Sunday, January 05, 2014

Anak Sultan Brunei Bayar Mariah Carey Hampir £1J..

 Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim di London.

HALAMAN HIBURAN
LONDON - Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.

Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.

Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite. Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Nabi Noh juga anaknya derhaka kepada Allah SWT

Sebelum ini.. Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

No comments:

Post a Comment