Wednesday, January 29, 2014

Anak Ziana Zain Lawan Ibunya, Macam Blogger Kritik Pemerintah?



HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46, mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat.

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung’?
"Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
"Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my.

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.

“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi.

Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah di atas anak Ziana Zain mengkritik ibunya yang disayang, menyuruh ibunya bertudung dan menutup aurat. Al-hamdulillah, dia bukan anak derhaka, dia menyuruh orang berbuat baik, walaupun yang didakwah itu adalah ibu yang mendidiknya sejak kecil.

Lebih kurang macam pengkritik-pengkrtik pemerintah negara ini, yang mahu mengislah negara ibu pertiwinya supaya jadi elok. Tetapi malangnya, puak-puak agama peng'ampu sana-ampu sini' mengecop pejuang-pejuang kebenaran itu, sebagai 'bughah' atau penderhaka, yang ingin memporak-peranda negara ini, dan boleh di hukum bunuh. Na'auzubillah!

Termasuk juga blogger-blogger penegak kebenaran atau dai yang menyambungsampai sesuatu dari Islam dan Nabinya, walau satu ayat. Allahu Akbar!



IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)  
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Lihat artikel

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah ziana mendapat seorg anak yg tau dan faham hukum halal haram dlm agama. Memang ada sesetengah dari kita apabila anak menyatakan sesuatu kebenaran kita terlalu payah menerimanya kerana selalu beranggapan aku makan garam dahulu dari kamu. Terimalah nasihat serta pandangan mereka kerana anak akan lebih menghormati dan menyayangi kita

Anonymous said...

Perkara wajib kena buat juga walaupun belum ikhlas. Inilah yang dikatakan mujahadas. Insyallah, kita akan diberi kekuatan dan kesedaran selepas itu. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails