Saturday, January 04, 2014

Kemungkinan Lawrence Nak Tunjuk Besar Kepala -UMNO S'ngor




SHAH ALAM 4 Jan. - UMNO Selangor melarang mana-mana anggotanya serta meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mengadakan himpunan bagi membantah penggunaan kalimah Allah di hadapan gereja, esok.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu bagi mengelak salah tafsir dalam kalangan rakyat berhubung isu berkenaan, selain memastikan keharmonian kebebasan beragama di Selangor terus terpelihara.

"Dalam kita memperjuangkan isu kalimah Allah, kita minta jangan adakan himpunan ataupun bantahan di depan gereja sebab ia boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO, di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa cawangan UMNO dan NGO Islam di negeri itu merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan gereja-gereja di negeri itu esok sebagai membantah kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah 'Allah.'

Pada 27 Disember lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata, gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
 Demikian menurut BERNAMA

Sebelum itu, Malaysiakin melaporkan, Exco Agama Selangor, Salehen Mukhyi akan mengadakan perjumpaan dengan editor The Herald, Lawrence Andrew Selasa ini bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

Noh juga dilaporkan berkata,  “Kalau nak buat nota bantahan, hantar terus kepada Paderi Lawrence. Jangan ganggu gereja. Agama Kristian mungkin tidak berfikiran seperti Paderi Lawrence. Jangan babitkan orang lain. Dia je punca,” kata Noh merujuk kepada Pengarang Mingguan Herald Lawrence Andrew yang berkata gereja di Selangor akan tetap mengunakan kalimah Allah di gereja.

Justeru, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegaskan, Jais, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Umno tidak harus dipersalahkan dalam isu itu memandangkan Lawrence adalah pihak yang mencetuskan perkara ini.

  “Kemungkinan Lawrence nak tunjuk besar kepala. Jangan terkejut, kita orang Melayu buat himpunan besar-besaran membantah tindakan beliau. Jangan salahkan Umno dalam hal ini.

Jangan tuding jari kepada Jais, dan polis. Tuding jari kepada siapa yang menjadi punca. 26 tahun kita hidup aman tiada orang pertikai. Tiba-tiba Lawrence ini timbul,” kata ahli Parlimen Tanjung Karang itu lagi.

Isu rampasan 300 Bible berbahasa Melayu oleh Jais itu juga jelasnya tidak harus dilibatkan degan perbicaraan hak penggunakan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah, kerana ia merupakan isu di peringkat nasional. (IH)

Kalimat Allah: Pendekatan Hujah Dgn Ilmu Perlu -Presiden PAS

 Oleh Abdul Hadi Awang

Parti Islam SeMalaysia (PAS) memandang dengan serius suara-suara provokasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam isu penggunaan kalimah Allah, terutamanya terhadap cadangan beberapa pihak untuk berdemonstrasi di hadapan gereja tertentu di Selangor pada hari Ahad 5 Januari 2014.

PAS mengingatkan umat Islam supaya ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat adalah perlu menjadi keutamaan terutamanya dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini. Isu penggunaan kalimah Allah ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata. Pendekatan berhujah dengan ilmu perlu lebih diutamakan dalam memberikan kefahaman kepada anggota masyarakat, terutamanya kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Di sinilah tugas kita untuk menunjukkan contoh teladan bahawa Islam adalah pembawa Rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT.

PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

PAS juga merasa sangat dukacita sekiranya isu ini diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Industri Peragaan Antarabangsa, Banggakah Rakyat M'sia?


 Pesona bakal supermodel
Menempah nama dalam industri peragaan di peringkat antarabangsa adalah impian bagi setiap model, namun untuk mencapainya tidak mudah seperti disangka. Pelbagai cabaran dan usaha keras perlu dilakukan untuk dikenali dalam industri tempatan, seterusnya barulah dapat mengembangkan bakat di luar negara.

Konsert Amal Opick & Grup Untuk Palestin/Mesir


Penampilan Opick di Konser Kemanusiaan (foto: KNRP)
Penampilan Opick di Konsert Kemanusiaan

HALAMAN HIBURAN
Banda Aceh:  Penyanyi religi Opick dan grup bandnya akan tampil dalam konsert amal untuk masyarakat Palestin di Gedung Academic Activity Centre (AAC) Dayan Dawood, Darussalam Banda Aceh, Minggu (5/1) pada pukul 08.30-12.30 WIB.

“Alhamdulillah Opick akan tampil dengan personel bandnya guna membantu KNRP Aceh khususnya dalam menggalang dana untuk warga muslim yang ada di Palestin dan Mesir yang saat ini,” kata Penasihat KNRP Aceh Syaifunsyah kepada wartawan di Banda Aceh, Jumaat.

Dijelaskannya, konsert amal yang akan menampilkan artis papan atas tersebut diperkirakan akan dihadiri 3,000 penonton yang diharapkan nantinya akan memberikan sumbangan dana kepada masyarakat Palestin dan Mesir.

“Masyarakat di kedua Negara tersebut saat ini sangat memerlukan uluran tangan dari masyarakat Aceh khususnya dan Indonesia umumnya,” katanya.

Dijelaskannya, pascakudeta militer terhadap Presiden Mesir Mohamed Mursi, masyarakat di Palestin sangat memprihatinkan kerana jalur masuk Gaza melalui Rafa Mesir ditutup dan dijaga sangat ketat.

“Saat Presiden Morsi jalur Rafa terbuka lebar-lebar dan sangat mudah untuk mengunjungi Gaza guna menyalurkan bantuan namun saat ini sangat sulit masuk melalui jalur tersebut,” katanya.

Ia menambahkan, saat ini masyarakat Palestin di Gaza memerlukan uluran tangan dari masyarakat di Provinsi Aceh dan seluruh Tanah Air, kerana mereka ketiadaan letrik, gas, ubat-ubatan dan makanan. Pihaknya berharap masyarakat Aceh dapat berpartisipasi aktif untuk memberikan sokongan doa dan juga bantuan dana guna meringankan penderitaan saudara muslim yang saat ini masih terus menderita akibat Israel.

Syaifunsyah mengatakan, dengan konsert amal yang juga menghadirkan artis lokal seperti Liza Aulia dan band lokal diharapkan akan mampu menghimpun dana mencapai Rp3 miliar atau lebih besar dari dana yang dikumpulkan pada konsert sebelumnya sekitar Rp2 miliar.

“Dana yang berhasil dihimpun dalam konsert amal ini akan disalurkan untuk masyarakat Palestin dan juga masyarakat Mesir yang saat ini juga menderita pasca kudeta Presiden Mursi,” demikian Syaifunsyah. (IH/antara/sbb/dakwatuna)

 Video: Penyanyi Religi Opick Menghibur Warga Ternate 


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.



100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
   

Wakil Penjual:
 

Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
 

Lihat artikel

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Suasana M'sia Kini Menurut Muhammad Mohd Taib.



Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti.

Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya.

Media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah. Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.

Begitu juga sistem kekeluargaan jauh dari amalan dan pegangan al-Quran dan Sunnah. Kecuali pada masa solat, puasa, naik haji. Cara bertompok-tompok.

Suasana persekitaran lebih pada cara sekular. Sambutan-sambutan apa sahaja termasuk akhir-akhir ini sambutan tahun baru. Tiap-tiap tahun diulang cara yang sama. Penganjur-penganjur tahu itulah cara menyambutnya.

Tiba-tiba isu kalimah Allah, Umno dilihat sangat Islamik. Yang ini kononnya Islamik yang lain tidak pula Islamik.

PAS tidak boleh ikut cara Umno main gila-gila apabila menghadapi satu-satu isu. Sebenarnya pendekatan PAS berpandu kepada al-Quran dan Sunnah adalah tepat sekali.

Dari aspek setinggi-tingginya hingga ke bawah semuanya hendaklah berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Jangan bila isu kalimah Allah ribut tapi lihat isu masyarakat dalam aspek sosialnya dan lain-lain hampir tidak langsung ikut al-Quran dan Sunnah.

Kita boleh tulis beribu-ribu hal dari kampung dan bandar yang kita lihat seolah-olah ajaran al-Quran dan Sunnah tidak diikuti. Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.

Sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan. Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong 1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran.
 Berminat sila hubungi/sms kami : 0
14 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Zakat Wajib, Cukai Tidak. Tak Perlu Bayar Cukai K'jaan?





USTAZ Hamizul Abdul Hamid ditanya, "Apakah kedudukan zakat dan cukai di dalam Islam? Bagaimanakah perspektif cukai pada zaman dahulu dan apakah sewajarnya sikap umat Islam di Malaysia khususnya dalam mendepani situasi zakat dan cukai ini? Harap penjelasan."

Diangkat dari http://www.hamizul.com/.

Jawab beliau...

"Alhamdulillah, mudah-mudahan jawapan yang disediakan ini mampu memberikan kelegaan kepada kita dalam meraikan kedua-dua perkara, zakat dan cukai ini. Apatah lagi menjelangnya bulan Disember, umat Islam wajar sedar bahawa tarikh untuk mendapatkan rebat ke atas cukai pendapatan melalui zakat yang ditunaikan juga kian berakhir.

"Zakat adalah rukun Islam. Ia adalah ketetapan yang mutlak (qatie). Cukai pula perkara baharu, ia mendatang sifatnya dan hanya bersifat ijtihadi. Zaman dahulu, umat Islam hanya diwajibkan menunaikan zakat, tidak diwajibkan membayar cukai. Manakala, orang-orang bukan Islam, mereka tidak diwajibkan membayar zakat; maka mereka dikenakan cukai."

Berdalilkan firman Allah SWT:  
  • “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (al-Baqarah: 277)
Menurut beliau lagi, interaksi umat Islam dan zakat adalah amat intim perkaitannya. Tidak sempurna keislaman seseorang tanpa menerima adanya zakat. Menolak zakat sebagai elemen syariat, membawa kepada kekufuran di sisi Allah SWT. Orang yang kufur atau murtad, wajib kembali kepada Islam, menerima kefarduan zakat dan tunduk patuh kepada hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah SWT.

"Di samping itu, tindakan segelintir manusia yang menyamakan zakat sebagai elemen cukai dalam Islam juga merupakan suatu kesalahan. Zaman silam, seperti mana pernah dikupas di dalam kitab tafsir, ada orang Islam yang telah menyamakan zakat sebagai cukai dan akibatnya mereka dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

"Maka, keimanan seseorang muslim itu tertakluk kepada keimanannya kepada zakat. Zakat mesti diyakini, difahami dan diamalkan. Tanpa zakat, seluruh keimanannya akan tertolak. Inilah ketinggian zakat di sisi umat Islam. Atas nama menjaga ketinggian itu jugalah, Abu Bakar as-Siddiq pernah bertegas dalam hal ini saat mendepani sikap segelintir umat Islam yang enggan menyerahkan zakat kepadanya setelah kewafatan Rasulullah. Kata Abu Bakar:
  • “Akan aku perangi orang-orang yang enggan menyerahkan zakatnya kepadaku, sebagaimana dahulunya mereka menyerahkan zakat kepada Rasulullah SAW.”
"Namun, sejarah juga menyaksikan betapa Islam tidak menolak sistem cukai secara total. Ini kerana, Islam bukanlah sebuah agama paksaan kepada semua orang. Allah SWT menegaskan, hanya yang menerima Islam sahaja wajib tunduk kepada zakat. Maka, bagaimana pula bagi mereka yang tidak menganuti Islam tetapi mendapat ketenteraman di dalam sebuah negara Islam? Apakah sumbangan mereka?

"Maka, lewat zaman keagungan Islam lebih 1400 tahun dahulu, Nabi Muhammad SAW telah menerima sistem cukai ini, iaitu jizyah (cukai individu) dan kharaj (cukai tanah) yang berbentuk cukai yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan di dalam negara Islam (disebut kafir zimmi).

"Cukai-cukai ini sebenarnya, menjadi sebahagian daripada mekanisme menambah pendapatan negara demi kebaikan seluruh rakyat. Ia juga seiring dengan zakat yang dikenakan ke atas umat Islam. Kadar jizyah dan kharaj juga tidak banyak bezanya dengan zakat, yakni tidak membebankan."

Ustaz Hamizul merujuk di dalam kitab Al-Amwal oleh Abu Ubaid.. Beliau meriwayatkan daripada az-Zuhri yang mengatakan:
  • “Rasulullah SAW menerima jizyah daripada orang Majusi Bahrain.” Az-Zuhri menambah lagi: “Siapa sahaja di antara mereka yang memeluk Islam, maka keislamannya diterima, dan keselamatan diri dan hartanya akan dilindungi melainkan tanah. Kerana tanah tersebut adalah tanah fai’ (rampasan) bagi kaum muslimin, kerana orang itu tidak menyerah diri sejak awal, sehinggalah dia terlindungi.” Maksudnya sehingga mereka di lindungi oleh kaum Muslimin.
"Rasionalnya, zakat tidak boleh dikenakan kepada golongan bukan Islam kerana mereka tidak mempunyai cukup syarat, iaitu mesti beragama Islam untuk menunaikan zakat. Namun, mereka tetap perlu memberikan sumbangan kepada negara melalui jizyah atau kharaj kepada pemerintah negara. Menurut Mohammad Assad di dalam bukunya ‘Islam at the Crossroads’, konsep zakat dan jizyah ini adalah sama, iaitu sebagai sumbangan kepada negara.

"Perkembangan Negara Islam, khususnya pasca kewafatan Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Siddiq, amat memberangsangkan. Umar al-Khattab RA telah berjaya mengembangkan Islam sehingga ke luar perbatasan sempadan tanah Semenanjung Arab, dan menyaksikan banyak juga negara yang menerima ketuanan dan mengiktiraf Islam; tetapi mereka masih enggan memeluk Islam.

"Maka, lahirlah beberapa jenis cukai lain dan pemerintah Islam meraikan perkembangan itu. Misalnya, cukai usyur telah diperkenalkan bagi mengutip cukai ke atas kapal-kapal milik pedagang bukan Islam yang menjalankan perniagaan di Negara Islam. Begitu juga dengan cukai kharaj yang dikenakan oleh pemerintah Islam kepada orang-orang bukan Islam yang mengerjakan tanah atau pertanian, ia semakin meluas dilaksanakan.

"Sekali imbas, pemerintah Islam yang bersifat adil itu mengenakan segala jenis cukai ini bukanlah dengan maksud untuk menekan golongan bukan Islam; sebaliknya untuk mengiktiraf sumbangan mereka dan pada masa yang sama, agar wujud keadilan di antara orang-orang Islam dan non-Muslim di dalam bernegara.

"Cukai jizyah boleh dianggap seperti zakat pendapatan ke atas muslim, cukai usyur pula seperti zakat perniagaan dan cukai kharaj pula seakan-akan zakat pertanian. Mungkin dari aspek kadar yang dikenakan ada sedikit perbezaan; namun ia masih tidak membebankan.

"Mutakhir ini, umat Islam di Malaysia dikenakan kedua-duanya, sama ada zakat mahupun cukai pendapatan; juga zakat perniagaan mahu pun cukai perniagaan. Maka, bijaksanalah dalam meraikan kedua-dua keperluan ini. Misalnya, manfaatkanlah rebat cukai pendapatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, dengan menunaikan zakat (sama ada zakat harta mahu pun zakat fitrah) dan selepas itu, cukai pendapatan dapat dikurangkan.

"Manakala bagi para peniaga, rebat masih diberikan walaupun hanya sebatas 2.5 peratus atas pendapatan agregat syarikat yang dizakatkan, namun ia masih memberikan sedikit kelegaan. Mudah-mudahan, pihak kerajaan boleh memikirkan untuk meninggikan lagi jumlah rebat zakat perniagaan ke atas cukai perniagaan, kerana kondisinya agak membebankan umat Islam.

Yang jelas, legasi dan kemampuan zakat ke atas umat Islam dan cukai kepada non-muslim dalam menjana negara dan umat sudah terbukti dalam lipatan sejarah Islam. Ia menjadi alat terpenting di dalam pembinaan sebuah negara, seperti mana kemakmuran Madinah dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Turki Uthmaniyyah ribuan tahun lamanya. Wallahua’lam."

Demikian dari Ustaz Hamizul Abdul Hamid. (http://www.hamizul.com/)

Kesimpulannaya, zakat wajib dibayar tetapi cukai tidak wajib dibayar bagi orang Islam. Ternyata kedua-duanya perlu dibayar oleh umat Islam di Malaysia? Atau bayar cukai, tak perlu bayar zakat? Atau bayar zakat tak perlu bayar cukai kerana hanya kerajaan zalim yang paksakan cukai lebih dari harga zakat?

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.


100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.     

Wakil Penjual:
 

Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Konstabel Polis Rompak Pelajar? Sama Kerajaan Rompak Rakyat?

Konstabel polis rompak pelajar? Samakah dengan kerajaan rompak rakyatnya sendiri melalui kenaikan harga barang?. 


Tiga lelaki, termasuk konstabel polis didakwa rompak pelajar
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pelajar kolej, Disember lalu.

Konstabel Md Harris Abd Rashid, Azly Abd Aziz dan Rozali Ahmad bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak satu unit telefon bimbit jenis iPhone 5 milik Farith Rayyen Akop, 19, di sebuah bilik hotel di Jalan Cheras, di sini, pada 12.45 tengah malam, 25 Disember lalu.

Hakim Ahmad Bache membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan
seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala
Azly diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab dan Harris diwakili peguam
Mohamad Zaidi Ismail. Rozali tidak diwakili peguam. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hayim:  Konstabel polis rompak pelajar? Samakah dengan kerajaan rompak rakyatnya sendiri melalui kenaikan harga barang?.

IKLAN   
Daun Stevia Siap Kering dan Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Sembang, Gambar, Lucah, Bebas, Pihak Berwajib Tunggu Apa Lagi?

 
Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.

Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** Anis please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.

Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pihak berwajib dan bertanggung jawab tunggu apa lagi, bukankah ini hina agama yang di bawah kuasa Sultan? Kenapa belum bertindak?

Lihat sebelum ini..
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

Friday, January 03, 2014

Serbuan Persatuan Bible, JAIS Terlupa Beritahu MB?

EXCO agama kerajaan negeri Selangor, Sallehen Mukhyi (gambar) telah mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat laporan kepada beliau segera mengapa tindakan mereka ke atas Persatuan Bible Malaysian (PBM) tidak diberitahu kepadanya dan juga pejabat Menteri Besar.
Ketika dihubungi hari ini,

Sallehen berkata, beliau telah memanggil Pengarah Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengarah Penguatkuasaan Jais ke pejabatnya hari ini. Dalam pertemuan hari ini, Sallehen meminta kedua-duanya memberikan penjelasan tentang serbuan itu dan kegagalan mereka memaklumkan kepada beliau sebelum ia dilakukan.

"Baru sekarang saya tahu," kata Sallehenkepada The Malaysian Insider.
"Mereka kata terlupa dan serbuan itu dibuat kerana Jais rasa ia melanggar Enakmen 1988 tentang penggunaan nama Allah.
"Mereka membuat itu tanpa memberitahu saya dan juga pejabat Menteri Besar," kata Salehin hari ini.
Tengahari semalam Jais menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim dan merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Dua pegawai PBM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.

Sallehen berkata, dia telah telah meminta Pengarah Jais membuat laporan segera hari ini juga mengenainya.
"Kita akan baca laporan itu sebelum membuat apa-apa kenyataan," katanya.

Sallehen berkata, dia merancang untuk bertemu Lee dan Wong Isnin ini bagi mendengar cerita mereka pula.
"Saya tidak boleh sekadar mendengar satu pihak. Saya akan mendengar daripada kedua-dua belah pihak tentang hal ini," kata Sallehen yang mula dilantik menjadi exco Selangor selepas pilihan raya umum Mei lalu.

 Sallehen menambah, sebarang tindakan yang hendak diambil Jais perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.
"Ini bukan isu mahu naik harga. Ini melibatkan agama dan mesti dikendalikan dengan teliti kerana terlalu banyak sensitivitinya.
"Islam adalah agama yang cantik dan penuh kasih sayang. Jika ada masalah pun, kita mesti selesaikannya tanpa menimbulkan masalah yang lain pula," katanya.

Tahun lepas, Sultan Selangor telah mengeluarkan perintah agar nama Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja di Selangor. – 3 Januari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Boleh terima ke alasan terlupa?

Lihat sebelum ini..
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

PM Ada Jet Mewah Baru? -Penulis Blog Pro-Umno:


Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

Pejabat PM beri penjelasan

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan penjelasannya berhubung perkara dibangkitkan itu. Kenyataan penuhnya seperti di bawah:

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara. (MK)

IKLAN   
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Sekolah Bawah Pokok Di Kelana Jaya, Apa Dah Jadi?


Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang.

Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula. Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.

"Jika sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V Kumar, hari ini.

Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru.

Ibu bapa terbabit turut menyuarakan kesulitan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.

Pihak kementerian memberitahu ibu bapa terbabit bahawa tanah di Kelana Jaya itu yang sebelum ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dijual kepada pemaju swasta, tetapi rekod yang didapati mereka menunjukkan ia masih bawah nama PKNS.

Ibu bapa yang tidak berpuas hati ini telah menentang pemindahan sekolah ini selama beberapa tahun dan mahu kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi memastikan tapak sekolah itu kekal.

Bangunan sekolah lama telah dikunci oleh guru besarnya, menyebabkan ibu bapa hanya mampu meninggalkan anak mereka di beberapa bangku plastik di tanah lapang bersebelahan kawasan sekolah, tanpa guru untuk mendidik mereka. (MK)

IKLAN 
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Fatwa Bahaya Kepada Keselamatan Negara -Datuk Tuan Ibrahim




KL: PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria untuk menarik balik fatwa yang menganggap peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka.

“Fatwa ini sangat bahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan istilah Islam.

“Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak,” ujar Ketua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

Kerana itu, jelas beliau lagi ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir.

“Apakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah ‘bughah’, yang halal darah mereka?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti sepatutnya mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat.

Menurutnya, mufti tidak hanya boleh bergantung pada maklumat dari media perdana yang dikuasai oleh kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik dan juga menyimpang daripada fakta.

“PAS menggesa kenyataan ini ditarik balik bagi mengelak pihak-pihak yang jahil dan pelampau agama untuk mengambil kesempatan untuk bertindak sewenang-wenangnya kerana terpengaruh dengan fatwa songsang tersebut,” tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. (HD)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran.
 Berminat sila hubungi/sms kami : 0
14 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Himpunan Lebih Besar Jika Tiada Tindakan k'jaan -Suhaizan Kaiat


Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup.

Ketuanya Suhaizan Kaiat (Gambar) berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.

"Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya.
"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh para peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan golongan itu menghormati prinsip demokrasi dan tidak bertindak ganas untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa.

Tambahnya, ancaman yang timbul berhubung ancaman bom serta ribuan laporan polis oleh NGO pro-kerajaan juga tidak menghalang kemaraan kumpulan berkenaan untuk menyatakan bantahan mereka.
"Ancaman sebegitu tidak mampu melemahkan kebangkitan peserta terutama anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh mereka," katanya.

Menurutnya, ancaman seperti itu hanyala ketakutan golongan tersebut pada "bayang-bayang sendiri".

Sedangkan, kenaikan kos sara hidup itu berpunca dari kegagalan kerajaan mengurus tadbir negara dengan baik, dakwanya.

Perhimpunan tersebut masih tetap diteruskan semalam walau perdana menteri pada hari sebelumnya mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus. (MK)

Pendekatan Kasar JAIS Terhadap Masyarakat Kristian -Dr Mujahid

Mujahid berkata tindakan Jais perlu dihentikan segera sebelum ia mengeruhkan hubungan antara agama di negara ini. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2014. 
Mujahid berkata tindakan Jais perlu dihentikan segera sebelum ia mengeruhkan hubungan antara agama di negara ini. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2014. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata pendekatan kasar yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas masyarakat Kristian di negara ini membuktikan tindakan itu bermotifkan politik dan bukan didorong agama.

Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, menyeru Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim, sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini.

Petang tadi, sekumpulan pegawai Jais termasuk dua anggota polis menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Selangor, dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban.

Mujahid mempersoalkan serbuan dan rampasan tersebut.

"Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya.
"Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? Jais patut berasa malu," kata Mujahid, yang aktif melibatkan diri dalam dialog Muslim-Kristian di negara ini.

Beliau merujuk peristiwa pada Ogos 2011 di Petaling Jaya, di mana pegawai Jais menyerbu program makan malam kesyukuran dihadiri pelbagai kaum anjuran DUMC, atas alasan wujud usaha menyebar agama Kristian di kalangan hadirin Melayu.

Jais bagaimanapun telah menafikan tindakannya itu adalah serbuan, sebaliknya berkata ia merupakan "pemeriksaan" selepas mendapat aduan terdapat beberapa penganut Islam yang hadir di program berkenaan, anjuran sebuah pertubuhan sokongan pesakit AIDS, Harapan Komuniti.

Mujahid menyeru kerajaan merujuk Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan yang ditubuhkan kabinet baru-baru ini, yang dijangka mengadakan mesyuarat mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah pada 6 Januari.

Mujahid, yang turut dilantik Putrajaya sebagai ahli panel majlis tersebut, berkata insiden hari ini perlu dibincang pada mesyuarat itu.

Jelas beliau, badan agama Islam tidak harus bertindak oleh kerana isu penggunaan kalimah Allah masih dibicarakan di mahkamah.

"Apa pun, perlu ada keseimbangan di antara undang-undang dan tolak-ansur, malah proses perundangan berkenaan isu Allah masih belum selesai," tambahnya.

"Justeru, kerajaan perlu menanganinya dengan cara bijak dan bertamadun."

Mujahid turut mempersoalkan kegagalan kerajaan dalam mencari penyelesaian sempurna dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Semenanjung, sebagaimana ia bersetuju membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kalimah itu, berikutan siri perundingan.

"Oleh itu, kerajaan perlu memberhentikan semua tindakan dan tidak membenarkan Jais bertindak tanpa terlebih dahulu memahami sensitiviti yang menyelubungi perkara itu.

"Saya tidak kata Jais tidak ada kuasa, sebaliknya gunakanlah dengan hikmah dan fikirkan kesannya kepada masyarakat keseluruhan," kata beliau. - 2 Januari, 2014. )TMI)

Wanita Ini Ditahan Berjudi Di Tahun Baru...

Hanover: Seorang ibu berusia 24 tahun ditahan kerana meninggalkan anak kecilnya terkunci di dalam kereta selama lapan jam ketika berjudi pada malam Tahun Baru.

Alicia Brown, 24, ditahan selepas pengawal keselamatan di Kasino Maryland Live! terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak sebelum menemui budak terbabit kesejukan di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta bangunan itu.

“Saya terkejut apabila menerima aduan kejadian.
“Kita tidak akan sampai hati untuk melakukannya kepada haiwan, apatah lagi seorang kanak-kanak,” kata jurucakap polis. Anne Arundel County Leftenan T J Smith.

Menurut rakaman CCTV, Alicia memandu masuk ke kawasan parkir kasino itu pada jam 10 pagi sebelum menutup tingkap kenderaannya dengan selimut untuk menghalang orang ramai melihat anaknya itu. - Agensi

Kelompok judi kelas 9-1 ?
 No 2 di depan puak UMNO mana tu?
Ni, puak PAS kooot..

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itulah bahaya judi, sekecil-kecilnya bagi individu seperti di atas. Itupun masih melibatkan gangguan kepada orang ramai. Apa lagi kalau sebuah kerajaan yang jadi tahi judi, macam Malaysia.

Walaupun berbunyi Islam tetapi sekurang-kurangnya aktiviti perjudian kerajaan berjaya mentarbiah rakyatnya merembat duit, tanpa peduli halal-haram dari sudut agama. Contohnya TOTO, 4 nombor ekor dan lain-lain. Begitulah buruknya najis judi, kerana itu, Islam mengharamnya..

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.


100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
   
Wakil Penjual:
 

Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Sambut Tahun Baru Dengan Khalwat..

SEREMBAN – Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara sembilan pasangan kekasih yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi cegah maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di beberapa hotel bajet sekitar Senawang, Port Dickson, Lukut dan Nilai malam kelmarin.

Ketika serbuan yang dijalankan pada malam sambutan tahun baru 2014 itu, ada segelintir daripada mereka memberi alasan tidak sempat balik ke rumah, malah terdapat juga pasangan perempuan yang masih terbaring di atas katil.

Kesemua pasangan berusia antara 20 hingga lewat 30 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAINS bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 4 pagi.

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.


100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
   

Wakil Penjual:
 

Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),


W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
 

Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
 

Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Thursday, January 02, 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin Restu Bantah Semua Gereja S'ngor?

 
Kalimah Allah : Tindakan UMNO Selangor pertimbangan mereka sendiri 

KL: 2 Jan. - Tindakan UMNO Selangor yang mahu membuat bantahan secara aman di semua gereja di negeri itu jika Paderi Lawrence Andrew enggan menarik balik kenyataannya mengenai pengunaan kalimah Allah, adalah berdasarkan pertimbangan mereka sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata, ini berdasarkan perundangan negeri itu serta “titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor."

"Saya tidak fikir langkah yang dibuat oleh UMNO Selangor itu bercanggah dengan perundangan negeri dan itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini hari ini. -BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ertinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin restu bantah semua gereja di Selangor.. Tetapi lain di Sabah..

Hudud: Apabila K'tan 'Tinggalkan' Nik Aziz -Dr Abdul Aziz Bari


Di sisi perlembagaan pertukaran pimpinan kerajaan, baik pusat atau negeri, adalah pertukaran kerajaan. Inilah prinsip yang terpakai meskipun pertukaran itu masih dalam kalangan parti yang sama.

Sebab itu apabila Datuk Ahmad Yaakob (bawah) mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Kelantan sebagai menteri besar dari Datuk Nik Aziz Nik Mat beliau bebas membuat dasar dan pendekatan yang baru yang berbeza atau bertentangan dengan kerajaan terdahulu.

Begitulah juga halnya apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Secara kebetulan kedua-dua perubahan ini berlaku selepas pilihan raya umum: di pusat selepas pilihan raya umum 2008 manakala di Kelantan selepas pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun dari segi politik perubahan akan menimbulkan persoalan. Di Kelantan Ahmad Yaakub kelihatannya, sedar atau tidak, mengambil pendekatan atau sekurang-kurangnya rentak yang berbeza dari Nik Aziz dalam pelaksanaan hudud ini.

Najib pun nampaknya begitu juga. Jika kerajaan Umno-BN sebelum ini, khususnya sewaktu pentadbiran Mahathir, mengambil sikap menentang pelaksanaan hudud Najib belum memperlihatkan penentangannya.

Bahkan ada kalangan pemimpin Umno, contohnya Tan Sri Annuar Musa, yang semacam cenderung untuk menyokong pelaksanaan hudud.
Saya dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan hudud dalam perlembagaan oleh Nik Aziz sekitar bulan September 2011.

Dalam pertemuan satu jam di JKR 10 itu saya ditemani oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad. Sebelah malamnya saya diminta berceramah bersama beliau.

Secara kebetulan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun berceramah di Kota Bharu juga malam itu. Antara ahli exco yang hadir malam itu ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sendiri.

Seminggu sebelum pertemuan itu Nik Aziz dengan tegas memberi tahu media bahawa Kelantan, sama ada kerajaan pusat membenarkan atau tidak, akan melaksanakan hudud yang enakmennya telah pun diluluskan oleh DUN Kelantan pada 1993.

Seolah-olah digam

Najib dengan tegas menyatakan bahawa Umno tidak akan melaksanakan hudud. Pakatan Rakyat sendiri agak gusar dengan pendirian tidak berkompromi Nik Aziz.

Selepas pertemuan itu kerajaan negeri menganjurkan sebuah wacana pelaksanaan hudud di Kota Bharu. Bersama saya di pentas ialah Datuk Mohamad Daud (Daud Iraqi) dan Datuk Ketua Hakim Syarie Kelantan.

Moderator program tersebut ialah Zulkifli Mamat. Antara kesimpulan penting wacana tersebut ialah bahawa halangan pelaksanaan hudud di Malaysia bukan perlembagaan tetapi tidak wujudnya kemahuan politik k earah itu.

Kebanyakan yang hadir, termasuk Datuk Takiyudin Hassan yang ketika itu dalam exco, menzahirkan rasa lega dan puas hati.

Maklumlah saban hari Kelantan dihentam oleh media milik Umno-BN. Kelantan juga dilagakan dengan rakan-rakan dalam Pakatan, khususnya DAP.

Apa yang berlaku hampir tiga tahun lalu itu saya kisahkan semula kerana sebulan yang lalu dengan tiba-tiba PAS seolah-olah hendak menyerang dan menyisihkan saya.

Melalui Harakah mereka mencari kelemahan pandangan saya tentang pelaksanaan hudud dalam konteks perlembagaan.

Anehnya apabila saya menghubungi Harakah untuk memberi penjelasan saya seolah-olah digam. Semacam ada arahan bahawa pandangan saya tidak boleh disiarkan oleh organ rasmi PAS itu.
Anehnya Harakah menggeletek saya, mengatakan bahawa khalayak menunggu penjelasan saya; yakni mengapa saya mengatakan perlembagaan bukan halangan pelaksanaan hudud.

Tetapi apabila saya memberi maklum yang saya hendak memberi penjelasan mereka semacam tidak bersedia memberi ruang.

Bahkan dalam satu wawancara Harakah mendakwa pandangan saya didakwa tidak disetujui oleh ramai orang.

Kenyataan media membingungkan

Dalam pada itu kerajaan negeri Kelantan membuat beberapa kenyataan media yang membingungkan saya.

Nik Amar sebagai contoh berkata mereka telah meminta saya membuat kajian mengenai pelaksanaan hudud sedangkan saya tidak pernah menerima sebarang arahan seperti itu.

Pada satu peringkat Dr Mohd Fadzli Hassan (bawah) dilaporkan berkata bahawa Kelantan patuh kepada perlembagaan dan saya hanya memberi pandangan peribadi.

Ini seolah-olah hendak menyatakan bahawa saya mencadangkan bentuk pelaksanaan yang bertentangan dengan perlembagaan.
Sebab itulah di atas tadi saya sebut soal keharusan bagi seseorang menteri besar mengambil sikap atau pendekatan yang berlainan dari kerajaan yang terdahulu.

Apa yang saya lihat ialah kerajaan negeri di bawah Ahmad Yaakob telah mengabaikan pendekatan yang diambil oleh Nik Aziz yang saya restui tadi.

Meskipun kerajaan sekarang tidak mengatakan bahawa mereka telah meninggalkan Nik Aziz itulah hakikat yang kelihatan.

Mungkin kerajaan negeri akan berkata: kami tetap dengan Nik Aziz, kami hanya tidak menerima pandangan Aziz Bari.

Ini tidak masuk akal kerana bagi sesiapa yang faham dan meneliti pandangan saya mengenai pelaksanaan hudud sudah pasti akan melihat perbezaan jelas antara pandangan saya selepas pertemuan dengan Nik Aziz pada 2011 dengan apa yang zahirkan bertahun-tahun sebelum itu.

Termasuk dalam forum umum di Kota Bahru sempena 100 hari Pakatan Rakyat pada penghujung 2008.

Kronologi & insiden

Sesiapa yang faham isu ini tentu ingat apa yang saya kata malam itu. Untuk makluman panelis lain yang hadir malam itu ialah Datuk Husam Musa dan Khairy Jamaluddin bersama moderator Prof Madya Datuk Dr Mohd Agus Yusof.

Apa pun selepas pertemuan di Kota Bharu pada 2011 itu saya dilantik oleh kerajaan negeri untuk duduk dalam sebuah jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun saya tidak pernah dipanggil oleh jawatankuasa ini untuk menghadiri sebarang mesyuarat atau perbincangan.

Saya tidak menyalahkan bekas menteri besar kerana beliau sibuk. Selain itu beliau juga sudah lanjut usia dan uzur pula.

Dalam pada itu pada awal 2012 saya dijemput oleh kerajaan negeri untuk menghadiri satu forum mengenai pelaksanaan hudud di Shah Alam.

Bagaimanapun apabila saya hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak seorang manusia pun ada di situ.

Anehnya sebelum itu saya tidak pula dimaklumkan tentang penangguhan atau pembatalan program berkenaan.
Saya paparkan insiden di atas untuk menunjukkan kesungguhan dan kejelasan arah dalam soal pelaksanaan hudud di Kelantan.

Saya tidak kisah jika pandangan saya tidak diterima atau tidak dilaksanakan. Tetapi apabila saya diserang dan saya dinafikan ruang untuk bercakap, saya tidak ada pilihan lain.

Saya juga tidak kisah apabila kerajaan negeri tidak menyenaraikan saya dalam jawatankuasa teknikal yang baru di bawah pimpinan Ahmad Yaakob.

Sebagaimana yang saya katakan tadi menteri besar baru ini tidak terikat dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dahulu. Saya bersuara untuk memberi penjelasan, bukan kerana kecil hati disisihkan.

Paparan yang saya serlahkan di sini ialah mengenai kronologi dan insiden yang tidak diketahui umum. Masih ada yang saya perlu jelaskan, khususnya tentang pelaksanaan hudud dalam konteks perlembagaan, yang saya akan huraikan selepas ini.


DR ABDUL AZIZ BARI pakar perlembagaan yang pernah mengganggotai jawatankuasa pelaksanaan hudud Kelantan. (MK)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz 

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 
014 222 5865 / 011 2302 8768

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails