Wednesday, January 15, 2014

GRO: 4Bulan 3 X Serbu, Masih Degil. Polis Cair Dengan Duit?

 SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Sabak Bernam, Selangor semalam.

SABAK BERNAM - Seramai 11 gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Pekan Sungai Besar di sini semalam.

Melalui Ops Noda pada pukul 1 pagi itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam itu turut menahan empat lelaki berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai pekerja pusat hiburan tersebut bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Muhammad berkata, premis terbabit pernah diserbu tiga kali dalam tempoh empat bulan lalu namun pemiliknya tetap berdegil dengan terus menjalankan pusat hiburan berkaraoke dengan menawarkan GRO. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiga kali diserbu dalam tempoh empat bulan, namun pemiliknya tetap berdegil. Apakah kuatkuasa polis tiada kesan apa-apa? Polis sudah tiada wibawa? Jangan sampai ada orang sangka polis pun cair kerana duit?

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

No comments:

Post a Comment