Thursday, January 02, 2014

Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah

Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah


Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata. (MK)


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.


100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
   

Wakil Penjual:
 

Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),


W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
 

Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
 

Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

4 comments:

Anonymous said...

Sakit mental mufti ni. Siapa yg tidak faham AlQuran? Masa wacana SH hari tu, respon ditunjukkan amat memalukan sekali. Tidak layak diiktiraf sebagai mufti. Adakah mufti ni tidak tahu kerajaan BN sekarang merupakan kerajaan yg menggalakkan perkara mungkar dan menentang yg makruf? Mufti terompah adalah gelaran selayaknya untuk mufti ini.

Nazir said...

Bila tak setuju dgn pemerintah dan melahirkan rasa tak puas hati tidaklah sepatutnya dituduh bughah.
Jika angkat senjata menentang pemerintah Islam yg sah barulah boleh bughah dan boleh diperangi.

Anonymous said...

agaknya, dengan fatwa yang sama, kerjaaan mesir pimpinan al-sisi juga menembak mati rakyatnya sendiri demi kebangkitan sokongan kepada Presiden Morsi

Anonymous said...

Mufti what? Terompah? Itu kasut kayu tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails