Ketua Polis Pulau Pinang SDCP Datuk Abdul Rahim berkata, dua bom buatan sendiri, Molotov cocktails telah dibaling ke kawasan lapang gereja kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.
"Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.
Wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut. – 27 Januari, 2014 (TMI)
Insiden penggantungan beberapa kain rentang yang menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah cubaan "reverse psychology" yang digunakan pihak-pihak tertentu bagi memprovokasi isu penggunaan kalimah Allah oleh komuniti bukan Islam.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memberi perhatian serius terhadap tindakan pihak yang memaparkan kain rentang yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian ditemui sekurang-kurangnya oleh dua gereja di Pulau Pinang kelmarin.
Katanya, ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth. Kain rentang itu yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian yang bertulis “Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).
No comments:
Post a Comment