Nik Aziz melangkah keluar dari Dewan Teratai selepas membentangkan kertas kerja, semalam.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekalkan konsensus nasional dengan cara berdialog dengan kerajaan.
Nik Aziz berkata, sepatutnya Anwar tidak perlu meminta izin untuk mengadakan dialog berkenaan memandangkan kerajaan dianggap seperti ibu bapa dalam sebuah rumah.
“Rakyat perlu dianggap anak buah bagi kerajaan dan Perdana Menteri, tidak perlulah minta izin berjumpa,” katanya selepas membentangkan kertas kerja semasa Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat, di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Turut membentangkan kertas kerja, Adun Salor, Datuk Husam Musa dan Penerima Emas Anugerah belia Antarabangsa (London), Suhail Mohamed Kamaruddin dan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan, Mumtaz Md Nawi.
Kelmarin, Anwar mengajak seluruh rakyat untuk mencari satu konsensus nasional dengan cara berdialog antara kerajaan dan pembangkang bagi mengatasi unsur yang menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban Nik Aziz berkata, perkara itu cukup baik memandangkan sejak kebelakangan ini isu agama agak kecoh dan perlu dileraikan.
“Agama, ekonomi dan bangsa semua sekali perlu difahami ketua kerajaan, sedangkan kerajaan kita menolak agama, sebaliknya mengambil kebangsaan.
“Agama bukan sahaja sembahyang dan puasa, sebaliknya ia satu benda tidak berjuzuk seperti kita sebut buat masjid, tetapi tidak sembahyang, sebut pergi ke Makkah, tetapi tidak tauhid,” katanya. (SH)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
No comments:
Post a Comment