Thursday, January 30, 2014

'Demi Kepentingan Seorang Lelaki,' Kata Najib, Tapi...


Dalam tweet terbarunya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya kecil Kajang diadakan demi kepentingan seorang lelaki.
  
Dengan tidak menamakan lelaki itu, beliau menyatakan: "Tanpa memikirkan soal persaingan, pilihan raya kecil di Kajang bukannya mengenai rakyat tetapi lebih kepada

kepentingan seorang lelaki #BETTERNATION."
  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bahawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan Isnin lepas.
  
Pengumuman itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan  Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata biar rakyat menilai tindakan pengosongan DUN Kajang sewenang-wenangnya bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

"Itu bagi saya satu tandatanya dan masih tak dapat jawapan dari mereka," katanya kepada media selepas menghadiri persidangan meja bulat bagi membincangkan masa depan sektor penerbangan negara di Sepang semalam.
  
Beliau juga berkata terpulang kepada masyarakat untuk menilai tindakan pengosongan itu sama ada ia melibatkan agenda peribadi.
  
"Terpulang kepada orang ramai untuk membuat keputusan tetapi untuk keadaan yang mana pihak itu sudah menang dan dikosongkan kerusi itu sewenang-wenangnya dan dicalonkan orang calon lain pula, saya rasa kalau itu bukan peribadi, saya tak tahu lagi apa yang tidak peribadi," katanya.

- Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di bawah  pemerintahan BN dulu pun pernah berlaku PRK untuk tukar MB Selangor pada tahun 1997, apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan. Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor. 

Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007. Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997. Beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada tahun 2000 atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga. Peletakan jawatan beliau berlaku selepas cakap-cakap mengenai skandal yang didakwa melibatkan saudaranya.

Begitu juga pernah berlaku di Perak dan Kelantan, lihatlah kisah-kisah pilihan raya lepas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang pula, menjadi kali kedua pilihan raya kecil (PRK) diadakan untuk beliau memegang jawatan dalam parti. Isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 dan pilihan raya kecil telah diadakan pada 26 Ogos.

Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang pada masa itu. Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 28 Ogos dan mengambil alih kedudukan Ketua Pembangkang.

Jadi apa masalahnya sekarang? Kata ke dulang paku serpih, kata orang sendiri yang lebih!
        

3 comments:

Unknown said...

Tahniah atas pkr krana dapat menghidu perancangan bnumno nak rampas selangor.Umno selangor dah cemas sbb tektik telah dapat di baca.kalu dlm
game catur,bnumno nak kena checkmate.
Maka cakap depa pun dah merapu.

Unknown said...

Tahniah atas pkr krana dapat menghidu perancangan bnumno nak rampas selangor.Umno selangor dah cemas sbb tektik telah dapat di baca.kalu dlm
game catur,bnumno nak kena checkmate.
Maka cakap depa pun dah merapu.

Anonymous said...

Betul kata azmin pemimpin dunia akan turun kekajang..iaitu pemimpin dunia LGBT..haaaaa...Undi pkr bermakna bala bencana kpd anda dan negeri anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails