Friday, December 13, 2013

Inikah Kekaguman Rakyat M'sia? Cara UMNO Didik Rakyat..



HALAMAN HIBURAN

Sejam goncang jantung
Sesudah selesai persembahan Stars on Strings, Resort World Genting meneruskan kemeriahannya menerusi persembahan warna-warni akrobatik, Fantastica! 2 yang sudah berlangsung sejak November lalu dan dijadual tamat pada pertengahan tahun depan.

Hiburan menarik ditonjolkan menerusi lima pergerakan mempesonakan hanya dalam satu persembahan menakjubkan. Penonton pastinya kagum dengan pergerakan akrobatik terbalik, penciptaan belon air yang pelbagai saiz, aksi graviti di atas roda, gimnastik akuatik, komedi yang tidak kering gusi dan tarian kontemporari oleh penari profesional dari Genting International Showroom.

Persembahan seawal 9 malam itu dimulakan de­ngan lapan penari wanita dan empat penari lelaki yang menarik perhatian penonton dengan kelincahan dan lenggok tubuh mereka. Diselangi empat wanita persis model, mengenakan pakaian berciri flora dan fauna.
FotoJANO Yang melakukan manipulasi buih menerusi pertunjukan The Gazillion Bubble.

Persembahan duo ‘Upside Down Ceiling Walker’ antara hiburan menarik yang dikembalikan daripada sejarah lama tradisi dan budaya India. Pencipta terkenal, pe­ngarah dan pengeluar pelbagai aksi luar biasa, seni pergerakan dan silap mata, Kar Leclerc memperkenalkannya kembali ke Asia melalui Fantastica! 2.

Berpengalaman selama enam tahun di semua pertunjukan sarkas, Clara Ruiz, 31, dan Fabio Mello, 35, menonjolkan kehebatan masing-masing, berjalan terbalik dengan kaki melekat pada siling dengan ketinggian 9.144 meter dari tanah.

Umpama melanggar hukum fizik dan menolak graviti yang boleh menyebab­kan seorang manusia biasa jatuh ‘berkecai’ sekiranya berjalan sedemikian tanpa mengenakan kasut khas. Sepanjang berada di atas siling, pasangan ini menghiburkan penonton menerusi jalinan cerita me­ngikut musim sama ada musim salji, musim bunga dan ketika hujan.

Bukan setakat bermain badminton atau bermain bola, mereka melakukan segala pergerakan dalam keadaan terbalik - minum air, menjugel buah oren dan menari mengikut rentak lagu. Ketika ditanya mengenai kehebatan mereka itu, pasangan berkenaan mendakwa adalah sukar untuk berkongsi rahsia yang tidak mampu dikongsi dengan peminat seluruh dunia.

Dibesarkan di Yugoslavia, Jano Yang melakukan manipulasi buih menerusi pertunjukan ‘The Gazillion Bubble’. Pada asalnya, Jano adalah akrobatik yang memulakan kerjaya sebagai penjugel dan persembahan pantomin sejak 1979, namun hobi dalam permainan buih menjadikannya karier persembahan serius bermula 1985.

Selepas bertahun-tahun berlatih, Jano berjaya mempersembahkan kehebatannya dengan menghasilkan buih bersaiz besar, berwarna-warni selain digabungkan dengan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan yang terbaik. Meskipun ia hiburan pertamanya di Malaysia, Jano sudahpun mengembara ke serata dunia bersama saudaranya, Fan Yang, malah berjaya mencipta rekod buih air terpanjang di dunia (4754.88 sentimeter) dalam Guinness World Records.

Itulah contoh cara didik UMNO /BN di Malaysia untuk ralyat negara umat Islam. Kesinambungan tradisi maksiat jahiliah yang di make-up suaikan untuk zaman ini. (IH)

Iklan
Atasi Kegemukan dan Deabetes Dengan Ini..  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

As-syahid Masakini Abdul Quader Molla, Bangladesh.. -Abd Hadi.

KUALA LUMPUR: Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla (gambar) yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini.

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
  
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Malaysia


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  5 prinsip perjuangan yang perlu terpahat di dada setiap Muslim sebenarnya. Iaitu:
  • Allah matlamat kami
  • Rasul pemimpin kami
  • Al-Quran perundangan kami
  • Jihad jalan kami
  • Syahid cita-cita kami.
Jadi Al-hamdulillah separti yang berlaku kepada saudara kita Abdul Quader Molla dari Bangladesh. Begitu juga seperti kepada Ustaz As-syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya, di Malaysia. Pendokong-pendokong Mursi di Mesir, sahabat-sahabat kita yang syahid di Xinjiang dan lain-lain seluruh dunia.

Allah SWT pilih mereka, beruntunglah, Al-hamdulillah. 

Iklan
Atasi Kegemukan dan Deabetes Dengan Ini..  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

PAS: Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama & Qiyas- umno Tiada - A/Hadi.

 A/Hadi.
KUALA LUMPUR: Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang nyata.

“Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS.

“Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah.

“Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” jelas beliau lagi.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?

Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS. Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.

Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama’ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab. PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara’. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.

Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk: “Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam” (edisi tulisan jawi ) dan “Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi” (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini .

Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya. Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam.

Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis. Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia,  walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram. Persidangan Kemuncak Negara-negara Umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya.

Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelosok dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat. Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu’tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan. Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisma yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam, khususnya Nasionalisma (semangat kebangsaan dijadikan aqidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya. Aqidah nasionalisma menyebabkan  umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing. Iran yang dikuasai oleh majoriti  Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada  umat Islam. Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi’ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain. Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis)  di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika.

Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah  dimasukkan juga di dalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat.

Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang  senario lama  dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.

Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel  secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar  juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak,  gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah. Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan. Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang  memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun  bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel.

Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap double standard kuasa besar barat dalam tindakan ke atas  menjatuhkan regim Mu’ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamtan Israel dan kepentingan barat? Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat? Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang.

Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk? Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel? Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa. Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar  barat dan Israel? Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah.

Akhirnya ini menyebabkan peperangan secara proksi bagi menguji senjata Rusia dan China dan senjata Amerika dan Eropah dengan duit Arab dan Iran, di mana mangsanya ialah rakyat yang dibunuh dan menjadi pelarian di tanahair sendiri.  Mengapa perlunya umat Islam mendengar fatwa Amerika dan sekutunya dalam masalah mazhab? Sedangkan para ulama boleh bermuzakarah dengan kitab-kitab yang telah sedia ada dan sumber ilmu Islam yang tidak mati bersama mukjizat Al-Quran.

Adakah masih tidak faham betapa Islam tidak diizinkan menang secara demokrasi yang adil di Mesir, sehingga kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang disokong oleh kebanyakan Negara Arab. Sedang diganggu di Sudan, Libya dan Tunisia? Fahamlah betapa negara umat Islam bekas jajahan komunis diizinkan berkiblat ke barat Amerika dan Eropah dan negara bekas tanah jajahan barat diizinkan berkiblat ke Timur Komunis.

Apabila majoriti negara Arab memilih negara Barat menjadi rakan sejawat yang dipercayai dan bersikap negatif terhadap Iran, tiba-tiba Iran pula memilih strategi mendekati Barat, bermula dengan pintu belakang dibuka sedikit di zaman Ahmadinejad dan membuka lebih luas selepas kemenangan Presiden Rouhani, berakhir dengan persefahaman negara Barat yang lebih berlunak dengan Iran demi kepentingan mereka. Maka negara Arab akan tinggal tersengeh mengekorinya. Oman memulakan langkah meninggalkan sikap bersama dengan Kesatuan Negara-negara Teluk. Terkini persidangan negara teluk mengalu-ngalukan persefahaman Iran dan Barat. Apakah mazhabnya negara Arab itu? Di mana pergi sunninya lagi?

PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran. Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba’ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau.   

PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syi’ah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan harba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. PAS juga memahami betapa Revolosi Islam Syi’ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan PAS dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya. Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli al Sunnah yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah.

PAS menjadikan politik sebahagian amal soleh dan menolak kemungkarannya. PAS meletakkan langkah politik  termasuk dalam amalan berpahala dan berdosa dan tidak menjadikan politik hanya permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.

Saya ulangi supaya pembaca mengambil iktibar daripada sebab nuzulnya surah al-Rom, petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W. dan sahabatnya dalam menilai politik antarabangsa di zamannya. (HD)

M'sia Masih 'Unggul' Dengan Wang Haram

M'sia masih 'unggul' dengan wang haram


Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.

NONESejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalur keluar dari Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.

Malaysia diletakkan di kedudukan nombor empat dalam laporan terkini GFI.

Laporan tahun lalu meletakkannya di kedudukan kedua apabila hampir RM200 bilion wang haram disalur keluar dari Malaysia pada 2010.

Laporan sebelum ini meletakkan Malaysia di belakang China dalam pelarian wang haram global.

GFI masih belum memperoleh data untuk 2012 dan 2013. Bagaimanapun, ia akan dimasukkan dalam laporannya yang akan datang.

Untuk tahun 2010, Malaysia di belakang Rusia (AS$191.14 bilion), China (AS$151.35 bilion) dan India (AS$84.93 bilion). (MK)

Atasi Kegemukan dan Deabetes Dengan Ini.. Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. HMH STEVIA HERBA

KDN Kemuka 10 ‘Bukti’ Dakwa Mat Sabu Syiah

 Khomeini
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia.
      
Beliau berkata pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.

"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
      
Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".

 Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

"Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali," katanya.

 Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.

"Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C.N Afghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran," kata beliau.

Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.

 "Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

 "Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah," katanya.

Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.

"Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.

 "Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah," kata Abdul Rahim.
            
Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.

 Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.
Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS menyifatkan pendedahan Kementerian Dalam Negeri kononnya 'bukti' bagi mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah sebagai terlalu dangkal. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, bukti-bukti itu bukan sahaja dangkal, malah jauh sekali untuk mengaitkan Mohamad dengan akidah Syiah.

"Melawat Iran contohnya, ramai orang pergi lawat Iran. Saya sendiri beberapa kali pergi ke sana.
"Adakah orang yang pergi melawat China dikira menganut ajaran Komunis?
"Bagaimana pula dengan Umno yang menjalin hubungan kerjasama dengan  Parti Komunis China (CPC), adakah Umno juga Komunis," soal Mustafa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan 'bukti' Mohamad Sabu terlibat ajaran Syiah oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini. Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

"Puji khomeini perkara biasa. Saya pun kagum dengan Khomeini sebab pada waktu itu dia selaku ketua negara Islam yang berani berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat.
"Mengkagumi seseorang adakah kita dianggap berakidah sama dengan orang itu?
"Adakah salah untuk kita mengkagumi Nelson Mandela atas ketegasannya menentang apartheid," soal Mustafa lagi.

Menurut Mustafa, beliau melihat pendedahan oleh KDN hari ini tidak lebih dari usaha terdesak pemimpin Umno untuk memburukkan PAS.

"Saya lihat ini langkah terdesak ( Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) untuk mengelak diri dari tuduhan yang dia lemparkan sebelum ini.
"Kita ingatkan bukti yang mahu didedakan ini sesuatu yang kukuh. Tapi kalau macam ini, memang sangat dangkal," katanya lagi.

Tambah Mustafa, Ahmad Zahid seharusnya berhati-hati delam mengeluarkan kenyataan apatah lagi menuduh tanpa bukti yang kukuh.

"Jangan sampai keceluparan beliau itu memakan diri sendiri," katanya. (HD)

MAT SABU DIKATAKAN PENGANUT SYIAH SEBAB DIA KAGUM DENGAN AYATOLLAH KHOMEINI.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Atasi Kegemukan dan Deabetes Dengan Ini.. Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA
.

Thursday, December 12, 2013

Aktiviti Syiah Didedah Hari Ini -Zahid Hamidi. Wajarkah?

KDN akan dedahkan bukti Mat Sabu Syiah petang ini, kata Ahmad Zahid. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Disember, 2013. 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) akan mendedahkan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan beliau baru-baru ini bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan membuat pengumuman istimewa di Kuala Lumpur pada jam 3 petang hari ini.
Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "ia terutamanya tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".
"Saya tidak boleh bercakap sekarang. Ketua Setiausaha akan membuat pengumuman nanti," kata beliau ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang hari ini.

Ahmad Zahid dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lepas mendakwa orang nombor dua PAS terlibat menganut fahaman Syiah.

Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mengatakan beliau tidak pasti siapakah yang dimaksudkan Zahid kerana orang nombor dua dalam parti Islam itu adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.

Mat Sabu juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Ahmad Zahid.

Sementara itu, Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, di mana penganut mazhab Sunnah tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar dari Islam. Demikian pandangan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya.

Beliau juga berpendapat jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

“Kita perlu berwaspada dalam hal ini. Kita bimbang perbuatan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada campur tangan Barat yang ingin melihat perpecahan umat Islam. Malah ada yang mengatakan agenda melagakan Syiah dan Sunni ini sudah lama dipasang pihak tertentu,” kata Mohamad. (IH)

Iklan
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. HMH STEVIA HERBA

Video: DAP Bersama Orang Asli..

  DAP bersama masyarakat Orang Asli 

  

Lihat sebelum ini

E-Buku IH-49: Selingan..


E-Buku IH-49: Selingan..

Pelakon Emma Maembong Pula Mula Berhijab...

PENAMPILAN Emma dengan imej bertudung.
Kuala Lumpur: “Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.

“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata.(myMetro)

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

Tergemuk Ke-5 Tertinggi Di Dunia. Larang Rakyat Minum Ini..


PERUBATAN

KESATUAN Emirat Arab berencana melarang penjualan minuman ringan manis bersoda dalam kemasan besar guna memerangi masalah obesitas atau kegemukan di negeri itu. Sejumlah langkah telah dirancang untuk menggalakkan gaya hidup sehat dalam pertemuan yang dihadiri pejabat pemerintahan, lapor berita pemerintah WAM, lansir Al-Arabiya (10/12/2013).

Di antara langkah bijak yang akan diambil antara lain membatasi besaran minuman manis bersoda yang dijual ke publik, kontrol iklan produk makanan tidak sihat dan memasang keterangan jumlah kalori dalam kemasan produk-produk makanan. Tidak jelas bila larangan penjualan minuman bersoda dalam kemasan besar itu akan dikuatkuasakan, begitu pula dengan batas ukuran maksimalnya.

Kesatuan Emirat Arab merupakan negara tergemuk ke-5 tertinggi di dunia, berdasarkan laporan jurnal BMC Public Health 2012. Menurut International Diabetes Federation, lebih dari 745,000 orang di negara itu mengidap diabetes.

“Ini merupakan tindakan yang bagus dari pemerintah,” kata Caroline Kamil, pakar zat yang berpusat di Dubai kepada Al-Arabiya.
“Bahkan dalam gelas ukuran kecil dari minuman ringan itu mengandung gula sebanyak 8 sudu,” kata Kamil, seraya memperingatkan bahaya pemanis makanan.

Perusahaan produsen minuman ringan tentu saja tidak terima produknya disalahkan atas obesitas yang banyak dialami orang saat ini. Antoine Tayyar, direktor humas Coca-Cola untuk wilayah Timur Tengah, tetap bertahan mengatakan bahawa minumam ringan berkarbonat bukan satu-satunya biang obesitas dan orang harus menjalani gaya hidup sihat dengan mengkonsumsi makanan seimbang. 

Di Malaysia Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun. Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun.  (2.6J Idap Diabetes: Setiap Pesakit Perlu RM770 Set..) 
(IH)

Atasi Kegemukan dan Deabetes Dengan Ini..

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

Wednesday, December 11, 2013

Banjir: Menteri Perlekeh U/Amal, Bodoh Sombong II



KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.


Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.

"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan  bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.

"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.

Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.

Sikap inilah, katanya perlu disanjung dan mengucapkan penghargaan terima kasih bukannya memperkecil-kecilkan mereka.

"Saya kira pengorbanan mereka cukup besar dan kehadiran mereka tanpa dipanggil sedar-sedar mereka sudah ada apabila pertolongan cemas diperlukan," katanya.

Unit Amal antara anggota sukarelawan yang turut bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kuantan, mereka bukan sahaja berusaha mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir bahkan kini mereka sedang giat menjalankan aktivti membersihkan rumah mangsa banjir. (Hrkh)

Sebelum ini..

Banjir: Oh, Bodoh Sombong Si Ketua Kampung Ini..

Bencana Alam suatu yang tidak diminta, yang sudah pasti akan menimpa semua orang tak kira apa fahaman politiknya. Oleh itu bantuan yang akan diberikan juga datang daripada semua golongan. 
Tapi malang kalau Ketua Kampung yang buat perangai bodoh menghalang atas dasar berbeza fahaman politik.

Ini yang terjadi di Rancangan Rumah Murah Semambu, Kuantan.

Sume telah maklum.. akan ada gelombang kedua banjir bila bila masa yg bakal melanda dinegeri Pahang, Trenggana, Kelantan dan Johor...jadi bersiap sedia.. yg jadi ketua kampung, jgn bodoh sombong..bantuan utk mangsa banjir jgn dihalang kerana berlainan fahaman politik... seperti yg berlaku di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini, bila ketua kampung (UMNO) memaki hamun dan menolak bantuan untuk mangsa banjir.. otak xde ker..?? _ raja shahrim

Yang Ini Tidak Bodoh Sombong...

PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3

Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...

Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.

Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.

Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.

Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."

Melalui perbualan dan persahabatan untuk suatu jangka yang agak lama, saya tahu beliau seorang pegawai polis yang bukan pro pembangkang, juga bukan pro Umno.

Hari ini, kebetulan balik bercuti, beliau singgah di klinik. Kebetulan ketika lalu di hadapan Masjid Kubang Kerian, ada tergantung banner ceramah Dr Azam Tamimi. Soalan pertama yang beliau tanya selepas bersalaman, "Dr Azam Tamimi tu siapa?"

"Pemimpin HAMAS Palestin." Jelas saya ringkas.

"Saya nak cakap ko Dr satu perkara, masa banjir di Kuantan baru ni, saya cukup respect dengan sumbangan unit amal PAS! Sayu bila teringat balik, anggota saya belasah mereka masa Himpunan Bersih dulu..." ujarnya berbaur kesal dengan apa yang telah berlaku.

Saya hanya mendiamkan diri sambil hati kecil saya berkata, "sampai masanya kebaikan itu akan dihargai..." DrAzman Ibrahim

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

Perusuh Diburu, S'pura Haramkan Alkohol. Islam Dah Lama...


Anggota keselamatan Singapura berkawal di kawasan rusuhan Ahad lalu. Gambar fail.

Pemangku Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata polis menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lalu di Little India.

Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang melanggar undang-undang dikendalikan dengan tegas dan adil selaras undang-undang.

“Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami mengharamkan alkohol. Polis menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa.

Teo, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri, berkata Jawatankuasa Penyiasat (COI) akan dibentuk menjelang hujung minggu ini.

"Kami akan sediakan nama dan terma rujukan dan ini akan membolehkan perhatian lebih mendalam terhadap insiden ini dan juga untuk menyemak prosedur semasa bagi pekerja asing berhimpun dan melihat sama ada perlu dilakukan penambahbaikan," katanya. - Bernama, 11 Disember, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam telah lama mengharamkan arak untuk kebaikan manusia, cuma puak-puak macam UMNO jahiliah saja yang masih degil tidak faham Islam.

Iklan 
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. HMH STEVIA HERBA

Bersatu? Campak Ke Laut Ideologi kebangsaan Itu -Nik Aziz

Bila harimau ingatkan kambing bahaya serigala
SAYA terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu.

Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah. Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut?

Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT? Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?

Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan.

Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.

Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa. Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini.

Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.

Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung. 
Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai? Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan.

Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam. Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu.

Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.

Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan.

Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat. Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ajaran Asobiayah juga, sesat.     

Banjir: Rumah Tinggal Tangga, Mana Wakil Kerajaannya?


KEMAMAN: Bagaikan tsunami kecil apabila sebuah rumah dihanyutkan arus sejauh hampir 100 meter dan hanya meninggalkan tangga di kediaman asal seorang buruh yang dilanda banjir di Kampung Air Putih, Chukai, dekat sini.

Abdul Azam Mat Aris, 54, kini bukan sekadar hanya tinggal sehelai sepinggang malah sudah tidak berbumbung lagi apabila air naik mendadak sehingga meranapkan rumah pusaka didiaminya, sejak berusia lapan tahun.

Mana wakil kerajaan yang bertanggung jawab?

Renung Sikit: Bagaimana Nak Lintas Titi Ini?

ilustrasi

SESUNGGUHNYA Rasulullah SAW menjamin bahawa semua umat beliau pasti masuk syurga. Dalam sabdanya,  
  • “Setiap umatku pasti masuk syurga, kecuali yang tidak mahu.” Para Sahabat bertanya, “Siapa yang tidak mahu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Siapa yang taat kepadaku pasti masuk syurga, dan siapa yang derhaka kepadaku pasti dia tidak mahu.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad, dari Abu Hurairah).
Dalam kesempatan lain, beliau juga menceritakan bahawa kelak ada orang-orang yang sebenarnya tidak mahu masuk syurga tetapi dipaksa dengan segala cara, bahkan sampai perlu dirantai dan diseret!

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Hurairah mengutip sabda Rasulullah SAW, 
  • “Allah merasa takjub kepada orang-orang yang masuk syurga dalam (keadaan terbelenggu oleh) rantai-rantai.” 
Dalam riwayat Abu Dawud dan Ahmad dinyatakan, 
  • “Tuhan kita merasa takjub terhadap kaum yang digiring ke syurga dalam (keadaan terbelenggu oleh) rantai-rantai.” 
Menurut riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir yang bersumber dari Abu Umamah, diceritakan bahawa suatu kali Rasulullah tertawa, lalu ditanya, 
  • “Apa yang membuat anda tertawa?” 
Beliau menjawab, 
  • “Saya merasa takjub kepada kaum yang digiring (masuk) ke syurga dalam (keadaan terbelenggu oleh) rantai-rantai, padahal sebenarnya mereka sangat tidak mahu.” 
Dalam riwayat ath-Thabrani lainnya yang bersumber dari Abu ath-Thufail ditambahkan keterangan: 
  • “Mereka adalah orang-orang non-Arab yang ditawan oleh kaum Muhajirin (dalam peperangan), lalu masuk Islam secara terpaksa.”
Sungguh, betapa beruntungnya orang-orang itu. Mereka berjumpa dengan manusia-manusia muslim yang penuh kasih, yang kerana begitu besar rasa kasihnya sehingga berusaha sekuat tenaga untuk selamatkan mereka. Kaum muslimin generasi awal bahkan bersedia menyabung nyawa untuk memastikan kebaikan, kebenaran, dan jalan syurga itu tersebar ke seluruh dunia. 

Mereka tidak mahu menikmatinya sendirian, namun membagikannya kepada sebanyak mungkin manusia. Perjuangan mereka menjadi cermin misi Nabi junjungannya, iaitu sebagai rahmatan lil ‘alamin (lihat Qs. al-Anbiya’: 107). Bila perlu, sedikit dipaksa pun tidak masalah, yang penting manusia mendapat peluang untuk mengenal kebaikan Islam terlebih dahulu.

Terkadang, akibat propaganda yang menyesatkan, bisikan syaitan, kerasnya hati, kelamnya kemusyrikan dan maksiat, atau gabungan dari semuanya, maka keindahan Islam terlihat menjijikkan, dan terangnya hidayah dinilai sebagai gelapnya kesesatan. Di titik inilah jihad menjadi piranti efektif untuk merobohkan semua penghalang itu. 

Sebab, di dunia ini selalu ada manusia-manusia angkuh yang tidak dapat memahami bahasa selain kekerasan, pertarungan, dan adu kekuatan. Jika seluruh jalan dialog dan seruan telah buntu bahkan dimusuhi, maka adakalanya paksaan dan kekuatan senjata menjadi alternatif terbaik untuk membuka mata mereka. 

Di masa lalu, kepongahan Kekaisaran Romawi dan Persia adalah contoh nyata, dua penghalang utama tersebarnya Risalah Islam kepada dunia, sehingga keduanya terpaksa ditekuk dengan besi. Sungguh, betapa indah nasib orang-orang itu. Mereka tidak berjumpa dengan manusia-manusia berhati lemah dan berakal pendek di zaman ini, yang berlindung di balik dalih hak asasi manusia sehingga membiarkan masyarakatnya terjerembab ke neraka. 

Orang-orang ini tega melegalkan seribu satu macam kemaksiatan, bahkan dengan senang hati memungut cukai dan pajaknya, baik secara resmi mahupun melalui pungutan liar yang dikorupsi ke kantongnya sendiri. Apa yang kelak mereka katakan jika ditanya oleh Allah: tentang pembiaran mereka terhadap prostitusi, peredaran Miras, hiburan malam, homoseks, perjudian, dan sebagai? 

Adakah dalil-dalil Hak Asasi Manusia buatan kaum kafir itu akan diterima di hadapan-Nya? Betapa ironis nasib manusia di zaman ini. Mereka dibiarkan masuk neraka secara sukarela, bahkan dengan perjuangan berat, persaingan ketat, biaya besar, dan resiko ganda. Mereka dibiarkan bahkan difasilitasi untuk mengumbar auratnya melalui aneka kontes dan mode-mode pakaian ketat, menyalurkan nafsunya dengan berpacaran di area-area publik, berpesta setiap malam di karaoke dan pub, mengakses materi pornografi lewat internet, dan entah apa lagi. 

Mengapa masyarakat ini diizinkan terjerumus ke jurang neraka, hanya demi meraih simpati dan kerelaan mereka? Mengapa takut melihat cibiran dan makian mereka, walau pun sejatinya mereka sedang dibawa ke syurga?
Di mana nurani dan kasih sayang para pemimpin masyarakat, ketika menyaksikan antrean panjang rakyat dan anak-anaknya menuju Jahanam?

Dalam hal ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,
  • “Sesungguhnya perumpamaanku dengan umat manusia adalah seperti seseorang yang menyalakan api. Ketika api itu telah menerangi sekitarnya, mulailah laron dan haiwan-haiwan merayap – yang biasa terjatuh ke dalam api – berjatuhan ke dalamnya. Maka, orang itu pun berusaha untuk menahan dan mencegah mereka, namun mereka justru mengalahkannya, sehingga mereka pun mencampakkan dirinya sendiri ke dalam api. Aku memegang erat-erat tali pinggang kalian (agar tidak terjerembab ke dalam api), sedangkan kalian justru berusaha keras untuk menceburkan diri ke dalamnya.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah).
Maka, sebagai orangtua, guru, ulama, dan pemimpin kita mesti bersikap tegas kepada orang-orang yang berada di bawah kuasa kita. Pilihkanlah untuk mereka jalan-jalan terbaik yang menjamin masa depannya dunia-akhirat, lalu jaga alurnya agar tidak berbelok. 

Jangan gentar oleh ocehan dan cibiran, sepanjang kita yakin bahawa pilihan tersebut bukan kemaksiatan, bahkan justru merupakan kebajikan. Jauh lebih baik bagi mereka untuk masuk syurga secara terpaksa, daripada terjungkal ke neraka dengan sukarela. Wallahu a’lam.(IH)

Mahkamah Rayuan Sahkan Hamidah Fitnah Khalid




KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman yang merupakan bekas Ahli Exco Negeri Perak dengan kos RM50,000 dan gantirugi untuk ditaksirkan.

Mahkmah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Yang Arif Datuk Mah Weng Kwai dan Yang Arif Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid.

Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib.

Di dalam artikel tersebut Hamidah juga menuduh Khalid Samad dengan tuduhan-tuduhan berikut.

[Perenggan 8]

"Golongan yang menyokong penggunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian menggantikan perkataan 'God' di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh di sudut hantinya dengan keputusan mahkamah ini."

[Perenggan 12]

"Selepas ini jangan pula hairan jika kita melihat tulisan Gereja Allah bagi menggantikan House of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS."

[Perenggan 18]

"Sekalung tahniah buat parti pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat islam di negara ini."

Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.

Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013.

Di dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan Khalid gagal membuktikan bahawa artikel di blog Hamidah tidak mempunyai gambar super imposed tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid.

Kes ini juga amat menarik kerana buat pertama kali Mahkamah Rayuan mendengar tentang isu artikel dari blog yang dikeluarkan (removed) dari blog tetapi masih boleh dicapai dari www.archeive.org. (HD)


IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

Tuesday, December 10, 2013

Berita Rosmah Wajar Jadi Menteri Ditarik Balik. Mengapa?


Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik

Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin (gambar) yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.
Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri. Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.

Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut. Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab.
"Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya.

Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi. Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.

Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).

Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.

Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.

Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. – 10 Disember, 2013. (TMI)

Lihat sebelum ini...

Ini Rupanya, Pontianak Ganas Gigit Penguatkuasa..

Foto 
ANTARA pondan warga Thailand yang dicekup ketika serbuan.

'Puntianak' kaki lima
Ipoh: Wajah jelita persis model, namun kumpulan pelacur Thailand di sekitar bandar raya ini mendapat jolokan ‘pondan puntianak’ apabila gemar bertindak ganas mencakar dan menggigit anggota penguat kuasa yang cuba menahan mereka.

Kumpulan pelacur yang bergiat secara berkumpulan itu dikesan memonopoli kegiatan maksiat di beberapa kawasan pada waktu malam, antaranya di Jalan Yang Kalsom, Jalan Kampar dan Jalan CM Yusuf.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Irwan Zahid berkata, kehadiran pelacur pondan itu memang dalam perhatian pihaknya dan operasi serta tangkapan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, dalam beberapa operasi yang dilakukan sebelum pelacur pondan itu agak agresif apabila menggigit tangan dan mencakar beberapa anggota penguat kuasa yang cuba menahan mereka.

“Mereka juga sanggup bergelut semata-mata mahu melarikan diri. Namun, itu semua tidak menghalang kami terus melakukan operasi bagi memastikan bandar raya ini bebas maksiat,” katanya.(myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau sering ada operasi tangkap pontianak, tentu tidal ada lagi mereka berkeliaran mencekek mangsa. He he heee!

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

Banjir: Kisah Budak-budak Baju Merah...

Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS (Kanan sekali) turut bersama membantu mangsa banjir.


“Budak-budak baju merah (Unit Amal Dewan Pemuda PAS)” yang bantu kami, kata mangsa banjir

Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim dalam misi menghantar bantuan semalam di Chenor... Masih ada mangsa banjir yang belum mendapat apa-apa bantuan disini dan petugas kita mengambil langkah sepantas mungkin kesana walau terpaksa meredah sungai Pahang...

"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.


Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.

Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa.
The Malaysian Insider


Lain-lain..

Ketua Dewan Muslimat PAS juga membantu mangsa banjir..




Presiden PAS juga..

 TERHANGAT ! GAMBAR2 TENGKU PUAN PAHANG JADI SUKARELAWAN BANJIR....HEBATKAN!!!!

Gambar-gambar Tengku Puan Pahang mencemar duli turun membantu mangsa-mangsa banjir..

Dato' Siti Nurhaliza & Suami Bantu Mangsa Banjir
 
siti
Atas dasar keprihatinan terhadap mangsa banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur kini, penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa telah turun padang bagi membantu golongan yang memerlukan.
Siti dan suami menerusi Yayasan Nur Jiwa dan SimplySiti memilih tiga penempatan di Kuantan, Pahang yang mana menempatkan sebahagian mangsa banjir di kawasan tersebut. Selain suami, Siti turut ditemani oleh dua orang anak tirinya serta beberapa kakitangan daripada SimplySiti.







(IH)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering dan Potong


Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com