Friday, January 31, 2014

Atasi Sabotaj Terhadap K'jaan Negeri -Khalid Samad


MP: Tiada siapa saja-saja letak jawatan... 
Memuji tindakan bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen PAS Khalid Samad  (gambar) berkata beliau difahamkan tindakan itu dibuat kerana "ada matlamat dan objektif yang lebih besar".

Khalid berkata beliau difahamkan terdapat dua faktor yang menyebabkan PKR berbuat demikian kerana mendakwa Umno/BN mahu merampas Selangor dan usaha mensabotaj dengan menggagalkan kecekapan kerajaan negeri sekaligus menyelesaikan masalah dalaman PKR dengan segera.

"Maka saya melihat isu letak jawatan ADUN dilakukan bukan saja-saja main-main, tapi ada matlamat dan objek lebih besar.

"Kalau saja-saja tidak ada orang akan buat, lebih-lebih lagi akan menimbulkan kontroversi dan kritikan," katanya dalam sidang medianya petang.

Menurutnya, Selangor merupakan salah satu kubu kuat PKR, dan pada pandangannya tindakan itu bagi mengelak "ancaman luar" yang didakwanya akan dilakukan oleh BN.

"Jadi penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai calon dan ADUN) diharap perbalahan dalaman dapat diselesaikan dengan berkesan lagi. Ini bacaan saya," katanya.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata selain dapat menyelesaikan pergeseran antara Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjadi rahsia umum, Anwar juga dapat mengatasi usaha sabotaj pihak tertentu terhadap perjalanan kerajaan negeri.

Antara usaha yang didakwa sabotaj itu ialah masalah projek kerajaan negeri yang tidak siap-siap dan tanah kerajaan negeri untuk ditukar kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) tertangguh selama setahun.

"Ia berlaku bakal meningkatkan kemarahan rakyat. Persoalan ini yang akan tangani," katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pengundi Kajang supaya "tidak mempersia-siakan" pengorbanan Lee Chin Cheh yang melepaskan jawatan ADUN atas arahan parti.

"Berilah kemenangan kepada calon parti dia sendiri yang lebih baik daripadanya untuk rakyat Kajang dan Selangor. Kemenangan besar untuk Anwar," katanya.

Menyentuh isu jawatan MB, Khalid berkata perkara itu tidak timbul kerana "tiada parti dalam Pakatan yang mempunyai 29 kerusi dan perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan".

"Jadi isu tukar MB tidak timbul. Ia tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails