyrn Aljazeera (6/11).

Nama Marvel memang tidak sembarangan di dunia kartun dan animasi lainnya. Mereka pencipta beberapa pahlawan super akhirnya digemari sejagat seperti Spiderman, dan masih banyak lagi. Pencetusnya memang berasal dari dua pegawai Marvel kebetulan Muslim bernama Sana Amanat dan G. Willow Wilson, seorang mualaf dan pembuat komik.

 "Saya menceritakan masa kecil saya sebagai Muslim-Amerika dan membuat Wilson tertarik jalan ceritanya," ujar Amanat. 

Di tengah gelombang anti-Islam di negara-negara barat dan rasisme kelas bawah, namun kelas pekerja di negara itu menunjukkan keterbukaan mereka pada agama dibawa oleh Nabi Muhammad itu. Banyak Muslim mulai diterima di pelbagai lapangan pekerjaan meski tidak sedikit pula mengalami tindakan tdak menyenangkan.

Islam di AS memang berkembang sangat pesat. Data lembaga survey untuk kehidupan beragama Pew pada November tahun lalu mengatakan Muslim bertambah 2.6 juta setiap tahunnya dan menuju kepada agama terbesar kedua setelah Protestan dan Yahudi.

Apa istimewanya pahlawan super Muslimah dari Marvel ini? Seni merupakan media yang mudah diterima banyak kalangan. Pahlawan super diberi nama Kamala Khan ini bakal menggambarkan sosok remaja perempuan Muslim dan kesehariannya. Nantinya akan disesuaikan dengan keberagaman selera pembaca dan perkembangan zaman. Dia mempunyi kekuatan menyusutkan dan memperbesar tubuhnya. 

Meski Muslimah, Kamala tidak banyak mengadopsi hukum Islam seperti penggunaan hijab. Namun pencipta Kamala juga tidak mendandani pahlawan super itu dengan pakaian ketat seperti dilakukan Marvel pada komik-komiknya terdahulu.

Kemunculan komik ini menggambarkan Islam semakin  diterima oleh banyak kalangan di AS dan diharapkan akan terus menekan angka rasisme di negara itu. Begitulah kisahnya kirara-kira. Ya, anda sendiri boleh nilaikan baik buruknya! (IH)

Thursday, November 07, 2013

Pemukiman Haram, Tidak Bantu Usaha Damai Israel-Palestin -John Kerry


Betlehem.  Menteri Luar Negera Amerika Syarikat (AS) John Kerry menyatakan, pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestin adalah Ilegal (haram) Tidak hanya itu, Kerry meyakini perbuatan Israel tidak akan membantu usaha damai Israel dan Palestin yang sedang berjalan.

Komentar Kerry diucapkan saat bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Betlehem. “Izinkan saya bertegas mengenai posisi AS, yang sekarang ada dalam pertimbangan bahawa pemukiman (Israel di Palestin) itu adalah ilegal,” ucap Kerry, seperti dikutip Al Jazeera, Khamis (7/11/2013).

“Saya ingin membuat segalanya menjadi sangat jelas. Tidak pernah ada waktu bagi Palestin untuk setuju (dengan pembangunan pemukiman),” ditambahkan Kerry.

Tidak hanya itu, dijelaskan Kerry, sama sekali tidak ada dalam pemikiran Palestin menerima pembangunan pemukiman Israel sebagai imbalan dari jalan proses perdamaian. Sebelum melakukan pertemuan dengan Abbas, Kerry melakukan kunjungan kepada Perdana Menteri (PM) Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Israel Shimon Peres.

Dalam pertemuan dengan dua tokoh top Israel, Kerry, menandakan pembicaraan damai Israel-Palestin akan berlangsung dengan lebih berat kerana kedua pihak perlu  membuat keputusan sulit dan berkompromi satu sama lain. PM Netanyahu setelah pertemuan dengan Kerry turut membuat pernyataan yang dapat merosak usaha dialog kedua belah pihak terganggu.

“Saya bimbang tentang proses (damai) kerana Palestin terus melancarkan hasutan, terus menciptakan krisis palsu, terus menghindar, khabur dari keputusan bersejarah yang diperlukan untuk mencipta perdamaian sesungguhnya,” ujarnya.

Pemukiman yang masalah di Palestin. Kini telah dibangun oleh Israel di wilayah Tebing Barat dan Jerusalem Timur, di mana wilayah tersebut sepatutnya menjadi sebahagian dari negaranya di masa mendatang.
Israel merampas wilayah tersebut di tahun 1967 setelah perang Timur Tengah terjadi, tetapi sampai saat ini dunia internasional belum mengakui kedua wilayah tersebut milik Israel. (IH)

Titah Agung Sindir UMNO/BN? Budaya Asabiyyah/wasatiyyah..

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Foto Bernama
‘Jangan bawa budaya asabiyyah’
PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Seri Paduka bertitah rakyat sebaliknya perlu memahami konsep "penerimaan dan kebersamaan" yang menunjangi kesejahteraan hidup.

"Marilah kita bersikap sederhana dalam kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," titah Seri Paduka semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M peringkat kebangsaan dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Tuanku Abdul Halim juga melahirkan kegusaran apabila semangat "kebersamaan dalam kepelbagaian" dalam kalangan rakyat cuba dihakis dan diganggu gugat pihak tertentu.

"Pelbagai isu sensitif dan slogan cuba dicanangkan, sedangkan semua pihak tahu dan perlu memahami bahawa kita semua bertanggungjawab menjaga kepentingan perpaduan dan keamanan negara.
"Kesemua tindak-tanduk kita juga haruslah mencerminkan bahawa kita adalah masyarakat yang memegang amanah untuk menjaga keharmonian negara dan bukan sebaliknya," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim mengingatkan rakyat supaya tidak melihat isu mutakhir di negara ini sebagai isu remeh dan dipandang sebelah mata. Seri Paduka bertitah isu-isu membabitkan perubahan nilai hidup sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, penghinaan terhadap institusi agama dan Raja serta pembelaan hak asasi tanpa sempadan, jika tidak diatasi akan menjurus kepada kehancuran masyarakat dan negara.

"Beta merasakan cukuplah sampai di sini sahaja masyarakat kita dikelirukan dengan pelbagai kecelaruan nilai yang tiada berkesudahan kecuali ia hanya akan membinasakan ummah.
"Kita perlu bangun dan menoleh sejenak ke belakang untuk menilai semula kesilapan untuk diperbetulkan," titah Seri Paduka.
"Janganlah kita benarkan kecelaruan nilai berkembang dalam masyarakat kita sebaliknya usaha membimbing masyarakat kepada penerapan nilai-nilai kebersamaan perlu diteruskan tanpa mengenal musim dan sentiasa dijadikan agenda negara," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong juga mengajak umat Islam di negara ini mencontohi pendekatan wasatiyyah yang dipelopori Rasulullah S.A.W dengan berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Madinah.

"Kita wajar mencontohi negara Islam Madinah sebagai model yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan kebersamaan untuk mempertahan dan membangunkan negara," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat Malaysia perlu mengamalkan amalan wasatiyyah atau kesederhanaan supaya usaha memperkukuhnya dapat dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya kepada generasi muda yang menjadi asas kepada kesinambungan masyarakat dan kemajuan negara.

"Usaha memperkukuh kefahaman ini perlu melibatkan seluruh agensi kerajaan tanpa pengecualian termasuk media massa sebagai suatu platform yang amat strategik," titah Seri Paduka.  - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Beliau menyeru supaya mencontohi pendekatan wasatiyyah yang dipelopori Rasulullah S.A.W dengan berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Madinah.

Bunyi, macam kritik pemimpin UMNO/BN saja.. Secara kasar ' assabiyyah' ertinya perkauman sempit dan 'wasatiyyah' hidup sederhana. Adakah PM Malaysia suamu isteri hidup sederhana? Ketua Menteri Sarawak hidup sederhana? He he hee!

Lihat Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS yang lebih mendekati cata Nabi berbanding dua yang di atas itu. Allahu Akbar! Allahu Akbar!!

Pandangan Untuk Anak Presiden PAS, Petanding Timbalan K/Pemuda



Tumpuan Khalil adalah Marang, belum Malaysia - Tun Muda Mansur

ANAK kepada Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi adalah antara calon bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. Atas kertas, seolah-olahnya beliau adalah wakil yang diharapkan oleh kelompok ustaz untuk jawatan tersebut, jika dibandingkan dengan nama lain. Walaupun begitu, belum kedengaran lagi pengesahan rasmi daripada beliau sama ada mahu bersaing atau tidak.

Harapan saya yang jauh tapi dekat, agar Khalil tidak menyertai persaingan untuk kali ini. Saya bukan penentang. Bukan penyokong. Tiada hasrat untuk mengganggu. Tiada pula menerima sogokan idea untuk menulis. Ia datang daripada fikiran dan naluri saya sendiri.

Saya sungguh percaya, beliau adalah antara harapan pemimpin masa depan. Sama ada di kawasan, negeri, mahupun kebangsaan beliau akan diminta berperanan. Tidak besar, jawatan kecil akan diserahkan. Cuma saya melihat tahun ini bukan masanya untuk beliau bersaing.

Situasi semasa tidak menggalakkan beliau mencuba jawatan kedua tertinggi Dewan Pemuda itu. Bukan kerana harapan untuk menang tiada. Sebaliknya harapan untuk melihat keharmonian idea dan kecenderungan dalam Dewan mungkin tidak dapat digalas usaha oleh beliau.

Semua pemerhati politik tahu, PAS sedang mengalami dua gelombang ombak badai yang saling memukul  nakal satu sama lain. Kenakalan itu menatijahkan hanya dua pilihan sahaja. Anda pro-ulama atau anda anti-ulama. Ia berlaku sama ada secara terancang atau pun silap percaturan. Pemilihan tahun ini bergerak ke arah itu.

Justeru, jika beliau bertanding dan bersaing dan menang, beliau hanya mewakili kelompok ustaz (mungkin dilihat radikal) dalam Dewan. Tidak menjadi pemimpin kepada seluruh Pemuda yang terdiri daripada latar belakang yang pelbagai.

Apa kebaikan yang akan beliau perjuangkan nanti? Tarbiah? Identiti ulama? Maslahah agama? Hudud? Atau hanya mahu memenuhi perancangan sekelompok kecil ustaz yang bersikap sangat “garang” kepada pimpinan Pemuda lain yang kelihatannya membawa pendekatan berbeza. Berbaloikah itu bagi pemimpin masa depan parti dan negara, untuk tersepit dalam kancah keliru dan silap faham yang merugikan itu.
Jika tidak sekarang, bila lagi?

Saya mencadangkan agar beliau menjadi tokoh pengharmoni antara dua kumpulan dalam Dewan Pemuda, selepas pemilihan nanti.  Bertindak seperti yang sering dilakukan oleh ayahanda beliau. Maka jauhkan diri daripada persaingan yang jika niatnya sesuci embun pagi, persepsinya sangat menakutkan. Cukuplah sekadar menjadi AJK dan fokuskan kepada kerja tarbiah tanpa terjerumus ke dalam kancah titik bengik nakal tersebut.

Buat masa sekarang, tumpuan utama beliau, saranan saya, adalah kepada persiapan menjadi pengganti kepada ayahanda di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Dekati anak muda Marang. Fahami mereka. Bergaul dengan mereka. Belajar daripada orang lama di sana. Minta nasihat sebanyaknya. Asah kemahiran bersosial dan sebagainya. Kewajipan mempertahankan kawasan sendiri lebih besar bagi beliau. Bukankah ayahandanya sudah lama mahu menyerahkan kerusi, tetapi tiada siapa bersedia termasuk anakandanya sendiri.

Bismillah. Jauhi kontroversi. Dekati nadi warga Marang. – 7 November, 2013. (TMI)

Penulis: Tun Muda Mansur

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Raja Iskandar & Anak Presiden PAS Lwn Timbalan K/Pemuda



Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda dalam pemilihannya 21 November nanti.

Beliau yang menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan medianya.

"Saya serah jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan menolak pencalonan bagi jawatan ketua dan naib ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain.
"Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan timbalan ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak," katanya.

Sebelum ini, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan akan bertanding AJK PAS Pusat.

Sehubungan itu, dua nama disebut-sebut bakal merebut jawatan itu iaitu Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Nama Ketua Penerangan Pemuda, Dr Ridhuan Mohd Nor juga disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.
Dengan pengesahan Raja Iskandar, beliau dijangka bertembung dengan anak Presiden PAS, Khalid Abdul Hadi untuk jawatan timbalan ketua.

Untuk jawatan naib ketua pula, pertembungan dijangka berlaku antara Zamri As'ad Khuzaimi menentang Khairil Nizam Khirudin. – 7 November, 2013. (TMI)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Remaja Perokok Bertambah, Bila Harga Rokok Naik. Mengapa?

Foto 
DIANGGARKAN terdapat 4.7 juta perokok tahun lalu.

PENGGUNA
KL: Di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, harga rokok naik lagi bermula 30 Sept 2013. Kesannya, kini..

"Lambakan rokok murah di pasaran, selain mudah didapati menyebabkan ia turut menggalakkan golongan remaja terutama yang masih di bangku sekolah berjinak-jinak dengan tabiat merokok" Lapor  myMetro hari ini.

"Sebelum ini, kerajaan pada 2010 sudah menetapkan harga minimum rokok 20 batang adalah RM7, namun kini dengan lambakan rokok tidak sah, ia boleh dibeli dengan harga RM3.50 hingga RM4 atau mungkin kurang daripada harga itu."

Jadi, 'Tujuan kerajaan menetapkan harga minimum berkenaan adalah untuk tidak menggalakkan golongan remaja ini membeli rokok.' adalah meleset, malah remaja perokok makin bertambah.

Seorang kaunselor, Norsalbiah Mohd Said berkata, kegiatan merokok dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah mengulas..

“Kita tahu mereka ini tidak mampu membeli rokok secara kotak kerana ia agak mahal, namun kini akibat lambakan rokok tidak sah yang murah serta mudah didapati menyebabkan usaha untuk membanteras golongan remaja merokok pasti akan menemui jalan buntu. Remaja yang merokok ini tidak kisah jenama rokok apa yang dihisap asalkan mereka dapat memenuhi tabiat merokok.

“Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada tahun lalu dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bukan saja mencatatkan jumlah peningkatan perokok, malah Kementerian Kesihatan juga turut merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.


Seorang perokok tegar dan warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Imam berkata, rokok tempatan yang dijual adalah mahal dan ramai rakannya yang merokok tidak pernah membeli rokok jenama tempatan sebaliknya membeli kretek pada harga RM3 untuk 12 batang.

Katanya, di kawasan pembinaan tempat kerjanya, hampir seluruh pekerja yang merokok, menghisap kretek atau rokok seludup. Rasanya sama saja. Apa yang penting murah.

“Harga murah adalah faktor menyebabkan kami membeli rokok seludup. Selama ini pun di kantin pun ada jual. Cukup mudah untuk mendapatkannya,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • "Agak pelek sikap pemerintah di mana-mana negara sekular di dunia termasuk Malaysia melarang rakyatnya menghisap rokok kerana ianya suatu sikap buruk, sedangkan menjual kepada kepada rakyat, atau mengaut keuntungan ekonomi di atas keburukan rakyat itu adalah sikap yang lebih buruk dan tidak bermoral lagi, dilakukan oleh pemerintah tersebut.
  • Cara mendidik rakyat begitu iaitu memerah keuntungan ekonomi di atas belakang penderitaan rakyat dan bersubahat dengan kapitalis-kapitalis syarikat rokok antarabangsa, itulah yang menyebabkan kegagalan menghapuskan tabiat merokok di kalangan orang ramai."
  • "Kerajaan hanya berpura-pura hendak menghapus tabiat merokok, kalau betul-betul nak hapuskan fasal apa masih benarkan jual lagi? Kerana ekomomi kapitalis sanggup menggadai kesihatan rakyat? Masih nak bodohkan rakyat? "  
(Di angkat dari

Senarai Harga Rokok Naik September 2013 (Bermula 30 Sept)


Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera diatas.


BN=Barang Naik..

Kasut Jenama 'fly feet' Ini, Hina Islam.Biadap!

 Boikot kasut jenama "Fly Feet" kerana tapak kasut jenama ini tertera kalimah "Allah", "Muhammad" , dan "Islam". Share supaya lebih ramai yang berhati-hati insyaallah.
(http://bicaraworld.blogspot.com/ )

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak dengar bunyi jeritan suara PERKASA atau NGO-NGO sekandang dengannya pun?

Anak Kartunis LAT Jadi Pengarah Filem. Filem Dakwah?

Junaidah anak kartunis terkenal LAT ingin menjadi seorang pengarah berjaya.. 
HALAMAN HIBURAN

JUNAINAH, anak kepada kartunis terkenal Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih terkenal dengan nama Lat, kini telah menjadi pengarah filem. Junaidah, 30, telah menghasilkan filem pendek Odah bagi projek Ikal Mayang pada awal tahun ini.

"Saya tidak mewarisi bakat ayah pun, tidak pandai melukis tetapi sifat suka berlawak tu adalah.." katanya yang juga memiliki bakat dalam penulisan skrip teater muzikal, seperti lapor mStar Online hari ini.

Menurutnya, dia mula membabitkan diri dalam penulisan skrip sejak empat tahun lalu dengan bekerja di bawah syarikat aktor Hans Isaac iaitu Tall Order Production. Dia juga terbabit dalam pementasan teater muzikal Supermokh yang akan berlangsung bermula pada hari ini.

"Selain itu saya juga bersyukur, selepas filem pendek Odah, ada pihak yang memberi tawaran membantu saya menerbitkan filem arahan saya sendiri dan setakat in masih lagi dalam proses perbincangan.
"Risau juga kerana ia melibatkan filem berbajet besar dan saya masih lagi baharu. Tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran untuk diri memberikan karya yang terbaik buat penggemar filem tempatan," ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah tidak ada ruang dan usaha-usaha kearah menghasilkan filem-filem pendek dakwah, sedangkan bakat-bakat remaja Malaysia mula terserlah? Ini peluang untuk membimbing remaja kearah agama. Pihak-pihak pemegang amanah Allah menjaga agama di negara ini perlu ambil perhatian... (IH)

Gandingan M/Sabu-Abd Hadi Tidak Agresif Menggerakkan PAS?


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Hadi Awang, dan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sewaktu Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Baru 16 November, 2012. – Gambar oleh Saw Siow Feng  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Hadi Awang, dan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sewaktu Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Baru 16 November, 2012. – Gambar oleh Saw Siow Feng

Siapa akan cabar Mohamad Sabu masih belum jelas – Mohd Sayuti Omar

Semua yang dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan diadakan dua minggu lagi masih belum membuat keputusan, kecuali penyandangnya Mohamad Sabu. Belia sejak awal telah menyatakan kesediaanya untuk mempertahankan jawatan itu.

Mohamad seakan telah mengunci kedudukan dan hasratnya itu apabila beliau dipetik sebagai berkata sanggup 'kalah' dalam gelanggang apabila diajukan cadangan agar beliau berkompromi dan tidak bertanding.
Pernyatan Mohamad itu menjelaskan pendiriannya. Ia tidak mungkin lagi di'ogeh' untuk merubah kedudukan itu seterusnya merubah senario perebutan jawatan nombor dua itu.

Walaupun ada suara dan pandangan mengenai Mohamad Sabu, mengenai kemunasabahannya menjadi orang nombor dua dalam PAS bergandingan dengan Abdul Hadi Awang, tetapi selama lebih dua tahun beliau menjawat jawatan itu beliau telah menunjukkan keupayaanya.

Gandingan beliau dengan Abdul Hadi yang dilihat tidak begitu agresif dalam menggerakkan politik PAS sebagai sebuah 'gerakan politik-sosial', menjawab persoalan negatif terhadap timbalan presiden parti Islam itu. Setakat ini tiada peranan Mohamad untuk menjadikan PAS sebagai sebuah gerakan politik, dan tidak hanya gerakan Islam dan dakwah semata-mata agak memuaskan. Kedudukan atau pencapaian Mohamad itu menjadikan tidak ada sebab untuk merehatkan beliau.

Lainlah kalau PAS sudah mahu menjadi sebuah gerakan Islam hierarki mungkin kedudukan Mohamad di situ tidak diperlukan. Mohamad dilihat sebagai 'mesin' atau pun nadi pililihan raya PAS. Namun hakikat yang berlaku dalam PAS hari ini termasuk juga pencapaiannya bersama Pakatan Rakyat, PAS memerlukan tenaga penggerak seperti Mohamad.

Beliau mungkin tidak dominan sebagai pemikir Islam, bukan penghafal hadith atau dalam istilah digunakan Dewan Ulamak tidak 'fakeh' agama, atau juara menganjurkan ijtimak atau apa, tetapi beliau masih mampan sebagai aktvis parti dan pejuang rakyat. Oleh kerana PAS juga menceduk sistem demokrasi barat, maka perebutan jawatan boleh dilakukan dan sesiapa saja yang berasa mampu membawa idea-idea baru, pemikiran agresif demi memajukan parti, boleh bertanding.

Rekod perkhidmatan yang dimiliki oleh Mohmad itu boleh dicabar dengan keyakinan idea yang bakal dibawa oleh pencabarnya lebih canggih dan impaktif. Justeru, mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan itu boleh mencuba kerana mereka tidak terikat dengan apa-apa halangan. Ada empat orang yang dicalonkan untuk mencabar kedudukan Mohamad. Mereka ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah dan Salahuddin Ayub.

Bagaimana pun Salahuddin telah membuat kenyataan yang beliau tidak bersedia untuk merebut jawatan itu dan memilih untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya kini, naib presiden. Kalau hendak dikira Salahuddin lebih relevan untuk mencabar Mohamad memandangkan beliau adalah naib presiden yang mendapat undi terbanyak semasa pemilihan jawatan naib presiden 2011 dahulu.

Namun ketidaksediaan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dua penggal itu menganjakkan dirinya ke atas menunjukkan beliau seorang yang sangat mementingkan kesejahteraan parti daripada mengejar kedudukan.
Seperti sedia maklum Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa dan Mohd Amar masih menanti dan menunggu masa membuat penegasan apakah mereka akan menerima pencalonan atau pun tidak. Masing-masing sedang membuat percaturan atau istikharah.

Husam tokoh yang dilihat ada minat untuk merebut jawatan itu sebagai mengulangi percubaanya sebelum ini masih menanti masa dan melihat keadaan. Husam menjadikan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk dijadikan pertimbangannya membuat pendirian.

Katanya beliau menunggu sikap dan pendirian Tuan Ibrahim. Kenapa? Apakah yang sedang diperhatikan oleh Husam? Dalam tilikan saya Husam tidak akan ikut merebut jawatan itu sekiranya Tuan Ibrahim yang secara tunggal mencabar Mohamad Sabu. Beliau tidak mahu mengambil risiko tetapi jika Mohd Amar yang mencabar Mohamad setelah diberi laluan oleh Tuan Ibrahim, saya menjangka Husam juga akan turut sama bertanding. Maka pertandingan tiga penjuru akan berlaku.

Apa lagi kalau kedua-dua mereka bertanding Husam sudah pasti akan ikut sama mencabar Mohamad Sabu bagi memeriahkan demokrasi di dalam PAS. Apakah sejarah akan tercatat di dalam PAS bahawa muktamar ini adalah muktamar akan menyaksikan lebih daripada tiga mencabar jawatan nombor dua?

Kesimpulan awal yang dapat dibuat di sini kedudukan Mohamad Sabu setakat ini besar kemungkinan hanya akan dicabar oleh Tuan Ibrahim. Nik Amar walaupun ada desakan kecil terhadapnya agar menjadi pencabar Mohamad tetapi timbalan menteri besar itu dikira tidak berani untuk berbuat demikian walaupun ada sokongan padu daripada Tuan Ibrahim. Diharap Nik Amar mengukur badan sendiri dan jangan membeli baju bersaiz free.

Nik Amar sendiri mungkin menyedari kekuatan dan pengaruhnya. Kedudukannya sebagai TMB memang sudah ada gah dan aura tetapi status itu tidak menjamin kekuatan sokongan kepadanya. Jawatan TMB itu lagipun baru sahaja dijabatinya belum sampai setahun. Beliau yang dilihat low profile selama ini bukan mudah untuk mendapat sokongan perwakilan luar Kelantan, malahan di Kelantan juga beliau tidak solid seperti mana juga sokongan untuk Husam.

Sebab itu dalam maslahat politik PAS Kelantan apa yang lebih baik Husam memberi sokongan kepada Nik Amar untuk jawatan naib presiden, sementara Nik Amar pula memberi sokongan kepada Husam untuk jawatan timbalan presiden. Kedua mereka harus melihat potensi dan risiko PAS Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) kelak. Tidak dapat dinafikan mereka berdualah yang akan menjadi nakhoda kepadas PAS Kelantan. Kewujudan Ahmad Yaakub kini tidak lebih daripada menjadi tuan atau saudagar kapal sahaja.

Namun apa yang diharapkan ini adalah imiginasi dan ilusi orang-orang luar di luar PAS yang sayang dan seronok melihat PAS, tetapi tidak daripada kalangan pemain PAS sendiri. Formula kecil yang disebut itu tidak akan diterima sama sekali, apa lagi prinsip politik orang Kelantan itu sendiri kalau bergaduh biar sampai menjadi arang kalaupun tidak sampai menjadi debu.

Satu perkara lagi jika salah seorang daripada Tuan Ibrahim atau Nik Amar yang mencabar Mohamad Sabu pemerhati akan melihat ada berlaku puak di dalam PAS. Melainkan mereka bertanding dan Husam juga turut bertanding. Dengan berlakunya pertandingan ke empat-empat calon itulah baru demokratik dalam konteks ini boleh dianggap sebagai syura. Sebaik-baik untuk mengelakkan persepsi demikian elok kalau dilepaskan Husam yang mencabar Mohamad Sabu?

Biarlah mereka bertarung menunjukkan kekuatan masing. Kalah menang mereka tidak akan cuba menafikan mana-mana puak mensabotaj di antara mereka kerana sudah pasti penyokong teras Tuan Ibrahim sekitar 30% dalam PAS dan penyokong teras Nik Amar sekitar 10% akan membuat pilihan terbuka. Atau pun semolek-molek lagi kalau PAS ingin lendik dianggap berjurus jawatan timbalan presiden biarkan dipegang oleh Mohamad Sabu.

 Jangan ada sesiapa mencabarnya baik oleh Husam atau calon kompromi antara Tuan Ibrahim dan Nik Amar. Jika ini menjadi kenyataan maka PAS pun akan menyerupai Umno di mana presiden dan timbalan preiden tidak dipertadingkan, dan perebutan hanya berlaku di jawatan naib presiden sahaja.

Namun gensi orang-orang PAS tidak akan sedia menerima pandangan ini kerana PAS ingin membuktikan di dalam partinya ada demokrasi yang demokratik dan mahu membuktikan pertandingan tidak akan membawa perpecahan walaupun jaminan itu tidak menjadi realiti. Apa yang pernah berlaku terhadap bekas timbalan presiden sebelum ini mengiakan perkara ini. –  msomelayu.blogspot.com, 6 November, 2013.

Penulis: Mohd Sayuti Omar

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

Pemilihan PAS: 3 Perlu Tanding T/Presiden, Nizar Perlu N/Presiden.

Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin SPMP, MLA (Perak), LL.B, B.Eng (Aston)

Saingan sihat antara Mohd Sabu, Tuan Ibrahim dan Husam -  Tun Muda Mansur
KINI pemain dan penyokong politik Pakatan Rakyat (PR) beralih tumpuan kepada agenda pemilihan pimpinan utama parti pembangkang terbesar, Parti Islam Semalaysia. Ia akan berlaku pada penghujung bulan ini.

Biarpun ada kenyataan Karpal Singh yang menyinggung PAS, walaupun Kelantan tumpas kepada Pahang, ketika dunia dikejutkan oleh pengintipan Amerika Syarikat termasuk terhadap Malaysia, perihal pemilihan pimpinan utama PAS menjadi tumpuan utama kepada kelompok yang saya nyatakan tadi. Masing-masing sedang menilik kemungkinan berlaku dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan

Naib Presiden.

Sejujurnya, saya mahu melihat pertandingan sihat untuk jawatan Timbalan Presiden berlaku antara Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Husam Musa. Kenapa mereka?

Saya menolak penyertaan Mohd Amar dalam pertandingan kerana beliau sedang sibuk melayani tugasan baru selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan. Gandingan beliau bersama Datuk Menteri Besar sentiasa menjadi perhatian rakyat Kelantan. Jika dulu, Kelantan sentiasa disanjung. Kerajaan sentiasa dihormati. Semuanya berpunca daripada susuk tubuh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kini faktor itu tiada. Gandingan tersebut sedang menapak sedikit demi sedikit. Mereka perlu mantapkan takwa pentadbiran dalam memimpin sebuah negeri yang rakyatnya sangat matang dan sedar kepentingan politik rakyat.

Justeru, perlukah Mohd Amar menambah amanah berat di Pusat. Saya mohon lupakan dahulu. Buktikan anda berjaya di Kelantan dalam gandingan itu. Kenapa? Kerana Kelantan memulakan sesi tanpa Tuan Guru dengan percikan air dan gelombang angin yang kurang enak.

Salahudin Ayub pula sudah menarik diri di awal pencalonan.  Tutup kes.

Hujahan saya sangat ringkas. Saya mahu ahli melihat secara realiti apa yang sering digemburkan oleh pimpinan atasan bahawa PAS adalah kombinasi antara kelompok agamawan, profesional dan aktivis. Dan ketiga-tiga mereka dilihat mewakili kelompok tersebut.

Mohd Sabu seorang aktivis. Husam adalah tokoh profesional (latar akademik) dan Tuan Ibrahim mewakili agamawan. Kenapa tidak Mohd Amar yang dilihat lebih kompeten oleh Dewan Ulama berbanding Tuan Ibrahim? Jawapan saya seperti di atas. Itu sahaja.

Selain sedikit penambahan, Tuan Ibrahim lebih secocok untuk digandingkan dengan Presiden PAS, Datuk Hadi Awang jika dilihat daripada pelbagai sudut. Saya enggan untuk perincikan hal itu. Jadi, dengan penyertaan mereka bertiga dalam saingan sihat ini, ahli daripada kepelbagaian latar dan kecenderungan, berasa mereka diwakili dan mereka ada pilihan daripada ketiga-tiga kelompok besar dalam PAS.

Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri memohon ketiga-tiga mereka menerima pencalonan oleh kawasan-kawasan dan serahkan pengundi memilih siapakah yang mereka mahu bagi mengukuhkan parti berganding bersama Presiden. Mohamad Sabu wajar pertahankan jawatan. Hanya politikus lemah sahaja yang mahu menarik diri daripada bersaing untuk jawatan yang sedang dipegangnya.

Husam wajar bersaing demi memberi ruang dan peluang kepada anak muda dalam dan luar parti kepada sebuah pengharapan mereka. Husam mempunyai pengikut yang besar. Tokoh yang dilihat boleh memimpin PR selepas presiden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika beralas dengan alasan remeh, sampai bila-bila tuan tidak akan bersaing dan ini mengecewakan ramai.

Tuan Ibrahim dengan sifat keayahan tetapi dekat dengan anak muda, sangat sesuai digandingkan dengan Presiden. Tokoh agamawan PAS, mempunyai ramai anak murid seluruh negara dan sifat kesederhanaannya menambahkan variasi kepimpinan tertinggi PAS Pusat.

Akhirnya, apa yang akan menjadi pemerhatian para pengundi ialah kekuatan yang ada pada tubuh kalian sendiri. Bukan kelompok yang kalian wakili dan bukan juga label yang diberikan oleh peminat dan pembenci kalian.

Renungkanlah.

Bagi jawatan Naib Presiden, saya tidak nampak alasan untuk pengundi tidak memilih mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin untuk satu kerusi daripada tiga. Walaupun saya bukan anak Perak, tapi saya rasa sangat dekat dengan corak kepimpinan beliau, kematangannya berhujah dan kelebihannya yang tidaklah kosong langsung daripada ilmu agama yang asas.

Saya mahu beliau memegang jawatan Naib Presiden. Beliau tokoh yang disanjung lawan dan kawan, termasuk ramai pengikut PR, tiba-tiba beliau tiada tempat dalam kepimpinan tertinggi parti? Apa ini?
Inilah pandangan saya. Saya mencadang! – 6 November, 2013.

Penulis: Tun Muda Mansur

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 


Dialog Hakim & Dr Mursi Di Mahkamah.

Photo: ‎KEBIJAKSANAAN PRESIDEN MORSI   Dialog hakim dan Dr Mursi di Mahkamah.  Hakim : Kenapa kamu tidak memakai pakaian penjara?!  Mursi : Aku dipenjara ke?  Hakim : Ya, kamu kan dipenjara!  Mursi : Baik, kamu tahu saya dipenjarakan dimana?  Hakim : Persidangan ditangguhkan.  *Mereka terperangkap dengan soalan yang hampir membongkarkan lokasi rahsia Presiden Mursi disembunyikan selama ini.  Sumber : نبض النهضة #mesirkini #R4BIA‎
Dialog hakim dan Dr Mursi di Mahkamah.


Hakim : Kenapa kamu tidak memakai pakaian penjara?!
Mursi : Aku dipenjara ke?

Hakim : Ya, kamu kan dipenjara!
Mursi : Baik, kamu tahu saya dipenjarakan dimana?

Hakim : Persidangan ditangguhkan.

*Mereka terperangkap dengan soalan yang hampir membongkarkan lokasi rahsia Presiden Mursi disembunyikan selama ini.

www.facebook.com/MesirKini,
Sumber : نبض النهضة
#mesirkini
#R4BIA
Lihat terus... 
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Wednesday, November 06, 2013

Sentimen Azizan Faktor Majoriti PAS Turun -Bernama

Kredibiliti dan daya kepimpinan Allahyarham Azizan sukar dicari ganti.


Kesukaran PAS mencari pengganti yang mampu menyaingi kredibiliti dan daya kepimpinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah antara punca parti itu mengalami kekurangan majoriti yang besar pada pilihan raya kecil (PRK) semalam.

Selain itu, pendekatan kempen Barisan Nasional (BN) yang banyak bertumpu kepada kempen bersemuka serta santai, juga antara faktor yang menyebabkan PAS kekurangan 61% majoriti berbanding yang dipungut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lepas, menurut penganalisis politik.

Pada PRK DUN Sungai Limau semalam, calon PAS Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 berbanding majoriti 2,774 yang diperoleh bekas penyandang kerusi itu, Azizan, yang juga bekas menteri besar Kedah.

Mereka juga berpendapat perkembangan itu disebabkan sokongan akar umbi di kawasan ini tidak begitu yakin kepimpinan Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu Datuk Mahfuz Omar, yang menggantikan Azizan serta juga populariti dan keperibadian Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir. Sementara masyarakat Cina kawasan ini yang sebelum ini amat selesa dengan Azizan kini dilihat mula mengubah corak pengundian mereka kembali menyokong BN.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shuib Shukri berkata masyarakat DUN Sungai Limau dilihat masih lagi terkesan dengan kehilangan Azizan yang amat disenangi penduduk pelbagai bangsa di sini.

Selain pendekatan bersemuka yang dilakukan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim semasa berkempen, jentera BN secara keseluruhan memberikan tentangan hebat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata tindakan kepimpinan PAS negeri yang sebelum ini cenderung mengkritik Azizan mungkin juga mewujudkan kelompok pengundi dalaman PAS yang tidak "mesra" dengan kepimpinan baharu PAS negeri.

"Pengalaman 'hitam' yang dilalui PAS, dengan wujudnya kelompok pemimpin mereka sendiri yang ingin menjatuhkan Azizan masih diingati oleh anggota dan pemimpin PAS Jerai, dan ini memungkinkan mereka tidak mengundi PAS. Menyokong tetapi tidak mengundi mereka dalam PRK semalam," katanya.

Md Shukri berkata kelemahan di peringkat akar umbi PAS negeri ini bukan sahaja menjadikan kubu kuat mereka bertambah mudah ditembusi BN, malah memudahkan kawasan-kawasan yang lain ditawan BN.

"Contohnya di PDM (Pusat Daerah Mengundi) Bukit Besar dan Bukit Choras, dua kawasan kubu kuat PAS. Di Bukit Besar, PAS kali ini hanya mendapat 1,557 undi berbanding 1,624 pada PRU13.
"Di Bukit Choras pula PAS menang dengan 695 undi berbanding 726 undi pada PRU13. Secara keseluruhannya BN berjaya menembusi peti undi tegar PAS, dengan meningkatnya jumlah undi diperoleh," katanya.

Selain itu, Md Shukri juga berkata masyarakat tempatan termasuk cendekiawan agama menerima baik kepimpinan Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah.

"Lihat sahaja Pondok Pak Ya (Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah) di Bukit Besar, telah berjaya mengadakan program-program kerajaan yang diketuai BN dan disambut baik pengurusan pondok hinggakan aktiviti dapat diadakan di kawasan pondok itu sendiri yang selama ini begitu terkenal dengan kelahiran ramai tokoh PAS," katanya.

Bagi Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman pula, kejayaan BN untuk menambah hanya 4.4% undi berbanding PRU yang lepas adalah suatu perkembangan yang harus diberi perhatian.

Pada PRK semalam, undi yang diperoleh BN ialah sebanyak 10,985 undi berbanding 10,520 pada PRU13 pada Mei lepas dan juga meningkat daripada 8,816 undi pada PRU12. Bagaimanapun BN tidak sepatutnya berbangga dengan penambahan undi itu kerana parti itu mempunyai kelebihan dari segi kekuatan jentera.
Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial UM berkata corak pengundian semalam dilihat menunjukkan BN dan PAS hanya mampu mengukuhkan sokongan daripada penyokong tegar masing-masing.

PAS dilaporkan mempunyai 9,499 anggota di DUN Sungai Limau dengan keanggotaan BN pula 9,230 orang. Mohamad Redzuan berkata sudah tiba masanya bagi BN untuk cuba lebih memahami sentimen penduduk tempatan, khasnya di kawasan penyokong PAS, berbanding menggunakan pendekatan menjanjikan projek pembangunan dalam usaha menarik mereka mengubah sokongan kepada parti komponen itu.

Di sebalik kemenangan PAS, populariti parti itu di kawasan ini susut dengan kemenangan majoriti PAS menurun daripada 3,212 undi pada PRU12 kepada 2,774 pada PRU13, dan seterusnya kepada 1,084 pada PRK kali ini. – Bernama, 5 November, 2013.