Wednesday, January 29, 2014

BERSIH: PKR Khianati Kepercayaan Pengundi



BERSIH menganggap keputusan ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan dan memaksa pilihan raya kecil diadakan, sebagai mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh pengundi.


Dalam satu kenyataan keras, BERSIH membandingkan tindakan
Lee itu dengan bekas wakil rakyat DAP Jelapang, Hee Yit Foong , yang peletakan jawatannya dari DAP, telah mencetuskan krisis perlembagaan di Perak.

Sambil menegaskan bahawa kedua-dua tindakan itu sama-sama buruk, BERSIH berkata, adalah mengecewakan bahawa PKR , salah satu mangsa krisis perlembagaan Perak pada 2009, merupakan pemain utama dalam saga ini.

Menurutnya, keseriusan "penghakiman lemah" Lee, yang mendakwa bahawa peletakan jawatannya adalah untuk "mengukuhkan PKR", diburukkan lagi oleh parti itu yang menerima dan menyokongnya, dengan memilih Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Politik kotor tersebut, tegas BERSIH, sepatutnya dikecam, sambih menambah ia akan membazirkan wang rakyat untuk pilihan raya kecil, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata peletakan jawatan itu merupakan satu langkah taktikal PKR bagi membina momentum untuk pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum ke-14, yang boleh diadakan seawal 2016.

Ini diulangi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, manakala Pemuda PKR dalam menyokong pencalonan Anwar, berkata ini akan membuka jalan bagi Anwar untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar. (MK)

Berkaitan..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

1 comment:

Anonymous said...

Mengapa adun pkr tu letak jawatan ? Sebab beliau adalah ejen BN dan sedang berusaha membeli seramai mungkin adun PR. Hampir 18 adun telah dibeli. Satu lagi beliau ada perniagaan yang berkaitan dengan pelacuran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails