Saturday, December 28, 2013

Sertai Himpunan Turun Menjelang Tahun Baru -Dr. Mohd Hatta Ramli

KL: PAS bersedia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan menjelang tahun baru akan datang sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan seterusnya. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar) melihat himpunan yang akan diadakan pada malam 31 Dis anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menegaskan selepas Himpunan Turun itu, PAS akan terus menyokong mana-mana himpunan yang diadakan selepas itu, sekiranya bersesuaian dengan perjuangan PAS.

Sebagai contoh, katanya PAS akan sama-sama menggerakkan Himpunan Bantah GST yang dirancang diadakan pada Hari Buruh, 1 Mei akan datang.

"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama NGO lain," tegas beliau.

Dalam pada itu, Dr. Hatta melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak tertentu yang cuba melabelkan himpunan malam 31 Dis itu sebagai kononnya himpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Biarpun tidak tahu-menahu sekiranya ada gerakan yang akan mengadakan himpunan sedemikian (guling kerajaan), Dr. Hatta berkata Pakatan Rakyat dan NGO Turun tiada kaitan dengan himpunan tersebut.

"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan.  Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun.

"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau yang berkemungkinan turut menyertai himpunan itu menyeru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama menyertainya di Dataran Merdeka dengan suasana aman dan tenteram bagi memberi signal kepada kerajaan tentang kepayahan rakyat. (HD)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.    
Wakil Penjual:    
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)    
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)  
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),    

Jais Buru Gereja Guna Nama Allah, Tapi PAS Bersama Paderi..

Dr Rani bersama Pastor Moses Savari dan penganut Kristian di Meru dalam satu majlis di sebuah gereja baru-baru ini. Gambar ihsan daripada Facebook Dr Rani. 
Dr Rani bersama Pastor Moses Savari dan penganut Kristian di Meru dalam satu majlis di sebuah gereja baru-baru ini. Gambar ihsan daripada Facebook Dr Rani. 

Ketika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memburu gereja yang menggunakan nama Allah dalam majlis mereka, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman berucap di majlis yang dianjurkan oleh sebuah gereja.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di sebuah dewan komuniti di Pekan Meru 26 Disember lepas. Ia telah disiarkan oleh Dr Rani dalam akaun Facebook miliknya.

Pastor Moses Savari dalam ucapannya berkata,  semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang gambaran sebenar Islam.

Beliau yang cukup berasa teruja dengan kehadiran Dr Rani mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir dan memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang memerlukan bantuan di Meru.

Sikap mereka berbeza sekali dengan tindakan yang diambil Jais yang sedang menyiasat gereja yang menggunakan nama Allah dalam majlis mereka. Awal minggu ini, Utusan Malaysia telah mendakwa kumpulan Kristian yang dikenali sebagai International Full Gospel Fellowship mengadakan majlis tertutup di sebuah hotel di Klang dan didengari menyanyikan lagu yang mengandungi perkataan “Allah”.

Akhbar yang dikuasai Umno itu juga melaporkan, satu notis dipasang di lobi hotel itu yang berbunyi: “International Full Gospel Fellowship: Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, Dari Gelap Akan Terbit Terang”.

Ekoran itu, Jais sedang menyiasat gereja yang terlibat. Pengarah Jais Ahmad Mohd Saad berkata, pihaknya akan menyenaraikan gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta mereka mematuhi enakmen negeri yang menghalang berbuat demikian.

Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Umat Islam) yang menghalang penggunaan nama Allah yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor 25 tahun lalu dan dikuatkuasakan Julai 1988. Jais telah menggunakan enakmen itu ketika mengumumkan sekatannya ke atas bukan Islam daripada menggunakan nama Allah.

Selain Selangor, 10 negeri lain turut meluluskan enakmen menghalang bukan Islam menggunakan antara 18 hingga 25 perkataan termasuk Allah. – 28 Disember, 2013. (TMI)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.    
Wakil Penjual:    
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)    
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)  
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),    

Kepada Penyanyi Stacy, Selamat Berkenalan Dengan Islam.

Stacy.

HALAMAN HIBURAN

Stacy Pelajari Tentang Agama Islam Daripada Akim Ahmad  
PETALING JAYA: Penyanyi Stacy mengakui semakin memahami ajaran agama Islam selepas banyak mendapat bimbingan daripada kekasihnya, Akim Ahmad.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, berkata, Akim banyak menjelaskan tentang agama itu setiap kali mereka berjumpa dan dia juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya.

"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," katanya katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy. Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu.

Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu.

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, Stacy berkata, pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam turut mendedahkannya dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.
“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu. Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.
"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kepada penyanyi Stacy, selamat berkenalan dengan Islam. Kepada artis-artis bukan Islam yang lain tidak salah anda mengikut jejaknya mempelajari agama bagi negara ini, supaya anda dapat berfikir secara Islam, yang tidak semestinya anda memeluk agama Islam. Sekurang-kurang anda kenal budaya Islam yang sepatutnya, bagi memudahkan aktiviti anda.

IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.   Wakil Penjual:   W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)   Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)   Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),   Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

Lagi, Pelacur-pelacur Di M'sia..


BEBERAPA wanita asing yang dipaksa menjadi pelacur diberkas selepas polis menyerbu tiga rumah urut di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Penderitaan 35 wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti persundalan selepas ditipu oleh satu sindiket pelacuran berakhir apabila kesemuanya diselamatkan dalam serbuan di tiga rumah urut di Jalan Langkawi, Setapak di sini kelmarin.

Kesemua mangsa yang merupakan 12 wanita Thailand, Filipina (10), China (10) dan Vietnam (3) dipaksa menjual diri mereka kononnya untuk melangsaikan hutang berhubung kos perjalanan mereka ke sini yang telah ditanggung sindiket.

Kesemua mereka diselamatkan dalam Ops Pintas yang dilakukan pada pukul 8 malam oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), dengan dibantu Bahagian Kongsi Gelap, maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Sentul dan Dang Wangi. (Kosmo)

IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.   Wakil Penjual:   W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)   Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)   Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),   Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000

 KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai penyiasat di Jabatan Imigresen dipenjara tiga tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah bersetuju menerima rasuah RM2,000 tiga tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan demikian terhadap Abdul Rahim Yusoff, 42, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes tersebut. Sekiranya gagal membayar denda tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pemberi dan penerima rasuah masuk neraka. Al-hamdulillah Allah masih sayang kepadanya, masih beri masa untuk bertaubat, dan kembali kepada jalan Nya.

IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.   Wakil Penjual:   W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)   Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)   Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),   Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

Belum Rasmi Nikah, Artis Ini Tidak Mahu Berfoto. Mengapa?


Oki Setiana Dewi. (Kapanlagi.com)
Oki Setiana Dewi. 

HALAMAN HIBURAN
BAGI sebahagian pasangan yang akan berkahwin, foto pre wedding seakan-akan menjadi suatu keperluann dilakukan dari sekian banyak persiapan lain. Namun hal itu tidak berlaku bagi Oki Setiana Dewi.

Sebagai muslimah yang taat, Oki tidak akan melakukan foto pre wedding yang membuat ia perlu bersentuhan dengan calon suaminya. Kerana menurutnya, sebelum sah sebagai sepasang suami isteri, mereka bukan muhrim.Demikian lapor dakwatuna.com.

Oki Setiana Dewi adalah seorang pelakon Indonesia sebagai Anna dalam filem  'Ketika Cinta Bertasbih'.  Sejak usia 16 tahun, Oki telah merantau ke Jawa dari Riau dan akhirnya masuk Universiti Indonesia. Oki sempat berlakon di beberapa FTV sebelum akhirnya memutuskan untuk berhijab pada tahun 2005.

Atas kesedaran itu, kini Oki lebih memilih bergambar sesudah mereka dinyatakan sah sebagai sepasang suami isteri.

“Foto nanti pasca wedding. Insya Allah kan tanggal 12 menikah, 13 aku ultah yang ke-25 tahun, kalo pasca kan udah boleh pegangan. Kalo sekarang kan belum boleh,” tegasnya saat ditemui di kawasan Kemang, Jakarta Selatan, Khamis (26/12/2013).

Beberapa waktu lalu foto pre wedding memang sempat jadi perbincangan, sempat menjadi polemik antara halal dan haram. Oki dan Rio lebih memilih pasca wedding untuk foto-foto agar lebih bebas. (IH)

Friday, December 27, 2013

Anak Rosmah Beli Kondo RM110J Di New York


Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas. Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000. Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. (MK)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia? 

IKLAN  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 

HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual:  
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)  
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang)  
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star),  
Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

Bantah Bangladesh Gantung Abdul Quader Mullah.


KUALA LUMPUR:  Kesal dengan tindakan regim Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina menggantung sampai mati Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar), PAS serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Bangladesh di Jalan U-Thant, dekat sini, petang ini.

Lebih 500 orang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan selepas menunaikan solat Jumaat. Mereka menyanyikan lagu rasmi PAS dan melaungkan slogan 'Hidup Islam', 'Hancur Kerajaan Zalim Bangladesh' sebelum pimpinan utama masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

Selain Mohamad Sabu, turut masuk bertemu wakil kedutaan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmod, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, wakil PKR  dan Abim.

Mohamad Sabu ketika berucap kesal kerana wujud kecenderungan di peringkat antarabangsa untuk menghalang parti Islam membentuk kerajaan melalui proses demokrasi.

Di Malaysia, PAS katanya tegas menyokong demokrasi dan hanya akan mengambil alih kerajaan melalui pilihan raya.

"Ada trend sekarang ini untuk menghalang parti Islam menuju demokrasi. Di Bangladeh, selain seorang dihukum gantung sampai mati, enam orang turut menunggu hukuman yang sama dan pemuda-pemudanya dipenjarakan beramai-ramai," katanya.
"Soal hak asasi adalah perkara sejagat dan kita membantah kerajaan yang zalim.
"Di Malaysia juga PAS tegas ingin ambil kerajaan melalui demokrasi dan pilihan raya," katanya.

Himpunan aman itu berakhir jam 3.30 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad. (HD)

IKLAN Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee) 
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang) 
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

Atris Izara Aishah: Kekasih Larang Berpeluk. Al-hamdulillah!

HALAMAN HIBURAN

Kekasih Larang Berpeluk Antara Sebab Izara Aishah Tangguh Kahwin 
PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga.

Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.
"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya kepada mStar Online.

Kata Izara, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga.
Izara turut tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.

"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.
"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Izara turut bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Atris Izara Aishah, kekasihnya larang berpeluk, bukan muhrim. Al-hamdulillah! Yang penting, jangan fikir kekasih manusia larang, tapi ingatlah Kekasih Yang Maha Pengasih, yang mengatur kehidupan ini, mengatur suruhan dan garis panduan larangan untuk kebahgiaan manusia sendiri.

Jangan mencampakkan diri kamu ke dalam lubang kebinasaan kerana lakukan menyalahi hukum fitran, kemanusiaan dan agama. Allahu 'aklam.

Lihat..
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1  
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

BN: Barang Naik, Jenayah & Kemalangan Pun Naik?



KL: Impak inflasi bukan sahaja dari aspek kewangan tetapi kesan sosial ke atas keutuhan kekeluargaan apabila ibu bapa mula membuat pelbagai kerja tambahan pastinya menjejas pelbagai aspek keharmonian keluarga dan anak-anak.

“Ini sudah pasti. Apa lagi? Ada lagi dan yang ini tentunya menyayat hati,” ujar Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar sebelah) kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, mengikut kajian sebuah badan penyelidikan (International Association of Traffic and  Services) setiap kali bahan bakar iaitu petrol dan diesel naik dan inflasi tercetus, maka golongan berpendapatan rendah akan merubah cara hidup mereka.

“Menteri-menteri BN tak payahlah suruh rakyat ikat perut atau suruh ambil jalan alternatif kalau tak bayar kenaikan tol sebab rakyat memang tahu sangat untuk survive,” ujarnya sinis.

Katanya, hanya menteri-menteri  yang boleh hidup mewah bershopping di Harold London dan bandar-bandar besar dunia semasa cuti krismas dan Tahun Baru sedangkan rakyat sudah mula mengikat perut dan sedang bergelut untuk menyiapkan anak-anak hendak mula bersekolah.

Namun apa yang hendak didedahkan beliau ialah apabila rakyat marhaen bertukar dari kereta Kancil dan Proton Saga kepada menunggang motosikal untuk ke pejabat, maka di situ jugalah dapatan kajian membuktikan bahawa kadar kemalangan meningkat.

Menurutnya, sudah umum maklumi bahawa Malaysia merupakan negara punyai risiko kematian jalanraya tertinggi di dunia, yang mana penunggang motosikal terdedah tiga kali ganda risiko kemalangan berbanding menaiki kereta.

“Dengan kenaikan kos saraan hidup ini atau inflasi barang naik ini, rakyat Malaysia sekaligus berdepan dengan maut jalanraya.

“Apakah kerajaan Umno BN sedar akan akibat perbuatan mereka menaikkan secara mendadak kesemua ini? Umno BN memangsakan rakyat!” tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Menurut beliau lagi, satu dapatan kajian sekumpulan penyelidik USM pada 2009 juga menemui hubungan faktor inflasi dan kadar jenayah.

“Sayugia dingatkan kerajaan Najib dengan NKRA jenayah serta KPInya pasti akan tercalar apabila rakyat lebih mudah menukar  kerjaya mereka atau menambah pendapatan dengan meragut, mencuri dan merompak,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, dapatan menemui hakikat bahawa semasa dalam tekanan kos saran hidup yang tinggi-inflasi, kadar jenayah meningkat.

Ini, katanya kerana rakyat juga diheret ke kancah jenayah atau menjadi mangsa jenayah.

“Pencetusnya siapa?” tanya beliau. (HD)

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee) 
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang) 
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

Rasuah: Polis Datuk Gubah Wang 6 Juta


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar Datuk telah memberi keterangan dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya Selasa lalu. (Kosmo)

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang) 
W/Persekutuan Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee) 
Kedah, Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
Pahang Roslan 0132132967 (Temerloh)

Hudud: Brunei 50% Turun Kadar Jenayah.. M'sia Serba Tak boleh?

KL: Kadar jenayah dapat diturunkan sebanyak 50% sebelum perlaksanaannya lagi. Demikian dimaklumkan oleh Mufti Brenei kepada Tuan Guru Di Harun Din selepas kerajaan Brunei mengumumkan perlaksanaan hukum hudud seperti yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia.

Berita ini sedang tersebar di facabook sekarang.

Menurut berita itu lagi, bukan itu sahaja, bahkan kerajaan Brunei telah bertambah rezekinya, bila 6 telaga minyak lagi telah dijumpai, dan dikatakan boleh bertahan 600 tahun lagi. Al-hamdulillah. (rujuk facebook Kak Mahh

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, Malaysia bila lagi? Jelasnya, M'sia pengecut serba tak boleh dalam hal melaksana hukum Allah SWT.

Lihat juga..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Forum Usahawan 1

Forum Usahawan 1 Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

Thursday, December 26, 2013

Sehari 16 Kes Orang Hilang Tahun Lepas -Naib MCPS




Purata 16 kes orang hilang terutama yang melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita dilapor di negara ini setiap hari tahun lepas.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebanyak 5,721 kes orang hilang dilapor tahun lepas dengan 3,127 orang atau 54.7% kes dijumpai semula.

Beliau berkata statistik antara Januari hingga 23 Dis tahun ini turut menunjukkan tahap membimbangkan dengan 4,998 orang yang dilapor hilang, hanya 2,382 orang atau 48% berjaya ditemui.
Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye. Lee berkata terdapat beberapa faktor berlaku kes orang hilang termasuk diculik dan bunuh. Terdapat juga kes orang hilang terutama di kalangan remaja yang melarikan dari rumah akibat tekanan, masalah dalaman keluarga atau mengikut teman lelaki, katanya.

"Saya sarankan ibu bapa perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi memastikan lebih banyak perhatian diberikan pada pembangunan dan perkembangan hal ehwal keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata sekiranya institusi kekeluargaan rapuh, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan sehingga mereka melarikan diri mengikut teman lelaki dan mungkin terjerumus dengan gejala sosial atau jenayah seperti dilacurkan.

Sementara itu Chuah berkata Melaka mencatat peningkatan orang hilang sebanyak 20 kes kepada 176 kes antara Januari hingga hari ini, berbanding 156 kes tahun lepas. Beliau berkata kebanyakan kes melibatkan remaja yang bertindak melarikan diri dari rumah. - Bernama, 26 Disember, 2013.

Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya!

Esok, Muslimah Demo Bantah Kezaliman Bangladesh -Zailah.


Situasi Bangladesh yang boleh berlarutan sehingga menjadi perang saudara ...

KL: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru Muslimat seluruh negara turun ke himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada kedutaan Bangladesh, Jumaat, 27 Disember ini.

Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut.

Katanya, nyawa umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Bangladesh tanpa ada belas dan sifat keperikemanusiaan.  Beliau menegaskan, tindakan zalim itu merupakan pencabulan hak asasi yang diluar perikemanusiaan dan harus ditentang oleh seluruh umat dunia secara habis-habisan.

"Saya menyeru dan berharap ahli dan Muslimat seluruh negara di semua peringkat cawangan, kawasan dan negeri turun beramai-ramai pada hari Jumaat di kedutaan Bangladesh," katanya.

Tegas beliau ia sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman di Bangladesh dan umat Islam tidak boleh diperkotak katikkan.  Beliau berkata, sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.

Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya Jamaat-e-Islami.

Sementara itu,Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS  serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok. (IH/HD)

Lihat sebelum ini..
Forum Usahawan 1

Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

Uskup Rayu Orang Melayu Sokong Kristian Guna 'Allah'



Ketua Uskup Tan Sri Murphy Pakiam merayu kepada golongan minoriti Melayu yang menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' supaya menyuarakan sokongan tersebut demi masyarakat Kristian.

Beliau merujuk kepada tinjauan oleh usat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan bahawa 77 peratus responden Melayu percaya bahawa orang Islam patut mendapat hak eksklusif menggunakan kalimah tersebut, dan 11 peratus yang berpendapat sebaliknya.

"Kami tidak percaya bahawa warisan kerohanian umat manusia terbina atas pandangan satu spesies sahaja.
“Ia kelihatan seolah-olah kita terpaksa bergantung kepada 11 peratus saudara Melayu yang mewakili 1.6 juta jumlah sebenar, untuk menetapkan nada dalam wacan keamanan dan keharmonian Malaysia,” katanya.

Pakiam berucap di majlis sambutan Krismas anjuran Majlis Gereja Malaysia. (MK)

Lawan Demokrasi Tak Sempurna, Bukan Guling K'jaan -Mat Sabu

Mat Sabu berkata PAS tidak pernah terfikir menukar kerajaan di luar batas pilihan raya. - Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2013. Mat Sabu berkata PAS tidak pernah terfikir menukar kerajaan di luar batas pilihan raya. - Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2013. 

PAS tidak berhasrat menggulingkan kerajaan pada malam sambutan ambang tahun baru 2014 nanti, seperti yang didakwa beberapa pihak, menurut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

“Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar,” kata Mohamad, yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau berkata parti Islam itu komited dengan amalan demokrasi walaupun ia tidak sempurna.
Beliau turut memberikan contoh demokrasi tidak sempurna yang diamalkan di Malaysia.
“Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Polis baru-baru ini menahan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup atau Turun, Azan Safar, yang menghadapi siasatan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung satu rancangan perhimpunan ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.

Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam Isnin ketika makan bersama kawan-kawannya di Kampung Baru, dan dibebaskan 20 jam selepas itu. Azan, yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan kompleks Sogo, merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga akan naik. Pada September, subsidi petrol RON 95 dan diesel dipotong menyebabkan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain.

Semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta dan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa April 2015. – 26 Disember, 2013. (IMI)

Ikan Tamban Naik Ke Pantai Bukan Tanda Tsunami -Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo

RIBUAN ikan tamban memenuhi pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi kelmarin.

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung 

KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam.

Sementara itu,  Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi Selasa. Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini Rabu. Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. (IH)
Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu  
Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Sambut Natal, Dengan Tarian Balet... Macam UMNO Di M'sia?


Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York. 
Sepasang penari balet "The Nutcracker" saat beraksi di kantor Bursa Saham New York di malam Natal (24/12).

Sambut Natal, penari balet beraksi di bursa saham New York
Benghibur begini di pejabat Bursa Saham New York di malam Natal ini adakah diambil tuntutan ajaran Agama Kristian?
Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York.
Aksi sejumlah penari balet ini mengundang perhatian pegawai bursa saham di New York.

Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York.
Aksi sejumlah penari balet cantik ini mengundang perhatian para pegawai bursa saham di New York.
Seorang penari balet "The Nutcracker" tersenyum berposting di hadapan fotografer di malam perayaan natal di Bursa Saham New York (24/12).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedihnya orang Islam juga menyambut hari perayaan Islam dengan acara maksiat begini. Contohnya lihat acara sambut hari raya dalam tv Malaysia pimpinan BN/UMNO, penuh dengan acara maksiat seperti gaul bebas dan tidak tutup aurat.

Mana-mana agama di dunia pun tidak mahu menghanyautkan pengikutnya ke arah keruntuhan moral.. kecuali... (IH) 

Lihat sebelum ini..
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

Wednesday, December 25, 2013

Alif Pada 'Allah' Ditukar Dg Logo 1 Malaysia, Kurang Ajar. UMNO?

Perbuatan Biadab Gantikan Huruf Alif Pada Kalimah Allah Dengan Logo 1 Malaysia
RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini. Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.
"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.
“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).
“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.(TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT/SH)


Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya!

Jumlah Kristian Betlehem Kurang Kerana Al Qaidah -Qumsieh


Jumlah penganut berkurang, umat Kristen Betlehem salahkan muslim
Gereja kelahiran Yesus di Betlehem. ©Reuters

Pemimpin Komuniti Kristian Palestin di Kota Betlehem Samir Qumsieh menyatakan makin berkurangnya penganut Kristian di kota kelahiran Jesus itu adalah akibat umat Islam, bukan kerana Israel. Dalam pidatonya pada siaran tv lokal, Qumsieh mengakui konflik di kawasan itu antara Israel dan Palestin ikut mempengaruhi jumlah penganut Kristian.

Dalam pidatonya itu dia tidak sepenuhnya menyalahkan Israel, seperti dilansir israeltoday.co.il, Selasa  semalam. Qumsieh berkeras mengatakan ancaman terbesar yang dihadapi umat Kristian, kini berjumlah sepertiga penduduk Betlehem, antara lain rendahnya tingkat kelahiran, perpindahan penduduk, dan diskriminasi oleh warga muslim.

"Diskriminasi itu terjadi sembunyi-sembunyi dan itu lebih membahayakan," kata Qumsieh.

Dia mengatakan keluarga Kristian di sana rata-rata hanya memiliki dua anak, kalah jauh dengan rata-rata keluarga muslim. Keadaan masa kini, kata dia, semakin berbahaya kerana banyaknya bukti kehadiran jaringan Al Qaidah di kawasan konflik itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Disitulah rahsia kekuatan Islam, kata Nabi, berkahwin dan beranaklah, beliau gembira dengan umatnya yang ramai. Aktiviti mengecilkan jumlah umat Islam adalah suatu pengkhianatan kepada agama Islam sendiri. (IH)

Sambut Krismas Dengan Langgan GRO, Buat Malu Kristian..

 Ini lain. Kegiatan maksiat, ketika serbuan, terdapat segelintir pengunjung mabuk sanggup menari dalam keadaan separuh bogel, di Jalan Doraisamy Jan 2013.

KLANG: Keghairahan puluhan pelanggan dua kelab menyambut Krismas dengan melanggan GRO terbantut apabila diserbu Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Pekan Baru Klang, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 10.30 malam yang diketuai Asisten Superintendan Shukri Abdullah itu, 19 GRO warga asing bersama tiga lelaki termasuk seorang warga asing berusia 18 hingga 30 tahun ditahan. Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, kegiatan pelacuran itu ditawarkan pada kadar RM150 hingga RM500 seorang.

"Pasukan D7 menyerbu dua buah kelab ini secara serentak dengan kekuatan enam pegawai serta 15 anggota.
"Ketika serbuan, pelanggan sedang rancak berhibur serta ada kalangan GRO sedang melayan pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka," katanya.

Rohan berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan dan dokumentasi. (myMetro)
Foto Menarik
ANTARA 19 GRO yang ditahan Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Pekan Baru Klang, lewat malam tadi. FOTO Na'imah Mohamed

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sambut Krismas dengan langgan GRO, buat malu Kristian saja..Kristian juga agama bertamaddun dan diktiraf sebagai agama dari langit. Tidak patut dibiarkan perbuatan mereka yang menghina agama ini.. Syabas pihak berwajib, terus hapuskan maksiat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails