Monday, January 27, 2014

Gereja Di Pulau Pinang Diserang Bom Petrol


Dua butir bom buatan telah dilempar ke perkarangan Gereja Assumption, Lebuh Farquhuar di Pulau Pinang pada awal ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2014.  
Dua butir bom buatan telah dilempar ke perkarangan Gereja Assumption, Lebuh Farquhuar di Pulau Pinang pada awal ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2014.  

Sebuah gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri awal pagi ini selepas kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut pada Ahad, kata polis hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang SDCP Datuk Abdul Rahim berkata, dua bom buatan sendiri, Molotov cocktails telah dibaling ke kawasan lapang gereja kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.

"Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.
"Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut," kata beliau dipetik dalam akhbar The Star.

Wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut. – 27 Januari, 2014 (TMI)


Semua pihak diminta bertenang dalam menghadapi sebarang provokasi berhubung isu kalimah Allah. - Gambar The Malaysian Insider. 
Semua pihak diminta bertenang dalam menghadapi sebarang provokasi berhubung isu kalimah Allah. Insiden penggantungan beberapa kain rentang yang menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah cubaan "reverse psychology" yang digunakan pihak-pihak tertentu bagi memprovokasi isu penggunaan kalimah Allah oleh komuniti bukan Islam.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memberi perhatian serius terhadap tindakan pihak yang memaparkan kain rentang yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian ditemui sekurang-kurangnya oleh dua gereja di Pulau Pinang kelmarin.

Katanya, ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth. Kain rentang itu yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian yang bertulis “Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).

No comments:

Post a Comment