HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah berharap
perancangannya untuk mengerjakan umrah di Mekah pada Mac depan termakbul
selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 39, berkata, dia bakal berangkat ke tanah suci bersama suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman dan sedang memilih pakej serta tarikh sesuai untuk ke sana.
Ketika ditanya mStar Online pada Selasa.lalu, adakah dia akan mengubah penampilannya dan mengenakan hijab selepas balik daripada umrah?
Ifa berkata dia tidak dapat berjanji mengenai perkara itu. Ini kerana dia bimbang tidak dapat menunaikan janji tersebut sekiranya dia berbuat demikian yang bakal memberikan persepsi buruk terhadapnya.
"Perkara seperti itu perlu datang dari hati yang ikhlas dan saya sendiri tidak tahu adakah saya akan memakai tudung secara kekal selepas pulang nanti.
"Jika saya berjanji akan berbuat demikian tetapi gagal menunaikannya ia akan memberi kesan lain kepada saya nanti," jelasnya.
Tambah Ifa, apa yang lebih penting semua pihak mendoakan perkara yang terbaik untuknya dan suami sepanjang berada di sana.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bertudung dan menutup aurat adalah wajib hukumnya, walau tak perlukan banyak wang atau perjalanan yang jauh. Umrah bagaimana hukumnya, walau menggunakan wang banyak? Adakah dia yakin berpakaian menutup aurat boleh mencerut sumber rezekinya?
Bincang-bincanglah, adakah wajar dia menjawab begitu.
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
3 comments:
terima saja alasan Ifa. kita kalau nak berdakwah jangan taksub sangat dengan diri. macam kita ini lebih warak pula. tak baik. dia dah kata belum tentu, biarlah. saya setuju kerana kalau dah janji tidak boleh mungkir. hanya kita boleh berdoa agar dibuka hatinya esok di tanah suci.
Cakap siminah nie memang berlapik tapi biarlah kena pada tempat dan dan menyokong katanya pula tak faham apa itu hukum dan niat menutup aurat itu hukumnya wajib bagi wanita yang baligh dan waras fikiranya bukan bagi orang yang kurang siuman dan mendakwah itu adalah tanggung jawab semua muslimdan muslimat yang takutkan dengan hukum Allah jadi ingatlah bezakan yang wajib harus haram dan halal dalam hukum -hukum agam InsyaAllah amin .
Mmg x wajar dia cakap mcm tu, tapi lebih baik dia pergi dulu. Mudah2an dia akan dapat petunjukNya semasa di sana...
Post a Comment