Saturday, February 01, 2014

Gong Xi Fa Cai Dari Ibnu Hasyim!


Ibnu Hasyim disebuah masjid di Jian Shui, China.
Dari kiri Ustaz Ibrahim, Ibnu Hasyim dan bekas pelajar Ustaz Ibrahim. Mereka membawa saya berjalan-jalan di sekitar pekan Jian Shui.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
Tahun Baru Cina
Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China
Juga dikenali sebagai Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Kepentingan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh 2013 10 Februari
Tarikh 2014 31 Januari
Tarikh 2015 19 Februari
Sambutan sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan dengan Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini

Dari IBNU HASYIM

2 comments:

Anonymous said...

Blogger pun cuti ke admin

Ibnu Hasyim said...

Ya.. Harap maaf.

T.kasih atas perhatian tuan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails