NUR KHATIJAH menunjukkan kesan simbahan cat merah di pintu rumahnya yang dilakukan along.
Kajang: “Macam-macam berlegar dalam fikiran saya sekarang. Saya takut anak-anak dijual kepada along sebab bekas suami banyak hutang dan setiap kali berhutang, dia gunakan alamat rumah ini.
“Malah, baru-baru ini rumah saya disimbah cat merah. Malah, sekumpulan lelaki juga pernah memasuki rumah dan mengambil barangan berharga termasuk telefon bimbit dan beberapa barangan lain milik saya. Saya juga takut anak dibawa lari ke negara asal bekas suami di Myanmar,” itu luah wanita mualaf, Nur Khatijah Jojos, 31.
Bagaimanapun, apa yang paling dibimbangkan Nur Khatijah, empat cahaya matanya berusia antara dua hingga lapan tahun itu tergadai akidah kerana bekas suaminya yang memegang kerakyatan Myanmar, Seinwin, 30-an, bukan beragama Islam.
Empat anaknya iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki yang dilarikan bekas suaminya ialah Nur Husna Abdullah, 8, Najwa Abdullah, 6, Sumayyah Abdullah, 5, dan Haron Abdullah berusia dua tahun.
Beliau berkata, dia juga sudah membeli barangan keperluan sekolah untuk anaknya ketika kejadian bekas suami melarikan semua anaknya itu pada 1 Januari lalu. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana pihak berwajib? Jabatan Agama atau Kerajaan BN? Kerajaan orang Islam sudah tidak mampu menjaga rakyat Islam? Apakah along lebih berkuasa dari kerajaan? Kerajaan lebih takut along dari perintah Allah SWT.? Kalau tak mampu juga berhentilah jadi kerajaan. Ramai lagi orang lain mampu perintah!
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Wakil Penjual:
Wakil Penjual:
No comments:
Post a Comment